Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

“Bang, boleh bangkrap ke kalau handphone tu letak sejam dua?”

$
0
0

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Mizan Dzai menceritakan pengalamannya yang tersedar mengenai kepentingan suami mengagihkan masa bersama orang tersayang walaupun sesibuk manapun dia. Baca lagi:

“Bang, boleh bangkrap ke kalau handphone tu letak sejam dua?”

“Bang, boleh bangkrap ke kalau handphone tu letak sejam dua?”

Hampir semua suami atau lelaki ralat main handphone sampai tak pandang kanan kiri. Alah, aku pun sama jugak cuma kita sebagai lelaki ni kena berpada pada. Jangan sampai isteri dan anak anak jadi fedup dengan perangai kau.

Orang meniaga ni handphone memang selalu kat tangan. Kalau letak kat tepi sekejap pun rasa resah semacam. Tambah pulak yang banyak ‘cawangan’ ni, dia punya resah macam cacing kerawit.

Dulu masa first kahwin sampailah sekarang, Eleena selalu sound aku ” I tahu handphone tu periuk nasi you tapi kat luar you sibuk dengan office, meeting dan kerja you yang tak pernah habis, balik rumah ni cubalah tinggal sekejap handphone tu. Boleh bangkrap ke kalau handphone tu letak sejam dua D? ”

Aku akan jawab ” Ya yang, sorry ok? ” sebab Eleena tak pernah kacau aku kat luar. Balik lambat macam mana pun dia takkan call aku melainkan dia nak pesan apa apa atau bagitahu Farrel tak sihat. Kekadang aku yang call dia tanya dah makan ke belum atau dia dengan Farrel ok ke tak kat rumah.

 

Dia takkan kacau kerja aku sebab dari sebelum kahwin aku dah declare semuanya tapi kalau aku nak outstation biasanya aku akan bawak dia dengan Farrel. Asik duduk rumah je diorang berdua, kasihan juga aku tengok.

Tapi kita sebagai suami kena ingat, sakit demam kita esok lusa kawan ke yang jaga? Makan minum kita hari hari kawan ke masak dan sediakan? Bila dah biasakan diri tak layan anak atau isteri, kita tua nanti kang anak anak ikut perangai lebihkan kawan dari keluarga sendiri jangan kita nak melatah. Padan muka kita. Siapa lagi? Kau lah, aku baik sikit.

Tips untuk kau orang yang isteri ni senang je, kau bawak anak anak jauh dari suami kau yang tengah syok main handphone tu sorang sorang. Kau kena ingat, lelaki ni bila dah tak ada baru dia nak hargai, baru dia nak cari. Nanti bila dia perasan yang tak ada orang kat keliling dia, baru dia terhegeh hegeh. Bila lapar, bila haus, pandai lah dia cari isteri dia. Pandailah dia masak sup handphone dia tu.

Bila isteri syok main handphone, confirm macam macam dah kena maki kena perli. Tapi diri sendiri tak apa. Apa kau ingat status sebagai suami kau tu lesen besar sangat ke sampai semua benda kau boleh buat kat belakang, tak ada salah langsung?

Kita ni bila hidup di zaman teknologi kena pandai agihkan masa. Jangan ambik mudah pasal benda ni. Jangan leka. Peringatan untuk aku sendiri juga sebenarnya. Aku tak sempurna, aku tak hebat mana. Kau dan aku juga sama. Semoga kita peroleh keluarga yang bahagia.

 
Sumber:TA


Sumber “Bang, boleh bangkrap ke kalau handphone tu letak sejam dua?”

Elakkan cakap ‘mangkuk’ dan ‘cincin’ bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun

$
0
0
Ini hanya beberapa kompilasi pengalaman peribadi sahaja. Setiap orang barangkali ada cerita dan kisah mereka yang berbeza dan tersendiri.
Elakkan cakap 'mangkuk' dan 'cincin' bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun

Elakkan cakap ‘mangkuk’ dan ‘cincin’ bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun

Foto – Isma
Orang Jepun ini ‘particular’ bab masa, mereka jalan cepat tak perlahan macam raksasa. Mereka memang terkenal dengan kebersihan, walaupun tak pernah dengar hadis nabi dan ayat dari Tuhan. Bila bagi laluan jalanraya terangguk-angguk sampai nak terhantuk, jarang sekali bunyi ‘hon’, keluar ‘stereng lock’ apatah lagi mengutuk.
Foto – Isma
Meja makan di kedai dibersihkan sendiri, rumah takde ‘grill’ jarang sekali dimasuki pencuri. Memang ada orang Jepun yang malas macam Nobita, tapi ramai yang rajin dan kuat bekerja tak terkata. Dalam kenderaan awam kebanyakan mereka senyap, susah juga nak lihat kucing, anjing dan tikus merayap.
Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma
Generasi muda Jepun tak ambil peduli sangat pasal politik dan menteri, tapi bila ada skandal menterinya tunduk lama dan undur diri. Orang Jepun kurang yang obesiti, kemalangan jalanraya juga kurang kes mati. Banyak ‘parking’ basikal bertingkat-tingkat, senyuman manis gadis Jepun boleh terpikat.
Foto – Isma
Foto – Isma
Memang tak salah Dasar Pandang Ke Timur, orang Jepun tak sama dengan mat saleh yang suka ‘two piece’ dan berjemur. Orang Jepun jalan dan makan pun laju, depa panggil ‘shinkansen’ itu keretapi laju.
Foto – Isma
Elakkan cakap ‘mangkuk’ dan ‘cincin’ bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun. Jepun juga terkenal dengan manga dan animasi, hati-hati di ‘konbini’ ada majalah seksi.
Foto – Isma
Masuk ‘parking’ kereta kebanyakan undur bontot, orang Jepun la ni dah tinggi-tinggi tak lagi ketot. Orang Jepun sanggup tunggu lama dan berdiri, masa di sekolah rendah banyak bermain dan berlari. Kekurangannya banyak juga kes bunuh diri, tapi bab kerja memang terbaik dan tak lari.
Pertama kali jumpa mereka angguk dan jarang salam, bab Bahasa Inggeris memang suram dan kelam. Di Jepun tak takut jalan seorang malam-malam, ayat ‘konnichiwa’ tu umpama salam.
Foto – Isma
Memanglah Jepun terkenal dengan Ultraman, tapi tak bolehlah suka-suka ambil gambar mereka wahai ‘cameraman’. Minta izin dulu sebelum ambil video atau gambar, pastinya mereka suka dan tersenyum lebar.
Anak-anak kecil pergi sekolah jalan kaki sendiri, katanya nak latih anak berdikari. Jepun ramai orang tua yang berumur, tak dinafikan negaranya aman dan makmur. Mereka merokok ikut tempat bukan ikut suka, jarang sekali hisap rokok di tempat awam atau terbuka.
Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma
Banyak kelihatan kedai 24 jam atau ‘konbini’, urusan bayar bil, keluar duit dan macam-macam boleh di sini. Di pasar dan kedai Jepun tiada sangat istilah sediakan wang kecil, tandas awam berbayar tiada dan di ‘konbini’ boleh singgah kalau nak terkucil. Banyak tempat ‘shopping’ sediakan kaunter bayar sendiri, tapi susah pula nak jumpa yang cuba tipu atau lari.
Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma
Di Jepun jarang berlaku kejadian pecah tingkap kereta, tapi kereta tak bolehlah ‘parking’ merata-rata.
Foto – Isma
Pemandu teksi Jepun bawa kereta agak laju, tak tahu cakap Bahasa Jepun bagi sahaja alamat destinasi yang ingin dituju.
Foto – Isma
Kereta terpakai boleh dikatakan murah, bila bab kerja memang tenaga bagai diperah.
Foto – Isma
Bukan semua orang Jepun hidup senang dan selesa, walaupun selalu gempa bukanlah disebabkan Ultraman dan raksasa.

Sumber: TR



Sumber Elakkan cakap ‘mangkuk’ dan ‘cincin’ bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun

Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam

$
0
0
Susulan kemalangan yang meragut 8 nyawa remaja berbasikal awal pagi tadi, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan menggesa kerajaan negeri Johor mengenakan perintah berkurang bagi mengelakkan pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam, lapor Free Malaysia Today
Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam

Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kejadian itu menyedihkan tetapi tidak tragik. 
“Sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan itu, saya ucap takziah kepada keluarga mangsa. Kumpulan itu membabitkan budak dari kawasan yang jauh dari tempat kemalangan dan di luar Pulai. 
“Mereka tidak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pada waktu tengah malam dan semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu untuk berlumba,
Sehubungan itu, katanya perlaksanaan perintah berkurung yang dibenarkan oleh kerajaan negeri dapat membantu penguatkuasaan polis dan mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam. 
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan sekolah mengesan dan memberi sesi kaunseling kepada pelajar terbabit dengan kumpulan berbasikal pada waktu malam di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Pengarahnya, Shahurudin Sharif juga menasihatkan ibu bapa melarang anak mereka keluar lewat malam serta memantau pergerakan dan aktiviti mereka selain memainkan peranan penting untuk melupuskan basikal yang diubah suai tanpa ciri keselamatan yang dimiliki anak mereka.

Polis Johor juga meminta orang ramai menghubungi polis jika ternampak remaja berbasikal pada lewat malam.
Sumber: The Reporter


Sumber Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam

Kisah Sebenar Salima Dapat Madu, Ustaz Syed Kadir Aljoofre Dikatakan Kahwin Tiga

$
0
0

Kisah Sebenar Salima Dapat Madu, Ustaz Syed Kadir Aljoofre Dikatakan Kahwin Tiga



Media Hiburan ada membuat laporan tentang rumah tangga Ustaz Syed Kadir Aljoofre yang dikatakan berkahwin seorang lagi.

Untuk pengetahuan, ustaz telah berkahwin dua. Isteri pertama bernama Wafa manakala isteri kedua bernama Salima, bekas penyanyi dari Akademi Fantasia (AF).

Berita perkahwinan kali ketiga itu dibuat oleh isteri pertama iaitu Wafa.

Ini tulisnya


Ramai yang nak tahu kisah sebenar, betul kah ustaz dah kahwn kali ketiga.

Namun Salima sebagai isteri kedua telah memaklumkan bahawa berita itu palsu. Tulis Salima, gambar dan status itu adalah sekadar gurauan daripada isteri pertama.

Berikut kenyataan dari Salima;

"Gambar dan statement ini adalah palsu, saya sebagai isteri kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini mewakili suami dan juga isteri pertama.

"Gambar ini diupload atas dasar gurauan tanpa pihak isteri pertama menyangka gurauan itu akan menjadi viral," 


Itulah penjelasan dari pihak Salima.

Perkara ini ternyata mengejutkan ramai pihak.

Sumber Kisah Sebenar Salima Dapat Madu, Ustaz Syed Kadir Aljoofre Dikatakan Kahwin Tiga

Ini Respon Balas Elle Zada, Isu Saman Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

$
0
0

Ini Respon Balas Elle Zada, Isu Saman Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin



Umum mengetahui masalah baju raya dari Elle Zada dan Sam Syatilla Melvin pada tahun lepas.

Baju raya itu tidak sempat dihasilkan dan ramai pelanggan yang mengamuk dan marah engan kejadian itu.

Ekoran itu, ada yang memberitahu pihak Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akan menfailkan saman terhadap Elle Zada tentang hal ini.

Setelah Utusan membuat laporan, ini respon balas dari syarikat Elle Zada.

Ini penjelasannya:

Terima kasih kami ucapkan kepada supporters ELLE ZADA yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Tak henti-henti kami menerima mesej dan panggilan telefon daripada mereka yang menyokong kami serta tahu perkara sebenar. By now, mungkin ramai yang ingin tahu dari pihak kami sendiri tentang berita online Utusan Malaysia semalam, “Sam, Syatilla bakal saman ELLE ZADA”.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin merupakan business partner kami dalam menjayakan Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016. Kami masih belum menerima sebarang saman, tetapi kami bersedia untuk menjelaskan sebarang kekeliruan dan akan menjawab sebarang tindakan saman yang dimaksudkan.

Pihak ELLE ZADA telah beberapa kali menghubungi pihak Sam & Syatilla sehingga Januari 2017 tetapi mereka memilih untuk mendiamkan diri dan kami tidak menerima sebarang ‘update’ sehingga laporan melalui Utusan Malaysia semalam. Kenyataan yang diberikan oleh Syatilla Melvin di artikel Utusan Malaysia seolah-olah menggambarkan tanggungjawab mereka adalah sebagai duta dan bukan sebagai rakan kongsi dalam projek tersebut. Kami sudah menghubungi Syatilla Melvin semalam tetapi masih belum menerima sebarang respon.

We have the full account of what had happened before, during and after the project. We had established our roles clearly and we believe Sam Syatilla and team should be clear of theirs.

ELLE ZADA bersedia untuk menjawab sebarang saman yang bakal difailkan oleh pihak Sam & Syatilla berkenaan perjanjian dan persetujuan bersama sebagai rakan kongsi projek tahun lepas kerana kami tidak menyembunyikan apa-apa daripada mereka.

Sebaik-baiknya isu ini diselesaikan dengan cara baik, tetapi sekiranya pihak Sam & Syatilla memilih untuk memutar fakta dengan media, kami mengalu-alukan pihak media untuk menghubungi kami dan mendapatkan gambaran sebenar tentang kolobrasi kami dengan Sam & Syatilla.

Sejak Projek Raya 2016 ELLE ZADA x SAM SYATILLA, ELLE ZADA telah memilih untuk mendiamkan diri untuk komen apa-apa tentang kolobrasi dengan Sam & Syatilla kepada pihak media meskipun kami dihujani pelbagai soalan. Bukan kerana kami ingin lepas tangan, atau kerana kami cuba menipu seperti yang didakwa sebaliknya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang lebih lanjut. Kami berusaha memelihara nama baik Sam dan Syatilla walaupun ketika projek mengalami krisis.

We chose to keep it down on social media to enable the entire team to refocus on our number one stakeholder, which is our customers. Selama beberapa bulan ini, pihak kami FOKUS menyusun kembali strategi dalam mengembangkan sayap pemakaian patuh syariah ke peringkat tertinggi. Pada kami, isu ini tidak akan mengalihkan perhatian kami dari fokus utama, iaitu untuk mengembangkan sayap business dan menggembirakan hati pelanggan kami yang telah berada di sisi kami sejak kami memulakan perjuangan ini lagi; way before we even know Sam & Syatilla.

We’ve revamped our processes, got our team together, and we have great surprises coming your way! Last year has served as a great lesson for us to become better and stronger. Now we are ready to go for 2017.

PS: Pihak ELLE ZADA sehabis mungkin telah berusaha menguruskan proses refund kepada pelanggan yang terlibat (kami memilih untuk tidak menyusahkan Sam & Syatilla dalam proses tersebut sebagai business partner yang bersama-sama berkongsi untung rugi projek raya ini). Sekiranya masih ada customer dan agen yang belum menerima refund dari Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016, mohon jasa baik untuk menghubungi kami kerana ada juga customer yang belum respon dan kami sendiri telah cuba beberapa kali namun tidak dapat menghubungi mereka.


Sumber Ini Respon Balas Elle Zada, Isu Saman Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Buat malu je, denda gagal kawal ‘burung’ sendiri cuma RM5 ribu je tapi bawa lari burung merbok RM50ribu

$
0
0

“Kita berhimpun di Padang Merbok, kalau sesiapa bawa pulang burung Merbok, maka akan didenda sebanyak RM50,000.

Memalukan gagal kawal 'burung' denda cuma RM5,000!

“Tetapi kalau sesiapa dalam himpunan (peserta) yang gagal kawal ‘burung’ dia yang liar, mereka akan didenda sebanyak RM5,000,” demikian pesan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Datuk Prof Mahamad Naser Disa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hukuman bagi jenayah syariah yang dikenakan ke atas masyarakat Islam di negara ini.

Mengulas mengenai peruntukan denda yang dikenakan, beliau menjelaskan, kadar tersebut yang dikenakan disifatkan sebagai jumlah yang terlalu rendah.

“Memalukan!

“Kepada siapa ditentukan undang-undang sebegini? Kepada orang-orang sekular yang menganggap ini adalah negara sekular!, ” tempelaknya sambil disambut sorakan peserta Himpunan 355 di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, golongan sekular juga yang telah menyebabkan undang-undang jenayah syariah di negara ini dihina dan diperlekehkan.

“Mereka tetap berhujah bahawa mereka negara sekular.

“Jadi kita mesti lawan, pertegaskan dengan laungan yang negara kita adalah negara yang mendaulatkan Islam. Pastikan tidak ada lagi orang-orang yang berkemungkinan sekular ke Parlimen,” katanya lagi.

Usul dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memcadangkan peningkatan hukuman penjara hingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan menerusi rang undang-undang (RUU) persendirian 355.

Difahamkan, cadangan itu dikemukakan bagi meminda hukuman bagi pesalah syariah negara ini.

Denda maksimum bagi hukuman dijatuhkan di mahkamah syariah pada masa sekarang adalah RM5,000.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Buat malu je, denda gagal kawal ‘burung’ sendiri cuma RM5 ribu je tapi bawa lari burung merbok RM50ribu

TMJ dedah KJ arah negeri-negeri sokong Annuar Musa

$
0
0

RAMAI orang bertanya kepada saya, “Tunku, apa yang menyebabkan Tunku membuat keputusan untuk bertanding menjadi Presiden FAM?”

TMJ

Malah ada sesetengah menyatakan, “FAM adalah sebuah organisasi yang tidak baik, apakah yang sedang Tunku lakukan?”

Jawapan saya adalah, FAM bukan sebuah organisasi yang tidak baik. FAM adalah organisasi yang baik tetapi dikendalikan oleh orang yang salah.

Semoga kita tidak pernah lupa bahawa FAM memerlukan pemimpin yang dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka yang akan terus berkhidmat untuk bola sepak demi rakyat.

FAM tidak memerlukan seseorang yang kelaparan untuk berkuasa dan berpura-pura berkhidmat kepada rakyat tetapi kenyataannya lebih kepada kepentingan dan keuntungan peribadi mereka sendiri. Ini adalah organisasi yang indah tetapi ia telah dimusnahkan sama sekali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya rasa belum masa sesuai untuk bercakap mengenai keinginan atau visi saya. Namun saya akan berkongsi dengan rakyat tidak lama lagi.

Tidak ada gunanya memberitahu orang sekarang, dan kemudian saya yang rugi kerana saya tahu banyak negeri yang akan menyokong Tan Sri Annuar Musa dengan arahan Menteri Belia dan Sukan.

Walau bagaimanapun, saya seorang yang suka mengambil tindakan kerana tindakan adalah lebih berkesan daripada sekadar berkata-kata.

Saya seorang yang akan melaksanakan apa sahaja yang boleh untuk mempertingkatkan organisasi.

Seperti yang saya katakan bahawa anda tidak boleh menyeberangi laut hanya dengan berdiri di tepian dan merenung air. Anda perlu merenanginya. Biar saya beritahu anda perkara ini, kegagalan tidak akan pernah mengatasi kita kerana keinginan kita untuk berjaya adalah sangat kuat.

Perpaduan adalah kekuatan kita. Apabila adanya kerja sepasukan dan kolaborasi, perkara yang menarik akan dapat dicapai.

JDT adalah bukti yang jelas tetapi anda perlu memahami bahawa JDT adalah sebuah kelab. FAM adalah organisasi besar dengan langkah untuk mempertingkatkannya bukanlah untuk skuad kebangsaan pergi ke Piala Dunia tetapi ia perkara pertama yang perlu dilakukan untuk membersihkan rumah kita dan untuk memperbaiki struktur persatuan.

FAM dikendalikan oleh ahli-ahli gabungan. Sesetengah ahli gabungan mencintai bola sepak, sesetengah ahli gabungan pula tidak menyukai bola sepak.

Kepada mereka yang tidak sukakan bola sepak, mereka berada di sana dengan alasan yang saya tidak tahu. Ideanya adalah agar ahli-ahli gabungan bangkit dan mula bekerja keras bermula dengan kelab mereka sendiri.

Kedua, mereka perlu kembalikan kuasa bola sepak kepada rakyat. Sekali lagi, saya akan kongsikannya dengan anda tidak lama lagi tetapi bukan sekarang.

Ramai orang yang ingin tahu apa yang saya fikirkan ketika ini.

Saya tidak mahu menyatakannya kepada media, saya tidak mahu beritahu mereka apa yang saya fikirkan dan apa yang akan saya lakukan. Tetapi ketahuilah, apa yang akan saya lakukan tidak akan dilupakan oleh peminat-peminat bola sepak Malaysia di negara ini.

Saya tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukannya. Apa sahaja yang saya lakukan, saya melakukannya untuk rakyat. Ia bukan untuk diri saya, sebagaimana semua tahu bahawa bola sepak bukanlah periuk nasi saya.

Saya melakukannya kerana rakyat yang mahukan saya datang, dan memperbaiki beberapa perkara.

Selain dari itu, Ayahanda saya juga mahu saya terima amanah dan mengambil kesempatan ini untuk membuat perubahan. Inilah satu-satunya sebab mengapa saya ingin melakukannya.

Saya tidak membuat keputusan untuk melakukannya kerana saya mahu, tetapi kerana takut apa akan berlaku dalam bola sepak jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.

Jika itu berlaku, kita semua akan kembali semula seperti asal. Untuk mengubah dan merombak FAM, inilah peluang kita. Inilah peluang kita untuk mengubah buat selama-lamanya dan kembalikan ia menjadi seperti Jepun, Thailand dan negara-negara lain yang berjaya.

Saya tidak dapat menyelesaikannya sendirian. Ini bukan perancangan individu, dan jika saya ingin melakukannya, saya lakukannya bersama rakyat.

Ini adalah masa untuk kita mempertingkatkan dan menuju ke hadapan bersama-sama. Kekal bersatu dan kemudian melaksanakan idea-idea dan dasar-dasar bersama dengan tujuan yang sama bagi memajukan bola sepak negara kita.

Apabila bersatu, kita akan lakukannya dengan baik agar satu hari nanti cucu cicit kita akan melihat pencapaian kita dan akan berbangga dengan kita apabila mencapai kejayaan mengambil alih dari sebuah organisasi yang telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.

Biarlah kita sentiasa diingat sebagai penyelamat bola sepak Malaysia.

Saya akan datang ke Kuala Lumpur untuk mewakili Ayahanda saya dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Saya ingin mengambil kesempatan ini menjemput semua peminat bola sepak di seluruh negara datang berjumpa dengan saya dan bertanya apa sahaja yang anda mahukan kepada saya.

Mereka berpeluang untuk menyuarakan kekecewaan mereka ketika ini, ataupun apa sahaja yang mereka mahukan dan saya akan memberikan pandangan saya dan jalan penyelesaiannya.

Saya tidak takut untuk bertemu dengan penyokong, atau gemuruh kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Saya tahu apa yang akan saya lakukan dan saya sangat yakin bahawa kita akan mendapat hasilnya.

Walau bagaimanapun, saya tidak berminat untuk bercakap dengan media kerana mereka akan memutarbelitkan kata-kata saya.

Saya tidak berminat untuk bercakap dengan ahli gabungan yang tidak berminat untuk mendengar seperti yang telah saya katakan sebelum ini kerana sesetengah daripada mereka tidak mempunyai keinginan untuk meningkatkan bola sepak.

Saya hanya berminat mahu bercakap dengan orang-orang yang benar-benar mahu meningkatkan bola sepak dan saya percaya orang itu adalah penyokong.

Dan saya di sini bertanggungjawab sebagai suara penyokong, mewakili penyokong tanah air untuk mengembangkan dan memajukan bola sepak. Saya berada disini untuk berkhidmat kepada rakyat dan ini adalah peluang untuk anda memberitahu saya apa yang anda mahukan dan saya akan lakukan yang terbaik untuk melaksanakannya.

**TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM, Tunku Mahkota Johor

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber TMJ dedah KJ arah negeri-negeri sokong Annuar Musa

"Jangan Campur Hal Orang.." - Neelofa Tampil Berani Tegur Bakal Abang Ipar, Sharnaaz Ahmad

$
0
0

"Jangan Campur Hal Orang.." - Neelofa Tampil Berani Tegur Bakal Abang Ipar, Sharnaaz Ahmad


 Selebriti paling popualr di Malaysia, Neelofa telah memberi respon apabila Sharnaaz Ahmad 'mengamuk' dengan Fattah Amin baru-baru ini.

Baca amukan Sharnaaz kepada Fattah Amin DI SINI.

Ini respon Neelofa:

“Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap per­kara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran,”

Bagi Neelofa, dia menganggap isu teguran kepada Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan kurang enak aktor itu terhadap Fattah Amin sudah selesai.

Justeru dia berharap teguran yang dilakukan itu dapat menyedarkan semua penggiat seni supaya menghormati dan menyokong kerjaya seni artis lain.

"Saya sudah memberi kenyataan berhubung perkara itu dan berharap selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja.

"Cuma ingin saya tekankan, dalam soal ini kita yang berada di dalam industri kalau boleh jangan campur hal oarng sebaliknya hormat dan saling menyokong antara satu sama lain,"

Teguran tersebut dibuat secara ikhlas dan spontan tanpa paksaan mana-mana pihak.

"Sebenarnya saya rasa bertanggungjawab untuk menegur dia (Sharnaaz) disebabkan orang yang dimaksudkan itu (Fattah Amin) tidak buat salah dengan dia.,”

Walaubagaimanapun, Neelofa akui bimbang jika tegurannya itu bakal menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana Sharnaaz bakal berkahwin dengan kakaknya tidak lama lagi.

Semoga hubungan Neelofa dan Sharnaaz baik baik saja. Sharnaaz tu nampak je garang tapi sensitif orangnya, kalau bincang elok elok okey la tu hehe.

Sumber "Jangan Campur Hal Orang.." - Neelofa Tampil Berani Tegur Bakal Abang Ipar, Sharnaaz Ahmad

Anak Muda Hasilkan Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri

$
0
0
"Kalau mahu Tesla, kena beli kereta Tesla. Saya sudah ada kereta, kenapa perlu tambah kereta hanya untuk tidak perlu memandu. Jadi, apa yang membezakan kami (dengan Tesla) adalah apa saja kereta lama atau tiada sistem pandu sendiri, kami boleh letak sistem ini dan tukarkan kepada kereta tanpa pemandu," kata Haziq.
Menjelaskan lagi mengenai kereta tanpa pemandu itu, Haziq memberitahu, sistem yang dibangunkan pasukan REKA mempunyai komputer yang boleh berfikir dan membuat keputusan tentang apa yang sepatutnya sesebuah kereta itu lakukan.
Ketua Pegawai Operasi (COO) REKA, Syurahbil pula berkata, sistem yang dipanggil papan pembangunan (development board) itu terbukti mampu membuatkan sesebuah kereta menjadi kenderaan tanpa pemandu walaupun hanya menggunakan komponen cip yang kecil.
Ketua Pegawai Penyelidik (CRO), REKA Khairul Muzzammil menambah pula, semua gajet dan robot dikawal pada 'otak' menerusi litar yang diberikan nama RIG.

BENARKAH SELAMAT DIPANDU?

Haziq menjelaskan secara ringkas rekacipta pasukannya itu memang boleh dipandu sendiri, tetapi masih jauh untuk mengatakan ia selamat untuk kegunaan pengguna di luar.
"Kami memang sudah buat pandu uji dari Melaka ke Kuala Lumpur. Jadi, macam kami, kami memang yakin. Selama dua bulan diperlukan bagi menyiapkan kereta itu untuk bergerak atas jalan raya," katanya.
Lebih mengagumkan, projek kereta pandu sendiri itu dibangunkan sepenuhnya pasukan REKA tanpa mendapat sebarang penajaan atau suntikan dana.
"Sebenarnya, tiada pihak menaja. Pertamanya kerana tiada siapa yakin. Kedua, ramai anggap projek ini tidak boleh buat duit dan tak akan berhasil. Jadi bagi memastikan teknologi Malaysia maju ke hadapan, sama ada mahu ataupun tidak, kami mahu juga lakukannya," tegas Haziq.
Sebelum menubuhkan REKA, Haziq pernah bekerja secara bebas atau freelance dan sebelum itu pernah bersama Google. Malah, kebanyakan idea dan kerja itu dibuat sendiri kerana tidak pernah menyasarkan apa dilakukan itu sebagai habuan sijil akademik seperti ijazah atau sarjana.
Saya asasnya cuma mengejar ilmu. Saya bekerja dengan Google untuk mengetahui apa mereka tahu yang boleh saya belajar daripada mereka. Saya sebenarnya sudah ada impian sejak di sekolah. Walaupun terkubur selama 10 tahun, tapi saya memang yakin mahu buat benda itu.
"Ada tempat dan masa untuk ia berlaku. Mungkin tempat itu betul, tetapi bukan masanya. Ataupun masa sudah tepat sebab ekonomi stabil, tetapi bukan tempat yang betul untuk dilaksanakan. Jadi, jangan patah semangat kalau kita yakin dengan idea itu."
- Haziq Faris, CEO REKA Studio

Selama ini polis tahan dan hantar pulang anak2 berkeliaran tapi ibu bapa tak dapat terima tindakan polis

$
0
0

Kerajaan negeri perlu mengeluarkan arahan melarang kanak-kanak bawah umur daripada berkeliaran di Bandaraya Johor Bahru dan jalan utama selepas jam 12 tengah malam.

Selama ini polis tahan dan hantar pulang anak2 berkeliaran tapi ibu bapa tak dapat terima tindakan polis

Selama ini polis tahan dan hantar pulang anak2 berkeliaran tapi ibu bapa tak dapat terima tindakan polis

Larangan itu penting bagi membolehkan pelbagai agensi kerajaan mengambil tindakan sesuai dan bukannya sekadar mengharapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, apabila larangan itu diumumkan pelbagai pihak seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM boleh mengambil tindakan lebih menyeluruh sekali gus mengelak kemalangan lapan penunggang basikal daripada berulang.

“Dalam kejadian itu, berpuluh penunggang basikal berkumpul di jalan utama di bandar raya dan ada di antara mereka sanggup berkayuh sejauh lebih 30 kilometer untuk berlumba.

 

“Selama ini, polis mengambil tindakan menahan dan menghantar pulang namun ada ibu bapa yang tidak terima dengan tindakan polis,” katanya pada sidang media di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, dengan adanya larangan, pelbagai agensi kerajaan boleh mengambil tindakan dan pada masa sama, ibu bapa perlu melarang anak mereka berkeliaran di bandar raya atau tempat lain hingga lewat malam atau awal pagi.

Hadir sama, Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas kemalangan mengorbankan lapan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam, berhampiran Kampung Mahmoodiah, di sini, 3 pagi semalam.

Sumber:Metro



Sumber Selama ini polis tahan dan hantar pulang anak2 berkeliaran tapi ibu bapa tak dapat terima tindakan polis

Guru dipenjara 24 tahun rogol budak bawah umur: Ini pendedahan bekas anak murid silat Cikgu Ezlie cerita kisah sebenar

$
0
0

KES GURU ROGOL BUDAK BAWAH UMUR?

saya sebagai anak murid (silat) kepada cikgu terbabit telah menziarahi cikgu sy hari ini, dan dia telah menceritakan kisah yang sebenar !

Guru dipenjara 24 tahun rogol budak bawah umur: Ini pendedahan bekas anak murid silat Cikgu Ezlie cerita kisah sebenar

Guru dipenjara 24 tahun rogol budak bawah umur: Ini pendedahan bekas anak murid silat Cikgu Ezlie cerita kisah sebenar

sepanjang saya mengenali dan menjadi ank murid cg ezlie selama 10tahun dia sangat menjaga batas pergaulan dengan muridnya (perempuan). bukan sahaja sentuh, bahkan pandang pun jarang, dia tidak pernah mengambil kesempatan dan ‘menggatal’ dgn sy atau murid2 lain. berita ini sangat mengejutkn kami , sbb kami memang mengenali beliau yg terkenal dgn sikap yg baik hati dan hormat terhadap semua murid nya . perkara pertama yg terlintas di fikiran sy adalah berita ini tidak sahih atau fitnah sahaja semata-mata.

penuduh(mangsa rogol) adalah seorang murid di sekolah taman melawati yg juga anak murid silat beliau di sekolah tersebut , mklumat yang sy terima , penuduh yang dikenali sebagai izzah juga mempunyai perasaan suka terhadap tertuduh (cikgu ezlie), bahkan ibu beliau juga pernah menyuruh cikgu ezlie berkahwin dengan anak nya (izzah), tetapi cinta nya tidak di balas Oleh Cikgu , kerana Cikgu mengangap murid nya seperti anak nya sendiri . Izzah juga seorang murid yang bermasalah sosial. sebaik sahaja sy melihat photo mangsa , terus terlintas di fikiran sy ‘ada ke org selera dgn bdk mcm ni , lalu mkn ke muka mcm tu ‘ , ramai lagi murid cikgu yang lawa sebab cikgu ezlie mengajar silat di pelbagai tempat dan sekolah, tidak pula sy melihat Cikgu ‘mengurat’ mereka, kerana Dia bkn seorang yg mcm tu. murid perempuan yang lain juga terkejut dgn berita ini kerana mereka sgt mengenali perangai cikgu. bahkan student2 uia yang mengenali cikgu ezlie juga sangat terkejut dengan berita ini.

PROSES BICARA MAHKAMAH

semasa proses bicara di mahkamah , pihak penuduh tidak mempunyai bukti yg kukuh , hanya kerana penuduh seorang perempuan bawah umur yang pandai memberi keterangan, result doktor juga tidak mempunyai tanda2 yang dia di rogol oleh cikgu tersebut, dan beliau(izzah) juga mempunyai teman lelaki Dan pernah ber jumpa beberapa kali. (Maklumat dr kawan Baik dia (syakira), agak fishy di situ. izzah dan syakira adalah pasangan tempur yang di ajar oleh cikgu, syakira juga menjadi saksi cikgu di mahkamah, syakira juga mengaku bahawa izzah ni seorang yang sosial , dan dia mengatakan yg izzah juga mempunyai video dan gambar2 lucah di telefon bimbitnya, tetapi semasa bicara di mahkamah banyak cerita yang tidak di terima hakim dan peguam bela bagi pihak cikgu juga seolah tidak bersedia semasa bicara akhir yang menyebabkan cikgu kalah dan di jatuhkan hukuman .

Semasa sy melawat cikgu ezlie, sy sedih melihat keadaan beliau yg menanggung ujian ini, terlihat kesedihan di wajah cg walaupun luarannya nampak cg ezlie tenang2 sahaja.
kepada yg MENUDUH, KOMEN, dan membuat SPEKULASI sendiri bahawa cikgu sy ini perogol, anda mungkin tidak mengenali beliau , sy bg pihak cikgu tidak teragak2 untuk menceritakan kebenaran di sebalik kisah ini dan saya yakin guru saya tidak bersalah, dan sy berdoa agar cikgu bebas dr tuduhan ini dlm bicara rayuan di mahkamah tinggi nanti.

kepada sesiapa yang mengenali cg ezlie dan sekiranya anda terbaca posting saya ini, sy mohon untuk anda semua shared @ viralkan kenyataan ini, mungkin ini sahaja yang kita mampu untuk kembali membersihkan semula nama cg Ezlie

Assalamualaikum w.b.t

p/s: saya sertakan gambar izzah (penuduh)

Daripada
NURHAFIZAH BINTI HUSIN
anak murid (silat) cikgu Ezlie

 

 

 

 

 

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, drink

Sumber: SEPAT



Sumber Guru dipenjara 24 tahun rogol budak bawah umur: Ini pendedahan bekas anak murid silat Cikgu Ezlie cerita kisah sebenar

“Dia tak pandu laju atau main telefon bimbit” – Wanita 22 tahun langgar mati sekumpulan remaja berbasikal jam 3 pagi dibebas dengan jaminan polis

$
0
0

Pemandu wanita berusia 22 tahun yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Kampung Mahmoodiah di sini, 3 pagi semalam, dibebaskan hari ini.

"Dia tak pandu laju atau main telefon bimbit" - Wanita 22 tahun langgar mati sekumpulan remaja berbasikal jam 3 pagi dibebas dengan jaminan polis

“Dia tak pandu laju atau main telefon bimbit” – Wanita 22 tahun langgar mati sekumpulan remaja berbasikal jam 3 pagi dibebas dengan jaminan polis

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pemandu wanita itu akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya berpuas hati dengan kerjasama diberikan.

“Siasatan mendapati pemandu itu tidak memandu laju dan tidak menggunakan telefon bimbit dalam kejadian itu.

“Dia dalam keadaan trauma dengan kejadian itu dan kami akan membebaskan dia hari ini,” katanya pada sidang media di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, tadi.

 

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sumber:Metro



Sumber “Dia tak pandu laju atau main telefon bimbit” – Wanita 22 tahun langgar mati sekumpulan remaja berbasikal jam 3 pagi dibebas dengan jaminan polis

Azwan Ali Maki Hafidz Roshdi Kaw Kaw, Digelar Batu Api Dan Biadap

$
0
0

Selebriti popular Azwan Ali telah mencuri perhatian ramai baru baru ini.

Azwan Ali Maki Hafidz Roshdi Kaw Kaw, Digelar Batu Api Dan Biadap

Azwan Ali Maki Hafidz Roshdi Kaw Kaw, Digelar Batu Api Dan Biadap

Ini apabila dia dilihat tidak berpuashati dengan pelakon sedang meningkat naik Hafidz Roshdi.

Azwan telah mengkritik dan menghentam Hafidz Roshdi di laman sosialnya. Ini kerana ada yang memberitahu Azwan Ali bahawa Hafid Roshdi ada memberi komen tentang Azwan Ali yang membuatkan pengacara ini terasa hati.

Ini kerana ada yang memberitahu Azwan Ali bahawa Hafid Roshdi ada memberi komen tentang Azwan Ali yang membuatkan pengacara ini terasa hati.

Ini komennya:

MY DIRECT MAKI BALIK
TO VIRUS BATU API
@hafidz.roshdi
DI LAPOR MY
#BILLIONZZZZZZ
#GreatFOLLOWER DOK #MENYALAKsebijikANJING !
BUT KO DAH #DELETED
EK KOMEN KO ?
TAHU KO TAKUT ?
KO TAKDE TELOR KER ?

Ini antara komen dari Azwan Ali:

AKU VIRAL KAN KO
AS VIRUSSSS BATU API
KALAH BAPOKK LORONG
CACI HINA DIVA AA !
KO TOLONG JAWAP !
SEMUA BIADAP KO ADA
DLM TANGAN AKU !
KO ARTIS KER ?
BESAR HAMA AKU TAK
KENAL KO K !
#kasikVIRALLLL
AKU CABAR KO JAWAP
SEBELUM JAM 3 PTG
TODAY
B4 AKU KOW KOW
MAKI BALIK KO
AS VIRUS BATU API !
#PUIIIIIII
SAPA LEH LINK KE ACC
SI VIRUS BATU API NI ?
CC @hafidz.roshdi
KO KEMARUK ANY JOBS
TO PUSH MUKA SEDEY KO
DGN MANA MANA
PENERBIT #DRAMAsampahSARAP ?
#GOtoHELLL
BUT KO STOP HINA AKU
LA #LUSAPAAAAAA ?

Ini lagi komen dari Azwan Ali:

MAK BAPAK KO TAK
AJAR KO ADAB KER ?
KO KENAL AKU PUN TAK ?
AKU LAGI TAK PANDANG
BINTANG MAGGI CAM KO ?
KO #MENYALAKsebijikANJING
HINA AKU ?
KO JAWAB LAAAA
SATU DUNIA BACA AKU
HAMUN BALIK KO NI ?
@hafidz.roshdi
DO I CARE FOLLOWERS
KO KONON SEJUTA
AKAN MEROYAN
BILA KO DI MAKI BALIK ?
#PUUI

 

Sumber: Edia Media


Sumber Azwan Ali Maki Hafidz Roshdi Kaw Kaw, Digelar Batu Api Dan Biadap

Wanita tanpa segan-silu lepaskan hajat dalam bas, penumpang dihidangkan pemandangan jijik. Cer teka kat negara mana?

$
0
0

PENUMPANG sebuah bas ‘dihidangkan’ dengan habuan mata yang menjijikkan apabila seorang wanita tanpa segan-silu bertindak melepas ‘hajat’ di dalam pengangkutan awam itu.

Wanita tanpa segan-silu lepaskan hajat dalam bas, penumpang dihidangkan pemandangan jijik. Cer teka kat negara mana?

Wanita tanpa segan-silu lepaskan hajat dalam bas, penumpang dihidangkan pemandangan jijik. Cer teka kat negara mana?

Video berdurasi selama kurang 30 saat itu sensasi setelah tersebar menerusi laman sosial tempatan Weibo dan dikongsi pula oleh pengguna laman LiveLeak.com serta Youtube.

Menurut laman Mirror, video itu didakwa dirakam di dalam salah sebuah bas di Hong Kong, China namun kesahihan dan lokasi sebenar insiden itu tidak dapat dipastikan.

Menerusi video itu, seorang wanita tidak diketahui identitinya berada dalam posisi cangkung hingga mendedahkan sebahagian punggungnya, siap sedia untuk melunaskan ‘hajat’ tanpa hirau mata-mata yang memandangnya.

 

Dia kemudiannya dilihat mengeluarkan sehelai tisu sebelum menyapu bersih bahagian duburnya.

Beberapa penumpang lain yang turut berada di dalam bas itu dilihat tidak melepaskan peluang untuk merakam aksi wanita tersebut menggunakan telefon bimbit.

Wanita Buat Onar, Lepas 'Hajat' Dalam Bas

Perlakuan yang disifatkan sebagai tidak bertamadun dan menjengkelkan ini bukanlah pertama kali berlaku.

Terdahulu, aksi seorang wanita bertindak membuang air kencing dalam sebuah lif dirakam CCTV yang terdapat di dalam lif tersebut.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di pusat beli-belah Mandarin Plaza, Hong Kong.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 



Sumber Wanita tanpa segan-silu lepaskan hajat dalam bas, penumpang dihidangkan pemandangan jijik. Cer teka kat negara mana?

Rakyat mahukan saya terajui FAM – Tunku Mahkota Johor

$
0
0

“Saya melakukannya kerana rakyat sendiri yang mahukan saya datang,” titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Rakyat mahukan saya terajui FAM - Tunku Mahkota Johor

Rakyat mahukan saya terajui FAM – Tunku Mahkota Johor

Baginda seterusnya bertitah, rakyat mahukan Tunku Ismail menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memperbaiki bola sepak Malaysia.

Titah baginda lagi, ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga mahu baginda menerima amanah itu bagi melakukan perubahan.

“Apa sahaja yang saya lakukan, saya melakukannya untuk rakyat. Ia bukan untuk diri saya, sebagaimana semua tahu bahawa bola sepak bukanlah periuk nasi saya.

 

“Inilah satu-satunya sebab mengapa saya ingin melakukannya,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa adalah dua calon bagi mengisi jawatan Presiden FAM.

Baginda dalam pada itu memaklumkan akan datang ke Kuala Lumpur untuk mewakili Sultan Johor dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja di Istana Negara.

Justeru, baginda menjemput semua peminat bola sepak di seluruh negara untuk datang berjumpa dan bertanya apa sahaja kepadanya.

“Mereka berpeluang untuk menyuarakan kekecewaan mereka ketika ini ataupun apa sahaja yang mereka mahukan dan saya akan memberikan pandangan saya dan jalan penyelesaiannya.

“Saya di sini mewakili penyokong tanah air untuk mengembangkan dan memajukan bola sepak. Saya berada di sini untuk berkhidmat kepada rakyat,” titah Tunku Ismail.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Rakyat mahukan saya terajui FAM – Tunku Mahkota Johor

Dana Mewah Rahsia, Perebutan Harta Punca Bunuh Kim Jong-nam ?

$
0
0

Spekulasi bertiup kencang di Korea Selatan susulan kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Malaysia pada Isnin lalu yang dikaitkan dengan isu perebutan harta.

Dana Mewah Rahsia, Perebutan Harta Punca Bunuh Kim Jong-nam ?

Dana Mewah Rahsia, Perebutan Harta Punca Bunuh Kim Jong-nam ?

Akhbar berpengaruh, The Korea Times memetik sumber boleh dipercayai malah mendedahkan bahawa adik tirinya, Kim Jong-un sendiri yang mengarahkan pembunuhan misteri tersebut di terminal Klia2, Sepang, Selangor.

Khabar angin mendakwa, Jong-nam dibunuh akibat konflik berhubung sejumlah besar wang diwarisi daripada bapa mereka, Kim Jong-il selain beberapa lagi dana mewah rahsia diuruskan bapa saudara mereka, Jang Song-thaek.

Lebih malang, akibat isu tersebut, Jong-un tergamak mengarahkan Song-thaek yang ketika itu Duta Besar Korea Utara di Malaysia dipanggil pulang dan dihukum bunuh dengan peluru berpandu antipesawat pada akhir 2013.

 

“Para peniaga Korea Utara di China memanggil Jong-nam sebagai seorang ‘pemain’ besar di Macau,” kata sumber dipetik agensi berita rasmi Yonhap pada Khamis sekali gus menggambarkan betapa kuat pengaruh abangnya itu.

“Namun selepas Song-thaek ditembak mati, barulah rahsia kekayaaan pak cik mereka di seberang laut diserahkan kepada Jong-nam pula yang sebenarnya antara wasiat peninggalan Jong-il sebelum meninggal dunia pada 2011.”

Sumber itu berkata, selaku anak lelaki tertua, dia turut mewarisi “banyak wang” daripada bapanya yang berasa kasihan setelah Jong-nam diusir ke luar negara pada 2001 sekali gus terkeluar daripada penerima pusaka keluarga.

Beberapa penganalisis politik tempatan mendakwa, Jong-un pernah mengarahkan Jong-nam pulang ke Pyongyang dengan membawa balik semua wang disimpannya di sebuah bank Macau, tetapi arahan itu diabaikan abangnya.

Wang itu sepatutnya digunakan bagi menampung krisis kewangan Korea Utara setelah disisihkan komuniti dunia ekoran sekatan ketat ekonomi sebagai tindak balas atas kedegilan Pyongyang menjalankan ujian senjata nuklear.

Keengganan Jong-nam mematuhi arahan rejim itu mengakibatkan Jong-un berasa marah yang amat sangat, sekali gus mengarahkan pembunuhan tersebut sejak lima tahun lalu malah hampir berjaya dilakukan di Macau pada 2012.

Mengapa Suspek Bunuh Mudah Ditangkap?

Misi rahsia itu dilaksanakan Jeongchalchong-gug atau Reconnaissance General Bureau (RGB), agensi perisikan Korea Utara yang terkenal dengan operasi khas termasuk melakukan pembunuhan terhadap mana-mana tokoh.

RGB ada enam biro termasuk Biro 212 atau divisyen perang siber yang pernah menggemparkan dunia pada 2015 apabila berjaya menggodam jaringan sistem pelayan komputer di Amerika Syarikat dan lumpuh beberapa hari.

Pengarah Perisikan Kebangsaan Korea Selatan, Lee Byung-ho pada Rabu turut mendedahkan percubaan bunuh Jong-nam dilakukan kerana ‘ketakutan perasaan’ amat sangat Jong-un terhadap abangnya bermula 2011 lalu.

Pendapat itu turut dipersetujui seorang penyelidik kanan Insititut Sejong di sini, Hong Hyun-ik ketika ditemu bual stesen radio: “Apabila Jong-nam hidup dalam buangan di China, dia membawa bersama banyak wang dana rahsia.”

Isu perebutan wang pusaka mewah itu menjadi antara sebab membawa kepada pembunuhan Jong-nam meskipun mendiang langsung tidak berminat dengan politik Korea Utara atau mengambil tahu pemerintahan kejam adiknya.

Dalam pada itu, agensi berita Jiji Press di Jepun membangkitkan spekulasi bahawa Jong-nam dibunuh disebabkan khabar angin menyatakan beliau mahu mewujudkan kerajaan Korea Utara dalam buangan dan menjadi pemimpin.

Ada pihak mendakwa kononnya Jong-nam merancang menumbangkan rejim Korea Utara dengan kerjasama sulit bersama-sama Song-thaek dan bantuan daripada pihak berkuasa China selepas Jong-un menggantikan Jong-il.

Sumber perisikan Seoul mendakwa, ia sekali gus menjawab teka-teki bagaimana Jong-nam ‘selamat’ apabila berada di China kerana beliau sentiasa dilindungi pemerintah Beijing sehingga mampu bekerjasama dalam isu ekonomi.

Pada masa sama, pakar-pakar politik antarabangsa turut ‘hairan’ dengan hubungan Pyongyang-Beijing menjadi begitu teruk setelah Jong-un berkuasa meskipun dua negara berjiran itu mengamalkan sistem politik komunisme.

Namun ada penganalisis perisikan mendakwa, pembunuhan Jong-nam berlaku akibat ‘saingan’ sengit antara RGB dan Kementerian Keselamatan Negara bagi membuktikan tahap kesetiaan dua agensi tersebut ke atas Jong-un.

“Ini mungkin boleh diragui tetapi kes pembunuhan individu berprofil tinggi tidak mungkin dilakukan tanpa izin Jong-un,” jelas seorang penyelidik di Institut Sejong, Cheong Seong-chang. 

Sumber:Mynewshub



Sumber Dana Mewah Rahsia, Perebutan Harta Punca Bunuh Kim Jong-nam ?

Doktor pelatih adalah golongan yang paling tertindas

$
0
0

Merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, dan kenyataan Pengerusi Biro Media Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Norzaidi Zakaria, saya berpendapat ada ketidakseimbangan maklumat dalam kenyataan mereka.

Ini kerana, pendapat dan luahan rasa doktor pelatih juga harus diambil kira.

Meletakkan 100 peratus punca masalah ke atas doktor pelatih (HO) semata-mata adalah tidak tepat, malah akan memburukkan lagi keadaan.

HO ialah satu jawatan yang tidak wujud secara tiba-tiba atau ‘one man show’, ia wujud dalam suasana ‘support system’ seperti faktor keluarga, ibubapa, minat terhadap bidang kedoktoran, permintaan masyarakat terhadap pertambahan bilangan doktor, dan berbagai lagi faktor.

Gambar adalah hiasan saja

Justeru, analisis dan maklumat yang tepat dan menyeluruh diperlukan bagi menilai keseriusan masalah ini.

Saya bersetuju dengan pendapat KSN bahawa tekanan kerja antara faktor utama HO menjadi
stress dan seterusnya ‘menghilangkan diri’. Hal ini berkaitan dengan bagaimana HO diurus di
tempat kerja , atau sistem pengurusan HO.

Melihat kepada current day practice , kebanyakan HO diurus oleh Medical Officer (MO) dan Specialist yang diberi tugas tambahan untuk mengurus.

Keberkesanan sistem pula relatif kepada MO dan Specialist itu sendiri. Sekiranya MO/Specialist itu punyai latarbelakang pengurusan yg baik, empati, penyayang, dan bersifat seperti guru, jarang sekali kedengaran isu HO menghilangkan diri di tempat kerja.

MO dan Specialist seperti ini selalunya merendah diri, dan sedia mengajar, belajar dan diajar.

Tanpa menafikan HO juga bertanggungjawab atas diri sendiri untuk mempunyai ‘good attitude’,
saya berpendapat harus juga disedari bahawa sistem HO bermaksud dua tahun latihan, di mana HO ini harus dilayan seperti pelatih atau subjek, bukan objek.

Meminjam kata-kata Paolo Freire dari karyanya Pedagogy Of The Oppressed (Pedagogi Kaum Tertindas):

“Leaders who do not act dialogically, but insist on imposing their decisions, do not organize
the people– they manipulate them. They do not liberate, nor are they liberated: they
oppress.” – Paulo Freire, Pedagogy of the Oppressed

Isu HO ini sudah lama kedengaran, namun suara-suara tertindas ini tidak pernah ke arus perdana lantaran ‘culture of fear’ atau budaya takut yang membudaya didalam sistem pekerja
kesihatan di Malaysia.

HO ialah pangkat terbawah dalam hierarki kedoktoran, entry level, dan juga pioneer atau tunas. Jika baik HO sekarang, maka baiklah sistem kesihatan masa kini dan masa akan datang.

Jika baik HO sekarang, maka baiklah sistem kesihatan masa kini dan masa akan datang. Namun, HO ini seringkali dinafikan hak untuk didengari (the rights to be heard) , jika timbul sebarang isu. Di sinilah kegagalan current day practice yang meletakkan HO sebagai objek, bukan subjek.

Budaya dialog diantara orang bawah (HO) dan orang atas (MO / Specialist) jarang berlaku di dalam sistem pekerja kesihatan di Malaysia. Ironinya, bidang kedoktoran ialah satu bidang professional, namun sebahagian ahli perubatan itu sendiri langsung tidak professional, apabila timbul isu HO, orang atas ini sendiri gagal mengkategorikan masalah, lantas meletakkan ‘one solution fits ALL’.

Gambar adalah hiasan saja

Para HO ini selalu dihukum menggunakan jungle law atau unwritten law, atau verbal law, yang senang dimanipulasikan oleh orang atas, bergantung kepada mood mereka.

Ironi bukan ‘The greatest humanistic and historical task of the oppressed: to liberate themselves…’ – Paulo Freire

‘Culture of fear’ ini sangat membudaya dan subur, sehingga kilang HO menghasilkan pak turut atau ‘yes man’, seusai mereka bergelar MO di tempat baru.

Atas kesedaran inilah saya memberanikan diri menulis, moga usaha kecil ini mampu menjadi triggering factor kepada usaha yang lebih besar. Apapun, pendapat saya mungkin benar, dan pendapat pembaca mungkin salah, atau sebaliknya.

Keluhan dari para HO juga kebanyakannya menunjukkan, isu yang selalu timbul ialah bersifat pengurusan, bukannya klinikal.

Jika dilihat punca ‘kehilangan HO’ adalah seperti jadual kerja yang teruk, sifat rasis dikalangan supervisor, sifat memilih bulu, adalah isu berkaitan pengurusan.

Dalam hal ini, saya mencadangkan supaya KKM menjalankan ‘public survey’ di kalangan HO, selain daripada input-input dari pelbagai pemegang taruh atau ‘stakeholeder’ dan dapatan info dan kajian ini boleh digunakan sebagai maklumat untuk mereformasi sistem pengurusan HO yang lebih baik.

Hari ini keluar berita didalam radio bahawa, antara usaha yang digerakkan oleh kerajaan bagi menangani isu ini ialah menghantar para HO yang bermasalah ini ke sesi kaunseling.

Pendapat saya pula, semua pihak perlu direform. HO perlu mempunyai ‘good attitude’, ‘basic knowledge skill’ dan ‘extra effort’, manakala orang atas (MO/Specialist) perlu lebih bersikap rahmah, bukan marah-marah, bukan 100 peratus ilmu akan dipindahkan kepada HO dengan marah-marah, kerana yang melekat hanyalah emosi.

Jika ingin mengimplemen ‘jungle law’ sekalipun, pastikan ‘jungle law’ itu ditulis, supaya ia bebas dari dimanipulasikan.

Kata orang, kadang-kadang orang atas juga harus disekolahkan.

Saya juga memuji usaha sebahagian pihak yang cuba menangani masalah ini seperti Biro Kesihatan ABIM (BKA) yang menjalankan PreHO Course, MediCorp , yang juga menjalankan PreHO Course, selain badan bukan kerajaan yang mengumpulkan para HO dan memantau mereka secara berkasih sayang.

Saya juga seorang HO yang masih bertugas, dan saya percaya ramai orang atas (MO/Specialist) yang penyayang, sabar melayan kerenah HO yang lahir dari generasi Y ini, yang antara karakternya ialah ‘family oriented’, ‘teamwork oriented’, dan ‘anti-establishment’.

Sumber:Malaysiakini



Sumber Doktor pelatih adalah golongan yang paling tertindas

Wajib baca! Ini 5 perlaksanaan hudud yang ramai salah anggap

$
0
0

Isu hudud kat Malaysia ni memang dah lama sangat diperkatakan. Kalau korang nak tau, hudud sebenarnya dah diluluskan kat Kelantan dan Terengganu, tapi disebabkan limit kuasa mahkamah syariah (yang tak boleh melebihi kuasa mahkamah sivil) dan juga tekanan dari kerajaan persekutuan, ia tak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Wajib baca! Ini 5 perlaksanaan hudud yang ramai salah anggap

Wajib baca! Ini 5 perlaksanaan hudud yang ramai salah anggap

Jadi apa yang presiden PAS, Hadi Awangcuba lakukan kat Parlimen sekarang ni adalah buat pindaan pada Akta 355supaya had ini boleh dimansuhkan.

Imej asal dari Malay Mail Online.

Imej asal dari Malay Mail Online.

Hudud sebenarnya adalah hanya satu dari tiga bahagian dalam Undang-undang Jenayah Islam/Syariah. Oleh tu kami akan ceritakan dulu apa ituUndang-undang Jenayah Syariah:

  • Qisas: Hukuman balas untuk bunuh dibalas dengan bunuh dan mencedera dibalas dengan mencedera. Tapi jika membunuh dengan tak sengaja dan mencedera dengan tak sengaja maka hukumannya adalah denda atau Diyat.
  • Hudud: Hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Hadis. Khusus untuk kesalahan zina, menuduh orang berzina (Qazaf), minum arak, mencuri, merompak dan murtad.
  • Takzir: Hukuman yang tak disebut dalam al-Quran dan Hadis. Hukuman ini diserahkan kepada kebijaksanaan hakim. Hukuman boleh jadi seperti penjara, buang daerah, denda, sebat, nasihat dan lain-lain.

Dalam Islam hakim yang dilantik perlu adil, berilmu dan bermaruah. Imej dari Berita Harian.

Dalam Islam, hakim yang dilantik perlu adil, berilmu dan bermaruah. Imej dari Berita Harian.

Dan di bawah ini adalah antara hukuman-hukuman hudud:

  • Berzina: Sebat 100 kali untuk orang belum berkahwin dan rejam sampai mati untuk orang yang dah kahwin.
  • Tuduh orang berzina (Qazaf): Hukuman sebat 80 kali jika tak bawa 4 saksi.
  • Minum arak: Sebat antara 40 hingga 80 kali mengikut mazhab.
  • Mencuri: Potong tangan jika cukup bukti dan ada 2 orang saksi.
  • Merompak: Jika membunuh masa merompak hukumannya bunuh. Merompak dengan merampas harta orang lain, hukumannya potong tangan dan kaki.
  • Murtad: Keluar dari Islam sama ada melalui perkataan atau perbuatan. Hukumannya mati. (pancung kepala)

Macam ni lah muka sesetengah orang bila dengar pasal Hudud. Imej dari Giphy.

Imej dari Giphy.

Walaupun hukuman-hukuman ni (khususnya hudud) nampak macam ganas dan keras tapi untuk melaksanakannya adalah sangat susah. Kami buat kajian tentang perkara ni dan ini yang kami dapat.

1. Dalam kes murtad, bukan semua kena hukum mati

Murtadbermaksud keluar dari agama Islam secara perbuatan atau perkataan dengan memeluk agama lain atau ajaran yang bertentangan dengan Islam. Tentang hukuman untuk kesalahan ni, Presiden PAS, Hadi Awang dan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ada bagi penerangan pasal masalah ni.

  • Hukuman mati hanya dilaksanakan jika orang yang murtad tu mengancam keselamatan negara, menyebarkan agama baru mereka atau bertindak memusuhi Islam.
  • Hukuman mati tak akan dijalankan bila tindakan murtad itu diambil secara persendirian dan tak buat perkara yang kat atas tadi.

“Hukumannya dilihat dari segi bahayanya orang yang murtad itu, sekiranya dianggap mengancam keselamatan negara, jadi agen kepada musuh Islam maka hukumannya mati.” –Tuan Guru Hadi Awangdipetik dari ucapannya di S. Rajaratnam School of International Studies, Singapura.

 

 

Tapi orang yang murtad, mereka masihdiberikan peluang untuk bertaubat. Ada ulama yang berpendapat diberikan masa beberapa hari dan ada ulama yang kata sepanjang hayat.

2. Hukuman sebat dalam Islam bukan macam yang ada sekarang

Hukuman sebat di Aceh, Indonesia. Imej dari al Jazeera.

Hukuman sebat di Aceh, Indonesia. Imej dari Al-Jazeera.

Hukuman sebat dalam Islam dikhaskan pada orang yang berzina, menuduh orang berzina tanpa saksi dan minum arak. Tapi hukuman sebat tak macam apa yang kita nampak kat penjara sekarang ni.

 

Islam dah tetapkansyarat-syaratbagaimana hukuman sebat dijalankan:

  1. Rotan yang digunakan tak terlalu berat atau terlalu ringan.
  2. Ketika sebat dilaksanakan tangan perotantak boleh diangkat hingga nampak ketiakdan lebih tinggi dari kepala perotan.
  3. Kalau pesalah yang akan dihukum itu sakit, maka hukuman akan ditangguhkan.
  4. Jika berlaku ketelanjuran dalam sebatan seperti luka, maka pesalah boleh dapatkan pampasan.
  5. Hukuman sebat untuk kesalahan minum arak dikecualikan untuk wanita mengikut Mazhab Hanafi.

sivil

Malah mungkin ada yang pernah dengar pasal kisah zaman Nabi yang telah menggantikan hukuman sebat:

“Ada satu kisah zaman Rasullulah seorang lelaki didapati bersalah kerana berzina dan dihukum 100 sebatan. Tapi sahabat beritahu pada Nabi Muhammad yang lelaki tu kurus dan uzur kalau disebat takut boleh mencederakannya.

Jadi Rasullulah kata ambil seikat ranting yang berjumlah 100 batang dan disebat sekali saja kepada lelaki itu dan 100 ranting tadi hanyalah sebagai simbolik.” – Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah, diceritakan olehTuan Guru Hadi Awang, dipetik dari ucapannya di S. Rajaratnam School of International Studies, Singapura.

3. Dalam kes mencuri, banyak syarat yang boleh melepaskan pelaku

Sebenarnya bila nak laksanakan hukuman potong tangan, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Bila dah cukup bukti dan syarat yang ada seperti 2 orang saksi, barulah hukuman ni boleh dijalankan.

Imej dari Giphy.

Imej dari Giphy.

Selain tu, ada lagisituasi-situasi yang menghalangdari hukuman ini dijalankan:

i) Hukuman tak boleh dilaksanakan kalau kecurian berlaku antara ahli keluarga.

Contoh: Isteri curi barang suami, anak curi barang bapa atau adik curi barang kakak.

ii) Hukuman tak boleh dilaksana jika orang yang mencuri itu bertindak kerana terpaksa atau nilai barang yang dicuri kecil.

Contoh: Si pencuri seorang yang miskin/tak ada punca pendapatan/ada pendapatan tapi tak cukup atau mencuri sesuatu barang yang nilainya kecil (nilai akan ditetapkan oleh kerajaan mengikut keadaan semasa).

iii) Kalau berlaku kecurian dan itu kerana kelalaian kita, maka hukuman potong tangan pada si pencuri juga tak boleh dilaksanakan.

Contoh: Barang kemas atau barang berharga yang kita letak kat merata tempat atau tempat yang tak selamat dan lepas tu dicuri pulak dengan orang.

iv) Tak dihukum Hudud tapi Takzir, kalau mencuri harta awam kerana semua orang termasuk si pencuri ada hak terhadap harta itu.

Contoh: Mencuri kabel letrik, balak, besi penutup longkang atau sebagainya.

v) Suspek tidak boleh dipaksa mengaku kesalahan.

Contoh: Suspek mengaku salah bila dia dah dipukul atau diancam.

“Walaupun macam tu, tak bermakna mereka boleh lepas begitu saja. Jika ada bukti yang membuktikan dia bersalah dia tetap dihukum tapi dengan Takzir. Nak pergi (hukum) ke Hudud ni cukup payah dia punya syarat.” –Tuan Guru Hadi Awang.

 

 

 

4. Dalam kes Zina, pesalah digalakkan bertaubat daripada mengaku salah

Bagi Islam, jika seseorang itu telah melakukan kesalahan maka lebih baik jika dia bertaubat atau minta ampun dari mangsa berbanding menyerah diri dan dihukum.

“Mengikut syariat Islam, pihak yang berkenaan sama ada hakim atau polis bila datang orang yang mengaku (kesalahan), dinasihatkan supaya dia bertaubat. Diberi peluang sebanyak 4 kali dalam kes zina supaya dia balik dan bertaubat.”-Tuan Guru Hadi Awang.

Mengikut akidah Islam, jika seseorang itu mengaku dan dihukum di duniamaka dia tak akan dihukum lagi kat akhirat nanti. Manakala bagi orang yang mengampunkan kesalahan pula, Allah janjikan syurga kepada mereka.

Selain tu dalam hukum Qisas, pesalah hanya boleh diampunkan oleh ahli keluarga si mati yang dibunuh atau mangsa itu sendiri (yang dicederakan).Pengampunan ni tak boleh dibuat oleh kerajaan mahupun Lembaga Pengampunan.

Lembaga Pengampunan Negeri dipengerusikan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Imej dari Astro Awani.

Lembaga Pengampunan Negeri dipengerusikan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Imej dari Astro Awani.

Dalam Undang-undang Syariah jugak,denda yang dibayartak dibagi pada kerajaantapi diserahkan pada ahli keluarga si mati yang dibunuh atau mangsa yang dicederakan.

5. Proses pembuktian hukuman Hudud cukup ketat

Imej dari Peguam Syarie Fas.

Imej dari Peguam Syarie Fas.

Dalam hukum Hudud, 2 orang saksi diperlukan untuk kes mencuri dan 4 orang saksi diperlukan dalam kes zina dan menuduh zina (Qazaf). Saksi -saksi ni pulak hendaklah diambil dariorang yang betul-betul layak dan cukup syarat. Antaranya adalah beriman, adil, waras dan budiman (boleh dipercayai).

Tuduhan yang dibuat juga perlu ada bukti yang benar dan siasatan yang menyeluruh.

“Ada satu kisah di zaman Saidina Umar, seorang perempuan yang mengandung tanpa bersuami. Jadi dia dituduh berzina. Apabila dihadapkan ke Mahkamah, dia kata yang dia sebenarnya telah dirogol masa tidur kerana dia tidur mati. Bila dia bagitau perkara tu Saidina Umar tak percaya, bagaimanapun Saidina Ali yang ada ketika itu berkata, kamu tidak boleh menghukum wanita itu dan dia mesti dibuktikan dengan menanyakan kepada keluarganya dan jirannya.

Selepas dibuktikan bahawa betul wanita itu tidur mati maka dia dibebaskan dan tak dikenakan Hudud.” – Diceritakan oleh Datuk Nik Mohd Amar, Tim.Menteri Besar Kelantan, ketika di Wacana Sinar Harian.

Dalam kes rogol pulak, kalau seseorang wanita tu dirogol dan takde 4 saksi untuk buktikan kes tu. Makasiasatan polis, ujian DNA dan laporan pemeriksaan doktorboleh diterima. Cuma hukumannya bukan Hudud tapi Takzir.

Boleh ke Malaysia laksanakan hudud?

Perbincangan tentang perkara ni dah banyak diadakan dan ada banyak pendapat sama ada yang sokong atau yang bantah (boleh tengok survey yang kami pernah buat kat sini). Dr Asri Zainul Abidin dalam satu forum kata, hukuman hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya semua rakyat Malaysia dianggap sama di sisi undang.

“Selagi ada satu masyarakat yang ada golongan yang tak boleh disentuh, tidak boleh dibawa ke mahkamah, Hudud tidak boleh dibuat kerana ada orang yang tidak sama dihadapan undang-undang.

Sehingga suasana itu berlaku, yang berada di istana sama saja dengan yang berada di rumah buruk,(mereka) boleh dibawa ke mahkamah, Hudud akan berfungsi.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis ketika di Wacana Sinar Harian.

Menurut peguamFahri Azzatpula, Sistem Syariah dan Sistem Sivil boleh duduk bersama tetapi tidak secara setaraf. Kerana katanya, peruntukan telah pun ditetapkan di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan jika Hudud hanya dilaksanakan untuk orang Islam saja, maka ia dah melanggar Perlembagaan Persekutuan– Perkara 8 yang menyebut tentang kesamarataan dan keadilan /non-discrimination (rujuk Fail PDF).

Pelaksanaan Hudud kat Brunei berkuatkuasa pada 22 Oktober 2013. Imej dari Malaysian Review.

Pelaksanaan Hudud kat Brunei berkuatkuasa pada 22 Oktober 2013. Imej dari Malaysian Review.

Kesimpulan yang boleh dibuat, Hudud bukanlah hukuman yang mudah dilaksanakan kerana ia perlukan pembuktian yang lengkap dan bersyarat. Sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak di negara kita ini, itu terserah kepada Ahli Parlimen yang kita pilih sebagai wakil untuk membuat keputusan nanti.

Untuk lebih faham tentang apa itu Hudud boleh tengok video ni:

 

 

 

 

Sumber: Soscili

 

 

 



Sumber Wajib baca! Ini 5 perlaksanaan hudud yang ramai salah anggap

Ini Respon Balas Hafidz Roshdi Setelah Dimaki Azwan Ali

$
0
0

Semalam Azwan Ali dikatakan mengamuk dengan Hafidz Roshdi.

Habis pelbagai kata kata diberikan kepada Hafidz Roshdi.

Ini Respon Balas Hafidz Roshdi Setelah Dimaki Azwan Ali

Ini Respon Balas Hafidz Roshdi Setelah Dimaki Azwan Ali

Baca:

Malah, isteri hafidz Roshhdi juga jadi mangsa kecaman dari Azwan Ali.

Ini komen Azwan Ali tentang isteri Hafidz Rohsdi

Setelah melihat Azwan Ali mengamuk sakan, Hafidz Roshdi memberi respon tentang hal ini.
  
Ini komennya: 

Janganlah kita menghina ciptaan ilahi yang maha sempurna , tak kirala dari segi paras rupa, harta, percakapan,ilmu mahupun perbuatan kita sebab kita semua sama manusia ciptaan Allah

 

Hal ini dikatakan bermula apabila Hafidz dikatakan mengatakan sesuatu tentang Azwan Ali

Dikatakan komen tersebut telah dipadam.

Namun, ada peminat Azwan Ali memberitahunya tentang hal itu.

Maka Azwan Ali mengamuk dan menulis komen di ruangan IG milik Hafidz Roshdi

Itulah kisahnya. 

Via:The Daun Media



Sumber Ini Respon Balas Hafidz Roshdi Setelah Dimaki Azwan Ali

Kisah pembunuhan adik Nurul Huda Abdul Ghani Part 1

$
0
0

Nurul Huda Abdul Ghani ialah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun tinggal di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada tahun 2004.

nurullhudaanMerupakan anak bongsu dalam keluarga, dia seorang kanak-kanak yang manja dan disayangi oleh ibu bapa dan adik-beradiknya. Oleh itu, Nurul dikenali dalam keluarga dengan panggilan ‘Manja’. Dia merupakan murid yang bakal menduduki tahun empat Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Tanjung Kupang, Gelang Patah dan anak Ketua Umno Cawangan Kampung Pekajang, Abdul Ghani Juni yang juga merupakan kerani di sekolah Nurul Huda belajar.

Cerita abang Nurul Huda, Amer Effendi, yang ketika itu berusia 26 tahun:

Dia paling disayangi bapa saya. Dia sangat rapat dengan bapa. Malah, kami semua manjakan dia kerana dia anak bongsu.

Dia juga seorang kanak-kanak yang pintar, suka bertanya dan mempuyai sikap ingin tahu terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Kerana itu, sekolah melantiknya menjadi pengawas.

Malam 16 Januari 2004, ibu Nurul Huda mendapati anak kecil itu berperangai agak ganjil dari biasa.

Kisah pembunuhan adik Nurul Huda Abdul Ghani Part 1

Kisah pembunuhan adik Nurul Huda Abdul Ghani Part 1

Nurul Huda Abdul Ghani, beberapa hari sebelum kejadian (gambar ehsan Norasihkin Gani)

Rozita Abu Bakar, ibu saudara Nurul Huda (ketika itu berusia 30 tahun), berkata kanak-kanak itu telah meminta ibunya membeli kain putih untuk pakaian seragam pengawas sedangkan seragam pengawas sekolahnya sepatutnya berwarna merah.

Rozita menceritakan yang ibu Nurul Huda, Zainon Abu Bakar, ada bercakap tentang permintaan Nurul Huda:

Dia memang serius waktu minta dibelikan kain putih itu. Mungkin kerana dia dapat rasakan apa yang bakal berlaku kepadanya.

Keesokannya, pada 17 Januari 2004, Nurul Huda telah mencapai basikal dan bercadang mengayuh untuk membeli ikan dan telur untuk keluarganya di sebuah kedai yang terletak 500 meter dari rumah mereka. Cerita kakak Nurul, Norasihkin Gani:

Hari kejadian adalah hari pertama dia ditinggalkan oleh mak dan abah yang keluar berniaga kerana masa itu adalah hari pertama saya dan kakak berada di rumah selepas tamat pengajian. Nurul kata nak tinggal dengan kakak.

Kami nak masak untuk mak dan abah masa itu, jadi Nurul tolong belikan ikan dan telur. Dia keluarkan basikal yang tak pernah dibawa keluar dari rumah. Basikal yang baru dibeli abah.

Kedai sangat dekat jadi kami benarkan kerana kampung itu yang kami tahu adalah aman dan tenang.

Dia keluar dari rumah, dan pada ketika itu pada jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.

Bagaimanapun, sehingga jam 12.45 tengahari, kanak-kanak itu masih tidak pulang ke rumah.

Bimbang dengan keselamatannya, abang, bapa dan ibu Nurul Huda telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Balai Polis Tanjung Kupang. Norasihkin bercerita:

Abang Long (Amer) naik motor pergi ke balai. Jauhlah juga. Nak telefon masa tu mana kami ada telefon bimbit. Telefon awam pula rosak.

Mereka kemudiannya bersama dua anggota polis membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan untuk mencari Nurul Huda.

Terdapat satu Stesen Janakuasa Tenaga Nasional berhad (TNB) kira-kira 100 meter dari rumah mereka. Kata Norasihkin:

Stesen TNB masa itu baru wujud dan berada di tengah-tengah, antara rumah dengan kedai.

Jadi susah tentu polis mesasarkan untuk bertanya kepada pengawal keselamatan di stesen itu mengenai Nurul Huda, yang sepatutnya berbasikal melalui jalan di hadapan stesen untuk ke kedai.

Namun apabila persoalan mengenai Nurul Huda diajukan kepada pengawal itu, dia bersikap mencurigakan dan tidak memberi kerjasama, sehingga menimbulkan syak.

Ketika ini, Amer Effendi dan dua orang anggota polis tersebut telah memanjat pagar stesen dan masuk ke dalam kawasan tersebut. Norasihkin menambah:

Jam 10.00 pagi tak balik-balik, kami semua sudah mula cari keliling kampung. Jiran semua tolong cari.

Jam 12.00 tengahari kami dah terpacak depan stesen dan tak bergerak-gerak dari depan pagar. Sebab semuanya tergerak hati Nurul ada di dalam stesen TNB itu.

Cuma yang mengambil masa, kami semua tidak dibenarkan masuk. Pagar sangat tinggi.

Kami panggil nama Nurul dari luar sementara tunggu polis datang . Bila nak panjat pengawal tak bagi. Kena ada polis baru boleh masuk.

Dah sampai polis pun tak boleh masuk. Jadi semua panjat ramai-ramai.

Pengawal keselamatan itu, Mohd Abbas Danus Baksan (ketika itu berusia 47 tahun), berang dan cuba menyerang anggota polis dengan parang.

Percubaan Abbas bagaimanapun dipatahkan oleh Lans Koperal Peter Andrew Fletcher, dan Abbas diserahkan kepada rakan setugas, Lans Koperal Rusli Alias (ketika itu 38 tahun).

Rusli telah memegang Abbas bagi mengelakkannya melepaskan diri.

Peter dan abang Nurul Huda, Amer Efendi telah masuk ke dalam stesen tersebut.

Di tandas stesen tersebut, Peter dan Amer menemui sesuatu yang mengejutkan mereka berdua.

Pada dinding tandas tersebut, Nurul Huda telah ditemui duduk tersandar dalam keadaan mencangkung, tanpa seurat benang.

Mulut Nurul Huda telah disumbat dengan kain, manakala tangannya dilihat memegang dagu dan lehernya dalam keadaan separuh sedar. Lehernya berbekas merah manakala dada anak kecil itu terdapat kesan calar.

Basikal biru yang digunakan oleh Nurul Huda turut berada dalam tandas itu. Cerita Amer Effendi:

Waktu saya keluarkan kain itu dari mulutnya, mulutnya tetap terbuka dan saya lihat lidahnya kaku dan biru.

Saya pakaikan dia baju yang saya temui di sebelahnya dan angkat dia ke katil kayu di luar tandas.

Peter telah menjerit memberitahu Rusli yang mereka telah menemui Nurul Huda dalam tandas stesen tersebut. Norasihkin mengimbas kembali:

Ya Allah. Ya Allah. Jumpa Nurul terus terdengar azan Zohor. Allah saja yang tahu perasan kami.

Ketika ini, Abbas berang dan cuba melepaskan diri. Namun Rusli telah mengilas tangan Abbas ke belakang dan bergelut dengan lelaki itu.

Orang kampung yang juga berang pada masa itu telah masuk ke dalam kawasan stesen tanpa disedari anggota polis dan cuba untuk membelasah lelaki itu.

Rusli yang cuba menyelamatkan Abbas dari dibelasah orang ramai, turut terkena tumbukan dalam kejadian itu.

Amer yang tidak dapat mengawal perasaan juga ketika itu ingin membelasah Abbas, bagaimanapun, dia ditenangkan oleh Rusli dan Peter.

Amer kemudiannya memangku Nurul untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Gelang Patah dengan menggunakan van salah seorang rakannya bersama ibu bapa mereka. Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.30 petang.

Ketika saya memangkunya dalam perjalanan untuk ke klinik kesihatan, Nurul masih bernyawa dengan keadaan separuh sedar. Matanya layu separuh terbuka dan suhu badannya masih panas. Mulutnya terbuka dan kelihatan lidahnya hampir lebam.

Amer cuba untuk memberi bantuan pernafasan kepada Nurul Huda dalam perjalanan ke klinik.


 photo 1_1.jpg
Klinik Kesihatan Gelang Patah, Johor

Nurul tidak sedar dan tidak bergerak dalam van itu. Kami berdoa dan berharap yang dia masih hidup.

Bila tiba di klinik, Amer mendakwa Nurul lewat menerima rawatan.

Adik saya dibaringkan pada satu katil bergerak dan dibawa masuk dalam klinik. Setelah memeriksa nadi Nurul, staf klinik mengesahkan adik saya telah meninggal dunia.

Saya tak tahu apa telah terjadi selepas itu.

Nurul Huda dipercayai telah dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki termasuk Abbas, dan telah dicekik oleh salah seorang dari mereka.


 photo 2_2.jpg
Mohd Abbas Danus Baksan, suspek kes rogol dan bunuh Nurul Huda Abdul Ghani

Sehubungan itu, polis menahan reman pengawal keselamatan Mohd Abbas yang berasal dari Kelantan itu dan selepas disoal siasat, polis menahan seorang lagi rakannya di rumahnya di Kampung Pekajang.

Pada masa itu, identiti rakannya itu belum dikenali. Dia merupakan seorang penganggur berusia 27 tahun, dan polis mula mengesan seorang lagi lelaki yang disyaki.

Siasatan polis mendapati Abbas mempunyai lapan rekod jenayah dalam kes samun dan curi di Pasir Gudang, Skudai, Jinjang, Selangor dan Sungei Way, Petaling Jaya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Johor Bahru Utara pada masa itu, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Awang, berkata:

Kita juga masih menyiasat punca kematian Nurul Huda dan kita akan mendakwa mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membunuh mangsa.

Sumber: amazingnara.com

P/S: Bersambung ke Bahagian 2.

Sumber: Norasihkin Gani, NSTP, variasi artikel di Internet

 



Sumber Kisah pembunuhan adik Nurul Huda Abdul Ghani Part 1
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>