Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Guru dipenjara 24 tahun rogol anak murid: Anak murid Cikgu Ezlie mohon maaf – “Tolong hentikan fitnah ke atas mangsa rogol”

$
0
0

Hangat diperkatakan di media sosial sebelum ini tentang kes seorang guru pendidikan jasmani dan guru silat, Cikgu Ezli telah dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan 12 sebatan kerana merogol anak muridnya sendiri.

Baca: 

 

Selepas itu, seorang bekas anak murid silat Cikgu Ezlie telah memuatnaik status di FBnya mendakwa Cikgu Ezlie dianiaya dan tidak bersalah. 

 

Baca: Guru dipenjara 24 tahun rogol budak bawah umur: Ini pendedahan bekas anak murid silat Cikgu Ezlie cerita kisah sebenar

 

Guru dipenjara 24 tahun rogol anak murid: Anak murid Cikgu Ezlie mohon maaf - "Tolong hentikan fitnah ke atas mangsa rogol"

Guru dipenjara 24 tahun rogol anak murid: Anak murid Cikgu Ezlie mohon maaf – “Tolong hentikan fitnah ke atas mangsa rogol”

 

Ekoran daripada pendedahan bekas anak murid Cikgu Ezlie ramai netizen memberikan pendapat bahawa mahkamah telah membuktikan cikgu itu bersalah dan hak mangsa rogol harus dipelihara. Selepas beberapa hati memuatnaik dakwaan beliau mengenai Cikgu Ezlie, Nurhafizah Bt Husin telah memohon maaf dan memadam kembali status yang dimuatnaik itu. 

Di bawah merupakan status yang kami copy daripada komen di Facebook:-

RAYUAN KEPADA NETIZEN: HENTIKAN FITNAH KE ATAS MANGSA ROGOL DAN LINDUNGI HAK KANAK-KANAK

Alhamdulillah selepas seharian melawan pandangan sonsang netizen yang tanpa usul periksa mempercayai fitnah terhadap mangsa rogol, seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol oleh seorang guru pendidikan jasmani, akhirnya pemuat status berkenaan memadamkan status fitnah tersebut diikuti dengan permohonan maaf.

Namun sayangnya fitnah ini telah tersebar marak apabila dipercayai dengan perkongsian oleh lebih 4,000 orang, disukai oleh lebih 3,000 orang dan dikomen oleh lebih 2,000 orang yang secara tidak sedar telah merosakkan kredibiliti mangsa, hakim dan institusi perundangan negara.

Malangnya walau pun status fitnah tersebut telah dipadamkan, ribuan netizen yang membacanya sekali lalu terus mempercayainya dan mengecam mangsa dan hakim tanpa mengetahui fakta kes, prosiding mahkamah dan kronologi kejadian.

Berdasarkan pengalaman ringkas saya dari segi undang-undang sivil dan Syariah serta psikologi mangsa dan pemangsa, berikut saya ingin memperbetulkan beberapa salah faham di kalangan netizen:

1) Status Nurhafizah Bt Husin ini bukan daripada pemahamannya sendiri mengenai kes ini dan dia tidak pernah mengikuti prosiding kes ini atau apa-apa kes jenayah di mahkamah. Dia juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai proses siasatan polis dan proses perbicaraan di mahkamah. Oleh yang demikian, pandangannya adalah bias dan berat sebelah kepada tertuduh yang juga guru persilatannya.

2) Nurhafizah juga tidak mengenali mangsa dan cerita mengenai keburukan mangsa diketahui daripada ‘cakap dengar’ daripada tertuduh dalam pertemuan baru-baru ini di rumah tertuduh. Mahkamah telah mensabitkan tertuduh bersalah dengan hukuman penjara 24 tahun dan 12 sebatan. Persoalannya adakah kesaksian tertuduh yang telah ditolak oleh mahkamah hendak dipercayai di Facebook?

3) Cerita keburukan mangsa termasuk gambar mangsa diberikan oleh tertuduh atau melalui teman wanitanya ‘Sandra’ bagi tujuan ditularkan di media sosial dengan tujuan untuk memberikan gambaran palsu seolah-olah tertuduh teraniaya. Hakikatnya tertuduh mengaku pada masa dan tarikh kejadian pada Disember 2011 dan Ogos 2013, mangsa ada di rumahnya. Persoalannya apakah keperluan seorang guru pendidikan jasmani membawa anak murid perempuan bermalam di dalam rumah bujangnya dalam keadaan dia sendiri memegang status duda? Adakah dia mengadakan senaman gimrama artistik atau sekolah tiada kawasan untuk bersenam?!

4) Cerita kononnya mangsa meminati tertuduh dan ibunya meminta tertuduh untuk mengahwini anaknya juga adalah cerita mitos rekaan dan imaginasi tertuduh semata-mata seperti dalam slot drama jam 7.00 petang. Kes ini di Malaysia dan bukan di India! Tiada ibu yang sanggup mengahwinkan anaknya yang berusia 11 tahun ketika kejadian. Tertuduh menyatakan bahawa terpaksa menolak cinta anak muridnya tetapi mengapa tertuduh sanggup pula membuka pintu rumah dan pintu bilik?!

5) Rupa paras dan keseksian seseorang tidak boleh dijadikan kriteria atau ukuran sama ada seseorang itu boleh menjadi mangsa rogol atau tidak. Perogol tidak memerlukan sebarang kriteria, standard atau justifikasi untuk merogol. Ya benar ada perogol yang memilih wanita cantik seperti mangsa Canny Ong dan Noor Suzaily Mukhtar. Namun jangan lupa lebih ramai perogol tidak memilih rupa paras seperti dalam kes haruan makan anak, gadis OKU lembam dan nenek berusia 60 tahun!

6) Personaliti luaran seseorang tertuduh juga tidak menjadikannya maksum atau malaikat! Pemangsa boleh sahaja dari kalangan guru malah bapa. Ianya hanya berkisar tentang ruang dan peluang untuk berbuat jahat. Kebaikan tertuduh pada masa lalu kepada ramai orang tidak ternafi sama sekali. Namun baik Selva Kumar Subbiah yang didakwa merogol lebih 1,000 mangsa dan tertuduh yang merogol seorang mangsa, kesalahan rogol tetap berlaku. Walaupun semua anak muridnya yang lain yang berjumlah ribuan orang menjadi saksi akhlaknya tertuduh sebelum ini, ia tidak cukup untuk dijadikan hujah pembelaaan jika pendakwa raya berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan yang munasabah.

7) Serangan peribadi kepada mangsa yang dikatakan seorang yang bersosial dan memiliki gambar serta video lucah adalah bertujuan untuk menunjukkan mangsa adalah jahat dan tertuduh adalah baik. Fokus sebenar bukan kepada ‘kedaraan’ mangsa tetapi wujud atau tidak hubungan seksual antara tertuduh dan mangsa. Merujuk kepada kes Pendakwa Raya lawan Mohd Ridzwan bin Md. Borhan (2004) 5 MLJ 300, mahkamah memutuskan bahawa:

Bagi membuktikan suatu kesalahan ‘Rogol’, terdapat intipati yang perlu dibuktikan menurut seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu:

(a) Bahawa tertuduh (lelaki) telah mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan yang menjadi persoalan;
(b) Perbuatan itu dilakukan dalam keadaan-keadaan dibawah mana-mana perkara yang dinyatakan dalam seksyen 375 Kanun Keseksaan;
(c) Bahawa perempuan itu bukanlah isteri tertuduh yang sah disisi undang-undang;
(d) Ujudnya kemasukan…..”

Ia dibaca bersama dengan Seksyen 375 (f) Kanun Keseksaan:
Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk dibawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:

(f) Samada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu dibawah umur enam belas tahun.

Oleh yang demikian, jika mangsa adalah bohsia sekalipun tertuduh tidak boleh mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun walaupun secara ‘sukarela’ dan ‘suka sama suka’.

8) Tertuduh telah diberikan ruang yang adil di Mahkamah Sesyen Selayang sepanjang tempoh perbicaraan lebih 2 tahun dengan diwakili oleh 2 orang peguam. Tertuduh mula didakwa pada 7 Jun 2014 dan didapati bersalah dengan sabitan hukuman pada 17 Februari 2017 dengan dipenjara 24 tahun dan 12 sebatan. Sungguh begitu, saya tidak bersetuju jika ada yang menghina tertuduh dan kerjayanya sebagai seorang guru. Begitu juga dengan penghinaan terhadap hakim mahkamah adalah melampau dan keterlaluan. Malah adalah sesuatu yang biadap apabila kehormatan mangsa seorang kanak-kanak perempuan dijadikan mainan dan integriti hakim dan mahkamah diperlekehkan.

9) Tindakan pemuat naik status menyebarkan identiti mangsa beserta gambarnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan tindakan tertuduh atau wakilnya menfitnah mangsa adalah satu kesalahan menghina mahkamah. Status fitnah ini juga boleh disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Nota: Saya memohon netizen agar tidak meremehkan kehormatan dan maruah perempuan walaupun seorang kanak-kanak dan begitu juga dengan hak tertuduh yang akan merayu ke Mahkamah Tinggi. Netizen wajar menjadi waras dengan tidak memberikan komentar yang seksis dan misoginis yang menguris hati. Berikanlah empati dengan meletakkan diri anda di tempat mangsa dan keluarganya. Hari ini mungkin mereka yang menjadi mangsa dan esok lusa mungkin adik-adik atau anak-anak kita. Pedofilia berada di mana-mana! Akhirnya marilah kita berserah kepada Tuhan dan keadilan Mahkamah Tinggi, jika guru tersebut di pihak yang benar maka dia diselamatkan dan jika sebaliknya diberikan hukuman yang lebih berat.

Tulisan Faizal Ridzuan

Terbakor: Masing-masing ada pendapat sendiri. Kalau betul Cikgu itu dianiaya maka siapa yang menganiayanya akan mendapat balasan dari Allah tapi jika memang benar cikgu itu melakukannya dia sudah dihukum di dunia, di akhirat nanti hanya Allah yang tahu.



Sumber Guru dipenjara 24 tahun rogol anak murid: Anak murid Cikgu Ezlie mohon maaf – “Tolong hentikan fitnah ke atas mangsa rogol”

XOXO Teratas: Kedudukan & Markah Penuh Peserta MLM 2017 Di Minggu Pertama

$
0
0

Minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) telah pun melabuhkan tirainya dan tiada penyingkiran berlaku.

XOXO Teratas: Kedudukan & Markah Penuh Peserta MLM 2017 Di Minggu Pertama

XOXO Teratas: Kedudukan & Markah Penuh Peserta MLM 2017 Di Minggu Pertama

Pada minggu bertemakan bebas itu menyaksikan kumpulan XOXO berada di tangga teratas diikuti Zero dan Bocey.

Keseluruhan persembahan di minggu pertama MLM 2017 mendapat maklum balas positif daripada barisan juri, memandangkan ia merupakan ‘pemanas’ pentas kepada semua peserta.

Dalam pada itu barisan juri profesional iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa sempat berpesan kepada semua peserta supaya memantapkan lagi persembahan untuk minggu-minggu seterusnya.

Kepada para peminat setia MLM 2017, Astro Gempak kongsikan kepada anda kedudukan dan markah penuh para peserta minggu lalu:

1) XOXO – 75.57%
2) ZERO – 64.72%
3) BOCEY – 60.83%
4) SHIRO – 59.77%
5) DZAWIN – 58.16%
6) JORAS – 57.99%
7) PUTEH – 57.74%
8) ABIOSO – 56.35%
9) DANIAL – 56.11%
10) MASIN – 51.28%
11) HOBIT – 48.37%
12) MAD – 44.60%
13) NICE – 44.39%
14) PISTOL – 43.74%
15) MAMU – 43.39%

Nampaknya, tidak semestinya peserta yang memenangi GEMPAK Man Of The Match (GMOTM) berada di tangga teratas.

Walaupun Mad (Mad Sabah) dipilih sebagai GMOTM dengan 63% undian, namun jika ada tidak mengundi persembahannya apa sahaja boleh berlaku.

Jika tidak suka dengan markah yang diperolehi peserta kegemaran masing-masing teruskan mengundi mereka dengan menaip ML3/5/10/20 (NAMA PESERTA) dan hantarkan ke 32777.

Sementara itu undian untuk GMOTM boleh dilakukan di webMLM 2017 (klik di sini).

MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam, setiap Jumaat pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi Astro Warna (132), Mustika HD (134).

Sumber:Astro Gempak

 



Sumber XOXO Teratas: Kedudukan & Markah Penuh Peserta MLM 2017 Di Minggu Pertama

Pengasuh taska kantoi dera & paksa budak makan najis sendiri

$
0
0

Kejam dan tidak memiliki belas kasihan,itulah yang berlaku terhadap beberapa kanak kanak taska yang diseksa oleh pengasuh mereka.

Pengasuh taska kantoi dera & paksa budak makan najis sendiri

Pengasuh taska kantoi dera & paksa budak makan najis sendiri

Lebih memilukan apabila kanak kanak malang berkenan disuruh memakan najis sendiri.

Terbongkarnya kekejaman yang dilakukan oleh pengasuh taska Sam’s Early Learning Centre at Jalan Mutiara Singapura ini diketahui umum selepas ekaun WeChat bernama Singapore tong memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti kekejaman pengasuh taska berkenan.

Tidak hanya memakan najis sendiri,kanak kanak berkenan juga turut disuruh memakan sampah dan buah yang sudah busuk.

Menurut laporan Stomp kanak kanak yang berak di seluar akan dipaksa oleh pengasuh memakan najisnya sendiri dan mereka juga akan dipaksa memakan buah  yang busuk dicampur dengan susu formula yang berterabur di lantai selain dari dibiarkan tidur di lantai tanpa sembarang alas.

Bagaimanapun Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak,Early Childhood Development Agency (ECDA) mengaku telah menerima aduan perderaan kanak kanak yang disertakan dengan tiga keping gambar yang dikatakan berlaku ditaska Jalan Mutiara.

Selain itu ECDA juga mengesahkan bahwa pihak mereka sedang menyiasat pusat jagaan kanak kanak berkanan.

Sumber:Eberita



Sumber Pengasuh taska kantoi dera & paksa budak makan najis sendiri

Lelaki pakai tudung menyamar wanita curi beg tangan dalam surau

$
0
0

SEKALI pandang sebiji macam perempuan, siap menggayakan tudung rekaan terbaru. Tapi dia sebenarnya seorang lelaki yang menyamar jadi wanita dan berpura-pura mahu menunaikan solat untuk mencuri beg tangan.

Lelaki pakai tudung menyamar wanita curi beg tangan dalam surau

Lelaki pakai tudung menyamar wanita curi beg tangan dalam surau

Lelaki ini dikatakan telah ditangkap di Surau Sunway, semalam selepas kantoi masuk ke ruang solat wanita kononnya mahu menunaikan solat, sebaliknya mencuri beg tangan jemaah lain yang sedang menunaikan solat.
Gambar tangkapan lelaki menyerupai wanita itu, tersebar dan menular (viral) di media sosial.

Difahamkan lelaki ini memang mempunyai banyak rekod-rekod jenayah lampau.
Segelintir pengguna facebook yang mengaku mengenalinya mendakwa lelaki ini memang terkenal kerana banyak melakukan kes-kes jenayah sebelum ini.
“Dia ni memang musibat yang famous, banyak hal dia ni, tapi lepas tu bebas juga, buat balik viral balik, tangkap balik, buat balik, viral balik,” kata R Adizuddin Adam Shah di akaun facebook.
Segelintir pula mengaitkan lelaki ini dengan satu lagi kes kecurian beg tangan yang pernah berlaku di GM Klang tahun lalu, di mana seorang individu kelihatan seperti wanita bertudung dirakam melalui rakaman CCTV membawa lari beg tangan seorang jemaah wanita lain yang menunaikan solat di dalam surau.
Dalam kejadian kecurian beg tangan di GM Klang sebelum ini, orang ramai terkejut menyaksikan perbuatan wanita bertudung litup tetapi sanggup mencuri beg tangan di dalam surau.
 

Sumber:Milo suam



Sumber Lelaki pakai tudung menyamar wanita curi beg tangan dalam surau

MCPF mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan dan membiarkan anak tanpa pengawasan

$
0
0

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang mengabaikan dan membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan.

Naib Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Ali berkata, peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 membolehkan ibu bapa didakwa di mahkamah atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak.

MCPF mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan dan membiarkan anak tanpa pengawasan

MCPF mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan dan membiarkan anak tanpa pengawasan

Menurutnya, akta berkenaan perlu dikuatkuasa dan diperketatkan sebagai peringatan kepada masyarakat bahawa isu perlindungan kanak-kanak tidak boleh dikompromi.

“Tindakan membiarkan anak bawah umur keluar rumah pada tengah malam dan awal pagi tidak boleh diterima. Sepatutnya anak bawah umur ini tidak boleh keluar tanpa pengawasan.

 

“Peruntukan sudah ada, tetapi ia perlu dikuatkuasakan yang membolehkan ibu bapa diberi amaran dan didakwa di mahkamah,” katanya pada sidang media selepas program perbincangan meja bulat bandar selamat kelestarian sejagat MCPF di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian kemalangan mengorbankan lapan kanak-kanak di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Kampung Mahmoodiah, Johor Bahru, 3 pagi semalam.

Sumber:Metro



Sumber MCPF mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan dan membiarkan anak tanpa pengawasan

Dalam mesyuarat pelajar itu mengaku hanya diluku, tak pula kata ditumbuk dan ditendang guru seperti yang didakwa surat khabar

$
0
0

Pelajar tingkatan empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk guru displin di sini baru-baru ini, mengakui dia tidak diperlakukan sedemikian, sebaliknya hanya diluku di dahi kerana memberontak.

Dalam mesyuarat pelajar itu mengaku hanya diluku, tak pula kata ditumbuk dan ditendang guru seperti yang didakwa surat khabar

Dalam mesyuarat pelajar itu mengaku hanya diluku, tak pula kata ditumbuk dan ditendang guru seperti yang didakwa surat khabar

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Mohd Najib Abu Bakar berkata, melalui mesyuarat khas antara kesemua pihak Isnin lalu, pelajar itu mengakui bahawa dia sendiri tidak berpakaian kemas ketika datang ke sekolah.

“Dalam mesyuarat, pelajar itu mengakui diluku (ketuk) di dahi kerana memberontak apabila ditegur kerana tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar tetapi tidak pula ditumbuk dan ditendang seperti laporan sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.45 pagi, 8 Februari lalu, pelajar itu mendakwa dicekak, ditumbuk di belakang kepala, dan ditendang guru disiplin di depan pintu pagar sekolah kerana dikatakan tidak berpakaian kemas.

Bapa pelajar itu membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu yang dikatakan mencederakan anaknya.

 

Mohd Najib bagaimanapun kesal kerana mesyuarat yang diadakan itu masih gagal mencapai jalan penyelesaian disebabkan bapa pelajar itu yang berusia 38 tahun masih mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Saya syorkan bapa mangsa agar tidak meneruskan tindakan tersebut kerana ia akan berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar berkenaan untuk proses mahkamah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.

Sumber:Metro



Sumber Dalam mesyuarat pelajar itu mengaku hanya diluku, tak pula kata ditumbuk dan ditendang guru seperti yang didakwa surat khabar

Ibu bapa perlu tegas, jangan biarkan anak merayau lepas tengah malam – Rosmah Mansor

$
0
0

Ibu bapa perlu tegas dengan anak remaja serta sentiasa ambil tahu dan peka sama ada anak mereka sudah pulang ke rumah atau tidak apabila lewat malam, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ibu bapa perlu tegas, jangan biarkan anak merayau lepas tengah malam - Rosmah Mansor

Ibu bapa perlu tegas, jangan biarkan anak merayau lepas tengah malam – Rosmah Mansor

Beliau berkata, ibu bapa juga harus mengambil tahu dengan siapa anak mereka keluar, apa yang dibuat oleh anak mereka serta menetapkan pukul berapa seharusnya anak tersebut perlu balik dan berada di rumah.

“Kalau ibu bapa hendak menjadi ‘parents yang understanding’ pun hanya setakat mana yang perlu,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tragedi lapan remaja berusia 13 hingga 16 tahun yang maut selepas dirempuh sebuah kereta di Johor Bahru dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Sabtu lepas.

Beliau ditemui selepas majlis prapelancaran dan sidang media Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!! di Seri Perdana di sini, hari ini.

 

Sambil menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian tersebut, Rosmah berkata beliau berharap selepas ini ibu bapa akan memberi lebih perhatian kepada anak masing-masing serta tidak membiarkan mereka merayau selepas tengah malam.

Beliau berkata ibu bapa tidak boleh mengamalkan sikap tidak kisah sama ada anak masing-masing sudah balik atau belum terutamanya apabila waktu sudah lewat malam.

Tambah Rosmah, ibu bapa perlu mengambil tahu keadaan anak remaja masing-masing terutamanya apabila mereka keluar rumah dan tidak balik sehingga awal pagi.

Jelasnya, beliau bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar supaya ibu bapa melarang anak-anak mereka bermain di kawasan-kawasan bahaya bagi mengelak kejadian yang tidak dingini.

“Saya sangat bersetuju dengan titah tuanku ‘Biar dia (anak remaja) yang menangis, jangan kita (ibu bapa) menangis,” katanya. – BERNAMA

Sumber:Mynewshub



Sumber Ibu bapa perlu tegas, jangan biarkan anak merayau lepas tengah malam – Rosmah Mansor

“Jika artis baru tak mulakan salam dengan saya, saya akan salam dahulu” – Amy Mastura

$
0
0

JIKA sebelum ini kebanyakan senior dalam bidang industri hiburan meluahkan perasaan mengenai perilaku sesetengah pendatang baharu yang dikatakan tidak menghormati senior, namun Amy Mastura pula mengambil langkah berlainan apabila melibatkan isu seperti itu.

"Jika artis baru tak mulakan salam dengan saya, saya akan salam dahulu" - Amy Mastura

“Jika artis baru tak mulakan salam dengan saya, saya akan salam dahulu” – Amy Mastura

Menurut penyanyi berusia 46 tahun itu dia lebih menyukai prinsip mengelak daripada terlibat dalam pergaduhan sesama artis.

Memetik mStar, Amy berkata, “Saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang senior di kalangan artis baharu, jika mereka tidak bersalam dengan saya di lokasi, saya akan bersalam dengan mereka dahulu.”

“Saya rasa itu bukan perkara besar kerana mungkin mereka terlepas pandang dan tidak perasan kita di situ. Saya juga kadang-kala melalui perkara yang sama jika saya terlalu asyik berbual,” katanya.

 

Sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, Amy boleh dikatakan di antara artis yang paling bersih imejnya kerana namanya tak pernah terlibat dalam sebarang gosip liar seperti mana yang dilalui kebanyakan selebriti di luar sana.

Menurut ibu kepada dua anak perempuan yang semakin meningkat dewasa itu, perkara itu merupakan satu ramuan yang menyebabkan namanya terus bertahan sejak dua dekad lalu.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan artis dan kalau boleh saya cuba elakkan daripada terlibat dengan pergaduhan sejak daripad dulu lagi.

“Kalau kita tidak suka sesuatu keadaan, kita tarik diri dan jangan panaskan perkara itu. Saya akui tidak boleh mengawal situasi seperti itu,” ujarnya lagi.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 



Sumber “Jika artis baru tak mulakan salam dengan saya, saya akan salam dahulu” – Amy Mastura

2 hari berdiri di bawah huruf P papan tanda Walmart yang hampir tertanggal, berharap dapat saman Walmart jika ditimpanya

$
0
0

SENGAJA cari penyakit. Lelaki ini, Manuel Garcia mahu mencari wang dengan mudah. Caranya adalah dengan bersandar di bawah tulisan P yang menjadi papan tanda Pharmacy di Wallmart yang hampir tertanggal.

2 hari berdiri di bawah huruf P papan tanda Walmart yang hampir tertanggal, berharap dapat saman Walmart jika ditimpanya

2 hari berdiri di bawah huruf P papan tanda Walmart yang hampir tertanggal, berharap dapat saman Walmart jika ditimpanya

Dengan berbuat demikian, Manuel berharap agar tulisan itu akan menimpa kepalanya, jadi selepas itu bolehlah dia menyaman pihak berkenaan.

Malangnya, selepas dua hari, tulisan berkenaan masih belum tercabut. Sama ada dia serius dengan tindakan itu, namun gambar yang dimuat dalam Facebooknya itu telah dikongsi berpuluh ribu orang.

Meskipun tujuan tersebut menjadi perdebatan ramai, namun Manuel terlupa aspek keselamatan dan bahaya yang menunggunya jika tulisan itu menghempap kepalanya.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber 2 hari berdiri di bawah huruf P papan tanda Walmart yang hampir tertanggal, berharap dapat saman Walmart jika ditimpanya

“Peminat Fattah Amin mulut celupar, maki kami di laman sosial” – Sharnaaz Ahmad mengaku tidak selesa dengan Fattah kerana terdapat aura negatif daripadanya

$
0
0

Terbuka meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial, Sharnaaz Ahmad kini menerima padah apabila tindakannya mengkritik kreadibiliti Fattah Amin membuatkan ramai peminat pelakon itu mengecam Sharnaaz. Malah jelasnya lagi, kemarahan yang tercetus itu adalah disebabkan provakasi yang timbul di kalangan peminat fanatik Lofattah.

"Peminat Fattah Amin mulut celupar, maki kami di laman sosial" - Sharnaaz Ahmad mengaku tidak selesa dengan Fattah kerana terdapat aura negatif daripadanya

“Peminat Fattah Amin mulut celupar, maki kami di laman sosial” – Sharnaaz Ahmad mengaku tidak selesa dengan Fattah kerana terdapat aura negatif daripadanya

“Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial”

 

 

 

 

 

“Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu,” jelasnya dalam ruangan Hip di Berita Harian Online mengenai tindakannya mengkritik bakat Fattah.

Dalam pada itu, ada pula yang menyangka bahawa Sharnaaz munkin mempunyai perselisihan faham dengan Fattah sehingga membuat beliau bertindak sedemikian. Bagaimanapun Sharnaaz menafikannya kenyataan terbabit namun begitu beliau mengakui tidak begitu selesa dengan pelakon itu kerana merasakan terdapat aura negatif daripadanya. 

Sumber:Rotikaya



Sumber “Peminat Fattah Amin mulut celupar, maki kami di laman sosial” – Sharnaaz Ahmad mengaku tidak selesa dengan Fattah kerana terdapat aura negatif daripadanya

Nur Sajat mengaku cuci Miss V-nya guna sabun muka

Duit deposit bukanlah advance payment untuk sewa rumah, tapi adalah cagaran

$
0
0
Apabila mencari rumah sewa, antara perkara utama yang akan dilihat ialah deposit. Namun masih ramai yang salah faham istilah deposit ini, sama ada daripada pihak penyewa atau tuan rumah.
Duit deposit bukanlah advance payment untuk sewa rumah, tapi adalah cagaran

Duit deposit bukanlah advance payment untuk sewa rumah, tapi adalah cagaran

 
  • 1+1
  • 2+1
  • 2+1+1
Apa maksud semua ini?
 
Segelintir tuan rumah enggan memulangkan kembali deposit penyewa manakala sebahagian penyewa pula menganggap ia sebagai ‘advance sewa’ untuk bulan-bulan terakhir.
 
Seringkali juga tuan rumah dimaki di alam maya kononnya cekik darah dengan meminta deposit yang tinggi, malah ada yang memberi hujah bahawa deposit sepatutnya ditiadakan. Namun ada juga penyewa yang mengambil kesempatan apabila deposit rendah dikenakan kepada mereka.
Apa sebenarnya maksud dan konsep deposit ini? Deposit didefinisikan sebagai sebahagian daripada bayaran berupa wang yang dibayarkan (sebahagian lagi adalah hutang). Penggunaan istilah ‘deposit’ ini menyebabkan sebahagian penyewa menganggapnya sebagai bayaran ‘advance sewa’ untuk bulan terakhir.
 
Namun, pada pandangan saya, penggunaan terma ‘deposit’ rumah sewa adalah satu “misnomer”. Terma yang betul ialah cagaran. Cagaran bermaksud sesuatu yang dijadikan sebagai jaminan. Contohnya jika ada kerosakan atau tunggakan, maka cagaran ini akan digunakan oleh tuan rumah. Jika semua ok, cagaran akan dipulangkan.
 
 
Sebelum menyerahkan rumah sewa, kebiasaannya tuan rumah akan meminta wang cagaran sebanyak 1 atau 2 atau 3 bulan sewa, bergantung kepada:
  1. Kondisi rumah (kosong atau berperabot)
  2. Budi bicara tuan rumah
  3. Kebolehpercayaan terhadap penyewa
Contohnya jika sewa bulanan ialah 700, maka:
  • 1+1 : 700 (cagaran) + 700 (sewa bulan pertama) = 1400
  • 2+1 : 1400 (cagaran) + 700 (sewa bulan pertama) = 2100
  • 2+1+1 : 1400 (cagaran sewa) + 700 (cagaran utiliti) + 700 (sewa bulan pertama) = 2800
Jarang dan sukar nak jumpa tuan rumah yang menyewakan rumah tanpa deposit kerana tuan rumah berdepan dengan RISIKO, contohnya:
  1. Penyewa bertangguh-tangguh bayaran sewa, sedangkan tuan rumah perlu membayar ansuran di bank setiap bulan. Jika lewat, CCRIS tuan rumah akan tercalar. Lebih teruk, dah la tak bayar sewa, kemudian lari menghilangkan diri.
  2. Penyewa keluar awal daripada tarikh tamat kontrak, maka tuan rumah mungkin rugi 1-2 bulan rumah kosong kerana perlu mencari penyewa baru akibat daripada penyewa melanggar kontrak tempoh sewaan.
  3. Kerosakan rumah yang disebabkan oleh penyewa contohnya paip patah, pintu pecah (penyewa memang suka terkunci tombol dari dalam), tombol rosak, saluran sumbat (dengan gumpalan rambut, minyak beku, spender), jubin pecah dan lain-lain. Kerosakan yang disebabkan oleh penyewa sepatutnya ditanggung oleh penyewa.
  4. Kerosakan perabot contohnya sofa hancur, cermin muka pecah, almari patah dan lain-lain. Ini juga adalah kerosakan disebabkan oleh penyewa, bukannya ‘wear and tear’, kecuali jika perabot memang uzur.
  5. Bil-bil tertunggak yang tidak dilangsaikan oleh penyewa, kadangkala hingga berbulan-bulan lamanya. Biasanya ia hanya disedari apabila penyewa telah keluar rumah.
  6. Rumah bersepah dengan sampah yang setahun tak buang, toilet yang setahun tak cuci, siling bersawang yang setahun tak dibersihkan, lantai berkulat yang setahun tak dimop. Sepatutnya rumah sewa yang dipulangkan diberi dalam keadaan yang sama ketika penyewa mula-mula masuk. Jika tidak, kos pembersihan patut ditanggung penyewa.

Kalau didapati kerosakan berlaku ketika tempoh sewaan, minta terus cash daripada penyewa untuk dibaiki. Jika ada sewa yang tertunggak, minta penyewa bayar double bulan berikutnya. Jangan potong daripada duit cagaran sebab ia digunakan apabila penyewa keluar, bukannya ketika masih menyewa. Duit cagaran ni guna (jika ada rosak oleh penyewa atau tunggakan bil) masa penyewa dah keluar rumah nanti, dan bakinya dipulangkan selepas 2-4 minggu (lepas dapat bil terkini).

Ini cuma 6 contoh sahaja. Jika tiada duit cagaran, adakah penyewa sanggup nak hulur duit selepas keluar? Sangat mustahil. Jika duit cagaran dah digunakan untuk bayaran sewa bulan-bulan terakhir, kemudian apabila penyewa keluar baru perasan tunggakan bil cecah RM1,000, adakah penyewa yang dah keluar akan hulurkan duit RM1,000 tu? Sangat susah.
Namun begitu, ada juga segelintir tuan rumah yang buat duit cagaran itu macam duit dia punya. Duit cagaran diambil dan dijolikan sehingga menyebabkan ketidakmampuan untuk memulangkan semula kepada penyewa selepas tamat kontrak sewa, malah menyalahkan penyewa itu ini semata-mata untuk tegakkan benang yang basah sebab duit sudah habis dijolikan.
Untuk tuan rumah, tegaskan kepada penyewa awal-awal bahawa DUIT DEPOSIT/CAGARAN BUKANLAH ‘ADVANCE PAYMENT’ UNTUK SEWA, supaya 1-2 bulan terakhir mereka tak paksa tuan rumah guna duit cagaran sebagai bayaran sewa. Jika tidak, apabila mereka keluar kelak, tuan rumah sudah tiada apa-apa duit cagaran untuk menyelesaikan apa-apa risiko di atas yang mungkin jadi realiti. Terpaksa keluar duit poket sendiri.

Akhir sekali, buat perjanjian sewa secara bertulis dan catat dengan terperinci isu duit deposit/cagaran ini. Kalau ada pertikaian, rujuk perjanjian ini. Iyalah, kalau sekadar sembang, akhirnya akan ada pihak yang gebang.

Sumber:TR



Sumber Duit deposit bukanlah advance payment untuk sewa rumah, tapi adalah cagaran

"Kena Tengok Ibu Bapa Saya.." - Sari Yanti Tampil Beri Komen Tentang Hubungan Dengan Jep Sepahtu

$
0
0

"Kena Tengok Ibu Bapa Saya.." - Sari Yanti Tampil Beri Komen Tentang Hubungan Dengan Jep Sepahtu


Pelakon ini kini menjadi tumpuan kerana dikaitkan dengan Jep Sepahtu.

Sari Yanti bagaimanapun akui senang dengan personaliti dimiliki Jep Sepahtu.

Walaubagaimanapun, kisah status hubungan antara Sari dengan Jep terus menjadi tanda-tanya.

Sehingga saat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak mengesahkan merekasedang bercinta.

Namun, Jep pula sebelum ini turut menyatakan beliau bersedia menerima Sari sebagai jodohnya.

Baca kenyataan Jep DI SINI.


Kini tiba giliran Sari Yanti ditanya tentang hal ini.

Ini komen Sari Yanti:

"Nak tahu hati saya senang dengan apa saja pilihan mahupun persoalan, kena tengok ibu bapa saya,"

"Apa yang saya kongsi di media sosial itu sudah mewakili apa yang perlu dijelaskan. Saya cuma tidak mahu ia hadir dalam bentuk kenyataan yang diolah-olah. 


"Saya juga tak mahu andai ada kenyataan diluahkan, ia akan diterjemahkan menjadi lain pula. Bagi mereka yang tahu, tidak mengapalah. Tiada apa pun yang hendak disembunyikan.

"Saya juga berasakan tidak perlu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan. Apatah lagi ia bukanlah membabitkan soal ikatan perkahwinan,"



Itulah penjelasan dari Sari Yanti tentang hubungannya dengan Jep. Nampaknya Sari memang tidak mahu mengesahkan hubungan tersebut.

Statement by Sari Yanti:

"To know I'm happy with any choice or problems, have to see my parents,"

"What I shared in social media it is representative of what needs to be explained. I just do not want it to appear in the shape of a stylized reality though.

"I also do not want to be a reality if expressed, it would translate into another. For those who know, not okay. Nothing to hide.

"I also feel there is no need to issue any statement. Furthermore, it is not a matter involving marriage,"


Sumber "Kena Tengok Ibu Bapa Saya.." - Sari Yanti Tampil Beri Komen Tentang Hubungan Dengan Jep Sepahtu

14 Koleksi Gambar Terkini Catriona Ross Yang Langsing Menawan, Turun Berat Hampir 20kg

$
0
0

14 Koleksi Gambar Terkini Catriona Ross Yang Langsing, Turun Berat Badan Hampir 20kg


Pelakon Catriona Ross kini berumur 36 tahun dan telah kurang tampil di kaca televisyen.

Namun yang terbaru, pelakon ini kelihatan amat lain dari penampilan terdahulu.

Rupa-rupanya, Catriona Ross telah menurunkan berat badannya sebanyak 17kg dari penampilan sebelum ini.

Kini, Catriona Ross kelihatan cantik, langsing dan yang penting awet muda.

Memang tak kelihatan macam 36 tahun pun.

Jika sebelum ini beratnya 75kg, kini berat Catriona Ross hanyalah 58kg sahaja.

Malah dia pun kini telah dilantik menjadi duta produk kecantikkan.

Makin cantik, badan sihat, rezeki juga datang mencurah. Syukur!!

Ini antara kata-kata dari Ignya:

If you want something really bad, you gotta work hard to achieve it and you have to be determined 

If i did it ( although I've stil a long way to go) but anyone of you wil succeed at it too.


I've learnt that the key is to eat well and dump grease, sugar and sodium. 

Lots of fresh food. Good luck everyone. I believe in you.

Go confidently in the direction of your dreams. Dream big. Live it.

To succeed, act as if its impossible to fail.

Ive been receiving overwhelming response about this outfit i wore for my event recently.


Ini gambar terkininya:
















Sumber 14 Koleksi Gambar Terkini Catriona Ross Yang Langsing Menawan, Turun Berat Hampir 20kg

Fattah Amin Tampil Luah Perasaan, Tapi Sebenarnya Bukunya Catat Sejarah Kerana...

$
0
0

Fattah Amin Tampil Luah Perasaan, Tapi Sebenarnya Bukunya Catat Sejarah Kerana..




Fattah Amin memang teruk dikutuk gara gara buku keluarannya.

Pelakon ini telah tampil membuat luahan hati.

Bagi Fattah, setiap kritikan dan kecaman yang diberikan itu dijadikan sebagai batu loncatan untuk tampil lebih maju.

LUAHAN HATI

Ini komennya:


"Masa awal lakonan saya ketika dikritik saya berlakon macam kayu, saya sebenarnya tak pernah berhenti belajar untuk perbaiki kelemahan diri sendiri.

"Jadi, apa sahaja yang terjadi terhadap diri saya sebagai seorang selebriti, ia bukan alasan yang boleh mematahkan semangat saya untuk berlakon. Memang tak pernah sekali pun saya berhenti,"

"Bahkan di tahap saya sekarang ada lagi yang masih tidak menerima kekurangan saya, ada yang mengkritik juga kecam.


"Namun saya akui, saya manusia biasa dan ada kekurangan. Tetapi saya positif dan jadikan kritikan itu sebagai semangat baru untuk maju,"

KENA KUTUK TAPI SEBENARNYA BEST SELLER

Semakin dikutuk, semakin laris! Itulah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin

Buku ini sememangnya amat viral di laman sosial pada minggu lepas.

Fattah berkata, pembelian yang dibuat orang ramai secara dalam talian meningkat secara mendadak

"Untuk cetakan pertama pihak penerbit mengeluarkan 5,000 salinan dan Alhamdulillah setakat ini jualan sangat memberangsangkan walaupun ia dikritik hebat.

"Malah pihak MPH Book Store juga membuat tempahan baru buku itu kerana mendapat permintaan tinggi selain ia diletakkan di carta 'best seller',"


Fattah akan sentiasa berfikiran positif terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya berhubung isu penghasilan buku itu.




Sumber Fattah Amin Tampil Luah Perasaan, Tapi Sebenarnya Bukunya Catat Sejarah Kerana...

Najib tidak boleh disaman salah guna jawatan awam

$
0
0

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain tidak boleh mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kapasitinya sebagai pegawai awam telah menyalahgunakan jawatan awam berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib

Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata ini kerana Najib merupakan seorang anggota pentadbiran dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Cecil Abraham selesai berhujah di dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais.

Mahkamah hari ini mendengar hujahan berhubung permohonan Najib untuk membatalkan saman dikemukakan terhadapnya oleh Dr Mahathir, 90, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, 41.

Mohd Hafarizam berkata hujahan defendan adalah terdapat perbezaan antara perkhidmatan awam, jawatan awam, kakitangan awam dan anggota pentadbiran.

“Tan Sri Cecil berhujah bahawa Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam.

“Siapakah anggota pentadbiran? Mereka ialah menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan dengan itu termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” kata Mohd Hafarizam.

Peguam itu berkata Cecil juga berhujah bahawa dengan membaca kenyataan tuntutan itu, peguam mewakili defendan tidak menemukan sebarang butiran bahawa Najib ialah pegawai awam, bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang telah menjejaskan dan bahawa tindakan Najib itu dilakukan dengan niat jahat.

“Tan Sri Cecil berhujah itulah hujahan pertamanya yang bermaksud  butiran mengenai salah guna kedudukan itu tidak ada,” katanya.

Mohd Hafarizam berkata para plaintif dalam tuntutan mereka telah gagal untuk memperincikan bagaimana Najib telah menggunakan kuasanya untuk menjejaskan mereka (Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina).

Beliau berkata mahkamah menangguhkan penghakiman ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Peguam mewakili ketiga-tiga plaintif, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa dalam hujahannya beliau menyatakan kes saman itu tidak sepatutnya dibatalkan pada peringkat ini dan menggesa mahkamah memutuskan bahawa kes itu perlu menjalani perbicaraan penuh. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Najib tidak boleh disaman salah guna jawatan awam

Kecoh! Husam serang ceramah pas tentang dirinya

$
0
0

Suasana tenang di  Ceramah “Husam Lari dari Debat Baiah” bertukar riuh apabila Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa tiba-tiba muncul di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV itu.

Husam serang ceramah pas

Husam serang ceramah pas

Husam yang tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh sedang memberi ucapannya dilihat menaiki pentas utama dan duduk bersama pemimpin Pas yang lain.

Tindakan tersebut telah menimbulkan ketidakselesaan penonton mahupun pemimpin yang ada di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan dengan kata-kata yang tidak sopan oleh beberapa penyokong yang hadir.

Walau bagaimanapun kehadiran Husam dipentas utama tersebut langsung tidak mengganggu Wan Ismail yang juga pemimpin senior Pas itu dalam melontarkan pendapat dan pengalamannya mengenai isu itu.

Malah beliau juga dengan sinisnya menegaskan tiada siapa pun yang boleh membakar rumah Pas itu selagi ada penghuni tegar di dalamnya.

Keriuhan sorakan penyokong juga tidak hanya berhenti di situ apabila sekali lagi kekecohan timbul semasa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud mula berucap.

Kekecohan tersebut bermula apabila salah seorang penyokong tidak dapat menahan kemarahan dan datang ke hadapan pentas mencabar bekas Naib Presiden Pas itu berdebat di hadapan mereka.

Keadaan pada awalnya tidak terkawal terutamanya apabila penyokong kedua-dua parti masing-masing bergilir melontarkan cemuhan terhadap pemimpin pihak berlawanan.

Bagaimanapun 5 minit kemudian, keadaan mula kembali tenang dengan bantuan Unit Amal Pas yang bertindak membuat kawalan rapi di depan pentas utama.

Husam dibawa keluar daripada pentas tersebut selepas ada sekumpulan penyokong Pas cuba untuk membuat kecoh di depan pentas dan mahu bersemuka dengan bekas exco kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan ceramah tersebut.

Ceramah tersebut dibuat bagi memberi penjelasan mengenai tindakan Husam yang didakwa cuba berdolak dalih dalam menentukan tarikh sebenar perdebatan itu boleh dilangsunglan.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Kecoh! Husam serang ceramah pas tentang dirinya

Adab bergurau zaman viral, salah bergurau terus viral!

$
0
0

Bergurau zaman viral bahaya.  Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.  Jika kita maksudkan tujuannya A tapi orang ingat B, orang lain pula mungkin fikir C dan ada juga pendapat lain fikir Z terus. Jadi itulah bahayanya gurau zaman viral ini.

Adab bergurau zaman viral, salah bergurau terus viral!

Adab bergurau zaman viral, salah bergurau terus viral!

Seperti yang berlaku minggu lalu. Mula-mula Gempal nak cerita mengenai gurauan Shah dari kumpulan Tapaw.  Dia edit pada sijil kelahiran anaknya dengan meletakkan nama Muhammad Putra Naruto. Maka ramailah netizen yang mengkritik kerana memberikan nama yang tidak baik pada anak.   

Mengakui dia tersilap gurau, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.

Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini; “Sebenarnya, perkara yang dikongsi itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata di kalangan adik-beradik. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.

“Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram,” kata Shah.

Gurauan Shah tak fasal-fasal dia dapat kecaman percuma daripada netizen.  

Kisah gurauan yang kedua adalah lebih hebat lagi iaitu gurauan berkahwin buat kali yang ketiga.  

Gempal menerima kiriman screen shot daripada peminat berkongsi cerita dan gambar bahawa isteri pertama Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre telah berkahwin lagi buat kali ketiga. Sementara Salima pula isteri keduanya merupakan seorang selebriti.    

Dan apabila kisah ini disiarkan terus menjadi viral.  Namun apa yang menariknya di sebalik cerita tersebut adalah Salima menafikan kenyataan madunya bahawa suami mereka berkahwin lagi buat kali ketiga.

Ini yang ditulis oleh Salima

“Assalamualaikum. Gambar dan statement ini adalah palsu, saya sebagai isteri Kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini palsu mewakili suami dan juga isteri pertama. Gambar ini diupload atas dasar gurauan tanpa pihak isteri pertama menyangka gurauan itu akan menjadi viral.” 

Berita penafian ini juga telah menjadi viral. Pelbagai pendapat yang diberikan dan kebanyakan komen yang diterima mengatakan bahawa berita gurauan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

Justeru, dalam zaman serta viral ini, apakah adabnya jika hendak bergurau?  Mudah sahaja, bagi Gempal jika hendak bergurau biarlah bertempat, fikir semasak-masaknya sebelum upload sesuatu dan fikirkan pro dan kontranya terutama jika anda adalah seorang selebriti.  

Melainkan jika anda sanggup menerima kecaman netizen maka silalah bergurau seperti mana yang anda mahukan.  Jika dah viral sendiri tanggunglah ya.

 

 

Sumber: Media Hiburan

 

 



Sumber Adab bergurau zaman viral, salah bergurau terus viral!

Sedih! Pesalah dadah larikan diri balik jumpa ibu kerana rindu sebelum diberkas semula

$
0
0

Semalam gempar di media sosial apabila seorang banduan dikatakan lolos untuk bertemu dengan ibunya. Admin turut sayu baca kisah itu. Tapi kisah sebenarnya lain sedikit. Tidak seperti yang ceritakan di media sosial.

Sedih! Pesalah dadah larikan diri balik jumpa ibu kerana rindu sebelum diberkas semula

Sedih! Pesalah dadah larikan diri balik jumpa ibu kerana rindu sebelum diberkas semula

Lari selepas dijatuh hukum.

Sebenarnya, pesalah ini larikan diri dari Mahkamah Majistret di Segamat selepas dijatuh hukum penjara 7 bulan akibat kes berkaitan dadah. Dia ditahan semula lepas setengah jam lari di kawasan belukar berdekatan rumahnya.

Ketika kejadian terdapat tiga anggota polis pengiring yang menggarinya bersama enam pesalah lain. Namun dia meloloskan diri dan lari melalui pintu hadapan mahkamah.

Menurut polis lagi, pesalah mampu meloloskan tangan dari gari disebabkan saiz pergelangan tangan kanan agak kecil. Akibat kesan kecederaan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

Kasih ibu sampai syurga.

 

Rumah pesalah ni cuma dua kilometer dari mahkamah. Tapi walau macam mana pon, ibu si pesalah tetap mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang. Sedih pula admin tengok.

Netizen turut sebak.

Walau apa pon salah kita buat, ibu tetap terima kita seadanya. Semoga kisah ini jadi teladan untuk kita menjadi anak yang baik.

Kredit :Harian Metro  &Viral Media Johor

Via: Oh Bulan



Sumber Sedih! Pesalah dadah larikan diri balik jumpa ibu kerana rindu sebelum diberkas semula

Saya Ada Hak !!! - Siti Saleha

$
0
0

Saya Ada Hak !!! - Siti Saleha


Kini sudah 9 tahun pelakon jelita Siti Saleha berkecimpung dalam industri lakonan.

Kini dia  semakin bijak meletakkan harga 'gaji' selari dengan kualiti lakonan yang diberikannya.

Namun nilai harga yang dimaksudkannya itu tidak hanya tertumpu kepada isu bayaran sebaliknya turut merangkumi aspek pemilihan watak dan produksi.

Bagi Siti Saleha dia ada hak untuk menaikkan sedikit harga untuk berlakon apatah lagi pernah ditergur penerbit yang merasakan harganya agak 'murah'.

Ditanya jika sikapnya naikkan harga akan mengundang rasa kurang senang di kalangan penerbit drama dan filem,katanya ia perlu dilihat daripada sudut perkembangan kerjaya seorang pelakon.

Ini komennya:

"Saya fikir perlu (demand) kerana ia berkaitan nilai pada kerjaya. Sekurang-kurangnya kita perlu tahu harga pasaran, tapi bukan terlalu tinggi,"

"Sudah pasti jika mahu kekal dalam industri, demanding kedengaran agak negatif.

"Tapi ia untuk nilai diri saya, bergantung kepada projek yang akan dilakukan. Harus diingat bukan semua benda perlu demand,"

"Saya pernah letakkan harga tertentu, tapi dia terkejut dan mengatakan saya hanya bergurau dengannya.

"Dia kata saya berhak untuk menerima bayaran yang lebih daripada apa yang saya minta. Saya berterima kasih kepada penerbit yang tahu menilai kemampuan pelakon dengan baik,"

"Saya nak kekalkan momentum dan konsisten dalam kerjaya. Saya suka dalam situasi begini, walaupun tak naik sangat, tapi pada masa sama tak tenggelam.

"Kalau naik sangat pun risau juga kerana saya  perlu pertahankan kedudukan. Tapi sejujurnya buat masa ini saya berada di kedudukan yang selesa. Asalkan saya tak menghilang dan masih dalam pasaran,"

............................

"I think the need (demand) as it relates to the career. At least we need to know the market price, but not too high,"

"Of course if they want to remain in the industry, demanding sounds quite negative.

"But it's my personal values, depending on the projects to be carried out. It should be noted that not all things need to demand,"

"I've put a certain price, but he was surprised and said I was just joking with him.

"He said I have the right to receive payment is more than what I asked for. I am grateful to assess the ability of the issuer to know the actors well,"

"I want to keep the momentum and consistent career. I like in this situation, even if not more so, but at the same time did not sink.

"If it was any more worried because I have to defend the position. But honestly this time I was in a comfortable position. As long as I do not disappear and still in the market,"

Sumber Saya Ada Hak !!! - Siti Saleha
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>