Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Pok Su rogol 2 anak saudara sendiri dipenjara 48 tahun dan 50 sebatan

$
0
0

KOTA BHARU – Modus operandinya, merakam gambar bogel dua anak saudara ketika mereka sedang mandi dan menukar pakaian, kemudiannya mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar itu sekiranya enggan melayan nafsu serakahnya.

Penjara 48 tahun, 50 sebatan

Lima kali mengulangi perbuatan sama antara Ogos dan Oktober 2015, tertuduh akhirnya ditahan dan mengaku salah merogol kedua-dua mangsa yang ketika itu masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.

Tertuduh pemandu jentera berat terbabit kemudian dihukum penjara 48 tahun dan dikenakan 50 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, siang tadi.

Bapa kepada seorang anak berusia 43 tahun tersebut ditahan pada 14 Disember tahun sama selepas perbuatan itu terbongkar apabila mangsa yang berusia 15 tahun menceritakan kejadian dia dirogol tertuduh kepada seorang berikutan tidak tahan lagi diperlakukan sedemikian.

Kawan mangsa tersebut kemudiannya melalui Facebook memberitahu kejadian itu kepada ibu mangsa yang bekerja di Pulau Pinang.

Wanita itu yang terkejut seterunya bertanya kepada kedua-dua anaknya sebelum mereka mengaku dirogol bapa saudara yang dipanggil Pok Su, tetapi takut untuk memberitahu perkara itu berikutan diugut lelaki tersebut.

Tertuduh didakwa pada lima pertuduhan iaitu tiga kali merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada satu tarikh masing-masing dalam bulan Ogos, September dan Oktober, manakala dua kali merogol kakak mangsa pada satu tarikh masing-masing dalam bulan Ogos dan September tahun sama.

Kesemua setiap kejadian itu berlaku antara jam 7 dan 8 pagi di sebuah rumah di alamat Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh.

Mangsa yang berusia 16 tahun menceritakan kejadian pertama dia dirogol ialah ketika nenek, datuk dan ibu saudara tiada di rumah kerana keluar bersarapan.

Tertuduh yang masuk ke bilik dua beradik itu memaksa mereka melakukan hubungan seks dan diugut untuk disebar gambar bogel mereka yang dirakam tertuduh, sekiranya mereka enggan menuruti arahan tertuduh.

Pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta minimum 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Mohd Yusoff, sementara hukuman diputuskan Hakim, Nazri Ismail.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Pok Su rogol 2 anak saudara sendiri dipenjara 48 tahun dan 50 sebatan

Luahan sedih Jamal ketika di lokap: Tidur berbantalkan lengan, diberi makan sayur tawar dan ikan goreng”

$
0
0

“Tidur berbantalkan lengan dan diberi makan sayur tawar serta ikan goreng sewaktu di lokap,” demikian kata Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengenai pengalamannya di dalam lokap tempoh hari.

Jamal Yunos

Menurutnya, insiden dimasukkan ke dalam lokap itu merupakan pengalaman yang berharga bagi dirinya.

“Ia satu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan.

“Saat usia saya berusia lebih 40 tahun saya merasai pengalaman ini,” katanya ketika temu bual eksklusif di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Sebelum ini Jamal ditahan polis di kediamannya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan ‘baju merah’ yang didakwa menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.

 

Perintah tahanan reman selama lima hari itu dibuat oleh majistret, Mohd Firdaus Saidina Ali.

Tambah Jamal lagi, beliau sebolehnya tidak ingin menjejakkan kaki ke dalam lokap lagi.

“Namun begitu, demi perjuangan saya rela hadapi apa jua yang  suara masyarakat terbela,” katanya lagi.

 Sumber: Sinar Harian


Sumber Luahan sedih Jamal ketika di lokap: Tidur berbantalkan lengan, diberi makan sayur tawar dan ikan goreng”

Hanya kerana terlalu cantik, wanita ini dipecat sebagai penghantar barang

$
0
0

Seorang wanita Britain mendakwa dia kehilangan kerja di sebuah syarikat perfileman di sini gara-gara terlalu cantik.

Wanita itu, Emma Hulse berkata kepada portal Mirror, dia diambil bekerja sebagai penghantar barangan di syarikat UNIT TV di Soho tetapi diberhentikan serta-merta selepas hanya beberapa bulan bertugas tugas.

Menurut wanita berusia 24 tahun itu, pengurusnya mempersoalkan kenapa dia tidak menjadi seorang model atau penyambut tetamu.

“Saya amat kecewa kerana diberhentikan kerja. Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan.

“Mungkin syarikat itu hanya mahu mengambil pekerja yang bermuka biasa berbanding saya yang terlalu menarik perhatian,” katanya.

Ujar Emma lagi, dia berpakaian sopan ketika datang bekerja dan tidak timbul isu dia terlalu seksi.

Malah dakwanya, pengurusnya itu turut meminta nombor telefonnya dan cuba mengajaknya keluar.

Sementara itu, pemilik syarikat berkenaan, Adam Luckwell berkata, kes yang berlaku ke atas Emma merupakan satu diskriminasi dan dipandang serius.

“Individu terbabit yang mendakwa dipecat beberapa minggu lalu selepas tempoh pemantauan, telah berkhidmat bersama syarikat ini kurang daripada tempoh tiga bulan.

“Saya tidak dimaklumkan dengan jelas situasi yang berlaku ke atas Emma Hulse dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu.

“Saya memohon maaf kepadanya jika dia berasa kurang senang dengan sikap staf syarikat ini,” katanya.
Sumber: MStar



Sumber Hanya kerana terlalu cantik, wanita ini dipecat sebagai penghantar barang

D’Herbs didenda RM11,000 atas kesalahan iklan langgar Akta Makanan 1983

$
0
0

Syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan terkenal D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd hari ini didenda RM11,000 olehMahkamah Majistret di sini kerana kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akuan kesihatan yang bertentangan dengan Akta Makanan 1983, bagi dua produknya.

Produk jus perawan gold diiklan di Facebook D'Herbs Holdings. Iklan produk ini di akhbar didapati melanggar undang-undang.

Majistret Zuhair Rosli membuat keputusan itu itu selepas wakil syarikat itu iaitu pengurus cawangannya mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama syarikat itu didenda RM5,000 dan RM6,000 bagi pertuduhan kedua.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat itu telah mengiklankan produknya iaitu Jus Perawan Gold yang mana setelah siasatan didapati terdapat kenyataan iklan yang mempunyai akuan kesihatan seperti “membantu meningkatkan sistem imunisasi” bertentangan dengan kehendak Seksyen 17(1)(d) Akta Makanan 1983.

Pertuduhan kedua pula, syarikat itu telah mengiklankan produknya iaitu Air Masyur, yang mana setelah siasatan didapati terdapat kenyataan iklan yang mempunyai akuan kesihatan seperti “membantu meningkatkan peredaran darah” dan “membantu melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan kerana terdapat gingko biloba di dalam madu” yang bertentangan dengan akta sama.

Syarikat itu melakukan kedua-dua kesalahan itu di The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, di sini pada 21 Ogos 2015 dan 30 Mac 2016.

Pendakwaan mengikut Seksyen 17(1)(d) Akta Makanan 1983 yang membawa hukuman denda atau penjara tidak melebihi tiga tahun. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan Selangor, Jeffry Sani Sahimi. ― Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber D’Herbs didenda RM11,000 atas kesalahan iklan langgar Akta Makanan 1983

Video lelaki Kelantan cerita tentang Malaysia dalam bahasa Korea ni sangat best!

$
0
0

Sebagai rakyat Malaysia, orang asing pasti anggap kita tahu lebih mendalam berkenaan negara kita. Tapi jujur admin cakap tak semua benda admin tahu. Tapi jejaka yang berasal dari Kelantan ini mampu menceritakan dengan terperinci tentang Malaysia.

Video lelaki Kelantan cerita tentang Malaysia dalam bahasa Korea ni sangat best!

Video lelaki Kelantan cerita tentang Malaysia dalam bahasa Korea ni sangat best!

Dia yang dikenali sebagai Khalid dijemput ke sebuah rancangan TV di Korea Selatan. Dia menetap di sana selama 9 tahun. Anda pasti terkesima dengan cara Khalid menerangkan tentang Malaysia dalam bahasa Korea. Tak percaya? Tengoklah sendiri.

Tak lupa asal usul.

Even video ni panjang, admin boleh layan sebab apa yang Khalid kongsi memang best. Baru sedar banyak yang menarik tentang Malaysia. Memang Khalid ni salah satu duta kecil Malaysia yang terbaiklah. Dia berjaya buat warga asing terkesima dengan negara kita.

Yang paling best, even Khalid dah lama tinggal di Korea, dia tak lupa asal usulnya. Dan masih fasih berbahasa Melayu. Siap ada slang Kelantan lagi. Macam tu la rakyat Malaysia sejati.

Malaysia bangga dengan Khalid.

 

Semua memuji keupayaan Khalid menerangkan keunikan Malaysia. Admin tumpang bangga sebab Khalid berjaya buat warga asing tertarik dengan Malaysia. Kalau bagi admin belum tentu boleh terangkan dengan detail macam tu.

Kredit :Azie Azri

 

Via: Oh  Bulan

 



Sumber Video lelaki Kelantan cerita tentang Malaysia dalam bahasa Korea ni sangat best!

Tercengang Lihat Mayat Berselerak, Lelaki Ini Kongsi Saat Lihat Mayat Kanak-Kanak Tragedi Basikal

$
0
0

Tragedi sekumpulan remaja berbasikal dirempuh sebuah kereta di Johor Baru semalam merupakan satu insiden yang sangat tragis. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang melanda kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga yang memberi kritikan terhadap sikap sambil lewa ibu bapa yang membiarkan anak berkeliaran pada lewat malam.

Tercengang Lihat Mayat Berselerak, Lelaki Ini Kongsi Saat Lihat Mayat Kanak-Kanak Tragedi Basikal

Tercengang Lihat Mayat Berselerak, Lelaki Ini Kongsi Saat Lihat Mayat Kanak-Kanak Tragedi Basikal

Di facebook, medical person ini menceritakan saat melihat mayat-mayat tersebut. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan anak tersayang…

‘Medical person berdiri je, shock kot’

 

Berikutan kes rempuh budak-budak berbasikal… Dalam muka buku lagi banyak pakar-pakar forensik jenayah dan emergency phycisian.. salahkan budak.. salahkan makbapak.. salahkan pemandu… Pastu ada pulak quote ” #medical person macam tercengang je berdiri kat situ..shock kot” Ok.. aku tewas… kemalasan aku untuk menulis tewas selepas terbaca komen dari entiti tersebut..Tapi malas nak tulis banyak-banyak gak. Yang boleh tentukan salah kalau tak silap kat Malaysia ni polis je kakak dan abang-abang. Biarlah polis buat siasatan dan tentukan. Bukan keje korang.. Ye lah.. Korang la sape lagi… Nama semua nama melayu yang komen… Hmm.. Rajin memang rajin melayu berkomen bab-bab macamni..

Tengok body berselarak, trauma tengok muka mayat

 

Kak.. Kite medical person tercengang masa tu sebab dah stand down… Aku dan member aku Ateng (ppp huzaimie Ze Newie) yang first responder… Keadaan masa mula datang cuma Allah yang tahu.. Adrenaline rush dari kepala turun ke kaki sebab tengok body berselerak… Buat scene assesment dan tagging satu-satu.. Mintak backup.. Hampir semua PPP yang keje shift malam tadi pergi ke scene untuk memberi bantuan.. PPP Abg Adie Azmadie, Fahmie Izz, Lockman Hakim, Ahmad Izzat.. Pilot-pilot bertugas.. Then transport balik ke HSA.. Aa korang tau tak ape aku cakap nii.. Korang lah.. Sape lagi… Bila kes declare stand down pukul 4 setengah… Aku berdiri.. Tengok balik satu-satu mayat yang dah ditutup sambil membayangkan muka mak bapak budak ni sorang-sorang….  Aku mengucap panjang… Mase tu jugak aku teringat pasal mati.. Ya.. Aku takutkan mati.. Benda yang paling dekat dengan kita… Syukur aku masih bernafas… Aku trauma tengok muka mayat… Al fatihah dik.. Maafkan aku sekiranya aku ada terkasar semasa mengalihkan jasad kau yang dah tak bernyawa…. Al fatihah.

sumber : Adly Kiyot

Via:Oh Bulan



Sumber Tercengang Lihat Mayat Berselerak, Lelaki Ini Kongsi Saat Lihat Mayat Kanak-Kanak Tragedi Basikal

Ikat anak di kubur untuk pikat bekas isteri supaya kahwin semula dengannya

$
0
0

Penduduk sebuah kampung di China digemparkan dengan penemuan seorang kanak-kanak perempuan yang diikat pada pokok buluh dan ditinggalkan bersendirian berdekatan sebuah kubur.

Ikat anak di kubur untuk pikat bekas isteri supaya kahwin semula dengannya

Ikat anak di kubur untuk pikat bekas isteri supaya kahwin semula dengannya

Menurut laporan MailOnline, kejadian itu berlaku di Kampung Lifu dekat daerah Qu, wilayah Sichuan pada 28 Januari lalu apabila penduduk kampung mendengar tangisan seorang budak dari kawasan kubur.

Malah ketika ditemukan, muka kanak-kanak itu sudah menjadi ungu ekoran ditinggalkan dalam kesejukan.

28 Januari lalu merupakan Tahun Baharu Cina dan penduduk kampung terkejut melihat budak itu menghabiskan masa bersendirian di kubur pada hari perayaan tersebut.

 

Sekeping nota turut ditinggalkan bersama kanak-kanak itu yang tertulis namanya sebagai Dian Dian dan dia merupakan anak perempuan kepada wanita yang hanya dikenali sebagai Wang.

Penduduk kampung percaya bahawa Dian Dian ditinggalkan oleh bapanya pada tengah malam hari kejadian.

Pihak polis yang menjalankan siasatan kes itu berkata, bapa kanak-kanak tersebut yang bernama Luo, tinggal di Pekan Qubei manakala ibu mangsa tinggal di Pekan Lifu.

Siasatan turut mengesahkan kanak-kanak tersebut ditinggalkan bersebelahan kubur neneknya.

Ibu mangsa, Wang yang dipanggil untuk membantu siasatan mendedahkan, dia dan suaminya telah bercerai dan kini tinggal bersama anak perempuan sulung manakala Dian Dian tinggal bersama Luo.

Wang mendakwa, suaminya berbuat demikian kerana mahu menarik perhatiannya dan mengahwininya semula, tetapi dia enggan bersetuju.

Difahamkan, bapa Dian Dian merupakan seorang penganggur dan kini masih diburu pihak polis untuk membantu siasatan.

Sumber:Mstar



Sumber Ikat anak di kubur untuk pikat bekas isteri supaya kahwin semula dengannya

“Romoh aku nak bunuh mu” – Ibu maafkan anak ugut bunuh, hakim ringankan hukuman

$
0
0

Kehadiran seorang ibu ke mahkamah majistret, di sini, hari ini, dan memaafkan anak yang mengugut mahu membunuhnya, meringankan hukuman yang diputuskan terhadap lelaki itu.

“Romoh aku nak bunuh mu” - Ibu maafkan anak ugut bunuh, hakim ringankan hukuman

“Romoh aku nak bunuh mu” – Ibu maafkan anak ugut bunuh, hakim ringankan hukuman

Majistret, Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Adam Abdullah, 28, selepas tertuduh mengaku salah mengugut dengan menyatakan “Romoh aku nak bunuh mu” kepada ibunya, Rahimah Abdul Rahman, 52, di Kampung Terap, Banggu, di sini, jam 9 pagi, pada 10 Disember tahun lalu.

Nik Habri berkata, tertuduh bernasib baik kerana ibunya datang memberi keterangan impak secara lisan dan memaafkan tertuduh.

 

“Hari ini, kuasa ibu lebih besar daripada kuasa saya. Saya sangat mengambil serius kes seumpama ini dan akan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pesalah.

“Tujuannya, mengelak daripada ugutan tersebut menjadi perkara yang benar-benar berlaku. Saya beri amaran sekiranya berlaku lagi, hukuman penjara lebih lama akan dikenakan,” katanya.

Nik Habri berkata, hukuman itu juga mengambil kira tuduhan memiliki 0.4 gram dadah jenis metamphetamine yang dikenakan terhadap tertuduh pada masa dan lokasi yang sama.

Bagi tuduhan itu, Nik Habri turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 10 Disember tahun lalu.

Sumber: Sinar


Sumber “Romoh aku nak bunuh mu” – Ibu maafkan anak ugut bunuh, hakim ringankan hukuman

Ahli perniagaan wanita yang maut terkena 6 das tembakan ketika sedang memandu mungkin sedang hamil

$
0
0

Seorang ahli perniagaan wanita maut selepas terkena enam das tembakan di bahagian dada dalam kejadian yang berlaku Taman Pekaka 1, Sungai Dua, Glugor di sini.

Ahli perniagaan wanita yang maut terkena 6 das tembakan ketika sedang memandu mungkin sedang hamil

Ahli perniagaan wanita yang maut terkena 6 das tembakan ketika sedang memandu mungkin sedang hamil

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun sedang memandu kereta jenis BMW berwarna putih dikatakan dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berpakaian gelap sebelum salah seorang daripadanya melepaskan beberapa das tembakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Zainol Samah berkata, suspek dikatakan telah melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah cermin sisi bahagian pemandu sehingga menyebabkan keretanya terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah kereta pacuan empat ronda (4×4) yang berada di hadapan.

 

“Akibat kejadian itu,kereta mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok sebuah rumah dua tingkat berdekatan tempat kejadian. Mangsa  disahkan mati dengan enam kesan tembakan,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Zainol berkata,siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu dalam perjalanan seorang diri dari Sungai Dua menghala ke arah Georgetown.

Ditanya sama ada kejadian itu ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap, Zainol menafikan dan memaklumkan ia tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan gengster termasuk isteri kepada Datuk Seri yang merupakan ketua  geng kongsi gelap di negeri ini.

“Siasatan juga akan dijalankan bagi mengetahui sama ada wanita terbabit sedang mengandung ataupun sebaliknya.

” Kita juga akan menyiasat kejadian ini dari pelbagai sudut termasuk rakaman kamera CCTV di tempat kejadian. Polis kini sedang giat memburu suspek yang terlibat,”katanya.

Zainol berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Sumber:Sinar



Sumber Ahli perniagaan wanita yang maut terkena 6 das tembakan ketika sedang memandu mungkin sedang hamil

Pemandu wanita yang melanggar mati sekumpulan remaja berbasikal sedia bertanggungjawab

$
0
0

PEMANDU wanita yang merempuh lapan remaja lelaki hingga maut dan lapan lagi cedera di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi Sabtu lalu, sedia bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya.

Pemandu wanita yang melanggar mati sekumpulan remaja berbasikal sedia bertanggungjawab

Pemandu wanita yang melanggar mati sekumpulan remaja berbasikal sedia bertanggungjawab

Menurut kakak kepada pemandu wanita terbabit, sebaik sahaja berlaku insiden itu, adik perempuannya telah menghubunginya melalui panggilan telefon dan berpesan jangan bimbang keadaan dirinya.

“Adik saya kata dia sedia bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku ini.

“Dia telah memperoleh lesen memandu sejak lima tahun lalu. Saya percaya dia mampu hadapi dugaan ini,” katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Menurutnya lagi, dia telah menyerahkan telefon bimbit milik adiknya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Selepas kejadian, saya teman adik saya selama dua jam di balai polis. Selepas beri keterangan, adik saya juga menjalani ujian air kencing. Kami telah bersiap sedia apa yang akan berlaku terhadap adik saya selepas ini.

“Sekiranya mahu minta ganti rugi, kami mungkin tidak mampu membayarnya. Sekiranya dikenakan hukuman penjara, adik saya kata dia sedia menghadapinya,” katanya.

Pemandu wanita berumur 22 tahun itu dibebaskan selepas pihak polis selesai merekodkan keterangan terhadapnya berhubung kemalangan terbabit.

Sumber: Sinar



Sumber Pemandu wanita yang melanggar mati sekumpulan remaja berbasikal sedia bertanggungjawab

Kelab Basikal 68 Kelantan kesal dilempar tohmahan susulan tragedi basikal

$
0
0

Kelab Basikal 68 Kelantan kesal dengan tohmahan dilempar terhadap aktiviti mereka, susulan tragedi yang meragut lapan nyawa di Johor, Sabtu lalu.

Kelab Basikal 68 Kelantan kesal dilempar tohmahan susulan tragedi basikal

Kelab Basikal 68 Kelantan kesal dilempar tohmahan susulan tragedi basikal

Pengerusinya, Mohamad Aiman Syahmi Suhaidi, 16, berkata masyarakat menggambarkan mereka ibarat generasi tidak berguna sedangkan aktiviti itu lebih kepada hobi.

“Kami hanya melakukan aktiviti kayuhan ketika ada acara besar seperti sambutan tahun baharu, bukannya berpeleseran pada waktu malam sebagaimana didakwa.

“Malah, aktiviti ini adalah sesuatu yang sihat jika tidak disalah guna seperti untuk berlumba dan sebagainya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Aiman Syahmi mengakui kemalangan yang meragut lapan nyawa di Johor baru-baru ini menyebabkan ramai ibu bapa menghalang anak mereka melakukan aktiviti berbasikal.

“Kejadian berkenaan turut mendatangkan kesan kepada kami, menyebabkan ada antara kami tidak dapat berbasikal seperti rakan lain,” katanya.

Timbalannya, Muhammad Aidil Adha Makhtar, 15, berkata kelab yang ditubuhkan pada 2013 itu memiliki lebih 300 ahli.

“Ahli kami berusia antara 12 hingga 21 tahun dan tinggal di seluruh kawasan termasuk dari Pasir Mas serta Kuala Krai.

“Jika ada aktiviti kayuhan, kami berkumpul di Stadium Sultan Muhammad IV dan berhubung melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook.

“Kayuhan paling jauh ialah ke Bukit Keluang iaitu lebih 50 kilometer (km) dari Kota Bharu,” katanya.

 

 

Sumber: Bharian



Sumber Kelab Basikal 68 Kelantan kesal dilempar tohmahan susulan tragedi basikal

Walaupun baru keluar hospital, Shuib tetap teruskan majlis persandingan dengan Siti Sarah

$
0
0

Baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital baru baru ini, nampaknya pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu tetap dengan pendiriannya untuk bersanding bersama isterinya, Siti Sarah sempena 6 tahun perkahwinan mereka.

Walaupun baru keluar hospital, Shuib tetap teruskan majlis persandingan dengan Siti Sarah

Walaupun baru keluar hospital, Shuib tetap teruskan majlis persandingan dengan Siti Sarah

“Shuib sudah dibenarkan keluar semalam, Alhamdulillah kesihatannya semakin baik. Majlis yang dirancang Ahad ini akan diteruskan. Saya harap semuanya baik-baik sahajalah. Sebenarnya kalau tidak jadi atau terpaksa dibatalkan pun saya tidak kisah”

 

 

 

 

 

“Kesihatan suami itu lebih utama tetapi setakat ini, majlis tetap akan diteruskan,” katanya kepada Utusan Online. Bagaimanapun, jika dilihatkan pada kerja keras Shuib dalam merealisasikan majlis persandingan mereka, tiada lelaki yang mahu majlis seindah ini dibatalkan.

Shuib baru baru ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana tekanan darah rendah. Apa pun, semoga majlis persandingan buat kali pertama buat pasangan ini akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber:Rotikaya



Sumber Walaupun baru keluar hospital, Shuib tetap teruskan majlis persandingan dengan Siti Sarah

“Suami tak nak bersama sebab tak cinta” – 6 Kisah perkahwinan singkat untuk pengajaran semua

$
0
0

Bila bercakap mengenai perkahwinan, kebanyakan orang akan membayangkan kehidupan berumahtangga yang bahagia dan manis bersama pasangan masing-masing. Namun, kata orang kita tidak akan mengenali pasangan selagi tidak tinggal bersama. Bila tinggal bersama baru lah tahu perangai sebenar masing-masing.

"Suami tak nak bersama sebab tak cinta" - 6 Kisah perkahwinan singkat untuk pengajaran semua

“Suami tak nak bersama sebab tak cinta” – 6 Kisah perkahwinan singkat untuk pengajaran semua

Seperti 7 kisah perkahwinan singkat yang dikongsi oleh wanita ini, bercerai kerana alasan yang tidak logik. Lagi menyedihkan bila dapat tahu suami gay. Ada juga yang langsung tidak mahu menyentuh isteri meskipun sudah berkahwin selama 2 tahun. Hmmm

Cerai selepas 6 bulan, tak pernah ‘bersama’ kerana tak cinta

Cerai setelah dapat tahu suami gay, wanita masih suci

Cerai kerana isteri tidak sesolehah wanita berniqab

Trauma isteri bukan trauma biasa-biasa

Jangan tergesa-gesa kahwin kerana takut jadi andartu

sumber : Hazirah Hj Hamzah

Via: Oh Bulan



Sumber “Suami tak nak bersama sebab tak cinta” – 6 Kisah perkahwinan singkat untuk pengajaran semua

Wanita terkejut ditegur lelaki Cina bukan Islam yang berniqab di Facebooknya

$
0
0

LELAKI Cina berniqab seolah-olah wanita muslim? Ini sesuatu yang pelik tetapi ianya benar-benar terjadi seperti yang dikongsikan seorang wanita di laman Facebooknya.

Wanita terkejut ditegur lelaki Cina bukan Islam yang berniqab di Facebooknya

Wanita terkejut ditegur lelaki Cina bukan Islam yang berniqab di Facebooknya

Menerusi perkongsian Fathiah Hamdan, dia mendakwa mengenali seseorang melalui laman sosial dan menganggap kenalannya itu adalah seorang wanita berdasarkan gambar yang dikongsikan.

Dengan berniqab dan memakai jubah berwarna hitam, Fathiah menyangka kenalannya itu adalah seorang wanita namun terkejut apabila lelaki Cina itu memperkenalkan dirinya.

“Semalam saya ada friend dengan satu akaun FB yang berniqab. First chat saya macam tak percaya dia boy (lelaki). Then tanya punya tanya, itulah jawapan dia,” tulisnya.

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab

Menerusi perbualan berkenaan, lelaki tersebut mengakui sudah dua tahun iaitu sejak 2015 memakai niqab dan sering mengenakan niqab dan jubah ketika keluar.

Netizen menganggap tindakan lelaki itu mengenakan niqab adalah untuk mengelirukan orang ramai dan cuba mengambil kesempatan ke atas wanita di luar sana.

Lebih mengejutkan bukan sahaja lelaki Cina itu yang mengenakan niqab, malah ada beberapa lagi rakan lelaki yang mempunyai hobi yang sama sepertinya tampil mengenakan niqab untuk mengelirukan orang ramai.

“Memang menghina Islam, umpama mempermainkan hukum Allah jugak menyamakan pakaian lelaki dengan perempuan yang dibuat dengan buat untuk suka-suka oleh bukan Islam pulak tu. Takut nanti hukum Islam jadi bahan lawak ja,” tulis Ana Humairah.

Amalan wanita beragama Islam memakai niqab memang satu sunnah yang di amalkan oleh isteri Rasullulah SAW, malah, ramai juga wanita yang mengamalkan memakai niqab.

Bagi siapa yang memakai niqab untuk niat yang betul adalah digalakkan tetapi adalah sesuatu yang menyedihkan apabila ada pihak yang cuba menyalahgunakan niqab untuk tujuan yang tidak baik dengan mengelirukan orang ramai.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Wanita terkejut ditegur lelaki Cina bukan Islam yang berniqab di Facebooknya

Walau Tak Penah Pukul, Ramai Ibu Bapa Yang Tidak Sedar Yang Mereka Pernah Lakukan Penderaan Senyap Kepada Anak

$
0
0

Sudah pasti ramai antara kita akan berfikiran tidak memukul anak kita sudah terlepas dari mendera mereka, penderaan sebenarnya boleh datang dalam pelbagai bentuk iaitu sama ada dari degi fizikal dan mental.

Walau Tak Penah Pukul, Ramai Ibu Bapa Yang Tidak Sedar Yang Mereka Pernah Lakukan Penderaan Senyap Kepada Anak

Walau Tak Penah Pukul, Ramai Ibu Bapa Yang Tidak Sedar Yang Mereka Pernah Lakukan Penderaan Senyap Kepada Anak

Kadang-kadang kita tidak sedar sebenarnya kita melakukan ‘penderaan senyap’ yang memang kita tidak sedari di mana ada anak-anak terseksa menahan perasaan mereka.

Apa itu penderaan senyap? jom baca penulisan ini.

“PENDERAAN SENYAP” YANG TAK DISENGAJAKAN

I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu “dera” anak secara senyap dan tanpa sedar.

Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf, kita tak rotan anak dengan paip getah, kita tak sebat anak dengan tali pinggang, kita tak ikat anak kat pokok rambutan, kita tak tampar anak sampai berbekas, kita tak maki anak depan orang, kita tak cekik anak bila mereka nakal, sebab kita tahu itu adalah penderaan. Itu kejam dan berdosa, itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak.

Tapi yang kita tak tahu adalah, banyakkk penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari. Kita ingat kita tak dera, kita ingat apa yang kita buat selama ni “takpe”, tapi rupanya, KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM. 

Kenapa saya kata dalam-dalam? Sebab “penderaan senyap” ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak.

Emosi & self-esteem adalah dua elemen yang sangat penting dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk tapi sangat mudah dibunuh. Ada beberapa “sikap” ibu bapa yang sebenarnya berbentuk penderaan walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan. This is what we call. penderaan senyap.

Penderaan senyap ini dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak. Sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata. So today, let me share 7 jenis penderaan senyap yang dilakukan oleh ramai ibu bapa tanpa disedari.

1) Ignorance & expressionless reaction 

Atau dalam Bahasa Malaysia, mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi.

Contohnya:

Bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, kita buat tak tahu saja. Langsung tak beri sebarang reaksi. Ini banyak berlaku bila kita layan anak sambil-sambil buat benda lain.

Nak main dengan anak, tapi tangan tengah layan Facebook. Nak buat homework dengan anak, tapi mata tengok Fattah Amin kat TV.  Maka jadilah anak itu seperti bercakap dengan dinding sebab expressionless kita sama macam dinding.

Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan, kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut.

“Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni.” 

Tapi kita jawab, “Tak payah la,” dan terus bagi baju warna lain.

Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa?

Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan seperti ini tiada keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. Sebab? Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.

2) Stonewalling

Ini lebih kurang seperti yang saya explain di atas tadi, anak bercakap dengan dinding. Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak atau malas nak layan soalan anak. Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi.

Contoh bila anak tanya, “Mama suka warna apa?”

Kita jawab, “Entah. Pape je laaa.” 

Kalau jumpa mibu bapa seperti ini, bancuh simen dan tuang di muka mereka, biar jadi dinding betul. Please parents, when you say, quality time with children that means 101% of your attention goes to them, bukan sambil-sambil kerana ‘sambil’ itu sebenarnya mendera anak-anak.

3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain

Contoh bila ada orang puji anak kita,  “Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia.”

Tapi kita jawab, “Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla.”

Konon-konon kita tak nak riak dengan orang yang memuji tadi. Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. Anak pun terluka bila dengar dan terus berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti.

So never make fun of your child in front of other people. Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah. Pandang muka anak dan cakap, “Thank you for being a good son. I’m proud of you.” 

Lantaklah orang nak cakap riak ke apa, we are showing a good example to our children. A good sense of appreciation and being thankful to have them.

4) Gaslighting

Gaslighting means meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. Contoh kalau anak cerita di sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.

Tapi kita jawab, “Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je.” atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan.  Kita cuma cakap, “Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu.” 

Sikap ibu bapa yang suka gaslighting seperti ini akan buat anak-anak keliru dengan diri dan hilang kepercayaan pada diri. Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting.

Nasihat saya untuk parents macam ini, stop tengok drama pukul 7 dan fokus kepada anak. Sebab yang banyak mengelamun itu sebenarnya bukan anak, tapi YOU.

Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu, mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka.
And never deny what they feel. Peluk and tell them, “Don’t worry. I am here with you. Everything will be fine.” 

5) Hypercritical

Ibu bapa yang cerewet, terlalu banyak complaint, terlalu banyak yang tak kena di matanya.
Anak comot sikit, marah.
Anak terlanggar sikit, marah.
Anak buat lawak sikit, marah.
Anak nak rehat kejap, marah.
Anak pakai baju lain seluar lain, marah.
Anak silap baca sikit, marah.
Anak pelat cakap sikit, marah.
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah.

Semuaaaaaaaa benda, kalau tak perfect, marah. Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint seperti ini sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terlalu banyak. So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak.

Happy life is not about perfection. It’s about embracing the imperfections and cherish the small good things.

6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan.

Ada kan parents begini? Jarang sangat cakap ‘I love you’ pada anak-anak sebab ego. Dan bila anak capai sesuatu, jarang ucap tahniah. Lagi teruk bila just respond, “Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat.” 

Huk aloh!

Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa, kita tak menzahirkan sokongan kepada anak, tak datang masa competition berlangsung dan tak bagi kata-kata semangat kat anak sebab kita rasa tak penting.

If you are this kind of parent, jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti, mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.

7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan

Contoh, bila kita dapat aduan dari pihak sekolah yang anak kita ponteng sekolah atau anak kita buli rakan lain. Kita buat tak tahu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri. Kita lepas tangan, kita tak berdepan dengan anak, tak heart-to-heart talk dengan anak dan tidak membantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik.

Perangai parents yang begini kalau dibiarkan berlarutan akan menyebabkan anak semakin menjadi-jadi kerana bagi anak semua kesalahan yang dilakukan itu ‘takpe’ dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka.

Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan begini, better hantar anak-anak ini ke rumah anak yatim saja. Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan?
Baik jadi anak yatim. Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus. Haa! Sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau.

So itulah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan, tapi banyak berlaku. Tak payah tengok rumah orang lain, di rumah sendiri pun ada berlaku, kan?

Jangan pandang remeh tentang isu ini sebab kesannya terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal. Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang.

Dan yang paling menyedihkan, it’s considered NORMAL in our culture. Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak seperti ini.

So how to fix this?

By changing ourselves.

By fixing our relationship with our own children.

By having more interaction and communication with them.

Dan berdoalah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka.

Let’s stop this “quiet” abuse and may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. Ameen.– Adlil Rajiah

 

Via: SK



Sumber Walau Tak Penah Pukul, Ramai Ibu Bapa Yang Tidak Sedar Yang Mereka Pernah Lakukan Penderaan Senyap Kepada Anak

“Saya masih cuba memujuk Neelofa dan Fattah Amin untuk berlakon bersama, kalau tak saya akan paksa” – Michael Ang

$
0
0

Status  pasangan sensasi Neelofa dan Fattah Amin untuk bergandingan dalam drama terbaru akan diputuskan tidak lama lagi, kata pengarah.

"Saya masih cuba memujuk Neelofa dan Fattah Amin untuk berlakon bersama, kalau tak saya akan paksa" - Michael Ang

“Saya masih cuba memujuk Neelofa dan Fattah Amin untuk berlakon bersama, kalau tak saya akan paksa” – Michael Ang

Michael Ang berkata ketika ini beliau masih lagi dalam proses memujuk kedua-dua pelakon terbabit bagi membintangi drama Hero Seorang Cinderella yang akan memulakan pengembaraan 19 Mac ini.

“Saya masih cuba memujuk mereka. Kalau tidak, saya akan paksa perkara ini terjadi.

“Kalau segala usaha menemukan mereka gagal, sebagai pengarah dan penerbit saya sudah bersedia dengan perancangan lain,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Keserasian Neelofa dan Fattah dalam drama Suri Hati Mr Pilot terbitan Astro menjadi fenomena sehingga digelar “lofattah” oleh peminat.

Namun menurut Micheal konflik yang berlaku antara artis paling popular 2016 dengan Fattah baru-baru ini mungkin menjadi penyebab hubungan mereka renggang dan tidak lagi selesa bekerja bersama.

“Terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini membabitkan Lofa dan Fatah dan mungkin perkara itu membuatkan mereka tidak selesa untuk bekerja kembali bersama.

“Tambah pula ada pihak lain cuba memperkotak-katikkan mereka membabitkan isu yang timbul sama ada membabitkan kerjaya mahupun peribadi,” katanya.

Penulis buku 99 Kata-Kata Fattah Amin pada Disember lalu dikatakan mempunyai hubungan dengan aktres berdarah kacukan.

Sementara pengacara MeleTop pada sambutan majlis hari jadinya ke-28 pada 9 Februari lalu secara terbuka mengaku berkawan rapat dengan seorang kerabat diraja Selangor.

Sumber:Malay Mail



Sumber “Saya masih cuba memujuk Neelofa dan Fattah Amin untuk berlakon bersama, kalau tak saya akan paksa” – Michael Ang

Lima naskhah al-Quran berconteng dengan mesej pelik ditinggalkan di masjid jadi misteri

$
0
0

Lima naskhah al-Quran berconteng dengan mesej “pelik” dan “meragukan” yang ditinggalkan di sebuah masjid menimbulkan tanda tanya.

Lima naskhah al-Quran berconteng dengan mesej pelik ditinggalkan di masjid jadi misteri

Lima naskhah al-Quran berconteng dengan mesej pelik ditinggalkan di masjid jadi misteri

Naskhah yang ditinggalkan seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an diconteng di helaian depan dan mempunyai pelekat Barbie serta manik, lapor Sinar Harian.

“Saya dapati lima naskhah ini diconteng dengan tulisan rumi dan jawi, ayatnya juga sangat pelik,” kata seorang pembantu tadika di masjid itu.

Sharom Anam, 54, berkata al-Quran itu ditinggalkan oleh seorang wanita kira-kira jam 10 pagi semalam ketika beliau sedang memasak untuk murid tadika.

Selepas beliau memeriksanya pada tengah hari, ketika kelas Pendidikan Islam, naskhah-naskhah tersebut didapati mengandungi contengan kekecewaan.

Akhbar itu bagaimanapun tidak menjelaskan perincian mesej “kecewa, pelik dan meragukan” tersebut atau nama masjid berkenaan di sini.

Imam masjid Jamaluddin Omar, 60, berkata empat naskhah itu diserahkan kepada pejabat agama daerah, sementara sebuah lagi kepada polis untuk siasatan.

“Kita juga bimbang dengan perkara ini sebab tulisan yang kita baca sangat mengelirukan dan menimbulkan keraguan,” katanya.  

Sumber:Malay Mail



Sumber Lima naskhah al-Quran berconteng dengan mesej pelik ditinggalkan di masjid jadi misteri

Feeya Iskandar kongsi tips supaya tak koyak sewaktu bersalin

$
0
0

Penyampai radio popular, Feeya Iskandar atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Cik Piah baru sahaja selamat melahirkan bayi sulungnya beberapa hari lalu.

Feeya Iskandar kongsi tips supaya tak koyak sewaktu bersalin

Feeya Iskandar kongsi tips supaya tak koyak sewaktu bersalin

Bayinya diberi nama Adam Malique dan dilahirkan dengan berat seberat 2.8kg tanpa koyak dan beliau juga tidak menerima sebarang jahitan selepas bersalin.

Cik Piah telah berkongsi beberapa tips dan petua yang digunakan olehnya untuk tidak koyak sewaktu bersalin di laman instagramnya.

http://ift.tt/2lI0GwN

Antara petua yang diberikan adalah:

1. Minum minyak kelapa dara.

Sejak kandungannya mencecah usia 7 bulan Cik Piah berkata bahawa beliau sudah mula mengamalkan sesudu minyak kelapa dara ini setiap pagi dan malam sebelum tidur.

2. Jangan angkat punggung ketika sedang meneran bayi untuk keluar.

Cik Piah berkata, suami perlu menemani isteri di dalam bilik pembedahan kerana waktu meneran bayi itu dilakukan, seluruh tenaga digunakan dan ketika itu si isteri tidak akan ingat apa yang berlaku. Suami perlu memainkan peranan untuk memengang badan si isteri supaya punggung tidak terangkat.

3. Minta maaf dengan orang sekeliling.

Sebelum bersalin Cik Piah mengingatkan supaya meminta maaf dengan orang sekeliling, lebih-lebih lagi dengan suami, ibu dan bapa, saudara mara juga sahabat handai. Mintalah mereka berdoa untuk anda supaya segala urusan ketika hendak bersalin dipermudahkan.

4. Berfikiran positif.

Tips terakhir yang diberikan oleh Cik Piah ini adalah anda harus selalu berfikiran positif lebih-lebih lagi jika ingin melahirkan bayi sulung. Ini kerana di dalam minda anda akan selalu memikirkan bagaimana situasi ketika bersalin nanti. Kata Cik Piah jika kita set minda kita dengan perkara positif In Sya Allah kita tidak akan merasa sakit.

Kepada ibu-ibu yang akan bersalin tidak lama lagi boleh la cuba petua dan tips dari Cik Piah ini. Mudah-mudahan segala urusan ketika hendak melahirkan bayi nanti akan berjalan dengan lancar.

Sumber: Instagram Feeya Iskandar

Via:Media Hiburan



Sumber Feeya Iskandar kongsi tips supaya tak koyak sewaktu bersalin

Pekerja sambilan taman buaya putus kaki, tangan kanan hancur dibaham buaya

$
0
0

Seorang pekerja sambilan di Taman Buaya Batu 8 putus kaki kanan manakala tangan kanannya hancur akibat dibaham buaya di taman itu di sini semalam.

Pekerja sambilan taman buaya putus kaki, tangan kanan hancur dibaham buaya

Pekerja sambilan taman buaya putus kaki, tangan kanan hancur dibaham buaya

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata dalam kejadian pada 1.45 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun dikatakan sedang memberi makan kepada haiwan itu di kolam pertunjukan di taman berkenaan.

Katanya, selepas memberi makan, mangsa dipercayai menggosok hidung buaya berkenaan menyebabkan reptilia itu berang lalu membaham mangsa.

Katanya buaya terbabit hanya melepaskan mangsa selepas pekerja lain yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya itu.

Akibat kejadian itu, katanya kaki kanan mangsa hingga paras lutut putus manakala tangan kanannya hingga ke siku hancur dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent di sini.

Azhar berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan selama enam bulan dan dijangka akan tamat kontrak pada bulan depan. – BERNAMA

 

 



Sumber Pekerja sambilan taman buaya putus kaki, tangan kanan hancur dibaham buaya

Remaja perempuan 17 tahun disambar buaya ketika sedang mandi di sungai

$
0
0

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disambar seekor buaya ketika sedang mandi di sungai berdekatan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi, hari ini.

Remaja perempuan 17 tahun disambar buaya ketika sedang mandi di sungai

Remaja perempuan 17 tahun disambar buaya ketika sedang mandi di sungai

Ketua Polis Marudi Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, Agnes Luang yang sedang menunggu keputusan SPM sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar buaya pada 6.30 petang.

“Balai Polis Marudi menerima panggilan pada 7.15 malam dan pasukan operasi mencari dan menyelamatkan sudah bergerak ke lokasi kejadian,” katanya yang dihubungi malam ini.

Gabriel berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Marudi, Balai Polis Long Lama dan Bomba Marudi.

Sebagai rekod, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menggunakan sungai.

Sumber:Metro



Sumber Remaja perempuan 17 tahun disambar buaya ketika sedang mandi di sungai
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live