Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Duta Besar Korea Utara di Malaysia biadap kata Hishammuddin Tun Hussien

$
0
0

Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Duta Besar Korea Utara di Malaysia biadap kata Hishammuddin Tun Hussien

Duta Besar Korea Utara di Malaysia biadap kata Hishammuddin Tun Hussien

Beliau melihat Kang Chol bertindak ‘melebihi apa yang dipertanggungjawabkan terhadapnya sebagai duta’.

“Bagi saya, ia melangkaui batasan diplomatik dan saya fikir duta itu biadap dalam memberi komennya berhubung perkara ini. Sebagai bekas menteri (Dalam Negeri), saya percaya semua penyiasatan yang berkaitan dengan perkara ini dijalankan dengan baik oleh pihak polis,” katanya.

 

Beliau mengulas dakwaan Kang Chol baru-baru ini kononnya Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu dan bersekongkol dengan ‘kuasa-kuasa seterunya’ dalam penyiasatan kes berkenaan.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan kapal Nautical Aliya yang membawa misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar di Boustead Cruise Centre di sini, hari ini. – Bernama

Sumber:Sinar



Sumber Duta Besar Korea Utara di Malaysia biadap kata Hishammuddin Tun Hussien

Empat manusia terkaya di Indonesia yang terlalu kaya

$
0
0

Laporan ketidaksamaan di Indonesia menyatakan empat orang terkaya di negara itu memiliki jumlah kekayaan melebihi harta 100 juta penduduk miskinnya.

Empat manusia terkaya di Indonesia yang terlalu kaya

Empat manusia terkaya di Indonesia yang terlalu kaya

Laporan yang disiarkan hari ini oleh Oxfam menyatakan Indonesia yang mempunyai lebih 250 juta penduduk, berada di tangga keenam ketidaksamaan di dunia.

Menurut laporan itu, pasaran bebas yang membolehkan orang kaya mengaut sebahagian besar keuntungan berikutan keteguhan ekonomi sejak dua dekad lalu dan tumpuan pemilikan tanah antara aspek yang menyebabkan keadaan itu wujud.

Hasil pelaburan kekayaan seorang daripada empat orang terkaya itu – menurut senarai Forbes, termasuk dua beradik pengusaha rokok Budi Hartono dan Michael Hartono serta Susilo Wonowidjojo – boleh membantu menghapuskan kemiskinan tegar di Indonesia dalam masa setahun.

Menurut Forbes, kombinasi jumlah harta Budi dan Michael ialah AS$17.1 bilion (RM76.1 bilion) , Susilo Wonowidjojo (AS$7.1 bilion – RM31.6 bilion) dan Anthoni Salim (AS$5.7 bilion – RM25.4 juta).

 

Menurut laporan itu, penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegar ialah yang berpendapatan AS$1.90 sehari (RM8.45) yang jumlahnya banyak berkurang sejak 2000 namun 93 juta penduduk negara itu masih berpendapatan kurang AS$3.10 (RM13.8) sehari, tahap yang ditetapkan Bank Dunia sebagai miskin.

Oxfam menyatakan Indonesia perlu memperkemas kutipan cukai – yang ketika ini kedua terendah di Asia Tenggara – dengan menaikkan kadar cukai mereka yang berpendapatan tinggi, menaikkan cukai harta warisan dan cukai kekayaan agar boleh digunakan untuk membiayai keperluan rakyat seperti pendidikan dan kesihatan.

SumberMetro



Sumber Empat manusia terkaya di Indonesia yang terlalu kaya

Video permohonan maaf kumpulan Zero kerana mengguris hati kaum Iban dalam MLM 2017

$
0
0

Kumpulan lawak popular Zero tampil dengan permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram, hari ini berikutan isu mengenakan pakaian tradisi wanita Iban pada persembahan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, hingga menimbulkan kemarahan segelintir penduduk Sarawak minggu lalu.

Video permohonan maaf kumpulan Zero kerana mengguris hati kaum Iban dalam MLM 2017

Video permohonan maaf kumpulan Zero kerana mengguris hati kaum Iban dalam MLM 2017

Dalam video berdurasi 52 saat itu, Zero yang dianggotai tiga beradik iaitu Sharif, Atu dan Syaiful berkata, mereka tidak berniat langsung untuk mengguris hati mana-mana pihak.

Sharif berkata, tujuan mereka tampil sedemikian bukan untuk mempersendakan pakaian etnik kaum Iban itu.

“Kami tiada niat apa-apa, apatah lagi untuk mempermainkan budaya kaum Iban. Kami amat berharap dapat dimaafkan.

 

“Insya-Allah, perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Atu berkata, selepas ini mereka akan lebih peka selain berhati-hati dengan setiap kandungan persembahan.

“Kami akan jadikan ini sebagai pengajaran dan diharap untuk persembahan minggu-minggu akan datang tidak akan berlaku lagi perkara yang sama,” katanya.

Minggu lalu, kumpulan Zero mendapat kecaman penduduk Sarawak apabila dikatakan mempersenda pakaian tradisi kaum Iban.

Malah, ada yang turut menggesa penyertaan kumpulan itu dalam MLM2017 ditarik balik.

Sumber:Metro



Sumber Video permohonan maaf kumpulan Zero kerana mengguris hati kaum Iban dalam MLM 2017

“Tak perlulah pakai maskara kalau tiada duit” – Teguran hakim kepada suri rumah yang dihukum penjara kerana curi alat solek

$
0
0

KOTA BHARU – “Tak perlulah pakai maskara kalau tiada duit.” Itu teguran majistret kepada seorang wanita suri rumah sebelum menghukumnya dengan penjara lima hari dan denda RM500 kerana mencuri alat solek tersebut di sebuah pasar raya, di sini.

“Tak perlulah pakai maskara kalau tiada duit” - Teguran hakim kepada suri rumah yang dihukum penjara kerana curi alat solek

“Tak perlulah pakai maskara kalau tiada duit” – Teguran hakim kepada suri rumah yang dihukum penjara kerana curi alat solek

Majistret, Nik Habri Muhammad menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Farihan Yahya, 28, selepas tertuduh mengaku salah terhadap tuduhan yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa mencuri sebotol minuman tenaga 100 Plus berperisa Berry 500 mililiter; satu maskara jenama Maybelline New York; dua batang pencil ukiran mata Maybelline Masterliner dan empat botol bedak Johnson’s dengan kerugian berjumlah RM96.79.

 

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pasar raya dalam sebuah kompleks membeli belah di Jalan Hamzah, di sini, pada jam 5.45 petang, 19 Februari lalu.

Dakwaan terhadap ibu kepada tiga anak itu dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Nik Habri sebelum menjatuhkan hukuman menasihati tertuduh supaya mengambil pengajaran daripada kesalahan tersebut.

“Semua barang yang kamu curi ini bukanlah satu keperluan wajib, jadi tak perlulah curi. Selepas ini jangan buat lagi dan berfikirlah baik-baik sebelum melakukan sesuatu,” katanya.

Tertuduh yang mendengar nasihat itu mengangguk-angguk dan menangis sehingga selesai prosiding.   

Nik Habri juga menegaskan supaya masyarakat umum faham akan peruntukkan undang-undang mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mewajibkan pesalahnya dihukum penjara walaupun hanya sehari.

“Hukuman penjara yang saya jatuhkan ini dikira berkuat kuasa dari tarikh kamu ditahan iaitu pada hari kejadian, maka kamu boleh bebas selepas ini (semalam), namun pada pandangan saya, hukuman tu tidak memadai dan saya tambah dengan denda RM500 supaya kamu mendapat pengajaran,” katanya.

Nik Habri juga memerintahkan supaya tertuduh menjalani hukuman penjara selama sebulan sekiranya denda itu gagal dijelaskan. Tertuduh dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, di sini, sehingga denda itu dijelaskan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Shahmeera Mustafa, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan.

Terdahulu, tertuduh merayu supaya hukumannya dikurangkan dengan alasan mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah.

“Tertuduh tidak bekerja dan mempunyai anak berusia 8 dan 3 tahun serta tujuh bulan, manakala suaminya pula sudah sebulan lebih tidak pulang kerana bekerja sebagai buruh di Pasir Puteh, tetapi hadir bersama anak bongsu mereka di mahkamah hari ini (semalam),” kata peguam.

Sumber: Sinar



Sumber “Tak perlulah pakai maskara kalau tiada duit” – Teguran hakim kepada suri rumah yang dihukum penjara kerana curi alat solek

Lagu Warkah Untukku lebih popular dari lagu juara AF 2016, Ara luah rasa syukur

$
0
0

Bintang Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Ara Johari bersyukur kerana single pertamanya, Warkah Untukku kian mendapat perhatian peminat.

Lagu Warkah Untukku lebih popular dari lagu juara AF 2016, Ara luah rasa syukur

Lagu Warkah Untukku lebih popular dari lagu juara AF 2016, Ara luah rasa syukur

Sering diputarkan di corong radio, lagu tersebut dilihat lebih popular berbanding lagu Pemilik Cinta nyanyian Amir, juara AF 2016.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur apabila lagu Warkah Untukku mendapat perhatian peminat dan sering diputarkan di corong radio. Saya rasa sangat gembira apabila peminat menyukai lagu tersebut.

“Jika ada beranggapan lagu saya lebih popular berbanding lagu juara AF 2016, saya sendiri rasakan itu adalah rezeki masing-masing. Mungkin saya tiada rezeki untuk bergelar juara tetapi rezeki saya di luar, menerusi lagu Warkah Untukku.

“Apa yang penting adalah saya harus berusaha untuk mempromosikan lagu ini sebaik mungkin dan saya harus bersiap sedia untuk memberikan yang terbaik bagi peminat di luar sana,” kata Ara kepada Astro Gempak.

Tidak terlampau gembira dengan perkembangan kerjayanya dalam bidang muzik, Ara rasa bertuah kerana berpeluang menyanyikan lagu ini.

“Saya tak boleh rasa gembira kerana saya masih lagi baru. Banyak lagi perkara yang perlu saya usahakan untuk menapak dalam indistri muzik ini. Saya berharap semua berjalan lancar dan kerjaya saya semakin berkembang.

“Sejujurnya, saya rasa bertuah kerana dapat menyanyikan lagu ciptaan Hang Nadim ini. Lagu ini ibarat satu salam perkenalan yang manis untuk saya kepada peminat di luar sana,” katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah MeleTop Era 2017 (AME 2017) pada Selasa.

AME 2017 bakal berlangsung pada 23 April ini di Stadium Melawati, Shah Alam. Untuk mengundi selebriti kesayangan anda, jangan lupa untuk melayari laman web http://ift.tt/2mhSrnX!

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber:Astro Gempak



Sumber Lagu Warkah Untukku lebih popular dari lagu juara AF 2016, Ara luah rasa syukur

“Kawan aje, apa salahnya…” – Sherry Ibrahim perjelas tindakan bergambar dengan bekas kekasihnya, Ashraf Muslim

$
0
0

“Kami sudah saling bermaafan dan tak salah untuk kami bersahabat,” kata pelakon Sherry Ibrahim mengenai tindakannya bergambar dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Ashraf Muslim di majlis Malam Gala Filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, di sini, semalam.

"Kawan aje, apa salahnya..." - Sherry Ibrahim perjelas tindakan bergambar dengan bekas kekasihnya, Ashraf Muslim

“Kawan aje, apa salahnya…” – Sherry Ibrahim perjelas tindakan bergambar dengan bekas kekasihnya, Ashraf Muslim

Sherry berkata, sebelum ini mereka pernah beberapa kali terserempak di beberapa acara tetapi hanya sekadar bertegur sapa dan bertanya khabar.

“Rasa janggal itu memang ada apabila terserempak dengannya. Kali terakhir kami bergambar bersama adalah kira-kira lapan tahun lalu,”katanya.

Ditanya sama ada dia akan mempertimbangkan sekiranya ditawarkan untuk berlakon bersama bekas kekasihnya itu, Sherry sentiasa terbuka.

 

“Saya dan Ashraf bekerja secara profesional. Kalau ada tawaran untuk kami bergandingan, tak menjadi masalah kerana saya akan jalankan tugas saya sebagai pelakon,” katanya.

Menurutnya, dia perlu meneliti skrip yang diterima sama ada sesuai dengan diri dan penampilannya kini.

“Skrip pun perlulah sesuai dengan penampilan saya dan dia kini adalah suami orang,” katanya.

Sumber:Metro



Sumber “Kawan aje, apa salahnya…” – Sherry Ibrahim perjelas tindakan bergambar dengan bekas kekasihnya, Ashraf Muslim

“Saya mahu contohi kebaikan Uqasha Senrose” – Fathia Latiff

$
0
0

Terdapat segelintir peminat melihat tindakan pelakon jelita Nur Fathia Latiff yang bersahabat baik dengan aktres Uqasha Senrose sebagai satu perkara yang kurang menyenangkan.

"Saya mahu contohi kebaikan Uqasha Senrose" - Fathia Latiff

“Saya mahu contohi kebaikan Uqasha Senrose” – Fathia Latiff

Malah ada kata-kata negatif yang mendakwa Fathia bakal mengikut jejak langkah Uqasha yang kembali membuka hijab.

Bertemu dengan Fathia, pelakon drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi ini mempunyai pandangan tersendiri mengenai situasi ini.

“Bagi saya, biarlah saya menjadi diri sendiri, tak perlu mengikut sesiapa. Saya cuma belajar dan mencontohi kebaikan orang lain.

“Kadang-kadang, saya sendiri rasa mahu mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh Uqasha. Saya merupakan sahabatnya, saya tahu dia seorang yang mempunyai kelebihan tersendiri.

“Dia juga mempunyai peribadi yang baik dan seorang sahabat yang menyenangkan. Orang luar sahaja yang tidak tahu,” kata Fathia kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fathia juga bakal memperluaskan lagi portfolio kerjayanya sebagai seorang usahawan dengan mengeluarkan produk terbaru.

“Selepas percubaan saya dalam bidang perniagaan menerusi jenama tudung Dara by Fathia Latiff mendapat respon positif, saya juga akan mengeluarkan dua produk terbaru, Guzel dan Speedy Balm.

“Saya juga akan mengeluarkan filem pendek tersendiri untuk memasarkan produk saya. Apa yang penting, saya bukan sahaja memasarkan produk menerusi filem pendek tersebut, saya juga menyelitkan mesej-mesej positif untuk orang melihatnya,” katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah MeleTop Era 2017 (AME 2017) pada Selasa.

AME 2017 bakal berlangsung pada 23 April ini di Stadium Melawati, Shah Alam. Untuk mengundi selebriti kesayangan anda, jangan lupa untuk melayari laman web http://ift.tt/2mhSrnX!

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber:Astro Gempak



Sumber “Saya mahu contohi kebaikan Uqasha Senrose” – Fathia Latiff

Gadis maut direbus hidup-hidup dalam tong drum

$
0
0
KALIMANTAN, INDONESIA – Seorang wanita berusia 21 tahun maut direbus hidup-hidup dalam kebakaran di tempat tinggalnya, semalam, lapor Kalamanthana.
Gadis maut direbus hidup-hidup dalam tong drum

Gadis maut direbus hidup-hidup dalam tong drum

Dalam kejadian jam 2.30 pagi di Jalan Negara Muara Teweh, 16 buah rumah termasuk pusat pelacuran dan kelab malam berhampiran hangus dalam kebakaran.
Punca kebakaran tidak diketahui namun saksi menyatakan api muncul dari bahagian depan bilik di bangunan Wisma Primadona.  
Mangsa, Yaya Julia, 21, dan rakan sebiliknya, Riena, tinggal di bilik tengah sebelum itu sedang tidur terdengar jeritan “Api! Api! Api!” pada sekitar jam 1 pagi (waktu Indonesia Barat). 
Tanpa membuang masa, kedua-duanya terus bingkas bangun dan berlari keluar. Mereka cuba keluar melalui pintu depan. Tetapi api semakin marak menyebabkan kedua-duanya beralih ke pintu belakang, namun gagal kerana sebahagian bangunan yang diperbuat daripada kayu itu telah dijilat api. 
 
 
Sekitar jam 2.15 pagi, keadaan menjadi semakin teruk dan api terus merebak. Rina nekad menarik tangan Julia untuk terjun dari tingkap dapur. Namun mangsa ketakutan dan ragu-ragu, memilih untuk masuk ke tong drum berisi air yang ada di dapur. 
Rina terpaksa meninggalkan rakannya dan nekad terjun dari tingkap dapur setinggi 4 meter. 
Anggota pemadam api berjaya memadamkan kebakaran sekitar jam 4 pagi. Mayat mangsa yang hanya memakai baju dalam dan seluar dalam ditemui dalam tong drum dalam keadaan seperti sudah masak direbus. 

Difahamkan, mangsa baru saja tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sebagai penghibur selepas diajak oleh Rina dengan pendapatan yang agak lumayan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muara Teweh sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di kampung.
SumberThe Reporter


Sumber Gadis maut direbus hidup-hidup dalam tong drum

Jangan Minum Air Kelapa Dengan Ubat, Nanti Ubat Tak Berkesan? Ini Penjelasan Pegawai Farmasi

$
0
0

AIR KELAPA DENGAN UBAT-UBATAN

“Jangan minum air kelapa dengan ubat, nanti ubat tu tidak berkesan” Pesanan yang sering kita dengari terutama daripada golongan orang-orang tua kita.

Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat itu?

Soalan ini nampak mudah namun ia sebenarnya bermaksud interaksi antara ubat dengan minuman.

Secara umumnya interaksi boleh memberi kesan sama ada meningkatkan kesan ubat dalam tubuh badan atau mengurangkan kesannya.

Air kelapa

Air yang terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Sedang elok jika diambil ketika buah kelapa berumur 5-7 bulan.

Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah.
Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit.

Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (K+).

Khasiat Air Kelapa

Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman.

Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh yang dimasukkan melalui suntikan Intravena (IV).

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Menurut kajian untuk khasiat menurunan tekanan darah sistolik ini memerlukan dos 300ml air kelapa diambil 2 kali dalam sehari.

Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh terutama dalam menurunkan tekanan darah tersebut.

Interaksi air kelapa dengan ubat, herba dan suplemen

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi (Ubat mengurangkan tekanan darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain

Interaksi dengan penyakit

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu.

Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

Keselamatan Air Kelapa

Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat.

Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak.

Namun tiada data yang mencukupi untuk keselamatan pengambilan air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik tidak mengambilnya semasa mengandung atau menyusukan anak.

Tindakan yang boleh diambil

Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini.

Jika diambil berlebihan air kelapa ini ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pinggang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi).

Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah pening atau merasa pusing, penglihatan kabur, kekeliruan, kelemahan dan loya (perasaan sakit perut).

Jika alami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunakan alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah.

Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah.

Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring. Letakkan kaki separas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.

Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berkekalan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kesimpulan

Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangkan dalam situasi interaksi ubat dengan minuman.

Terdapat beberapa lagi contoh interaksi minuman dengan ubat-ubatan seperti interaksi ferus dengan susu, ubat anti-kolesterol (atorvastatin) dengan jus limau gedang (grapefruite) dan ubat warfarin dengan teh hijau. (Semua contoh ini telah dibuktikan dengan kajian).

Justeru jika air kelapa diambil dalam kuantiti yang tidak berlebihan, mungkin interaksi dengan ubat-ubatan tidak terlalu ketara.

Walau bagaimanapun perlu berhati-hati dalam pengambilan air kelapa (diambil dalam kuantiti yang berlebihan) jika ada mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi dan pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Rujuk dahulu dengan ahli farmasi atau doktor merawat sebelum mengambil sesuatu bersama-sama ubat-ubatan agar interaksi ubat dapat diteliti terlebih dahulu.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722.

Kredit :Mohd Dziehan Mustapa

 Via: Amazingnara



Sumber Jangan Minum Air Kelapa Dengan Ubat, Nanti Ubat Tak Berkesan? Ini Penjelasan Pegawai Farmasi

“Cukuplah..” – Neelofa tidak mahu lagi cerita kisah peribadi kepada media

$
0
0

Pelakon dan pengacara Neelofa enggan lagi bercakap mengenai kisah peribadinya berikutan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini seperti tiada kesudahan apabila dia terus diasak pelbagai persoalan susulan hubungannya dengan seorang kerabat diraja.

"Cukuplah.." - Neelofa tidak mahu lagi cerita kisah peribadi kepada media

“Cukuplah..” – Neelofa tidak mahu lagi cerita kisah peribadi kepada media

Walaupun hubungan mereka dikatakan makin akrab sehingga dikhabarkan pergi bercuti bersama, pelakon cantik itu enggan mengulas.

“Kalau boleh saya tidak mahu ulas apa-apa lagi soalan berkaitan kisah peribadi. Cukuplah rasanya kerana sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang saya berikan. Saya tidak mahu kongsi apa-apa lagi,” katanya.

Sementara itu, Neelofa juga menafikan dia tidak menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama bersiri terbaru arahan Michael Ang kerana enggan berganding dengan Fattah Amin.

 

“Saya dan Fattah masih berkawan. Kadang-kadang saya ada menghubunginya dan bertanya khabar. Jadi, tidak timbul isu saya enggan digandingkan dengannya.

“Saya memang memang mahukan watak yang ditawarkan itu, tetapi atas beberapa sebab yang perlu diambil kira dan tidak dapat dielakkan, saya terpaksa melupakannya,” katanya ketika ditemui di majlis memperkenalkannya sebagai duta jam di sini, hari ini.

Sumber:Metro



Sumber “Cukuplah..” – Neelofa tidak mahu lagi cerita kisah peribadi kepada media

6 Syarat yang diletakkan Shah Rukh Khan untuk mana-mana lelaki yang ingin mendekati anak perempuannya

$
0
0

Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hansuva

Bukan setakat punya anak-anak lelaki yang kacak, tetapi Shah Rukh Khan juga punya seorang gadis yang semakin hari semakin cantik, Suhana

 
6 Syarat yang diletakkan Shah Rukh Khan untuk mana-mana lelaki yang ingin mendekati anak perempuannya

6 Syarat yang diletakkan Shah Rukh Khan untuk mana-mana lelaki yang ingin mendekati anak perempuannya

 

Berusia 16 tahun, ramai lelaki yang cuba mendekati Suhana. Tapi nampaknya Shah Rukh Khan tak akan semudahnya membiarkan anak perempuannya didekati mana-mana lelaki. Menerusi sebauh temubual SRK menjelaskan dia meletakkan 6 syarat kepada sesiapa yang mahu mendekati satu-satunya anak perempuannya. 

1. Mesti mempunyai pekerjaan

2. Shah Rukh Khan tak akan pernah menyukai mereka

3. Shah Rukh Khan akan ada dimana-mana

4. Suhana adalah puteri Shah Rukh Khan, bukan hak mereka

5. Shah Rukh Khan tidak kisah jika dipenjara demi menyelamatkan puterinya

6. Jika perkara buruk terjadi pada puterinya, Shah Rukh Khan akan melakukan perkara sama pada mereka

Wah! Itulah tugas seorang ayah yang ingin melindungi anaknya. 

Sumber:Era fm



Sumber 6 Syarat yang diletakkan Shah Rukh Khan untuk mana-mana lelaki yang ingin mendekati anak perempuannya

Terus Diam Tak Terkata – Ozlynn Kongsi Pengalaman Malam Pertamanya Bersama Johan….Wow!

Bella Dally Padam Hampir Semua Gambar Suaminya Di Instagram, Ini Respon Nazim Othman

Scam Terhebat Abad ini: Lelaki Beli Batang Kayu Dengan Harga RM129, Jual Balik Dengan Harga RM1.09 Juta

$
0
0

Sebelum ini, kita banyak mendengar tentang aktiviti-aktiviti penipuan atau scam yang yang membabitkan pelbagai produk dan perkhidmatan tetapi penipuan oleh seorang lelaki di Zhejiang ini benar-benar tidak masuk akal kerana ia melibatkan sebatang kayu.

Scam Terhebat Abad ini: Lelaki Beli Batang Kayu Dengan Harga RM129, Jual Balik Dengan Harga RM1.09 Juta

Scam Terhebat Abad ini: Lelaki Beli Batang Kayu Dengan Harga RM129, Jual Balik Dengan Harga RM1.09 Juta

Menurut Shanghaiist, lelaki terbabit berjaya membeli batang kayu itu dengan harga 200 RMB (RM129) kemudian menjualnya pada harga 1.68 juta RMB (RM1.09 juta) tiga tahun kemudian.

Lelaki yang dikenali dengan nama Lin itu mendakwa batang pokok terbabit adalah satu barang yang rare dan merupakan dari spesis Phoebe Zhenna.

Kayu (dari pokok Phoebe Zhenna) terbabit sangat mahal sehinggakan hanya emperor China hanya mampu untuk menggunakannya. Malah, batang kayu yang sama digunakan untuk membina sepenuhnya Forbidden City. Pokok Phoebe Zhenna kini sudah diwartakan sebagai spiesis yang dilindungi kerajaan.

Bagi merealisasikan penipuannya, Lin membuat satu sijil pengesahan palsu untuk kayu tersebut yang mana telah memperbodohkan pembeli batang kayu terbabit.

Bagaimanapun, selepas hampir setengah tahun, pembeli itu diberitahu oleh pakar sebenarnya dia bukan sahaja telah ditipu, malah kayu itu tidak mempunyai nilai.

Pembeli berkenaan cuba menghubungi Lin, namun gagal.

Bagaimanapun, Lin telah berjaya dijejaki dan ditahan oleh polis.

Sumbershanghaiist.com/

 

Via: SK



Sumber Scam Terhebat Abad ini: Lelaki Beli Batang Kayu Dengan Harga RM129, Jual Balik Dengan Harga RM1.09 Juta

Inikah wajah pemandu wanita yang melanggar 8 remaja berbasikal hingga maut di Johor Bahru?

$
0
0

SEPERTI sedia maklum, minggu lalu negara kita dikejutkan dengan berita lapan remaja berbasikal maut dan lapan lagi cedera selepas dilanggar sebuah kereta di Johor Bahru, kira-kira jam 3 pagi.

Inikah wajah pemandu wanita yang melanggar 8 remaja berbasikal hingga maut di Johor Bahru?

Inikah wajah pemandu wanita yang melanggar 8 remaja berbasikal hingga maut di Johor Bahru?

Kes di Jalan Lingkaran Dalam, berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah itu mendapat perhatian ramai pihak ekoran jumlah mangsa kemalangan yang bukan sahaja besar, bahkan melibatkan remaja bawah umur.

Sebelum ini salah seorang mangsa nahas mendakwa bahawa pemandu wanita itu mabuk dan menggunakan telefon bimbit ketika kejadian namun dakwaan itu pantas dinafikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada hari sama.

Masyarakat kemudian turut mengecam mangsa kemalangan dan ahli keluarga mereka kerana dikatakan sengaja membiarkan anak berkeliaran pada tengah malam tanpa pengawasan orang dewasa.

 

Pun begitu, tidak semua ada pendapat sama, antaranya bekas ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tampil mempersoalkan tindakan polis dan kenapa wajah pemandu tersebut dirahsiakan dari pengetahuan umum?

Apakah suspek wanita itu mempunyai pengaruh tertentu sehingga individu tersebut dilindungi pihak polis sendiri, soal beliau lagi yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang.

Penulisan oleh peguam itu menjadi tular menerusi laman sosial dan mendapat sokongan daripada ramai netizen khususnya berketurunan bani Melayu, berdasarkan tinjauan pihak kami sendiri.

Selepas seharian tular, kini tersebar pula beberapa gambar yang dikatakan wajah pemandu wanita yang dipercayai pemandu Nissan Almera, yang didakwa telah melanggar lapan remaja hingga maut itu.

Ia disebarkan oleh pengguna Facebook bernama Al Syam, namun pihak kami memutuskan untuk mengaburkan wajah wanita itu memandangkan tiada bukti jelas mengatakan ia merupakan perkara sahih.

Wajah Pemandu Langgar Geng Basikal JB Bocor?

Kami tidak pasti dari mana individu terbabit mendapatkan gambar pemandu wanita itu dan apa tujuan sebenar penyebarannya, namun hasil semakan kami di laman Facebook Al Syam itu kami menemui ini pula:

Wajah Pemandu Langgar Geng Basikal JB Bocor?

Tidak hanya gambar berbaur politik propembangkang, bahkan penyebar foto itu juga mendakwa wanita tersebut ialah anak tokoh berpengaruh yang ada kaitan dengan projek hartanah di Danga Bay.

Secara kebetulan pula individu yang bertanggungjawab membangunkan Danga Bay ialah ahli perniagaan yang bernama Tan Sri Datuk Lim Kang Hoo.

Penyebaran foto eksklusif itu secara tiba-tiba oleh Al Syam turut diulas oleh seorang penulis politik tempatan dan berikut, kami siarkan semula kenyataannya:

Artikel Zulkifli Nordin > penyebaran gambar oleh individu yang antipembangkang.

Tidak mahu menuduh, tetapi kami bayangkan ini mungkin satu lagi percubaan untuk mewujudkan elemen perkauman bagi melaga-lagakan kaum Melayu dan Cina.

Apatah lagi beberapa bulan dari sekarang akan berlangsungnya pilihan raya umum. Faktor menyalahkan DAP mungkin akan ditimbulkan kelak.

Bukan mahu membela mangsa kemalangan ataupun si pemandu, tetapi diharapkan masyarakat tidak mengaitkan faktor bangsa seseorang ataupun agama seseorang ketika menyampaikan hujah.

Tidak dapat dinafikan mangsa kemalangan perlu dinilai seadilnya berdasarkan undang-undang jalan raya namun jangan sampai kita mencetuskan perkara yang tidak berbangkit.

Apa sahaja boleh berlaku dengan pendedahan wajah pemandu wanita tersebut menerusi laman sosial, maka kami menasihatkan jangan sampai termakan umpan.

Bagi peluang kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut. Semoga semua pihak dapat diadili tanpa elemen berat-sebelah dan memihak.

Sumber:Umenoworld

 

 

 

Via: Mynewshub



Sumber Inikah wajah pemandu wanita yang melanggar 8 remaja berbasikal hingga maut di Johor Bahru?

5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM & Tersenarai 10 Pelajar Medikal Terbaik di Universiti Al-Azhar, ‘Gadis Ini Patut Dijadikan Contoh Rakyat Malaysia’ – Ujar Netizen

$
0
0

Ibu bapa mana yang tidak bangga apabila anaknya berjaya dalam pembelajaran? Itulah apa yang patut dirasa oleh ibu bapa kepada Izni Inarah (nama Instagram) kerana anaknya itu berjaya menempa kecemerlangan dalam pembelajaran apabila tersenarai dalam 10 pelajar bidang medikal terbaik di Universiti Al-Azhar.

5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM & Tersenarai 10 Pelajar Medikal Terbaik di Universiti Al-Azhar, 'Gadis Ini Patut Dijadikan Contoh Rakyat Malaysia' - Ujar Netizen

5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM & Tersenarai 10 Pelajar Medikal Terbaik di Universiti Al-Azhar, ‘Gadis Ini Patut Dijadikan Contoh Rakyat Malaysia’ – Ujar Netizen

Pencapaian cemerlang Izni Inarah itu dikongsi bangga oleh adiknya, Alia Husna di Twitter dengan berkata: “5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM, Top 10 pelajar medik di Universiti Al-Azhar.“.

Difahamkan, Izni berjaya menggapai kecemerlangan(di Universiti Al-Azhar) itu selepas lebih enam tahun bertungkus lumus di universiti terbabit.

Bersama tweet itu, disertakan foto Izni Inarah memakai jubah universiti Al-Azhar dipercayai diambil ketika majlis graduasi.

Pencapaian menggembirakan Izni Inarah itu disambut baik oleh para pengguna Twitter yang tidak putus-putus menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.

“Harap-harap stesen TV jemput la dia (Izni) bercakap atau rancangan dari panggil orang yang tak sepatutnya”, kata pengguna Twitter uthmtroll.

“Golongan macam inilah yang patut menjadi contoh kepada rakyat Malaysia, bukannya golongan yang buat benda bodoh lepas tu viral” ujarnya lagi.

 

 

Pengguna twitter, hanaNabyllah pula berkata pencapaian Izni itu memberi motivasi kepadanya dengan berkata: “Ini adalah motivasi yang saya perlukan!! Sedang melayari twitter untuk melengah-lengahkan kerja rumah. Lebih baik pergi buat sekarang.

Tweet dari Alia Husn itu dikongsi lebih 12,000 kali dan menerima pelbagai respon positif dari pengguna Twitter.

Sumber: Twitter Alia Husna

 

Via: SK

 

 



Sumber 5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM & Tersenarai 10 Pelajar Medikal Terbaik di Universiti Al-Azhar, ‘Gadis Ini Patut Dijadikan Contoh Rakyat Malaysia’ – Ujar Netizen

Che Ta dedah pernah berhenti kerja kerana gaji RM4000 sebulan terlalu kecil

$
0
0

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta akui pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji RM4,000.

Pun begitu, Che Ta berkata dia hanya bekerja dalam tempoh yang singkat sahaja kerana merasakan gajinya itu tidak cukup dan mengambil keputusan untuk berlakon.

 

Che Ta Berhenti Kerja, Kerana Gaji RM4,000 Tak Cukup

Che Ta dedah pernah berhenti kerja kerana gaji RM4000 sebulan terlalu kecil

 

“Selepas bercerai sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Ketika itu saya merasakan gaji RM4,000 terlalu kecil.

“Saya kemudian mendapat tawaran membuat iklan, makin lama rezeki saya dalam dunia modelling semakin murah dan saya dapati ia lebih lumayan daripada kerja makan gaji saya.

“Jadi saya berhenti sahaja kerja dengan syarikat itu. Selepas sahaja berhenti saya pun mendapat tawaran berlakon. 

“Rupanya berlakon lebih berbaloi kerana kita tidak perlu kerja setiap hari tetapi saya terima bayaran lebih daripada apa yang tempat kerja saya bagi.

“Lagipun saya bekerja untuk menyara anak. Saya mencari rezeki untuk mereka, jadi saya mahu mereka selesa,” luah Che Ta dalam The House 3.

Selain kisah Che Ta, The House  turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya. 

Saksikan The House yang telah mula ditayangkan  secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my  pada 18 Disember lalu setiap hari Rabu.

The House turut menemui penonton dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam bermula 25 Januari 2017. 

Teks oleh Syafiqah Jalal

Sumber:Astro Gempak



Sumber Che Ta dedah pernah berhenti kerja kerana gaji RM4000 sebulan terlalu kecil

‘Apa masalah isteri saya ini? Dia gemar buat perkara² pelik’ – Suami

$
0
0

Dari Kisah Rumah Tangga

Rumah tangga saya tak ada masalah berat, cuma saya nak tanya apa masalah dengan isteri saya yang suka buat perkara-perkara pelik seperti:

'Apa masalah isteri saya ini? Dia gemar buat perkara² pelik' - Suami

‘Apa masalah isteri saya ini? Dia gemar buat perkara² pelik’ – Suami

 
  1. Suka cium spender sendiri yang telah dipakai
  2. Suka korek pusat selepas itu dicium
  3. Sikat rambut di waktu malam, kemudian suka main tabur-tabur rambut yang gugur itu. Macam syok pula dia main rambut
  4. Suka campur belacan dalam apa semua jenis makanan. Mee Sup pun dia bubuh belacan juga. Aduh! 
  5. Suka bercakap dengan cicak di siling. Nampak saja cicak, mulalah dia mengugut cicak itu. “Siap kau cicak, tunggu aku ambil getah!”. Bila cicak itu dah tak ada, mulalah dia “mana kau nak lari ha cicak?!” 
  6. Bila ajak bersama di malam Jumaat, dia yang teruja habis. Tak sabar-sabar. Pernah sekali dia gigit bau saya sebab suruh cepat. Aduh! 

Banyak lagi yang pelik tetapi saya tetap sayang isteri saya.

p/s: Jangan sampai jadi begini sudah.

Via: TR


Sumber ‘Apa masalah isteri saya ini? Dia gemar buat perkara² pelik’ – Suami

Amboi! Murid Ugut Tarik Seluar Cikgu PJK

$
0
0

ALAHAI… Sepucuk surat yang dipercayai ditulis seorang murid sekolah rendah menjadi tular di media sosial apabila isi kandungan surat tersebut yang menarik perhatian netizen.

Amboi! Murid Ugut Tarik Seluar Cikgu PJK

Amboi! Murid Ugut Tarik Seluar Cikgu PJK

Menerusi perkongsian di media sosial, surat tersebut ditujukan kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang diugut muridnya kerana mahukan aktiviti PJK diadakan pada Selasa dan Khamis.

“Cikgu, kalau cikgu tak bagi kitorang PJK Selasa & Khamis, cikgu taula nasib cikgu. Apa cikgu ingat cikgu jadi cikgu kitorang kisah. Cikgu kalau jadi cikgu tu biarlah adil. Paham tak.

“Kalau cikgu tak bagi kitorang PJK tau la nasib cikgu. Kalau cikgu bagi alasan jerebu dan tak bagi kitorang PJK, kitorang akan tarik seluar cikgu. Tunggu dan lihat Cikgu Arif,” tulis surat berkenaan.

 

Amboi! Murid Ugut Tarik Seluar Cikgu PJK

Surat berkenaan telah pun tular di media sosial dan banyak pihak yang agak terkejut dengan sikap ‘biadap’ murid sekarang yang tidak menghormati guru mereka.

Ada antara netizen berpendapat ‘ugutan’ murid ini agak lucu namun ada juga merasakan murid ini agak biadap dan jika dibiarkan sikap itu akan kekal hingga dewasa.

“Besar nanti bimbang jika murid itu akan menjadi seorang gangster sebenar,” komen netizen.

Seperti yang diketahui aktiviti PJK adalah subjek yang memberikan ruang kepada murid untuk bermain bersama rakan-rakan mereka dan mengeluarkan peluh selain melepaskan tekanan belajar di bilik darjah.

Bagaimanapun, tiada maklumat lengkap mengenai penulis yang menghantar surat ‘ugutan’ berkenaan.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Amboi! Murid Ugut Tarik Seluar Cikgu PJK

Menakjubkan! Pak cik ni bawa 18 hidangan pakai kepala je

$
0
0

PAK cik ni, Chen ChangFa, mempunyai cara tersendiri untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan di sebuah restoran terkenal di Sichuan, iaitu dengan mengangkat pinggan yang berisi makanan itu di atas kepalanya.

Menakjubkan! Pak cik ni bawa 18 hidangan pakai kepala je

Menakjubkan! Pak cik ni bawa 18 hidangan pakai kepala je

Chen sudah berusia 66 tahun tetapi dia masih mampu membawa 10 pinggan di atas dulang makanan sepanjang dua meter di atas kepalanya.

Menakjubkan sepanjang 38 tahun dia bekerja dan menggunakan cara unik itu, tiada satu pinggan pun pernah pecah atau terjatuh.

Kaedah yang dilakukan oleh Chen untuk membawa hidangan di atas kepala, merupakan tradisi lama yang diamalkan sejak 200 tahun lalu.

 

Ia dikenali sebagai Da Pen dan tradisi ini hanya boleh ditemui di kampung Xiantan, di Sichuan sahaja.

Sehingga kini, Chen telah membawa 300,000 mangkuk dan pinggan di atas kepalanya. Selain itu dia juga sering dijemput oleh penduduk kampung untuk membuat pertunjukan pada majlis perkahwinan atau jamuan.

Menurut Chen, kunci utama dalam melaksanakan Da Pen ialah keupayaan mengawal minda dan pergerakan badan. Selain itu badan juga perlu cergas.

Dia mampu membawa 18 hidangan pada satu masa dalam tempoh kurang 20 minit sahaja.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Menakjubkan! Pak cik ni bawa 18 hidangan pakai kepala je
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>