Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Kerani wanita bersalin di tepi lif pejabat

$
0
0

Kerani wanita berdepan detik mencemaskan apabila menyambut sendiri kelahiran cahaya mata ketiga di tepi lif pejabatnya di Subang Jaya, Selangor pada 12.30 tengah malam tadi.

Nurul Munirah Hussin, 32, berkata, dia yang mengandung 37 minggu mula berasa tanda awal untuk bersalin, kira-kira 10 malam.

Kerani wanita bersalin di tepi lif pejabat

Kerani wanita bersalin di tepi lif pejabat

“Saya tidak sedap hati dan terus mengajak suami untuk ke Hospital Serdang kira-kira 12 tengah malam, namun sebelum itu saya meminta suami singgah di pejabat yang tidak jauh dari kediaman kami untuk mengambil buku rekod kehamilan yang tertinggal.

“Sebaik sahaja sampai di pejabat, saya mengambil buku rekod berkenaan tetapi terasa ingin membuang air kecil. Ketika di dalam tandas saya dapat merasa sebahagian kepala anak sudah keluar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

 

Nurul Munirah berkata, ketika menuju ke lif rasa sakit itu semakin kuat dan dia nekad untuk bersalin di tepi lif kerana bimbang bayi dalam kandungannya lemas.

“Pada waktu itu, saya nekad untuk baring dan mula meneran dengan hanya ditemani anak sulung yang berusia tujuh tahun.

“Sementara suami dan anak lelaki berusia empat tahun memanggil pengawal keselamatan dan menghubungi ambulans,”katanya.

Menurutnya, tidak sampai lima minit meneran dia selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, dan membalut bayi berkenaan dengan tudung yang dipakainya bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Beliau berkata, ambulan tiba di pejabat kira-kira 15 minit kemudian dan dia bersama bayi dibawa ke Hospital Putrajaya (HPJ) untuk rawatan dan pemeriksaan.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selamat walaupun anak saya terpaksa ditahan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HPJ sehingga Jumaat ini untuk pemeriksaan lebih lanjut bagi memastikan tiada jangkitan,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Kerani wanita bersalin di tepi lif pejabat

Keluarga Lima Tahun Tinggal Di Rumah Seram, Bertahan Kerana Sewa Murah

$
0
0

Kami pernah tinggal di rumah yang berhantu selama lima tahun. Ketika saya Darjah Dua, ayah saya dipindahkan ke Selangor, jadi kami sekeluarga pun berpindah sekali.

 

Keluarga Lima Tahun Tinggal Di Rumah Seram, Bertahan Kerana Sewa Murah

Keluarga Lima Tahun Tinggal Di Rumah Seram, Bertahan Kerana Sewa Murah


Ayah saya berjaya mencari sebuah rumah teres dua tingkat yang disewakan murah.

 

Malam pertama kami di rumah baru, mak saya bermimpi ada seorang perempuan cina sedang menangis di tepi keranda sambil membakar kertas sembahyang.

Keesokan harinya, tuan rumah datang melawat kami. Mak saya terkejut sebab dia lah perempuan yang mak saya mimpikan semalam.

Rupa-rupanya suaminya telah meninggal di rumah itu, dan menurut kepercayaan orang cina, rumah itu tidak bertuah setelah ada kematian.

Suaminya pula mewariskan rumah itu kepada dua orang anaknya yang masih kecil, jadi dia tidak boleh menjual rumah itu. Jadi disewakan kepada orang lain dan hasil sewa dia membayar rumah sewa yang dia duduki selepas berpindah.

Tetapi penyewanya sering berpindah atau lari, tiada penyewa yang mahu tinggal selepas tiga bulan. Kata jiran sebelah, ada benda yang menganggu mereka.

Sejak berpindah ke rumah itu, adik saya sering mengigau seperti menjerit, bercakap, berjalan dlm tidur, berpusing atas katil 360 darjah seperti kayuh basikal.

Pernah sekali, dia sedang tidur di bilik dan tiba-tiba bangun dan mula naik tangga. Kemudian cuba memanjat balkoni tangga untuk terjun dari tingkat atas. Nasib baik abang saya perasan dan menarik dia sebelum dia sempat terjun. Kejadian ini berlaku banyak kali.

Rumah ini ada empat bilik, satu bilik kecil di tingkat bawah, tiga bilik tidur di tingkat atas. Bilik bawah ini dijadikan bilik baju dan bilik solat.

Ada tandas di antara bilik ni dan dapur, kami selalu ambil wuduk di situ. Suatu hari, saya ambil wuduk di situ dan ternampak kelibat budak lalu di depan tandas dan masuk ke dalam bilik bawah. Mula-mula saya ingatkan adik-adik, tetapi selepas selesai mandi, adik-adik saya lihat semuanya di ruang tamu. Tiada siapa dalam bilik bawah.

Ruang tamu kami pula mengadap dapur. Pernah sekali, saya sedang menonton televisyen dan terpandang dapur. Ada tangan berwarna hitam sedang melambai saya dari dapur.

Masalahnya, tangan itu melambai dari atas peti ais yang terletak betul-betul sebelah pintu dapur. Seperti biasa, saya buat tidak tahu saja.

Malam seterusnya saya masuk ke dapur untuk minum air. Usai minum, saya berpaling ke arah pintu dapur dan ternampak lembaga budak kecil berwarna hitam sedang bertenggek atas peti ais. Cepat-cepat saya keluar dan sambung menonton televisyen.

Sebenarnya kami dah biasa nampak kelibat budak kecil berwarna hitam naik turun tangga, masuk bilik, lari depan pintu, menjenguk kami dari balkoni tangga dan sebagainya. Setakat bunyi guli, perabut bergerak dan bende berlari atas bumbung itu adalah perkara yang sangat biasa.

Di ruang tamu ada sebuah lukisan minyak yang sangat besar, bertemakan hutan, air terjun dan dua ekor rusa. Kami tak dapat tanggalkan sebab telah dilekat kuat pada dinding.

Abang saya pernah beritahu yang pada waktu malam, lukisan itu akan hidup. Air terjun dalam lukisan itu akan mengalir dan pokok-pokok bergoyang ditiup angin.

Kadang-kadang, dia nampak mata rusa itu bergerak mengekori orang.

Di rumah ini lah saya pernah bermimpi seram sehingga trauma.

Ayah saya menghadiahkan anak patung berbaju gaun pada saya. Mula-mula suka lah, tapi malam tu saya mimpi anak patung itu hidup mengejar saya. Dia nak ambil badan saya sebab dia pun nak hidup. Puas saya lari dalam mimpi tu.

Pada satu tahap, dia ambil pisau dari dapur dan nak tikam saya. Ya, dalam mimpi tu anak patung itu kejar saya dlm rumah, dari tingkat bawah dia kejar ke atas dan ikut masuk bilik tidur.

Esoknya saya buang patung itu dalam stor. Lepas itu saya langsung tak suka semua anak patung berbentuk manusia, termasuk barbie.

Tandas di bilik tidur utama adalah tempat yang paling seram dalam rumah itu. Cuma ayah saja yang berani menggunakan tandas itu.

Ini pelik kerana walaupun tandas itu besar dan cerah dengan cahaya matahari, kami selalu rasa ada seseorang memerhati kami dalam tandas itu. Kami semua berpendapat yang suami tuan rumah meninggal di situ.

Kami bertahan selama lima tahun di rumah itu. Mak selalu minta berpindah tetapi ayah suruh bersabar kerana rumah lain mahal sangat sewanya.

Tuan rumah tak pernah naik kan sewa kerana kami sahaja yang mahu tinggal di rumah itu walaupon diganggu. Ayah ikhtiar baca yassin setiap minggu, tapi kami masih nampak bayang-bayang budak hitam.

Setelah lima tahun ayah dipindahkan ke Kedah. Kami semua rasa lega kerana dapat meninggalkan rumah itu.

Sumber:Fiksyen Shasha

 

Via: AM



Sumber Keluarga Lima Tahun Tinggal Di Rumah Seram, Bertahan Kerana Sewa Murah

Pelajar Tingkatan 5 dakwa dimalukan gurunya kerana tak buang bungkusan nasi lemak dalam tong sampah

$
0
0

Seorang pelajar Tingkatan Lima mendakwa dimalukan gurunya kerana tidak membuang bungkusan nasi lemak ke tong sampah di sekolahnya di Kuala Nerang, dekat sini.

Pelajar Tingkatan 5 dakwa dimalukan gurunya kerana tak buang bungkusan nasi lemak dalam tong sampah

Pelajar Tingkatan 5 dakwa dimalukan gurunya kerana tak buang bungkusan nasi lemak dalam tong sampah

Pelajar berusia 17 tahun itu mendakwa dia ditendang pada dada dan kaki kanan selepas dilihat menyelit kertas bungkusan makanan itu di celah tingkap ketika melintasi sebuah kelas pada kira-kira 9.30 pagi, Isnin.

“Guru di kelas berkenaan melihat apa yang dilakukannya dan mengarahkan saya mengambil semula bungkusan itu dengan mulutnya.

“Saya buat seperti disuruh tetapi bungkusan itu terjatuh ke lantai, jadi saya ambil menggunakan tangan.

 

“Ketika itu, guru berkenaan naik berang walaupun saya meminta maaf selepas dia mendakwa saya tidak mengikut arahannya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, Selasa.

Remaja itu berkata, guru kelasnya dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum salah seorang rakan sekelahnya menghantarnya pulang ke rumah di Kampung Lubuk Perong kerana kesakitan akibat dipukul guru berkenaan.

Bapa pelajar berkenaan yang berusia 45 tahun telah membawa anaknya untuk membuat laporan polis pada hari sama.

Beliau mengakui masih boleh terima jika anaknya dirotan, bukannya diserang sedemikian oleh seorang guru.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kes berkenaan disiasat mengiut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, sambil menambah keterangan pelajar dan guru berkenaan sudah diambil bagi membantu siasatan.

Sumber:Mstar



Sumber Pelajar Tingkatan 5 dakwa dimalukan gurunya kerana tak buang bungkusan nasi lemak dalam tong sampah

Pelajar perempuan diserang histeria di pangkal pokok besar semasa baru sahaja mahu panjat gunung

$
0
0

PERISTIWA salah seorang pelajar perempuan diserang histeria di pangkal pokok besar semasa baru sahaja ingin memulakan pendakian ke Gunung Datuk, tidak mungkin dilupakan salah seorang penduduk di Rembau.

Pelajar perempuan diserang histeria di pangkal pokok besar semasa baru sahaja mahu panjat gunung

Pelajar perempuan diserang histeria di pangkal pokok besar semasa baru sahaja mahu panjat gunung

Ishak Yusuf, 54, yang lebih dikenali dengan nama pena Waghih Lapan berkata, walaupun peristiwa itu berlaku kira-kira 38 tahun lalu, sehingga kini masih segar dalam ingatannya.

Menurutnya, kejadian pada 1979 itu, seramai 40 pelajar termasuk guru pengiring melaksanakan aktiviti badan beruniform sekolah untuk mendaki Gunung Datuk.

 

Dia merupakan salah seorang pelajar yang menyertai aktiviti berkenaan dan kejadian histeria berkenaan berlaku betul-betul di hadapan matanya.

“Saya masih ingat lagi pelajar perempuan itu menjerit tak henti-henti, ada kalanya mendengus.  Tenaganya juga begitu kuat sehingga tiga ke empat orang terpaksa pegang tangan dan kakinya yang sentiasa bergerak-gerak.

“Ada pelajar dan guru memanggil penduduk setempat bagi meminta bantuan.  Ada seorang tua yang datang dan mengarahkan pelajar yang diserang histeria itu dibawa ke rumahnya serta menasihatkan agar aktiviti berkenaan tidak diteruskan,” katanya ketika menceritakan kepada Sinar Harian.

Ishak berkata, sebaik diubati di rumah penduduk itu, pelajar perempuan berkenaan pulih seperti biasa.

Menurutnya, salah seorang rakan pelajar perempuan yang diserang histeria berkenaan menyatakan mangsa tidak mendapat kebenaran ibunya untuk mendaki Gunung Datuk.

“Dia menipu ibunya untuk menyertai aktiviti badan beruniform berkenaan. Mungkin disebabkan niatnya itu telah menyebabkan aktiviti berkenaan tidak dapat diteruskan seawal memulakan pendakian lagi,” katanya.

Enggan ikut trek punca sesat

Dikatakan ada berkaitan dengan mistik, namun ada pula mendakwa sikap orang ramai mengambil ringan ketika mendaki menjadi punca mereka tersasar laluan ketika di Gunung Datuk, lantas tersesat.

Jika semalam Sinar Harian melaporkan sejarah dan sebahagian pengalaman mistik ketika mendaki puncak tertinggi di Rembau, Negeri Sembilan itu, paparan seterusnya berkaitan ulasan pihak berkaitan, sama ada kes pendaki sesat ada kaitan dengan gangguan ‘penjaga’ atau makhluk halus.

Ikuti siri akhir FOKUS HARI INI dikupas wartawan NOR AINNA HAMZAH, SYAMILAH ZULKIFLI dan KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB berhubung misteri di Gunung Datuk.

Berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, memang tidak dinafikan Gunung Datuk mencatatkan banyak kes membabitkan pendaki sesat.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, antara lapan gunung di Negeri Sembilan, Gunung Datuk mencatatkan jumlah pendaki sesat yang tertinggi di negeri ini.

Beliau bagaimanapun berkata, statistik sejak tahun lalu menunjukkan penurunan kepada empat kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 10 kes.

“Di Negeri Sembilan terdapat lapan lokasi pendakian iaitu Gunung Datuk, Gunung Berembun, Gunung Angsi, Gunung Telapak Buruk, Bukit Kampung Tangai, Bukit Melati, Gunung Besar Hantu dan Gunung Tampin.

“Ikut rekod kita, kes paling banyak berlaku di Gunung Datuk, di mana pada tahun 2015 melibatkan 46 mangsa, 13 mangsa tahun lalu dan satu mangsa tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, terdapat pelbagai faktor seseorang pendaki boleh sesat. Antaranya, tidak mengikut trek laluan ditetapkan.

Bahkan, ada sesetengah pendaki yang suka mengambil jalan mudah dengan menggunakan laluan mereka sendiri sedangkan ia boleh mengundang risiko kepada mereka.

“Jabatan Perhutanan telah sediakan laluan untuk sampai ke puncak, jadi ikutlah laluan itu. Jangan hanya fikir mahu cepat sampai, tapi fikirkan soal keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Norazam berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa sesat akan menjadi lebih sukar sekiranya ia berlaku pada waktu malam.

Selain itu, katanya, maklumat yang tidak tepat diberikan oleh mangsa juga menjadikan operasi mengesan mereka menjadi lebih sukar.

“Bagaimanapun, di lapan lokasi pendakian di negeri ini semuanya ada talian telefon. Jika pendaki hadapi masalah, mereka boleh terus hubungi sesiapa untuk dapatkan bantuan.

“Biasanya kita akan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Cuma ia jadi masalah apabila mangsa yang sesat ini di awal lagi pendakian tak ikut trek yang betul dan mereka pun susah nak beri penjelasan di mana lokasi sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, Norazam menasihatkan pendaki supaya bersedia dari segi mental dan fizikal selain memaklumkan kepada ahli keluarga atau kenalan terdekat berhubung aktiviti dilakukan.

‘Makhluk halus itu ada di mana-mana’

Setiap individu yang ingin meneroka hutan rimba dan gunung-ganang terutama bagi tujuan riadah diingatkan supaya sentiasa jaga adab serta perilaku bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, perlu difahami pelbagai makhluk ALLAH sama ada yang kelihatan atau tidak kelihatan pada mata kasar berada di dalamnya.

“Seeloknya sebelum memulakan perjalanan masuk ke hutan, baca dulu Surah al-Fatihah. Niatkan semoga diri mendapat keberkatan daripada surah berkenaan.

“Kemudian baca Surah an-Nas tiga kali dan dituruti dengan doa perjalanan yang selalu kita baca masa hendak menaiki kenderaan. Boleh juga ditambah dengan doa yang berbunyi: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sempurna dari kejahatan sekalian makhluk’.

“Kalau tidak tahu doa dalam Bahasa Arab, boleh baca dalam Bahasa Melayu. Kalau tidak tahu doa yang khusus, baca saja apa-apa doa yang diketahui untuk keselamatan. Mohon pada ALLAH agar diri diberi perlindungan,” katanya.

Selepas itu, kata beliau, beri salam terlebih dahulu sebelum mula melangkah masuk ke dalam hutan dan mendaki.

“Tapi jangan pula beriktikad yang makhluk halus boleh mendatangkan mudarat. Tujuan beri salam hanya sebagai adab. Sama macam hendak masuk rumah orang lain, mana boleh main terjah saja.

“Bila dalam hutan atau daki gunung, jaga tingkah laku. Jangan cakap besar dan jangan sewenang-wenangnya patahkan dahan pokok tanpa sebarang keperluan. Haiwan dan unggas jangan disakiti.

“Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling. Elak seronok keterlaluan. Jaga adab masa qada hajat (buang air),” katanya.

Ditanya kewujudan mahkluk halus di kawasan hutan rimba dan pergunungan, beliau mempunyai jawapan ringkas.

“Sebenarnya jin ada di mana-mana. Bukan setakat di hutan rimba dan gunung-ganang. Sebab itu sunat beri salam sebelum masuk ke dalam rumah, sepertimana disebut dalam surah an-Nur, ayat 61.

“Hakikat kewujudan makhluk ALLAH ini ada disebutkan dalam Surah adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud: ‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu’.

“Kemudian disebutkan pula dalam Surah al-Jin ayat 1 yang bermaksud: ‘Katakanlah (wahai Muhammad)’: Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar (al-Quran yang Aku bacakan).

“Lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya Kami telah mendengar al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!’,” katanya.

Sumber:Sinar



Sumber Pelajar perempuan diserang histeria di pangkal pokok besar semasa baru sahaja mahu panjat gunung

Seksanya Bila Disihir Tanpa Henti, Boleh Amalkan Yasin 7 Mubin Memulangkan Sihir Sebagai Pengajaran Buat Kaki Sihir. Kongsi Pada Yang Memerlukan…

$
0
0
Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.

Seksanya Bila Disihir Tanpa Henti, Boleh Amalkan Yasin 7 Mubin Memulangkan Sihir Sebagai Pengajaran Buat Kaki Sihir. Kongsi Pada Yang Memerlukan...

Seksanya Bila Disihir Tanpa Henti, Boleh Amalkan Yasin 7 Mubin Memulangkan Sihir Sebagai Pengajaran Buat Kaki Sihir. Kongsi Pada Yang Memerlukan…

 

 

Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin

 

Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:
1.  Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.
2.  Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
3.  Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.
4.  Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.
5.  Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.
6.  Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.
7.  Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
8.  Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.
.
InsyaAllah berhasil….
Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah
Sumber: Binusrah


Sumber Seksanya Bila Disihir Tanpa Henti, Boleh Amalkan Yasin 7 Mubin Memulangkan Sihir Sebagai Pengajaran Buat Kaki Sihir. Kongsi Pada Yang Memerlukan…

Rumah Tangga Bergolak, Ini Kenyataan Rasmi Pelakon Nazim Othman

$
0
0

Rumah Tangga Bergolak, Ini Kenyataan Rasmi Pelakon Nazim Othman



Semalam, kecoh apabila ada yang mengatakan perkahwinan pasangan selebriti Naim Othman dan juga Bella Dally bermasalah.

Perkara ini timbul apabila mereka berdua sudah tidak berkongsi gambar bersama malah Bella dikatakan memadam gambar Nazim Othman.

Wartawan telah mendapatkan Nazim Othman untuk bertanya perkara sebenar.

Kini pelakon ini telah tampil memberi respon.

Ini komennya:

“Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja”

“Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut,”


Apapun semoga perkahwinan mereka berdua sentiasa bahagia. Cepat cepatlah timang anak.

Sumber Rumah Tangga Bergolak, Ini Kenyataan Rasmi Pelakon Nazim Othman

Jihan Lagi Berjaya, Banyak Job Dan Kini Terpaksa Sara Suami.. Ini Respon Jihan

$
0
0

Jihan Lagi Berjaya, Banyak Job Dan Kini Terpaksa Sara Suami.. Ini Respon Jihan


Pelawak Jihan Muse sememangnya dikenali ramai. Jihan hebat sebagai pelakon, pelawak dan juga pengacara.

Berbanding dengan suaminya, Ungku Hariz, kerjaya Jihan dikatakan lebih hebat dan berjaya.

Memamng ramai yang tidak beberapa kenal dengan suami Jihan ini walaupun pernah berlakon di dalam flem hebat Polis Evo.

Ini menyebabkan ada yang mengatakan Jihan kini menyara keluarga dan suaminya.

Akhirnya pelawak ini tampil memberi komen.

Ini jawapan Jihan:

"Sehingga hari ini kami tak ada masalah. Soal nafkah juga tiada masalah, makan, minum, pakai semua cukup.

"Apa yang patut dia beri semua tak ada masalah. Ungku Hariz mampu sara Jihan,"

"Rezeki siapa yang lebih... itu hal masing-masinglah,"

"Saya bukan wanita yang high maintenance. Saya tak guna barangan mewah, saya lebih gemar memilih gaya streetwear."

"Tapi kalau saya berkeinginan barangan yang mahal, saya ada duit dan boleh beli sendiri,"



Kesian Ungku Hariz ada pihak yang menuduhnya sebegitu. Semoga kerjaya Ungku Hariz akan lebih terserlah selepas ini.

Mutu lakonannya memang hebat juga.


Sumber Jihan Lagi Berjaya, Banyak Job Dan Kini Terpaksa Sara Suami.. Ini Respon Jihan

“Ambil air milo mek” – Seorang ibu terpaksa kurung anak dalam bilik di belakang rumah kerana sakit mental

$
0
0

Tiada niat untuk melukai hati anak sendiri tetapi seorang ibu terpaksa membuat pilihan sukar dengan mengurungnya di sebuah bilik di belakang rumah di Kampung Talak.

"Ambil air milo mek" - Seorang ibu terpaksa kurung anak dalam bilik di belakang rumah kerana sakit mental

“Ambil air milo mek” – Seorang ibu terpaksa kurung anak dalam bilik di belakang rumah kerana sakit mental

Mek Wook, 60, berkata, sudah dua tahun dia mengurung anaknya, Mat Yazid Junoh, 30, orang kurang upaya (OKU) mental di sebuah bilik khas kerana khuatir dia merayau.

“Dia tak kacau orang tapi suka sangat ke kedai runcit dan ambil makanan di kedai.

 

“Dia ambil macam-macam, bila nak kena bayar rupanya dah cecah RM60 sehari,” katanya.

Menurutnya, pening memikirkan untuk mencari wang ganti rugi, dia mengambil keputusan mengurung Mat Yazid.

Katanya, Mat Yazid hanya dikurung 12 jam pada siang hari kerana pada waktu malam dia akan tidur di dalam rumah.

“Biasanya dari jam 7.30 pagi saya suruh dia tinggal dalam bilik, 7 malam dia dah boleh naik atas rumah.

“Makan minum saya hantar, lagi pun boleh dengar suara dia kalau perlu apa-apa, biasanya dia akan sebut… ‘ambil air milo mek’, dua tiga kali sehari dia ulang,” katanya.

Mat Yazid merupakan anak sulung daripada dua beradik mengalami masalah mental selepas terlibat kemalangan 17 tahun lalu.

Mek berkata, selepas kematian suami, perbelanjaan keluarganya ditanggung anak bongsu, Suhaimi, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci kontrak di sebuah hospital serta bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Bilik khas itu dibina hasil titik peluk anak saya Suhaimi untuk abangnya.

“Sebelum ini gaji Suhaimi banyak dihabis untuk bayar hutang abangnya yang suka ambil makanan di kedai, bila Suhaimi keluar kerja, abangnya akan dikurung,” katanya.

Kesusahan keluarga Mek mendapat perhatian Majlis Belia Kelantan (MBK), Kelab Kebajikan Asnaf dan THR Gegar yang menyampaikan bantuan makanan disampaikan wakil MBK, Noraini Yunoh.

Sumber:Sinar



Sumber “Ambil air milo mek” – Seorang ibu terpaksa kurung anak dalam bilik di belakang rumah kerana sakit mental

Kira biji hitam pada tangkai uri untuk tahu berapa kali boleh beranak? Mengarut! – Doktor

$
0
0

Sejak semalam, menjadi viral di laman sosial terutamanya Facebook di mana tersebar sebuah tips untuk mengetahui bilangan anak dengan hanya melihat pada jumlah ‘telur katak’ tangkai uri selepas anak dilahirkan.

Kira biji hitam pada tangkai uri untuk tahu berapa kali boleh beranak? Mengarut! - Doktor

Kira biji hitam pada tangkai uri untuk tahu berapa kali boleh beranak? Mengarut! – Doktor

Nampaknya posting berkenaan telah mendapat sambutan ramai walaupun tiada sebarang kajian atau rujukan disertakan dengan tulisan berkenaan.

Terpanggil untuk membetulkan fakta karut ini, Doktor Mohd Fadhli Mohd Fauzitelah menulis satu artikel menjawab tentang perkara ini

TANGKAI URI.

Semalam viral di media sosial tentang bilangan biji hitam menyerupai ‘telur katak’ pada tangkai uri adalah bersamaan bilangan kebolehupayaan untuk mengandung. Pos tersebut mendapat 10K share, 15K komen & 4.6K like.

Saya rasa terpanggil untuk menulis apakah sebenarnya biji hitam itu dan betulkah info viral tersebut. Boleh bantu share penulisan ini sehingga 10K share?

Tangkai uri (umbilical cord) menyambungkan antara ibu dan anak dalam kandungan. Ia mempunyai 3 saluran darah iaitu 1 vena dan 2 arteri.

Vena membawa darah yang mengandungi oksigen dan nutrien dari ibu kepada anak kandungan. Arteri kemudiannya membawa darah yang ‘telah digunakan’ oleh anak kandungan kepada ibu semula untuk di’topup’.

Saluran darah ini berbentuk lingkaran (coil atau spiral). 1 lingkaran bermaksud 1 pusingan lengkap 360°. Jumlah lingkaran bergantung kepada berapa panjang tangkai uri dan berapa rapat jarak antara lingkaran.

Ketika bersalin, selepas anak dilahirkan, 2 clamp akan diletakkan pada tangkai uri, dan potongan akan dibuat di antara 2 clamp. Tiada rasa sakit kerana tangkai uri tidak mempunyai saraf. Setelah clamp, peredaran darah dalam vena dan arteri terhenti.

Apabila peredaran darah terhenti, mekanisma pembekuan darah akan diaktifkan dan semua darah dalam saluran darah pada tangkai uri akan membeku.

Namun jumlah darah sepanjang saluran darah adalah tidak sama, maka saiz dan tona warna ‘biji hitam’ itu juga adalah berbeza. Sebab itu anda akan nampak beberapa tempat mempunyai ‘biji hitam’ atau darah beku yang lebih prominen (saiz lebih besar atau warna lebih gelap) berbanding yang lain.

Anda juga akan nampak ‘biji hitam’ ini berselang seli dengan ‘bahagian putih’, namun, jika anda pusing tangkai uri itu 180°, anda akan nampak ‘biji hitam’ di belakang ‘putih’ tadi kerana saluran darah ini berbentuk lingkaran. Jarak antara selang seli atau lingkaran ini tidak sama kerana apabila uri berpisah dengan tubuh ibu, tangkai uri ini akan memanjang.

Seperti yang dinyatakan di atas, satu lingkaran ialah satu pusingan lengkap 360° atau secara ringkasnya adalah jarak antara 2 ‘biji hitam’ Jumlah lingkaran adalah tidak sama antara individu kerana ia bergantung kepada berapa rapat jarak antara lingkaran dan berapa panjang tangkai uri.

Tak percaya? Tengoklah tangkai uri selepas bersalin nanti. Pusingkannya 180° dan 360° dan anda akan nampak sebenarnya ‘bahagian hitam’ itu adalah sepanjang saluran darah dan berbentuk melingkar atau spiral, cuma ia berbeza saiz, tona warna dan jarak.

Mohon bantuan pembaca untuk share beramai-ramai supaya informasi ini tersebar luas.

[Sumber gambar adalah tercatat di bawah setiap gambar melalui carian google image]

Sumber:SK



Sumber Kira biji hitam pada tangkai uri untuk tahu berapa kali boleh beranak? Mengarut! – Doktor

“Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam” – Kerana video terlalu mesra dengan adik lelaki, Ruhainies dituduh lakukan sumbang mahram

$
0
0

Hanya kerana dilihat mesra dengan adik lelakinya, pelakon Ruhainies tidak dapat lari daripada menjadi mangsa kecaman dan cemuhan warga laman Twitter yang tidak senang dengan perkara tersebut. Ikatan kekeluargaan yang rapat bagaimanapun disalaherti oleh segelintir masyarakat.

"Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam" - Kerana video terlalu mesra dengan adik lelaki, Ruhainies dituduh lakukan sumbang mahram

“Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam” – Kerana video terlalu mesra dengan adik lelaki, Ruhainies dituduh lakukan sumbang mahram

“Bagi saya video yang dimuat naik itu tak ada apa yang salah. Semua yang mengenali saya tahu saya memang rapat dengan keluarga. Namun, apabila ada yang berpandangan negatif, bagi saya ia memang tak patut”

“Apatah lagi hingga mengeluarkan kenyataan yang tak sepatutnya seperti sumbang mahram. Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam. Video itu tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak pun,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tambah Ruahinies lagi, adiknya yang berusia 16 tahun itu tidak ambil kisah mengenai perkara berkenaan selain menyatakan status dirinya sebagai selebriti membuatkan setiap perilakunya dinilai oleh masyarakat. (rtky/s)

Sumber:Rotikaya



Sumber “Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam” – Kerana video terlalu mesra dengan adik lelaki, Ruhainies dituduh lakukan sumbang mahram

“Bitch (Pelacur).. berhenti kacau suami I, jangan jadi homewreckers!” – King Coco mengamuk suami ada perempuan lain?

$
0
0

RUMAH tangga King Coco diganggu wanita lain? Itu persoalan yang timbul apabila membaca satu perbualan antara instafamous itu dengan seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya, Azrin Anas.

"Bitch (Pelacur).. berhenti kacau suami I, jangan jadi homewreckers!" - King Coco mengamuk suami ada perempuan lain?

“Bitch (Pelacur).. berhenti kacau suami I, jangan jadi homewreckers!” – King Coco mengamuk suami ada perempuan lain?

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Suami Coco Ada Wanita Lain?

Perbualan itu dikirimkan kepada Mynewshub dari seorang pembaca kami yang mendedahkan King Coco bengang suaminya dicaras wanita yang dikenali sebagai Keisya.

Menurut pembaca yang enggan dikenali itu, Keisya merupakan bekas teman wanita Azrin sebelum lelaki itu bersama King Coco.

 

Menerusi perbualan itu, King Coco dikatakan telah menyerang Keisya menerusi direct messenger (DM) laman Instagramnya mengugut agar wanita itu tidak lagi mengganggu suaminya.

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Suami Coco Ada Wanita Lain?

Malah, King Coco turut menyifatkan suaminya hanya mahukan Keisya semata-mata mahukan kemaluannya.

Bitch (Pelacur).. berhenti kacau suami I. Dia hanya nak awak kerana awak punya pus**. Dia dah ada saya sekarang,” tulisnya yang menyifatkan wanita itu sebagai perosak rumah tangga orang.

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Suami Coco Ada Wanita Lain?

Pada masa yang sama, King Coco turut mengugut akan menyerang Keisya di tempat kerja dan mengganggu keluarganya sekiranya terus ‘menggatal’ dengan suaminya.

Bagaimanapun, Keisya menafikan dia kini menjalinkan hubungan dengan Azrin atau mendambakan lelaki itu.

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Suami Coco Ada Wanita Lain?

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Suami Coco Ada Wanita Lain?

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Suami Coco Ada Wanita Lain?

Menurutnya, dia sudah lama tidak berhubung dengan Azrin dan King Coco boleh mendapatkan kepastian mengenai perkara itu menerusi suaminya sendiri.

Sementara itu, Keisya dilihat turut memberi mesej kepada Azrin meminta agar lelaki itu menjelaskan kepada isteri keduanya yang mereka sudah tiada apa-apa hubungan.

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Suami Coco Ada Wanita Lain?

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Suami Coco Ada Wanita Lain?

Terdahulu, heboh menyatakan minah yang popular dengan pelat mat saleh ini bunting pelamin berdasalkan hashtag #rezekianak yang selalu digunakan.

King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail dan Azrin selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu di di Hampshire Place, Ampang.

Terdahulu, King Coco pernah dikecam netizen kerana berani mendedahkan bakal berkahwin dengan Azrin yang berstatus suami orang pada ketika itu.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 

 



Sumber “Bitch (Pelacur).. berhenti kacau suami I, jangan jadi homewreckers!” – King Coco mengamuk suami ada perempuan lain?

“Saya bukan berhijab, tetapi lebih selesa dianggap sebagai bertudung,” Raja Ema kembali bertudung

$
0
0

“Saya tidak mempunyai apa-apa perancangan tertentu untuk mengubah imej, cuma sejak beberapa hari lalu saya tiba-tiba mahu mengenakan tudung. Mungkin sudah sampai masanya saya berubah, malah saya sendiri rasa selesa dengan bertudung.

"Saya bukan berhijab, tetapi lebih selesa dianggap sebagai bertudung," Raja Ema kembali bertudung

“Saya bukan berhijab, tetapi lebih selesa dianggap sebagai bertudung,” Raja Ema kembali bertudung

“Saya bukan berhijab, tetapi lebih selesa dianggap sebagai bertudung,” kata pelakon dan penyanyi, Raja Ema, 47, apabila tampil dengan imej baharu di sini, hari ini. Hadir menjayakan Majlis Kemuncak Lawak Vaganza (Hot FM) dan Super Karoks (Kool FM), beliau kini dalam proses membiasakan diri dengan penampilan baharu berkenaan.


Raja Ema dan Sheqal dahulu

“Saya begitupun kurang selesa apabila orang mengatakan saya berhijab. Bagi saya, hijab itu besar maknanya bagi seorang muslimah. Hijab pada pandangan saya bukan semata-mata menutup aurat, tetapi perlu menutup segala kecantikan kita, dalam dan luaran, daripada tatapan umum.

“Namun sebagai orang baharu, saya mahu membiasakan diri dengan bertudung terlebih dulu. Malah, saya sendiri tidak pandai mengikat tudung mengikut gaya hari ini. Apa yang saya pakai sekarang adalah berdasarkan keselesaan sendiri, tanpa ada sesiapa yang memberikan tunjuk ajar pun,” katanya.

Kata wanita yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman (1985) itu, beliau juga tidak bimbang andainya rezeki dalam dunia seni kian berkurangan disebabkan imej baharu itu. “Bagi saya, rezeki itu milik Allah dan saya sendiri turut melakukan persediaan lain.

Sekarang ini pun alhamdulillah saya mempunyai punca pendapatan lain, iaitu perniagaan pakaian tidur. “Begitupun menjadi harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebaikan untuk saya,” katanya yang baharu selesa menjalani penggambaran drama 26 episod berjudul Meh Sandar Pada Aku untuk TV3.

Sumber:KB



Sumber “Saya bukan berhijab, tetapi lebih selesa dianggap sebagai bertudung,” Raja Ema kembali bertudung

Mak nyah ditemui mati ditembak dan ditetak hingga terkopak kepala dan putus lima jari

$
0
0

Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati dipercayai ditembak dan ditetak sehingga terkopak di kepala serta putus lima jari di Jalan Pasar, di sini, hari ini.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dan dianggarkan berusia 20-an, maut di tempat kejadian.

Mak nyah ditemui mati ditembak dan ditetak hingga terkopak kepala dan putus lima jari

Mak nyah ditemui mati ditembak dan ditetak hingga terkopak kepala dan putus lima jari

 

Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira 5 pagi tadi

Sumber berkata, anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

 

“Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan.

Sumber: Metro



Sumber Mak nyah ditemui mati ditembak dan ditetak hingga terkopak kepala dan putus lima jari

Sayu..”Sayang bangunlah..” – Tunang koma kerana kemalangan menjelang majlis kahwin

$
0
0
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul ini lah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita menjelang majlis perkahwinan mereka bulan 3 nanti.
Sayu.."Sayang bangunlah.." - Tunang koma kerana kemalangan menjelang majlis kahwin

Sayu..”Sayang bangunlah..” – Tunang koma kerana kemalangan menjelang majlis kahwin

Wanita yang dikenali dengan nama Lin ini hanya mampu memohon doa agar tunang nya Muhamad Zulhilmi Zabidi yang terlibat dalam kemalangan pada 19 Februari lalu segera sedar dari komanya.

 

Muhamad Zulhilmi terlibat dalam kemalangan di depan SMK Kadok Ketereh pada 19 febuari lalu, beliau yang menunggang motosikal bertembung dengan sebuah kereta,dia mengalami kecederaan parah dalam kemalangan terbabit.
Manakala pemandu kereta dan penumpang nya hanya mengalami cedera ringan, sama-sama kita doa kan agar Muhamad Zulhilmi segera sembuh  menjelang hari bahagia mereka March nanti.
Sumber: Berita Sayu


Sumber Sayu..”Sayang bangunlah..” – Tunang koma kerana kemalangan menjelang majlis kahwin

“Apa perangai tak senonoh tu biar saya saja yang tahu” – Reen Rahim


“Dulu dia sering sindir Melayu mudah lupa, hari ni dia yang pelupa” – Sultan Johor perli Tun Mahathir?

$
0
0

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis menyindir sikap seorang ahli politik veteran yang dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin ‘orang luar’ ini telah lupa yang zamannya telah berlalu.

“Dahulu, dia (ahli politik dari negeri lain) sering menyindir Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

“Dulu kata pembangkang musuh ketat tetapi boleh duduk semeja menjadi kawan rapat.

 

“Dulu dia kata media barat suka buat cerita tapi sekarang cerita media barat dikatanya fakta.

“Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong, Muar pada Khamis.

"Dulu dia sering sindir Melayu mudah lupa, hari ni dia yang pelupa" - Sultan Johor perli Tun Mahathir?

“Dulu dia sering sindir Melayu mudah lupa, hari ni dia yang pelupa” – Sultan Johor perli Tun Mahathir?

Sultan Ibrahim hadir pada majlis perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong.

Galeri Darurat Bukit Kepong setinggi dua tingkat itu yang menelan kos RM11.5 juta siap dibina pada akhir tahun lalu.

Malah, baginda turut mengingatkan ‘orang luar’ itu supaya jangan mencampuri urusan orang lain.

“Nasihat saya kepada dia, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh siang berterusan.

“Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak,” titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, baginda juga akan turun takhta apabila usia meningkat dan tiada lagi kudrat untuk memerintah.

“Saya tidak akan campur tangan atau kecam raja baharu yang memerintah.

“Terimalah raja baharu dan ikut perintah dia. Jangan nanti saya di hantar ke rumah orang tua sudahlah,” titah baginda.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dengan lantang mengkritik Dr Mahathir susulan serangan berterusan bekas perdana menteri itu terhadap projek pembangunan di Johor membabitkan syarikat China.

Titah baginda, Dr Mahathir didakwa cuba mencipta ketakutan dengan menggunakan isu perkauman yang menjejaskan emosi rakyat Johor untuk memenuhi motif politiknya.

Sumber:Mstar



Sumber “Dulu dia sering sindir Melayu mudah lupa, hari ni dia yang pelupa” – Sultan Johor perli Tun Mahathir?

“Ungku Hariz mampu sara saya” – Jihan Muse sangkal dakwaan jahat dirinya tanggung suami

$
0
0

Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelawak dan pengacara Jihan Muse menolak pandangan segelintir pihak kononnya dia terpaksa menanggung kehidupan suami yang juga pelakon, Ungku Hariz.

"Ungku Hariz mampu sara saya" - Jihan Muse sangkal dakwaan jahat dirinya tanggung suami

“Ungku Hariz mampu sara saya” – Jihan Muse sangkal dakwaan jahat dirinya tanggung suami

 

Tegas Jihan, 34, orang luar tidak layak mempersoalkan kemampuan Ungku Hariz untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami melainkan dirinya sendiri.

“Sehingga hari ini kami tak ada masalah. Soal nafkah juga tiada masalah, makan, minum, pakai semua cukup.

Jihan dan Ungku Hariz ketika bercuti ke Itali baru-baru ini. -Foto Instagram @jihanmuse

“Apa yang patut dia beri semua tak ada masalah. Ungku Hariz mampu sara Jihan,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Jihan atau Nur Jihan Musa ditemui selepas majlis pelancaran program bual bicara Jihan Show kendaliannya yang akan ditayangkan di Astro Warna bermula 2 Mac ini.

Dia dan Ungku Hariz Faizal, 32, mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu.

Tambah Jihan, dia juga tidak bersetuju jika pihak luar menilai kebahagiaan rumah tangga berdasarkan pendapatan mereka.

Ia disebabkan Jihan kelihatan lebih banyak menonjol dalam bidang lakonan dan pengacaraan berbanding suaminya itu.

“Rezeki siapa yang lebih… itu hal masing-masinglah,” katanya.

Jelas Jihan lagi, sebagai isteri yang bekerjaya, dia juga mempunyai tanggugjawab untuk tidak menyusahkan pasangan dengan pelbagai permintaan yang tidak munasabah.

“Saya bukan wanita yang high maintenance. Saya tak guna barangan mewah, saya lebih gemar memilih gaya streetwear.

“Tapi kalau saya berkeinginan barangan yang mahal, saya ada duit dan boleh beli sendiri,” katanya.

Sementara itu bercerita mengenai perancangan keluarga, Jihan memberitahu bahawa dia sentiasa bersedia untuk menimang cahaya mata.

“Saya tidak merancang, tapi kami menunggu rezeki untuk dikurniakan anak. Saya tak kisah bila-bila pun,” katanya.

Sumber:Mstar



Sumber “Ungku Hariz mampu sara saya” – Jihan Muse sangkal dakwaan jahat dirinya tanggung suami

Gambar Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Tapi Warga Internet Tampil Pertahankannya

$
0
0

Gambar seorang lelaki pemungut sampah yang tertidur di atas sebuah lori sampah mula menjadi perhatian ramai apabila ia dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter sejak pagi tadi.

Gambar Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Tapi Warga Internet Tampil Pertahankannya

Gambar Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Tapi Warga Internet Tampil Pertahankannya

Namun tindakan pengguna Twitter terbabit yang menjadikan gambar terbabit sebagai bahan jenaka mendapat kritikan hebat dari pengguna Twitter yang lain.

Seorang lelaki yang tahu tempatnya“, tulis pengguna Twitter terbabit sebagai kapsyen gambar itu.

Beberapa jam selepas itu, pengguna Twitter yang lain mula tampil mengkritik kapsyen yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang disifatkan tidak sensitif.

Namun, isu berkenaan mula meletup apabila seorang lagi pengguna Twitter, Zane, membalas balik tweet itu dengan berkata: “Lelaki yang bekerja keras ini bangun setiap pagi untuk melakukan kerja paling tidak digemari orang ramai bagi memberi makan keluarganya dan sekarang kamu mahu menghina dia?

Tweet Zane itu mendapat lebih 110,000 retweet dalam masa tidak sampai sehari ia dimuat naik. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi gambar pemungut sampah itu diambil.

Rata-rata pengguna Twitter lain bersetuju dengan Zane dan menyifatkan pemuat naik gambar itu sebagai tidak sopan.

“Tiada siapa yang mahu kerja ini dan dia lakukan untuk dapatkan duit. Dia boleh tidur jika dia mahu. Saya bersetuju ianya lawak yang kurang ajar.” tulis Cerri.

“Ayat yang bagus Zane. Kita tidak boleh buat lawak seperti itu, terdapat banyak cara lain untuk membuat lawak yang sama tetapi dengan lebih sopan” tulis Jemias.

Bagaimanapun, ada juga yang berkata lawak berkenaan tidak ditujukan hanya kepada pemugut sampah berkenaan, tetapi kepada semua lelaki di dunia.

“Zane, kamu tidak faham lawak itu. Ia bermaksud bahawa lelaki adalah sampah.” kata Dina.

Sumber: Twitter

 

 

Via: SK



Sumber Gambar Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Tapi Warga Internet Tampil Pertahankannya

8 Foto Terkini Sharifah Sakinah Sedang Sarat Mengandung Tapi Aktif Di Gym

$
0
0

8 Foto Terkini Sharifah Sakinah Sedang Sarat Mengandung Tapi Aktif Di Gym


Pelakon Sharifah Sakinah kini sedang sarat mengandung anak pertamanya.

Walaupun sedang hamil, ini tidak menghalang pelakon ini untuk aktif bersenam di gym.

Memang sebelum ini, Sharifah Sakinah terkenal dengan gaya hidupnya yang suka bersenam malah pernah membuat kelas senaman.

Ramai tanya, bolehkah bersenam walaupun dah sarat macam Sharifah Sakinah tu.

Ini jawapan dari Sharifah Sakinah:

Ramai yang tanya boleh ke exercise during pregnancy? Bagi sakinah penting sebab masa mengandung sakinah tiba tiba suka manis manis ! Air gula pun rasa tawar! There is evidence that physical activity may prevent gestational diabetes (diabetes that develops masa hamil ), relieve stress, and build more stamina..needed for labor and delivery! Tapi jgn lupa consult dengan dr and masa training make sure ada coach.

Memang bagus betul Sharifah Sakinah ni.









............................
Simple exercise throughout pregnancy can help you stay healthy and it is not dangerous at all except if the pregnant mothers have medical illness.

Regular exercise during pregnancy can improve your posture and reduce discomforts such as backaches and fatigue.

There is evidence that physical activity can prevent diabetes that develops during pregnancy.




Sumber 8 Foto Terkini Sharifah Sakinah Sedang Sarat Mengandung Tapi Aktif Di Gym

Sasqia jual tudung walau buka aurat dan bawa watak jahat

Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>