Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Mak Cik Tu Rampas Anak Kami, Konon Nak Pujuk Dari Nangis, Mulut Dia Terkumat Kamit, Lepas Tu Anak Saya Terus Meracau Terkena Saka

$
0
0

Sebab itu ramai orang selalu berpesan, jangan terlalu baik dengan orang yang tidak kita kenal, tapi bila buat macamtu rasa macam tak patut pula, nanti orang cakap kita sombong.

Mak Cik Tu Rampas Anak Kami, Konon Nak Pujuk Dari Nangis, Mulut Dia Terkumat Kamit, Lepas Tu Anak Saya Terus Meracau Terkena Saka

Mak Cik Tu Rampas Anak Kami, Konon Nak Pujuk Dari Nangis, Mulut Dia Terkumat Kamit, Lepas Tu Anak Saya Terus Meracau Terkena Saka

Sebuah kisah yang dikongsikan oleh wanita bernama Nurul Kasmadillawati Zakaria mengenai perbualannya dengan seorang follower Facebooknya di mana wanita berkenaan bercerita kisah yang terjadi kepada anaknya semasa di hospital.

jom kita baca.

Waktu nak menulis ni pun masih meremang bulu roma. Hati-hati semua. Zaman sekarang bukan saja ada kes pukau. Nak bagi saka kat orang lain pun dah berani buat kat public.

Kisah yang diceritakan oleh follower acik. Kejadian baru berlaku tengah hari semalam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Maaf nama hospital terpaksa acik padam. Karang tak pasal-pasal semua orang takut nak pergi sana.

Kisah benar. Sila berhati-hati walau di mana pun kita berada

 

 

 

 

 

 

 

 

SumberSiakapkeli.my

**Ini adalah perkongsian daripada Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria, bukan cerita dari kami.

 

 

 



Sumber Mak Cik Tu Rampas Anak Kami, Konon Nak Pujuk Dari Nangis, Mulut Dia Terkumat Kamit, Lepas Tu Anak Saya Terus Meracau Terkena Saka

Fungsi baru WhatsApp kini ada paparan status rakan

$
0
0

BAGI pengguna WhatsApp kini anda boleh menggunakan ‘kemudahan’ baharu yang diperkenalkan oleh aplikasi teknologi itu.

Memetik laporan Amanz, kemudahan itu antaranya membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang akan hilang selepas tempoh 24 jam.

Fungsi baru WhatsApp kini ada paparan status rakan

Fungsi baru WhatsApp kini ada paparan status rakan

Kini, fungsi berkenaan telah mula ditawarkan kepada semua pengguna di Malaysia – dan juga seluruh dunia.

 

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi terkini, dan tab WhatsApp Status kini akan dipaparkan.

Ketika mengaksesnya buat pertama kali, anda akan diberikan pilihan tetapan privasi untuk menetapkan anda terbuka untuk berkongsi WhatsApp Status dengan siapa, atau inginkan sesiapa yang dikecualikan daripada melihatnya.

Seperti perkhidmatan pada Instagram dan Facebook, pengguna turut boleh membuat balasan pada sesuatu perkongsian dan ia akan dibalas melalui kotak sembang di WhatsApp.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, mungkin boleh mengemaskini aplikasi anda, dan mencubanya.

Sumber:Sinar



Sumber Fungsi baru WhatsApp kini ada paparan status rakan

“Saya tahu Tun Mahathir belum nyanyuk” – Syed Saddiq

$
0
0

“Saya tahu beliau (Tun Mahathir) jauh dari nyanyuk,” demikian kata Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq  Syed Abdul Rahman.

"Saya tahu Tun Mahathir belum nyanyuk" - Syed Saddiq

“Saya tahu Tun Mahathir belum nyanyuk” – Syed Saddiq

Menurutnya, mereka yang mengenali dirinya tahu sebelum ini beliau bukanlah peminat tegar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak setuju apabila Tun memperkasakan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), menyalahgunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan melemahkan struktur demokrasi negara.

 

“Walaupun perbezaan pendapat, tidak dinafikan bahawa banyaknya projek-projek pembangunan yang beliau rintis di Malaysia. Peralihan Malaysia dari sebuah negara pertanian berat kepada ekonomi pembuatan. Dari negara yang tidak diketahui kepada harimau Asia yang dihormati.

“Daripada sebuah negara yang dibebani dengan kemiskinan dan buta huruf kepada suatu bangsa yang diberkati dengan peluang yang tidak terhad dan berpotensi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, selain sikapnya yang berani, Mahathir boleh ingat sejarah seperti seorang ahli sejarah.

Malah, boleh menyusun strategi lebih baik daripada seorang ahli strategi dan boleh melawan lebih baik daripada seorang pejuang.

“Walaupun beliau dah berusia, saya tahu beliau jauh dari ‘nyanyuk’.

“Tun boleh ambik jalan senang dengan bersara, hidup dengan mewah tanpa ugutan atau kesusahan. Tetapi dia memilih jalan yang dipenuhi rintangan demi masa depan Malaysia. Berusia 92 tahun, tapi masih memperjuangkan martabat negara yang sudah tercalar,” katanya.

Katanya lagi, begitu juga bagaimana Mahathir mengubah Malaysia, Tuanku Sultan Johor telah melakukan perkara yang sama untuk Johor.

Jelasnya, Johor menghormati setiap individu tidak kira agama atau pun bangsa.

“Kedua-dua tokoh ini adalah aset negara. Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api,” katanya.

Hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta ahli politik luar supaya jangan mencampuri urusan dalaman sehingga boleh mengelirukan dan memecah-belahkan rakyat negeri ini.

Sumber:Sinar



Sumber “Saya tahu Tun Mahathir belum nyanyuk” – Syed Saddiq

Ramai peniaga merungut kerajaan lambat bayar balik GST kepada mereka

$
0
0

RAMAI peniaga merungut kerajaan masih gagal melakukan pembayaran balik GST kepada mereka.

Ramai peniaga merungut kerajaan lambat bayar balik GST kepada mereka

Ramai peniaga merungut kerajaan lambat bayar balik GST kepada mereka

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk Kang Hua Keong memberitahu, selepas GST dikuat kuasakan pada April 2015, golongan peniaga sentiasa patuh pada peraturan dengan membuat pembayaran mengikut tempoh ditetapkan kerajaan.

“Bagaimanapun, apabila peniaga ingin memohon bayaran balik GST, kerajaan pula lambat membuat bayaran kepada mereka. Ada peniaga yang tunggu bayaran tersebut antara enam hingga lapan bulan.

 

“Masalah ini memang merisaukan peniaga kerana sekiranya mendapat wang bayaran balik GST ini, ia boleh digunakan sebagai modal pusingan untuk menjalankan perniagaan mereka,” kata Hua Keong kepada China Press.

Menurutnya, apa yang difahamkan, sekiranya memohon secara elektronik, peniaga akan mendapat bayaran balik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh borang difailkan, manakala bagi yang memohon secara manual, bayaran balik pula ditetapkan dalam tempoh 30 hari.

Katanya lagi, antara industri yang terjejas dengan masalah kelewatan bayaran balik GST  ialah perabot, alatan tulisan dan mainan kanak-kanak dengan jumlah wang bayaran balik membabitkan sekurang-kurangnya RM1 juta sebulan.

Sumber: Sinar



Sumber Ramai peniaga merungut kerajaan lambat bayar balik GST kepada mereka

300 individu kerugian lebih RM500,000 selepas sertai skim MLM tuntut wang mereka dikembalikan

$
0
0

Kota Bharu: Lebih 300 individu yang kerugian kira-kira RM500,000 selepas menyertai skim pelaburan barangan runcit ala pemasaran bertingkat (MLM) anjuran sebuah syarikat di Tunjong, di sini, meminta wang mereka dipulangkan.

300 individu kerugian lebih RM500,000 selepas sertai skim MLM tuntut wang mereka dikembalikan

300 individu kerugian lebih RM500,000 selepas sertai skim MLM tuntut wang mereka dikembalikan

Mangsa, Abdullah Mohamad, 62, yang kerugian lebih RM10,000 berkata, dia tertarik menyertai skim yang ditawarkan syarikat itu pada Januari lalu kerana dijanjikan pendapatan bulanan sebanyak RM800.

“Disebabkan saya tidak bekerja, saya mengambil keputusan membuat pelaburan dengan syarikat itu.

“Pihak syarikat menawarkan kerja membungkus makanan ringan hanya dari rumah dan memperoleh pendapatan RM800. Namun, selepas melabur saya tidak mendapat makanan ringan berkenaan.

 

“Saya beberapa kali ke syarikat itu untuk mengetahui perkembangan sebelum menyedari ditipu apabila wang yang dilabur lesap bersama pemilik syarikat,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahkan menerima lebih 23 laporan polis berhubung kegiatan yang dilakukan lelaki berusia 40-an itu.

“Polis sedang mengesan lelaki itu untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya orang ramai,” katanya.

Sumber:Metro



Sumber 300 individu kerugian lebih RM500,000 selepas sertai skim MLM tuntut wang mereka dikembalikan

12 Jenis manusia yang korang kena elak pergi travel bersama

$
0
0

Pemilihan kawan untuk mengembara bersama ke satu destinasi idaman merupakan satu elemen penting bagi memastikan percutian yang dirancang tidak menjadi satu pengalaman buruk kepada pengembara.

12 Jenis manusia yang korang kena elak pergi travel bersama

12 Jenis manusia yang korang kena elak pergi travel bersama

Di sini saya kongsikan beberapa jenis manusia yang patut dihindarkan dari menyertai percutiaan kita agar ia satu kembara yang memberi sebuah kenangan yang indah semasa bercuti:

1. Kuat merungut

Sentiasa merungut tentang sesuatu perkara yang sama berulang kali seperti keadaan cuaca yang panas, terpaksa berjalan berbatu batu demi mengurangkan kos, berpeluh peluh bila melakukan sebarang aktiviti.

Ini mampu menambahkan rasa panas di hati semasa bercuti. Seeloknya mereka dikurung di dalam kiub ais sahaja! Ahaks

2. One side interest

Mereka hanya mahukan anda mengikut apa yang mereka ingin lakukan dan pergi ke tempat mereka sahaja. Apa yang kita suka? Dipandang sebelah mata dan dibiarkan kita pergi sendiri ke tempat yang kita suka.

travel-mate-2

3. Lupa dengan siapa dia bercuti

Makhluk sebegini seeloknya dijentik dahinya supaya kembali ingat dengan siapa dia bercuti. Mereka mudah lupa dengan siapa mereka sedang melakukan percutiaan bila berjumpa rakan dari negara sama atau luar.

Beramah mesra tidak salah, tapi usah dibiarkan teman bercuti terkontang kanting dan ditinggalkan tanpa pesan. Rasa nak maki kalau dapat jenis camni kan?

4. Berkira tahap cipan

Biasanya mereka ni segala benda akan berkira termasuk nak minum mulut sendiri, duit dia ikat kemas-kemas dalam toncang. Air orang dia beduk sampai habis telan haaa. End up kau dapat serdak je. Hahaha

5. Beria-ia dengan itinerari

Yang bersikap begini juga tidak kurang memeningkan emosi. Apa yang tercatit dalam itinerari harus diikut sampai ke garisan penamat.

Itinerari sekadar flow dan kita fleksible untuk rancang sama ada nak pergi ke tempat yang telah tercatit atau tidak mengikut kesesuaian masa dan ketika.

Jadi janganlah beria sangat kena patuh pada sekeping kertas tu dik non.

travel-mate-3

6. Obses pada icon traveller

Tak salah menjadikan seseorang sebagai idola, tapi jangan jadikan setiap bait yang dikeluarkan sesuatu yang wajib. Realistik lah sikit!

Jangan dok ulang “Eh sidia cakap kalau kita ke sini, camni camtu blab la bla. Rimas tau dak?

7. Tolak ansur

Jenis yang tidak mempunyai tolak ansur harus dijauhi ketika sedang bercuti.  Kalau pergi ramai-ramai sikap ini perlu dititik beratkan.

Jika sebilik kita sumbat reramai pandai-pandai fikir sendiri jela kan? Tak kan hari ni kau mandi dulu, kau masak dan esok dan hari seterusnya kau juga yang kena.

Tak ke boleh jadi tsunami bila dah masuk hari ketiga? Kalau abang dah setepek abang tarbiah!

travel-mate-5

8. Ikut kepala sendiri

Fuh yang ni mencabar jugak! Kalau pergi reramai kena ada sesi perbincangan sebelum buat sesuatu keputusan, kena ikut suara majoriti dan paling penting kena rasional.

Jangan kau rasa kau nak berjalan sana-sini kau menonong je, sebab yang lain belum tentu nak lalu laluan yang sama. Jadi bincang elok-elok supaya tak ramai murung!

9. Pura-pura sawan masa nak bayar

Makhluk macam ni kalau ikut bercuti seminggu, boleh koyak dompet weh! Dinasihatkan sebelum pergi buat kutipan awal-awal.

Lantik sorang untuk jadi bendahari. Dikhuatiri ada yang pura-pura tak dengar masa nak bayar. Fuh sekali boleh lagi berkali-kali memang mintak penampar kapit!

10. Pentingkan diri sendiri

Setiap orang punya daya keupayaan mereka masing-masing. Jadi kalau pergi berpasangan wajib fikir teman kita boleh buat tak apa yang kita nak buat?

Kalau tak boleh, lebih baik cari alternatif sebab kau pergi berkumpulan. Jangan acah-acah kau pergi solo kau tinggalkan yang lain tersipu-sipu kat situ.

Dah lah kau beria nak lakukan juga aktiviti yang kawan kau tak boleh buat lepas tu kau hasut ketua rombongan suruh tinggalkan yang tidak punya kudrat kat hotel sorang-sorang. Seram! Kalau jadi sila azan tepi telinga dia!

travel-mate-1

11. Tak ada common sense

Aku yakin semua ada deria common sense kan? Kalau yang tak ada tu mohon tampar diri sendiri berulang kali.

Biasanya sikap ni, bila duduk berjemaah kalau kongsi katil kau tidur terbaring telentang penuh kain baju atas katil tanpa fikir kawan kau nak tidur kat mana?

Semua almari penuh dengan baju dia je. Baju kau? Atas lantai je ke nak susun haaaaa?

12. Gunakan kawan sendiri

Sakit hati nau kalau kena spesis macam ni. Semua benda kau nak kena buat sedangkan dia rileks memerhati dari jauh.

Nak keluar bilik semua barang dia suruh kau pegang dan usung. Setiap kali keluar menggelembung beg dengan barang-barang yang dia nak kena usung termasuk kunci rumah, kunci kereta, roti jala, jem bagai.

Bila tiba waktu makan,  kau nganga mulut nak makan ja! Aishh panasssss betul!

Biasanya makhluk sebegini kita akan jumpa semasa bercuti. Mungkin pertama kali bercuti kita tidak akan tahu perangai sebenar tapi bila dah tau mohon insaf! Hahahaha.

Rancanglah percutiaan anda dengan memilih rakan yang boleh kurangkan sikap sebegini.

Pastikan percutiaan unggul anda berjalan dengan baik tanpa dirosakkan jiwa raga dari spesis sebegini. Ambil iktibar dan jom hindarkan sifat sebegini! Happy travelling.

Sumber: The Vocket



Sumber 12 Jenis manusia yang korang kena elak pergi travel bersama

Dihalau dari rumah sewa 4 hari lepas suami meninggal, balu dan anak-anaknya jatuh miskin lepas suami bergaji RM15,000 sebulan meninggal dunia

$
0
0

SIAPA sangka kehidupan serba mewah yang pernah dinikmati keluarga ini suatu ketika dulu hilang sekelip mata, malah mereka mengikat perut hampir setiap hari selepas ketua keluarga meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu.

Dihalau dari rumah sewa 4 hari lepas suami meninggal, balu dan anak-anaknya jatuh miskin lepas suami bergaji RM15,000 sebulan meninggal dunia

Dihalau dari rumah sewa 4 hari lepas suami meninggal, balu dan anak-anaknya jatuh miskin lepas suami bergaji RM15,000 sebulan meninggal dunia

Keperitan bermula selepas empat hari suami Zainurita Haron, 53, meninggal dunia, dia bersama lima anaknya berusia antara tiga sehingga 27 tahun dihalau dari rumah sewa di Kajang, Selangor.

Zainurita berkata, lima anaknya sudah tamat sekolah, tetapi dua anak angkat yang dibela sejak kecil berusia lima dan 14 tahun masih belajar.

“Suami pergi (meninggal) mengejut dan kami langsung tiada wang simpanan menyebabkan beberapa anak saya menamatkan pengajian kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan mereka.

 

“Semua permohonan bantuan saya ditolak kerana kami dianggap keluarga berada. Ramai tidak percaya keadaan kami, malah ada yang menuduh saya menipu kerana pendapatan suami ketika dia meninggal melebihi RM15,000,” katanya dipetik Harian Metro. 

Zainurita berkata demikian ketika menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf dan Setia Kasih (PERKASIH N9) di rumah sewanya di Fasa 1, Bandar Springhill, di sini, semalam.

Katanya, walaupun arwah suami bergaji besar sebagai jurutera cari gali minyak di dua syarikat swasta, dia perlu membayar hutang bagi membebaskan dirinya daripada muflis.

“Sebaik hutang selesai, dia menghadap Ilahi ketika bertugas di pelantar minyak. Apa yang memeranjatkan, majikan suami hanya menyerahkan RM2,000 sebagai kos pengurusan jenazah tanpa sebarang pampasan.

“Saya diberitahu, majikan tidak dapat bantu walaupun suami meninggal ketika bertugas. Rumah kami duduk ini rumah keempat sejak setahun lalu dan pemiliknya memberikan notis untuk kami mengosongkan dalam tempoh seminggu.

“Mana lagi kami nak pindah sedangkan untuk makan pun berjimat,” katanya yang menyewa rumah RM500 sebulan.

Zainurita berkata, sebelum ini dia menjual nasi lemak bagi menampung perbelanjaan namun selepas keretanya rosak sejak tiga bulan lalu, mata pencariannya terputus.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Dihalau dari rumah sewa 4 hari lepas suami meninggal, balu dan anak-anaknya jatuh miskin lepas suami bergaji RM15,000 sebulan meninggal dunia

Adik bongsu bongkar rahsia abangnya dibunuh kejam oleh ayah sendiri hanya kerana lewat pulang lepas diarahkan beli rokok

$
0
0

TERGAMAK seorang ayah membunuh anaknya sendiri hanya kerana lewat pulang selepas diarahkan membeli rokok di kedai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka di Desa Aek Lung, Kecamatan Doloksanggul, Kabupaten Humbang Hasundutan Sumatera Utara, Indonesia.

Adik bongsu bongkar rahsia abangnya dibunuh kejam oleh ayah sendiri hanya kerana lewat pulang lepas diarahkan beli rokok

Adik bongsu bongkar rahsia abangnya dibunuh kejam oleh ayah sendiri hanya kerana lewat pulang lepas diarahkan beli rokok

Setelah hilang selama enam hari, mayat Aldi Manata Sibarani, 10, ditemui dalam keadaan menyedihkan di kawasan semak selepas keluar membeli rokok ayahnya pada 12 Febuari lalu.

Pelbagai persoalan timbul susulan kejadian tersebut mengenai siapa yang membunuh kanak-kanak itu dengan begitu kejam sekali.

Misteri pembunuhan tersebut akhirnya terjawab apabila adik bongsu mangsa, Andre, 8, akhirnya mendedahkan pembunuhan kejam itu dilakukan bapa mereka sendiri.

 

Andre mendedahkan bapanya mencekik dan memukul muka abangnya hingga berdarah sebelum membuang mayat kanak-kanak itu ke kawasan semak.

Media tempatan Indonesia melaporkan, Andre membantu pihak polis dengan memberi keterangan dua hari lalu bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian yang menimpa abangnya.

Adik Bongkar Kejadian Abang Dibunuh Ayah

Menyingkap kembali kejadian itu, suspek dalam pengakuannya menjelaskan dia bertengkar dengan  isterinya yang bekerja sebagai tukang jahit di Medan, Indonesia menerusi perbualan telefon pada malam sebelum kejadian.

Suspek dikatakan curiga dengan isterinya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan bengang apabila isterinya tidak pulang dari Medan seperti yang dijanjikan.

Lebih menambahkan kemarahan suspek apabila mangsa mengambil masa yang lama untuk membeli rokok di kedai yang berhampiran rumah mereka.

Suspek kemudiannya keluar mencari mangsa bersama Andre dengan menaiki kereta dan melihat Adli keluar dari kawasan semak.

Mangsa yang sedang melintas jalan itu dilanggar suspek dengan senjaga menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh.

Suspek yang berang memukul, mencekik dan menolak mangsa ke arah kereta tanpa belas kasihan.

Tidak cukup dengan tindakan ganas itu, mangsa yang sudah terlentang di jalan dipijak tiga kali yang mengakibatkan tulang rusuk patah.

Adik Bongkar Kejadian Abang Dibunuh Ayah

Melihat keadaan mangsa yang sudah berlumuran darah, suspek mahu membawa mangsa ke klinik berdekatan namun menyedari kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa lagi.

Suspek yang bimbang kejadian itu disedari orang ramai akhirnya membuat keputusan membuang mayat mangsa di kawasan semak.

Andre yang melihat kejadian itu hanya mendiamkan diri dan menyaksikan saat-saat terakhir abangnya diperlakukan dengan begitu kejam oleh ayah sendiri.

Mayat Adli ditemui dalam keadaan membusuk dengan lebam di bahagian muka dan retak di kepala.

Selepas penemuan mayat Adli pada Jumaaat lalu, suspek menyerah diri dan menyesal dengan perbuatannya.

Suspek kini ditahan dan berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 



Sumber Adik bongsu bongkar rahsia abangnya dibunuh kejam oleh ayah sendiri hanya kerana lewat pulang lepas diarahkan beli rokok

Jangan mandikan anak dengan air sejuk bila demam!

$
0
0
“Doktor, boleh tak anak saya mandi ketika demam?”
Jangan mandikan anak dengan air sejuk bila demam!

Jangan mandikan anak dengan air sejuk bila demam!

Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketika mereka demam. InshaAllah. Jangan pengaruh orang keliling, tetapi saya berharap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. Okay?
1. APA ITU DEMAM?
Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5’C iaitu lebih 37.5’C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini, suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu. 
Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum dan makannya okay. Tak perlu berikan ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
2. CARA MENURUNKAN SUHU TUBUH BADAN BILA DEMAM
A) Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletakkan di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh. 
B) Adalah satu kesilapan jika anda: 
 
  • Menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais sebab hal ini bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana iar dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang. 
  • Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kasihan si anak lagi menggigil serta lagi naiklah demamnya. Kalau nak buat ekspirimen,jika kita ibu bapa demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar. Apatah lagi nak mandi air sejuk?! Kalau periuk panas dibasuh poun akan berasap. Biar periuk itu sejuk terlebih dahulu, baru basuhkan. Bukan? 
 
3. BERSELIMUT KETIKA DEMAM
Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke paras normal
4. KERAP MINUM AIR
Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk mengelakkan dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas. 
5. JANGAN GUNA AIR SEJUK!
Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk. Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian. 
6. TAK PERLU MAKAN UBAT JIKA ANAK MASIH AKTIF
Anak tidak perlu makan ubat jika ia demam tetapi boleh makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38’C. 
Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan. Segeralah bawa bayi/anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan. 
Nasihat saya, segera rawat demam anak anak. Elakkannya daripada menjadi sawan panas tarik “Fibrile Fit”.Dr Rich | PIXEL MEDIA
Sumber: TR


Sumber Jangan mandikan anak dengan air sejuk bila demam!

Muallaf buta: Kenapa tukar nama Melayu selepas masuk Islam?

$
0
0

Ibarat bayi baru lahir selepas memeluk Islam dua tahun lalu, seorang pemuda buta redha jika dipinggirkan keluarga sendiri hanya kerana minatnya berdakwah.

Muallaf buta: Kenapa tukar nama Melayu selepas masuk Islam?

Muallaf buta: Kenapa tukar nama Melayu selepas masuk Islam?

Juara hafazan muallaf peringkat negeri Melaka, Tan Mike Foong, 22, belum bersedia berterus-terang dengan keluarganya tentang usaha mendalami ilmu Islam.

“Walaupun keluarga sudah tahu saya peluk Islam tapi saya kata saya pergi menyanyi. Saya ada alasan untuk berhelah. Saya tahu kalau saya cakap benar, mereka tidak akan terima.

“Sampai saya menangis dan kata pada kawan, saya tiada niat. Sebabkan sayangkan mereka, saya buat macam ini. Bila kita buat keputusan memeluk Islam, segala-segalanya kita kena hijrah dan korban,” kata Mike sebak ketika ditemui ProjekMMO.

“Nabi (Muhammad) berhijrah dari Mekah ke Madinah dan sepanjang berhijrah banyak titis darah Nabi korbankan. Kita apalah sangat pengorbanan kita.”

 

 

Mahir bermain alat muzik keyboard, pemuda asal Kuala Kubu Baru, Selangor, tidak berhasrat untuk menukar namanya menjadi lebih Islamik kerana menganggap tiada keperluan.

“Saya rasa nama Mike asalnya daripada Mikail. Lagipun Nabi pun tidak menukar nama, sebaliknya membetulkan nama yang lebih elok.

“Kenapa? Sebab saya hendak galakan Cina yang bukan Islam. Jika anda ada nama yang baik tidak perlu tukar (selepas peluk Islam).

“Kalau hendak tambah tiada masalah. Dan sebenarnya tidak perlu susah-susah hendak cari nama Melayu,” katanya.

Penghuni Persatuan Orang Buta Malaysia Brickfields itu mendapat hidayah selepas mendalami ayat Kursi dalam surah al-Baqarah (ayat 255).

Cinta Mike pada Islam bermula dengan daya tarikan suara azan yang didengarnya sejak kecil termasuk alunan ayat suci al-Quran di televisyen.

Memeluk Islam pada 11 Jun 2015, Mike berhasrat menjadi pendakwah di Interactive Dakwah Training (IDT) yang berpusat di Wangsa Maju, di sini.

Sumber:Malay Mail

 

 



Sumber Muallaf buta: Kenapa tukar nama Melayu selepas masuk Islam?

Kumpulan Mamu Dan Hobbit Tersingkir Dari Maharaja Lawak Mega 2017 Pada Minggu Kedua

$
0
0

Kumpulan Mamu Dan Hobbit Tersingkir Dari Maharaja Lawak Mega 2017 Pada Minggu Kedua


Maharaja Lawak Mega 2017 sedang berlangsung setiap hari Jumaat.

Pada minggu kedua ini, akhirnya dua kumpulan telah tersingkir dari pentas Maharaja Lawak Mega 2017.

Kumpulan Mamu dan Hobbit merupakan peserta yang tersingkir pada minggu kedua ini setelah pada minggu pertama tiada penyikiran.

Pengumuman dibuat oleh juri MLM2017, Dato Rosyam Nor.

Ternyata lawak jenaka dari kedua dua kumpulan tidak menjadi dan kurang mendapat gelak dari para penonton.

Takpe, kuatkan semangat buat Mamu dan juga Hobbit, semoga sukses di luar sana.

Kini masih ada lagi 13 peserta bersaing untuk merebut menjadi juara MLM2017.

Juri dilihat semakin strict dengan tiada kumpulan yang dapat 5 bintang.




Sumber Kumpulan Mamu Dan Hobbit Tersingkir Dari Maharaja Lawak Mega 2017 Pada Minggu Kedua

Gambar kad undangan tersebar, Jep Sepahtu dan Sari Yanti nikah hari ini. Tahniah!

$
0
0

Ini satu berita yang agak sensasi dimana portal Utusan Online melaporkan pelawak Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal bernikah secara rahsia di sebuah dewan perkahwinan di kawasan Damansara, Petaling Jaya hari ini ( 25 Februari 2017).

Majlis pernikahan mereka hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut.

Gambar kad undangan tersebar, Jep Sepahtu dan Sari Yanti nikah hari ini. Tahniah!

Gambar kad undangan tersebar, Jep Sepahtu dan Sari Yanti nikah hari ini. Tahniah!

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengesahan baik daripada pihak Jep ataupun Sari Yanti kerana usaha pihak media untuk menghubungi mereka gagal.

Umum mengetahui, mereka berdua sememangnya kelihatan rapat bersama tetapi sering menafikan sedang bercinta dan turut menepis gosip mereka akan mengikat tali pertunangan. Malah, Jep pernah menafikan beliau dan Sari Yanti tidak pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Namun, Jep juga akui selesa berkawan dengan Sari Yanti dan tidak menolak jodoh sekiranya pelakon wanita itu ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

Jika berita ini benar, kami harap majlis pernikahan Jep dan Sari Yanti akan berjalan lancar seperti yang dirancang, semoga berkekalan sehingga ke jannah. Lagipun mereka berdua tampak sesuai dan serasi. Kata orang, benda baik jangan ditangguh ye dak?

Sumber Berita : Utusan Online

 

Via: Beautifulnara



Sumber Gambar kad undangan tersebar, Jep Sepahtu dan Sari Yanti nikah hari ini. Tahniah!

Pelawak Jep Sepahtu Nikah Sari Yanti Hari Ini

$
0
0

Pelawak Jep Sepahtu Nikah Sari Yanti Hari Ini



Hari ini, portal Utusan Online telah membuat laporan mengatakan pelawak Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal bernikah secara rahsia.

Menurut laporan itu, meeka berdua akan bernikah di sebuah dewan perkahwinan di kawasan Damansara, Petaling Jaya pada 25 Februari 2017.

Dari sumber terdekat, majlis pernikahan pasanagn ini hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja.

Perkara berkenaan tersebar dan menjadi viral. Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Jep ataupun Sari Yanti gagal.

Sehingga kini, mereka berdua masih gagal dihubungi oleh pihak media.

Aplikasi WhatsApp juga tidak dibalas oleh kedua-dua artis ini.

Pasangan ini dikatakan sedang hangat bercinta dan dilihat sering memuatnaik gambar bersama di laman instagram.

Sebelum ini, Jep pernah berkata akan menerima sahaja jika Sari Yanti merupakan jodohnya.

Para peminat dilihat memang 'menyukai' mereka berdua bersama.

Semoga perkahwinan berjalan lancar hendaknya.

Sumber: Utusan Online

Sumber Pelawak Jep Sepahtu Nikah Sari Yanti Hari Ini

Jep Sepahtu dan Sari Yanti diijabkabulkan. Tahniah!

20 Gambar sekitar majlis akad nikah Jep Sepahtu dan Sari Yanti


Ary Malik kini kritikal di Hospital Ampang akibat kanser ovari

$
0
0

Pelakon dan pengacara Ary Malik berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang dekat sini  akibat kanser ovari yang kini pada tahap empat.

Ary Malik kini kritikal di Hospital Ampang akibat kanser ovari

Ary Malik kini kritikal di Hospital Ampang akibat kanser ovari

Suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, berkata, Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu.

“Ary mengalami sakit-sakit kira-kira setahun lalu dan selepas menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Mizan (Wangsa Maju) pada Mei lalu, barulah kanser ini dikesan.

“Mulanya kami ingat ia ketumbuhan biasa,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

Ary Malik (tengah) juga mahir memasak.

Shahrul Nizam berkata, susulan itu sejak Jun tahun lalu Ary terpaksa menjalani kimoterapi bagi memulihkan kansernya itu sehinggalah terpaksa dibawa ke Hospital Ampang selepas keadaannya semakin kritikal.

 

Ujarnya, doktor turut menjangkakan tumor akibat kanser yang dihidapi Ary itu dipercayai sudah merebak ke kepala.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, terkenal pada era 1990-an dan turut aktif sebagai pengacara televisyen.

Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.

Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.

Sumber: Mstar



Sumber Ary Malik kini kritikal di Hospital Ampang akibat kanser ovari

Buku laris, Fattah Amin bakal terbit buku dalam Bahasa Inggeris

$
0
0

Setelah terjual 5,000 unit sejak dilancarkan 12 Februari lalu, pelakon Fattah Amin bakal menerbitkan buku inspirasi versi bahasa Inggeris pula.

Pelakon, penyanyi dan penulis Fattah Amin melancar buku ‘99 Kata-Kata #QalifModen’ di NU Sentral, 11 Februari 2017. — Foto ihsan Instagram/Fattah Amin

Naskhah 99 Kata-Kata #QalifModen katanya dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang membacanya walau dikritik hebat.

“Walaupun ada segelintir pihak yang tidak bersetuju terhadap buku berkenaan tetapi saya bersyukur ramai juga yang memberi sokongan atas niat murni saya ini dalam berkongsi impian dan harapan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

“Alhamdulillah… secara tidak langsung banyak pihak yang mendapat manfaat dan inspirasi dengan membaca buku ini dan mula melihat dari sudut yang positif sekali gus memberikan kesan yang baik kepada industri kreatif serta hiburan tanah air.”

Fattah, 27, sebelum ini dikecam pengguna media sosial kerana bukunya yang dianggap tidak bermutu, namun muncul dalam carta buku paling laris MPH.

Dijual dengan harga RM50 senaskhah, buku himpunan kata-kata motivasi itu didakwa sebuah blog hiburan hanya “dipenuhi foto selfie dan ayat entah apa-apa”.

Mempertahankan bukunya, hero drama Suri Hati Mr Pilot bagaimanapun berkata kandungannya mempunyai “1001 rahsia, makna mendalam selain tersirat”.

Antara ungkapan dipetik termasuklah “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC, nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa… kelakar, kan?”

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Buku laris, Fattah Amin bakal terbit buku dalam Bahasa Inggeris

Pembuli digantung sekolah 6 bulan dan dihantar ke sekolah Henry Gurney berkuatkuasa serta merta

$
0
0

Berkuatkuasa serta-merta, pelajar yang didapati bersalah menjadi ketua pembuli akan dikenakan hukuman gantung sekolah selama enam bulan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Seorang pelajar 13 tahun cedera teruk di kepala akibat dibelasah dua pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Bandar Sri Damansara. — Foto ihsan Facebook/Info Road Block JPJ

Katanya, beliau menandatangani arahan itu semalam bagi membolehkan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah menangani kes buli.

“Selepas melalui proses penyiasatan jawatankuasa displin dan didapati bersalah, ketua pembuli akan digantung sekolah enam bulan manakala ahlinya digantung sekolah dua bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ‘Dialog Bersama Menteri Pendidikan’ di Universiti Aimst di sini, yang dihadiri kira-kira 1,700 guru dari seluruh Kedah.

Mahdzir mengulas kes seorang pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang cedera di kepala akibat dibuli dua pelajar senior.

Beliau berkata sepanjang tempoh hukuman itu, pembuli akan mengikuti proses pemulihan termasuk dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Henry Gurney dalam tempoh beberapa minggu.

“Ini bergantung kepada keputusan jawatankuasa displin,” katanya sambil berharap jawatankuasa itu membuat siasatan teliti sebelum memutuskan hukuman.

Menurutnya, bidang kuasa jawatankuasa itu hanya melibatkan kes buli di sekolah dan jika ia berkaitan jenayah, perkara itu akan terus dibawa kepada pihak polis.

Dalam pada itu, Mahdzir mengakui kekurangan sekolah di kawasan pertumbuhan ekonomi baharu seperti di Kota Samarahan, Sarawak; Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor dan Sungai Petani, Kedah.

“Kementerian sedang mengkaji dan melihat perkara ini kerana kita sedar kekurangan sekolah menyebabkan ada sekolah yang muridnya mencecah 3,000 orang,” katanya.

Program Dialog Bersama Menteri Pendidikan merupakan antara aktiviti program

Jelajah Pendidikan dan Penerangan Dasar-Dasar Utama Kementerian Pendidikan di seluruh negara, dengan Kedah menjadi lokasi pertama.

Ia bertujuan mendedahkan dan memberi penerangan mengenai dasar utama KPM kepada rakyat dan ibu bapa melalui pameran dan khidmat nasihat rundingan pendidikan. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Pembuli digantung sekolah 6 bulan dan dihantar ke sekolah Henry Gurney berkuatkuasa serta merta

Ambulans terbalik dek dilanggar MPV yang tak sabar

$
0
0

Lima termasuk pesakit kanak-kanak berusia empat tahun cedera selepas ambulans dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di lampu isyarat Jalan Persiaran Seri Alam, di sini malam kelmarin.

Sebuah ambulans yang menuju hospital terbalik selepas dilanggar sebuah kereta Jalan Persiaran Seri Alam, Johor Baru pada 23 Februari 2017. — Foto ihsan Facebook/Amer Fadzlan

Ketua polis daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata kemalangan berlaku ketika ambulans dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail selepas mengambil pesakit yang mengalami demam sawan di Tasek 64, Seri Alam.

Ketika tiba di simpang empat lampu isyarat berkenaan, ambulans itu diberi laluan oleh kenderaan dari semua arah, namun apabila ambulans tersebut hampir melepasi simpang sebuah MPV dari arah kiri simpang meneruskan perjalanan dan melanggar bahagian kiri ambulans.

“Akibat pelanggaran tersebut, ambulans telah terbalik dan menggelongsor di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kemalangan menyebabkan pemandu, penolong pegawai perubatan serta ibu pesakit cedera ringan manakala pesakit dan pembantu perubatan cedera, masing-masing pada tangan dan kaki.

Lelaki berusi 21 tahun yang memandu MPV itu tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. —  Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Ambulans terbalik dek dilanggar MPV yang tak sabar

Anak dan pegawai khas Kerajaan Johor ditangkap seleweng RM15.5 juta

$
0
0

Anak dan pegawai khas kepada pegawai Kerajaan Johor antara enam individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi serentak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Johor, Datuk Azam Baki berkata, semua suspek antara 25 hingga 50 tahun ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru, pada 8.30 pagi semalam.

Katanya, penahanan mereka bagi siasatan membabitkan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini termasuk 45 akaun bank milik semua suspek bernilai lebih RM15.5 juta.

“Dalam operasi itu, SPRM merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, RM500,000 tunai termasuk mata wang asing dan dokumen dipercayai membantu siasatan.

“SPRM kini dalam proses meneliti semua dokumen dirampas berhubung penyelewangan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, turut ditahan dua pemaju, peguam dan orang awam dipercayai terbabit skandal itu.

“Menerusi maklumat awal, suspek disyaki bersubahat dalam pengurangan premium hartanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di negeri ini.

“Kegiatan mereka dipercayai mengakibatkan kerugian berjuta ringgit dan menjejaskan pendapatan kerajaan negeri,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tanun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Anak dan pegawai khas Kerajaan Johor ditangkap seleweng RM15.5 juta
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>