Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Kakitangan ambulans minta rasuah dulu sebelum bersetuju hantar pesakit ke hospital

$
0
0
Seorang kakitangan ambulan didakwa meminta rasuah sebelum bersetuju untuk menghantar bapa seorang wanita yang sakit ke hospital, lapor iNews.
Kakitangan ambulans minta rasuah dulu sebelum bersetuju hantar pesakit ke hospital

Kakitangan ambulans minta rasuah dulu sebelum bersetuju hantar pesakit ke hospital

Wanita yang dikenali sebagai Chen mendakwa, dia perlu ‘membayar’ kakitangan ambulan berkenaan atau bapanya yang mengalami demam teruk itu terpaksa kembali  beratur dan menunggu giliran buat kali kedua untuk mendapatkan perkhidmatan ambulan.
Ekoran itu, kekasih kepada Chen terpaksa tampil dan membayar 200 yuan dalam bentuk sampul angpau berwarna merah kepada kakitangan berkenaan agar bapa Chen dapat dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. 
 
 
Chen juga sempat merakam kegiatan kakitangan berkenaan yang meminta rasuah dari mereka dengan menggunakan telefon pintarnya dan dimuat naik ke media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. 
Sementara itu, pihak Hospital Xinhai pula menegaskan bahawa ambulan tersebut bukan milik mereka dan tiada sebarang data mereka menghantar perkhidmatan ambulan pada pengadu. Ambulan tersebut adalah milik syarikat ambulan itu sendiri. 

Selepas rakaman itu viral di media sosial dan media massa, kedua-dua kakitangan yang berkenaan tampil memulangkan kembali wang 200 yuan tanpa membuat sebarang permohonan maaf mahupu bercakap dengan Chen.  
Sumber: The Reporter


Sumber Kakitangan ambulans minta rasuah dulu sebelum bersetuju hantar pesakit ke hospital

"Mana Mamat, Kenapa Tiada?" - Ketiadaaan Mamat Sepah Di Majlis Nikah Jep Cetus Persoalan

$
0
0

"Mana Mamat, Kenapa Tiada?" - Ketiadaaan Mamat Sepah Di Majlis Nikah Jep Cetus Persoalan


Sabtu lalu Jep Sepahtu dan Sari Yanti selamat bernikah. Pernikahan ini dilakukan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

Ramai juga rakan artis yang dijemput dan hadir ke majlis pernikahan tersebut.

Antara yang hadir ialah Shuib, Rahim, Tauke, Ropie, Pak Ya, Mark Adam dan ramai lagi.

Namun ketiadaan bekas ahli Sepah yang asal iaitu Mamat Sepah di majlis pernikahan itu telah mencetuskan tanda tanya orang ramai.

Ramai yang bertanya tentang hal ini, kenapa Mamat tiada, adakah dia tidak dijemput ke majlis itu?

Pelbagai spekulasi dan pendapat telah diberikan oleh orang ramai tentang hal ini.

Ada yang bersangka baik dan mengatakan mungkin Mamat sibuk dan tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Jom baca komen orang ramai tentang ketiadaan Mamat di majlis pernikahan jep Sepahtu dan Sari Yanti.









Sumber "Mana Mamat, Kenapa Tiada?" - Ketiadaaan Mamat Sepah Di Majlis Nikah Jep Cetus Persoalan

Ini Luahan Hati Yang Dah Lama Dipendam Sari Yanti Setelah Sah Bernikah Dengan Jep

$
0
0

Ini Luahan Hati Yang Dah Lama Dipendam Sari Yanti Setelah Sah Bernikah Dengan Jep


Kini pelakon jelita Sari yanti sah bergelar isteri kepada pelawak popular, Jep Sepahtu.

Mereka berkahwin pada Sabtu lalu. Memang gempar satu Malaysia.

Secara diam diam tanpa, banyak info yang keluar di media, akhirnya pasangan ini disatukan dalam satu majlis tertutup yang amat meriah.

Lihat gambar sekitar majlis pernikahan Jep dan Sari DISINI.

Ini pula luahan hati dari si isteri, Sari yanti setelah sah bergelar isteri kepada Jep Sepahtu.

Jom baca nukilan Sari Yanti ini:

Bismillahirrahmanirrahim.

Hidup ku. Mati ku. Cinta ku.

LILLAHITA'ALA.
SUBHANALLAH.
WALHAMDULILLAH.
WALAILLAHAILLALLAH.
ALLAHUAKBAR.

Yang aku mahu Lihat Dia.
Aku mahu diLihat Dia.

Yang mahu aku Dengar Dia.
Aku Mahu Didengar Dia.

Yang mahu Aku Tahu Dia.
Dan Aku Mahu Dia Tahu..
Dalam banyak banyak Hati ,
Dia punya Hati yang paling Cantik.

Dalam banyak banyak Rasa ,
Pada Dia ada Rasa yang Termahal.

Datang lah yang Hebat Hebat ,
Dialah yang Paling Dasyat.

Tiada Tanding Tiada Banding.
Yang paling Teristimewa.
Suami.,Si Pemilik Hati

- Sang Cinta

 ASSALAMUALAIKUM 

.........................................


Popular comedian, Jep Sepahtu, 31 years old, married beautiful actress Sari Yanti , 32 on Saturday.

Details haven't been released, but the couple shared images from their 'nikah' ceremony on social media and could not contain their delight.

Congratulation to Jep Sepahtu on your success in stealing Sari Yanti's heart.


The wedding ceremony held at Dewan Mercu Mustapha Kamal Saturday morning

The ceremony was held privately and attended by family members and close friends.

This is the second marriage for Sari. She was married to Mohd Eddy and divorced 3 years ago.

Congratulations to Jep and Sari Yanti, hopefully their marriage will last until the end of life and overflowing with happiness.



Sumber Ini Luahan Hati Yang Dah Lama Dipendam Sari Yanti Setelah Sah Bernikah Dengan Jep

Kerana King Coco, Mira Filzah Teruk Dikecam... Ramai Peminatnya Kecewa

$
0
0

Kerana King Coco, Mira Filzah Teruk Dikecam


King Coco sememangnya amat popular ketika ini. Wanita yang terkenal dengan cakap pelatnya yang dikatakan dibuat-buat semakin dikenali ramai.

Kemudian namanya terus menajdi sebutan apabila berkahwin dengan suami orang sebagai isteri kedua.

King Coco juga kini sering tampil di media perdana seperti muncul sebagai tetamu di rancangan TV, masuk suratkhabar dan juga majalah.

Semakin popular, kini Coco mengambil peluang menjana pendapatan dengan membuat iklan di media sosial.

Memang banyak owner produk mula beriklan dengan Coco.

Populariti King Coco juga membuatkan Mira Filzah, yang mempunyai produk kecantikkan bekerjasama dengan King Coco untuk mempromosikan produknya itu.

Mereka berdua telah muncul dalam satu iklan video untuk mempromosikan 'foundation' keluaran Mira Filzah.

Video itu dimuatnaik di Instagram milik pelakon jelita itu.

Namun nampaknya ada follower Mira yang kurang gemar dengan kerjasama antara pelakon ini dan King Coco yang mempunyai ramai haters.

Banyak komen negatif diberikan di ruangan video itu.

Akhirnya Mira Filzah telah membuang video promo itu dari laman Ignya.

Ini antara komen dari orang ramai tentang video iklan itu:













Sumber Kerana King Coco, Mira Filzah Teruk Dikecam... Ramai Peminatnya Kecewa

“Mereka bukan datang kerana persahabatan tetapi ada sesuatu Najib boleh bagi pada mereka” – Tun Mahathir

$
0
0

Ada pemimpin negara asing datang ke Malaysia bukan atas dasar persahabatan tetapi kerana sesuatu yang ‘diberikan’ oleh perdana menteri kepada mereka, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Meskipun tidak menyebut nama pemimpin berkenaan, beliau dipercayai merujuk kedatangan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi bersama delegasi 600 anggota yang terdiri daripada kerabat diraja dan jemaah menteri dari negara itu.

Mahathir dalam satu majlis anjuran BERSATU di Sungai Buloh malam tadi, seperti biasa menyerang musuh nombor satu beliau, Datuk Seri Najib Razak dengan menyentuh isu derma yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya.

“Saya belum jumpa manusia yang apabila kita cakap dia pencuri dia ‘eheheh’. Orang semua cakap kamu pencuri. Pemimpin negara lain datang melawat anggap ini menghalalkan perbuatan haram.

“Tapi kita tahu sebab-sebab yang orang asing membuat lawatan ke Malaysia. Saya tak perlu nak sebut di sini. Tapi mereka datang bukan kerana persahabatan tapi kerana ada sesuatu yang Najib boleh bagi kepada mereka.

“Inilah sebabnya mereka berada di sini,” kata Mahathir.

Mahathir berkata, pemimpin negara berkenaan sepatutnya memberi penjelasan mengenai wang derma berkenaan.

“Kita berasa amat malang kerana mereka ini sepatutnya menjelaskan bahawa derma yang diberi oleh mereka itu tak benar- tak ada dokumen yang menunjuk bahawa wang itu diberi secara percuma.

“Tetapi demikianlah mereka sanggup berbohong sama-sama dengan Najib,” kata Mahathir dalam ucapannya kepada kira-kira 1,000 hadirin yang terdiri daripada anggota BERSATU dan penyokong.

Ditanya oleh media kemudian sama ada beliau merujuk kepada Raja Arab Saudi, Mahathir berkata, “Saya tidak berkata apa-apa, anda menyebutnya.”

Tujuh bulan selepas The Wall Street Journal pada Julai 2015 mendedahkan bahawa RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun bank Najib, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengisytiharkan wang itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Apandi juga mendakwa siasatan menunjukkan sebahagian wang itu telah dikembalikan kepada penderma berkenaan.

Sementara itu, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud melakukan lawatan ke Malaysia dari 26 Februari hingga 1 Mac bagi memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang berkaitan, termasuk isu kuota haji yang akan menjadi agenda utama.

Lawatan sulung Raja Salman yang menaiki takhta pada 23 Januari 2015, adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber “Mereka bukan datang kerana persahabatan tetapi ada sesuatu Najib boleh bagi pada mereka” – Tun Mahathir

Najib dedah Kerajaan Arab Saudi bakal berikan BR1M dan wujudkan GST untuk rakyatnya

$
0
0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata isu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak seharusnya dianggap rasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan kerajaan Arab Saudi juga merancang untuk menyalurkan bantuan berbentuk wang kepada rakyatnya.

“Semalam saya berbual dengan beberapa menteri kerajaan Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi akan buat beberapa langkah. Pertama mereka buka akaun penduduk di Arab Saudi untuk dimasukkan duit kepada keluarga yang memerlukan bantuan,” katanya.

Dalam ucapannya dalam satu acara di ibu negara hari ini, Najib berkata isu mengenai BR1M tidak wajar dipolitikkan kerana kerajaan Arab Saudi sendiri tidak menanggap ia sebagai rasuah, seperti didakwa Mahathir.

“Maka jika kerajaan Arab Saudi bagi bantuan dalam bentuk wang, dana kepada rakyat mereka yang memerlukan bantuan, mereka tak anggap itu rasuah, kalau kita buat ada yang anggap rasuah.

“Itu saya kata jangan politikkan, BR1M bukan rasuah, BR1M nak tolong rakyat yang memerlukan bantuan. Kita tak kata dapat BR1M mesti sokong kerajaan BN,” katanya.

Sementara itu, katanya, Arab Saudi sebagai negara yang kaya dengan hasil minyak turut akan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ia sekali gus, kata Najib, menunjukkan langkah Malaysia melaksanakan cukai itu pada 2015 bukan langkah yang salah.

“Kerajaan Arab Saudi akan perkenalkan GST tak lama lagi, maknanya kita bukan langkah yang salah.

“Kerajaan Arab Saudi yang kaya dengan minyak pun perkenalkan GST, maka adalah sebab yang munasabah GST diperkenalkan,” katanya.

Semalam Raja Salman Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi tiba di negara ini untuk lawatan empat hari.

Kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kali terakhir Raja Arab Saudi melakukan lawatan ke Malaysia ialah pada 2006 oleh almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

Almarhum Raja Faisal Abdulaziz Al-Saud melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 1970.

Harga minyak Saudi nak 50%

Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata, harga minyak di Arab Saudi kini sudah meningkat sehingga 50 peratus.

Namun, katanya, rakyat di negara ini sudah riuh rendah apabila harga petrol itu baru meningkat sebanyak 10sen hingga 20sen.

“Saya nak beritahu harga minyak di Arab Saudi naik 50 peratus, kita di sini riuh rendah kalau naik 10 sen, 20 sen tapi di Arab Saudi dah naik 50 peratus.

“Ini semua memaklumkan tuan-tuan puan-puan, janganlah kita kelirukan rakyat atau hasut rakyat sebab setiap langkah yang dibuat kerajaan bertujuan untuk kepentingan jangka panjang dan pendek kita,” katanya.

Awal bulan lalu Facebook Najib diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 sebanyak 20sen.

Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.

Ramai pengguna menampal beratus-ratus simbol itu dalam satu komen. Tiada ulasan lain diberikan.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber Najib dedah Kerajaan Arab Saudi bakal berikan BR1M dan wujudkan GST untuk rakyatnya

Taktik samun kereta, menyamar tarik kereta dan paksa bagi kunci di Puchong

$
0
0


Gejala samun dan rompak di Malaysia semakin berleluasa. Pihak berkuasa berusaha sedaya upaya untuk membanteras kegiatan ini. Namun, penjenayah sentiasa bertukar-tukar taktik dan modus operandi mereka. Bagi mengelirukan pihak polis dan orang awam.

Terbaru, lelaki ini berkongsi pengalamannya yang hampir dirompak. Penjenayah menggunakan taktik untuk menarik kereta mangsa dengan mendakwa mangsa sudah lama tidak membuat bayaran.

 “Dah 19 bulan tak bayar”



Kena ada RO untuk tarik kereta

34Jangan mudah tertipu.



Semakin licik penjenayah sekarang. Orang awam perlu lebih peka dan berhati-hati dengan taktik terbaru ini. Apa yang penting jangan mudah tertipu dan take note apa yang perlu ada untuk kereta kita ditarik.

Kredit : Faiz Saad 

 

Sumber: Oh Bulan

 



Sumber Taktik samun kereta, menyamar tarik kereta dan paksa bagi kunci di Puchong

Shuib buat kejutan pada Siti Sarah dengan cincin berlian rekaan sendiri di majlis persandingan mereka

$
0
0

Majlis persandingan sempena ulang tahun keenam perkahwinan Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah Raisuddin menjadi kejutan buat isterinya itu selepas menerima cincin bertatah berlian sebagai tanda permulaan kehidupan rumah tangga mereka.

Shuib buat kejutan pada Siti Sarah dengan cincin berlian rekaan sendiri di majlis persandingan mereka

Shuib buat kejutan pada Siti Sarah dengan cincin berlian rekaan sendiri di majlis persandingan mereka

Shuib, 33, berkata, ia merupakan hasrat yang sudah lama dipendam dan dia mahu hadiah berkenaan menggantikan cincin perkahwinan lama yang diberi pada enam tahun lalu.

“Saya memang sudah lama berhajat untuk belikan dia cincin baru, jadi saya jadikan ianya kejutan pada malam ini sebagai hadiah istimewa.

“Cincin emas ini merupakan rekaan saya sendiri dan ia sebagai episod baru dalam rumah tangga kami,” ujarnya kepada mStar Online.

Shuib menyarung cincin kepada Siti Sarah.

Shuib dan Siti Sarah ditemui pada majlis persandingan dan ulang tahun ke enam mereka yang diadakan di Bora Ombak, di sini.

Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 6, Dzahira Talita Zahra, 3, dan Ariq Matin yang berusia setahun.

Pada majlis tersebut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut mendendangkan lagu Aku Lelakimu yang dipopularkan oleh Virzha.

Dalam pada itu, Siti Sarah yang terharu dengan kejutan berkenaan menganggap ia sebagai hadiah paling manis dalam perkahwinan mereka.

“Dulu saya pernah beritahu dia bahawa saya teringin untuk beli sebentuk cincin tapi dia buat muka seperti tidak tahu sahaja.

 

Pasangan ini bersama dua anak mereka.

“Saya tidak sangka dalam diam-diam dia buat rancangan kejutan ini,” ujarnya.

Tambah Siti Sarah, dia tidak dapat menahan sebak dan terharu sepanjang berjalan di karpet merah menuju ke pelamin.

Dia tidak menyangka majlis yang diimpikan pada enam tahun lalu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan.

Ini kerana pada majlis pernikahan itu, tiada resepsi persandingan dilakukan.

Dalam pada itu, ditanya tentang rancangan berbulan madu, Siti Sarah berkata, dia akan menggunakan hadiah kemenangan tempat kedua Gegar Vaganza musim ketiga lalu iaitu tiket penerbangan ke Eropah.

Pasangan ini rancang berbulan madu ke Eropah.

“Insya-Allah, saya akan gunakan hadiah kemenangan saya, tapi setakat ini kami tiada rancangan bila dan masa yang sesuai untuk ke sana,” ujarnya.

Pada malam majlis persandingan itu, Shuib segak mengayakan sut serba hitam, manakala Sarah anggun dengan gaun berwarna krim rekaan pereka fesyen terkenal Arma Couture.

Persandingan tema glam ini di dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat masing-masing.

Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, Datuk M. Nasir, Datuk Sri Vida, Ezad Lazim, Shah Slam, Fad Bocey, Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Sumber: Mstar



Sumber Shuib buat kejutan pada Siti Sarah dengan cincin berlian rekaan sendiri di majlis persandingan mereka

Kanser semakin parah, Julie Perez rayu bantuan derma darah A+ segera

$
0
0

kesihatan Julia Perez yang mengalami penyakit kanser serviks dilaporkan semakin parah apabila tersebar berita penyanyi ini mencari penderma darah jenis A+ dengan segera.

Sumber gambar dari tribunnews.com

Beberapa artis pada Khamis turut berkongsi foto berkaitan bantuan yang diperlukan Julia berserta nombor telefon yang perlu dihubungi.

Beberapa jam kemudian Julia memuat naik foto mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan masalah kesihatannya.

 

Dia juga memberitahu sudah mendapat penderma darah yang sama jenis dengannya.

Foto tersebut turut mendapat komen netizen yang memberi semangat kepada Julia agar terus melawan kanser yang dihadapinya.

Selain itu, terdapat juga khabar angin di media sosial yang mengatakan penyanyi tersebut sudah meninggal dunia.

Perkara itu dinafikan segera oleh pembantunya Diana yang menjelaskan Julia masih bernafas dengan baik.

Sumber: MStar



Sumber Kanser semakin parah, Julie Perez rayu bantuan derma darah A+ segera

Selepas Fattah Amin, giliran Nabil Ahmad pula terbit buku.. kelakarkan!

$
0
0

Pelawak Nabil Ahmad memberitahu dia juga ada menulis tentang kehidupannya dalam sebuah buku yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Nabil, 33, berkata, dia berkongsi tentang amalan dan pengalamannya sebelum bergelar artis sehingga berubah menjadi seorang yang dikenali.

“Saya ada menulis dan berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya sebelum bergelar artis sehingga sekarang, bak kata orang from zero to hero la.

“Mereka minta apa yang saya amalkan yang membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan saya dan antara yang saya kongsi ialah amalan ibu saya sentiasa bersedekah dengan duit yang dia ada kepada orang yang memerlukan.

“Jika ibu saya ada RM10 ditangan dia akan bagi orang yang bersedekah separuh duit yang dia ada, perkara itu juga saya ikut sehingga sekarang,” ujarnya.

Nabil berkata, dia dihubungi oleh saudara kepada Syamsul Yusof iaitu Anwar Fazal yang berminat untuk menerbitkan buku tentang pengalaman dia bersama beberapa artis lain.

Katanya, kejayaan yang dikecapi ini perlu dikongsi dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain.

“Buku tersebut bukan tentang saya sahaja tetapi juga ada artis lain yang berkongsi pengalaman mereka. Saya juga belum diberitahu tajuk sebenarnya.

“Tapi saya harap ia dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain,” ujarnya.

Selain itu, mengulas tentang perjalanan kehidupannya sebagai artis, Nabil mengakui ia bagaikan satu keajaiban.

Katanya, dia tidak pernah bermimpi untuk dikenali dan terlibat dalam dalam dunia seni.

“Saya tidak pernah terfikir langsung untuk berada dalam bidang seni, malah saya tidak pernah cari jalan atau belajar di mana-mana kolej tentang seni.

“Ia berlaku secara tiba-tiba dan saya sangat menghargai apa yang sudah tertulis ini. Sehingga kini saya tidak pernah letakkan diri saya sebagai seorang selebriti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, sikap berbuat baik dengan semua orang dan mengelakkan sikap ‘diva’ adalah salah satu prinsip yang dipenggang sehingga kini.

“Saya rasa kejayaan saya bila penganjur yang sama panggil saya beberapa kali, itu bermakna mereka selesa dengan kerja saya,” ujarnya yang kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi menemubual artis Hollywood pada Anugerah Akademi ke 89 siaran HBO Sentral.

Sebelum ini aktor Fattah Amin turut menerbitkan sebuah buku berjudul “99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin” namun ia dikritik kerana kandungannya dikatakan tidak mendatangkan faedah kepada pembaca.

Sumber: Mstar



Sumber Selepas Fattah Amin, giliran Nabil Ahmad pula terbit buku.. kelakarkan!

Video guru tendang, sepak dan pukul kepala pelajar di institusi latihan kemahiran awam tersebar

$
0
0

RAKAMAN Video guru tendang, sepak dan pukul kepala pelajar di institusi latihan kemahiran awam tersebarmemaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi tular di laman sosial.

Video guru tendang, sepak dan pukul kepala pelajar di institusi latihan kemahiran awam tersebar

Video guru tendang, sepak dan pukul kepala pelajar di institusi latihan kemahiran awam tersebar

Menurut pemuat naik video, Muhamad Azhan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah institusi latihan kemahiran awam di utara namun tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian.

Patut ke ajar anak murid kau macam tu. Tahu lah kau bagi ilmu tapi hormat anak murid juga. Jangan sampai anak murid pijak kau balik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Berdasarkan rakaman, lelaki berbaju merah itu pada mulanya dilihat sedang memantau pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas pendingin hawa.

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa secara tiba-tiba ditarik telinga, dipukul pada bahagian kepala dan ditendang sehingga menyebabkan pelajar itu terduduk. Malah, lelaki itu turut melemparkan perkataan ‘bodoh’ terhadap mangsa.

Tindakan guru lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Netizen di media sosial mempertikaikan guru lelaki berkenaan yang dianggap tidak wajar kerana cara didikan seperti itu agak kasar dan sudah ketinggalan zaman.

Justeru, netizen menggesa pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Video guru tendang, sepak dan pukul kepala pelajar di institusi latihan kemahiran awam tersebar

Pentas kucar-kacir penyampai salah umum nama pemenang sewaktu Anugerah Academy ke-89

$
0
0

KESILAPAN yang terjadi sewaktu Anugerah Academy ke -89 yang berlangsung di Dolby Theater  merupakan sesuatu yang diperkatakan oleh semua orang.

Pentas kucar-kacir penyampai salah umum nama pemenang sewaktu Anugerah Academy ke-89

Pentas kucar-kacir penyampai salah umum nama pemenang sewaktu Anugerah Academy ke-89

Seolah-olah mengulang kembali kisah Steve Harvey yang sebelum ini tersilap umum pemenang Miss World, kali ini, penyampai anugerah Warren Beaty mengumumkan  Filem La La Land sebagai pemenang sedangkan ia adalah milik filem ‘Moonlight’.

Situasi di atas pentas menjadi kelam-kabut apabila setelah pengarah dan pelakonnya memberikan ucapan, Beaty kemudiannya membetulkan kesilapannya dengan mengumumkan pemenang sebenar kategori tersebut sambil menunjukkan sampul surat pemenang sebenar di tangannya.

 

Pengacara anugerah tersebut, Jimmy Kimmel turut cuba mengurangkan ketegangan dengan berjenaka.

“Adalah sangat malang perkara ini terjadi namun secara peribadi, saya menyalahkan Steve Harvey,” katanya.

Pengarah filem ‘Moonlight’, Barry Jenkins sewaktu ucapannya sempat berkongsi penghargaannya kepada filem La La Land.

“Walaupun saya sedang bermimpi tidak mungkin ini semua adalah benar, namun ia adalah realiti! Peluk cium buat La La Land dan semua orang,” katanya.

Beaty ketika ditemui di belakang pentas menerangkan situasi tersebut kepada kepada media.

“Ketika saya membuka sampul surat itu, ia tertulis ‘Emma Stone, La La Land’, sebab itulah saya memandang lama ke arah Faye Dunaway, saya tidak cuba menjadi kelakar.

“Saya masih bingung dengan apa yang telah terjadi,” katanya sambil memegang sampul surat berisi nama pemenang sebenar.

Sumber:Sinar



Sumber Pentas kucar-kacir penyampai salah umum nama pemenang sewaktu Anugerah Academy ke-89

Wan Shades tarik balik saman terhadap Rotikaya

$
0
0

PENYANYI utama kumpulan ‘Shades’, Wan Shades menarik balik saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang didakwa menfitnahnya.

Wan Shades tarik balik saman terhadap Rotikaya

Wan Shades tarik balik saman terhadap Rotikaya

Pada 31 Mac tahun lepas, Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 44, memfailkan saman fitnah terhadap Nor Hamzie Md Hambali, 32, dengan mendakwa pada 20 Februari 2012, Nor Hamzie telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog itu yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Peguam Mohamad Lokman Abd Rahman yang mewakili defendan (Nor Hamzie) memberitahu media bahawa plaintif (Mohamad Faizal) menarik balik aman itu dengan kebebasan untuk memfailkannya semula.

 

Katanya, Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik saman itu atas alasan ia melibatkan isu undang-undang.

Beliau berkata demikian selepas kes itu disebut di dalam kamar hakim dengan dihadiri peguam Nik Farhan Nik Mohd Tahir bertindak bagi pihak plaintif yang turut mengesahkan perkara itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitkan dalam artikel itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitkan dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna Internet.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinya sedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri dan juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa di mahkamah berhubung kejadian rogol. – Bernama

 
 
Sumber: Sinar


Sumber Wan Shades tarik balik saman terhadap Rotikaya

Dr Mahathir nasihat saya jauhi Lim Kit Siang – Dr Rais Yatim

$
0
0

Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menasihatkan beliau supaya menjauhi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang apatah lagi bekerjasama dengan pemimpin DAP itu.

Rais yang pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46 (S46), berkata Dr Mahathir meminta beliau tidak bekerjasama dengan Kit Siang pada 1993.

Dr Mahathir nasihat saya jauhi Lim Kit Siang - Dr Rais Yatim

Dr Mahathir nasihat saya jauhi Lim Kit Siang – Dr Rais Yatim

Bagaimanapun katanya, kini bekas Perdana Menteri itu yang bekerjasama dengan Kit Siang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Pada 1993, S46 dan DAP adalah sekutu dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Tun Mahathir jumpa saya dan minta jangan bersekongkol dengan DAP kerana Kit Siang anti-Melayu dan Islam.

“Kini beliau pula bersekongkol dengan Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Saya mahu tanya, adakah Tun Mahathir lupa nasihat dia kepada saya, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Media Penganjuran Kongres Budaya 2017, di Bilik Mesyuarat Pejabat Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, di Plaza Sentral, hari ini.

Sumber: Bharian



Sumber Dr Mahathir nasihat saya jauhi Lim Kit Siang – Dr Rais Yatim

Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah

$
0
0

Perebutan tanah dipercayai menjadi punca dua saudara bergaduh hingga keduanya mengalami kecederaan pada bahagian anggota badan di sebuah perkampungan di sini, pada 24 Februari lalu.

Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah

Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi, ketika wanita berusia 49 tahun bersama suaminya 50-an telah pergi ke rumah arwah ibunya untuk mengambil barang.

Bagaimanapun, menurut sumber, kehadiran mereka tidak disenangi bapa saudaranya yang mendiami rumah berkenaan.

 

Katanya, bapa saudara berusia lingkungan 50-an itu bertindak memarahi pasangan suami isteri itu dengan menghalau mereka.

“Bapa saudara turut beritahu, sesiapa pun tidak boleh balik ke rumah itu dan berlakunya pertengkaran antara mereka.

“Namun si suami pulang ke rumah untuk ambil telefon bimbit bimbang kejadian buruk berlaku.

“Kembalinya di rumah itu, bapa saudaranya secara tiba-tiba serang suami wanita itu dipercayai menggunakan parang. Suami wanita itu sempat tahan serangan itu gunakan buluh,” katanya.

Menurutnya, dalam pergelutan itu kedua-dua mereka cedera di tangan dan anggota badan.

“Kedua-dua mereka mahu pertahankan diri dari terus dicederakan hingga berlaku pertumpahan darah.

“Bimbang kejadian lebih buruk berlaku, pasangan suami isteri itu beredar dari rumah berkenaan dan membuat laporan polis di balai polis berhampiran demi keselamatan sejurus kejadian,” katanya.

Jelasnya, rumah itu didiami ibu wanita itu namun ibunya meninggal dunia tiga minggu lalu.

“Difahamkan, punca pergaduhan kerana perebutan tanah yang kini masih atas nama nenek kepada wanita dan ibu kepada bapa saudara tersebut.

“Dipercayai, pergaduhan itu bukan kali pertama berlaku sebaliknya kali ketiga dan ternyata kali ini lebih agresif hingga gaduh gunakan parang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan keduanya ditangkap kemudian direman bermula hari ini.

“Kes ini lebih kepada pergaduhan saudara menggunakan parang dan buluh. Luka-luka yang dialami mereka itu akibat kesan buluh dan luka terkena parang semasa pergaduhan,” katanya.

 
 
Sumber:Sinar


Sumber Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah

Little India Alamat Syarikat Alat Tentera Agensi Risikan Korea Utara

$
0
0

Di sebalik pintu tidak bertanda di tingkat dua sebuah bangunan buruk di Little India, di sini, terletaknya pejabat sebuah syarikat peralatan ketenteraan, Glocom.

Little India Alamat Syarikat Alat Tentera Agensi Risikan Korea Utara

Little India Alamat Syarikat Alat Tentera Agensi Risikan Korea Utara



Glocom ialah sebuah syarikat yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara yang menjual peralatan radio medan perang, mencabuli sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut laporannya yang digubal untuk Majlis Keselamatan yang dilihat oleh Reuters.

Reuters mendapati, Glocom telah mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi ketenteraan dan separa ketenteraan di laman webnya di Malaysia, glocom.com.my.

Laman web Glocom, yang telah ditutup akhir tahun lalu, menyenaraikan alamat di Little India dalam seksyen alamat untuk dihubungi.

Bagaimanapun, tiada siapa yang membuka pintu pejabat di alamat tersebut dan peti surat di bahagian luar dipenuhi dengan surat yang belum dibuka.

 

Malah, tidak ada syarikat dengan nama berkenaan wujud di Malaysia.

Tetapi dua syarikat Malaysia yang dikawal oleh pengarah dan pemegang saham Korea Utara telah mendaftarkan laman web Glocom pada tahun 2009, menurut dokumen pendaftaran syarikat dan laman web.

Julai lepas, satu penghantaran udara peralatan komunikasi tentera Korea Utara, yang dihantar dari China menuju ke Eritrea, telah dipintas di sebuah negara yang tidak dinamakan.

Peralatan yang dirampas termasuklah 45 kotak radio medan perang dan aksesori dengan label Glocom, singkatan untuk Global Communications Co.

Glocom dikawal oleh Biro Peninjau Umum, agensi perisikan Korea Utara yang ditugaskan untuk operasi luar negara dan perolehan senjata, menurut laporan itu, memetik maklumat yang tidak didedahkan dari mana ia diperolehi.

Jurucakap untuk misi Korea Utara di PBB memberitahu Reuters beliau tidak mempunyai maklumat mengenai Glocom.

Resolusi PBB 1874, yang diterima pakai pada tahun 2009, memperluaskan sekatan senjata terhadap Korea Utara untuk memasukkan peralatan ketenteraan dan semua kelengkapan berkaitan.

Tetapi pelaksanaan sekatan ‘masih tidak mencukupi dan sangat tidak konsisten’ di kalangan negara-negara anggota, menurut laporan PBB dan Korea Utara menggunakan ‘teknik pengelakan yang semakin meningkat dalam skala, skop dan kecanggihan’.

Malaysia adalah salah sebuah daripada beberapa negara di dunia yang mempunyai hubungan kukuh dengan Korea Utara.

Rakyat mereka boleh membuat perjalanan ke negara masing-masing tanpa visa.

Tetapi hubungan baik ini mula menjadi persoalan apabila berlakunya kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

PAN SYSTEMS

Menurut pangkalan data ‘WHOIS’, yang mendedahkan pemilikan laman web, Glocom.com.my telah didaftarkan pada tahun 2009 oleh sebuah entiti yang dikenali sebagai International Global System menggunakan ‘Little India’ sebagai alamat.

Sebuah syarikat yang namanya hampir serupa, International Golden Services disenaraikan sebagai titik hubungan pada laman web Glocom ini.

Glocom dikendalikan oleh cawangan Pyongyang melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura yang dikenali sebagai Pan Systems, menurut draf PBB.

Laporan memetik invois dan maklumat lain yang diperolehi.

Louis Low, Pengarah Urusan Pan Systems di Singapura berkata syarikatnya pernah mempunyai sebuah pejabat di Pyongyang dari 1996 tetapi secara rasmi mengakhiri hubungan dengan Korea Utara pada 2010 dan tidak lagi mengawal mana-mana perniagaan di sana.

“Mereka menggunakan nama Pan Systems dan mengatakan ia adalah sebuah syarikat asing, tetapi semua operasi dilakukan oleh mereka sendiri,” kata Low kepada Reuters merujuk kepada Korea Utara mengenai pejabatnya di Pyongyang.

Sumber:Mstar



Sumber Little India Alamat Syarikat Alat Tentera Agensi Risikan Korea Utara

Pengantin Baru, Sari Yanti Kekal Kecil Molek Dengan Berat Cuma 44 Kg, Ini Petua dan Amalannya

Mahershala Ali, Muslim pertama yang menangi Oscar

$
0
0

KEMENANGANMahershala Ali untuk kategori Pelakon Sampingan Terbaik Anugerah Academy ke-89 melalui filem ‘Moonlight’ namun ia merupakan sejarah penting apabila menjadi Muslim pertama yang memenangi Oscar.

Mahershala Ali, Muslim pertama yang menangi Oscar

Mahershala Ali, Muslim pertama yang menangi Oscar

Walaupun kemenangannya itu sudah dijangka, Ali memberikan ucapan dengan rasa rendah diri dan berterima kasih kepada semua orang yang membantunya hingga selama ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru saya, profesor dan para pelakon filem ‘Moonlight’.

 

“Satu perkara yang sering mereka ajar ialah semua ini (lakonan) bukan tentang diri sendiri tetapi lebih kepada watak yang dibawakan, kamu punyai tanggungjawab untuk menceritakan tentang watak tersebut kepada orang ramai,” ketika memberikan ucapan penghargaannya.

Sementara itu, beliau juga turut berterima kasih kepada Pengarah Filem ‘Moonlight’, Barry Jenkins dan juga kepada isteri serta anak perempuannya yang baru lahir empat hari lalu

“Terima kasih kepada dia (anak perempuannya) kerana sangat kuat untuk bersama-sama saya melalui semua ini,” katanya lagi.

Kemenangan Ali itu merupakan satu pencapaian ketara pada tahun 2017 lebih-lebih lagi apabila Rumah Putih telah meletakkan sekatan perjalanan bagi individu daripada tujuh negara Islam.

Beliau juga merupakan pelakon kulit hitam kelima yang memenangi anugerah untuk kategori tersebut.

Sumber:Sinar



Sumber Mahershala Ali, Muslim pertama yang menangi Oscar

Nabil gembira berjaya temubual Jackie Chan, Nicole Kidman di Anugerah Oscars

$
0
0

Pelawak Nabil Ahmad kini berada di Los Angeles sebagai hos karpet merah untuk anugerah Anugerah Akademi ke-89 (Oscars).

Nabil gembira berjaya temubual Jackie Chan, Nicole Kidman di Anugerah Oscars

Nabil gembira berjaya temubual Jackie Chan, Nicole Kidman di Anugerah Oscars

Hasrat Nabil untuk menemubual beberapa bintang ternama Hollywood tercapai selepas menunggu beberapa jam di karpet merah tersebut.

Antara selebriti yang berjaya ditemui Nabil antaranya Jackie Chan, Mario Lopez, Nicole Kidman dan Salma Hayek.

Nabil yang dihubungi oleh HBO secara langsung menerusi panggilan video berkata misi mendapatkan selebriti untuk ditemubual bukanlah satu perkara yang mudah.

“Suasana di karpet merah sangat meriah dan saya berpeluang untuk melihat sendiri artis antarabangsa lalu dihadapan saya.

“Memang tak mudah nak menemubual mereka tetapi saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan Nicole Kidman dan Salma Hayek.

“Saya cuba juga untuk dapatkan Emma Stone dan Ryan Gosling namun tidak berjaya.

“Apa yang saya boleh katakan ini merupakan pengalaman pertama yang hebat dan saya takkan lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu gelagat Nabil ketika menemubual selebriti di karpet merah juga dikongsikan oleh wakil HBO Asia, Amyer Zulfadly menerusi Insta Story sebentar tadi.

Anugerah Oscar bersiaran secara langsung di Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles.

Disini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik Nabil di karpet merah Oscars:



 

 

 

Sumber: Astro Gempak



Sumber Nabil gembira berjaya temubual Jackie Chan, Nicole Kidman di Anugerah Oscars

“Shuib tiada hutang apa-apa majlis pun dengan saya, saya sudah cukup gembira dengan 3 cucu” – Ayah Siti Sarah

$
0
0

Bapa kepada Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah akui terkejut apabila menantunya, Shuib menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis persandingan selepas enam tahun mendirikan rumahtangga.

"Shuib tiada hutang apa-apa majlis pun dengan saya, saya sudah cukup gembira dengan 3 cucu" - Ayah Siti Sarah

“Shuib tiada hutang apa-apa majlis pun dengan saya, saya sudah cukup gembira dengan 3 cucu” – Ayah Siti Sarah

Penyanyi dan pelakon era 80-an itu berkata dia menganggap perkahwinan mereka sudah lama selesai , bagaimanapun tidak pernah menghalang niat Shuib untuk mengadakan sebuah majlis resepsi sempena perkahwinannya yang diadakan semalam.

“Saya anggap perkahwinan mereka sudah lama pun selesai. Malah Shuib tiada hutang apa-papa majlis pun dengan saya kerana apa yang kita rancang sebelum ini sudah pun selesai.

“Yang penting nikah dan kami sudah adakan majlis pernikahan itu dengan sempurna dan sederhana sebelum ini.

“Saya terkejut juga bila Shuib beritahu hendak bersanding tetapi saya tiada halangan untuk itu dan hanya menyokong apa yang mereka hendak lakukan.

“Bagi saya, saya sudah cukup gembira apabila dikurniakan tiga orang cucu hasil enam tahun perkahwinan mereka.

“Ia sangat bernilai,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di majlis persandingan anaknya di Bora Ombaik, Marina Putrajaya semalam.

Majlis resepsi itu diadakan sebagai melunaskan janji Shuib kepada isterinya sekaligus sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Tiada lain harapan seorang bapa, Raisuddin hanya mahu melihat anak dan menantunya bahagia selamanya.

“Apa-apa yang mereka hendak lakukan pun kebahagian dalam rumahtangga itu yang penting.

“Saya sentiasa mendoakan agar mereka suami isteri kekal bahagia hingga akhir hayat,” katanya lagi.

Majlis persandingan mereka dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua mempelai serta sahabat handai dan rakan artis.

Antara rakan artis yang hadir adalah Jep Sepahtu, Sari Yanti, Shaheizy Sam, Syatila Melvin, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Datuk M.Nasir, Datin Marliah Musa, Datuk Yusof Haslam, Rahim Sepahtu, Sharifah Shahira, Zizan Razak dan ramai lagi.

Teks oleh Syafiqah Jalal

Sumber:Astro Gempak



Sumber “Shuib tiada hutang apa-apa majlis pun dengan saya, saya sudah cukup gembira dengan 3 cucu” – Ayah Siti Sarah
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>