Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Video Aksi TMJ Beraksi Di Atas Padang, Kawalan Bola Cantik, Assist Dan Hasilkan Gol Yang Menarik

$
0
0

Pasti ramai sudah mengetahui yang pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mendaftar nama pemilik kelab mereka Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemain pasukan JDT.

Video Aksi TMJ Beraksi Di Atas Padang, Kawalan Bola Cantik, Assist Dan Hasilkan Gol Yang Menarik

Video Aksi TMJ Beraksi Di Atas Padang, Kawalan Bola Cantik, Assist Dan Hasilkan Gol Yang Menarik

Baginda sebelum ini juga telah menyatakan kesediaan untuk di’tackle’ oleh pemain lawan di mana baginda tidak kisah di mana menganggap ianya adakah kebiasaan dalam sukan bola sepak.

Tetapi persoalannya boleh ke baginda main bola? ternyata apa yang difikirkan sebelum ini nyata meleset, rupanya baginda memang hebat dalam permainan ini.

Jom lihat aksi TMJ bermain bola sepak dengan ‘skil’ dan gol jaringannya di muat naik di laman sosial.

Sumber: SK



Sumber Video Aksi TMJ Beraksi Di Atas Padang, Kawalan Bola Cantik, Assist Dan Hasilkan Gol Yang Menarik

“Mak, Kenapa Tak Buka Lampu?” ,” Mak Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?”

$
0
0

Betapa sedihnya hati bila terdengar pertanyaan-pertanyaan dari seorang anak kecil yang sedang membesar, hari-hari yang dilalui seperti biasa tiba-tiba berubah sekelip mata.

"Mak, Kenapa Tak Buka Lampu?" ," Mak Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?"

“Mak, Kenapa Tak Buka Lampu?” ,” Mak Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?”

MUHAMMAD FARIZ ZHARFAN B. ROSLAN, 8 tahun, pada 16 November 2015 segalanya berubah, dunianya tiba-tiba kelam sebelum akhirnya bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata.

” Mak…kenapa mak tak buka lampu “

Berderau darah si ibu. Hancur luluh hatinya.

Dalam linangan air mata…dia mendakap tubuh anak tersayang. Dia tak pernah lupa detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dari tidur.

” Mak ..kenapa Allah ambil balik mata Abg Chik ? “

Soalan itu acapkali ditanya Abg Chik. Hati ibu mana yg tidak pilu bila anak yg dulu sihat…berlarian ke sana ke sini…gelak tawanya menghiburkan keluarga…kini menjadi buta tiba-tiba.

” Mak… A bukan macam ni ! Abg Chik tau huruf A “

Memasuki tahun 1 sebagai pelajar buta….bukannya mudah buat Abg Chik. 5 bulan setelah itu …akhirnya dia semakin lemah dan tidak mampu berjalan lagi. Betapalah berat ujian insan terpilih ini… dalam sekelip mata….dari anak yg sihat, dia tiba- tiba terlantar tanpa mampu bercakap dan bergerak lagi.

Hasil ujian MRI , doktor mengesahkan lemak yang terkumpul di dalam saraf otaknya menyebabkan mata dan anggota tubuh tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi.

Anak kepada tukang rumah ini memerlukan dana untuk menyiapkan bilik khas untuknya yang selalu menangis mendengar adik dan abang bermain.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke

Roslan bin Adnan 152219080908 Maybank
Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 Maybank
Atau pemegang amanah
Natipah Abu 552107617521 Maybank

013-4029609 ( Puan Nurbaizura )

Via: SK


Sumber “Mak, Kenapa Tak Buka Lampu?” ,” Mak Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?”

Dah Doc Pompuan Seluk, Doc Laki Plak Seluk Lepastu Budak Praktikal Acah2 Nak Seluk

$
0
0

Assalamualaikum. Maaf saya hanya nak berkongsi perasaan. Semalam saya ade tanda nak bersalin, saya pegi dekat sebuah hospital ni.

Dah Doc Pompuan Seluk, Doc Laki Plak Seluk Lepastu Budak Praktikal Acah2 Nak Seluk

Dah Doc Pompuan Seluk, Doc Laki Plak Seluk Lepastu Budak Praktikal Acah2 Nak Seluk

First time pegi sane. Agak terkilan, bila yang cek perut saya pelajar praktikal lelaki, seluk bukaan pelajar praktikal perempuan dan diperhatikan oleh 2 orang pelajar praktikal lelaki. Saya dah beritahu doktor perempuan muslimah yang bertugas time tu, saya tak benarkan.

Tapi, dia cakap “takpe, puan dapat pahala bagi diorang belajar”. Allahu rase macam badan ni patung dipegang sane sini. Saya faham kite tak boleh nak memilih, sebab kerajaan. Tapi, dimana hak kite sebagai pesakit.

 

Sedangkan islam hanya membenarkan seandai darurat. Sedangkan doktor wanita muslimah itu ade disitu tapi hanya bagi arahan kepada pelajar praktikal. Takpela, mungkin ini dah bahagian saya.

Saya tak kesah kalau yang cek itu seorang doktor lelaki seandai darurat, kalau tiada seorang doktor wanita yang bertugas waktu tu.

Tapi, keadaan saya dicek oleh pelajar praktikal lelaki dan wanita sambil dinilai oleh doktor wanita. Maaf ye, ni sekadar luahan saya. 😔 sampai sekarang dah rase fobia nak pergi hospital.

Sumber: malaysianewsss.blogspot

Via:Aliff Channel



Sumber Dah Doc Pompuan Seluk, Doc Laki Plak Seluk Lepastu Budak Praktikal Acah2 Nak Seluk

Lima Momen Romantis dan Sebak Di Majlis Persandingan Shuib, Siti Sarah

$
0
0

Pasangan Shuib dan Siti Sarah Raisuddin telah diraikan dalam satu majlis persandingan yang cukup meriah dan romantis di Bora Ombak, Marina Putrajaya malam semalam.

Lima Momen Romantis dan Sebak Di Majlis Persandingan Shuib, Siti Sarah

Lima Momen Romantis dan Sebak Di Majlis Persandingan Shuib, Siti Sarah

Buat pertama kali Shuib dan Siti Sarah bersanding dan duduk di atas  pelamin selepas enam tahun mendirikan rumahtangga.

Majlis resepsi itu diadakan sebagai melunaskan janji Shuib kepada isterinya sekaligus sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Pun begitu, ia bukan sebuah majlis persandingan biasa kerana pada malam tersebut mereka telah membawa  tetamu untuk sama-sama mengimbau kenangan mereka selama enam tahun melayari bahtera sebagai suami isteri.

Berikut merupakan lima momen romantis yang dilakukan pasangan ini sepanjang majlis persandingan mereka:

shuibsitisarahsweetmomen6.JPG
1. Diiringi masuk dengan lagu My Baby You oleh Syamel
Belum pernah dilihat mempelai masuk ke dewan dengan diiringi seorang penyanyi yang menyanyi secara langsung sambil berjalan masuk ke dalam dewan, tapi itulah yang dilakukan mempelai. Suasana romantis menyelebungi seluruh dewan apabila mendengar suara Syamel menyampaikan lagu My Baby You dengan baik sekali.

shuibsitisarahsweetmomen5.JPG
2. Shuib Menyanyi Untuk Siti Sarah
Selesai sahaja menepung tawar, Shuib secara tiba-tiba bangun dan memberitahu “Enam tahun lalu saya mengimpikan majlis ini..” kemudian dia membuat kejutan menyampaikan sebuah lagu berjudul Aku Lelakimu nyanyian asal penyanyi Indonesia, Virzha. Shuib memberitahu lirik lagu itu dekat dengannya kerana ciri-ciri wanita dalam lagu itu sama dengan isterinya. Shuib menyanyi sambil memandang tepat wajah Sarah yang ketika itu terharu sehingga melahirkan air mata. Sarah pula memandang suaminya seolah-olah menghayati bait-bait lagu yang disampaikan.

shuibsitisarahsweetmomen1.JPG
3. Kejutan Cincin Berlian 
Tidak cukup dengan kejutan menyanyi, Shuib kemudian membuat lagi satu kejutan yang besar apabila tiba-tiba muncul dengan sebentuk cincin bertatah berlian. Siti Sarah ketika itu terus terpinga-pinga dengan apa yang berlaku dan dalam masa yang sama terharu menerima sebentuk cincin yang disarung oleh Shuib. Mereka kemudian saling berpelukan di atas pelamin sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir.

shuibsitisarahsweetmomen.JPG
4. Bawa anak naik atas pelamin.
Biasa kita hanya dengar  bunting pelamin tetapi berbeza dengan mereka apabila bawa anak naik atas pelamin. Ketika Sarah menyampaikan lagu Kaulah Segalanya mereka saling berpelukan disamping dua orang anak mereka yang hadir pada malam itu iaitu Uwais, 5, dan Ariq Matin 1. Sweet sangat bila lihat mereka seperti sebuah keluarga yang bahagia.

shuibsitisarahsweetmomen7.JPG
5. Tayangan video pernikahan 
Ketika mempelai di meja makan beradab, sebuah video pernikahan mereka ditayangkan. Satu dewan menyaksikan detik-detik pernikahan mereka enam tahun lalu. Mempelai turut menonton video tersebut seolah-olah mengimbau kembali kenangan saat mereka diijabkabulkan. Sebuah lagi video yang mengumpulkan semua foto-foto dari awal perkahwinan hingga detik melahirkan anak-anak mereka turut ditayangkan. Sarah memberitahu setiap foto itu beri penuh makna kepadanya.

Majlis persandingan mereka dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua mempelai serta sahabat handai dan rakan artis.

Antara rakan artis yang hadir adalah Jep Sepahtu, Sari Yanti, Shaheizy Sam, Syatila Melvin, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Datuk M.Nasir, Datin Marliah Musa, Datuk Yusof Haslam, Rahim Sepahtu, Sharifah Shahira, Zizan Razak dan ramai lagi.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: Astro Gempak



Sumber Lima Momen Romantis dan Sebak Di Majlis Persandingan Shuib, Siti Sarah

Walaupun dikritik, juara Lawak Solo Danial tetap akan buat lawak tiru gaya orang dalam persembahannya di Maharaja Lawak Mega 2017

$
0
0

Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Danial, mengakui tetap akan
mempertaruhkan lawak meniru gaya orang pada setiap persembahannya.

Walaupun dikritik, juara Lawak Solo Danial tetap akan buat lawak tiru gaya orang dalam persembahannya di Maharaja Lawak Mega 2017

Walaupun dikritik, juara Lawak Solo Danial tetap akan buat lawak tiru gaya orang dalam persembahannya di Maharaja Lawak Mega 2017

Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 24, berkata, meskipun
lawaknya sering dikritik namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk
terus melakukan persembahan yang terbaik.

“Saya tetap ingin meneruskan persembahan meniru gaya orang meskipun perkara
tersebut sering mendapat kritikan daripada orang ramai.

“Ini kerana genre lawak impersonation atau impersonator iaitu meniru gaya dan
tingkah laku seseorang itu masih kurang di Malaysia.

“Kalau di luar negara ramai pelawak yang membawa genre lawak seperti ini dan saya
hanya mahu memberi variasi dalam lawak yang ada di Malaysia.

“InsyAllah saya akan memperbaiki persembahan pada masa akan datang dan tetap
memberi persaingan kepada para peserta lain,” katanya kepada Astro Gempak.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap
iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para
peserta selama 12 minggu.
 
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap
Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan
Mustika HD (134).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber:Astro Gempak



Sumber Walaupun dikritik, juara Lawak Solo Danial tetap akan buat lawak tiru gaya orang dalam persembahannya di Maharaja Lawak Mega 2017

Video Jep & Sari Yanti Lari Didekati Wartawan Selepas Sehari Nikah

$
0
0

SELEPAS sehari diijabkabulkan sebagai suami-isteri pada 25 Februari 2017 yang diadakan tanpa kehadiran pihak media, pelawak Jep (Sepahtu) dan Sari Yanti mengelak untuk ditemubual wartawan apabila ditemui sehari selepas itu.

 
Video Jep & Sari Yanti Lari Didekati Wartawan Selepas Sehari Nikah

Video Jep & Sari Yanti Lari Didekati Wartawan Selepas Sehari Nikah

Insiden berkenaan berlaku apabila mereka melarikan diri pada majlis ulang tahun perkahwinan ke-enam Shuib dan Siti Sarah yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya pada Ahad (26 Februari 2017).

Sumber:Mstar



Sumber Video Jep & Sari Yanti Lari Didekati Wartawan Selepas Sehari Nikah

Aaron Aziz menderita sakit sendi tengkuk hingga terpaksa guna penyokong leher

$
0
0

Pelakon terkenal Aaron Aziz kembali menderita sakit sendi tengkuk hingga dia terpaksa menggunakan penyokong leher.

Aaron Aziz menderita sakit sendi tengkuk hingga terpaksa guna penyokong leher

Aaron Aziz menderita sakit sendi tengkuk hingga terpaksa guna penyokong leher

Pengurus dan juga isterinya, Diyana Halik berkata, biarpun dalam keadaan sakit, pelakon itu terpaksa ke India untuk penggambaran filem Rabu ini.

 

“Dulu suami terkena masalah sama ketika penggambaran Fear Factor Malaysia dan dia diberikan suntikan steroid.

“Sekarang masalah itu berulang dan dia pula perlu ke India,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Semalam, pelakon kelahiran Singapura itu memuatnaik gambar dia memakai penyokong leher di Instagram.

Pada 2013, Aaron dilaporkan mengalami sakit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia.

Selain itu, Aaron juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika di lokasi penggambaran.

Sumber: Metro



Sumber Aaron Aziz menderita sakit sendi tengkuk hingga terpaksa guna penyokong leher

Lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh dengan tembakan meriam anti-pesawat lepas kematian Jong-Nam

$
0
0

Seramai lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh setelah berlakunya kes pembunuhan Kim Jong-nam, di KLIA2, 13 Februari lalu, lapor Reuter.

Lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh dengan tembakan meriam anti-pesawat lepas kematian Jong-Nam

Lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh dengan tembakan meriam anti-pesawat lepas kematian Jong-Nam

Kesemua pegawai terbabit dihukum dengan tembakan meriam anti-pesawat kerana didakwa bersalah memberikan maklumat palsu kepada kerajaan.

Inilah hukuman mati dijatuhkan buat pertama kali ke atas pegawai tentera Korea Utara selepas kematian Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un.

 

Bagaimanapun, menurut laporan, tidak dipastikan apakah maklumat palsu itu berkaitan dengan kematian Jong-nam atau tidak.

Pada masa yang sama, Menteri Keselamatan Negara Korea Utara, Kim Won Hong turut menerima hukuman apabila dikurung atas kesalahan yang sama, iaitu menyalurkan berita palsu kepada pihak kerajaan.

Pada awal bulan lalu, Wong Hong dipecat kerana bersabit kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan melanggari hak asasi manusia.

Sejak Jong-un dilantik menjadi presiden pada tahun 2011, sekurang-kurangnya 340 pegawai tentera dan kakitangan kerajaan telah menerima hukuman mati.

Atas arahan Jong-un, salah satu bentuk hukuman mati yang dikenakan terhadap pesalah adalah menggunakan meriam anti pesawat sehingga menyebabkan seluruh badan pesalah berkecai sepenuhnya.

Difahamkan, ketika menerima hukuman, semua pesalah hanya diletakkan pada jarak 100 kaki daripada meriam berkenaan.

Sumber: Sinar



Sumber Lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh dengan tembakan meriam anti-pesawat lepas kematian Jong-Nam

Menteri Besar Terengganu hadiahkan no plat TN50 kepada Perdana Menteri

$
0
0

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran kenderaan TN50 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. 

Menteri Besar Terengganu hadiahkan no plat TN50 kepada Perdana Menteri

Menteri Besar Terengganu hadiahkan no plat TN50 kepada Perdana Menteri

Beliau berkata, nombor pendaftaran kenderaan terbabit adalah sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri berhubung Transformasi Nasional 2050 (TN50). 

“Nombor pendaftaran itu adalah kepunyaan saya dan jika anda mencari pemilik TN50 ini di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda akan menemui nama Ahmad Razif Abd Rahman. 

“Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri itu, saya akan menghadiahkan nombor TN50 kepada Perdana Menteri, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Dialog TN50 Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Dungun, malam ini. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin hadir sebagai ahli panel dialog terbabit. 

Sumber:Bharian



Sumber Menteri Besar Terengganu hadiahkan no plat TN50 kepada Perdana Menteri

Remaja Berbasikal Lewat Malam Akan Ditahan, Ibu Bapa Akan Jalani Proses Kaunseling – MB Terengganu, Ahmad Razif

$
0
0

Kerajaan negeri meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil tindakan ke atas remaja yang menunggang basikal secara berkumpulan selepas jam 12 tengah malam.

Remaja Berbasikal Lewat Malam Akan Ditahan, Ibu Bapa Akan Jalani Proses Kaunseling - MB Terengganu, Ahmad Razif

Remaja Berbasikal Lewat Malam Akan Ditahan, Ibu Bapa Akan Jalani Proses Kaunseling – MB Terengganu, Ahmad Razif

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata remaja yang didapati menunggang basikal tanpa tujuan selepas jam 12 tengah malam akan dihantar mengikuti kaunseling.

Katanya lagi, ibu bapa remaja terbabit juga akan dipanggil untuk menjalani proses kaunseling dan interaksi secara bersemuka oleh pakar daripada JHEAT.

Ada antara remaja berbasikal selepas jam 12 tengah malam memberi alasan bosan tinggal di rumah dan keluar tanpa pengetahuan ibu bapa. 

Remaja terbabit mengakui keluar melalui tingkap ketika ibu bapa dan ahli keluarga tidur,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Via: SK



Sumber Remaja Berbasikal Lewat Malam Akan Ditahan, Ibu Bapa Akan Jalani Proses Kaunseling – MB Terengganu, Ahmad Razif

‘Tolong, Saya Kena Menang’ – Lelaki Rebah & Batuk Berdarah Selepas Main Game Berterusan Selama 9 Jam, Tapi Masih Mahu Teruskan Bermain

$
0
0

Polis di bandar Lu’an, wilayah Anhui menerima panggilan kecemasan pada Rabut selepas seorang lelaki di dalam pusat komputer rebah dan mula batuk berdarah.

 

'Tolong, Saya Kena Menang' - Lelaki Rebah & Batuk Berdarah Selepas Main Game Berterusan Selama 9 Jam, Tapi Masih Mahu Teruskan Bermain

‘Tolong, Saya Kena Menang’ – Lelaki Rebah & Batuk Berdarah Selepas Main Game Berterusan Selama 9 Jam, Tapi Masih Mahu Teruskan Bermain

 

Pegawai kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lelaki berkenaan terlentang dalam keadaan separa sedar di atas lantai sambil mengeluarkan darah akibat batuk.

Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan bermain permainan online tanpa henti selama 9 jam.

Apabila ambulan tiba, lelaki tersebut seperti sudah sedar kepada realiti dan teringat kepada permainannya.

“Cepat tolong saya bangun balik. Kami hampir menang!” katanya kepada pegawai polis.

Bagaimanapun, polis telah pun menutup permainan itu dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan.

Keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil dan dia telah pun dilepaskan dari tahanan wad.

Sumber: Shanghaiist

 

Via: SK



Sumber ‘Tolong, Saya Kena Menang’ – Lelaki Rebah & Batuk Berdarah Selepas Main Game Berterusan Selama 9 Jam, Tapi Masih Mahu Teruskan Bermain

Stress Dengan Kerja, Lelaki Sanggup Tikam Diri Sendiri Supaya Boleh Ponteng Sehari & Reka Cerita Diserang Ketika Buang Air Kecil

$
0
0

Seorang lelaki berusia 54 tahun dari Kasugai, Jepun ditahan baru-baru ini selepas dia mengaku menikam diri sendiri di bahagian pinggul supaya boleh memonteng kerja.

Stress Dengan Kerja, Lelaki Sanggup Tikam Diri Sendiri Supaya Boleh Ponteng Sehari & Reka Cerita Diserang Ketika Buang Air Kecil

Stress Dengan Kerja, Lelaki Sanggup Tikam Diri Sendiri Supaya Boleh Ponteng Sehari & Reka Cerita Diserang Ketika Buang Air Kecil

Sebelum ini, dia membuat laporan polis bahawa seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba menyerangnya dengan pisau.

Kerana mahu ponteng kerja pada 22 Februari lalu, lelaki berusia 54 tahun itu bertindak menikam bahagian pinggulnya menggunakan pisau dapur ketika di bilik air di stesen keretapi di Kasugai.

Dia kemudian menelefon polis dan memberitahu dia telah diserang.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka mendapati lelaki berkenaan cuba menghentikan pendarahan di bahagian pinggul.

Menurut laporan yang dibuat, lelaki berkenaan berkata dia sedang membuang air kecil apabila secara tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali menikamnya di bahagian belakang sebelum berlalu pergi.

Polis kemudian mula menyoal lelaki lagi berkenaan kejadian dan akhirnya temberang lelaki itu pecah apabila polis menemui sesuatu yang meragukan di dalam laporannya.

Selepas digesa oleh polis, lelaki tersebut mengakui dia mengalami stress di tempat kerja dan berfikir dengan menikam dirinya sendiri mampu menjadi alasan bagi mendapatkan ‘cuti’ sekurang-kurangnya sehari.

“Saya tak mahu pergi kerja jadi saya tikam diri saya sendiri,”

“Saya berfikir kalau saya luka, saya tak perlu pergi kerja.” kata lelaki tersebut.

Sumber: Oddity Central

 

Via: SK



Sumber Stress Dengan Kerja, Lelaki Sanggup Tikam Diri Sendiri Supaya Boleh Ponteng Sehari & Reka Cerita Diserang Ketika Buang Air Kecil

Pelajar blonde nafi pijak kepala mangsa, sebaliknya mendakwa rakannya yang berbuat demikian

$
0
0

PELAJAR rambut perang yang didakwa salah seorang suspek kes buli pelajar tingkatan satu di SMK Bandar Sri Damansara 2, menafikan dirinya memijak kepala mangsa sehingga ‘berlubang’ dalam kejadian dilaporkan pada 23 Februari lalu.

Pelajar blonde nafi pijak kepala mangsa, sebaliknya mendakwa rakannya yang berbuat demikian

Pelajar blonde nafi pijak kepala mangsa, sebaliknya mendakwa rakannya yang berbuat demikian

Baca: Pelajar perempuan tingkatan 1 bocor kepala, perut dipijak hingga pengsan oleh pelajar tingkatan 3

Menerusi sepucuk surat laporan yang dibuat di Balai Polis Bandar Sri Damansara, remaja itu mendakwa dia tidak memijak kepala mangsa, Puteri Aleesya Maisarah Mohd Shukri, 13, sebaliknya rakannya yang berbuat demikian.

Saya dapati beberapa kecaman yang dibuat terhadap diri saya dan juga ibu saya, sedangkan yang memijak pelajar perempuan (mangsa) adalah bukan saya tetapi rakan saya yang bernama Nurul Huda,” katanya memetik laporan polis yang dibuatnya pada 24 Februari lalu.

Kaitan: Pelajar 13 Tahun Dibuli Sampai ‘Bocor’ Kepala

 

Tambah remaja itu, dia mendakwa rakannya telah membuat pengakuan di hadapan guru sekolah berkenaan.

Menurutnya, dia membuat laporan polis ekoran tidak berpuas hati dan rasa terancam dengan segelintir netizen yang mengecam dia dan ibunya setelah gambar mereka menjadi tular di laman sosial.

Sebelum ini, ibu suspek ada memuat naik kenyataan mengatakan anaknya tidak bersalah dan hanya ‘tarik hidung mangsa sahaja‘. Bagaimanapun, semakan di laman Facebook mendapati kenyataan tersebut telah dipadamkan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Shukri Sulaiman, 42, akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap enam pelajar yang terlibat mencederakan anak perempuannya itu.

Menceritakan semula kejadian itu, Puteri Aleesya Maisarah berkata dia mengenali pelajar tingkatan tiga yang terlibat, namun tidak berkawan dengan mereka.

Saya keluar kelas selepas waktu sekolah tamat untuk sertai aktiviti mengecat sekolah sebelum dua pelajar perempuan tingkatan tiga itu menarik saya masuk ke dalam sebuah kelas tingkatan dua. Mereka kemudian menarik tudung saya dan membelasah saya sehingga pengsan.

Saya tidak tahu apa motif saya dibelasah kerana saya tidak berdendam dengan sesiapa di sekolah,” katanya.

Difahamkan, Aleesya kini sudah semakin pulih namun masih menerima rawatan susulan di Hospital Sungai Buloh.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Pelajar blonde nafi pijak kepala mangsa, sebaliknya mendakwa rakannya yang berbuat demikian

Giliran Adik King Coco Pula Dikecam Hebat, Punyai 'Pelat' Yang Sama

$
0
0

Giliran Adik King Coco Pula Dikecam Hebat, Punyai 'Pelat' Yang Sama


Selepas King Coco dikecam kerana pelatnya yang dikatakan dibuat-buat, seorang gadis yang dikatakan adik kepada King Coco telah tampil meluahkan perasaan.

Adik King Coco itu melahirkan rasa kesal dengan tindakan orang ramai yang mengecam kakaknya sedangkan mereka tidak mengenal hati budi Coco.

Tonton video luahan adik King Coco itu DISINI.

Video adik King Coco itu menjadi viral dan turut mencuri tumpuan orang ramai.

Gaya percakapan dan pelatnya turut mempunya 'slang' yang sama seakan-akan King Coco.

Kerana itu, orang ramai dilihat turut mengkritik gaya percakapan adik King Coco itu.

Ada mengatakan, cukuplah ada satu King Coco di dunia ini.




Sumber Giliran Adik King Coco Pula Dikecam Hebat, Punyai 'Pelat' Yang Sama

Keadaan Terkini Pelakon Dan Peserta Masterchef, Ary Malik Yang Tenat Kerana Kanser Ovari

$
0
0

Keadaan Terkini Pelakon Dan Peserta Masterchef, Ary Malik Yang Tenat Kerana Kanser Ovari



Suami Ary Malik iaitu Shahrul Nizam telah memceritakan keadaan terkini isterinya itu.

Sehingga kini, Ary Malik masih belum sedarkan diri sejak dari beberapa hari yang lalu.

Shahrul Nizam kini sedang menunggu keputusan hasil ujian daripada doktor pakar di Hospital Ampang.

Ini komen suami Ary Malik:

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini atau esok.

“Doktor lain sudah tahu keputusan hasil pemeriksaan itu tetapi mereka terpaksa menunggu doktor pakar itu untuk memaklumkan kepada kami kerana mereka tidak mahu berlaku sebarang kesilapan,”


Dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ary Malik dilaporkan tenat di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

Ary sebenarnya telah disahkan menghidap tumor sejak tahun lalu.

Dia pernah menjalani pembedahan bagi membuang tumor terbabit di Hospital Tuanku Mizan pada tahun lalu.

Pada mulanya Ary sekeluarga ingatkan hanya tumor biasa, namun rupanya doktor mengesahkan Ary alami barah ovari tahap 4.

Kemudian Ary Malik telah menjalani kemoterapi untuk mengawal kanser tersebut dari terus merebak.

Walaubagaimanapun, dia dimasukkan ke Hospital Ampang pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah.

Anak-anak mereka dikatakan sudah dapat menerima kenyataan keadaan ibu mereka ketika ini kerana sudah maklum dengan penyakit yang dihidap ibu mereka.

.................................

Ary Malik, 46 year old, is in critical condition with ovarian cancer stage 4.

The former Selebriti MasterChef contestant, is unconscious and currently being treated in Ampang Hospital.

Ary's illness was detected in May last year when she was undergoing treatment to remove a tumour in her stomach at the Tuanku Mizan Hospital.

Doctor said that she has fourth stage ovarian cancer, and she immediately underwent chemotherapy.

She was admitted to Ampang Hospital as she got weaker.

Ary Malik lost consciousness on Tuesday. Doctors believe the cancer has spread to her brain.

Sumber Keadaan Terkini Pelakon Dan Peserta Masterchef, Ary Malik Yang Tenat Kerana Kanser Ovari

Al-Fatihah, pelakon Ary Malik meninggal dunia

$
0
0

Pelakon dan personaliti TV, Ary Malik disahkan meninggal dunia sebentar tadi selepas setahun bertarung dengan penyakit kanser ovari tahap empat.

Al-Fatihah, pelakon Ary Malik meninggal dunia

Al-Fatihah, pelakon Ary Malik meninggal dunia

Ary atau nama penuhnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo



Sumber Al-Fatihah, pelakon Ary Malik meninggal dunia

Berita Ary Malik meninggal adalah palsu

$
0
0

DAKWAAN mengatakan pelakon Ary Malik meninggal dunia yang mula tersebar sejak jam 2 petang tadi adalah palsu.

Berita Ary Malik meninggal adalah palsu

Berita Ary Malik meninggal adalah palsu

Sehingga kini, keadaan Ary atau nama sebernarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, masih lagi kritikal dan masih dirawat di Hospital Ampang.  

Rata-rata peminat mula memuat naik status dengan pelbagai ucapan takziah.

 

Ary yang menghidap kanser ovari sejak setahun lalu merupakan peserta program masakan Masterchef Selebriti Malaysia bagi musim pertama.

Dia juga adalah kakak kepada penyanyi Min Malik yang popular dengan lagu Flora Cinta.

Sumber: Sinar



Sumber Berita Ary Malik meninggal adalah palsu

Dua gadis tempatan mengaku pasangan lesbian dicekup khalwat bersama lelaki warga asing

$
0
0

Dua gadis tempatan yang mengaku pasangan lesbian dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki warga asing di rumah sewa pasangan kekasih tersebut, di sini, semalam oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Dua gadis tempatan mengaku pasangan lesbian dicekup khalwat bersama lelaki warga asing

Dua gadis tempatan mengaku pasangan lesbian dicekup khalwat bersama lelaki warga asing

Dalam serbuan kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, gadis berusia 18 dan 20 tahun berkenaan mendakwa baru tiga hari mengajak lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci kereta, menyewa di rumah mereka.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan penguat kuasa syariah daerah hasil maklumat awam mengenai kehadiran lelaki itu di rumah sewa pasangan berkenaan.

 

Katanya, hasil siasatan, lelaki tersebut memaklumkan baru sahaja mengenali dua gadis terbabit melalui rakannya dan menginap di rumah berkenaan hanya sementara menunggu mendapat kerja baru.

“Semasa disoal siasat, dua gadis terbabit mengaku mereka berdua adalah pasangan lesbian dan mereka juga mendakwa sempat melakukan perbuatan tidak bermoral sebelum ditahan penguat kuasa,” katanya.

Wan Mohd berkata, semua yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Katanya, semua yang ditahan bagaimanapun dibebaskan dengan bon jaminan sebaik keterangan mereka diambil, sebelum hadir ke mahkamah bagi proses pendakwaan.

Sumber:Sinar



Sumber Dua gadis tempatan mengaku pasangan lesbian dicekup khalwat bersama lelaki warga asing

Hans Isaac umum bakal kahwini bekas ratu cantik 29 Julai depan

$
0
0

Setelah sekian lama membujang, akhirnya Hans Isaac mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hati, Aileen Gabriella Robinson yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Pelancongan pada 29 Julai depan. Berita gembira tersebut telah diumumkan menerusi satu sidang media khas di sebuah hotel yang turut ditemani Gabriella.

Hans Isaac umum bakal kahwini bekas ratu cantik 29 Julai depan

Hans Isaac umum bakal kahwini bekas ratu cantik 29 Julai depan

“Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella. Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu,” katanya kepada m Star Online mengenai berita perkahwinan beliau.

 

 

 

 

 

Untuk pegetahuan, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu di Singapura. Pengumuman ini sekaligus menjawab teka-teki status Hans yang sebelum ini sering dikaitkan dengan beberapa orang selebriti melayu seperti Neelofa dan Erra Fazira.

Apapun semoga segala perancangan majlis perkahwinan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Tahniah diucapkan kepada Hans dan pasangan, akhirnya di usia 46 tahun Hans telah bertemu jodoh. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan. (rtky/w)

Sumber:Rotikaya



Sumber Hans Isaac umum bakal kahwini bekas ratu cantik 29 Julai depan

Ingat lagi tak? Gadis viral peluk bekas kekasih di hari perkahwinan lelaki itu dah move on

$
0
0

PASTI anda masih ingat lagi dengan rakaman video seorang gadis Indonesia yang datang memeluk erat bekas kekasihnya di sebuah majlis perkahwinan tiga tahun lalu.

Ingat lagi tak? Gadis viral peluk bekas kekasih di hari perkahwinan lelaki itu dah move on

Ingat lagi tak? Gadis viral peluk bekas kekasih di hari perkahwinan lelaki itu dah move on

Kejadian itu berlaku pada 17 Oktober 2014 di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia di mana ia merupakan hari persandingan bekas kekasih wanita terbabit, iaitu Rais bersama gadis pilihan daripada keluarga lelaki terbabit.

Gadis berkenaan, Risna Wati dikatakan tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu kepada Rais, sehingga sanggup memeluknya di hadapan khalayak ramai, termasuk isteri Rais sendiri.

Berlaku juga sedikit kekecohan namun ia terkawal, dalam pada itu juga ada yang turut menitiskan air mata menyaksikan adegan sayu berkenaan yang berlaku di depan mata mereka.

 

Difahamkan, Rais dan Risna sebelum ini pernah menjalinkan ikatan cinta selama tujuh tahun sehinggakan keluarga Rais pernah menghantar rombongan meminang kepada keluarga Risna.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila rombongan meminang keluarga Rais ditolak secara mentah-mentah oleh keluarga Risna dengan bermacam-macam alasan.

Kisah cinta tidak kesampaian kedua pasangan ini menjadi tular sehingga pernah difilemkan ke dalam sebuah drama yang ditayang di negara tersebut.

Peristiwa tersebut sudah tiga tahun berlalu, jadi bagaimanakah kehidupan terkini Risna?

Menerusi media Indonesia, Risna yang kini sudah berusia 24 tahun sudah bekerja sebagai seorang bidan kampung setelah menamatkan pengajiannya dalam kursus kejururawatan (kebidanan) di Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan.

Risna turut memuat naik status di laman sosialnya mengatakan yang dia semakin bersyukur dan tidak lagi menoleh ke belakang  sejak peristiwa tersebut.

Kebelakangan ni aku banyak belajar mengenai kehidupan, dan sesungguhnya kesemuanya di dunia ini hanya milik Allah.

“Semoga apa yang hilang dariku semoga dapat digantikan dengan perkara yang baik dengan kehendakMu.

“Ya Allah, ajarkanlah aku agar tidak meminta kembali perkara yang telah hilang dan ajarkanlah padaku untuk percaya bahawa apa yang engkau berikan adalah yang terbaik,” tulisnya menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, dia mengakui biarpun sukar untuk melupakan bekas kekasihnya itu, namun dia bersikap matang dan redha dengan keputusan bekas kekasihnya itu yang tetap tidak mahu menyuntingnya sebagai isteri.

Tambahnya, dia kini sudah berkawan dengan ramai kenalan lelaki namun masih belum menjumpai calon yang sesuai untuk dijadikan suami. 

DI BAWAH VIDEO YANG TULAR 20154…

Sumber:Mynewshub



Sumber Ingat lagi tak? Gadis viral peluk bekas kekasih di hari perkahwinan lelaki itu dah move on
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>