Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Remaja 19 tahun kantoi, kata temui bayi tergantung di tingkap rumahnya tapi sebenarnya bayi sendiri

$
0
0

Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, petang semalam, kerana menyembunyikan kelahiran bayi lelaki.

Remaja 19 tahun kantoi, kata temui bayi tergantung di tingkap rumahnya tapi sebenarnya bayi sendiri

Remaja 19 tahun kantoi, kata temui bayi tergantung di tingkap rumahnya tapi sebenarnya bayi sendiri

Remaja itu ditahan selepas membuat pengakuan bayi itu anaknya yang dilahirkan jam 6.45 pagi semalam di rumah di Bandar Utama Batang Kali, di sini.

Pada awalnya remaja terbabit mendakwa menemui bayi itu tergantung pada jeriji tingkap di belakang rumahnya jam 7.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, remaja terbabit mendakwa dia terpaksa menipu dan mereka cerita bagi mengelak diketahui ibunya.

 

Beliau berkata, remaja perempuan itu dan teman lelakinya ditahan jam 2 dan 3.30 petang semalam di Batang Kali.

“Soal siasat mendapati dia menjalin hubungan dengan teman lelakinya itu sehingga mengandung.

“Sehubungan itu, polis menahan lelaki berusia 17 tahun itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, remaja itu dirujuk ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan remaja lelaki itu direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.

Sumber:Metro



Sumber Remaja 19 tahun kantoi, kata temui bayi tergantung di tingkap rumahnya tapi sebenarnya bayi sendiri

Akhirnya.. Ini Respon Balas Hans Isaac Apabila Tunangnya Dituduh Menipu, Curang

$
0
0

Akhirnya.. Ini Respon Balas Hans Isaac Apabila Tunangnya Dituduh Menipu, Curang 



Sebelum ini seorang lelaki bernama Robin telah tampil membuat kenyataan mengatakan tunang kepada Hans Isaac adalah seorang penipu dan curang.

Robin memberitahu bahawa Gabriella masih lagi kekasihnya ketika Hans Isaac melamarnya di Singapura baru-baru ini.

Baca kenyataan penuh dari lelaki berkenaan DI SINI.

Kini pelakon dan pengarah ini tampil membuat kenyataan tentang hal ini.

Jom baca komen Hans Isaac:

Very unfortunate that some guys can't respect others on such a happy day for gabby and me. 

When one has ended a relationship years ago and to damage the reputation for other on social media. 

When it's a day that's important to gabby and me, is uncalled for. 

This guy has probably nothing going on for him that he need to seek the attention on social media.

Damaging the good name of the person I love is uncalled for. 

All I can say is that I feel sorry for this guy. He need a life. Kesian. 

Anyway I'm getting married guys, be happy for Gabby and me. 

Salam Sayang to all who support us and are spreading good vibes. We only want happiness and love with everyone around us. 

We shared yesterday announcement as we appreciated what all my fans and supporters have done for me the past many years. 

Thank u semua. Love u all for ever.

Itulah kenyataan khas dari Hans Isaac. Semoga berbahagia selalu.

Sumber Akhirnya.. Ini Respon Balas Hans Isaac Apabila Tunangnya Dituduh Menipu, Curang

Mungkin lebih baik kita kekal jadi jajahan Inggeris – Tun Dr Mahathir

$
0
0

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mencadangkan bahawa adalah lebih baik Malaysia kekal sebagai tanah jajahan Eropah.

Mungkin lebih baik kita kekal jadi jajahan Inggeris - Tun Dr Mahathir

Mungkin lebih baik kita kekal jadi jajahan Inggeris – Tun Dr Mahathir

Beliau berkata demikian dalam blognya hari ini yang mempertahankan syarikat kereta nasional Proton Holdings yang sedang dijual oleh pemiliknya DRB-Hicom kepada rakan kongsi asing.

“Terus terang, Malaysia akan menjadi negara lebih baik jika kita kekal sebagai tanah jajahan Eropah atau negara maju lain.

“Mereka jelas tahu lebih baik daripada kami mengenai tadbir urus dan pembangunan negara.

“Dan mereka akan menghasilkan kereta lebih baik, menjadikan kita berbangga dengan teknologi kita,” kata Mahathir yang adalah perdana menteri yang merintis pembuatan kereta tempatan melalui penubuhan Proton pada tahun 1983.

Kenyataan Mahathir itu dibuat ketika pengeluar kereta Perancis PSA Group mengesahkan bahawa ia telah mengemukakan tawaran untuk membeli kepentingan dalam Proton.

Syarikat Geely yang berpangkalan di China juga dilaporkan membuat tawaran untuk membeli kepentingan majoriti dalam Proton tetapi masih belum mengesahkannya secara umum.

Pada sekitar 1980-an, Proton mengawal sebahagian besar daripada kereta baru di negara ini. Ia mencatatkan penguasaan 73 peratus daripada semua kereta baru yang dijual di negara ini pada tahun 1988.

Bagaimanpun, sepanjang tahun-tahun berikutnya, terdapat pelbagai aduan tentang kualiti dan pasarannya menjunam secara mendadak.

Tahun lalu, Proton hanya menguasai 14 peratus pasaran kereta baru. Ia ketinggalan kepada pesaing tempatan Perodua yang menguasai 40.3 peratus dan pembuat kereta Jepun Honda yang menguasai 17.8 peratus.

Bagaimanapun, Mahathir menegaskan bahawa mutu kereta Proton telah meningkat dengan ketara.

“Mereka yang membidas kereta Proton kerana ia tidak mempunyai standard yang sama seperti kereta asing. Saya cadangkan mereka memandu uji Saga baru dan Persona.

“Saya dapati banyak perbezaan antara yang Proton lama dan Proton baru.

Mahathir berkata, beliau memiliki beberapa kereta Proton lama dan baru dan telah memandu kedua-duanya.

“Saya ucapan tahniah harus diberikan kepada pengurusan, jurutera dan pekerja di Proton atas penambahbaikan yang dibuat.

“Saya rasa Proton telah pelajari sesuatu tentang membuat kereta,” katanya.

Proton melancarkan Saga baru dan Persona tahun lalu dan model kereta berkenaan mendapat pujian dan ulasan yang membanggakan.

Bagaimanapun, model Perdana dan Ertiga, yang juga dilancarkan pada tahun lalu berdasarkan model Honda dan Suzuki lama, kurang popular dan tidak mendapat sambutan.

Sumber: Malaysiakini



Sumber Mungkin lebih baik kita kekal jadi jajahan Inggeris – Tun Dr Mahathir

Dari Mambau ke Los Angeles: Dari Mat Despatch kurus kering berjerawat batu gaji RM600, ini sebab kenapa Nabil Ahmad wajar dijadikan contoh

$
0
0

Baru-baru ini telah berlangsungnya anugerah berprestij Oscars, yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Anugerah ni penuh dengan artis ternama Hollywood dan setiap daripada mereka ingin memenangi anugerah Oscars. Jika sebelum ni Pak Nil setiap tahun ke Los Angeles untuk membuat liputan di sana, tapi tahun ni rezeki Nabil Ahmad pula.

Dari Mambau ke Los Angeles: Dari Mat Despatch kurus kering berjerawat batu gaji RM600, ini sebab kenapa Nabil Ahmad wajar dijadikan contoh

Dari Mambau ke Los Angeles: Dari Mat Despatch kurus kering berjerawat batu gaji RM600, ini sebab kenapa Nabil Ahmad wajar dijadikan contoh

Jika kita fikir-fikir kan balik macam mana Nabil boleh terpilih? Boleh ke dia berbahasa Inggeris? Sebenarnya kalau korang nak tahu Nabil ni boleh speaking tau. Bukan gagap punya speaking.. dan ini sebab kenapa anak-anak muda patut jadikan Nabil sebagai contoh. Caya lah Nabil!

Lawak ‘Broken English’ bukan sebarangan

 

‘Dia contoh kegigihan seorang anak kampung’

Dari Mambau ke Los Angeles

Sumber: Facebook Syahril A. Kadir

Via: Oh Bulan

 



Sumber Dari Mambau ke Los Angeles: Dari Mat Despatch kurus kering berjerawat batu gaji RM600, ini sebab kenapa Nabil Ahmad wajar dijadikan contoh

Sindir Penjawat Awam Sebagai ‘Hamba Abdi’ – Wanita Ini Tampil Pertahankan Diri & Mohon Maaf

$
0
0

Dalam zaman serba canggih sekarang ini, ramai yang menggunakan laman sosial sebagai medium untuk meluahkan ketidakpuasan hati, pendapat dan sebagainya. Namun, sebagai seorang pengguna kita haruslah bijak dan berfikir sebelum melontarkan pandangan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sindir Penjawat Awam Sebagai ‘Hamba Abdi’ – Wanita Ini Tampil Pertahankan Diri & Mohon Maaf

Sindir Penjawat Awam Sebagai ‘Hamba Abdi’ – Wanita Ini Tampil Pertahankan Diri & Mohon Maaf

Seperti yang dihadapi wanita ini, beliau menerima kecaman daripada netizen setelah memuatnaik satu komen seakan menghentam penjawat awam, beliau mendakwa komen itu hanyalah sindiran dan tidak bermaksud mahu menghina sesiapa pun.

‘Goverment Servant kan, kenalah menghamba diri’

Komen secara sindiran, pendapat disangkal

‘Saya dah pun minta maaf banyak kali’

‘Doktor itu tak mahu terima dan mahu saya guna ayat ini’

Saya telah merendahkan ego untuk minta maaf

sumber : Kitty Jane

Via: Oh Bulan

 



Sumber Sindir Penjawat Awam Sebagai ‘Hamba Abdi’ – Wanita Ini Tampil Pertahankan Diri & Mohon Maaf

“Dia mempermain dan menipu saya” – Bekas kekasih bakal isteri Hans Isaac luah kekesalan di media sosial

$
0
0

Selepas beberapa kisah percintaan kecundang, akhirnya semalam salah seorang pelakon kacak Malaysia telah mengumumkan dia akan mengakhiri zaman bujang dengan gadis pilihannya. Sama cantik dan sama padan, mereka ni kalau kita tengok sangat lah sesuai.

"Dia mempermain dan menipu saya" - Bekas kekasih bakal isteri Hans Isaac luah kekesalan di media sosial

“Dia mempermain dan menipu saya” – Bekas kekasih bakal isteri Hans Isaac luah kekesalan di media sosial

Tapi semalam, kami dapat kiriman email dari seorang pengikut OHBULAN! dan dalam email tersebut mengandungi beberapa screenshot. Katanya screenshot itu adalah luahan ex boyfriend kepada gadis yang akan dikahwini oleh pelakon lelaki tersebut. Alamak..

Hati berkecai..

 

Menurut lelaki ni, dia telah menjalinkan hubungan dengan bakal isteri pelakon tersebut, namun hatinya remuk apabila dia tidak tahu menahu langsung dan paling perit sekali, tiba-tiba dia dapat tahu bahawa kekasihnya itu akan berkahwin dengan orang lain. Dia dapat tahu perkara tersebut melalui sosial media. Katanya lagi selama mereka bercinta, dia sekali pun tidak pernah curang dan dia hanya sayangkan kekasihnya itu sahaja.

 

Sudah banyak kali dia dapat merasakan hubungan dengan kekasihnya ada sesuatu yang tidak kena, tetapi kekasihnya itu tetap mahu meneruskan percintaan mereka. Walaubagaimana pun, kekasihnya itu telah dilamar oleh pelakon kacak dari Malaysia sebulan yang lalu dan pada ketika itu, mereka masih lagi bersama. Lelaki ni juga rasa mencurigakan tiap kali telefon ada pada kekasihnya.

 

 

Dia tidak tahu bahawa pelakon lelaki tersebut tahu kewujudannya atau tidak ketika lamaran dibuat. Ini merupakan kali ketiga bekas kekasihnya berkahwin dengan orang lain.

Hmm, mungkin dah takde jodoh kot..

Via:Oh Bulan



Sumber “Dia mempermain dan menipu saya” – Bekas kekasih bakal isteri Hans Isaac luah kekesalan di media sosial

Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia – Al Fatihah

“Saya rasa kesian pada dia” – Hans Isaac jawab kontroversi bekas teman lelaki bakal isterinya

$
0
0

Tidak mudah melatah dengan ujian yang mendatang menjelang hari bahagia mereka, pelakon Hans Isaac dengan tenang menyatakan bahawa lelaki yang cuba mengeruhkan keadaan dia dan juga bakal isteri, Gabriella adalah seseorang yang tidak tahu menghormati orang lain.

"Saya rasa kesian pada dia" - Hans Isaac jawab kontroversi bekas teman lelaki bakal isterinya

“Saya rasa kesian pada dia” – Hans Isaac jawab kontroversi bekas teman lelaki bakal isterinya

 

 

 

 

 

Dalam kenyatannya di Instagram tersebut, Hans Isaac menjelaskan bahawa hubungan bekas kekasih bakal isterinya itu telah pun berkahir bertahun lamanya malah tindakan lelaki berkenaan seolah oleh ingin menjatuhkan maruah wanita yang bakal menjadi permaisuri hidupnya itu.

Apa yang pasti, tindakan dan dakwaan lelaki berkenaan terhadap Gabriella telah mendapat pelbagai reaksi berbeza di laman sosial. Bagaimanapun, Hans Isaac dalam penjelasannya itu juga mahu peminat untuk berkongsi rasa gembira tentang perkahwinnannya.

Semoga majlis pasangan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Dugaan yang mendatang pastinya membuatkan ikatan semakin kuat, bukan? Kami kongsikan beberapa keping gambar ketika sesi sidang media baru baru ini. (rtky/s)

Sumber:Rotikaya



Sumber “Saya rasa kesian pada dia” – Hans Isaac jawab kontroversi bekas teman lelaki bakal isterinya

Video Zizan Razak belasah penyampai radio jadi viral

Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen

$
0
0

 

Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen

Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen

Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tindakan si bapa yang membiarkan anaknya berdiri sambil ditahan dengan tangan sebelah kiri itu amat berbahaya dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, boleh meragut nyawa ketiga-tiga anak beranak itu.

Terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan. Antaranya:

1. Helmet hitam yang digunakan kanak-kanak itu tidak menepati ciri-ciri keselamatan.
2. Pembonceng berdiri semasa motosikal sedang bergerak.
3. Penunggang dan pembonceng tidak memakai kasut.
4. Si bapa menunggang motosikal dengan sebelah tangan.

Empat kesalahan yang dilakukan itu jelas sekali si bapa mengabaikan aspek keselamatan diri dan dua anak kecilnya itu.

Biar apa pun alasan yang diberikan, keselamatan diri dan pembonceng perlu diutamakan. Biar anak menangis, jangan ibu bapa yang menangis bila anak sudah tiada.

 

Sumber:Amazingnara



Sumber Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen

“Saya gembira, Hans ada beritahu saya tentang hubungannya dengan Gabriella” – Neelofa

$
0
0

Pelakon dan pengacara, Neelofa, 29, mengakui tahu mengenai hubungan Datuk Hans Isaac dan kekasihnya, bekas ratu cantik, Gabriella Robinson.

"Saya gembira, Hans ada beritahu saya tentang hubungannya dengan Gabriella" - Neelofa

“Saya gembira, Hans ada beritahu saya tentang hubungannya dengan Gabriella” – Neelofa

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 28, berkata, Hans pernah memaklumkan kepadanya tentang Gabriella pada November tahun lalu.

“Ya, saya tahu dia menjalin hubungan cinta dengan Gabriella tetapi tidak pernah bertemu.

“Saya gembira mendengar berita tentang mereka bakal berkahwin dan mendoakan hubungan mereka bahagia,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Neelofa lagi, walaupun dia dan Hans bersahabat baik, namun tidak pernah mencampuri urusan peribadi pengarah, penerbit dan pelakon berusia 45 tahun itu.

“Sebagai seorang teman saya teruja mahu melihat dia dan wanita pilihan hatinya bahagia,” ujarnya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan butik keduanya, Naelofar Hijab di Publika. 

Hans pada petang Selasa telah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas ratu cantik, Gabriella Robinson pada 29 Julai ini setelah melamar wanita berusia 28 tahun itu pada 29 Januari lalu.

Sumber: Astro Gempak



Sumber “Saya gembira, Hans ada beritahu saya tentang hubungannya dengan Gabriella” – Neelofa

Cemburu kerana isteri makan dengan bekas guru sekolah, suami pukul, ugut dan bogelkan

$
0
0

Cemburu kerana isterinya makan dengan bekas guru sekolah, seorang wanita dipukul, diugut dan dibogelkan dalam dua kejadian berasingan.  

Cemburu kerana isteri makan dengan bekas guru sekolah, suami pukul, ugut dan bogelkan

Cemburu kerana isteri makan dengan bekas guru sekolah, suami pukul, ugut dan bogelkan

Kejadian bermula di sebuah kedai makan apabila suspek, 29, menyerang mangsa, 28, di sebuah kedai makan di Batu Burok jam 3.30 petang pada 8 Februari lalu.

“Ketika di dalam kereta, mangsa mendakwa suspek menamparnya beberapa kali, menarik rambut dan memukul belakangnya selain dipaksa bogel ketika berada di rumah di Marang,” kata sumber seperti dilapor Harian Metro.

“Suspek turut mengambil gambar dan video mangsa sebelum mengugut akan  menyebarkannya selain turut mengambil dokumen penting milik mangsa termasuk kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan barang kemas sebelum meninggalkan mangsa.”

Mangsa yang bengkak di pipi, lebam di tangan, sakit dan lebam di belakang anggota badan kemudiannya membuat laporan polis dan merujuk kes ke mahkamah syariah di sini.

Namun, suspek dilaporkan terus mengganggu mangsa di tempat kerja pada 16 Februari lalu dengan alasan mahu berbincang.

Sumber: Malay Mail



Sumber Cemburu kerana isteri makan dengan bekas guru sekolah, suami pukul, ugut dan bogelkan

Video peminat bergomol lelaki perempuan berebut beg yang dicampak Sherry Ibrahim dalam Festival Mood Republik

$
0
0

KEBIASAANNYA acara perebutan dalam dilihat dalam babak drama Mat Saleh ketika pengantin perempuan ingin membaling bunga kepada tetamu perempuan mereka.

Video peminat bergomol lelaki perempuan berebut beg yang dicampak Sherry Ibrahim dalam Festival Mood Republik

Video peminat bergomol lelaki perempuan berebut beg yang dicampak Sherry Ibrahim dalam Festival Mood Republik

Tapi, kini ia bukan lagi hanya tertakluk kepada majlis perkahwinan sahaja, sebaliknya, acara baling membaling ini juga sudah diaplikasikan sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat dan pembeli.

Sebagai contoh, video yang kian menular ini menunjukkan situasi sebenar acara perebutan beg yang diberikan penganjur sebuah festival Mood Republik yang berlangsung di Kedah, baru-baru ini.

Dalam video ini dapat dilihat di antara hadirin bercampur lelaki dan perempuan bagi mendapatkan beg yang dicampak oleh pelakon Sherry Ibrahim.

 

Masing-masing nampaknya tidak mahu melepaskan peluang keemasan merebut ‘beg harta karun’ yang dihadiahkan penganjur buat pengunjung.

Namun, dalam sakan berebut tu, nampak macam tak manis pula bila lelaki dan perempuan bergomol macam tu kan.

Mungkin lepas ini pihak penganjur boleh fikirkan inisiatif lain untuk memeriahkan acara sekali gus bagi menghargai pengunjung yang setia hadir ke karnival anjuran mereka.

Seorang pembaca Mynewshub juga menghantar komen seperti berikut meluahkan kurang senang dengan apa yang berlaku;

Assalamualaikum,

Saya hanya nak share je.

Tentang Mood Republik yang diadakan di kedah baru2 nie sempena #moodrepublikkedah2017. Pihak penganjur Mood Republik sepatutnye lebih berhati2 dengan mengadakan peraduan menang seharusnya gune lah cara yg betul cara yg lebih baik.

Tak sepatutnye hal nie terjadi dgn membaling beg sehingga ade yg berebut2, ade yg jatuh ade jugak peminat antara lelaki dan peminat wanita berasak2 berhimpit2 hanya kerana utk mendapatkan beg yg di baling tu. Rasenye seperti takde etika kesopanan langsung takde adab.

Pelakon Sherry Ibrahim tu pun mcm suke je nak baling2 beg kepada peminat. Cube guna cara yg lebih elok. Contoh : buat kuiz ke, main teka teki ke ataupun lantik seorang juri utk menilai. Saye sembang bace kat post IG Sherry vidoe beliau membaling beg tu. Ramai yg hentam die komen2 negative dgn cara die tu buat masyakarat anggap bende tu tak sesuai tak sepatutnye terjadi. Sherry tak padam post tu tapi orang boleh tengok betapa malunye.

Seharusnye Sherry padam terus tapi die hanya off komen. Sungguh tak beradab takde etika kesopanan langsung. Kite manusia bukan haiwan atau binatang nak diperlakukan sedemikian.

Saye harap pihak penganjur mood republik boleh pertimbangkan hal sedemikian. Kite buat cara elok orang boleh terima. Kite buat cara yg tak elok orang boleh fikir yg bukan2 orang boleh fikir negative. Sekian Terima Kasih

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Video peminat bergomol lelaki perempuan berebut beg yang dicampak Sherry Ibrahim dalam Festival Mood Republik

“Saya tak nak beg, saya nak iPhone ni je” – Kata-kata yang diterima suri rumah dari wanita yang mencuri begnya di surau

$
0
0

“Saya tak nak beg ni, saya nak iPhone ni je.” Demikian kata-kata diterima suri rumah, Zuhaiza Abuas, 38, daripada wanita yang mencuri beg tangannya ketika solat Maghrib di surau sebuah pusat membeli-belah, di sini, 25 Februari lalu.

"Saya tak nak beg, saya nak iPhone ni je" - Kata-kata yang diterima suri rumah dari wanita yang mencuri begnya di surau

“Saya tak nak beg, saya nak iPhone ni je” – Kata-kata yang diterima suri rumah dari wanita yang mencuri begnya di surau

Zuhaiza berkata, dia menghubungi wanita itu menerusi telefon bimbitnya malah diugut pencuri itu dengan meminta kata kunci telefon sekiranya mahu beg tangan itu semula.

Akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM6,000 apabila hilang beg tangan, iPhone6S plus dan jam tangan pemberian suami sempena hari lahir.

“Kejadian berlaku selepas saya solat Maghrib bersama adik di surau sambil ditemani tiga anak.

 

“Saya ingatkan anak saya membawa bersama beg tangan keluar surau. Tetapi apabila mereka katakan tiada, saya sedar beg tangan saya sudah dicuri,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia kemudian membuat laporan di kaunter polis bantuan sebelum melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Saya nampak dalam rakaman itu seorang wanita berbaju putih berlengan panjang dan bertudung merah jambu mengambil beg tangan saya.

“Saya hubungi dia dan dengan beraninya dia meminta kata kunci telefon sekiranya saya mahu beg tangan saya.

“Tetapi saya tidak sebodoh itu kerana tiada jaminan dia memberikan beg saya,” katanya.

Dia berkata, dia difahamkan kes sama pernah berlaku sebelum ini dipercayai dilakukan orang sama berdasarkan rakaman CCTV.

“Bagi saya kalau bukan rezeki nak buat macam mana, tetapi saya nak sangat dia ditangkap.

“Rasanya barangan peribadi memang perlu disimpan dekat dengan kita atau kalau boleh solat bergilir-gilir.

“Ini ingatan untuk semua, dia ambil kesempatan sebab surau waktu itu padat. Saya ingatkan semua orang baik, dah terkena pada diri sendiri baru tahu,” katanya.

Zuhaiza membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari sama.

Sumber: Metro



Sumber “Saya tak nak beg, saya nak iPhone ni je” – Kata-kata yang diterima suri rumah dari wanita yang mencuri begnya di surau

“Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy” – Sufian Suhaimi

$
0
0

Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan tuduhan netizen di laman sosial bahawa dia lupa daratan dan curang terhadap kekasihnya apabila mula mendekati pelakon Elfira Loy.

 
"Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy" - Sufian Suhaimi

“Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy” – Sufian Suhaimi

Sufian, 25, berkata, kebanyakan pengikut laman sosial tidak mengetahui perkara sebenar bahawa hubungan dia dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Izyan itu sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu.

“Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri.

“Sebenarnya saya sudah putus dan wanita dalam gambar itu ialah bekas kekasih saya, namun saya tidak rasa ada keperluan untuk saya jelaskan perkara sebenar kerana ia adalah hal peribadi,” ujarnya kepada mStar Online.

Wanita yang didakwa kekasih Sufian Suhaimi.

Sufian dihubungi bagi menjelaskan dakwaan segelintir pengikut laman sosial yang menganggap dia sudah berubah sikap selepas popular.

Netizen turut menyebarkan foto-foto dia bersama bekas teman wanitanya dengan mengaitkan nama pelakon Elfira Loy sebagai punca hubungan tersebut putus.

“Ia bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen.

“Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang komen penyanyi lagu Terakhir ini di sebuah foto yang dimuat naik Elfira baru-baru ini berbaur seperti sebuah lamaran, Sufian berkata dia hanya bergurau.

Tambahnya, hubungan dia dengan aktres berkenaan masih lagi pada fasa berkawan.

“Itu bukan lamaran, itu hanya gurauan dan saya hanya melawak sahaja. Dia pun faham dengan perangai saya suka melawak di laman sosial,” ujarnya.

Sumber:Mstar


Sumber “Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy” – Sufian Suhaimi

Denda RM4000 dan penjara 12 bulan bagi pemilik kenderaan yang masih degil memasang tinted gelap

$
0
0

Bagi pemilik kenderaan yang masih degil melanggar undang-undang dan terus membiarkan tahap cermin gelap melebihi had akan berhadapan dengan denda yang cukup tinggi dan penalti di bawah akta undang-undang yang digazetkan awal bulan ini, disahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi The Sun.

Denda RM4000 dan penjara 12 bulan bagi pemilik kenderaan yang masih degil memasang tinted gelap

Denda RM4000 dan penjara 12 bulan bagi pemilik kenderaan yang masih degil memasang tinted gelap

Peraturan baharu berhubung cermin gelap pada ini diletakkan di bawah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 yang lebih diperketatkan berbanding peraturan 1991.

Pindaan peraturan ini telah pun mula dikuatkuasakan sejak 6 Februari lalu, pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan pertama, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan tersebut akan didenda sehingga RM4,000 atau 12 bulan penjara, atau kedua-duanya.

Peraturan sebelum ini hanya mengenakan denda sebanyak RM500 atau dua minggu penjara bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya didenda sebanyak RM1,000 atau hukuman penjara tidak sebulan tidak melebihi satu bulan.

Satu-satunya perubahan ketara di bawah peraturan 2016 ialah tahap lut cahaya yang minimum bagi cermin depan atau kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ditetapkan sebanyak 30%.

Sebelum ini, tahap minimum bagi VLT untuk cermin hadapan kekal 70%, sementara cermin sisi (tempat pemandu dan penumpang di sebelah pemandu) kekal pada 50%.

Dengan peraturan baharu yang telah digazetkan ini, difahamkan pihak polis akan memburu dan menahan pemilik kenderaan yang menerima notis amaran sejak November 2014.

Menurut Liow, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program advokasi bagi peraturan baharu cermin gelap ini.

“Buat setakat ini tiada operasi khas. Undang-undang ini telah termaktub dan orang ramai perlu mematuhinya sepanjang masa,” ujar Liow.

Manakala Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad pula berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan baharu cermin gelap ini.

“Kita akan meminta para pemilik kenderaan terbabit supaya mematuhi peraturan baharu ini dan akan memberikan masa bagi mereka menanggalkan lapisan cermin gelap yang melanggar undang-undang ini,” ujar Ismail.

Sumber:Paultan



Sumber Denda RM4000 dan penjara 12 bulan bagi pemilik kenderaan yang masih degil memasang tinted gelap

Harga gula naik sehingga RM0.11 ​​sekilogram

$
0
0

Harga gula meningkat sehingga RM0.11 ​​sekilogram, walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai dibuat.

Harga gula naik sehingga RM0.11 ​​sekilogram

Harga gula naik sehingga RM0.11 ​​sekilogram

Sekilogram gula kini berharga RM2.95, iaitu peningkatan 4 peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013.

Ini telah disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng.

Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej teks.

“Saya menerimanya kira-kira jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp. Tidak ada surat rasmi,” kata Hong.

Beliau mengandaikan kerajaan mengelak untuk membuat pengumuman rasmi untuk mengelakkan peruncit dari menaikkan pemberitahuan dan pengguna daripada pembelian panik.

Hong menyifatkan kenaikan harga sebagai sederhana kerana kali terakhir harga barangan itu meningkat sebanyak RM0.20 sekilogram, memandangkan terdapat turun naik dalam harga gula global sejak kebelakangan ini.

Sumber:Malaysiakini



Sumber Harga gula naik sehingga RM0.11 ​​sekilogram

Bayi perempuan 6 bulan yang masih menyusu terpaksa tidur lokap ikut ibu bapa yang ditahan kerana dadah

$
0
0

Bayi perempuan berusia enam bulan yang masih menyusu menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa mengikut ibu bapanya bermalam di lokap selepas pasangan itu ditahan kerana memiliki dadah dalam serbuan polis di Kampung Pasir Akar, di sini, petang semalam.

Bayi perempuan 6 bulan yang masih menyusu terpaksa tidur lokap ikut ibu bapa yang ditahan kerana dadah

Bayi perempuan 6 bulan yang masih menyusu terpaksa tidur lokap ikut ibu bapa yang ditahan kerana dadah

Dalam serbuan di sebuah rumah kedai kira-kira jam 3 petang itu, polis yang melakukan pemeriksaan menemui satu bekas plastik warna merah jambu di atas almari di dapur.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemui sebanyak 16 tiub penyedut minuman warna biru setiap satu berisi 10 biji pil warna kemerahan selain satu tiub lagi berisi sembilan biji pil yang sama bersama sebiji pil warna kehijauan disyaki dadah.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan isterinya berusia 29 tahun yang juga penyewa rumah kedai terbabit sejak setahun lalu yang turut mengusahakan kedai makan.

 

Menurut Mohd Zamri, pasangan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Metro

 

 



Sumber Bayi perempuan 6 bulan yang masih menyusu terpaksa tidur lokap ikut ibu bapa yang ditahan kerana dadah

Bapa gantung anak di atas sungai kerana tak siapkan kerja sekolah

$
0
0

Mendidik anak supaya mereka sentiasa menyiapkan kerja sekolah ketika di rumah mungkin memberi cabaran besar kepada ibu bapa.

Bapa gantung anak di atas sungai kerana tak siapkan kerja sekolah

Bapa gantung anak di atas sungai kerana tak siapkan kerja sekolah

Seorang bapa di barat China mungkin sudah habis ikhtiar bagi memastikan anaknya menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran di rumah.

Lelaki berasal dari Meishan di wilayah Sichuan itu dirakamkan menggantung anaknya beberapa sentimeter di atas sungai sebagai denda kerana tidak membuat kerja sekolah.

Video yang disiarkan baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak itu diikat pada tali dan diturunkan ke sungai dari tebing.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu kelihatan ketakutan dan merayu bapanya supaya berhenti.

 

Bagaimanapun, lelaki itu menggantung anaknya di atas permukaan air dan memarahinya kerana tidak menyiapkan kerja matematik.

Lelaki itu juga menyoal beberapa soalan matematik kepada anaknya yang masih tergantung.

Lebih 10 penduduk berada di tepi sungai berkenaan dan melihat lelaki itu mendenda anaknya.

Video itu yang tersebar di media sosial di China mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna Internet dengan ada yang menyokong dan mengutuk tindakan lelaki berkenaan.

“Saya pasti budak lelaki itu akan menjadi pelajar yang rajin dan sering menyiapkan kerja sekolah,” kata seorang pengguna.

Namun, seorang pengguna pula bimbang kanak-kanak itu mungkin trauma, sekali gus mengganggu proses pembelajarannya.

Sumber:Metro



Sumber Bapa gantung anak di atas sungai kerana tak siapkan kerja sekolah

Mayat wanita dan kanak-kanak ditemui terikat di pantai Teluk Bahang, Balik Pulau

$
0
0

Mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan kedua-duanya terikat di bahagian perut ditemui tertiarap di tepi pantai di Teluk Bahang, Balik Pulau, 6 petang tadi.

Mayat wanita dan kanak-kanak ditemui terikat di pantai Teluk Bahang, Balik Pulau

Mayat wanita dan kanak-kanak ditemui terikat di pantai Teluk Bahang, Balik Pulau

Kedua-dua mayat lengkap berpakaian berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan pantai terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.08 petang dan terus ke lokasi kejadian.

“Kedua mayat berkenaan ditemui terikat antara satu sama lain dengan tali rafia pada bahagian perut.

 

“Pihak polis belum dapat mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa dan masih dalam siasatan,” katanya di sini.

Kedua-dua mayat berkenaan dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

Sumber: Metro



Sumber Mayat wanita dan kanak-kanak ditemui terikat di pantai Teluk Bahang, Balik Pulau
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>