Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Harga RON 95 & 97 kekal, harga diesel naik 5 sen untuk Mac 2017

$
0
0

Menurut akhbar Malaysiakini dan Oriental Daily, harga bagi petrol RON 95 dan RON 97 untuk bulan Mac 2017 kekal pada RM2.30 dan RM2.60 seliter manakala harga diesel naik 5 sen kepada RM2.20 berkuatkuasa mulai tengah malam ini. 

Harga RON 95 & 97 kekal, harga diesel naik 5 sen untuk Mac 2017

Harga RON 95 & 97 kekal, harga diesel naik 5 sen untuk Mac 2017

Berita ini bersumberkan daripada portal Malaysiakini:-

The retail price for RON95 and RON97 petrol in March will remain unchanged at RM2.30 per litre and RM2.60 per litre respectively.

However, the retail price of diesel will go up by 5 sen to RM2.20 per litre effective midnight, according to China Press.

Monthly fuel prices are determined based on a managed float system called “Automatic Pricing Mechanism” (APM).

It determines the month’s fuel price by factoring the average market value of a particular fuel and the ringgit’s strength in the preceding month.

Fuel prices are presently at the highest level since the implementation of the managed float system in December 2014.

Crude oil prices have remained depressed due to a global glut which came about after the US flooded the market with shale oil.

The US oil boom was made possible through advancement in horizontal drilling technology.

Oil price began to stabilise this year following moves by the Organization of the Petroleum Exporting Countries (Opec) and other oil-producing countries to slash output.

Kredit: Malaysiakini



Sumber Harga RON 95 & 97 kekal, harga diesel naik 5 sen untuk Mac 2017

Pelakon dan pengacara Ary Malik meninggal dunia. Al Fatihah

$
0
0

Pelakon dan pengacara Ary Malik, 46, telah disahkan meninggal pada 7.17 malam tadi di Hospital Ampang Ampang.

Pelakon dan pengacara Ary Malik meninggal dunia. Al Fatihah

Pelakon dan pengacara Ary Malik meninggal dunia. Al Fatihah

Perkara tersebut disahkan suami Allahyarham, Shahrul Nizam Abdul Malik, 46.

Jenazah Allahyarham akan di bawa ke Masjid Wardieburn camp untuk di mandikan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik menghembuskan nafas terakhirnya kerana kanser ovari.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak, Nur Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Sumber:Astro Gempak



Sumber Pelakon dan pengacara Ary Malik meninggal dunia. Al Fatihah

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un!! Ary Malik Disahkan Meninggal Dunia

$
0
0

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un!! Ary Malik Disahkan Meninggal Dunia


Pelakon Ary malik akhirnya menghembuskan nafasnya yang terkahir sebentar tadi.

Dia disahkan meninggal dunia pada jam 7.17 petang tadi.

Ketika meninggal dunia, pelakon ini berada disamping suami dan juga anak-anaknya.

Berita kematian tersebut disahkan oleh suami Allahyarham iaitu Shahrul Nizam.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Danau Kota, Setapak dekat sini pada malam ini.

Penyakit barah yang menimpa Ary mula dikesan sejak tahun lalu.

Ary telahpun menjalani pembedahan pada bulan Mei lepas di Hospital Tunku Mizan.

Ary dimasukkan ke Hospital Ampang pada minggu lalu selepas Shahrul Nizam mendapati keadaaan kesihatan isterinya semakin lemah dan tidak stabil.

Kemudian Ary tidak sedarkan diri dan semakin tenat setelah dua hari berada di dalam wad.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga.

Mari kita doakan Ary Malik, Al Fatihah!



Sumber Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un!! Ary Malik Disahkan Meninggal Dunia

Pemohon sijil halal kini tidak lagi dibenarkan guna terma ayat ruqyah dan makanan sunnah untuk iklan produk

$
0
0

Syarikat dan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak dibenarkan menggunakan terma ‘ayat ruqyah’, ‘makanan sunnah’ dan seumpamanya pada pelabelan, pengiklanan dan promosi produk yang dipohon bagi pengesahan halal.

Pemohon sijil halal kini tidak lagi dibenarkan guna terma ayat ruqyah dan makanan sunnah untuk iklan produk

Pemohon sijil halal kini tidak lagi dibenarkan guna terma ayat ruqyah dan makanan sunnah untuk iklan produk

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata produk yang dilabelkan dengan terma itu sering digunakan sesetengah pengusaha sebagai pelan pemasaran, namun ia dikhuatiri boleh mengundang penipuan ke atas pengguna yang percaya produk itu lebih berkesan.

Katanya, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada November tahun lalu memutuskan bahawa penggunaan ayat ruqyah pada sesuatu produk bagi tujuan komersial tidak dibenarkan pada pelabelan, pengiklanan atau promosi.

“Produk berasaskan ‘makanan sunnah’ atau makanan serta minuman yang dibacakan ayat al-Quran atau diruqyahkan sering disebut sebagai makanan terbaik.

“Selain itu, ada produk yang menggunakan air zam zam sebagai ramuan campuran, namun kuantitinya amat sedikit dan kemudian dinyatakan sebagai ramuan pada label produk itu.

“Tindakan ini berkemungkinan besar menyebabkan berlaku penipuan kepada orang ramai yang menganggap produk itu lebih berkat dan berkesan kerana dibacakan ayat al-Quran dan zikir serta doa tertentu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Othman berkata, pekeliling mengenai peraturan itu sudah dikuatkuasakan pada 15 Februari lalu mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Justeru, semua syarikat dan pemohon pensijilan halal Malaysia perlu mematuhi dan mengambil maklum mengenai pelaksanaan pekeliling ini,” katanya.

Sumber:Bharian



Sumber Pemohon sijil halal kini tidak lagi dibenarkan guna terma ayat ruqyah dan makanan sunnah untuk iklan produk

Bakal jenazah ditahan polis di Kompleks Karamunsing

$
0
0

Seorang penunggang motorsikal ditahan dalam satu operasi yang dilaksanakan pihak polis kerana mempamerkan nombor pendaftaran belakang bertulis ‘Bakal Jenazah’, di Kompleks Karamunsing, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, suspek berusia 20 tahun dan bekerja di salah sebuah kedai 24 jam itu ditahan dalam OP Roda di kompleks berkenaan lebih kurang jam 2.45 petang kelmarin.

“Penunggang motorsikal serta motorsikal miliknya telah di bawa ke Balai Trafik Bandaraya Kota Kinabalu,”katanya sambil menambah suspek ditahan di bawah Seksyen 108 (3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakn nombor pendaftaran bukan milik asal kenderaan berkenaan.

Tambah Chandra, ketika operasi berkenaan sebanyak 20 buah kenderaan dan lapan individu telah diperiksa.

“Tujuan operasi ini adalah mengesan kenderaan curi, kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan juga kegiatan kereta sapu.”

“Usaha akan diteruskan lagi bagi mengesan kenderaan-kenderaan curi dan kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran  palsu lantas dapat mencegah kejadian jenayah,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius

Motorsikal milik suspek yang menggunakan nombor pendaftaran belakang ‘Bakal Jenazah’.

Bakal jenazah ditahan polis di Kompleks Karamunsing

Sumber:Sayang Sabah



Sumber Bakal jenazah ditahan polis di Kompleks Karamunsing

Nadya Syahera tetap akan bersanding biarpun sudah mengandung 7 bulan

$
0
0

Walaupun sudah bersalin, pelakon Nadya Syahera, 24, dan suaminya Fizul Nawi, 25, tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan majlis persandingan pada Mei depan.

Nadya Syahera tetap akan bersanding biarpun sudah mengandung 7 bulan

Nadya Syahera tetap akan bersanding biarpun sudah mengandung 7 bulan

Nadya yang juga pelakon drama bersiri popular Abang Bomba I Love You kini hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak sulungnya itu pada April ini.

Nadya bernikah dengan Fizul tahun lalu selepas berkenalan menerusi Facebook. Selepas serasi antara satu sama lain, mereka segera melangsungkan pernikahan bagi mengelak fitnah apabila sering keluar dan bercuti bersama-sama.

“Nampak gayanya kami akan bersanding bertiga nanti. Pada majlis persandingan itu nanti akan turut diadakan majlis cukur jambul anak kami,” katanya.

 

Menurut pelakon ini, menerusi imbasan yang dilakukan dia bakal melahirkan bayi perempuan.

Nadya berkata, dia dan suami tidak mahu merahsiakan jantina bayi, malah sangat teruja apabila sudah mengetahui jantina zuriat sulung mereka itu.

“Tiada apa yang nak kami rahsiakan. Apa yang penting saya dan bayi yang dikandung ini sihat. Pada awal kehamilan saya mengalami muntah-muntah dan tidak boleh makan nasi serta ayam. Saya menggantikannya dengan mi, kuetiau atau roti.

“Apabila kandungan memasuki bulan keempat, alahan semakin kurang tetapi saya suka makan aiskrim pula. Setiap hari mesti nak aiskrim, kalau tak dapat rasa tidak senang duduk. Tak kisahlah apa jenis aiskrim pun,” katanya.

Nadya yang tinggal di Shah Alam akan bersalin di pusat perubatan swasta di sana. Dia akan dijaga ibunya yang datang dari Kedah dan turut mengupah bidan untuk menjaganya dengan bayi.

Nadya berkata, majlis persandingan mereka akan diadakan pada 20 Mei ini di Kedah, manakala di sebelah keluarga Fizul pula selepas Aidilfitri nanti di Kelantan.

“Pada Julai ini pula, kami akan mengadakan majlis sama di Kuala Lumpur dengan menjemput rakan artis dan kenalan kami. Pastinya ketiga-tiga majlis itu akan menjadi kenangan yang amat istimewa kerana kami bersanding bertiga,” katanya.

Dalam keadaan kandungannya yang semakin sarat, Nadya juga kelihatan berseri-seri.

“Sebelum hamil saya malas nak ‘bersiap’ kecuali jika saya nak berlakon atau pergi ke acara hiburan tetapi sejak hamil, saya gemar bersolek.

“Kata orang tua-tua, kalau hamilkan anak perempuan, si ibu suka bergaya dan sebaliknya jika anak dalam kandungan lelaki,” katanya sambil ketawa.

Buat masa sekarang, Nadya berehat seketika daripada lakonan dan akan aktif semula selepas dia bersalin nanti.

“Selepas Abang Bomba I Love You, saya berlakon teater dan membuat pengacaraan,” katanya.

 

 

Sumber: Metro



Sumber Nadya Syahera tetap akan bersanding biarpun sudah mengandung 7 bulan

“Semua cerita tu tak betul, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu” – Hanez Suraya

$
0
0

Selepas lebih sebulan berdiam diri, pelakon Hanez Suraya tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar rumah tangganya bersama Romie Razin yang didakwa berantakan.

"Semua cerita tu tak betul, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu" - Hanez Suraya

“Semua cerita tu tak betul, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu” – Hanez Suraya

Hanez ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila terlalu banyak spekulasi timbul selain cerita yang ditokok-tambah.

“Sebenarnya kami okay saja. Tak ada apa yang berlaku antara kami. Namun, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.

“Ingin dijelaskan, cerita yang kononnya saya nak kembali berlakon tapi suami tak izinkan menjadi punca pergolakan rumah tangga kami adalah tak benar sama sekali. Perkara itu tak pernah berlaku pun.

 

“Jadi, apabila terlalu banyak spekulasi, suami mula bertanya. Satu kerja pula lagi saya perlu menjelaskan kepadanya. Apa saya boleh katakan, jangan mudah percaya,” katanya kepada Harian Metro.

Hanez juga menjelaskan dia berdiam diri bukan sebab lari daripada pihak media, sebaliknya ingin memberi ruang kepada diri sendiri.

Terdahulu pergolakan rumah tangga pasangan ini mula tular sejak beberapa bulan lalu, namun ia reda apabila mereka bercuti ke Jepun.

Perkara itu kembali hangat apabila tersebar nama pelakon itu tersenarai dalam kes Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Pasangan itu berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya yang kini berusia setahun dua bulan.

Sumber:Metro



Sumber “Semua cerita tu tak betul, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu” – Hanez Suraya

Joe undur diri, kumpulan Wings kini tinggal bertiga

$
0
0

Wings mengesahkan kumpulan rock itu kini tinggal bertiga apabila pemain gitar utama mereka, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, mengundurkan diri.

Joe undur diri, kumpulan Wings kini tinggal bertiga

Joe undur diri, kumpulan Wings kini tinggal bertiga

Vokalisnya, Awie, berkata keputusan itu diambil secara pemuafakatan selepas perbincangan bersama semua anggota Wings, beberapa bulan lalu.

“Kami tidak melihat perkara ini sebagai isu besar kerana dalam sesebuah kumpulan, memang ada ahli yang keluar masuk. Saya dan Black juga pernah keluar dan kemudian kami kembali bersama.

“Bagi kami, Joe hanya pemuzik dan di luar sana ramai lagi pemain muzik yang bagus. Lagi pun kumpulan ini kuat kerana ia adalah Wings, bukan atas kapasiti individu.

VOKALIS Wings, Awie

“Sesiapa pun boleh membawakan muzik Wings andai seorang daripada kami tiada,” katanya pada sidang media Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama, di Istana Budaya, hari ini.

Begitupun, pemilik nama penuh Datuk Ahmad Azhar Othman itu menegaskan, mereka sepakat untuk tidak mengambil anggota baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Joe.

Selain Awie, kumpulan rock popular yang ditubuhkan pada 1987 itu kini turut ditunjangi Black selaku pemain dram dan Eddie (gitar bes).

Sebelum itu, desas-desus pengguguran Joe daripada Wings timbul selepas tempatnya digantikan pemuzik undangan ketika konsert ambang tahun baharu di Melaka.

Joe

Kononnya, ia disebabkan beliau menjadi punca konsert sempena ulang tahun ke-30 Wings di Kota Kinabalu, Sabah, yang sepatutnya berlangsung pada 24 Disember 2016 lalu ditunda.

Awie bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengunduran rakannya itu kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak, selain memaklumkan Joe kini mempunyai kumpulan sendiri dinamakan Prime Domestic.

Sementara itu, pada Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama di Istana Budaya pada 6 hingga 9 April depan, mereka akan turut menggunakan khidmat pemain gitar utama undangan.

Konsert yang turut menampilkan 25 selebriti popular lain termasuk Datuk Ramli Sarip, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Ito, Liza Hanim dan Beto Kusyairy itu bermatlamat membantu teman artis seperti Yazid Search dan ramai lagi.

Sumber:Bharian



Sumber Joe undur diri, kumpulan Wings kini tinggal bertiga

Joe undur diri, kumpulan Wings kini tinggal bertiga

$
0
0

Wings mengesahkan kumpulan rock itu kini tinggal bertiga apabila pemain gitar utama mereka, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, mengundurkan diri.

Joe undur diri, kumpulan Wings kini tinggal bertiga

Joe undur diri, kumpulan Wings kini tinggal bertiga

Vokalisnya, Awie, berkata keputusan itu diambil secara pemuafakatan selepas perbincangan bersama semua anggota Wings, beberapa bulan lalu.

“Kami tidak melihat perkara ini sebagai isu besar kerana dalam sesebuah kumpulan, memang ada ahli yang keluar masuk. Saya dan Black juga pernah keluar dan kemudian kami kembali bersama.

“Bagi kami, Joe hanya pemuzik dan di luar sana ramai lagi pemain muzik yang bagus. Lagi pun kumpulan ini kuat kerana ia adalah Wings, bukan atas kapasiti individu.

VOKALIS Wings, Awie

“Sesiapa pun boleh membawakan muzik Wings andai seorang daripada kami tiada,” katanya pada sidang media Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama, di Istana Budaya, hari ini.

Begitupun, pemilik nama penuh Datuk Ahmad Azhar Othman itu menegaskan, mereka sepakat untuk tidak mengambil anggota baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Joe.

Selain Awie, kumpulan rock popular yang ditubuhkan pada 1987 itu kini turut ditunjangi Black selaku pemain dram dan Eddie (gitar bes).

Sebelum itu, desas-desus pengguguran Joe daripada Wings timbul selepas tempatnya digantikan pemuzik undangan ketika konsert ambang tahun baharu di Melaka.

Joe

Kononnya, ia disebabkan beliau menjadi punca konsert sempena ulang tahun ke-30 Wings di Kota Kinabalu, Sabah, yang sepatutnya berlangsung pada 24 Disember 2016 lalu ditunda.

Awie bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengunduran rakannya itu kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak, selain memaklumkan Joe kini mempunyai kumpulan sendiri dinamakan Prime Domestic.

Sementara itu, pada Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama di Istana Budaya pada 6 hingga 9 April depan, mereka akan turut menggunakan khidmat pemain gitar utama undangan.

Konsert yang turut menampilkan 25 selebriti popular lain termasuk Datuk Ramli Sarip, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Ito, Liza Hanim dan Beto Kusyairy itu bermatlamat membantu teman artis seperti Yazid Search dan ramai lagi.

Sumber:Bharian



Sumber Joe undur diri, kumpulan Wings kini tinggal bertiga

Lelaki Ini Masih Meragui Guru Guru Malaysia

$
0
0


Pengalaman masa sekolah terkesan sehingga dewasa. Sebuah klip video yang viral di youtube memaparkan seorang lelaki yang meluahkan rasa tidak puas hati pada bekas gurunya.

Menurutnya, peristiwa itu yang berlaku ketika dia menuntut di darjah lima. Terasa gurunya memperlekeh cita-citanya pada ketika itu menyebabkan dia masih meragui guru-guru Malaysia.



Sumber : ohsemput.com

Hanya salah faham, kes guru pukul pelajar latihan kemahiran selesai

$
0
0

Beberapa hari lalu tersebar sebuah video yang memaparkan seorang penuntut sebuah pusat latihan perindustrian di Jitra telah dikasari yang didakwa dikasari tenaga pengajarnya,

Baca: 

Hanya salah faham, kes guru pukul pelajar latihan kemahiran selesai

Hanya salah faham, kes guru pukul pelajar latihan kemahiran selesai

bagaimanapun kes itu dianggap selesai apabila mangsa dan keluarganya serta tenaga pengajar terbabit ingin berdamai, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, Pihak mangsa termasuk paapanya dan tenaga pengajar terbabit telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes itu sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

“Kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk berdamai dan bapa mangsa akan cuba menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis.”

“Saya dimaklumkan, kes itu hanya salah faham kerana penuntut terbabit kini menjalani praktikal dan ketika kejadian berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan.

“Namun, disebabkan kes itu ditular di laman sosial, kita turut menghantar detektif kita ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa. Polis turut membawa mangsa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami kecederaan cuma dia mengadu pedih di bahagian pipi.

“Bagaimanapun, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes berkenaan,” katanya.

Pihak polis dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan maklumat kejadian itu di laman sosial sehingga menimbulkan kekeliruan.

Sumber: Siakapkeli.my

 

 

 



Sumber Hanya salah faham, kes guru pukul pelajar latihan kemahiran selesai

Bapa terlanggar satu-satunya anak perempuan berusia 2 tahun hingga mati ketika mengundur

$
0
0

Budak perempuan berusia dua tahun maut selepas pacuan empat roda dipandu bapanya terlanggar kanaka-kanak itu ketika mengundur di FELDA Jengka 10, di sini, pagi tadi.

Bapa terlanggar satu-satunya anak perempuan berusia 2 tahun hingga mati ketika mengundur

Bapa terlanggar satu-satunya anak perempuan berusia 2 tahun hingga mati ketika mengundur

Dalam kejadian 8.45 pagi itu, Nur Aireena Ilhani Azizi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa, Azizi Ramli, 47, yang mempunyai kedai runcit baru pulang selepas menghantar barang kepada pelanggannya.

Abang sulung mangsa, Muhammad Aiman Azizi, 18, berkata, dia berada di kaunter kedai runcit berkenaan sebelum dikejutkan dengan jeritan ibunya, Noraini Mohamad, 41.

 

“Saya mendengar ibu menjerit memanggil nama adik dan saya terus bergegas keluar dari kedai untuk melihat apa yang berlaku.

“Sebaik keluar, saya melihat adik sudah terbaring di belakang kenderaan ayah dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Katanya, adiknya terus dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Muhammad Aiman berkata, jenazah adiknya dikebumikan di tanah perkuburan Islam FELDA Jengka 10, 3 petang tadi.

Sementara itu, bapa mangsa masih trauma dengan kejadian itu dan mengakui terkilan kerana kehilangan satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber:Metro



Sumber Bapa terlanggar satu-satunya anak perempuan berusia 2 tahun hingga mati ketika mengundur

Cubaan lelaki warga asing culik bayi di klinik gagal

$
0
0

Seorang lelaki dipercayai warga asing cuba melarikan seorang bayi berusia 20 bulan dalam kejadian di Klinik Sungai Chua, pagi semalam.

Cubaan lelaki warga asing culik bayi di klinik gagal

Cubaan lelaki warga asing culik bayi di klinik gagal

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, bayi berkenaan sedang bermain di taman permainan terletak di hadapan klinik sebelum lelaki terbabit datang mendukungnya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ketika kejadian ibu bayi berkenaan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kandungannya.

Menurutnya, lelaki terbabit masuk ke ruang taman permainan dan cuba melarikan bayi berkenaan.

 

“Bagaimanapun, usaha lelaki terbabit tidak berjaya selepas wanita berkenaan tekad mempertahankan anaknya.

“Lelaki itu kemudian melepaskan bayi itu sebelum keluar melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan.

Sumber: Metro



Sumber Cubaan lelaki warga asing culik bayi di klinik gagal

Tak Seperti Kucing Lain, Kucing Jantan ini Beri Sokongan Kepada Pasangannya Ketika & Selepas Beranak

$
0
0

Penyayang dan sweet. Itu yang boleh diumpamakan kepada seekor kucing yang bernama Yello yang tidak meninggalkan pasangannya terkial-kial seekor diri ketika dan selepas bersalin.

Tak Seperti Kucing Lain, Kucing Jantan ini Beri Sokongan Kepada Pasangannya Ketika & Selepas Beranak

Tak Seperti Kucing Lain, Kucing Jantan ini Beri Sokongan Kepada Pasangannya Ketika & Selepas Beranak

Kisah manis itu dikongsi oleh pemilik kucing tersebut, Thuy Duong dari Vietnam.

Ketika pasangannya; yang bernama Tam The; melahirkan anak, Yello tidak berperangai seperti kucing-kucing lain yang hilang entah ke mana. Malah, dia menemani Tam The di sisi dan kelihatan sedikit stress di saat-saat genting itu.

Bagaimanapun, perasaan tegang Yellow akhirnya tamat apabila Tam The selamat melahirkan anak.

Lebih mengujakan, Yello turut memberi sokongan kepada pasangannya itu selepas beranak dengan menjilat-jilat sebagai tanda kasih sayang.

Menurut Thuoy Dong lagi, Yello bukanlah jenis kucing yang manja dengan orang lain. Ia hanya menunjukkan kasih sayang kepada pasangan dan juga keluarga barunya.

Yello dilihat sedikit stress ketika menunggu Tam The melahirkan anak.
Yello memberi sokongan kepada Tam The selepas melahirkan anak.

 

Tam The selamat menjadi ibu buat kali pertama hasil hubungan dengan Yello

 

Keluarga bahagia

 

Masa bermain dengan bapa.

 

SumberBored Panda

 

 

Via: SK



Sumber Tak Seperti Kucing Lain, Kucing Jantan ini Beri Sokongan Kepada Pasangannya Ketika & Selepas Beranak

“Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya” – Jenazah Ary Malik selamat dikebumikan

$
0
0

Selepas kira-kira setahun menderita penyakit kanser ovari, pengacara Ary Malik akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.17 malam Selasa di Hospital Ampang dekat sini.

"Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya" - Jenazah Ary Malik selamat dikebumikan

“Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya” – Jenazah Ary Malik selamat dikebumikan

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.

Berita kematian tersebut disahkan oleh suami Allahyarham iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin, 46.

Dalam pada itu Shahrul Nizam berkata, kematian Ary satu kehilangan besar buat dirinya kerana isterinya itu seorang yang baik dan sangat penyayang.

 

Gambar kenangan Ary Malik bersama suami dan dua daripada tiga anaknya.

“Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya. Saya banyak belajar tentang kehidupan bersamanya. Anak-anak masih bersedih dan terkejut. Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan waktu (jenazah) dimandikan. Saya berterima kasih atas doa dan ucapan takziah buat kami sekeluarga,” katanya ringkas.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak dekat sini pada malam ini (Selasa).

Terdahulu pada petang Selasa, berita kematian Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, menjadi tular namun ia dilaporkan tidak benar kerana Allahyarham masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah akibat penyakit berkenaan.

Sebelum ini beliau kerap mendapatkan rawatan kemoterapi di Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Allahyarham yang pernah menyertai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012 pernah menjadi pengacara termasuklah Muzik-Muzik.

Suasana di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak. FOTO: Farhan Ikram.

Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.

Sementara itu wartawan mStar OnlineFARHAN IKRAM melaporkan, jenazah Allahyarham tiba masjid di Kem Wardieburn, Setapak dekat sini dari Hospital Ampang kira-kira pukul 8.30 malam untuk dimandi dan disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota dan selamat dikebumikan kira-kira pukul 12.40 pagi Rabu.

Antara rakan-rakan artis yang kelihatan ialah Ako Mustapha, Rizman Khuzaimi, Erma Fatima, Elly Suriati dan Fizz Fairuz.

Sumber:Mstar



Sumber “Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya” – Jenazah Ary Malik selamat dikebumikan

Walaupun bertindak kejam sepak bayi sendiri berulang kali di tempat awam, si ibu ini hanya diberi amaran lisan oleh polis

$
0
0

Seorang wanita hanya diberikan amaran lisan oleh pihak polis walaupun bertindak kejam menyepak bayi perempuannya berulang kali di tempat awam.

Walaupun bertindak kejam sepak bayi sendiri berulang kali di tempat awam, si ibu ini hanya diberi amaran lisan oleh polis

Walaupun bertindak kejam sepak bayi sendiri berulang kali di tempat awam, si ibu ini hanya diberi amaran lisan oleh polis

Kejadian itu yang dirakamkan di wilayah Guangdong, tenggara China pada 24 Februari lalu menunjukkan wanita yang hanya dinamakan sebagai Chen, mencampak anak perempuannya di tangga selepas bayi tersebut tidak berhenti menangis.

Tidak setakat itu, wanita yang berusia 27 tahun itu turut menyepak bayi berkenaan berulang kali tanpa belas ihsan.

Insiden rakaman itu disiarkan oleh pihak polis yang hanya memberi amaran lisan kepada wanita tersebut agar tidak lagi berbuat demikian.

 

Bayi perempuan itu juga difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun, rakaman tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang mahu wanita terbabit dikenakan hukuman yang lebih berat.

Wanita tersebut dikatakan telah memohon maaf atas kejadian itu dan bayinya kini dijaga oleh ibu dan bapanya.

Sumber:Mstar



Sumber Walaupun bertindak kejam sepak bayi sendiri berulang kali di tempat awam, si ibu ini hanya diberi amaran lisan oleh polis

Nur Sajat Lelaki Atau Wanita? Segalanya Terbongkar September Ini

$
0
0

TINDAKAN jutawan kosmetik, Nur Sajat mendedahkan surat pengesahan daripada pegawai perubatan sebuah hospital swasta bahawa dirinya seorang wanita mengundang pelbagai reaksi di laman sosial sebelum ini.

 
Nur Sajat Lelaki Atau Wanita? Segalanya Terbongkar September Ini

Nur Sajat Lelaki Atau Wanita? Segalanya Terbongkar September Ini

Berikutan itu, mStar Online berjaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nur Sajat dan bilakah status jantina dirinya akan berakhir, saksikan!

Sumber:Mstar



Sumber Nur Sajat Lelaki Atau Wanita? Segalanya Terbongkar September Ini

Bayi 2 bulan diberi makan pisang & biskut marie sejak usia sebulan, maut

$
0
0
 
DIBERI MAKAN PISANG & BISKUT MARIE, BAYI 2 BULAN INI MENEMUI ILAHI
Bayi 2 bulan diberi makan pisang & biskut marie sejak usia sebulan, maut

Bayi 2 bulan diberi makan pisang & biskut marie sejak usia sebulan, maut

 
Semalam tersebar screenshot whatsapp tentang kematian bayi berusia 2 bulan yang mati dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan kematian tersebut. Ini ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada.
 
Info yang ada:
  1. Bayi berusia 2 bulan.
  2. Diberi makan pisang & biskut marie sejak usia 1 bulan
  3. Mati kerana pneumoni berat
  4. Perut membusung berdasarkan gambar

 

 

 

 


 

 

Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus membengkak akibat pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang.
 
Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan. Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi.
 
 
Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia menyebabkan keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia boleh menyebabkan kematian.
 
 
Pengajarannya, bukan semua petua atau tradisi boleh diikut bulat-bulat. Jika ada petua yang disahkan merbahaya berdasarkan landasan ilmu, tinggalkan sahaja.
 
Elakkan juga daripada jadi baik tidak bertempat dengan memberi makanan kepada anak orang lain tanpa izin ibubapanya kerana anak itu mungkin ada kontraindikasi kepada makanan tertentu. Niat memang baik, tapi caranya salah.
 
Beri makanan pelengkap pada usia 6 bulan bermula dengan bentuk semi-pepejal, secair yang boleh dahulu, kemudian baru ditambah kepekatannya mengikut kesesuaian.
 

Jika bayi muntah-muntah dan perut membusung, dapatkan konsultasi di fasiliti kesihatan dengan segera.

Nota 1:Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Nota 2: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Sumber: The Reporter



Sumber Bayi 2 bulan diberi makan pisang & biskut marie sejak usia sebulan, maut

Bukan rahsia lagi, DJ Lin mahu cari suami kaya

$
0
0

Selepas sepuluh tahun bergelar ibu tunggal, penyampai radio segmen Suria Cinta tidak berselindung mencari teman yang mampu memberi kesenangan hidup.

Bukan rahsia lagi, DJ Lin mahu cari suami kaya

Bukan rahsia lagi, DJ Lin mahu cari suami kaya

DJ Lin, nama popular Roslinda Abdul Majid secara terbuka mengakui mencari lelaki kaya memandangkan situasi ekonomi yang begitu mencabar.

“Sudah tentu saya mencari yang kaya. Sebab sekarang ini semuanya memerlukan duit. Inilah realiti kehidupan. Kita tidak boleh menafikannya.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya perlu mencari seseorang yang boleh menyara saya, bukan saya menyara dia.

“Daripada saya yang sara, baik saya duduk sendiri. Saya mahu seseorang lelaki yang menghargai dan bertanggungjawab.

“Memang kalau tanya saya, saya mencari lelaki kaya,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Pemilik suara yang bersiaran setiap Ahad hingga Jumaat dari 8 malam hingga 1 pagi ini sudah 10 tahun mengendalikan segmen Suria Cinta di Suria FM.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga dinobatkan penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABP) pada Mei tahun lalu.

DJ Lin, 40, berkata disebabkan kemesraan bersama peminat maka tidak hairan lamaran jodoh juga diterima sewaktu langsung ke udara.

“Saya tidak menafikan ramai yang cuba mendekati saya adalah di kalangan peminat sendiri.

“Melamar semasa ke udara pun ada dan itu realiti maka kita tidak perlu hipokrit.

“Buat masa sekarang, yang cuba mendekati Lin ialah pendengar. Mereka bermula mendengar di radio. Macam mana boleh jatuh cinta, saya pun tak faham,” katanya.

Bagaimanapun, DJ Lin melihat keutamaannya kini memberi fokus pada kerjaya terutama selepas memenangi ABP pada tahun lalu.

Katanya, selain kerjaya, kedua-dua anaknya yang sedang membesar juga perlu diberi perhatian sebelum kembali berumah tangga.

“Selepas menang ABP, kerjaya saya berada di kemuncak, maka saya perlu beri lebih fokus kepada kerjaya buat masa ini.

“Kalau boleh, esok nak selesai semua [kahwin] sebab sudah 10 tahun saya menjadi ibu tunggal.

“Anak saya pun sudah besar, jadi sekarang fokus pada anak dan kerjaya. Untuk jodoh, saya serah pada Allah.

“Kalau tertulis jodoh saya pada tahun ini, saya bersyukur. Kalau tidak pun, saya sudah biasa begini. Peminat selalu mendoakan,” katanya.

Sumber: Projek MMO



Sumber Bukan rahsia lagi, DJ Lin mahu cari suami kaya

Panggilan Hangit: Kamus King Coco by Hot FM

Viewing all 42763 articles
Browse latest View live