Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Pemandu teksi bantah kerjasama Uber, MoU ditunda

$
0
0

Kira-kira 100 pemandu teksi hari ini membantah kerjasama Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) dengan Uber Malaysia menerusi penggunaan aplikasi Uber dalam setiap kenderaan itu.

Polis cuba meleraikan sekatan jalan oleh pemandu teksi yang membantah Uber Malaysia dan GrabCar di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 29 Mac 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Bantahan tersebut dibuat di hadapan Kelab Sunway Lagoon di sini, berikutan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak itu dijadualkan berlangsung di lokasi berkenaan hari ini.

Majlis itu, bagaimanapun ditunda pada tarikh yang belum ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Zailani Isausuludin berkata beliau kesal kerana tiada perbincangan dibuat dengan pemandu teksi sebelum GPST menguar-uarkan kerjasama itu.

“Semua pelaksanaan ini melibatkan kerja dan periuk nasi kami, kenapa tidak bertanya dan menerangkan dulu kepada kami sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya kumpulan itu menyerahkan memorandum kepada GPST bagi menggesa persatuan itu menghentikan kerjasama tersebut selain menuntut satu sesi perbincangan dengan wakil-wakil persatuan teksi seluruh Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi India (Wilayah Persekutuan dan Selangor) S. Balakrishnan berkata penerangan yang jelas perlu diberi kepada semua pemandu teksi dalam melakukan sebarang pelaksanaan berkaitan pemandu teksi dalam memastikan ia tidak berat sebelah.

“Terangkan kepada kami dengan jelas berapa komisen, potongan dan prosedur lain kerana kami yang perlu bawa teksi, bukannya mereka buat keputusan sendiri tanpa menghormati pemandu teksi.

“Status operasi Uber dan Grabcar sendiri pun belum jelas (belum diluluskan Kabinet),” katanya.

Semalam, media melaporkan GPST yang menaungi beberapa syarikat teksi utama di negara ini, memulakan kerjasama dengan Uber Malaysia yang menyaksikan penggunaan aplikasi Uber membabitkan teksi gabungan itu secara berperingkat.

Pada Ogos 2016, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyarankan semua perkhidmatan teksi menggunakan sistem e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar sebagai inisiatif baharu menerusi Program Transformasi Industri Teksi (TITP). — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Pemandu teksi bantah kerjasama Uber, MoU ditunda

“Bebaskan segera rakyat Malaysia”- Najib

$
0
0

Datuk Seri Najib Razak meminta kerajaan Korea Utara membebaskan segera semua rakyat Malaysia di negara itu.

Desakan itu susulan tindakan Pyongyang melarang semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara, seperti dilaporkan agensi berita KCNA.

Perdana Menteri berkata, penahanan rakyat Malaysia sebagai tebusan itu adalah tindakan terkutuk, selain melanggar semua undang-undang antarabangsa serta norma diplomatik.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara menghalang rakyat Korea Utara daripada meninggalkan Malaysia, sehinggalah kerajaan memastikan keselamatan rakyat negara ini di Korea Utara.

“Malaysia komited mengekalkan hubungan dengan semua negara namun keselamatan rakyat negara ini tetap menjadi keutamaan, dan kami tidak teragak-agak mengambil apa jua langkah diperlukan jika mereka diancam.

“Kami mengharapkan satu resolusi secepat mungkin. Saya menyeru pemimpin Korea Utara membebaskan rakyat Malaysia bagi mengelakkan perkara ini menjadi bertambah buruk, ” katanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber “Bebaskan segera rakyat Malaysia”- Najib

Lelaki buang kemaluan dan pusat hanya kerana ingin jadi makhluk asing tidak berjantina

$
0
0

Seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal daripada Los Angeles, Amerika Syarikat, Vinny Ohh sanggup membelanjakan wang lebih RM200,000  hanya kerana mahu menjadi makhluk asing.

1

Vinny merupakan seorang jurusolek dan telah menjalani lebih 100 prosedur pembedahan dan dia telah mula melakukan pembedahan semenjak usianya 17 tahun.

Untuk menjadi makhluk asing yang tidak berjantina, Vinny merancang untuk melakukan pembedahan membuang alat sulit dan pusat.

Vinny memberitahu kenapa dia ingin menjadi makhluk asing adalah kerana dia gagal untuk menyesuaikan diri dengan orang sekeliling.

 

Sumber: Media Hiburan



Sumber Lelaki buang kemaluan dan pusat hanya kerana ingin jadi makhluk asing tidak berjantina

Kronologi spekulasi Rita Rudaini dan Aqasha

$
0
0

Pada minggu lalu di laman-laman sosial hangat dengan perrbualan mengenai seorang bintang terkenal Rita Rudaini dan Aqasha.

spekulasi Rita Rudaini dan Aqasha

spekulasi Rita Rudaini dan Aqasha

1.  Rita didakwa ada hubungan dengan pelakon lelaki tersebut.

2. Isteri kepada pelakon tersebut juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata telah memuat status panjang lebar di Instagramnya.

Menurut luahan isteri Aqasha, Noor Baizura, artis wanita yang menggoda Aqasha sebenarnya sudah berumah tangga dua kali namun gagal dan kini berstatus ibu tunggal berusia 40an.

3. Dalam pada itu, seorang lelaki yang dipercayai abang ipar Aqasha telah menegur kedua-dua bintang terbabit berkenaan perkara yang sedang panas diperkatakan ketika ini.

4. Pada masa sama, hos HLive iaitu Donna Muslim yang pernah dikaitkan ada hubungan cinta dengan Rita ada memuat naik imej seakan memberi bayangan terhadap situasi yang sedang terjadi. Tidak pasti ditujukan kepada siapa. Bagaimanpun gambar itu telah dipadamkan.

5. Buat masa ini masih belum ada lagi penjelasan antara pelakon Rita dan Aqasha mengenai dakwaan yang masih lagi menjadi topik panas netizen.

 

Sumber: Media Hiburan



Sumber Kronologi spekulasi Rita Rudaini dan Aqasha

“Saya baru keluar dari LHDN dan ini info tentang SSM yang saya Peroleh”

$
0
0

Sejak semalam viral di media sosial tentang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Ramai cakap tak dapat disebabkan alasan ‘SSM’.  Apa SSM ini yang sebenarnya? Pemohon yang mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia memang tidak layak untuk mendapatkan BR1M?

Jom baca beberapa perkongsian netizen yang telah pun bertanya sendiri kepada pegawai LHDN. Harap membantu.

Kemuka dokumen pendapatan

Screen Shot 2017-03-07 at 1.52.08 PM

Kena isytihar pendapatan dahulu

Screen Shot 2017-03-07 at 1.55.29 PM

LHDN nak penyata pendapatan juga

Screen Shot 2017-03-07 at 1.54.18 PMScreen Shot 2017-03-07 at 1.54.35 PM

Sumber: Oh Bulan



Sumber “Saya baru keluar dari LHDN dan ini info tentang SSM yang saya Peroleh”

Boleh kemuka rayuan BR1M sehingga 31 Mei

$
0
0

Mereka yang gagal dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah dimaklumkan mengenai punca kegagalan melalui surat atau e-mel serta boleh mengemukakan rayuan sehingga 31 Mei ini dengan mengisi borang rayuan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan borang terbabit perlu disertakan bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank (syarikat atau persendirian) dan salinan kad pengenalan pasangan serta tanggungan terkini.

“Permohonan rayuan boleh dibuat secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.

“Merujuk kepada kegagalan permohonan yang berkaitan dengan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pemohon boleh membuat rayuan dengan mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada LHDN dalam tempoh yang ditetapkan tanpa perlu mendapatkan apa-apa pengesahan daripada SSM,” katanya.

Berdasarkan kenyataan yang sama, penerima BR1M sedia ada yang ingin mengemas kini butiran seperti maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC terdekat.

 

Sumber: BH Online



Sumber Boleh kemuka rayuan BR1M sehingga 31 Mei

Marah BR1M tak lulus? Ketahui dulu 17 punca mengapa BR1M ditolak

$
0
0

Heboh di media sosial apabila netizen meluahkan rasa kesal susulan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mereka ditolak.

punca mengapa BR1M ditolak

punca mengapa BR1M ditolak

Timbul pelbagai persoalan yang ‘menghantui’ fikiran pemohon yang memikirkan sebab permohonan mereka ditolak sedangkan sudah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan bagi menerima bantuan berkenaan.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada akan disemak oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Berikut adalah di antara kesalahan-kesalahan, punca atau sebab permohonan BR1M 2017 ditolak atau gagal :

  1. Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada.
  2. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.
  3. Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.
  4. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).
  5. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).
  6. Maklumat tanggungan tidak lengkap.
  7. Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.
  8. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
  9. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.
  10. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.
  11. Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  12. Nama pemohon berbeza dengan data JPN.
  13. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
  14. Permohonan lebih daripada satu kali.
  15. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.
  16. Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.
  17. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.

Diharapkan dengan informasi ini dapat menjawab ‘persoalan’ pemohon BR1M yang ditolak mentah-mentah kerana kesilapan anda ketika menyatakan maklumat yang tidak sahih.

Pemerhatian di laman web BR1M mendapati syarat kelayakan yang disenaraikan adalah seperti berikut:

BR1M 2017 Anda Ditolak? Ketahui Puncanya

BR1M 2017 Anda Ditolak? Ketahui Puncanya

Difahamkan, bagaimanapun terdapat perincian syarat kelayakan yang hanya diketahui oleh agensi yang dilantik kerajaan bagi menyemak setiap permohonan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Marah BR1M tak lulus? Ketahui dulu 17 punca mengapa BR1M ditolak

Keadaan tegang, umat Islam diseru adakan solat hajat

$
0
0

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyeru umat Islam untuk mengadakan solat hajat rentetan keadaan tegang antara Korea Utara dan Malaysia.

isu Korea Utara

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, tindakan ini perlu bagi mendoakan kesejahteraan 11 rakyat Malaysia yang kini dihalang meninggalkan negara itu.

“Dalam keadaan ini, Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara.

“Marilah kita sama berdoa bagi keselamatan mereka dan melakukan solat hajat sebagai ikhtiar bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian rentetan daripada tindakan kerajaan Korea Utara yang melarang 11 rakyat Malaysia dari meninggalkan Republik berkenaan.

Terdahulu, memetik laporan Reuters, larangan itu atas alasan untuk memastikan keselamatan diplomat dan rakyatnya di Malaysia ekoran krisis diplomatik yang berlaku antara kedua-dua negara selepas pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Namun menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican , difahamkan 11 rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan

selamat dan tiada sebarang ancaman diterima oleh mereka di sana.

Seramai 11 orang warga Malaysia itu terdiri daripada tiga orang kakitangan kedutaan Malaysia, dua daripadanya adalah individu yang bekerja dengan World Food Programme di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) manakala selebihnya adalah ahli keluarga mereka.

Dalam pada itu, Mohamad Raimi berkata beliau turut menggesa kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh kerajaan Korea Utara.

“Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran  diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara,  tanpa mengkompromikan  kedaulatan serta keselamatan negara,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Keadaan tegang, umat Islam diseru adakan solat hajat

Yang Dipertua MPSJ tak sangka orang rakam dirinya berbasikal tinjau masalah

$
0
0

“Apa nak dihairankan, saya memang biasa tunggang basikal meninjau masalah dan isu setempat, tak sangka pula ada orang rakam hingga tular di media sosial,” kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Yang Dipertua MPSJ

Yang Dipertua MPSJ

Beliau  ketika dihubungi Sinar Harian berkata, inisiatif itu dilakukan untuk melihat dengan lebih dekat isu serta masalah diadu dan dihadapi masyarakat setempat.

Menurutnya, beliau tidak menyangka empat keping foto beliau menunggang basikal seorang diri melalui jalan raya dan lorong belakang premis komersil dirakam tanpa disedarinya.

Foto-foto tersebut turut menjadi tular dan menerima reaksi positif serta perkongsian netizen.

Nor Hisham berkata, rutin itu dimulakan sejak awal tahun lalu.

Katanya, beliau bukan tidak mahu menaiki kereta namun menunggang basikal membolehkannya terus ke tempat dituju yang tidak boleh dilalui kenderaan.

“Saya memang dah biasa kayuh basikal Sabtu dan Ahad sambil meninjau mana-mana kawasan bermasalah serta sering terima aduan.

“Pagi tadi saya ambil keputusan meronda di USJ 11, USJ 13 dan USJ 9 untuk lihat kutipan sampah di situ.

“Dalam masa sejam meronda, saya jumpa tempat pembiakan tikus di belakang lorong premis komersil dan berjaya ‘cekup’ pekerja kontraktor kutipan sampah yang buat kerja tak sempurna,” katanya perkara itu akan dipanjangkan kepada jabatan berkenaan.

Tambah Nor Hisham lagi, kakitangannya tidak tahu ke mana beliau pergi ketika menyorong basikal dari pejabatnya di Ibu Pejabat MPSJ, di USJ 5, di sini.

“Bila ada kakitangan MPSJ nampak saya tolak basikal dan tanya nak ke mana, saya akan jawab nak pergi jalan-jalan cari makan.

“Kalau tempat tu jauh, biasanya saya letak basikal lipat dalam kereta, naik kenderaan dan meronda dengan basikal bila sampai lokasi,” katanya lagi.

Sebelum itu, gambar beliau memakai baju kemeja bercorak kotak, bertopi, berseluar ‘slack’ dan memakai kasut mengayuh basikal di kawasan premis komersil di sekitar USJ di sini dirakam orang ramai.

Gambar yang turut menunjukkan Nor Hisham mengayuh basikal di lorong belakang premis itu tular sejak pagi tadi.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Yang Dipertua MPSJ tak sangka orang rakam dirinya berbasikal tinjau masalah

Video Gadis tudung kantoi curi barang kemas

$
0
0

AKSI seorang wanita yang elok bertudung dipercayai cuba mencuri barang kemas di sebuah kedai di Kuala Terengganu menjadi tular di media sosial.

Gadis tudung kantoi curi barang kemas

Gadis tudung kantoi curi barang kemas

Menerusi perkongsian di laman Facebook, sebuah rakaman kamera litar tertutup (cctv) memaparkan tangan seorang wanita yang memakai tudung dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai pekerja kedai barang kemas itu.

Paparan pada video berkenaan menunjukkan kejadian tersebut berlaku pada 1.46 petang tadi yang membabitkan seorang gadis dipercayai cuba mencuri gelang emas sewaktu berurusan dengan pekerja kedai.

Dalam kejadian berkenaan, gadis tersebut ke kedai emas bersama ibu saudaranya dan seorang wanita lain untuk membeli gelang emas.

Ketika proses berkenaan, gadis tersebut mengambil kesempatan dengan mengambil seutas gelas emas dan menyembunyikan dalam genggaman tangannya.

Pekerja lelaki yang menyedari gelagat wanita mencurigakan itu bertindak pantas memegang tangan gadis tersebut bagi mengelakkan dia melarikan diri.

Menerusi video berkenaan, ada suara yang menyatakan barang kemas yang cuba dicuri wanita tersebut dicampak ke bawah selepas kantoi.

Keadaan di kedai berkenaan kelam kabut seketika dan wanita tersebut seolah-olah menafikan cuba mencuri barang kemas.

Terdapat dua wanita lain yang bersama gadis tersebut semasa kejadian berlaku.

Wanita tersebut kelihatan memegang poket pakaiannya dengan menunjukkan tiada barang kemas yang diambil dari kedai berkenaan.

“Tak mengaku dia, padahal bukti ada.

“Dia tunjuk poket, memang lah tiada, dah jatuh dah,” kata suara di dalam video berkenaan.

Dalam video berlainan, wanita yang sama kelihatan menangis selepas kantoi mencuri dan pemilik kedai mahu membawa kes tersebut ke balai polis.

Seorang wanita yang memakai baju berwarna merah mendakwa dia adalah ibu saudara kepada gadis tersebut dan kesal dengan kejadian itu.

“Kenapa buat seperti itu,” kata wanita berkenaan.

Difahamkan, kejadian tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Video Gadis tudung kantoi curi barang kemas

Malu pikat perempuan, Remaja rogol ayam puaskan nafsu

$
0
0

HANYA kerana takut untuk memikat perempuan disebabkan miskin, seorang remaja, Kevin Simiyi sanggup `memperkosa’ seekor ayam hinggakan binatang tersebut mati.

Remaja rogol ayam

Remaja rogol ayam

Kevin, 18, ditangkap ketika melakukan perbuatan terkutuk itu dan telah dihadapkan ke mahkamah.

Dia yang mengaku salah, telah dihukum penjara 15 bulan oleh majistret di sebuah mahkamah di Kenya. Kevin bagaimanapun meminta hukuman dikurangkan dengan alasan dia malu untuk memikat apatah lagi berbual dengan perempuan disebabkan kemiskinannya.

“Saya ditangkap oleh tuan punya ayam itu. Saya takut untuk mendekati perempuan disebabkan saya miskin,” katanya.

Dalam pada itu, tuan punya ayam, Judith Nasimiyu ketika perbicaraan memberitahu ayamnya mati akibat kepenatan ketika veterinar mengumpul bukti.

Bagaimanapun rayuan Kevin itu tidak dipedulikan dan dia akan dihantar ke penjara Bungoma untuk menjalani hukuman selama 15 bulan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Malu pikat perempuan, Remaja rogol ayam puaskan nafsu

Adam Sinclair, Adik Ashraf Sinclair Lamar Yuna, Bertunang Minggu Lepas?

$
0
0

Adik Ashraf Sinclair Lamar Yuna, Bertunang Minggu Lepas?


Umum mengetahui, penyanyi hebat Yuna sedang rapat dan dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Adam Sinclair.

Untuk pengetahuan ramai, Adam merupakan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair.

Adam dan Yuna memang selalu kelihatan bersama tetapi mereka berdua tidak pernah menyatakan mereka sedang bercinta dan mengambil pendekatakn berdiam diri.

Tetapi kedua dua mereka dilihat tidak segan untuk memuatnaik gambar mesra di laman sosial Instagram.

Berita terkini yang diterima oleh seorang sumber yang mendedahkan kepada BH Online, Yuna dan Adam ini sebenarnya sudah pun bertunang.

Laporan dari BH Online menyatakan Yuna telahpun dilamar Adam pada minggu lalu.

Ini kenyataan dari sumber itu:

“Selepas lebih setahun berkawan, akhirnya Adam melamar Yuna pada minggu lalu dan Yuna sangat gembira dan menerima lamaran berkenaan,”

Adam ada bertemu dengan Yuna di Hollywood minggu lalu berdasalkan gambar yang dikongsi menerusi laman Instagramnya.

Kita tunggu jawapan dari Yuna nanti.

Sumber Adam Sinclair, Adik Ashraf Sinclair Lamar Yuna, Bertunang Minggu Lepas?

Staf kedutaan Malaysia di Korea Utara bakar dokumen

$
0
0

Kakitangan kedutaan Malaysia di Pyongyang dilaporkan membakar dokumen dan memuatkan bagasi mereka ke beberapa kendenderaan sejak malam semalam, lapor setesen televisyen, China Central Television (CCTV).

Image result for Kakitangan kedutaan Malaysia di Pyongyang dilaporkan membakar dokumen dan memuatkan bagasi mereka ke beberapa kendenderaan sejak malam semalam

Laporan itu juga menyebut bahawa bendera Malaysia dan Asean di perkarangan kedutaan telah diturunkan pagi ini, manakala tiga kenderaan dilihat meninggalkan bangunan berkenaan.

Semalam, Pyongyang mengusir Duta Besar Malaysia Mohamad Nizam Mohamad sebagai tindak balas keputusan Wisma Putra yang mengisytiharkan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai “persona non grata”.

Kang Chol berlepas ke Beijing petang semalam.

Pagi ini, Pyongyang mendedahkan bahawa ia telah menguatkuasakan larangan sementara kepada rakyat Malaysia di Korea Utara daripada meninggalkan negara itu.

Sebagai tindak balas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia juga melarang pegawai dan kakitangan kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika ditemui oleh pemberita di lobi parlimen berkata terdapat 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.

Daripada jumlah itu, tiga kakitangan adalah kakitangan kedutaan yang dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Dua lagi, katanya adalah peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) manakala selebihnya adalah ahli keluarga mereka.

“Tiada ancaman terhadap mereka. Jangan kita membuat spekulasi.

“Saya juga akan menghubungi seorang daripada mereka tidak lama lagi,” katanya.

Mengenai sama ada Putrajaya bercadang menutup kedutaan di Pyongyang, beliau berkata: “Untuk itu, kamu perlu tunggu kenyataan kerajaan.”

Hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia menjadi tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) pada 13 Februari lalu.

Korea Utara telah menuduh Malaysia bersekongkol dengan negara lain dan juga memalsukan bukti berhubung kes itu.

Malaysia menafikan tuduhan ini.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber Staf kedutaan Malaysia di Korea Utara bakar dokumen

Demi setitik susu, ibu sanggup jalan 2km cari barang kitar semula

$
0
0

Demi meraih rezeki RM10, seorang ibu berusia 25 tahun nekad menggendong bayinya berusia tiga bulan dan berjalan sejauh dua kilometer bagi mencari barang kitar semula setiap hari di sekitar Pekan Gelang Patah, di sini.

Selley Lee yang juga wanita Orang Asli daripada suku Seletar berkata, dia hanya berserah kepada Allah bagi melindungi keselamatan dan kesihatan bayinya bersama dua anak lelaki yang dibawa bersama sepanjang tempoh dua hingga tiga jam mencari rezeki.

Menurutnya, pendapatan diperoleh setiap hari juga digunakan sepenuhnya bagi membeli makanan untuk mengisi perut anaknya dan susu bagi bayi lelaki berkenaan.

“Kedaifan hidup bukan suatu yang asing bagi saya yang berasal dari Kampung Simpang Arang di sini, namun keluarga kami kurang bernasib baik kerana suami sukar mendapat pekerjaan tetap dan kini hanya menjadi penjaja.

“Ia mungkin kerana statusnya sebagai warga asing iaitu berasal dari Kemboja, namun dia bukan pemalas, selain melakukan yang terbaik untuk kami. Walaupun susah, anak sulung saya berusia tujuh tahun bersekolah kerana kami sedar tanpa ilmu, anak kami akan ketinggalan jauh,” katanya.

Beliau berkata, setiap hari dia hanya mengalas perut dengan air suam sebelum keluar rumah untuk mencari barang kitar semula dan bagi mengelakkan anaknya tinggal berseorangan diri di rumah, semua anaknya juga dibawa bersama.

Katanya, pada hari persekolahan, dia biasanya menjalankan kegiatan itu pada waktu tengah hari selepas anak sulungnya pulang dari sekolah manakala pada cuti sekolah, dia keluar rumah pada waktu pagi.

“Saya hanya berserah kepada Allah. Asal tidak mencuri atau menipu…saya bersyukur kerana mampu mencari rezeki halal biarpun dengan mengutip tin untuk menyara anak,” katanya yang menambah, semua anaknya berstatus warganegara dan memiliki dokumen kelahiran.

Kelibat Selley yang menggendong bayi selain membawa bersama dua anak lelaki di sekitar pekan Gelang Patah berhampiran stesen minyak di sini, meraih simpati pelbagai pihak yang turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.

Melihat kepayahan ibu kepada tiga cahaya mata itu menjalankan kegiatan mengutip barangan kitar semula untuk mencari sumber pendapatan, segelintir penduduk turut berkongsi gambarnya di laman media sosial dengan harapan nasibnya berubah.

Selley berkata, suaminya, Amni Ibrahim, 28, yang juga penjaja hanya memperoleh pendapatan kurang RM500 sebulan hasil menjual kuih-muih dan minuman.

“Kini sudah lebih sebulan saya bergerak mengumpul barang kitar semula dan hasil RM10 setiap hari cukup besar bagi saya terutama bagi menampung kos pembelian susu anak bongsu,” katanya.

Manurutnya, dia sedar berkaitan risiko keselamatan dan kesihatan dihadapi anak-anaknya kerana terdedah kepada udara tercemar selain berada di kawasan sibuk, namun kerana tiada pilihan dia terpaksa meneruskan kegiatan berkenaan.

“Sekiranya letih, kami berehat di pondok bas berhampiran. Ibu bapa mana mahu melihat anak susah tetapi saya pasti dengan usaha saya serta suami, nasib kami akan berubah kelak,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru berkata, pihaknya akan menjalankan tinjauan dan siasatan berkaitan kes berkenaan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Demi setitik susu, ibu sanggup jalan 2km cari barang kitar semula

(Kontroversi) Memang Sah!! Pelakon Ummi Nazeera Dan Aeril Zafrel Bergaduh Di Set Penggambaran, Apa Kes??

$
0
0

Pelakon Ummi Nazeera Dan Aeril Zafrel Bergaduh Di Set Penggambaran, Apa Kes??


Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel dilihat amat rapat sejak akhir akhir ini apatah lagi mereka sering berlakon bersama.

Namun Ummi Nazeera ada mendedahkan bahawa dia dan Aeril Zafrel telah bergaduh dan tidak bertegur sapa.

Hubungan kawan bertukar dingin ketika dan ini berlaku ketika di set penggambaran drama bersiri Nahu Rindu.

Pergaduhan ini juga dapat dihidu oleh kru kru yang tertanya apa yang terjadi antara Ummi dan Aeril.

Ummi berkata, pergaduhan tercetus gara-gara timbul salah faham berhubung karakter mereka namun menyifatkan ia situasi yang tidak sepatutunya berlaku.

Bagaimanapun jelas Ummi, pergeseran itu tidak berlarutan dan mereka kembali berbaik selepas beberapa hari tidak bertegur sapa.


Ini komen Ummi Nazeera:

"Salah faham itu timbul berhubung watak kami apabila saya fikir lain dan dia pula sebaliknya sehingga kami bergaduh.

"Beberapa hari juga kami tak bertegur sapa sehingga ada kru bertanya kerana kebiasaannya kami memang sentiasa ceria memandangkan kami bersahabat baik.

"Itu juga kali pertama saya bermasam muka dengan hero gandingan saya dan Aeril pula kawan baik saya,"


"Emosi saya ketika itu tidak berapa stabil ditambah dengan beberapa masalah yang perlu saya tangani selain tekanan ketika penggambaran Nahu Rindu.

"Aeril dan saya kawan baik dan apabila kami tak bertegur sapa orang mula tertanya-tanya apa yang terjadi.

"Kami tak saling meminta maaf pun sebaliknya hubungan itu kembali pulih secara semula jadi kerana kami berkawan baik dan saling memahami,"


Sementara itu, Aeril pula ketika dihubungi memberitahu perselisihan faham berlaku kerana masing-masing mempunyai hubungan rapat dan kadang-kala terlupa untuk menjaga batasan kata.

Ini komen Aeril Zafrel tentang pergaduhan tersebut.

"Ummi adalah rakan baik saya dan ini adalah kali ketiga kami digandingkan sebagai pasangan hero dan herion dalam drama.

"Hubungan akrab itu kadang-kadang buat kita terlupa untuk jaga kata-kata sehinggakan kita senang terusik dan lebih sensitif.

"Tetapi hubungan kami masih kekal baik seperti dahulu dan sebagai pengajaran saya perlu lebih berhati-hati dalam kata-kata dan perbuatan walaupun mempunyai hubungan rapat dengan seseorang,"


Kata Aeril, salah faham itu sebenarnya telah membantu mereka mendalami babak dalam Nahu Rindu yang kebetulan memerlukan kekuatan dan ketegangan emosi.

"Alhamdulillah rasanya saya dan Ummi berjaya menghidupkan babak di mana kami memang sedang dilanda masalah dan ada ketegangan dalam karakter masing-masing.

"Malah respons yang saya dapat berhubung babak itu daripada peminat cukup baik dan ramai mengatakan kami benar-benar menjiwai watak sebagai Kasyaf dan Nazira,"


Semoga hubungan mereka berdua baik baik sahaja.

Sumber (Kontroversi) Memang Sah!! Pelakon Ummi Nazeera Dan Aeril Zafrel Bergaduh Di Set Penggambaran, Apa Kes??

Minta jagakan beg, bila buka ada bayi dalamnya

$
0
0

Bayi lelaki diberi nama Mohd Adib Rizqi yang ditinggalkan seorang wanita di dalam sebuah beg pakaian di sebuah gerai tepi jalan di Jalan Durian, Taman Kota Masai di sini, ibarat hadiah tahun baru bagi pasangan suami isteri berusia 20-an.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perasaan sayang itu timbul selepas pasangan suami isteri yang juga peniaga di gerai berkenaan mengambil keputusan mendapatkan hak sebagai anak angkat.

Malah katanya, tempoh tiga bulan memberi penjagaan kepada bayi berkenaan bermula hujung tahun lalu membuahkan rasa kasih sayang kepada bayi lelaki yang mula dijaga pada 31 Disember tahun lalu.

“Ketika itu, pasangan suami isteri berkenaan didatangi wanita yang tidak dikenal pasti keturunannya mahu pun usia meminta mereka untuk menjaga beg pakaian dan meminta wang RM50 untuk pulang ke rumah.

“Dengan rela hati, peniaga berkenaan memberikan wang berkenaan, malah apabila diminta nombor telefon dan alamat, wanita itu gagal memberi maklumat berkenaan kerana menyatakan terlupa,” katanya yang mengimbau penemuan bayi itu, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Minta jagakan beg, bila buka ada bayi dalamnya

AKHIRNYA, King Coco Buat Pendedahan, Sahkan Hamil Anak Pertama, Mahu Bersalin Di Luar Negara

$
0
0

AKHIRNYA, King Coco Buat Pendedahan, Akui Sedang Hamil Anak Pertama, Mahu Bersalin Di Luar Negara



Wanita yang famous dengan celoteh dan slanga 'mat salleh' iiatu King Coco akhirnya membuat pengumuman yang ditunggu ramai.

King Coco akhirnya akui kini sedang hamil anak pertama setelah bernkah dengan Kapten Azrin sebagai isteri kedua.

Coco akui amat sukakan kanak-kanak dan tak sangka dikurniakan anak secepat ini.

King Coco juga merancang untuk bersalin di luar negara.

Ini pendedahan King Coco:
 

"Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung. Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah.

"Apabila saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan saya, segera saya membuat pemeriksaan sendiri dan alangkah gembiranya apabila mendapat tahu saya sudah mengandung. Macam tidak percaya!

"Tapi yang kelakarnya saya sentiasa terbayang-bayang kesakitan apabila melahirkan anak kelak, sampaikan termimpi-mimpi dibuatnya,”

"Sebenarnya kalau tidak mengandung, saya memang bercadang untuk mengambil anak angkat. Saya sukakan budak-budak. Sekurang-kurangnya saya tidak berasa sunyi apabila suami tiada di rumah. 

"Saya lakukan tiga pemeriksaan bagi memastikan saya betul-betul mengandung termasuk pemeriksaan di klinik. 

"Mengikut perancangan asal, saya hanya akan bersedia untuk mengandung selepas dua tahun berkahwin. Barangkali saya kurang bersedia tetapi InsyaAllah, rezeki yang telah diberikan ini mungkin adalah yang terbaik untuk saya dan suami.

"Segalanya bergantung kepada rezeki tetapi dua cahaya mata memadai untuk kami. Saya juga merancang untuk melahirkan anak di luar negara. Keputusan itu dibuat kerana kami mahu mencipta kenangan untuk anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

Semoga urusan mengandung dan bersalin dipermudahkan.

Sumber AKHIRNYA, King Coco Buat Pendedahan, Sahkan Hamil Anak Pertama, Mahu Bersalin Di Luar Negara

Lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila pemotong kayunya terlepas ketika baiki rumah, lalu membelah leher hingga ke dada

$
0
0

NGERI..seorang suami terbunuh selepas pemotong kayu yang dipegangnya ketika sedang membaiki rumahnya telah terlepas, lalu membelah leher hingga ke bahagian dada, dalam kejadian mengejutkan yang turut disaksikan oleh rakan-rakan yang menolongnya ketika itu.

Lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila pemotong kayunya terlepas ketika baiki rumah, lalu membelah leher hingga ke dada

Lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila pemotong kayunya terlepas ketika baiki rumah, lalu membelah leher hingga ke dada

Suwan Ladee, 54, ketika itu sedang menukar kayu rumah yang telah dimakan anai-anai di rumahnya di Samut Prakan, Thailand.

Bapa kepada seorang anak itu, sedang berdiri di atas perancah kayu apabila dia tergelincir menyebabkan alat berkenaan terjatuh di atas badannya.

Darah berlumuran di atas lantai.

 

Alat berkenaan telah memotong leher dan dadanya sebelum dia rebah ke tanah.

Menurut isterinya, Nong, 52, ketika kejadian dia sedang menyediakan makan tengahari apabila mendengar kekecohan di luar rumah.

Kes berkenaan kini disiasat polis.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila pemotong kayunya terlepas ketika baiki rumah, lalu membelah leher hingga ke dada

“Anak Tiri Panggil Saya Mummy Princess”- King Coco Akui Sedang Hamil

Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma

$
0
0

Itu makan dia.. Kejadian ni berlaku di Sabah2 lelaki dilaporkan koma selepas gagal dalam percubaan merogol seorang perempuan. Wanita ini juga dikatakan bekas Karate Sabah. Korang tengok la sendiri foto lelaki yang kena belasah dengan wanita bernama Alice Lien Hua ni, memang lunyai habis.

Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma

Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma

Tindakan berani Alice mendapat pujian orang ramai.

Bertindak untuk melawan

Kejadian ini berlaku pada 4 Mac 2017, jam 11.40pm di mana Alice tekad melawan 2 lelaki yang bersenjatakan pisau, dipercayai hendak meragut dan merogolnya. Alice sebelum itu di dalam penjalanan pulang ke rumahnya memandu seorang diri dari rumah saudaranya di Penampang.

Sebaik tiba sahaja di jalan Putatan (Kota Kinabalu) berdekatan Sungai Petagas, mangsa memberhentikan kenderaanya di tepi jalan kerana dia dapat merasakan dia diekori 2 individu yang menunggang sebuah motor sejak dari Bandar Putatan.

Selepas itu Alice berhenti di tempat kejadian, bertujuan untuk memberi laluan kepada 2 individu tersebut. Namun ternyata 2 individu itu berhenti di hadapan kenderaannya dan terus menyuruh membuka cermin kereta. Dari itu, terjadinya pergelutan sehingga 2 lelaki itu koma di tempat kejadian.

Ada beberapa orang awam dan kenderaan berhenti serta memberitahu mereka bahawa dia selamat cuma terkena satu tumbukan yang tak berapa kuat di bahagian atas kening nya. Selepas kejadian itu, Alice terus hubungi rakannya yang bertugas sebagai Criminal Investigation Department, kawasan Inanam.

Identiti 2 lelaki tu punyai dokumen yang tak sah

 

Post terbaru di Facebook Alice Lien Hua

Menurut Alice, dia langsung tidak merasa takut bila 2 lelaki tersebut memaksa membuka cermin, malah Alice terus keluar dari keretanya dan bertanya apa mereka mahu. Lalu seorang daripada mereka mempunyai pisau disebelah tangannya dan meminta duit. Alice kata ‘tiada’ dan lelaki itu terus menarik tangan Alice. Alice seolah-olah dibawa ke arah semak yang gelap. Manakala lagi seorang masuk kedalam kereta Alice untuk mengambil beg nya.

Seteleh anggota CID sampai ke tempat kejadian, mereka mengesahkan identiti suspek itu ialah pendatang asing dan tidak punyai dokumen identiti yang sah. Ada juga mengatakan bahawa 2 lelaki tu penagig dadah di kawasan Patagas, Kota Kinabalu.

Dua suspek yang masih dalam keadaan koma pada waktu itu dibawa ke KPJ. Manakala Alice dibawa ke pejabat polis kota kinabalu bagi membuat laporan penuh.

Sumber: Facebook Kelab Info Malaysia

Via:Oh Bulan



Sumber Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>