Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Atlet Karate belasah 2 lelaki cuba merogolnya hingga koma: Tiada laporan polis dibuat kerana takut dipenjara

$
0
0

Semalam viral kisah seorang atlet wanita Sabah hampir dirogol dan disamun oleh dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI). Namun, cubaan terbabit gagal kononnya kedua-dua PATI dibelasah oleh mangsa, Alice Lien Hua hingga koma.

Baca: Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma

Atlet Karate belasah 2 lelaki cuba merogolnya hingga koma: Tiada laporan polis dibuat kerana takut dipenjara

Atlet Karate belasah 2 lelaki cuba merogolnya hingga koma: Tiada laporan polis dibuat kerana takut dipenjara

Terbaru, pihak polis Kota Kinabalu menafikan kejadian terbabit.

Tiada laporan tentang kejadian.

Menurut pihak polis, tiada sebarang laporan polis di buat samada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang atau mana-mana Balai Polis Sabah.

Pihak berkuasa juga menyarankan orang awam untuk mendapatkan pengesahan samada sesuatu kejadian benar ataupun tidak daripada pihak berkuasa. Netizen juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sesuatu berita sebelum disahkan pihak berwajib.

Takut nak buat report.

 

Tapi menurut Alice menerusi Facebooknya, dia memang tidak membuat sebarang laporan polis kerana risau akan dijatuhi hukaman mati.

Sebenarnya saya masih belum membuat sebarang laporan polis kerana takut kes akan dibawa ke mahkamah dan dihukum gantung sampai mati. Sama seperti kejadian sebelum ini, dihukum penjara. Tapi kalau mereka berkeras juga, saya keluar dari negara ini.

Sudah masanya untuk pergi. Sebelum saya pergi, saya harap anda semua faham tindakan saya mencederakan mereka berdua. Ia mampu memberi kesan kepada Sabah dan generasi muda.

#Sabah sentiasa dihati  
Bye Bye
#kopivosian_tohurino
~ ALICE LIEN HUA ~

Kredit : Suara Masyarakat Sabah  & Alice Lien Hua

 

Via: Oh Bulan



Sumber Atlet Karate belasah 2 lelaki cuba merogolnya hingga koma: Tiada laporan polis dibuat kerana takut dipenjara

King Coco Tampil Jawab Hubungan Dengan Madunya Zura Dan Anak Tiri Yang Buat Ramai Ternganga

$
0
0

King Coco Jawab Hubungan Dengan Madu Dan Anak Tiri


Wanita pelat Mat Salleh, King Coco sememangnya dikenali ramai. Setelah menjadi isteri kedua, King Coco mula jadi tumpuan dan ramai yang mengkritiknya.

Namun setelah beberapa bulan berkahwin, ramai bertanya bagaimana hubungan Coco dan madunya bernama Zura serta anak anak Zura.

Ini jawapannya:

"Anak-anak tiri saya pun sangat rapat dengan saya sampai memanggil saya dengan nama Mummy Princess.

"Alhamdulillah, hubungan kami semakin baik. Kami pernah bertemu beberapa kali dan sehingga kini masih berhubung. Dia pun sibuk menguruskan anak-anak. Suami pula tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.


Semoga jawapan King Coco itu menjawab persoalan yang sering di tanya orang ramai.

Zura mempunyai dua anak dengan Azrin dan kini sedang hamil anak ketiga.

King Coco sebelum ini akui sedang hamil anak pertama dengan suaminya, Kapten Azrin.

Sumber King Coco Tampil Jawab Hubungan Dengan Madunya Zura Dan Anak Tiri Yang Buat Ramai Ternganga

Polis kini mencari ahli karate wanita yang mendakwa membelasah 2 lelaki cuba merogolnya hingga koma

$
0
0

Polis sedang mengesan seorang pengguna Facebook yang mendakwa bahawa dia telah berjaya membelasah dua lelaki yang cuba merogolnya, menyebabkan mereka berada dalam  keadaan koma. 

Polis kini mencari ahli karate wanita yang mendakwa membelasah 2 lelaki cuba merogolnya hingga koma

Polis kini mencari ahli karate wanita yang mendakwa membelasah 2 lelaki cuba merogolnya hingga koma

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut.

“Kami sedang menyiasat perkara ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan undang-undang lain yang berkaitan,” katanya semalam.

Dia berkata polis juga meminta wanita itu, yang dikenali  sebagai Alice Lien Hua, untuk tampil dan membantu mereka dalam siasatan mereka.

Dalam status Facebook, wanita itu yang dikatakan atlet karate dan bekas atlet negeri, mendakwa kejadian itu berlaku di Penampang dan bahawa dia telah memukul kedua-dua lelaki itu.

Jelas wanita itu lagi, dia tidak membuat laporan polis kerana bimbang akan dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

“Alice” juga berkata, jika terpaksa, dia akan meninggalkan negara ini.

Ketua Penampang polis, Supritendan Rosley Hobden sebelum ini mendakwa berita yang menjadi tular di beberapa laman blog dan portal atas talian sebagai palsu.

Sumber:Mstar



Sumber Polis kini mencari ahli karate wanita yang mendakwa membelasah 2 lelaki cuba merogolnya hingga koma

Ayam kampung di Kota Bharu positif H5N1, 170 dilupus

$
0
0

Kerajaan negeri mengesahkan kes selesema burung (H5N1) positif apabila tiga ayam kampung mati dan diambil sampel yang berlaku di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini, pada 6 Mac lalu.

Ayam kampung positif H5N1, 170 dilupus

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, bagaimanapun beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak panik, seterusnya meminta penternak memberi kerjasama kepada kakitangan JPV yang memantau kes.

“Pihak kami berpuas hati dengan tindakan JPV Negeri yang bertindak segera dan sudah membuat pelupusan terhadap 170 unggas termasuk ayam kampung, ayam api, angsa, itik, burung, ayam komersil dan 100 telur di kampung berkenaan.

“Kerajaan negeri juga turut menubuhkan Jawatankuasa  Bertindak Kawalan Penyakit Haiwan bagi menangani kes ini termasuk melaksanakan kerja membasmi dan mengawal lokasi yang terlibat secara langsung dengan kematian ayam terbabit,” katanya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Veterinar Negeri, Nurul Huda Zairi.

Che Abdullah yang juga Ahli Jawatankuasa  Bertindak Kawalan Penyakit Haiwan Kelantan, mengulas mengenai laporan Sinar Harian Isnin lalu berhubung kes JPV Kelantan yang memantau status kesihatan semua ternakan unggas setelah ada aduan membabitkan kematian ayam baru-baru ini.

Beliau berkata, berikutan kes berkenaan juga, enam kakitangan Jabatan Makmal Veterinar yang terdedah secara langsung dengan penyiasatan bangkai ayam turut dikuarantin dalam tempoh 24 jam dan kini mereka sudah dibebaskan.

“Keenam-enam mereka yang mengendalikan kes dari Makmal Jabatan Veterinar Negeri dikuarantin di Hospital Tumpat dan punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.

“Jawatankuasa Bertindak Penyakit Haiwan Negeri dikuatkuasakan serta-merta dan pemantauan diteruskan.

“Kami mengharapkan kerjasama daripada penternak, malah bagi melaksanakan kawalan ini, Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut membantu,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Ayam kampung di Kota Bharu positif H5N1, 170 dilupus

"Betapa bencinya keluarga dia kepada saya.." - Fasha Sandha Akhirnya Dedah Perangai Jejai Dan Keluarga

$
0
0

"Betapa bencinya keluarga dia kepada saya.." - Fasha Sandha Akhirnya Dedah Perangai Jejai Dan Keluarga



Umum mengetahui kisah perkahwinan Fasha dan suaminya Jejai.

Pasangan ini memang jarang tercalit dengan kontroversi, namun secara tiba-tiba mereka mengumumkan telahpun bercerai.

Setelah sekian lama bercerai, akhirnya pelakon Fasha Sandha telah mendedahkan apa yang berlaku kepadanya setelah bercerai.

Fasha Sandha mengatakan dia telah cuba dihubungi oleh bekas suaminya, dan ada bukti bergambar.

Pelakon ini juga memuatnaik gambar beberapa "miss call" dari Jejai di laman IG miliknya.

Jom baca  pendedahan mengejutkan dari Fasha Sandha ini:


Bismillahirahmanirahim.
Bila kita diatas; selalunya nasib lebih memihak kepada kita.
Tapi jangan lupa, keadilan di Akhirat kelak.. Allah lebih mengetahui, satu persatu amalan kita dan segala yang kita lakukan.
.
Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. .
.
Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia.


Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan 'HASUTAN' orang yang lama.

Apapun, Takdir Allah kami bersama.
Masa telah berlalu; ianya tidak berkekalan diatas 'SEBAB2 TERTENTU'
Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya. Tak perlu sy nyatakan disini .
.
Saya cuma berharap; ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila2 ; bukan saya; tetapi DIA. Semuanya berBUKTI

Selepas tidak bersama;
Kalau nak dihitung, dah dekat seribu missed calls di masa2 yang weird; beribu messages, beribu voice recorder yang telah saya rakam;
saya akan gunakan demi membela diri saya; demi MARUAH saya.
Belajar menghormati privasi saya
.
Please Get well soon, to u and family;
Akan ku buka satu demi satu.
Biar semua orang tau...kisah sebenar.
Demi membela diri. .
Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. .
Agar mereka sedar siapa yang GILA

#akudahmoveonkaucariPASAL #semogakeluargakauINSAF #semogakeluargakausedarKAUGILA #akankubukasatupersatu #biladahgelabahkausamansanasini #akuadabukti #kaumasihlagigila


Pendedahan ini memang mengejutkan ramai. Namun apa yang didedahkan ini adalah untuk membuktikan bukan dia yang tergila-gila Jejai dan mahu mejaga maruahnya.

Semoga Fasha sentiasa tabah hadapi dugaan hidup.

Sumber "Betapa bencinya keluarga dia kepada saya.." - Fasha Sandha Akhirnya Dedah Perangai Jejai Dan Keluarga

Maybank umum tawar cuti bersalin setahun

$
0
0

Maybank mengumumkan tawaran cuti bersalin sehingga 365 hari berkuat kuasa 1 Mac lalu kepada kakitangan wanita yang layak, menerusi dasar baharu institusi kewangan itu.

cuti bersalin setahun

cuti bersalin setahun

Dasar Penambahan Hari Cuti Bersalin itu membolehkan kakitangan yang layak, menyambung cuti sehingga setahun dengan 90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh, tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji, seterusnya enam bulan tanpa gaji.

Manfaat itu diumumkan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa institusi terbabit di sini, hari ini.

Ia menjadikan Maybank institusi kewangan pertama di Malaysia menawarkan faedah itu.

“Dasar ini memberi peluang kakitangan wanita berdepan tuntutan sebagai ibu dan untuk bayi. Mereka perlu mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sebelum kembali ke pejabat dan melaksanakan peranan berkesan di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata, tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan tidak akan menjejaskan rekod pekerjaan kakitangan, sebaliknya mereka akan turut mendapat perlindungan perubatan dan insurans mengikut gred ganjaran pekerjaan masing-masing.

Katanya, polisi ini adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif Maybank untuk mewujudkan pengalaman tempat kerja yang menarik bagi kakitangan untuk berkembang maju dan memberi kekuatan mereka mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan berjalan lancar.

Reaksi kakitangan Maybank

Indra Rani Apparow, 44

“Saya mempunyai dua anak dan berita ini amat bermakna sempena Hari Wanita Antarabangsa kali ini. Ini adalah penghargaan Maybank kepada kakitangannya.”

Siti Nur Ain Zainuddin, 24

“Walaupun belum berkahwin, saya gembira dengan tawaran cuti bersalin ini dan wajar direbut kakitangan. Sebagai penghargaan, kami akan bekerja lebih produktif dan bersemangat.”

Rozimah Mohd Nazari, 33,

“Tawaran ini menarik dan saya berharap, ia membakar semangat wanita bekerja dengan lebih baik dan produktif.”

 

Sumber: BH Online



Sumber Maybank umum tawar cuti bersalin setahun

Berat badan bertambah, Awie ‘haramkan’ isteri ke dapur

$
0
0

Gara-gara berat badan yang semakin bertambah sejak mendirikan rumah tangga buat kali ketiga, Oktober tahun lalu, Awie terpaksa melarang isterinya masuk dapur.

Vokalis Wings itu berkata, hidangan air tangan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, sukar untuk ditolak apatah lagi setiap menu memang kena dengan seleranya dan anak-anak.

Pemilik nama sebenar Datuk Ahmad Azhar Othman itu berkata, tidak hairan perubahan fizikalnya jelas ketara hanya selepas beberapa bulan mereka menjadi suami isteri.

“Saya bertuah dikurniakan teman hidup yang pandai memasak. Kata orang, untuk memikat suami kena ikat perutnya dulu. Memang kalau ikutkan ada saja hidangan menyelerakan untuk kami sekeluarga.

“Tetapi, melihat saiz tubuh saya yang semakin membesar, nampaknya saya terpaksa ‘mengharamkan’ isteri memasak buat sementara waktu. Tambah-tambah dalam tempoh terdekat ini saya perlu bersedia untuk konsert besar,” katanya kepada BH Online.

Dalam gurauan, akuinya mujur Ladyana memahami, malah menjadi antara insan kesayangan yang memberikan sokongan untuk beliau kembali menjalani senaman dan latihan angkat beban di gimnasium seperti dulu.

Awie berkata, rutin di gimnasium bukan sesuatu yang baharu buat dirinya, malah ia tidak sekadar dijadikan usaha untuk kembali ke tubuh asal, malah latihan bagus sebagai persediaan menghadapi Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama di Istana Budaya pada 6 hingga 9 April depan.

Bermatlamat membantu Yazit Search dan ramai lagi anak seni yang hidup susah, ia juga bakal disertai Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Datuk Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Liza Hanim, Haiza dan Beto Kusyairy.

 

Sumber: BH Online



Sumber Berat badan bertambah, Awie ‘haramkan’ isteri ke dapur

Semua tol Lebuhraya Utara Selatan laksana sistem bayaran elektronik sepenuhnya April ini

$
0
0

Kesemua transaksi tol di 71 buah plaza tol  Lebuhraya Utara Selatan akan melaksanakan sistem bayaran elektronik secara keseluruhan mulai 26 April ini .

Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad (Plus), Datuk Azman Ismail turut mengesahkan perkara ini melalui laman web Plus.

“Bermula pada 26 April yang akan datang, tiada lagi transaksi secara tunai akan dikendalikan dan pengguna lebuh raya Plus perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go ataupun SmartTAG.

Sistem bayaran elektronik sepenuhnya April ini

“Pelaksaan ini termasuklah transaksi tol di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Linkedua,” katanya.

Sebelum ini, inisiatif yang sama telah berjaya dilaksanakan di semua plaza tol kendalian Plus di Bangunan Sultan Iskandar (2008), Lebuhraya Linkedua (secara berperingkat sejak 2009), Plaza Tol Kempas (2014), Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau (November 2014), Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) pada Jun 2015.

Serta di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Jitra (September 2015), Plaza Tol Lunas dan Kubang Semang di Lebuhraya Butterworth-Kulim (September 2015), plaza tol di Jambatan Pulau Pinang (September 2015) serta Plaza Tol Sungai Dua hingga Hutan Kampung di Lebuhraya Utara-Selatan (November 2016).

Azman menjelaskan pelaksanaan ini dilakukan untuk membantu pengguna mendapat perjalanan yang lebih mudah, pantas dan selesa.

“Transaksi tol secara elektronik adalah jauh lebih pantas dan selesa berbanding pembayaran tol secara tunai di mana lorong SmartTAG dan Touch ‘n Go mampu mengendalikan kira-kira 1,000 dan 600 transaksi tol satu jam.

“Manakala Lorong Tunai Keluar pula hanya mampu mengendalikan kira-kira 180 transaksi dalam tempoh yang sama,” katanya lagi.

Justeru, beliau menasihatkan agar orang ramai mula mendapatkan kad elektronik masing-masing segera.

“Kami menasihatkan orang ramai, khususnya yang melalui 71 plaza tol di antara Juru dan Skudai supaya mendapatkan kad elektronik masing-masing,” tambahnya lagi

Sumber: Sinar Harian



Sumber Semua tol Lebuhraya Utara Selatan laksana sistem bayaran elektronik sepenuhnya April ini

Aiman Tino bakal terima kereta Audi R8 berharga RM1juta

$
0
0

Penyanyi, Aiman Tino, 19, bakal menerima kereta Audi R8 berharga kira-kira RM1 juta sebagai pembakar semangat daripada syarikat Wonder Glow di atas kerjasama strategik mereka menghasilkan produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.

Aiman Tino bakal terima kereta Audi

Aiman Tino bakal terima kereta Audi

Katanya, pemberian kenderaan mewah terbabit dianggap sebagai jentera pemangkin untuk bergerak ke seluruh negara bagi mempromosi dan memperkasakan jenama barangannya sendiri.

“Sudah tentu saya teruja. Pada masa sama terharu dengan kepercayaan pengurusan Wonder Glow yang menaruh keyakinan tinggi terhadap nama Aiman hingga sedia menyerahkan Audi R8 sebagai tanda usaha sama ini,” katanya selepas pelancaran Aiman Sweet, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat menyediakan khidmat pemandu buat sementara waktu hingga penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu mengambil lesen penuh dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow, Datuk Ryzal Jamaludin, berkata Aiman dan syarikat pengurusan penyanyi muda itu tidak mengetahui mengenai pemberian kenderaan berkenaan.

“Ketika memeterai perjanjian awal, memang tiada disebut pun soal kenderaan mewah. Sebagai mentornya, saya nampak kesungguhan Aiman dan beliau juga dilihat sebagai ikon remaja.

“Penggunaan kenderaan ini secara tidak langsung menyuntik semangat anak muda lain untuk bergiat cergas dalam perniagaan.

“Sebenarnya, sejak syarikat pengeluar barangan kecantikan dan kesihatan ini beroperasi, kira-kira enam tahun lalu, kami pernah menyerahkan beberapa kenderaan mewah lain kepada jutawan kami, termasuk Lamborghini,” katanya.

Mengulas mengenai produk diusahakan mereka, akui Ryzal, pembabitan penyanyi remaja, yang menjadi sensasi di YouTube apabila video muzik Ku Rela Dibenci dendangannya mencecah lebih 32 juta tontonan, itu menjurus kepada pengendalian keseluruhan proses pemasaran dan promosi, manakala pihaknya hanya memantau serta memberikan panduan andai diperlukan.

 

Sumber: BH Online



Sumber Aiman Tino bakal terima kereta Audi R8 berharga RM1juta

Guru Datuk Lat, Mrs Hew meninggal dunia

$
0
0

Bekas guru Datuk Lat, Lee Siew San atau lebih dikenali Mrs Hew termasuk watak ditampilkan melalui kartun dan animasi kartunis terkemuka itu meninggal dunia pada usia 80 tahun di rumahnya di No 29 Jalan Bunga Telor, Taman Canning di sini hari ini.

Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid, 65, menggunakan watak gurunya itu yang garang tetapi baik hati Lat menampilkan Mrs Hew dengan imej bercermin mata ala 60-an dan fesyen rambut sarang lebah sanggul tinggi dalam hasil karyanya.

Lat mengesahkan pemergian bekas gurunya itu dimaklumkan oleh suami mendiang, Hew Chai Kee, 87, kepadanya melalui telefon hari ini.

Katanya, beliau terkejut dan sedih menerima berita kematian mendiang yang juga dipanggil ‘cikgu Moira’ dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Beliau berkata, mendiang adalah individu yang mengajar dirinya dan rakan pelajar lain dari kawasan kampung untuk membaca, menulis dan bercakap bahasa Inggeris hanya dalam tempoh dua tahun ketika mereka di darjah empat dan lima Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (English) di Jalan Pasir Putih, dekat sini, pada tahun 1962 dan 1963.

“Saya mula melukis karektor Mrs Hew pada tahun 1970an namun rupa sebenarnya bukan seperti yang saya lukis, saya lukis begitu kerana mahu tampilkan sifatnya yang garang tetapi sebenarnya lebih cantik dan seorang yang baik walaupun amat garang.

“Sebenarnya, ketika hayat mendiang juga bangga, dia ada beritahu kepada orang lain bahawa orang itu (karektor Mrs Hew) adalah dirinya dan maklumkan dilukis bekas anak muridnya.

“Ketika saya pulang (menginap) di Ipoh 20 tahun lalu, saya ada lukis rupa sebenar dia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, anak mendiang, Alvin Hew, 53, yang ditemui malam ini berkata ibunya meninggal dunia ketika tidur jam 1.30 pagi tadi.

Katanya, keluarganya memang mempunyai hubungan baik dengan Datuk Lat malah mereka berbangga kerana watak ibu mereka diangkat sebagai antara karektor dalam karya kartunis itu.

“Ibu sendiri sangat gembira wataknya dirakamkan dalam penceritaan kehidupan termasuk dalam karya ‘Kampung Boy’,” katanya ketika ditemui di sini.

Selain suami dan dirinya, ibunya turut meninggalkan dua lagi anak, Cyril, 49, dan Belinda, 52.

 

Sumber: BH Online



Sumber Guru Datuk Lat, Mrs Hew meninggal dunia

Dato Vida didenda RM500 dan penjara 2 hari jika gagal bayar

$
0
0

Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dato Vida didenda RM500

Dato Vida didenda RM500

Hasmiza membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohamad Sah.

Dia didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir mengikut Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 sudah diserahkan kepadanya.

Siti Hanum kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 dan penjara dua hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Hasmiza kemudiannya membayar denda berkenaan dan berjanji akan mengemukakan Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.

 

Sumber: BH Online



Sumber Dato Vida didenda RM500 dan penjara 2 hari jika gagal bayar

Suri rumah tampar cikgu kerana cubit anaknya dipenjara 6 bulan dan didenda RM2000

$
0
0

Seorang suri rumah dipenjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini, selepas didapati bersalah menampar muka seorang guru pada Februari tahun lalu.

Suri rumah tampar cikgu

Suri rumah tampar cikgu

Wanita berkenaan, Tan Seow Yen, 26, kelihatan tenang dan masih mampu tersenyum sebaik Majistret Shamshol Azwa Martadza membacakan keputusan selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tertuduh didapati bersalah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang guru perempuan berusia 39 tahun dengan menampar muka mangsa selepas mendakwa anaknya dicubit wanita berkenaan pada 2 Februari 2015.

Ibu kepada tiga anak berusia lapan, 10 dan 14 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan diperintah menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan, manakala suri rumah itu diwakili peguam, Mohd Ismail Mohamed

fiq Nazrin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum sebagai pengajaran kepada masyarakat berikutan tindakan tidak bermoral tertuduh yang juga sebelum ini enggan menerima tawaran menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Info

Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber Suri rumah tampar cikgu kerana cubit anaknya dipenjara 6 bulan dan didenda RM2000

Wardina kesal tetamu dari Indonesia hadir majlis kahwin adik di maki ‘babi’ oleh pak gad Tropicana Golf and Country Club

$
0
0

Please help me to say #sorryFenti This is a loonggggg overdue post. Gambar ini adalah gambar saya bersama rakan saya di Australia bernama Fenti Forsyth. Suaminya seorang revert Australian. Kak Fenti is Indonesian. She is MasyaAllah an excellent humanitarian. Terlalu ramai orang yang ditolong dan kerja amal yang dilakukan di sini. She is always, always helping people, someone, anyone.

Image may contain: 2 people, closeup

Macam ni ceritanya. Dia menjejakkan kakinya buat kali pertama ke KL (Malaysia) tahun lalu untuk majlis perkahwinan adik saya. Dia tetamu kami. Namun, alangkah sedihnya apabila dia diperlakukan dengan biadap sekali… kerana apa? Kerana dia memegang passport INDONESIA. Yes that is right! “Guard” di Tropicana Golf and Country Club humilated her. Dia keluar awal pagi menaiki teksi ke airport. Mereka menuduh nya sebagai bibik melarikan barang dari rumah majikan.. (ingat semua orang Indonesia bibik ke???) She explained who she was and what she was doing. Guard tersebut tak nak percaya terus membuat tuduhan bukan2 dengan nada yang sangat biadap dan memanggilnya dengan gelaran “babi”, menghina Kak Fenti in ways unimaginable. Boleh tanya dan siasat nicely kan? Panjaaaang cerita tapi to cut the story short – They shouted at her and treated her with utmost disrespect. Teruk sangat. :'( She called me on the way to the airport clearly so upset. (I didn’t pick up the phone earlier)

Saya harap “guard” berkenaan diambil tindakan or better training is given to treat EVERYONE.. Indonesian ke, Mynmar ke, Rohingya ke… (Indonesian pun saudara seIslam kan?) with some kind of respect and human decency. Dekat imigration pun, senyum la sikit kan…. Kak Fenti berkata inilah kali pertama dan terakhir dia menjejak kaki ke Malaysia. Please tag her or use this hashtag #sorryFenti on behalf of ALL MALAYSIANS. Tolong saya message Kak Fenti and tell her how sorry we are. Tidak semua orang Malaysia bersikap seperti itu. I am sorry Kak Fenti. I love you!

Kak Fenti was concerned she said “If they treated me like that, I wonder how they treat real maids… that is not right”

 

Sumber: Wardina Safiyyah



Sumber Wardina kesal tetamu dari Indonesia hadir majlis kahwin adik di maki ‘babi’ oleh pak gad Tropicana Golf and Country Club

Fattah Amin Akhirnya Tampil Dedah Status Hubungan Dengan Selebriti VIP, Azrinaz

$
0
0

Fattah Amin Akhirnya Tampil Dedah Status Hubungan Dengan Selebriti VIP, Azrinaz



Fattah Amin telah terpalit gosip hangat apabila dikaitkan dengan selebriti berstatus VIP iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Malah beberapa ekping gambarnya dengan Azrinaz juga tersebar meluas di laman sosial.

FATTAH TAMPIL BUAT KENYATAAN

Melihat ramai memperkatakan tentang hal ini, Fattah tampil memberi kenyataan tentang hal berkenaan.

Pelakon kacak ini telah menafikan dakwaan kononnya dia kini berkawan rapat dengan bekas personaliti TV3 itu.

Dia mengatakan itu adalah satu fitnah yang besar dan tidak mahu perkara itu berlarutan.


Ini komennya:

"Bagi saya ia merupakan satu fitnah yang dilemparkan sehingga tersebar di laman sosial.

"Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini kerana perkara ia tidak benar dan tidak pernah berlaku,"

"Saya cuba mengambil langkah berdiam diri dan bertenang tetapi nampaknya cerita tidak berasas ini semakin berleluasa dan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan.

"Saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara yang tidak berasas sehingga boleh jatuh sebagai fitnah.

"Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada individu itu sendiri," jelasnya.

KISAH SEBENAR GAMBARNYA

Menjelaskan perkara sebenar, Fattah mengatakan Azrinaz dan rakan rakan telah berkunjung ke kafe miliknya iaitu Stalker Cafe.

Kemudian mereka bergambar dan Azrinaz memuatnaik gambar itu di laman Instagram.

Ini komennya lagi:

"Azrinaz datang bersama kawan-kawannya dan yang lain juga memuat naik gambar saya bersama mereka dan persoalannya kenapa ada isu dan tuduhan terhadap saya dan dia.

"Ini adalah benda biasa yang peminat-peminat saya sering lakukan sebelum ini dan mungkin kerana Azrinaz adalah selebriti dan itu yang dijadikan bahan bualan sehingga jadi fitnah,"

MASIH SOLO

"Mungkin isu ini timbul kerana saya pun masih tiada teman istimewa dan Azrinaz pun masih solo lagi.

"Saya mengharapkan sokongan dari peminat-peminat saya daripada sudut positif dan jangan mudah percaya dengan gosip seperti ini,"

Mereka berdua menjadi mangsa spekulasi peminat sahaja.



Sumber Fattah Amin Akhirnya Tampil Dedah Status Hubungan Dengan Selebriti VIP, Azrinaz

Setelah Dedah Sikap Jejai, Fasha Sandha Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Yang Mengejutkan

$
0
0

Setelah Dedah Sikap Jejai, Fasha Sandha Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Yang Mengejutkan 


Semalam Fasha Sandha menjadi tumpuan ramai apabila mendedahkan sikap bekas suaminya, Jejai dan keluarga.

Fasha Sandha menyatakan sering diganggu Jejai dan akui keluarga Jejai amat membencinya.

Hubungan perkahwinan mereka juga dikatakan goyah kerana gangguan dari 'pihak tertentu'.

Baca luahan penuh Fasha Sanda yang mengejutkan ini DI SINI.

Hari ini, Fasha Sandha sekali lagi tampil berani apabila mendedahkan bukti perbualannya dengan bekas suami.

Bukti tersebut merupakan perbualan Fasha Sanhda dan bekas suaminya, Jejai.

Dari perbualan whatsapp itu, Jejai dilihat menyuruh Fasha Sandha turun berjumpa dengannya utnuk berbual di rumah Fasha.

Jika dilihat waktunya, ketika itu merupakan jam 5 pagi.

Fasha Sandha dilihat menolak untuk berjumpa Jejai dan menyatakan terlalu penat.

Namun Jejai tetap tegas mahu berjumpanya.

Malah Fasha turut menunjukkan bukti, Jejai kerap kali cuba menghubunginya.

Ini bukti gambarnya:

..................................

Fasha and her husband, Rizal Ashram Ramli laso known as Jejai, is divorced with a single talaq on January 2016.

The actress was present at Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan at 2.15pm, accompanied by her lawyer and friends.

The divorce pronunciation was performed in a close manner in front of judge.

They were married on 27 April 2012. The couple has two children, Putra Rayfal and Putri Raysha.

Sumber Setelah Dedah Sikap Jejai, Fasha Sandha Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Yang Mengejutkan

Dato Seri Vida Akhirnya Mengaku Bersalah, Ini Jumlah Denda Yang Dikenakan

$
0
0

Dato Seri Vida Akhirnya Mengaku Bersalah, Ini Jumlah Denda Yang Dikenakan 



Dato Seri Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman telah mengaku bersalah hari ini.

Jutawan ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret  atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

DENDA


Dengan itu, Dato Vida akan dikenakan denda sebanyak RM500. Hakim turut menetapkan penjara dua hari sekiranya Vida gagal membayar denda tersebut.

Dato Vida kemudian telah membayar denda tersebut.

Beliau kemudian berjanji akan mengemukakan Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.

Vida yang juga Pengarah Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir di bawah Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah diserahkan kepadanya.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Hasil, Norhidayah Mohamad Anas.


KES GST

Disember lalu, Vida mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kes GST Dato Vida bakal dibicarakan.

Sumber Dato Seri Vida Akhirnya Mengaku Bersalah, Ini Jumlah Denda Yang Dikenakan

"Aku memang bengang..." - Roomate Bekas Kekasih Sufian Suhaimi Dedah Kisah Percintaan

$
0
0

"Aku memang bengang..." - Roomate Bekas Kekasih Sufian Suhaimi Dedah Kisah Percintaan


Sufian Suhaimi mula menjadi popular sejak akhir akhir ini.

Penyanyi ini juga berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara lagu, satu pencapaian yang amat membanggakan.

Tetapi baru-baru ini ada mengatakan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sedang hangat bercinta.

Malah Sufian ada memberi bunga yang besar buat Elfira Loy pada hari jadi pelakon genit itu.

Kemudian, seorang gadis ada meluahkan rasa kecewa dan bengangnya dengan Sufian Suhaimi.

Ini kerana mengatakan dia mengatakan Sufian tidak pernah melayan bekas GF nya seperti itu.

Malah Sufian dikatakan lupa diri setelah menjdi artis ketika gadis berkenaan setia dengannya sejak belum menjadi artis lagi.

Gadis tersebut mengakui rakan sebilik bekas kekasih Sufian Suhaimi.

Jom baca luahannya.



Sumber "Aku memang bengang..." - Roomate Bekas Kekasih Sufian Suhaimi Dedah Kisah Percintaan

Dato Vida bayar bayar semua cukai RM4.2 juta, mahkamah tarik balik 16 pertuduhan

$
0
0

Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, tadi membenarkan permohonan untuk menarik balik 16 pertuduhan gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Datuk Seri Vida bayar semua cukai RM4.2 juta

Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu selepas pengasas Vida Beauty yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida membayar semua cukai sejumlah RM4,246,029.10 pagi tadi.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan pembayaran semua cukai itu sudah diterima JKDM hari ini.

Hasmiza diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abbas.

Dia sebelum ini menghadapi 16 tuduhan gagal membayar GST dari 1 April 2015 hingga 31 Julai tahun lalu mengikut Seksyen 41(7) Akta GST 2014.

Mahkamah hari ini turut mengarahkan supaya pasport antarabangsa Hasmiza yang diserahkan kepada mahkamah sebelum ini dikembalikan.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Dato Vida bayar bayar semua cukai RM4.2 juta, mahkamah tarik balik 16 pertuduhan

Isteri mengidam kelapa muda belum dikopek, Saharul Ridzwan sanggup cari walaupun sudah pukul 3 pagi

$
0
0

Pelakon Saharul Ridzwan memberitahu di awal kehamilan isterinya, dia pernah mengambil masa hampir satu jam mencari buah kelapa muda pada pukul 3 pagi di Kampung Baru di sini.

Saharul, 28, berkata, ketika itu dia tidak mengesyaki bahawa isterinya, Qaabila Deena sebenarnya sudah berbadan dua.

“Kebetulan saya baru selesai menjalani penggambaran sebuah drama sebelum dihubungi isteri pada pukul 3 pagi yang tiba-tiba teringinkan air kelapa muda berisi nipis.

“Awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa cuma sedikit pelik kerana dia mahukan buah kelapa yang belum dikopek dan mahu saya sendiri mengopekya di rumah.

“Setibanya di rumah saya kecewa juga kerana dia hanya menjamah sedikit sahaja isi kelapa membuatkan saya mengesyaki ia mungkin ‘pembawakan budak’ dan selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Saharul ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta & ikon Kelab Remaja Udara Malaysia (KRUM)  di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, di sini pada Rabu.

KRUM ditubuhkan pada penghujung tahun 2016, bermula di Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka yang menyasarkan pelajar sekolah dan remaja seusia 10 hingga 25 tahun untuk menyertainya.
Pelantikan Saharul sebagai duta & ikon KRUM selama setahu berdasarkan latar belakang pendidikan pelakon ‘Hati Perempuan’ itu dalam jurusan Teknologi Penyelenggaraan Pesawat di sebuah kolej pengurusan penerbangan pada 2008.

Dalam pada itu, kata Saharul, sehingga kini dia hanya membuat persiapan ala kadar biarpun usia kandungan isterinya kini hampir memasuki enam bulan.

Malah dia masih dengan pendirian sebelum ini untuk tidak mengambil tahu jantina zuriat dan hanya berserah pada ketentuan Tuhan.

“Kalau lelaki saya boleh ajak main bola, kalau perempuan pula boleh temankan saya tengok wayang,” ujarnya berseloroh.

Mengimbau pengalaman pendidikan dalam bidang kejuruteraan pesawat, kata Saharul, sekali pun impiannya untuk menyambung pengajian dalam bidang tersebut masih belum termakbul, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk kembali mendekati lapangan ini dengan pelantikan dirinya sebagai duta dan ikon KRUM.

“Jujur saya teruja dan saat diberitahu perkara ini, saya terus mencari kembali buku-buku berkaitan untuk ‘refresh’ balik ilmu yang pernah saya pelajari selama tiga tahun.

“Satu yang saya pegang, andai bukan rezeki saya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan pesawat, mungkin anak saya nanti menyambung impian saya itu, siapa tahu?” katanya teruja.

Dalam perkembangan seni, pemenang tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2012 ini baru sahaja selesai penggambaran drama 20 episod Tauke Jamu untuk siaran TV3.

Selain itu dia turut menjayakan drama 20 episod terbitan Astro Warna berjudul ‘Kampus’.

Sumber: Mstar



Sumber Isteri mengidam kelapa muda belum dikopek, Saharul Ridzwan sanggup cari walaupun sudah pukul 3 pagi

Zaidatul Husniah pecah rekod 100m 24 tahun G Shanti

$
0
0

Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli akhirnya meleburkan rekod 24 tahun dalam acara 100 meter wanita pada Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan, awal Khamis.

Zaidatul Husniah pecah rekod 100m

Zaidatul Husniah pecah rekod 100m

Zaidatul Husniah, 24, melakar catatan masa 11.45 saat dengan bantuan angin sebanyak 0.4 saat, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 11.50 saat dicatat G.Shanti pada Kejohanan Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Kejayaan atlet dari Alor Setar, Kedah itu disahkan ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas yang dihubungi Bernama.

Zaidatul Husniah bagaimanapun menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi final Kumpulan B di belakang atlet tuan rumah, Tamzin Thomas yang mewakili University of Western Cape (11.44 saat) manakala tempat ketiga diraih seorang lagi atlet tuan rumah, Tsaone Sebele dari University of Johannesburg menerusi catatan masa 11.48 saat.

Seorang lagi atlet kebangsaan, S. Komalam Shally menduduki tempat keempat selepas mencatat masa 11.72 saat.

Terdahulu, Zaidatul Husniah pernah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara yang sama dengan catatan masa 11.36 saat pada Kejohanan AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan, Sabtu lepas namun ia tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin sebanyak 2.5 saat.

Peraturan Kesatuan Olahraga Dunia (IAAF) mensyaratkan hanya catatan dengan bantuan angin di bawah dua saat dikira sebagai rekod baharu seseorang atlet. — Bernama
Sumber: MStar



Sumber Zaidatul Husniah pecah rekod 100m 24 tahun G Shanti
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>