Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Budak 2 tahun meninggal dunia didera pengasuh di Seksyen 51A, Anak lebam dan kemaluan ada kesan terkoyak

$
0
0

Kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia dipercayai kerana didera di rumah pengasuh di sebuah apartmen di Seksyen 51A, dekat sini, semalam.

Kes dera

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sebelum itu, ibu mangsa telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada jam 1 petang.

Namun kira-kira jam 2 petang, pengasuh telah menghantar pesanan melalui WhatsApp menyatakan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak sihat dan muntah-muntah selain badannya yang lemah.

“Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang kemudian datang ke rumah pengasuh terbabit kira-kira jam 4 petang dan dapati anaknya itu tidak sedarkan diri.

“Mangsa terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).  Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa.

Malah, bahagian kemaluan kanak-kanak terbabit juga cedera seperti kesan terkoyak.

Tambahnya, susulan itu, polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita malam tadi di Petaling Jaya. Siasatan akan diteruskan dan perkembangan akan dimaklumkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian



Sumber Budak 2 tahun meninggal dunia didera pengasuh di Seksyen 51A, Anak lebam dan kemaluan ada kesan terkoyak

Jangan Anggap Akidah Saya Terjejas - Fazura Setelah Dikecam Hebat

$
0
0

Jangan Anggap Akidah Saya Terjejas - Fazura



Fazura meluahkan rasa kecewa apabila tayangan filem Beauty & The Beast ditunda.

Malah dia juga kecewakerana diberitahu mungkin akan ada potongan babak jika ditayang di Malaysia.

Oleh kerana itu, pelakon berusia 34 tahun ini mahu menonton filem kegemarannya itu di luar negara.

Dia merasakan, akidahnya langsung tak terjejas jika menonton filem itu.


Ini komennya:

"Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang  dipotong jika ditayangkan di Malaysia.

"Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu.


"Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing,"


Fazura ada membuat tweet tentang hal ini di laman sosial tetapi teruk dihentam kerana memnulis tentang iman orang lain (BACA SINI)

Untuk pengetahuan, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LFPM) sebelum ini membenarkan filem itu ditayangkan di negara ini dengan sedikit pemotongan khususnya melibatkan babak kontroversi.

Syarikat pengeluar filem itu iaitu Walt Disney tak membenarkan filem itu ditayangkan jika ada suntingan.

Untuk makluman, negara Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

Pawagam di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak songsang.


Sumber Jangan Anggap Akidah Saya Terjejas - Fazura Setelah Dikecam Hebat

"Nabi Pun Laknat.." -Kecoh Pasal Nasi Lemak Pondan Buat Orang Ramai Bergaduh

$
0
0

"Nabi Pun Laknat.." -Kecoh Pasal Nasi Lemak Pondan Buat Orang Ramai Bergaduh



Orang Malaysia memang suka makan nasi lemak. Makanan paling popular di Malaysia.

Memang telah menjadi trend untuk orang berniaga nasi lemak mencari sumber rezeki apatah lagi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Pelbagai cara yang dibuat untuk menjadi viral sebelum ini seperti nasi lemak anak dara, nasi lemak spiderman dan banyak lagi.

Yang terbaru, telah menajdi viral "nasi lemak ponda" dan ianya menjadi buah mulut orang remai sejak semalam.

Ini gambarnya:




Menurut sumber, gerai nasi lemak ini dibuka di Cheras, Kuala Lumpur.

Gambar bersama penjual nasi lemak ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter. Pelbagai komen negatif dan positif yang diberikan.

Ada yang memuji penjual ini mencari rezeki yang halal dan ada pula yang mengecam tindakan tersebut apatah lagi menggunakan nama 'pondan'.

Ada juga pengguna internet yang mengatakan tindakan tersebut tidak mulia kerana nabi sendiri melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita.

Jom baca komen orang ramai yang beperang mulut di laman sosial:









Sumber "Nabi Pun Laknat.." -Kecoh Pasal Nasi Lemak Pondan Buat Orang Ramai Bergaduh

Bapa bunuh anak lelaki sendiri bersama teman wanita dihukum gantung sampai mati

$
0
0

Seorang bapa bersama teman wanitanya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini, selepas didapati bersalah membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun pada Disember 2013.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu terhadap Mohd Imran Mohd Ramly, 34, dan Norhidayah Mamid, 30, yang menghadapi tuduhan membunuh Muhammad Aqeef Adam.

Collin berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir pembelaan.

Katanya, walaupun tiada saksi di lokasi kejadian, keputusan boleh dibuat berdasarkan keterangan mengikut keadaan.

“Pakar patologi mengesahkan ada kesan pukulan objek tumpul di kepala mangsa secara berterusan selama tiga bulan yang mana sepanjang tempoh berkenaan mangsa di bawah jagaan kedua-dua tertuduh,” katanya.

Mereka didakwa Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh dituduh melakukan perbuatan itu kediaman bernombor A 2-22 Apartment Sri Putra, Jalan Meranti 7, Kulai, antara 12 tengah malam 16 Disember 2013 hingga jam 6.45 petang, 19 Disember 2013.

Seramai 13 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan, manakala empat saksi pembelaan dipanggil termasuk kedua-dua tertuduh sepanjang prosiding perbicaraan yang berjalan sejak 12 Januari 2016.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla Abd Rahman, manakala Mohd Imran diwakili peguam Normah Mohd Desa dan Norhidayah diwakili Shahruddin Osman.

 

Sumber: BH Online



Sumber Bapa bunuh anak lelaki sendiri bersama teman wanita dihukum gantung sampai mati

Berang disuruh pulangkan BMW, wanita muda yang baru diceraikan bakar 2 rumah milik bekas suami

$
0
0

Seorang wanita muda, yang baru diceraikan, dicari polis berhubung kebakaran dua buah rumah milik bekas suaminya.

Berang disuruh pulangkan BMW, wanita muda yang baru diceraikan bakar 2 rumah milik bekas suami

Berang disuruh pulangkan BMW, wanita muda yang baru diceraikan bakar 2 rumah milik bekas suami

Lelaki itu percaya bekas isterinya, yang diceraikan enam bulan lalu, terbabit apabila beliau membuat laporan polis memintanya memulangkan kereta BMW M5.

Wanita 28 tahun itu dikehendaki berhubung kebakaran rumah sewa ahli perniagaan tersebut dan rumah bekas mertuanya hujung minggu lalu, lapor Kosmo!.

Rumah pertama di Jalan Belakang Asrama Zainab di sini terbakar 5.25 pagi Sabtu lalu. Ia melibatkan kerugian RM35,000.

Sementara kebakaran kedua yang berlaku jam 4.20 pagi Ahad lalu di Kampung Chicha di sini melibat kerugian mencecah RM50,000.

“Menurut mangsa, dua lelaki bermotosikal telah memecahkan cermin tingkap ruang tamu rumahnya sebelum menyalakan api selepas mencurahkan petrol.

“Suspek kemudian melarikan diri,” kata ketua polis Kota Baru ACP Baharom Abu.

Polis mengenal pasti indivdu terbabit dan sedang mencari wanita itu untuk membantu siasatan, tambahnya.

Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Sumber:Malay Mail



Sumber Berang disuruh pulangkan BMW, wanita muda yang baru diceraikan bakar 2 rumah milik bekas suami

Ini Respon Ayda Jebat Tentang Hubungan Cinta Dengan Redza Rosli, Bagaimana Dengan Radin?

$
0
0

Ini Respon Ayda Jebat Tentang Hubungan Cinta Dengan Redza Rosli




Ayda Jebat kini dikaitkan menjalin hubungan dengan rakan artsi pelakon Redza Rosli.

Pelakon ini telah mengambil sikap terbuka jika ditakdirkan menjalin hubungan cinta dengan Redza pada masa akan datang.

Ketika ini mereka sekadar teman rapat kerana sedang menjalani penggambaran bersama dalam drama bersiri.

Ayda akui selesa berkawan dengan Redza Rosli.

Malah Ayda juga mengakui beliau kini masih solo sekaligus menepis dakwaan mempunyai hubungan dengan penyampai radio Era FM, Radin.

Ini komennya:

"Rasanya tak salah jika kami berkawan rapat sebab saya solo dan dia pun solo. Redza lelaki yang baik keperibadiannya dan kebetulan ‘sekepala’  dengan saya.

"Saya tak berani nak cakap yang kami takkan bercinta langsung. Pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma ketika ini tiada apa yang serius antara kami,"

"Saya menyenangi dan selesa berkawan dengan Redza. Kebetulan, tarikh lahir saya pada 17 Mac dan dia pula 18 Mac. Tarikh lahir kami dekat sangat dan umur pun sama, patutlah perangai sama.

"Mungkin sebab itu juga ketika di set kami suka buli dan bergurau antara satu sama lain. Keserasian kami itu agaknya menimbulkan salah faham,"

"Mungkin sebab industri lihat kami berdua masih solo dan serasi, selepas tamat penggambaran siri ini, kami akan bergandingan lagi untuk beberapa projek.

"Jika peminat menyenangi kami berkawan, ia adalah perkara yang baik untuk kerjaya saya dan Redza juga,"


Keintiman Ayda dan Redza mencuri tumpuan kebelakangan ini apabila kedua-duanya saling berkongsi gambar kemesraan di lokasi penggambaran.

Redza juga dilihat menemani Ayda ketika mengadakan persembahan KL Xtravaganza di perkarangan pusat beli-belah Wangsa Walk.

Sumber Ini Respon Ayda Jebat Tentang Hubungan Cinta Dengan Redza Rosli, Bagaimana Dengan Radin?

Hukuman gantung 3 pembunuh Sosilawati dikekalkan

$
0
0

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga pembantunya tujuh tahun lalu namun membebaskan seorang lagi perayu.

Tiga lelaki berkenaan ialah bekas peguam, N Pathmanabhan, 47 dan dua pekerjanya, T Thilaiyalagan, 25 and R Kathavarayan, 37.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata terdapat terlalu banyak bukti yang menunjukkan Sosilawati dan tiga lagi dibunuh di ladang milik Pathmanabhan di Banting.

Arifin berkata mahkamah bagaimanapun membebaskan R Matan, 26 berikutan kekurangan bukti untuk mengaitkan lelaki itu dengan pembunuhan tersebut.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan berkata anak guamnya akan dibebaskan di Penjara Kajang.

Keempat-empat lelaki yang memakai baju penjara berwarna putih berlengan merah itu tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan.

Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap empat lelaki tersebut selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 8.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka kalah dalam rayuan di Mahkamah Rayuan pada 4 Disember 2015.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka didakwa ke Banting bagi urus niaga tanah. Kehilangan mereka menjadi tajuk utama berita di negara ini.

Susulan itu, empat lelaki ditahan dan didakwa di mahkamah pada 2011.

– Bernama

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber Hukuman gantung 3 pembunuh Sosilawati dikekalkan

Selepas Nasi lemak anak dara, kini tiba giliran Nasi Lemak Pondan pula jadi perhatian

$
0
0

Umumnya, kita tahu untuk sesuatu berita menjadi tular di media sosial adalah mudah sahaja. Ianya bukan sesuatu yang pelik namun boleh memberi impak yang positif atau negetif kepada netizen dan juga orang yang memuat naik berita tersebut.

Nasi Lemak Pondan

Nasi Lemak Pondan

Baru-baru ini, telah tular satu tweet yang dimuat naik oleh Yien Asmady‏ (@assyfrn) di laman tweeternya tentang seorang pondan yang mejual nasi lemak di kawasan Bandar Seri Permaisuri, Cheras.

Niatnya, hanyalah untuk bantu mempromosikan gerai nasi lemak pondan tersebut tetapi disalah tafsir oleh sesetengah netizen.

Melalui pemerhatian saya, apa yang ditulis dalam tweet itu tidak ada pun unsur-unsur mengeji atau mengaibkan pondan tersebut. Dia hanya ingin membantu, janganlah kita mudah membuat tuduhan melulu dan mengecam sesuka hati. Ianya akan menimbulkan fitnah.

Dalam pada itu, berita ini mendapat perhatian ramai netizen. Kebanyakannya menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada pondan tersebut kerana apa yang dilakukan olehnya adalah pekara yang baik. Mecari rezeki dengan cara yang halal. Tidak salah disisi agama. Malah ada yang berpendapat, dia seorang yang berani, berniaga tanpa memperdulikan pandangan masyarakat terhadap dirinya.

Namun begitu, masih ada juga segelitir netizen yang tidak beradab terus-terusan suka menghukum orang lain. Daripada kita mengecam, mengeji, dan menghukum orang lain, lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui, kita tiada apa-apa ilmu kecuali yang diberikan olehNya. Selamat bermuhasabah diri.

-pru14.tv-



Sumber Selepas Nasi lemak anak dara, kini tiba giliran Nasi Lemak Pondan pula jadi perhatian

Netizen Kecoh Pasal Nasi Lemak Pondan: “Nabi pun laknat..”

$
0
0


Lately ni kalau korang perasan trend orang berniaga nasi lemak. Admin rasa mungkin sebab rakyat Malaysia memang gemar makan nasi lemak. Kalau sebelum nie viral nasik lemak anak dara, terbaru nasi lemak pondan pulak trending.

Baca artikel sebelum: Selepas Nasi lemak anak dara, kini tiba giliran ‘Nasi Lemak Pondan’ pula jadi perhatian

Menurut sumber, gerai nasi lemak ini dibuka di Cheras. Gambar bersama penjual nasi lemak ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter. Biasalah rakyat Malaysia kan, pelbagai feedback yang diberikan di status terbabit.

“Dia cari rezeki halal..”




“Mulia? Nabi pun laknat..”





No komen. Nah..Admin belanja gambar gerai nasi lemak pondan.

Screen Shot 2017-03-16 at 09.54.15

Screen Shot 2017-03-16 at 09.54.58

 

Sumber: Oh Bulan



Sumber Netizen Kecoh Pasal Nasi Lemak Pondan: “Nabi pun laknat..”

Hafiz Hamidun tak kisah kahwin janda, Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda

$
0
0

Penyanyi nasyid kontemporari, Hafiz Hamidun, 33, tidak melihat status ibu tunggal bakal isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, sebagai masalah.

Malah Hafiz, yang popular dengan lagu Jodoh Berdua, sudah bersedia untuk menjadi bapa segera kepada anak lelaki berusia tiga tahun, hasil perkahwinan pertama bakal isterinya.

Penyanyi yang turut dikenali dengan album Zikir Terapi itu bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 29 terbabit pada 1 Mei depan.

“Status bakal isteri saya bukannya masalah. Sebelum ini pun saya pernah membuat kenyataan tidak kisah kalau ditakdirkan berkahwin dengan janda. Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda bernama Siti Khadijah,” katanya kepada BH Online.

Menurut Hafiz, majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan kosmetik itu dijangka berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam.

Satu majlis sidang media akan diadakan pada 22 Mac ini bagi memaklumkan secara terperinci mengenai perancangan hari bahagia pasangan berkenaan.

“Hubungan kami memang berlaku tanpa dirancang. Selepas empat atau lima minggu bertemu, jodoh kami nampaknya melekat.

“Saya sendiri memang tidak mahu berkawan lama-lama dalam sesebuah perhubungan. Kalau ia boleh dibawa ke arah perkahwinan, perhubungan seperti itulah juga yang saya inginkan. Alhamdulillah, menerusi hubungan kali ini, ia bagai dipermudahkan,” katanya sambil memaklumkan beliau melamar wanita itu sekitar minggu lalu.

Kata Hafiz, keluarga kedua-dua pihak juga sudah bertemu dan merestui perhubungan yang terjalin.

“Insya-Allah, pada majlis sidang media itu nanti kami juga akan adakan acara yang menjadi simbolik kepada ikatan hubungan ini. Sidang media itu juga boleh dikatakan merangkap majlis pertunangan kami,” katanya.

Selesai bernikah pada 1 Mei, majlis persandingan kedua-duanya akan dilangsungkan pada 1 Julai nanti, diikuti majlis bertandang pada 7 Julai, yang berkemungkinan diadakan di Perak.

 

Sumber: BH Online



Sumber Hafiz Hamidun tak kisah kahwin janda, Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda

Pengalaman jururawat mandikan jenazah: “Muntah cairan hijau kuning.. Dia bangun balik ke?

$
0
0

Selain daripada memberi rawatan dan menguruskan pesakit, jururawat juga bertanggungjawab dalam melakukan ‘last office’ prosedur. Last office prosedur merupakan prosedur dimana jururawat membersihkan tubuh pesakit sebelum diserahkan kepada staff bilik mayat.

Wanita ini kongsi pengalaman melakukan last office prosedur ke atas pesakitnya. Macam-macam situasi pernah dihadapi antaranya arwah memuntahkan lambakan cairan kuning pekat dan hijau, najis keluar tak henti-henti dari dubur dan banyak lagi. Huu macam seram pulak!

Muntahkan berlambak cairan kuning pekat & hijau

Screen Shot 2017-03-16 at 10.49.40 AM

Pernah juga najis tak henti-henti keluar dari dubur

Screen Shot 2017-03-16 at 10.52.56 AM

Maaf jika terpaksa sentuh kawasan sulit, mengiringkan tubuh

Screen Shot 2017-03-16 at 10.53.49 AM



Sumber Pengalaman jururawat mandikan jenazah: “Muntah cairan hijau kuning.. Dia bangun balik ke?

Polis dedah Model lawan arus tidak boleh didakwa atas dakwaan membunuh

$
0
0

Pemandu remaja yang merempuh keretanya dengan beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam berbuat demikian selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut polis Seberang Perai.

langgar

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu Proton Gen-2 berusia 19 tahun itu melakukan pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh 5km.

Ia kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26.

Nik Ros berkata remaja tersebut tidak memasuki arah bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan kecemasan seperti dilapor sebelum ini.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari. Dia dilihat dalam keadaan kaku ketika berjalan melepas sekumpulan wartawan.

Bayangan lori

Menurut Nik Ros, remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth.

Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.

Di situ, dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

“Ketika melakukan pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser 3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.

“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya,” Nik Ros memberitahu wartawan hari ini.

Dakwaan bunuh

Insiden semalam mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu tidak berniat membunuh.

Menurutnya, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.

Nik Ros turut mengesahkan remaja tersebut dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.

Menurutnya, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

 

Sumber: Free Malaysia Today



Sumber Polis dedah Model lawan arus tidak boleh didakwa atas dakwaan membunuh

Pakcik ini dihalau anaknya sendiri kerana anaknya mahu ada masa dengan ‘family’ sendiri

$
0
0


Tak semua orang diberi peluang untuk merasai kasih sayang seorang bapa. Bagi yang ada hargailah mereka selagi hayat masih ada. Mungkin ayah kita bukan yang terbaik tapi, Islam tak pernah ajar untuk menderhaka dan melukakan hati ayah.

Seorang pengguna Twitter berkongsi rasa sebaknya apabila dia bertemu seorang warga emas yang dihalau balik dari rumah anaknya sendiri. Admin tumpang sedih dengan nasib pakcik ini.

 Naik KTM seorang diri.

 

 

Dalam train ni..ada abang tu tanya pak cik ni nak ke mana. Lepastu dia jawab nak ke Tampin balik kampung.. Dia dri rumah anak dia dekat Kajang.. Anak dia mintak dia balik kampung tak payah stay dekat rumah diorang sebab nak masa dengan family sendiri.. Takda masa nak jaga makan minum pak cik ni.. Kesian pak cik ni.. Dia kecil hati dengan anak-anak dia.. Anak dia yang hantar ke KTM Kajang mintak dia balik.. Semua dalam train ni senyap ja sayunya hati..

Netizen turut bersimpati.

Screen Shot 2017-03-16 at 13.16.21Screen Shot 2017-03-16 at 13.16.36Screen Shot 2017-03-16 at 13.17.00Screen Shot 2017-03-16 at 13.17.28Kredit : Mieracle

 

Sumber: OH Bulan



Sumber Pakcik ini dihalau anaknya sendiri kerana anaknya mahu ada masa dengan ‘family’ sendiri

Beriya-Iya Suami Minta Pulang Sendiri- Viral Kemalangan Maut Semalam, Rupanya Ini Pertanda Suami Pergi

$
0
0

Semalam, viral di media sosial apabila sebuah kereta memandu melawan arus yang mengakibatkan kemalangan 6 buah kereta. Paling menyedihkan apabila seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga terkorban dalam kejadian di Permatang Pauh itu.

Beriya-Iya Suami Minta Pulang Sendiri- Viral Kemalangan Maut Semalam, Rupanya Ini Pertanda Suami Pergi

Beriya-Iya Suami Minta Pulang Sendiri- Viral Kemalangan Maut Semalam, Rupanya Ini Pertanda Suami Pergi

Mendapat perhatian ramai adalah isteri kepada arwah yang turut sama dalam kemalangan itu. Ramai yang melahirkan rasa simpati atas nasib beliau yang kini sedang hamil anak sulung mereka. Memang sebak

Hasrat bawa isteri ke kenduri tidak kesampaian

Tak mahu hantar balik

2 hari nampak pendiam

SumberRizki Kentong

Via: Oh Bulan



Sumber Beriya-Iya Suami Minta Pulang Sendiri- Viral Kemalangan Maut Semalam, Rupanya Ini Pertanda Suami Pergi

[VIDEO] Guru Ingin Lihat Pelajarnya Makan Pada Waktu Rehat, Namun Apa Yang Berlaku Buat Kami Sebak…

$
0
0

Dengan keadaan ekonomi yang menekan sekarang ini, ibu bapa terpaksa bekerja siang dan malam demi menampung kehidupan seharian. Anak-anak pula ada yang terpaksa menahan lapar di sekolah kerana tiada wang saku.

[VIDEO] Guru Ingin Lihat Pelajarnya Makan Pada Waktu Rehat, Namun Apa Yang Berlaku Buat Kami Sebak…

[VIDEO] Guru Ingin Lihat Pelajarnya Makan Pada Waktu Rehat, Namun Apa Yang Berlaku Buat Kami Sebak…

Lelaki yang lebih dikenali sebagai Cikgu Alif ini kongsi video sedih mengenai anak muridnya yang menahan lapar kerana tiada wang. Sebak lihat reaksi wajahnya. Belajar rajin-rajin, jadi orang berjaya okay adik!

Kau ada duit bekal makan?

Pada waktu rehat, cikgu ini ronda-ronda mahu melihat apa yang dimakan anak muridnya. Di saat semua murid senang menikmati bekalan yang diberi ibu masing-masing, kelihatan seorang pelajar, Syukur yang tidak mempunyai bekal makan. Bila ditanya, jawapannya kerana tidak diberi. Dia hanya menunggu makanan RMT untuk mengisi perut yang lapar. Bapanya bekerja sebagai tukang sapu di bandar, ibunya pula bekerja di kilang.

Lalu, cikgu ini membuat satu magik yang mengeluarkan wang RM1 dan RM10. Kemudian diberi kepada Syukur sebagai wang saku. Dan selebihnya untuk disimpan di dalam tabung.

Sebak lihat reaksi wajah adik Syukur. Semoga kita sentiasa bersyukur dan menghargai rezeki yang ada.

sumber :facebook Berita Bace Suke Suke

Via: Oh Bulan

 



Sumber [VIDEO] Guru Ingin Lihat Pelajarnya Makan Pada Waktu Rehat, Namun Apa Yang Berlaku Buat Kami Sebak…

Kalaulah Doktor Tak Benarkan Pulang…- Lelaki Ini Dakwa Doktor ‘Ambil Mudah’ Punca Kehilangan Anak

$
0
0

Saat paling menggembirakan bagi pasangan suami isteri mestilah dengan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga. Bila dapat tahu isteri hamil, suami adalah orang yang paling seronok dan teruja menyediakan segala kelengkapan.

Kalaulah Doktor Tak Benarkan Pulang…- Lelaki Ini Dakwa Doktor ‘Ambil Mudah’ Punca Kehilangan Anak

Kalaulah Doktor Tak Benarkan Pulang…- Lelaki Ini Dakwa Doktor ‘Ambil Mudah’ Punca Kehilangan Anak

Namun, Allah swt adalah sebaik-baik perancang. Pasangan ini ditimpa ujian paling hebat apabila anaknya hanya mampu hidup selama 17jam sahaja. Dan seperti kisah yang dikongsi sebelum ini, kematian bayi ini juga didakwa kerana kecuaian pihak hospital.

17jam bertarung nyawa dalam NICU

 

Doktor benarkan isteri pulang sedangkan dah cukup tanda nak bersalin

Mungkin kalau Dr tak benarkan pulang, bayi dapat diselamatkan

sumber : Azam Aziz

Via: Oh Bulan



Sumber Kalaulah Doktor Tak Benarkan Pulang…- Lelaki Ini Dakwa Doktor ‘Ambil Mudah’ Punca Kehilangan Anak

Dunia akhir zaman! Ibu dan anak sama-sama tukar jantina

$
0
0

DUNIA akhir zaman, macam-macam berlaku. Seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun, telah mengejutkan ramai apabila mereka memutuskan untuk menukar jantina.

Dunia akhir zaman! Ibu dan anak sama-sama tukar jantina

Dunia akhir zaman! Ibu dan anak sama-sama tukar jantina

Si ibu, kini dikenali sebagai Eric Maison, selepas menjalani pembedahan membuang payu dara untuk menjadi lelaki manakala anak lelakinya, Corey, 15, telah menjalani rawatan hormon untuk menjadi perempuan dan akan menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 18 tahun nanti.

Eric, telah berkahwin dengan Les dan mereka mempunyai empat anak yang lain, selain Corey. Anak-anaknya yang lain adalah Chelsea, 22, Kailee, 14, Ellen, 8, Willow, 6, dan Savanna yang berusia 4 tahun.

Sebelum ini Eric merupakan seorang wanita yang ayu tetapi kini telah berubah menjadi tomboy, namun masih mengekalkan hubungan dengan suaminya. Dia malah menyifatkan hubungan mereka semakin rapat semenjak dia memutuskan untuk menjadi lelaki.

 

Eric bagaimanapun enggan menjalani pembedahan menukar jantina.

Jelasnya, sejak dulu dia menyedari dirinya terperangkap dalam badan wanita dan amat benci kerana memiliki payu dara serta berambut panjang.

“Saya selalu terfikir untuk mendapat kanser supaya saya boleh buang pay dara ini. Kini ia adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidup saya apabila saya boleh keluar di khalayak ramai sebagai transgender,” katanya.

Manakala Corey pula, menjelaskan disebabkan dia mempunyai ciri keperempuanan maka dia sering dibuli di sekolah.

Sementara Les pula menyokong sepenuhnya Eric walaupun dia masih kekal sebagai lelaki heterosexual.

“Saya jatuh cinta dengan orangnya. Anda sudah tengok gambar dia, dia adalah wanita yang cantik.

“Walaupun payudaranya dibuang, tetapi ia tidak mengubah apa-apa pun,”katanya.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Dunia akhir zaman! Ibu dan anak sama-sama tukar jantina

Tiada lagi persefahaman, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai Disember lalu

$
0
0

Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, 31, mengakui sudah berpisah dengan suaminya yang juga warga Brunei, Pengiran Mohd Ilham Syazwan, 26 pada 18 Disember lalu.

Tiada lagi persefahaman, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai Disember lalu

Tiada lagi persefahaman, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai Disember lalu

Zarina yang kini menetap di tanah air pernah memuat naik status di Instagram, ‘Keep calm, I’m a single mom. I’ve got this’, seolah-olah sudah bergelar ibu tunggal pada tahun lalu.

 

Bagaimanapun, pelakon filem Amir & Lokman Pergi Ke Laut ini mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan dan mesej daripada media.

Zarina berkata, mereka tidak dapat mengekalkan persefahaman dan akhirnya bersetuju untuk bercerai secara baik.

 

“Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin.

“Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak,” katanya.

Pasangan ini berkenalan menerusi Instagram sejak November 2014 dan seterusnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2015.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam bulan yang dijaga oleh Zarina.

“Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.

“Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama,” katanya mula berhijab selepas berkahwin dan menetap di Brunei.

Bagaimanapun, Zarina tidak serik dengan pengalaman yang dilalui dan berhasrat untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh.

“Saya sukakan institusi perkahwinan kerana dapat mengelakkan kita dari melakukan dosa. Saya kasihankan anak saya yang membesar tanpa bapa di sisinya.

“Sebagai wanita yang pernah berkahwin, tentunya saya perlukan kehadiran seorang lelaki bergelar suami untuk berkongsi hidup,” katanya yang kini menguruskan perniagaan produk penjagaan kesihatan jenamanya sendiri.

Sumber: Metro



Sumber Tiada lagi persefahaman, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai Disember lalu

Sayu..Hadiah Terakhir Untuk Ibu Sebelum Maut

$
0
0

“DIA memang seorang anak yang baik dan suka menghadiahkan barangan kepada saya dan bapanya.

Sayu..Hadiah Terakhir Untuk Ibu Sebelum Maut

Sayu..Hadiah Terakhir Untuk Ibu Sebelum Maut

“Baru-baru ini dia hadiahkan saya gelang emas dan beg tangan,” kata Muniroh.

Muhammad ketika bercerita mengenai anaknya Khairolafni Ahmad Ghani yang lemas di laut ketika memancing dekat Pulau Pangkor, Perak.

Muniroh, 58, berkata, kali terakhir dia menemui anak keempat daripada 13 beradik itu pada 3 Mac lalu.

 

Katanya, mangsa sempat menghadiahkan seutas gelang emas itu sebelum bergerak ke Lumut untuk memancing.

Jasad Khairolafni ditemui kira-kira lima batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor pukul 8.45 pagi tadi.

Muniroh berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anaknya, Khairolafni, 31, dan cuma berharap jasadnya ditemui segera.

“Setiap hari saya membuat solat hajat dan berdoa supaya mayatnya ditemui dan sekurang-kurangnya dia tidak berkubur di laut.

“Alhamdulillah dia ditemui malah mayatnya masih dalam keadaan baik biarpun telah lebih seminggu di dalam laut,” kata ibu itu ketika ditemui di Jabatan Forensik di Hospital Seri Manjung.

Khairolafni terjatuh dari bot yang dinaikinya kira-kira tujuh batu nautika selatan Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan untuk melakukan aktiviti memancing bersama lapan rakannya yang lain pada hari tersebut.

Menceritakan kembali detik kejadian, tekong bot, yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, berkata dia memberhentikan segera bot yang dipandunya sebaik diberitahu mangsa terjatuh ke dalam laut.

Shah, 32, berkata dia kemudiannya mendapatkan pelampung sebelum berenang ke lokasi Khairolafni dilihat terkapai-kapai kira-kira 100 meter dari bot tersebut.

“Saya memang sudah dekat dengan mangsa namun sebaik saya mahu memegangnya, Khairolafni tiba-tiba tenggelam dan tidak muncul ke permukaan air.

“Saya cuba menyelam namun usaha menyelamatkannya gagal malah keadaan laut yang bergelora dan angin kencang menyebabkan saya hilang tenaga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya menerima maklumat daripada nelayan tempatan yang ternampak jasad terapung kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Kapal Maritim Tugau dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan dari pakaian mayat tersebut, adalah dipercayai mangsa ialah Khairolafni,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – BERNAMA

Sumber:Mynewshub



Sumber Sayu..Hadiah Terakhir Untuk Ibu Sebelum Maut

Aizat Amdan tetap mahu buat lagu untuk Fattah Amin biarpun kemampuan vokal pelakon itu dikecam hebat

Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>