Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Ini Pertama Kali Yuna Tampil Buat Luahan Hati Kepada Adam Sinclair

$
0
0

Ini Luahan Hati "Kebahagiaan" Yuna Kepada Adam Sinclair


Yuna sering dikaitkan dengan seorang pemuda bernama Adam Sinclair.

Baru-baru ini ada tersebar mengatakan Yuna telahpun bertunang dengan Adam namun penyani popular ini tampil menafikan dakwaan tersebut.

Semalam, Yuna pertama kali membuka mulut tentang Adam Sinclair.

Yuna telah meluahkan perasaannya secara terbuka kepada adik Ashraf Sinclair ini.

Penyanyi "Dan Sebenarnya" ini meluahkan rasa terharu dan penghargaannya kepada Adam yang disifatkan sebagai lelaki yang sangat baik serta memahami diri dan kerjayanya.

Ini luahannya:

I wanted someone out of this world. Instead I found someone who is very much in tune with this world❤. Thank you for treating everyone around you so kindly, and participating in everything that I do wholeheartedly.. i missed most parts of the festival because I had to do work, I was pretty bummed i missed all the shows and activities but you were my eyes on that day. Going through all the footage made me so happy you captured people enjoying #LOVELIFEST2017, babies, my mom and dad, ALL the shows..you didnt even have to do all that but because of you i get to experience my own festival through the videos. You joined games,talked to people, let them take selfies.. you are so wonderful.

Who knew 5 years ago when we met we would be here now? I know Im not an easy person to be with..I come with a lot of baggage & responsibilities but you're brave enough to embrace what I am. With you I get to be the strong woman you tell me that I am, with you I also get to be normal again. I'm so lucky to have found a love in a friend. I'm sad I don't have a proper festival photo with you, I had to give my time to my fans and my job. But inshaAllah if God permits there will be a time when our day will be ours only. The way you treat people will continue to inspire me..❤thanks for showing me what I deserve, finally.

Harap pasangan ini berakhir di jinjang pelamin. Ramai peminat Yuna tak sabar melihat Yuna berkahwin.

Sumber Ini Pertama Kali Yuna Tampil Buat Luahan Hati Kepada Adam Sinclair

Isu solat lelaki dan perempuan sama, ini teguran deep seorang lelaki ini untuk Fynn Jamal

$
0
0

Ramai yg minta pada siapa saya tujukan status ptg tadi. Ni, ha mari kita dgq dulu penjelasan akak Fyn Jamal. Dia kata solat lelaki dan perempuan adalah sama. Dia menggunakan dalil hadith tapi tak kena pada tempatnya. Bukan nak serang tapi nak terang supaya kita tak terpengaruh! Semoga Allah berikan kefahaman yg benar pada Akak fyn Jamal dan kita semua.

Isu solat lelaki dan perempuan sama, ini teguran deep seorang lelaki ini untuk Fynn Jamal

Isu solat lelaki dan perempuan sama, ini teguran deep seorang lelaki ini untuk Fynn Jamal

Mari kita dengarkan penjelasan daripada ustaz yg benar2 ustaz dan mengaji.

Daripada Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah.

SOLAT ORANG PEREMPUAN.

Ada satu video yang dikongsikan oleh rakan-rakan di mana dalam video tersebut, ada seorang artis mengatakan dengan tegas bahawa solat orang perempuan sama seperti solat lelaki sehinggakan kalau sujud pun tak payah nak rapatkan ketiak. Artis tersebut dengan penuh confident mengatakan bahawa perbuatan merapatkan ketiak tu SALAH.

Baik. Sekarang kita tengok, apakah pandangan EMPAT MAZHAB dalam hal ini:

M A Z H A B H A N A F I :

Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:

( والمرأة تنخفض ) فلا تبدي عضديها ( وتلصق بطنها بفخذيها ) لأنه أستر ، وحررنا في الخزائن أنها تخالف الرجل في خمسة وعشرين .

“Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara”.

M A Z H A B M A L I K I :

1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):

وهي في هيئة الصلاة مثله غير أنها تنضم ولا تفرج فخذيها ولا عضديها.

“Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA”.

2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:

أن المرأة يندب كونها منضمة في ركوعها وسجودها

“Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya”

Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:

أي بحيث تلصق بطنها بفخذيها ومرفقيها بركبتيها

“Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya”.

M A Z H A B S Y A F I E :

1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja’ je lah:

والمرأة تضم بعضها إلى بعض.

“Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain”.

2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:

والرجل والمرأة في الذكر والصلاة سواء ولكن آمرها بالاستتار دونه في الركوع والسجود بأن تضم بعضها إلى بعض

“Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain”

M A Z H A B H A N B A L I :

Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni’:

والمرأة كالرجل في ذلك كله ، إلا أنها تجمع نفسها في الركوع والسجود

“Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud”.

K E S I M P U L A N :

Keempat-empat mazhab suruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.

. . . . .

Sebagai tambahan, al-faqir ingin menyatakan beberapa perkara:

1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.
2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.
3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?

Akhukum fi Al-Sunnah,
Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri Al-Azhari Al-Syafie.

Sumber: Mohammad Muzani



Sumber Isu solat lelaki dan perempuan sama, ini teguran deep seorang lelaki ini untuk Fynn Jamal

Gambar Ratusan Kambing Di Ladang Saya Mati Dalam Keadaan Ngeri Tengkuk Patah, Mata Dikorek, Mulut Hancur Seperti Dikunyah Angkara Sihir

$
0
0

Perbuatan haram sihir menyihir atau santau menyantau bukanlah perkara baru, ada yang mengatakan ianya sudah tidak wujud pada zaman moden ini, tetapi ramai yang mendakwa ianya masih diamalkan kerana pernah menjadi mangsa.

Gambar Ratusan Kambing Di Ladang Saya Mati Dalam Keadaan Ngeri Tengkuk Patah, Mata Dikorek, Mulut Hancur Seperti Dikunyah Angkara Sihir

Gambar Ratusan Kambing Di Ladang Saya Mati Dalam Keadaan Ngeri Tengkuk Patah, Mata Dikorek, Mulut Hancur Seperti Dikunyah Angkara Sihir

Terbaru, seorang mengusaha ladang kambing bernama Encik Ariffin Sabirin ladang kambing yang telah diusahakannya telah dikhinat di mana sesuatu yang mengerikan telah berlaku kepada kambing-kambing peliharaannya.

Menurut beliau ladangnya telah disihir berkali-kali sehinggakan ratusan ekor kambingnya mati dalam keadaan yang mengerikan. Jom kita baca.

SAYA SEORANG POSITIF.

Dengan pengalaman meniaga belasan tahun aku pulang ke Segamat selepas 27 tahun dengan nawaitu untuk membantu menaikkan nama Segamat & melonjak sosio ekonomi penduduk tempatan.

Wasilah Farm ditubuh & strategi diolah. Nama dilonjak sehingga peringkat negeri jadi sebutan.

SAYA SEORANG POSITIF.

Selama 19 bulan beroperasi aku dihujani serangan sihir tanpa henti dari penduduk tempatan yang tidak senang dengan kemajuan Wasilah Farm . Hantu raya , bomoh indon, bomoh siam, bomoh orang asli, bomoh hindu semuanya dihantar siang & malam.

Kandang bergegar setiap waktu. Dihempas jin laknatullah setiap detik.

Ratusan kambing mati dalam keadaan ngeri tengkuk dipatah , mata dikorek , mulut dikunyah. Pekerja sakit. Saya sekeluarga sakit. Kata kawan yang pandai syifaq penduduk tempatan yg beraja sihir & mabuk syirik itu saat ini sedang ketawa berdekah mencanang galak atas kejayaannya mematahkan semangatku.

 

 

Takbur angkuh persis iblis yg hidup penuh nafsu & tak kenal maut. Gelak mengilai tanda kepuasan matlamat tercapai.

SAYA SEORANG POSITIF.

Tahajud , taubat , muhasabah menjadi ubat. Aku tidak kalah semangat sebaliknya menang menjaga akidah. Bukan mengalah sebaliknya enggan mengikut langkah tari iblis bertopeng manusia. Allah Maha Kuasa & hanya padaNya ku berserah. Dialah pelindung sejati selama2nya. Kau syirik bakal beriring ke neraka bersama jin belaanmu.

SAYA SEORANG POSITIF.

Walau pelbagai usaha dibuat gagal mengekang jin laknatullah & manusia bertopeng iblis. Aku pilih mengundur diri untuk menyelamat akidah. Aku pilih menarik diri keluar dari daerah tercinta ini dari terjebak sesat akidah bila kesabaranku pecah.

Rezeki ku mungkin bukan di sini tetapi yakin Allah Maha Adil. Gantian bakal mendatang aku yakin lebih hebat ganjarannya.

SAYA SEORANG POSITIF.

Kepada warga Segamat kalian semua insan terbaik pernah hadir dalam hidupku. Namun iblis bertopeng manusia itu membawa onar. Merosak seluruh daerah dengan syiriknya. Mungkin itu Allah turunkan bala banjir tak jemu melanda ? Untuk menghanyut kemungkaran di bumi tercinta ?

Sesuatu untuk kita renungkan …

Sumber:SK



Sumber Gambar Ratusan Kambing Di Ladang Saya Mati Dalam Keadaan Ngeri Tengkuk Patah, Mata Dikorek, Mulut Hancur Seperti Dikunyah Angkara Sihir

Jemput Datang Ke Kebun Saya Di Kuala Pilah Untuk Habiskan Buah Langsat Secara Percuma, Ada 53 Pokok Berbuah Lebat

$
0
0

Seorang lelaki bernama, Khamaruzaman Yusof telah mempelawa orang ramai yang datang ke Kuala Pilah sempena cuti sekolah minggu depan agar datang ke kebun buah miliknya di mana dia berbesar hati untuk memberikan buah langsat secara percuma untuk di makan sampai puas.

Jemput Datang Ke Kebun Saya Di Kuala Pilah Untuk Habiskan Buah Langsat Secara Percuma, Ada 53 Pokok Berbuah Lebat

Jemput Datang Ke Kebun Saya Di Kuala Pilah Untuk Habiskan Buah Langsat Secara Percuma, Ada 53 Pokok Berbuah Lebat

Menurut beliau, terdapat kira-kira 53 batang pokok langsat miliknya berbuah lebat, tetapi mereka yang datang perlulah memanjat pokok berkenaan sendiri di mana pokoknya tidak terlalu tinggi.

“Saya telah tanam pokok ini sejak tahun 1992, ketika ini ada kira-kira 53 batang pokok berbuah lebat, saya rasa ianya cukup untuk mereka yang datang ke sini,” tulisnya di laman Facebook.

Untuk mereka yang datang ke kebunnya, mereka dilarang sama sekali untuk mengambil buah langsat untuk dijual, tetapi hanya untuk dimakan, dia rela mereka ambil buah sampai habis.

Beliau juga mengamanahkan kepada orang yang datang ke kebunnya agar tidak mengambil buah durian rendah yang ditanamnya, selain itu dia meminta orang ramai tidak mengganggu sarang kelulut yang ada di kebunnya itu di mana terdapat kawalan CCTV.

DILARANG AMBIL durian rendah dan kacau sarang kelulut.



Ketika itu saya bermusafir ke Bangkok dan utara Thailand dan tidak tahu balik bila, jadi datanglah ambil buah, buat mcm pokok sendiri.”

“Saya mengizinkan buah langsat di kebun saya diambil sehingga habis, tetapi hanya untuk dimakan dan bukannya dijual,” tegas beliau.

Untuk mereka yang datang ke Kuala Pilah bolehlah datang ke kebun Encik Khamaruzaman di alamat 20a, kg. Bukit, Senaling, Kuala Pilah.

Sumber: SK



Sumber Jemput Datang Ke Kebun Saya Di Kuala Pilah Untuk Habiskan Buah Langsat Secara Percuma, Ada 53 Pokok Berbuah Lebat

Kenapa perlu tunggu tahun 2050 untuk ada perdana menteri wanita? – Zuraida Kamaruddin

$
0
0

Mengapa perlu menunggu Transformasi 2050 wawasan negara untuk mencapai apa yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk wanita? 

Kenapa perlu tunggu tahun 2050 untuk ada perdana menteri wanita? - Zuraida Kamaruddin

Kenapa perlu tunggu tahun 2050 untuk ada perdana menteri wanita? – Zuraida Kamaruddin

Semua harapannya untuk wanita pada hari wanita seharusnya dicapai hari ini dan bukan untuk 33 tahun yang akan datang. 

Wanita Keadilan telah berjuang untuk hak-hak wanita saban hari tahun demi tahun dan berharap agar kesaksamaan gender dapat dicapai dan difahami. 

Oleh itu, dengan tagline Hari Wanita Sedunia tahun ini “Be Bold for Change”, ini bermakna perubahan harus dilakukan sekarang, bukan dengan mengambil tempoh 33 tahun lamanya untuk berubah.

Menurut Khairy Jamaluddin, menjadi harapan beliau bahawa wanita boleh mencapai status yang sama lebih awal daripada 33 tahun tetapi persoalannya mengapa tidak boleh dilaksanakan dengan kadar segera? 

Inilah masanya untuk memastikan tiada gangguan berlaku di tempat kerja; sekarang adalah masanya untuk memastikan peluang yang sama diberikan kepada wanita; sekarang adalah masanya untuk memenjarakan para suami yang tidak membayar nafkah kepada isteri mereka selepas penceraian; sekarang adalah masanya atlet wanita boleh beraksi di medan sukan tanpa perlu menghukum hanya kerana pemakaian mereka; sekarang adalah masanya untuk semua wanita menjadi berani dalam mencapai impian mereka. 

Mengapa perlu menunggu 33 tahun apabila sekarang adalah masa untuk melakukannya?

Khairy turut membidas bagi  mereka yang mempersoalkan agenda 33 tahun dan meminta pembaca untuk mendapatkan penerangan dari kamus. 

Saya fikir Khairy seharusnya dididik oleh Wanita Keadilan. 

Jika Wanita Umno mempersetujui kenyataan Khairy maka kami dengan hati yang terbuka bersedia untuk memberi pencerahan kepada ahli-ahli Umno. 

Pokoknya, perbezaan di antara 33 tahun kemudian dan kini adalah sangat lama.

Sekarang adalah masa untuk perubahan, Khairy Jamaluddin. 

Dengan pemikiran yang masih lama, berunsur patriarki dan kebelakang, ini membawa kepada generasi kanak-kanak lelaki yang akan turut berfikiran kolot dan mengharapkan wanita untuk terus berkhidmat kepada lelaki di zaman sekarang. 

Jelas sekali, Khairy tidak peka tentang “Beijing Declaration and Platform for Action 1995” dimana menghapuskan segala bentuk diskriminasi yang dilakukan terhadap wanita. 

Malaysia perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap menteri lelaki dalam kabinet yang tidak sensitif terhadap isu-isu wanita dengan membuat kenyataan seksis dan dangkal.

*Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR juga ahli parlimen Ampang

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Sumber:Malay Mail



Sumber Kenapa perlu tunggu tahun 2050 untuk ada perdana menteri wanita? – Zuraida Kamaruddin

Model nampak lori sebelum buat pusingan U lawan arus

$
0
0

Model sambilan berusia 19 tahun yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan sehingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal pada Selasa mendakwa melihat seakan-akan ada lori di depannya menyebabkan dia membuat pusingan U berhampiran Plaza Tol Sungai Dua.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sebelum kemalangan ngeri itu, wanita tersebut terlibat dalam kemalangan awal kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

“Dia memandu di laluan tengah lebuhraya tiga lorong itu sebelum membuat pusingan U secara tiba-tiba dan meneruskan pemanduan.

“Keretanya bergesel dengan dua kereta lain dan sebuah van sebelum terus memandu dari KM128 hingga KM134, melawan arus di lorong laju.

“Polis mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu dari Plaza Tol Sungai Dua,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, di sini, Rabu.

Nik Ros berkata suspek telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan ekoran kecederaan di matanya.

Malah suspek turut menjalani ujian darah dan air kencing.

“Dia didapati positif amfetamin dan bukannya methamphetamine seperti yang dilaporkan sebelum ini. Namun, kami belum menerima keputusan bacaan alkohol menerusi ujian darahnya,” kata beliau.
Sumber: Mstar



Sumber Model nampak lori sebelum buat pusingan U lawan arus

Ini Kenyataan Rasmi Dari Hafiz Hamidun Tentang Joy Revfa, Bakal Isterinya

$
0
0

Ini Kenyataan Rasmi Dari Hafiz Hamidun Tentang Joy Revfa, Bakal Isterinya



Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun akhirnya tampil memberi kenyataan tentang bakal isterinya.

Wanita yangbakal menajdi permaisuri hatinya ialah Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin yang berumur 29 tahun.

Perkara ini akhirnya disahkan sendiri oleh Hafiz Hamidun yang kini berumur 33 tahun.

~Lihat 6 Koleksi Foto Joy Revfa Yang Jelita (DISINI)

Kata Kata Hafiz, dia juga tidak melihat status ibu tunggal bakal isterinya sebagai satu masalah malah dia sudah bersedia untuk menjadi bapa segera.

Joy Revfa mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, hasil perkahwinannya dengan bekas suami yang berpangkat Datuk.

Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dengan Joy pada 1 Mei depan.

Menurut Hafiz, majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan kosmetik itu dijangka berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam.

Keluarga kedua-dua pihak juga sudah bertemu dan merestui perhubungan yang terjalin.

Ini komen Hafiz Hamidun:

JANDA BUKAN MASALAH

"Status bakal isteri saya bukannya masalah. Sebelum ini pun saya pernah membuat kenyataan tidak kisah kalau ditakdirkan berkahwin dengan janda. Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda bernama Siti Khadijah,"

HUBUNGAN TIDAK DIRANCANG

"Hubungan kami memang berlaku tanpa dirancang. Selepas empat atau lima minggu bertemu, jodoh kami nampaknya melekat.

"Saya sendiri memang tidak mahu berkawan lama-lama dalam sesebuah perhubungan. Kalau ia boleh dibawa ke arah perkahwinan, perhubungan seperti itulah juga yang saya inginkan. Alhamdulillah, menerusi hubungan kali ini, ia bagai dipermudahkan,"

SIDANG MEDIA

"Insya-Allah, pada majlis sidang media itu nanti kami juga akan adakan acara yang menjadi simbolik kepada ikatan hubungan ini. Sidang media itu juga boleh dikatakan merangkap majlis pertunangan kami," 

Tahniah buat Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa.

Sumber Ini Kenyataan Rasmi Dari Hafiz Hamidun Tentang Joy Revfa, Bakal Isterinya

Kecewa babak gay dipotong, Fazura mahu tonton Beauty & The Beast di luar negara

$
0
0

Pelakon Nur Fazura berasa kecewa apabila tayangan filem Beauty & The Beast yang sepatutnya dijadualkan pada Khamis terpaksa ditunda.

Fazura, 34, berkata, sebagai peminat cerita dongeng tersebut sejak kecil, dia merancang untuk menonton filem berkenaan di luar negara.

“Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang  dipotong jika ditayangkan di Malaysia.

“Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu.

“Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing,” ujarnya kepada mStar Online.

Fazura ditemui pada majlis pelancaran kerjasama antara Universal Music dan syarikat telekomunikasi Onexox di Sunway Pyramid, di sini, Rabu.

 

Terdahulu pelakon J Revolusi ini menerima kritikan di laman sosial apabila dia mempertikaikan penangguhan filem berkenaan.

Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LFPM) sebelum ini membenarkan filem itu ditayangkan di negara ini dengan sedikit pemotongan khususnya babak gay.

Namun syarikat Walt Disney seperti dilaporkan Bloomberg pula tidak membenarkan filem itu ditayangkan kerana suntingan terbabit.

Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

Pawagam pandu lalu di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay.

 

Sementara itu, dalam perancangan kerjaya nyanyian, penyanyi lagu Hancur Aku ini berkata, dia masih dalam proses untuk menyiapkan album pertamanya.

Album tersebut dijangka akan disiapkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Saya dalam proses untuk menyiapkan album pertama dan sudah selesai rakaman dua buah lagu iaitu masing-masing di Malaysia dan Indonesia.

“Lagu berjudul Bisa Apa akan dilancarkan bulan depan. Buat masa ini kami masih dalam perbincangan berapa lagu yang akan dimuatkan dalam album tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, dia juga akan keluar dengan sebuah filem dan program serta drama televisyen terbaharu untuk tahun ini.
Sumber: Mstar



Sumber Kecewa babak gay dipotong, Fazura mahu tonton Beauty & The Beast di luar negara

“Ingatkan suami balik lambat sebab overtime, rupanya ‘overtime zina’..”

$
0
0

Salam, admin. Moga kisah ini memberi ibrah buat semua. Terima kasih, daun keladi.

overtime zina

overtime zina

ASALKAN KAU BAHAGIA

Aku amat mencintai suamiku, meski dia bukan cintaku yang pertama. Awal pernikahan segalanya indah. Dia menjanjikan bulan dan bintang. Setia…sampai ke akhir hayat. Aku amat percaya.

Demi ALLAH aku amat mencintainya. Justeru DIA mengujiku dengan kecurangan suami. ALLAHU AKHBAR.

Dalam tempoh aku menjadi kekasih halalnya, dia turut punya kekasih gelap di luar sana. Officemate.

Suatu hari, suami terlelap. Dia lupa OFFkan hpnya. Hp pula asyik bergetar. Vibrate. Entah berapa kerap. Hati tergerak nak tengok sebab debar di dada tiba-tiba terasa.

Whatsapp dari seorang perempuan. Tapi nama yg dia save itu lelaki!

Mustahil lelaki ajak hisap ‘barang atas bawah dia’. Aku skrol ke bawah semua whatsapp dari perempuan itu dan suamiku. Gambar bogel mereka… Gambar zina mereka… Voice msg masa mereka berzina. ALLAHU AKHBAR. Hancur luluh hatiku. Terduduk aku dibuatnya.

Aku tak sangka suami yg aku percaya iblis rupanya. Dia sudah terlalu jauh tersasar. Terlalu enak mengusung dosa besar. Zina sudah jadi kewajipan buat mereka berdua. Dan dosa mereka ini sudah berlarutan sejak setahun lalu, ketika aku baru bergelar isteri!

Aku akui…aku bukan isteri yg gemar mencari kesalahan suami. Aku percaya…jika suami berbuat salah, pasti ALLAH akan gerakkan hati ini untuk tahu. Itulah NALURI.

Selama ini aku tumpahkn sepenuh percaya. Aku percaya dia balik lambat kerana overtime. Tapi rupanya overtime zina!

Mulai saat itu, aku tetap berlagak biasa. Dan suami pun terus dgn lakonannya yg paling hebat untuk abad ini. Memang layak dapat Grammy Award.

Sehinggalah suatu hari, aku mengajak empat orang kawan baikku ke pejabat suami. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku pergi tanpa pengetahuan suami.

Sampai sahaja, aku terus tanyakan nama perempuan itu. Kutunjukkan juga gambarnya yg dikirim kepada suamiku sbg kepastian, agar aku tidak tersilap orang. Akhirnya, bertemu empat mata. Aku lihat ekspressi terkejut pada wajahnya yg bermake up tebal itu. Kenal ke pada aku? Hah, mungkin. Kecut perut kot.

Tanpa banyak cakap, aku tarik tangannya. Terpinga-pinga dia. Staf lain kiri kanan tertoleh-toleh kehairanan. Terus kubawa perempuan itu ke meja suamiku sambil diekori kawan-kawanku dan staf lain. Segala soalan perempuan itu aku tak jawab. Aku pekakkan telinga.

Di hadapan suamiku, dengan tenang, sambil disaksikan oleh semua orang, aku berkata…

“Saya pinangkan kekasih abang ini untuk abang…supaya kalian tidak terus terjerumus ke kancah zina.”

Suamiku terketar-ketar. Sekejap saja dia menangis dan melutut di depanku!

“Maafkan abg, syg. Abg salah….”

“Apa salah saya? Apa kurang saya? Apa dosa saya sampaikan abg tergamak menipu saya. Curang pada saya…”

“Syg dah cukup sempurna…”

“Tipu! Kalau saya ni dah cukup sempurna, mengapa abg curang kepada saya?!”

“Abg mengaku salah…”

“Setakat bercinta mungkin saya boleh terima… tapi…kalian hanya kurang akad dan nikah sahaja…selebihnya, kalian dah bergaul macam suami isteri. Terus terang, saya jijik!”

Hatiku yg sudah amat terluka ini takkan mungkin terpujuk lagi dgn pengkhianatan sebesar itu. Berzina kot! Bukan sekali. Berkali-kali. Yg haram dipuaskan. Yg halal ditipu tipahkan.

“Izinkan saya pulang ke rumah mak ayah saya. Dan…selamat pengantin baru.”

Air mataku jatuh saat berlalu pergi. Aku sempat mengucup tangannya.

Kau takkan tahu, betapa sakitnya hati yg dilukai. Betapa seksanya cinta yg dikhianati.

Setahun sudah berlalu. Aku bahagia kini. Lebih bahagia berbanding sebelumnya. Ada rahsia dan hikmah, mengapa DIA tidak memberikanku zuriat. Aku kini sedang menyambung pengajianku dalam ph.D. Alhamdulillah.

Statusku? Ya. Aku janda. Dan bekas suamiku kini meroyan. Dia hendak kembali kepadaku.

Benar. Aku amat cintakannya. Aku amat kasihinya. TAPI itu dulu.

Maaf, bekas suamiku. Aku harap kau tahu, yang aku takkan jilat ludahku balik.

Berbahagialah dengan pilihanmu itu.

Nota:

Apakah susah untuk setia?
Org yg curang adalah org yg kufur nikmat kerana tak tahu bersyukur.
Apatah lg untuk mghargai. Amanah yg diberi disia2kn.
Yg haram dibangga2kn. Yg halal tidak diendahkan.
Itulah…bakal penghuni neraka.

 

Sumber: KRT



Sumber “Ingatkan suami balik lambat sebab overtime, rupanya ‘overtime zina’..”

Evolusi wajah Najib cuit hati rakyat

$
0
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya berkongsi tiga perubahan wajahnya dalam satu kad.

Evolusi wajah Najib

Evolusi wajah Najib

Berkongsi di Facebook dan laman mikro Twitter rasminya, Najib berkata, paparan evolusi wajahnya itu adalah hadiah yang diterimanya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Evolusi saya dilihat dari kad pengenalan. Kemerosotan dan pemutihan rambut yang ketara. Hadiah daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia. Terima kasih,” tulis Najib.

Perkongsian Najib itu menerima lebih 24,000 ‘like’ dan lebih 2,300 ‘shares’ setakat berita ini ditulis.

Pelbagai komen netizen juga dapat dilihat di bawah gambar yang dimuat naik Najib.

Nik Suryati Ibrahim menulis, “memang lain sungguh Datuk Seri,” sementara menurut Khairullah Hairudin pula, “sungguhpun begitu, Datuk Seri tetap kacak lagi bergaya. Semoga panjang umur.”

Tidak kurang juga yang menganggap ia bahan jenaka. Pemilik akaun Facebook menggunakan nama Haji Mohd Azhar Zamri menulis, “Hahahaha ini lawak Datuk Seri.”

Tanggungjawab JPN

Untuk makluman, JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan (proses anak angkat), perkahwinan dan perceraian.

Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

JPN ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Evolusi wajah Najib cuit hati rakyat

Kenapa Pusing?? Ini Kenyataan Dari Cindy Ng, Remaja 19 Tahun Bawa Kereta Lawan Arus

$
0
0

Kenapa Pusing?? Ini Kenyataan Dari Cindy Ng, Remaja 19 Tahun Bawa Kereta Lawan Arus



Kes kereta dibawa secara berbahaya secara berlawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut kini menjadi tumpuan seluruh Malaysia.

Pemandu yang membawa kereta itu dikatakan bernama Cindy Ng, seorang remaja 19 tahun.

Lihat gambar Cindy Ng (DI SINI)

Remaja itu merempuh beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam.

Remaja itu berkata dia berbuat demikian selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut laporan dari polis Seberang Perai.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Hasil pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati remaja itu melakukan "pusingan U" sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh 5km.

Remaja itu tidak memasuki arah bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan kecemasan.

Remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth.

Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.

Di situ, Cindy Ng berkata dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

Dia melakukan U turn secara tiba-tiba dan telah menggeser 3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.

Pemeriksaan kamera di lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya.

Sementara itu ada laporan mengatakan remaja ini khayal akibat mengambil barang terlarang.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari.



Sumber Kenapa Pusing?? Ini Kenyataan Dari Cindy Ng, Remaja 19 Tahun Bawa Kereta Lawan Arus

SUV Pertama Proton Hanyalah April Fool?

$
0
0

HARAPAN rakyat Malaysia untuk menyaksikan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama milik Proton Holdings Bhd. tidak kesampaian apabila gambar yang tular di media sosial rupa-rupanya adalah palsu.

SUV Pertama Proton Hanyalah April Fool?

SUV Pertama Proton Hanyalah April Fool?

Sebelum ini, kecoh diperkatakan ramai netizen kononnya Proton bakal menggeluarkan model SUV sendiri selepas tersebarnya gambar sebuah model ‘rebadged’ daripada Suzuki Vitara Brezza.

Gambar kenderaan yang ‘dilencanakan’ dengan logo Proton malah ada cukai jalan di cermin bertarikh tamat 1 April 2017 itu turut memaparkan latar belakang sebuah Proton Iriz dari bahagian tepi.

SUV Pertama Protan Hanyalah April Fool?

 

Hakikatnya, gambar sensasi yang tersebar luas itu sebenarnya telah diubah suai menerusi aplikasi photoshop oleh pihak tertentu tidak bertanggungjawab.

Justeru ada beberapa portal pemotoran tempatan menyifatkan penyebaran gambar tersebut sebagai jenaka April Fool bersempena tarikh pada pelekat cukai jalan di kereta tersebut.

Di sini kami kongsikan gambar Suzuki Vitara Brezza yang sebenar disiarkan oleh sebuah laman sesawang permotoran dari India, Team-bhp.com.

SUV Pertama Protan Hanyalah April Fool?

Difahamkan, Suzuki Vitara Brezza menjadi SUV paling tinggi jualannya di pasaran India disebabkan saiznya tidak terlalu besar, lebih ekonomi dan harganya dalam kategori mampu milik, iaitu kira-kira 700,000 rupee (RM50,000).

Malah ia mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Honda HR-V dan Mazda CX-3 yang mempunyai harga yang agak jauh lebih tinggi berbanding Brezza.

Proton dan Suzuki kebetulan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan (LA) bagi membentuk kerjasama serta perkongsian strategik dalam tempoh jangka masa panjang.

Maka hasilnya, Proton telah melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Proton Ertiga yang dilancarkan pada November tahun lepas.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber SUV Pertama Proton Hanyalah April Fool?

Video Raja Bomoh disiarkan di berita Korea Utara sebenarnya palsu

$
0
0

Laporan berita mengenai Raja Bomoh Sedunia tidak pernah disiarkan di Korea Utara seperti mana disebarkan menerusi media sosial.

Video Raja Bomoh disiarkan di berita Korea Utara sebenarnya palsu

Video Raja Bomoh disiarkan di berita Korea Utara sebenarnya palsu

Rakaman yang menunjukkan bagaimana Ibrahim Mat Zin bersama pembantunya cuba melindundi negara dari serangan Korea Utara dan dikatakan disiarkan menerusi siaran berita negara itu didapati palsu.

“Apa yang diperkatakan pembaca berita itu tiada kaitan dengan perlakuan bomoh itu, penyampai wanita itu sebenarnya sedang melaporkan mengenai pelancaran Kwangmyongsong-3 pada 10 Disember,” kata warga Korea Selatan kepada Star Online pada Rabu.

Kwangmyongsong-3 adalah satelit pemantau bumi milik Korea Utara.

 

Pemeriksaan dengan beberapa individu lain yang fasih berbahasa Korea juga mengesahkan penyampai berita itu sedang bercakap mengenai pelancaran satelit itu.

Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP baru-baru ini merakamkan video berdurasi tiga minit yang memaparkan usahanya untuk melindungi malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Video yang menjadi tular itu menunjukkan bagaimana Ibrahim bersama tiga pembantunya berada di pantai negara ini menggunakan dua kelapa, teropong, lima buluh, sejadah dan semangkuk air laut.

Ibrahim juga melakukan perkara hampir sama di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada Mac 2014, Ibrahim melakukan perkara sama susulan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines, MH370 di KLIA.

Sumber:Mstar



Sumber Video Raja Bomoh disiarkan di berita Korea Utara sebenarnya palsu

Penderitaan dan kesusahan Awie dapat perhatian

$
0
0

Penderitaan dan kesusahan Sabri Abd Rahman yang menetap di rumah peninggalan orang tuanya yang hampir roboh akibat banjir di Kampung Pesagi di sini, telah dilanjutkan  kepada wakil rakyat setempat.

Penderitaan dan kesusahan Awie dapat perhatian

Penderitaan dan kesusahan Awie dapat perhatian

Adun Chenor, Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail yang kini berada di Mekah turut memberi respons segera kepada Sinar Harian dengan mendapatkan maklumat kediaman Sabri atau Awie.

Sementara itu, Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib juga memaklumkan akan mengambil perhatian dan menyiasat segera keperluan Awie.

 

“Ini sepatutnya tidak terjadi. Setiap tahun saya sediakan peruntukan membaiki rumah bukan sahaja di landa banjir tetapi pembaikan biasa. Saya akan siasat dan buat susulan segera,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

 
 
 
Sumber:Sinar


Sumber Penderitaan dan kesusahan Awie dapat perhatian

Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri… Serius Sebak!

$
0
0

KISAH menyayat hati ini diceritakan oleh seorang ustaz bernama Imam Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly menerusi laman Facebook.

Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri… Serius Sebak!

Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri… Serius Sebak!

Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri... Serius Sebak!

Sejak dimuat naik, cerita berkisarkan cinta ‘Till Jannah’ ini telah dikongsi lebih 1,000 netizen.

Rata-rata netizen mengakui tersentuh hati melihat betapa besarnya cinta sang suami ini terhadap arwah isterinya.

Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri... Serius Sebak!

Ini ceritanya:

Jika anda bertanya apa itu Cinta Sejati @ #love #tilljannah, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alami sendiri.

Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami di dalam gambar ini.

Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah seksyen 13 di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi.

Sedang mencari-cari pusara nenek, seorang abang yang kacak (masya Allah) menghampiri saya lalu menyapa, “Assalamualaikum… cari kubur siapa tu ustaz?

“Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan Mei & April 2015.” Mendengar kata-kata itu tadi saya agak kagum dengan lelaki tersebut.

Lagak pakaiannya tidak langsung menunjukkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.

Abang kacak: “Heh..ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir tiap-tiap hari, dulu KAMI tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat KL, SAYA decide pindah ke KL jugak lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni.”

Saya: “Owh yeke… kalau dah tinggal dekat KL, macam mane pulak abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari? Dekat kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini?”

Abang kacak: “Kebetulan memang saya bekerja dekat Seksyen 21 ni je… so setakat menyinggah memang tak de masalah (sengih).

“Erm..alang2 ustaz dah tanya..saya cite sikit ye..itu pun kalau ustaz ada maselah.”

Saya : (angguk2x)

Abang kacak: “Sebenarnya..kubur yang saya ziarah ni bukan setakat waris saya ustaz..dialah pelengkap hidup saya..dialah penyeri hidup saya..senang cite dialah isteri saya yang pertama dan selama-lamanya yang terakhir untuk saya ustaz.

“Sepanjang dia hidup..dia tak pernah mengeluh bila kami hidup susah, apatah lagi meminta-minta kerana dia tahu saya belum cukup mampu untuk beli itu ini buat masa tu.

“Sampailah satu hari, bile kami dapat tahu dia jatuh sakit, hidup kami semakin susah, bayangkanlah duit gaji habis dekat kot kos rawatan saje. belum kos lain-lain lagi.

“Masa tu saya hampir putus mengharap..tapi wife pulak yang kuatkan saya. Dua tiga hari sebelum wife meninggal, dia ada tanya satu soalan.”

Arwah isteri: “Cuba abang bagitau sayang, sebesar mana cinta abang dekat sayang?”

Abang kacak: “Cinta abang kepada sayang seluas jarak abang hidup di dunia dan sayang hidup di syurga.”

Ketika itu tidak ada ungkapan melainkan hanya tangisan.. saya menjabat tangannya dan cuba menenangkannya dengan berkongsikan sebuah hadis Nabi s.a.w (boleh baca di bawah untuk rujukan).

Beliau menerima hadis tersebut dengan gembira dan meminta agar saya tuliskan kepadanya hadis tersebut untuk menjadi ingatan buatnya.

Begitulah sebuah pertemuan singkat tetapi cukup mengajarkan kepada kita erti cinta yang abadi.

Di akhirnya saya sempat bertanya kepada beliau, “abang datang sini bawa bekal ke? Nampak macam tupperware je?”

Abang kacak itu tersenyum, katanya “waktu lunch hour, memang saya akan makan kat sini.”

Saya tergamam, inilah cinta sejati, inilah #love #tilljannah

* * *
Rujukan hadis: “Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudah ku : kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga.”(H.R al-Baihaqi)

Hadis ini walaupun disabdakan khusus untuk isteri2 Nabi s.a.w namun maksud yang cuba disampaikan applicable juga untuk kita yakini dan kita hajati.

Syaratnya kedua2 pasangan kejarlah syurga Allah untuk mendapat #love #tilljannah. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri… Serius Sebak!

Dituduh Mencuri, Wanita India Nekad Bogel Bukti Tak Salah

$
0
0

GARA-GARA dituduh mencuri, seorang wanita India nekad membogelkan diri bagi membuktikan dirinya sebagai tidak bersalah.

Dituduh Mencuri, Wanita India Nekad Bogel Bukti Tak Salah

Dituduh Mencuri, Wanita India Nekad Bogel Bukti Tak Salah

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh Wartawan Jalanan menerusi laman Facebook pada 12 Mac lalu, kejadian itu berlaku di sebuah pasar basah yang tidak dinyatakan lokasinya.

Di dalam klip berdurasi tiga minit lebih itu, seorang wanita berbangsa India yang tidak diketahui identitinya hanya bercoli dan skirt merayu untuk dilepaskan sambil menegaskan bahawa dia tidak mencuri.

Pun begitu, beberapa wanita dan lelaki warga Cina dilihat enggas melepaskannya lalu mangsa memberi alasan untuk kencing dan cuba berlalu dari situ namun ditahan.

Oleh kerana helah yang digunakan tidak berjaya mangsa bertindak membuka skirt hingga mendedahkan seluar pendek hitam yang dipakainya.

Dituduh Curi, Wanita India Nekad Bogel Bukti Tak Salah

Malah kedengaran dua lelaki Cina di situ meminta mangsa mengeluarkan kad pengenalannya namun wanita itu tidak melakukannya malah cuba untuk melepaskan diri sekali lagi.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kesudahan nasib wanita itu sama ada dihadapkan ke pihak berkuasa ataupun tidak.

Pun begitu, rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa kasihan dengan mangsa dan beranggapan dia sepatutnya tidak diperlakukan sedemikian rupa.

“Kesian..kesian…x nampak ke dia sendri buka skirt bagi nampak dia kesian kena aniaya… dia sendiri nak lari kalau betul x salah x payah teriak2 kot tunggu polissettle ne terang2 teriak2.

“Tarik perhatian…x kena batang hidung sendri boleh cakap ar kesian kan…orang tu x pukul apa pun kira baik da tu… tolong belikan dia barang2 dapur untuk dia makan kesian pula,” tulis Aiden Zil.

“Takat dia nak ambil makanan tu tak payah lah marah sampai ada yang tolak kepala dia. Jangan sampai macam tu sekali,” kata Fatin Rose pula.

“X payah la viralkan. Kesian dia. Halalkan jela apa dia curi tu. Makanan je kan? Ape la sangat,” tulis Sakinah Suyuto.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Dituduh Mencuri, Wanita India Nekad Bogel Bukti Tak Salah

Hukuman mati Rambo Bentong kekal

$
0
0

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin Satir atau lebih dikenali Rambo Bentong bagi sabitan membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong, hampir lima tahun lalu.

Image result for rambo bentong

Rambo Bentong

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki juga mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadap Rabidin, 47, atas empat pertuduhan lain antaranya dua pertuduhan merogol isteri mangsa bunuh itu.

Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata panel itu berpuas hati bahawa isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan Rabidin tidak mempunyai merit dan keterangan dalam kes itu juga adalah kukuh.

“Sabitan adalah selamat. Rayuan ditolak dan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya.

Pada 3 Dis 2015, Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang, menjatuhkan hukuman mati terhadap Rabidin kerana membunuh lelaki berusia 31 tahun itu di sebuah rumah, di kawasan Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras, Bentong, Pahang pada 3 Nov 2012.

Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dengan dua sebatan atas pertuduhan mengacukan senjata api terhadap si mati, penjara lapan tahun dan dua sebatan terhadap pertuduhan merompak dan hukuman penjara 12 tahun dan lapan sebatan bagi dua pertuduhan merogol isteri si mati.

Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di tempat, tarikh dan masa sama.

Ini kali kedua Rabidin dijatuhi hukuman mati. Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman sama terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh remaja berusia 17 tahun, pada 2009.

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati itu selepas menolak rayuan Rabidin.

Bagi kes hari ini, mengikut fakta kes, pakar bedah dalam keterangannya berkata tulang tempurung kepala si mati telah retak, selaput otaknya terkoyak serta mengalami pendarahan yang teruk.

Menurut keterangan isteri si mati, kepala suaminya telah dihentak bertubi-tubi oleh lelaki itu (Rabidin) menggunakan senapang dan ketika kejadian si mati dan isteri sedang tidur di ruang tamu.

Perayu juga telah merompak seutas rantai tangan, sebentuk cincin, telefon bimbit juga jam tangan dan dia berjaya ditangkap polis 11 hari selepas kejadian di suatu tempat di atas bukit, di Bentong serta sepucuk senapang buatan sendiri dan barang kemas turut dijumpai.

Peguam Osman Ujang dan Datuk Azmi Talib mewakili perayu manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.

– Bernama

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber Hukuman mati Rambo Bentong kekal

Ada yang cuba pisahkan dengan anak, Fasha Sandha beri amaran ‘langkah mayatnya dahulu’

$
0
0

Anda semua tentu tahu pelakon jelita Fasha Sandha baru-baru ini ada mendedahkan beberapa bukti beliau diganggu oleh individu yang pernah hadir didalam hidupnya. Tidak dinafikan, sejak saat itu kami boleh nampak semangat Fasha lebih kuat untuk menegakkan kebenaran disebalik keperitan yang beliau tanggung sebelum ini.

Terbaru, Fasha sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik status penuh semangat ataupun “women empowerment” yang tidak akan mengalah jika ada yang mahu “merampas” kebahagiaan Fasha iaitu anak-anaknya daripada tangan beliau.

Berikut luahan penuh Fasha :-

Rata-rata pengikutnya yang membaca luahan Fasha berharap beliau akan kekal tabah dan mendoakan kesejahteraannya.

Ketika membaca luahan Fasha, kami dapat rasakan beliau kini tidak mahu lagi terus menjadi lemah selepas ditindas oleh pihak tertentu. Itulah kata orang, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan anak-anaknya.

 

Sumber: Beautifulnara.com



Sumber Ada yang cuba pisahkan dengan anak, Fasha Sandha beri amaran ‘langkah mayatnya dahulu’

Derita kesusahan Awie dapat perhatian

$
0
0

Penderitaan dan kesusahan Sabri Abd Rahman yang menetap di rumah peninggalan orang tuanya yang hampir roboh akibat banjir di Kampung Pesagi di sini, telah dilanjutkan  kepada wakil rakyat setempat.

Derita kesusahan Awie dapat perhatian

Adun Chenor, Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail yang kini berada di Mekah turut memberi respons segera kepada Sinar Harian dengan mendapatkan maklumat kediaman Sabri atau Awie.

Sementara itu, Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib juga memaklumkan akan mengambil perhatian dan menyiasat segera keperluan Awie.

“Ini sepatutnya tidak terjadi. Setiap tahun saya sediakan peruntukan membaiki rumah bukan sahaja di landa banjir tetapi pembaikan biasa. Saya akan siasat dan buat susulan segera,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Derita kesusahan Awie dapat perhatian

Tasha Shila dedah belakang badan ditegur netizen

$
0
0

Lama juga pelakon Tasha Shilla menyepi daripada dunia hiburan tanah air, kata beliau sebelum ini, beliau enggan lagi terpalit dengan mana-mana gosip mahupun kontroversi dan akan menjaga imejnya sebaik mungkin.

Walaubagaimanapun, Tasha sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tampil berpakaian seksi baru-baru ini sehingga menampakkan bahagian belakang tubuhnya. Perkara itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Ada yang memuji kecantikan Tasha ketika mengenakan busana tersebut tetapi seperti biasa pasti akan ada yang mengkritik dan memberikan komen berbaur sinis dan sindiran terhadap Tasha.

Kebanyakkan kontroversi Tasha sebelum ini adalah kerana gaya dan penampilan beliau yang agak seksi. Namun, bukan mudah sebenarnya untuk seseorang mengubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan didalam hidup mereka.

 

Sumber: Beautifulnara.com



Sumber Tasha Shila dedah belakang badan ditegur netizen
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>