Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Pengurus Takaful tergamak kebas duit insurans kematian pelanggan berjumlah RM805,000

$
0
0

Seorang Pengurus Perniagaan Takaful Malaysia Kuantan dijatuhi hukuman penjara empat tahun dua bulan serta tujuh sebatan di Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menipu bayaran pampasan tuntutan insurans berjumlah RM805,000 pada 8 Mac lalu.

Tertuduh, Aidy Syukri Yahya, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan penipuan terhadap Takaful Malaysia Berhad dengan mendorong syarikat itu memindahkan wang tunai masing-masing berjumlah RM402,500 ke akaun Syarikat Tm Asset Management miliknya bagi mendapatkan tuntutan insurans kematian bagi Mohd Shafiee Ngah, 46, serta Norhazaimi Abd Wahab, 47.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di nombor 45 tingkat bawah Darul Takaful Jalan Teluk Sisek di sini pada 8 Mac lalu.

Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum penjara 10 tahun serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, jumlah RM400,000 yang dituntut adalah untuk pampasan insurans kematian manakala RM2,500 untuk khairat kematian.

Mohd Shafiee dan Norhazaimi adalah pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 116 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Rompin pada 22 Januari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Noor Zaihan menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan dan tiga sebatan manakala penjara tiga tahun serta empat sebatan untuk pertuduhan kedua.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Pengurus Takaful tergamak kebas duit insurans kematian pelanggan berjumlah RM805,000

Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia berang wartawan ambil gambarnya ketika buang sampah, kakitangan kedutaan pula cuba rampas telefon bimbit wartawan

$
0
0

Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song berang dengan tindakan wartawan yang merakam gambarnya membuang sampah di hadapan premis kedutaan itu di sini, malam Selasa.

Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia berang wartawan ambil gambarnya ketika buang sampah, kakitangan kedutaan pula cuba rampas telefon bimbit wartawan

Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia berang wartawan ambil gambarnya ketika buang sampah, kakitangan kedutaan pula cuba rampas telefon bimbit wartawan

Sambil membawa keluar rangka katil pada 9.15 malam, beliau menjerit-jerit dalam bahasa Korea Utara sambil menunding jari kepada sekumpulan wartawan.

Namun, tindakannya tidak diendahkan wartawan yang terus menjalankan tugas seperti biasa.

Antara barang yang diangkut keluar daripada premis kedutaan itu adalah katil, televisyen, alat pendingin hawa, kerusi, meja bulat dan kotak.

 

Kira-kira 10 minit kemudian, seorang lelaki dipercayai kakitangan kedutaan pula cuba merampas telefon bimbit seorang wartawan Bernama.

Lelaki itu menghampiri wartawan Bernama berkenaan, yang berada di luar kawasan kedutaan, lalu cuba merampas telefon yang digunakan untuk merakam gambar.

Setelah percubaan itu gagal, lelaki itu terus melangkah mendekati petugas Bernama itu yang kemudian berundur beberapa tapak untuk mengelak provokasi atau kejadian tidak diingini.

Lelaki itu kemudian kembali ke perkarangan premis kedutaan itu bersama-sama Yu-Song.

Petugas media ‘berkampung’ di hadapan kedutaan Korea Utara sejak kejadian pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di KLIA2 pada 13 Februari lepas.

Sumber:Mstar



Sumber Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia berang wartawan ambil gambarnya ketika buang sampah, kakitangan kedutaan pula cuba rampas telefon bimbit wartawan

Adele berhenti menyanyi di pertengahan konsert, marah pengawal keselamatan yang halang peminatnya menari

$
0
0

Penyanyi Adele tiba-tiba berhenti menyanyi di pertengahan konsert dan menegur pengawal keselamatan yang menghalang peminatnya ‘berseronok’ ketika menyaksikan persembahannya.

Adele berhenti menyanyi di pertengahan konsert, marah pengawal keselamatan yang halang peminatnya menari

Adele berhenti menyanyi di pertengahan konsert, marah pengawal keselamatan yang halang peminatnya menari

 
Adele telah menegur pengawal keselamatan tersebut yang meminta penonton konsert di Stadium Etihad, Malbourne untuk kekal duduk di tempat mereka.
 
Menerusi video yang dikongsi seorang penonton konsert itu, Adele telah menegur pengawal itu dan berkata apa guna mereka datang ke konsert jika tidak boleh berseronok?
 
“Excuse me sir?I know you work here but could you stop telling people to sit down? This is a music show.
 
“If people can’t see then they can stand up. If you’re moaning about people dancing, what the f*** have you come to a show for?,” tegur Adele kepada pengawal keselamatan tersebut.
 
Adele turut berkata bahawa dia tidak mahu lagi pengawal tersebut meminta mana-mana penonton untuk duduk dan biarkan mereka menikmati konsert tersebut dengan bebas.
 
“If I see one more person be told to sit down, I swear to God,” kata Adele lagi.
 
Setelah penyanyi itu menegur pengawal keselamatan tersebut, penonton di dalam stadium bersorak bagi pihak Adele seakan terharu dengan sikap penyanyi itu yang prihatin terhadap peminatnya.
 
Selain itu, antara perkara pelik lain yang dilakukan oleh penyanyi tersebut ketika konsert itu berlangsung adalah dia telah menjemput pasangan gay untuk naik ke pentas dan menyanyi bersamanya.
 
Tindakan penyanyi itu telah mengejutkan kira-kira 77,000 orang penonton pada malam itu.
 
Penyanyi berusia 28 tahun itu dijadualkan bakal menamatkan konsert jelajah Australia dan New Zealand pada hujung minggu ini dan akan membuat persembahan terakhir di Mount Smart Stadium, Auckland.

Berikut kami kongsikan video rakaman penonton di konsert tersebut.

Sumber:Astro Gempak



Sumber Adele berhenti menyanyi di pertengahan konsert, marah pengawal keselamatan yang halang peminatnya menari

Anak Saleem Iklim diserbu peminat lepas buat persembahan di Akademi Bomba

$
0
0

SELEPAS video nyanyian mirip ayahnya menjadi tular di media sosial, Nursyafiq Farhain A M Salim mengakui kehadirannya ketika membuat persembahan pada majlis-majlis tertentu kini menjadi perhatian ramai.  

Terbaharu, anak pelantun lagu Suci Dalam Debu itu diserbu peminat selepas membuat persembahan nyanyian bersama kumpulannya di Akademi Bomba Dan Penyelamat di Wakaf Tapai, Marang di sini, hari ini.

 
Anak Saleem Iklim diserbu peminat lepas buat persembahan di Akademi Bomba

Anak Saleem Iklim diserbu peminat lepas buat persembahan di Akademi Bomba

Nursyafiq Farhain yang bertugas di Balai Bomba Dan Penyelamat Tebrau di Johor Baharu, membuat persembahan  sempena Majlis Tamat Latihan Kursus Diploma Sains Kebombaan Siri 1 dan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 2/2016.

Menurut anak muda berusia 23 tahun itu, pertama kali menyanyi adalah pada majlis makan malam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira tiga tahun lalu dan kemudiannya sering menerima undangan di majlis jabatan itu.

Bagaimanapun, Nursyafiq Farhain menyifatkan bidang nyanyian hanyalah hobi dan tidak bercadang untuk meninggalkan kerjayanya sekarang malah sentiasa mengutamakan tugasnya sebagai seorang anggota bomba dan penyelamat.

“Sebenarnya saya memang minat menyanyi. Kalau menyanyi untuk program bomba memang sudah biasa. Kalau ada peluang menyanyi secara serius, saya tidak menolak namun buat masa ini kerjaya (bomba) lebih utama.

“Setakat ini, minat menyanyi ini tidak menganggu tugas. Saya bekerja mengikut masa pejabat atau secara syif sama seperti anggota lain dan saya hanya menyanyi apabila tidak bertugas,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya adakah dia menolak peluang sekiranya diberi tawaran merakam semula album ayahnya, Nursyafiq Farhain berkata, bidang nyanyian hanya sebagai hobi dan dia tidak terfikir akan sampai ke peringkat  merakam album.

Sebelum ini, rakaman lagu Mimpi Yang Pulang nyanyian Nursyafiq, melalui video aplikasi Smule, mendapat perhatian pengguna YouTube baru-baru ini dan menjadi tular di Facebook.

Sumber:Sinar



Sumber Anak Saleem Iklim diserbu peminat lepas buat persembahan di Akademi Bomba

Senarai 8 produk terkini disahkan beracun oleh KKM

$
0
0

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan lapan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Senarai 8 produk terkini disahkan beracun oleh KKM

Senarai 8 produk terkini disahkan beracun oleh KKM

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut ialah Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum, Ah Beauty Night Cream yang mengandungi merkuri, Ndz UV Whitening (hydroquinone), Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnars Nar Cream – Sensitif dan Ellfie Night Cream (hydroquinone dan tretinoin).

“Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Beliau berkata, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.    

“Kesan daripada penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya. Dr Noor Hisham berkata, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Namun begitu, beliau berkata penggunaan tanpa pengawasan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Bagi produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri, beliau berkata ia boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk

kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu,” katanya.   

Beliau menambah bahawa penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Beliau bekata, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. – Bernama

Sumber: Sinar



Sumber Senarai 8 produk terkini disahkan beracun oleh KKM

“Orang bot akan letak dadah dalam air mineral bila anda sedang snorkeling” – Gadis ini dedah taktik cabul dan rogol di sebalik keindahan Pulau Redang & Perhentian

$
0
0

Pulau Redang dan Pulau Perhentian memang terkenal dengan keindahan pantai dan lautnya. Tak hairanlah kalau ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar ke sana. Admin sendiri pon terpesona dengan keindahan pulau-pulau ini.

"Orang bot akan letak dadah dalam air mineral bila anda sedang snorkeling" - Gadis ini dedah taktik cabul dan rogol di sebalik keindahan Pulau Redang & Perhentian

“Orang bot akan letak dadah dalam air mineral bila anda sedang snorkeling” – Gadis ini dedah taktik cabul dan rogol di sebalik keindahan Pulau Redang & Perhentian

Tapi ada kisah kurang enak berkenaan pulau ini. Gadis ini berkongsi whatsapps seorang wanita yang berada di sana selama dua minggu. Menurutnya, anak muda tempatan yang bertindak sebagai pemandu pelancong akan mengambil kesempatan terhadap pelancong wanita. Siap sapu minyak dagu katanya.

Target wanita tak ditemani lelaki.

Saya tinggal di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu selama dua minggu disebabkan kajian saya. Saya perhatikan banyak benda yang anak muda tempatan buat kepada pelancong wanita yang ke sini. Mangsa adalah wanita yang datang berseorangan atau sekumpulan wanita, kebanyakannya datang dengan seorang kawan perempuan. Anak muda terbabit akan bertindak sebagai pemandu bot untuk resort tapi akan target mangsa yang kebanyakan Chinese dan perempuan ‘Mat Salleh’. Tapi kalau wanita yang ditemani lelaki mereka takkan berani sentuh. Bila sampai di kawasan snorkeling, mereka akan ‘BANTU’ mangsa dengan memegang tangan untuk snorkel. Kebanyakan Chinese akan pakai pakaian sexy dan mereka akan curi-curi tengok…

Satu atau dua mangsa setiap hari.

 

 

..buah dada dan underwear dari belakang. Paling teruk, mereka akan ajak rakan-rakan mereka untuk join sekali bagi dapatkan seorang atau dua mangsa setiap hari. Mereka akan berkumpul di jeti dan melihat mangsa. Lepas snorkel, mereka akan guide mangsa ke container berisi air untuk bersihkan diri, kadang-kadang cuba untuk ‘tolong’ sambil pegang-pegang mangsa. Mangsa akan ingat mereka ni jenis yang friendly tapi sebenarnya mereka ada niat lain. Lepas mangsa bersihkan badan, mereka akan bagi air mineral (ada benda lain dalam tu) kat mangsa untuk minum. Benda ni jadi setiap hari dan setiap hari saya tengok. Then, mangsa akan ke bot sambil pegang tangan pemandu pelancong dan akhirnya end up di..

Mangsa seperti khayal lepas disapu ‘sunblock’.

 

..bilik bersama dengan kawan-kawan yang lain untuk join ‘party’ mereka. Kadang-kadang mereka akan tanya mangsa samada nak krim sunblock atau tak. Mereka akan sapukan pada mangsa. Pernah sekali, saya terkejut bila ada mangsa yang mendedahkan dada dan biarkan mereka usap-usap dadanya. Lepas tu baru saya tahu sebenarnya mereka sapu minyak dagu atau minyak mayat yang akan buat mangsa hilang pertimbangan dan berada dalam keadaan khayal. Mereka akan cium mangsa dan akan bawanya ke bilik. Ingat, di Terengganu ilmu hitam sangat kuat. Saya dah perhatikan mereka selama 2 minggu. Mereka ada ramai kawan..

Mangsa ingat hanya bermimpi.

 

..dan kalau saya soal mereka, saya akan dapat masalah di sana. Saya harap semua wanita ambil langkah berjaga-jaga berkaitan hal ini dan beri amaran kepada semua. Jangan friendly sangat dengan pemandu bot dan kawan mereka. Dan hati-hati supaya tak diambil kesempatan. Saya sangat kecewa sebab kebanyakan gadis begitu bodoh untuk percayakan mereka. Saya pernah tanya salah seorang mangsa dan dia cakap dia tak ingat apa-apa tapi dia cakap dia ada bermimpi buat seks dengan penduduk tempatan. Cerita saya ni betul. Berhati-hati bila pergi snorkeling terutamanya wanita. Orang bot akan letak dadah dalam air mineral bila anda sedang snorkeling. Bila anada naik bot, dan pengsan lepas minum air itu, anda akan dicabul dan dirogol.

Kredit : Cheryl Wong 

 

Via: Oh Bulan



Sumber “Orang bot akan letak dadah dalam air mineral bila anda sedang snorkeling” – Gadis ini dedah taktik cabul dan rogol di sebalik keindahan Pulau Redang & Perhentian

“Cakap je la ko malas” – Lelaki mengamuk tuduh nurse pemalas sebab tak dapat pindah wad kelas satu, ini respons seorang jururawat lelaki

$
0
0

Sudah terlalu banyak kisah kita dengar mengenai servis kurang baik yang diberikan daripada jururawat, kali ini seorang wanita meluahkan rasa geram kerana permintaannya hendak menukar ke wad kelas pertama tidak dilayan jururawat.

 

"Cakap je la ko malas" - Lelaki mengamuk tuduh nurse pemalas sebab tak dapat pindah wad kelas satu, ini respons seorang jururawat lelaki

“Cakap je la ko malas” – Lelaki mengamuk tuduh nurse pemalas sebab tak dapat pindah wad kelas satu, ini respons seorang jururawat lelaki

Kami percaya jururawat dan doktor semestinya lagi arif mengenai kondisi pesakit dan sudah tentulah ada sebab-sebab munasabah kenapa tidak boleh dipindahkan ke wad kelas pertama, betul tak? Jom baca penerangan jururawat lelaki ini mengenai pesakit bagaimana yang boleh ke wad kelas pertama.

‘Cakap jela malas habis cerita’

 

Mengapa inginkan wad kelas pertama?

Kelayakan kelas pertama; keadaan kesihatan yang stabil

Terpulang atas budi bicara doktor

Kekosongan wad & kemampuan pesakit

Perbezaan antara 1st class & 3rd class tak banyak pun

sumber : Anwari Hamzah

 

Via: Oh Bulan



Sumber “Cakap je la ko malas” – Lelaki mengamuk tuduh nurse pemalas sebab tak dapat pindah wad kelas satu, ini respons seorang jururawat lelaki

15 FOTO Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Hamidun Dengan Joy Revfa

$
0
0

15 FOTO Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Hamidun Dengan Joy Revfa



Hafiz Hamidun telahpun selamat bertunang dengan pengasas kosmetik, Joy Revfa di Shah Alam kira-kira jam3.20 petang sebentar tadi.

Majlis pertunangan pasangan ini diadakan di The Venue Shah Alam ini dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Ibu Hafiz Hamidun telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin.

Hafiz Hamidun menyerahkan lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran kepada Joy.

Penyanyi ini memberitahu, dia dan tunangnya itu akan bernikah pada 1 Mei depan bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ini komen Hafiz:

"Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, saya yakin Joy adalah wanita yang sesuai sebagai suri hati.

"Dia mempunyai aura sebagai wanita yang tabah mengharungi kehidupannya selama ini,"


Untuk pengetahuan, Joy yang sebelum ini pernah berkahwin mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Jom layan beberapa koleksi foto majlis pertunangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa.

















Sumber 15 FOTO Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Hamidun Dengan Joy Revfa

Annuar Musa hulur KAFA RM2 juta bayar gaji pemain

$
0
0

Tan Sri Annuar Musa akan memberi RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membantu menyelesaikan tunggakan gaji pemain The Red Warriors (TRW).

Beliau menerusi entri terbaharu Facebooknya sebentar tadi, berkata akan menyampaikan dana itu kepada Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar, esok.

“Saya difahamkan KAFA lewat membayar gaji kerana terdapat penaja yang lambat membuat bayaran.

“Pengurusan (KAFA) harus kuatkan usaha dan mengurus aliran tunai supaya moral pemain tidak terjejas.

“Esok jam 11.30 pagi, Insya-Allah saya akan sampaikan dana RM2 juta kepada bendahari KAFA,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berharap pemain bersabar dan terus memberi tumpuan kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

“Saya berharap pemain dan pengurusan terus fokus menghadapi persaingan seterusnya,” katanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber Annuar Musa hulur KAFA RM2 juta bayar gaji pemain

Harga petrol, diesel diumum secara mingguan mulai 29 Mac

$
0
0

Kerajaan akan mengumumkan harga siling mingguan bagi minyak petrol dan diesel bermula 29 Mac depan, yang berkuat kuasa serta merta pada jam 12.01 tengah malam keesokannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membolehkan trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan yang dilaksanakan ketika ini.

Katanya, trend itu dapat dicapai berikutan kerajaan dapat mengelakkan perubahan ketara kepada harga runcit petrol dan diesel berbanding pengiraan secara bulanan kerana tempoh pengiraan bagi harga siling yang lebih pendek, selain perubahan berperingkat.

“Kita (KPDNKK) sudah berbincang dengan beberapa pihak berkepentingan, pengusaha stesen minyak dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan untuk melaksanakan inisiatif baharu ini.

“Hasil perbincangan berkenaan, kita sudah bentangkan kepada Jemaah Menteri, dan 22 Februari lalu dipersetujui untuk mengumumkan harga petrol dan diesel secara mingguan.

“Ia membolehkan juga sebarang perubahan harga dan kadar tukaran asing dapat diterjemahkan lebih tepat mengikut pasaran global,” katanya menerusi segmen khas berita jam 5 petang, stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), sebentar tadi.

Sumber: BH Online



Sumber Harga petrol, diesel diumum secara mingguan mulai 29 Mac

Sah hamil luar rahim, isteri Hazama terpaksa dibedah

$
0
0

Pemuzik Genervie Kam, 37, terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam, apabila disahkan mengandung di luar rahim.

Suaminya yang juga penyanyi, Hazama, memberitahu BH Online, isterinya mengadu sakit perut sejak kira-kira dua minggu lalu dan selepas pemeriksaan dibuat, wanita itu disahkan hamil di luar rahim.

Katanya, doktor turut menasihatkan isterinya segera menjalani pembedahan agar tiada sebarang komplikasi lain berlaku.

“Ketika Genervie ke hospital bersama ibunya, saya tidak dapat ikut bersama kerana sibuk menguruskan dua protege saya (Usop dan Balqis) untuk program Mentor Milenia.

“Kemudian dia menghubungi saya untuk memaklumkan, sakit itu disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Tidak lama selepas itu, isteri sekali lagi menghubungi saya untuk memberitahu dirinya hamil di luar rahim dan doktor menasihatkannya untuk segera dibedah.

“Selain janin, tiub fallopio pada bahagian kiri juga dibuang. Syukur alhamdulillah, mujur dirinya selamat,” katanya.

Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari lalu di Gombak, dekat sini.

Sementara itu, Hazama atau nama penuhnya Hazama Azmi, 33, menyifatkan ada hikmah tersembunyi di sebalik ujian yang menimpa isterinya.

Reda dengan ketentuan Yang Maha Esa, beliau bagaimanapun percaya, Genervie pastinya bersedih, apatah lagi isterinya memang menginginkan cahaya mata.

“Sebagai suami, saya perlu kuat dan reda kerana Genervie memerlukan sokongan saya.

“Mungkin ia juga boleh dianggap sebagai peringatan buat kami yang terlalu sibuk bekerja tanpa henti, sehingga tidak memikirkan kesihatan diri.

“Selepas pembedahan, doktor menasihatkan isteri untuk berehat selama dua minggu, tanpa melakukan sebarang kerja,” ujarnya lagi.

Hazama turut merancang untuk berehat dan meluangkan waktu bersama isteri selepas berakhirnya program Mentor Milenia 2017, beberapa minggu lagi.

 

Sumber: BH Online



Sumber Sah hamil luar rahim, isteri Hazama terpaksa dibedah

Parlimen UK diserang, PM selamat

$
0
0

Polis Britain sedang menyiasat insiden tembakan dekat parlimen British di daerah Westminster, London.

Parlimen UK diserang

Parlimen UK diserang

“Kami sedia maklum berkaitan insiden di Westminster. Kami akan berikan lebih maklumat apabila diperoleh nanti,” menurut polis tempatan.

Laporan dpa dan BBC menyebut seorang pegawai polis diserang.

Sidang dewan berkaitan ditangguhkan selepas beberapa insiden keganasan dilaporkan, termasuk insiden pegawai polis ditikam.

Sementara itu, Reuters melaporkan Perdana Menteri British Theresa May selamat selepas insiden itu.

Jurucakap pejabatnya enggan mendedahkan kedudukan May ketika serangan berlaku.

Reuters juga melaporkan sekurang-kurangnya empat orang dirakam dalam kamera mereka terbaring berlumuran darah dan tidak sedar di kawasan tidak jauh dari parlimen.

– Dpa, Reuters\

Sumber: Malaysiakini



Sumber Parlimen UK diserang, PM selamat

Sultan Johor dedah ditawar RM2 juta untuk gelaran Tan Sri

$
0
0

Sultan Johor sentiasa tegas dalam pengurniaan gelaran ‘Datuk’ dan memberi amaran bahawa penganugerahan gelaran serta darjah kebesaran dari negeri itu bukan untuk dijual.

Kurniaan darjah kebesaran dan pingat dari Johor adalah yang paling sukar diperoleh, titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media Prima Bhd di Istana Flintstone, Mersing baru-baru ini.

Calon-calon perlu melalui proses penapisan yang ketat oleh kerajaan negeri, Jumaah Majlis Diraja Johor, anggota kerabat diraja Johor selain menyiasat latar belakang gaya hidup calon selain penapisan keselamatan oleh polis.

Sultan Ibrahim dilaporkan menyebut bahawa proses tapisan yang ketat telahpun dijalankan semasa pemerintahan Almarhum ayahandanya sambil menegaskan bahawa pengurniaan gelaran adalah lebih sukar semasa pemerintahan baginda sekarang.

Memang benar, hanya tiga kurniaan ‘Datuk’ akan dianugerahkan sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-59 tahun ini, demikian diumumkan Jumaah Majlis Diraja Johor semalam.

“Di Johor, pengurniaan darjah kebesaran dan pingat bukan untuk dijual. Tidak ada penglibatan orang tengah untuk memperolehnya,” Sultan Johor dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata.

Dalam temu bual itu, Sultan Ibrahim memberitahu bahawa beberapa orang tengah datang berjumpanya dan mahu memberikan RM2 juta kepadanya bagi memperoleh gelaran “Tan Sri” daripada kuota baginda.

“Saya memberitahu orang tengah berkenaan, yang tidak disiarkan namanya  kerana ia mengaibkan, supaya balik sajalah. Saya tidak menjual kurniaan gelaran,” Sultan Johor dipetik sebagai menyatakan demikian oleh akhbar berbahasa Inggeris itu.

Sultan Ibrahim juga menyebut bahawa lebih mudah memperoleh gelaran ‘Tan Sri’ daripada persekutuan kerana tahun lepas sahaja, 62 orang menerima gelaran itu.

“Di Malaysia, jika saya menutup mata dan melontar batu, ia mungkin terkena kepala Datuk dan batu yang sama mungkin melantun terkena seorang lagi Datuk, dan jika bernasib baik, ia mungkin juga terkena Tan Sri,” Sultan Johor dipetik sebagai menyatakan demikian.

Sultan Ibrahim juga mengulangi gesaan baginda kepada orang luar dan rakyat Johor di luar negeri itu supaya tidak memecah-belahkan bangsa Johor.

“Kepada orang luar yang datang dan memecah-belahkan Johor atau rakyat Johor yang tinggal di Kuala Lumpur dan mempunyai cita-cita politik dan pulang untuk memecah-belahkan rakyat, saya menyatakan lebih baik pulang, kamu tidak dialu-alukan di sini (Johor),” Sultan Johor dipetik oleh akhbar berkenaan.

Sultan Ibrahim menyatakan bahawa mereka yang mempercayai pembohongan itu adalah sama seperti mereka yang melakukan pengkhianatan.

Temu bual itu diketuai oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali dan anggota lain termasuk Penolong Editor Berita dan Ehwal Semasa TV3 Izwan Azir Saleh, Ketua Biro New Straits Times Johor Ahmad Fairuz Othman dan Ketua Biro Berita Harian Johor Junita Mat Rasid. – BERNAMA

Sumber: MStar



Sumber Sultan Johor dedah ditawar RM2 juta untuk gelaran Tan Sri

‘Jangan letak gambar anak dalam profil Whatsapp, FB’

$
0
0

Orang ramai disaran supaya tidak menjadikan gambar keluarga terutama anak-anak mereka sebagai gambar profil pada aplikasi Whatsapp kerana ia boleh mengundang risiko keselamatan.

Penolong Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Jabatan Perlindungan Data Peribadi Mohd Shazrol Mohd Shah berkata adalah dibimbangi pihak yang berniat jahat mengakses gambar itu seterusnya mengecam wajah anak-anak pemilik nombor telefon.

“Gambar profil WhatsApp bertujuan mungkin untuk mengenal pasti kawan-kawan cuma kita sarankan agar mereka meletakkan satu gambar yang elok untuk diri sendiri.

“Kita jangan meletakkan gambar anak atau gambar orang lain kerana perkara ini boleh menyebabkan penjenayah dapat mengakses gambar tersebut sekali gus mencetuskan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Mohd Shazrol berkata demikian kepada Bernama selepas Sesi Perkongsian Maklumat Industri 2017 anjuran Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia hari ini.

Mohd Shazrol berkata tidak menjadi masalah sekiranya orang ramai tidak meletakkan gambar profil pada WhatSapp kerana aplikasi tersebut tetap boleh digunakan.

Terdahulu, dalam taklimatnya Mohd Shazrol menasihati ibu bapa supaya tidak meletakkan gambar anak-anak mereka dalam laman sosial termasuk Facebook kerana ia juga boleh mengundang risiko jenayah.

“Penggunaan Facebook amat berisiko kerana walaupun gambar dalam akaun sudah dipadam, namun ia masih tersimpan di luar negara kerana data laman sosial itu diproses di luar negara,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 tidak terpakai untuk sebarang perlanggaran di Facebook.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) telah diluluskan di Parlimen pada Jun 2010 dan telah dikuat kuasakan pada 15 Nov 2013.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber ‘Jangan letak gambar anak dalam profil Whatsapp, FB’

Tiga beranak maut kereta hangus dalam kemalangan di Kampung Tok Kaya

$
0
0

Tiga  beranak  maut termasuk seorang kanak- kanak dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Proton Saga dan Mercedes di Kampung Tok Kaya dekat  Pulai Chondong, di sini, petang tadi.

Tiga beranak maut kereta hangus dalam kemalangan di Kampung Tok Kaya

Tiga beranak maut kereta hangus dalam kemalangan di Kampung Tok Kaya

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3 petang  itu turut menyebabkan dua ahli keluarga lain cedera parah dan seorang cedera ringan.

Selain itu, kereta yang dinaiki mangsa turut hangus terbakar.

Mangsa,  Azizah Zakaria, 74, maut di tempat kejadian manakala anaknya yang juga pemandu kereta,  Siti Rohani Yajid, 35, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Machang.

Turut maut dalam perjalananan ke hospital, anak Siti Rohani, Mohd  Zahirul Fitri Mohd  Hasrul Nizam, 11.

Manakala suami Azizah, Yajid Ismail, 82 serta seorang lagi anak Siti Rohani, Mohd Tharid Hakim, 5, cedera parah.

Sementara itu, anak mangsa, Mohd Zahid Yajid, 47, berkata, ibu bapa dan adik bongsunya itu dalam perjalanan dari Sungai Satan, Jeli ke rumahnya di Kampung Teras, Kubang Kerian.

Katanya, mereka merancang untuk mengadakan majlis tahlil adiknya pada Jumaat ini, selain meluangkan masa bersama-sama.

Tambahnya, dua lagi anak  Siti Rohani turut berada di dalam kereta tersebut menjadikan kesemua mereka tujuh beranak di dalam kenderaan tersebut.

“Seorang anak Siti Rohani  berusia sembilan tahun cedera ringan dan yang bongsu berusia dua tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Arwah (Siti Rohani) baru pulang bercuti dari Kajang ke rumah ibu bapa kami di Sungai Satan, semalam,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik, Hospital Machang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 petang  dan bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dan tujuh anggota.

Katanya, sebaik tiba di tempat  kejadian semua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang ramai.

“Sebaik tiba di tempat kejadian api sedang marak dan kami mengambil masa kira-kira​ 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

“Mangsa yang maut dan cedera dibawa ke Hospital Machang,” katanya.

Sumber:Sinar



Sumber Tiga beranak maut kereta hangus dalam kemalangan di Kampung Tok Kaya

“Dia patut rasa apa yang kami rasa” – Balu mangsa nahas kereta dipandu melawan arus tuntut bela atas kematian suaminya

$
0
0

“Dia (suspek) patut rasa apa yang kami rasa dan tindakannya itu sepatutnya dihukum dengan hukuman yang berat,” demikian luahan Norasikin Abdul Halim, 26, isteri Allahyarham Mohamad Fandi Rosli, 26, yang terbunuh dalam kemalangan, Selasa lalu.

"Dia patut rasa apa yang kami rasa" - Balu mangsa nahas kereta dipandu melawan arus tuntut bela atas kematian suaminya

“Dia patut rasa apa yang kami rasa” – Balu mangsa nahas kereta dipandu melawan arus tuntut bela atas kematian suaminya

Mohamad Fandi maut selepas kenderaannya dirempuh laju Ng Pei Ven, 19, yang memandu melawan arus di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Permatang Pauh, Pulau Pinang, Selasa lalu.

Norasikin ketika dihubungi melahirkan rasa lega selepas mengetahui berita mengenai siasatan terhadap suspek berkemungkinan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Jika hukuman mati dirasakan tepat bagi menghukum kesalahan yang dilakukannya, saya sekeluarga terima keputusan itu.

“Berita ini sedikit sebanyak memberi kelegaan buat saya dan keluarga yang masih bersedih atas kehilangan arwah. Saya harap pihak berkuasa dapat memberi hukuman yang setimpal terhadap tertuduh bagi membela kematian suami,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan lengkap mengenai model sambilan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik Selasa lalu, diserahkan buat kali kedua kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, polis akan menunggu jawapan bagi memastikan sama ada kes berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau kekal mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 134, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Permatang Pauh, Mohamad Fandi maut manakala empat pengguna lebuh raya lain cedera selepas kenderaan mereka dirempuh laju Pei Ven yang memandu melawan arus.

Pei Ven turut didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Jumaat lalu mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, namun mengaku tidak bersalah.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan RM5,000 bersama dua penjamin.

Sumber: Bharian



Sumber “Dia patut rasa apa yang kami rasa” – Balu mangsa nahas kereta dipandu melawan arus tuntut bela atas kematian suaminya

KJ bidas artikel puji makanan Singapura: “Itu makanan Malaysia”

$
0
0

KECOH di laman Twitter apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) dilihat menegur sebuah portal antarabangsa berkenaan sebuah artikel yang disiarkan berjudul ‘Why Singapore is the world’s greatest city for the food’.

Menerusi posting yang dimuat naik itu, KJ mendakwa kebanyakan apa yang ditulis dalam artikel itu adalah makanan Malaysia.

'Itu Makanan M'sia' - KJ Bidas Artikel Puji S'pura

Dalam artikel itu, penulis menceritakan pengalaman seorang chef Perancis bernama Claude Bosi  yang mencuba makanan Singapura ketika melawat negara itu baru-baru ini,

Bagaimanapun, beberapa makanan yang disebut di dalam artikel itu seperti nasi ayam, putu piring, laksa, dan karipap adalah makanan Malaysia.

Sumber: Mynewshub



Sumber KJ bidas artikel puji makanan Singapura: “Itu makanan Malaysia”

Anak Che Ta tak suka alat mainan, tapi lebih suka alat solek

$
0
0

Pelakon Rozita Che Wan memberitahu anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana tidak berminat untuk bermain dengan alat permainan yang kebiasaan disukaikanak-kanak seusianya.

Sebaliknya kata Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, Aaisyah yang berusia dua tahun empat bulan lebih berminat dengan barang-barang seperti alat solek, tas tangan dan kasut.

“Jika hendak diikutkan banyak permainan yang saya beli untuknya tetapi dia memang tak berminat.

“Tapi kalau beg, kasut, gincu dia memang suka sangat sehingga saya memang tak boleh bawa dia ke kedai beg tangan kerana semua benda dia nak suruh beli,” katanya kepada mStar Online.

Che Ta, 44, ditemui pada sidang media pelancaran program realiti yang menampilkan Aaisyah iaitu Little Princess Aaisyah di sini, Rabu.

 

Rancangan itu bakal menemui penonton bermula 12 April depan setiap hari Rabu pada pukul 9 malam.

Ia akan disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Disebabkan perkara itu, Rozita berkata dia mengupah seorang guru ke rumahnya untuk bermain dengan Aaishah menggunakan alat permainan kanak-kanak.

Kata Che Ta, bantuan profesional itu banyak membantu dalam mengenal pasti kaedah yang betul dalam menarik perhatian Aaisyah untuk bermain seperti kanak-kanak lain.

“Cikgu itu datang sekali seminggu hanya untuk bermain dengan Aaisyah dan sambil-sambil itu pun banyak juga maklumat yang saya dapat demi kebaikannya.

 

“Alhamdulillah reaksinya sangat positif kerana pada usianya sekarang dia cepat ikut dan bertindak balas terhadap apa yang didengar dan lihat,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta menyifatkan tawaran Aaisyah tampil menerusi program realitinya sendiri sebagai rezeki selain dapat berkongsi kehidupan dan perkembangan seharian anaknya itu bersama peminat.

“Walaupun saya sering memuat naik gambar dan video Aaisyah di Instagram tetapi ia tidak menggambarkan secara keseluruhan diri anak saya itu.

“Menerusi program ini banyak perkara eksklusif dan menarik yang akan dipaparkan tentang kehidupan sehariannya dengan penonton.

“Pada saya ini adalah rezekinya namun tidaklah semua perkara kita dedahkan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Che Ta berkata, dia tidak dapat membendung tanggapan negatif masyarakat jika ada yang beranggapan tindakannya itu tidak patut dilakukan.

Paling penting niatnya untuk berkongsi pengalaman dan tip membesarkan Aaisyah kepada penonton.

“Ini rezeki Aaisyah dan sekurang-kurangnya pendapatan daripada program ini dapat saya simpan dalam akaunnya untuk kegunaan dia pada masa depan.

“Saya harap program ini bukan sahaja menghiburkan dengan aksi Aaisyah yang lincah tetapi dapat memberi manfaat kepada ibu-bapa menerusi perkongsian tip daripada saya dan suami.

“Perkara-perkara negatif itu memang tidak dapat dielakkan dan jika kita mahu fokus hanya kepada apa orang cakap memang tak akan jadi apa,” katanya.
Sumber: MStar



Sumber Anak Che Ta tak suka alat mainan, tapi lebih suka alat solek

Cikgu digantung tugas kerana tutup mulut pelajarnya guna pita pelekat sebagai hukuman berbuat bising, bangga upload gambar di media sosial

$
0
0

SEORANG guru wanita telah digantung tugas selepas mulut pelajarnya ditutup dengan pita pelekat sebagai hukuman kerana membuat bising di dalam kelas, dalam kes yang mengejutkan penduduk di Mexico.

Cikgu digantung tugas kerana tutup mulut pelajarnya guna pita pelekat sebagai hukuman berbuat bising, bangga upload gambar di media sosial

Cikgu digantung tugas kerana tutup mulut pelajarnya guna pita pelekat sebagai hukuman berbuat bising, bangga upload gambar di media sosial

Perbuatan guru terbabit, Ahisury Flores Hernandez telah terbongkar selepas dia dengan bangganya menayangkan gambar kanak-kanak itu dalam media sosial.

“Hahaha, apa yang perlu saya lakukan…hahaha…dia enggan duduk diam….100 peratus berkesan,’’ demikian kapsyen yang ditulisnya dalam Facebook.

Tindakannya itu telah mencetuskan kemarahan ramai malah gambar terbabit dikongsi beramai-ramai di media sosial.

 

Ramai yang menyifatkannya perbuatan tersebut sebagai tidak munasabah dan dia telah memalukan kanak-kanak itu dengan memuat gambar kontroversi terbabit untuk tatapan ramai.

“Dia kata budak tu gembira, tapi kalau tengok muka, keadaan adalah sebaliknya.

“Tindakan seumpama ini tidak sepatutnya diterima walau dalam apa keadaan pun. Saya berharap agar imej ini dapat dikongsi beramai-ramai supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan,’’ demikian antara kemarahan yang diluahkan oleh netizen.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Cikgu digantung tugas kerana tutup mulut pelajarnya guna pita pelekat sebagai hukuman berbuat bising, bangga upload gambar di media sosial

Video budak lelaki boleh pusing kepala 180 darjah. Scary nya!

Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>