Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Giliran calon naib presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin umum tarik diri dari bertanding

$
0
0

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam Kongres FAM pada Sabtu ini.

Giliran calon naib presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin umum tarik diri dari bertanding

Giliran calon naib presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin umum tarik diri dari bertanding

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

“Sudah sampai masanya saya memberi peluang kepada orang lain berkhidmat untuk kemajuan sukan bola sepak negara,” katanya di sini pada Khamis seperti dilaporkan portal berita Utusan Online.

Pengumuman Zainol itu dibuat beberapa jam selepas calon Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan untuk menarik diri pada pemilihan Kongres FAM, sekali gus membuka ruang kepada seorang lagi calon, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menang tanpa bertanding.

 

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu masih belum boleh disahkan dan pihaknya masih menunggu makluman rasmi daripada Annuar.

Saya masih menunggu pengesahan bertulis daripada Annuar mengenai penarikan dirinya daripada bertanding jawatan berkenaan.

“Pengisytiharan kemenangan juga hanya boleh dilakukan pada Kongres FAM yang dijadualkan Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumber:Mstar



Sumber Giliran calon naib presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin umum tarik diri dari bertanding

Tiada lagi transaksi tunai, mulai 26 April ini sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya dilaksanakan oleh PLUS

$
0
0

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya mulai 26 April ini.

Tiada lagi transaksi tunai, mulai 26 April ini sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya dilaksanakan oleh PLUS

Tiada lagi transaksi tunai, mulai 26 April ini sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya dilaksanakan oleh PLUS

Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkata bermula tarikh itu pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, Touch’n Go atau Smart Tag manakala tiada lagi transaksi tunai. 

Beliau berkata pelaksanaan itu melibatkan 71 plaza tol di antara Juru hingga Skudai dan merupakan kesinambungan inisiatif yang mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008. 

“Justeru kami menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch’n Go di mana-mana pusat khidmat pelanggan PLUS sebelum 26 April ini.

 

“Sistem ini jauh lebih pantas berbanding kaedah tunai dengan lorong Smart Tag mampu mengendalikan 1,000 transaksi sejam manakala lorong Touch’n Go sebanyak 600 transaksi sejam,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, ketika ini 94 peratus daripada pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari Juru dan Skudai telah menggunakan sistem pembayaran secara elektronik.

“PLUS juga akan sentiasa mengambil pelbagai langkah dalam membendung berlakunya sebarang ganguan terhadap sistem elektronik seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sumber:Mstar



Sumber Tiada lagi transaksi tunai, mulai 26 April ini sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya dilaksanakan oleh PLUS

Ahli politik mengaku pukul pramugara guna selipar 25 kali kerana tempat duduk

$
0
0

Seorang ahli politik India dengan beraninya mengaku bahawa beliau telah memukul seorang pramugara penerbangan Air India sebanyak 25 kali berturut-turut dengan selipar, gara-gara tempat duduk.

Ahli politik mengaku pukul pramugara guna selipar 25 kali kerana tempat duduk

Ahli politik mengaku pukul pramugara guna selipar 25 kali kerana tempat duduk

Ravindra Gaikwad, seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat India mendakwa petugas tersebut telah ‘cari pasal’ dengannya terlebih dahulu, dalam penerbangan dari Pune ke New Delhi.

“Apa yang dia kata, dia kata saya memukulnya dengan tangan? Saya telah memukulnya sebanyak 25 kali dengan selipar,” Gaikwad memberitahu agensi berita ANI dalam rakaman video yang disiarkan di laman Twitter dan di saluran berita India.

Laporan media India berkata Gaikwad mendakwa beliau mempunyai tiket kelas perniagaan tetapi Air India telah meletakkannya di tempat duduk ekonomi ketika penerbangan pagi Khamis.

 

Selepas mengadu kepada seorang kru penerbangan, Gaikwad, yang mewakili kawasan pilihan raya di negeri barat Maharashtra, kemudian telah bertengkar dengan pramugara kanan berkenaan.

“Dia kata ‘saya akan mengadu kepada Modi’ (Perdana Menteri India Narendra Modi), jadi saya memukulnya,” kata Gaikwad.

“Perlukah saya mendengar penganiayaan ini?,” beliau menambah.

Ahli-ahli politik daripada parti politik lain terus mengutuk tindakan Gaikwad, manakala jurucakap Air India memberitahu AFP bahawa syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu.

Tahun lepas seorang ahli Parlimen India telah ditangkap kerana didakwa melempang seorang pegawai syarikat penerbangan di lapangan terbang di Andhra Pradesh, selepas beliau dan keluarganya dihalang menaiki pesawat kerana pintu telah ditutup.

Sumber: Mstar



Sumber Ahli politik mengaku pukul pramugara guna selipar 25 kali kerana tempat duduk

Tiga NGO gesa haramkan tayangan filem Beauty and the Beast

$
0
0

Tiga badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ‘Beauty and The Beast‘ yang mencetuskan kontroversi kerana mempunyai babak homoseksual yang bertentangan dengan nilai agama dan budaya negara ini.

Tiga NGO gesa haramkan tayangan filem Beauty and the Beast

Tiga NGO gesa haramkan tayangan filem Beauty and the Beast

Filem terbitan Walt Disney itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac ini selepas ditangguhkan tayangannya di Malaysia atas beberapa sebab termasuk penampilan watak gay.

Tiga NGO yang membuat laporan polis itu ialah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, Pengerusi Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA) Mohd Fazil Abdullah dan Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay.

Abdul Rani berkata, laporan polis itu dibuat setelah pihaknya melihat kenyataan yang tular di laman sosial bahawa filem berkenaan akan ditayangkan di pawagam tanpa sebarang potongan adegan-adegan homoseksual.

“Kami berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengharamkan tayangan filem berkenaan di negara ini.

“Penayangan filem tersebut tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada remaja dan rakyat di negara ini, sebaliknya hanya membawa nilai negatif dan kesan buruk kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Sebelum ini, Lembaga Penapis Filem (LPF) dilaporkan akan memotong babak homoseksual yang terdapat dalam filem berkenan namun setelah mendapat bantahan daripada Walt Disney, LPF bersetuju memberi kelulusan dengan sedikit suntingan.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Filem itu diklasifikasi P13 (bawah 13 tahun) iaitu penonton yang berumur 13 tahun ke bawah memerlukan pengawasan ibu bapa dan penjaga ketika menonton. – Bernama

Sumber: Sinar



Sumber Tiga NGO gesa haramkan tayangan filem Beauty and the Beast

Berita viral budak diperkosa sebelum mati lemas tidak benar

$
0
0

GAMBAR mayat seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa telah dirogol sehingga mati dan dicampak ke dalam kolam sawah tersebar meluas di media sosial.

Berita viral budak diperkosa sebelum mati lemas tidak benar

Berita viral budak diperkosa sebelum mati lemas tidak benar

Bagaimanapun, dakwaan kononnya kejadian itu berlaku di Aceh Tenggara, Indonesia adalah tidak benar. Sebaliknya kejadian itu berlaku di wilayah Prev Veng, Kemboja.

Lapor Rasmeinews.com, kejadian itu berlaku pada waktu pagi 23 Februari lalu di mana, mangsa berusia 3 tahun jatuh tergelincir ke dalam sungai dan lemas.

Menurut ibu mangsa, sebelum kejadian itu, dia sedang sibuk dan anak-anak berjalan di tebing sungai. Tiba-tiba si ibu dimaklumkan oleh anak lelaki yang adik perempuan terjatuh dalam sungai.

 

Si ibu yang datang cuba menyelamatkan anaknya tetapi sudah terlambat, mangsa telah pun meninggal dunia.

Sebelum ini, beberapa blog melaporkan mangsa berusia 6 tahun telah diperkosa sehingga mati dan mayatnya dicampak ke sawah dan ditemui pekerja sawah pada awal pagi keesokan hari.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Berita viral budak diperkosa sebelum mati lemas tidak benar

Video anak mami bagi warning buat lelaki bujang yang malas bekerja

$
0
0

SEORANG pengguna laman Facebook; Farah Elmo menjadi sensasi di laman sosial gara-gara video pesanan pedasnya untuk lelaki bujang di luar sana.

Video anak mami bagi warning buat lelaki bujang yang malas bekerja

Video anak mami bagi warning buat lelaki bujang yang malas bekerja

Di dalam video itu, Farah memberi peringatan kepada kaum adam yang tergolong dalam kategori malas bekerja supaya jangan berangan atau bercita-cita untuk berkahwin dengan anak dara orang.

Malah dia juga menasihatkan kepada jejaka-jejaka bujang supaya mencari kerja dahulu dan berbakti serta melunaskan tanggungjawab kepada orang tua sebelum berkeinginan mendirikan rumah tangga.

“Kahwin mau tapi kerja tak mau, pi kerja dulu cari duit cari rezeki bagi mak pak hang makan baru mai mengorat anak dara orang nah.

 

“Kalau hang pun perangai macam apa lagi tak tau lepaih tu hang nak kahwin nak gatai, kahwin mau kerja tak mau, kepala hotak hang berjamboi, nah hang pi kerja dulu baru hang mai mengorat.

“Hang tok sah duk kacau anak dara orang bawa anak dara orang ke hulu hilir nah, kalau hang tak dak tanggung jawab, nah aku bagi warning kat hang nih.

“Kalau hang tak ada tanggung jawab, hang jangan usik anak dara orang,” pesannya.

Perkongsiannya itu ditonton lebih 324,000 kali oleh pengguna laman sesawang dan dikongsi lebih 5,000 kali oleh netizen.

Rata-rata pengguna laman sosial wanita bersetuju dengan kata-kata yang disuarakan olehnya.

Namun nasihat pedas itu mengundang panas hati segelintir kaum adam dan bertindak membidas kembali kata-kata Farah itu.

“Hang kak kalau x pandai masak..x pandai basuh kain..bangon tido pon pukul 12 tgh hari..masak nasi pon boh air penuh smpai air meleleh..main FB 24 jam..bilik x reti nk kemas..abis duit pi beli mackup beli topup buat intenet lps tu tiap2 ari nk selfie..dlm jamban pon nk selfie mkn donut pon nk post dlm wecht kpla bapak..haa apa lg..ak pon x tw..jd ang jgn nk gatai2 nk menikah…mak hang rosmah,” tulis Penunggu Instihar.

Manakala Amirul Syafiq pula: “Mulut tu jga skit kak oi..xsoh nk warning bgai la..msing2 tau tanggungjawab msing2 la..jgn dok trlalu fikir slh lelaki je..klu mulut hg capui lagu ni la..lelaki bertaraf imam pon boleh jd gila weyh..haha..stay cool girl.”

“Bagi pelempang/sepak nak x? Mulut tu jaga sikit. Zaman ni dgn GST lagi bukan senang nak stable. Kalau u nak perfect giler, hang pi luar negara je la kita x rugi pun. Senang cakap, mulut celopar,” tulis Isaiah Zachary. –

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Video anak mami bagi warning buat lelaki bujang yang malas bekerja

Video rakaman CCTV lelaki rompak kedai serbaneka 24 jam guna lastik di Tanjung Malim

$
0
0

SATU rakaman kamera CCTV kejadian rompakan melibatkan sebuah kedai 24 jam di Taman Bahtera, Tanjung Malim, Perak kini menjadi sensasi apabila ia mula tersebar luas di media sosial.

Video rakaman CCTV lelaki rompak kedai serbaneka 24 jam guna lastik di Tanjung Malim

Video rakaman CCTV lelaki rompak kedai serbaneka 24 jam guna lastik di Tanjung Malim

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi, Sabtu lalu, suspek yang dipercayai berusia 20-an hanya bersenjatakan sebatang kayu lastik ketika melakukan rompakan.

Menerusi rakaman, suspek pada mulanya dilihat mengambil beberapa barangan dan seolah-olah menyamar sebagai pelanggan yang ingin membuat bayaran.

 

 

 

Usai meletakkan beberapa barang di kaunter, juruwang terbabit terus melakukan imbasan harga barangan di mana kesempatan itu digunakan oleh suspek untuk menggeluarkan sesuatu dari jaket bajunya.

Lelaki itu menggeluarkan objek seakan sebiji guli lalu diletakkan pada lastiknya dan kemudian menunggu peluang untuk menyerang pekerja wanita itu.

Secara tiba-tiba, suspek melastik pekerja wanita itu secara dekat mengakibatkan juruwang itu hanya mampu menahan kesakitan di bahagian perut.

Suspek kemudiannya mengambil beberapa barangan seperti rokok dan sejumlah wang dan segera melarikan diri secara tergesa-gesa.

Netizen mengecam teruk tindakan perompak berkenaan dan rata-ratanya meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan bagi menangkap penjenayah terbabit.

Bagi kami, sebaik-baiknya kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7-Eleven diberikan alternatif seperti butang kecemasan sekiranya berlaku rompakan manakala pekerja wanita yang bekerja shif di waktu malam seharusnya dikaji semula atas faktor keselamatan.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Video rakaman CCTV lelaki rompak kedai serbaneka 24 jam guna lastik di Tanjung Malim

“Membodohkan penonton” – Kafe upah King Coco berlakon bergaduh dikritik netizen

$
0
0

‘KING Coco’, satu nama yang cukup dikenali rakyat Malaysia bukan?

"Membodohkan penonton" - Kafe upah King Coco berlakon bergaduh dikritik netizen

“Membodohkan penonton” – Kafe upah King Coco berlakon bergaduh dikritik netizen

Semuanya gara-gara video pelat mat salehnya tular di laman sosial suatu ketika dahulu.

Sejak dari itu, apa sahaja yang dilakukan instafamous ini pasti mendapat perhatian termasuk cerita kontroversi perkahwinan.

Terbaharu, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail sekali lagi mencetuskan sensasi ramai selepas sebuah video memaparkan dirinya bergaduh dengan dua lelaki hanya kerana berebutkan meja di sebuah kafe di Shah Alam, tular di laman sosial.

 

Menerusi video itu, Coco dan dua lelaki tersebut dilihat bertekak inginkan meja tersebut memandangkan tempatnya yang strategik.

Masing-masing bertegas bahawa mereka tiba dahulu di kafe berkenaan.

“Saya datang dari jauh, saya nak duduk sini. Awak pergilah meja lain,” antara kata Coco.

Dalam video itu, turut kedengaran suara perakam video yang berulang kali menyebut nama kafe dan lokasi kafe tersebut.

Bagaimanapun, pergaduhan itu menjadi sedikit pelik apabila tiba-tiba salah seorang lelaki itu tergelak kecil ketika dimarahi Coco.

Malah, Coco tanpa semena-mena secara tiba-tiba menyimbah air minuman kepada lelaki tersebut.

Reaksi lelaki itu yang langsung tidak terkejut, manakala Coco yang kemudian melihat kamera yang merakam kejadian itu jelas menampakkan pergaduhan itu sebenarnya dirancang.

Lebih ‘membodohkan’ penonton, pengurus kafe yang datang untuk menenangkan kedua-duanya langsung tidak mempamerkan wajah serius sebaliknya tersenyum-senyum ketika mendamaikan mereka.

Perkongsian video itu lantas mengundang kritikan netizen yang menyifatkan cara yang digunakan kafe tersebut sebagai publisiti murahan.

“Kot ye pun nak berlakon tak yah nak senyum-senyum la giler… kau nak promotekedai kau pakai Coco memang mereput kedai kau nanti,” kata Siti Hafizah.

Allah fake nya berlakon. Yang baju merah awat duk kejap-kejap pandang camera? Asyik nak sengih je. Gimik macam ni tak elok orang boleh berprasangka buruk. Tak semua orang suka viralkan benda macam ni. Kadang-kadang kami pun pandai menilai. Kalau betul dah takde idea nak marketing pergi je hantar pamplet or brochure menu and promosi lagi elok. Good food good price orang mesti datang punya,” kata Farrah Raihana.

Marketing level joyah… Pelakon hazab! Bangang laa siapa yang percaya,” kata Fiena Annie.

“Alaa tolongla nak promote pun tak payah nak bodohkan orang.. konon-konon sampai berebut orang nak makan kat restoran tu.. puih,” kata Oh Dyra.

Kot nak tumpang populariti Coco pun, bagilah idea yang ‘bijak’ dan lebih bernas. Tak pasal-pasal kena hentam.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber “Membodohkan penonton” – Kafe upah King Coco berlakon bergaduh dikritik netizen

Wanita terkejut jumpa berlian dalam telur rebus

$
0
0

Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir berlian di dalam telur rebus yang dimakannya.

Wanita terkejut jumpa berlian dalam telur rebus

Wanita terkejut jumpa berlian dalam telur rebus

Sally Thomson, 39, mengalami kejadian itu selepas merebus enam biji telur untuk sarapannya.

Dia merasakan sesuatu di dalam mulutnya apabila memakan sebiji telur berkenaan dan terperanjat apabila mendapati ia berlian.

Sally berkata, yang lebih menghairankannya ialah kejadian itu berlaku secara kebetulan ketika dia akan melangsung perkahwinannya Mei depan.

 

Pakar berkata, berlian itu kemungkinan dimakan oleh ayam dan kemudian berpindah ke dalam telur.

Wanita yang berasal dari Carlisle itu berkata: “Saya cuba menurunkan berat badan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan memakan telur sahaja selama beberapa hari.

“Saya merebus enam biji dan memakan satu daripadanya apabila merasakan sesuatu yang keras di dalam mulut. Saya mengeluarkannya di atas pinggan dan terkejut kerana ia berkilauan sebelum dapat mengesahkan sendiri ia berlian.

“Saya begitu pasti ia dari telur yang saya makan,” katanya.

Sally menyifatkan penemuan itu yang berlaku menjelang hari perkahwinnanya sebagai di luar dugaan.

“Saya memang percayakan dengan tahyul. Saya percaya ada sesuatu di sebalik segala yang berlaku. Tetapi saya tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku di sebalik penemuan berlian ini,” katanya.

Sumber: Agensi/myMetro Online/Mynewshub

 

 



Sumber Wanita terkejut jumpa berlian dalam telur rebus

Penduduk kampung gempar bayi lelaki yang dilahirkan rupa macam alien

$
0
0

PENDUDUK kampung Kadamgachi di daerah Kathihar, India gempar dengan kelahiran seorang bayi lelaki yang memiliki raut wajah yang sangat pelik daripada bayi-bayi lain.

Penduduk kampung gempar bayi lelaki yang dilahirkan rupa macam alien

Penduduk kampung gempar bayi lelaki yang dilahirkan rupa macam alien

Ibunya, Khalida Begum, 35, mengakui terkejut dengan rupa paras anak keempatnya itu yang memiliki kepala bersaiz kecil selain mata terbuntang luas.

Penduduk kampung menyifatkan bayi itu adalah istimewa dan merupakan kelahiran semula tuhan Hindu mereka dalam bentuk monyet iaitu Hanuman.

Penduduk Gempar Bayi Lelaki Macam Alien

 

Penduduk Gempar Bayi Lelaki Macam Alien

Penduduk Gempar Bayi Lelaki Macam Alien

Namun, doktor pakar mengesahkan bayi itu menghidap penyakit genetik yang jarang-jarang berlaku harlequin ichthyosis, yang mana si penghidap akan berhadapan masalah kulit tebal selain beberapa anggota badan yang tidak sempurna.

“Beberapa bahagian badan anak saya tak terbentuk sepenuhnya.

“Bila pertama kali melihat anak saya sebaik dilahirkan, saya terkejut lihat wajahnya yang seakan-akan makhluk asing (alien).

“Saya tak dapat terima kenyataan yang saya lahirkan bayi yang macam rupa alien. Saya sangat sedih sampaikan tergamak suruh bidan bawa lari anak dari pandangan saya.

“Tiga anak saya yang lahir sebelum ini semuanya lahir dalam keadaan normal. Itu sebabnya saya benar-benar terkejut tapi lama-kelamaan saya boleh terima perkara ini,” katanya dipetik Metro UK.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Penduduk kampung gempar bayi lelaki yang dilahirkan rupa macam alien

Akhirnya Tan Sri Annuar Musa dedah punca beliau tarik diri bertanding sebagai Presiden FAM

$
0
0

Tan Sri Annuar Musa menjelaskan antara sebab beliau menarik diri daripada pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengelakkan perbalahan besar berlaku dalam bola sepak Malaysia pada masa depan.

Akhirnya Tan Sri Annuar Musa dedah punca beliau tarik diri bertanding sebagai Presiden FAM

Akhirnya Tan Sri Annuar Musa dedah punca beliau tarik diri bertanding sebagai Presiden FAM

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan ada tuduhan disebarkan sebelum pemilihan itu berlangsung kononnya beliau akan memenangi jawatan Presiden FAM kerana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan perwakilan FAM memilih beliau.

Jelas Annuar, tuduhan itu bukan saja tidak benar malah boleh menjejaskan hubungan FAM dan Kementerian Belia dan Sukan pada masa depan sekiranya beliau memenangi jawatan itu.

“Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI atau MANDAT PIHAK YANG MENANG DI PERTIKAI atau pihak yang tewas akhirnya diperlekehkan. Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bola sepak Malaysia tidak terwujud..Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA. Malah kita seolah undur kebelakang “from bad to worse.”

 

“Justeru setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara, saya membuat ketetapan untuk memberi penghormatan kepada seorang lagi calon iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya baginda diberi kemenangan tanpa bertanding,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau sebenarnya pada 16 November tahun lalu ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Tunku Mahkota Johor mencadangkan baginda memegang jawatan FAM.

Katanya, beliau waktu itu berjanji untuk mengiktiarkan agar Tunku Mahkota Johor menang tanpa bertanding, justeru hari ini beliau telah menunaikan janji itu.

Menurut beliau, komitmen yang ditunjukkan Tunku Ismail boleh menjadi aset penting kepada FAM, malah sokongan serta perkenan Sultan Johor dalam hal itu adalah suatu penghormatan kepada bola sepak Malaysia.

“Tunku Mahkota Johor perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu buat bola sepak Malaysia dan mengotakan segala janji baginda,” katanya.

Annuar bagaimanapun mengingatkan semua pihak adalah penting FAM memiliki barisan Exco yang berwibawa serta mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak termasuk kerajaan.

“Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu pasukan Kelantan terutama meningkatkan lagi program bola sepak akar umbi untuk melahirkan lebih ramai bakat dalam kalangan anak negeri.

“Selain itu tugas utama saya adalah untuk menyempurnakan amanah rakyat kawasan Parlimen Ketereh serta memikul amanah sebagai Ketua Penerangan UMNO dalam persiapan menghadapi PRU14,” katanya.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Akhirnya Tan Sri Annuar Musa dedah punca beliau tarik diri bertanding sebagai Presiden FAM

“Saya sudah kenalkan si dia pada anak” – Fasha Sandha akui kini rapat dengan lelaki 30an

$
0
0

SEBELUM ini, pelakon terkenal Fasha Sandha pernah mengakui kini rapat dengan seorang lelaki berusia 30-an.

"Saya sudah kenalkan si dia pada anak" - Fasha Sandha akui kini rapat dengan lelaki 30an

“Saya sudah kenalkan si dia pada anak” – Fasha Sandha akui kini rapat dengan lelaki 30an

Bercerita mengenai perkembangan hubungannya dengan jejaka itu, pelakon drama Lara Aishah ini memberitahu dia sudah pun memperkenalkan lelaki itu kepada dua cahaya matanya.

“Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak.

“Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana dia belum menjadi teman istimewa lagi.

 

“Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fasha, dia sudah berkenalan dengan lelaki yang disifatkan positif itu sejak enam bulan lalu.

Dapat pada itu, Fasha akui mencari seseorang yang memahami dirinya sebagai anak seni.

“Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.

“Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya,” katanya.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai, namun bercerai pada 18 Januari tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber “Saya sudah kenalkan si dia pada anak” – Fasha Sandha akui kini rapat dengan lelaki 30an

“Itulah pornografi yang bertopengkan ilmu rumah tangga!” – Walau tak diberi gajet anak tetap terdedah dengan pornografi

$
0
0

 

Sudah lama saya nak berkongsi perkara ini, dari tahun lepas lagi. Dari masa Syed Azmi dan Wardina giat highlight isu ini. Saya bertangguh atas sebab banyak perkara.

 

 

"Itulah pornografi yang bertopengkan ilmu rumah tangga!" - Walau tak diberi gajet anak tetap terdedah dengan pornografi

“Itulah pornografi yang bertopengkan ilmu rumah tangga!” – Walau tak diberi gajet anak tetap terdedah dengan pornografi

Salah satunya saya sendiri mengambil masa untuk digest isu ini, memandangkan anak saya sendiri hampir menjadi mangsa serangan seksual.

Maaf, kisah anak saya tidak dapat diceritakan atas sebab-sebab tertentu.

Lama saya pendam. Jujur saya agak tertekan juga bila terkena pada batang hidung sendiri. Kalau tak kena, mungkin saya malas nak ambil port juga.

Ditakdirkan hari ini Allah membuka hati saya untuk join parenting talk bertajuk ‘Perangkap Pornografi: adakah anak-anak kita terselamat?” di bawah program Mothers Against Pornography anjuran IKRAM.

Saya minta maaf awal-awal, saya tak reti tulis pendek-pendek. Harap dapat bersabar meneliti point-point yang saya cuba highlight.

Sebagai parents, kita kena cakna isu pornografi ini kerana:

1. Anak kita adalah berpotensi untuk menjadi salah seorang mangsa

2. Kemungkinan juga anak kita sendiri jadi pemangsa

3. Kalau bukan mangsa atau pemangsa sekalipun, anak boleh scarred for life just dengan menjadi saksi harassment/assault orang lain

4. Jangan fikir anak kita saja, ini isu masyarakat, isu ummah. Kita nak semua anak orang terselamat juga. Kita tak boleh menjaga keturunan kita saja. Nanti anak nak kahwin, bukan dia kahwin dengan saudara mara sendiri. Jadi, nak tak nak kita kena pastikan semua anak orang terjaga keturunan mereka juga.

Kalau nak diceritakan apa kaitan pornografi dengan jenayah seksual boleh jadi lebih panjang post ini. Jadi saya skip part ini.

Apa sangkut paut pornografi dengan anak-anak kita pula?

Banyak sangkut pautnya. Nak cerita panjang bab ini pun dah jadi cliche sebab semua orang tahu saja datang dari mana porn zaman sekarang.

Even mak ayah pun dah tahu macam mana nak block laman web yang tidak sepatutnyanya itu. Itu kalau anak kita masih kecil dan tak berapa cekap teknologi. Anak remaja bagaimana?

Nak tahu dari mana anak-anak dapat porn selain daripada smartphone, tab dan PC?

1. MAJALAH UNTUK ORANG DEWASA

Sesimple majalah yang mak-mak, isteri-isteri dok baca, ada porn di dalamnya. Tip-tip berjimak, posisi nak dapatkan baby, cara mengoda suami dan sebagainya. Rasa-rasa boleh meningkatkan syahwat tak? Kalau ya, itulah pornografi yang bertopengkan ilmu rumahtangga. Janganlah diletakkan majalah-majalah seperti ini sekali dengan bahan bacaan anak-anak.

2. NOVEL CINTA

Tak perlu tipulah dalam novel cinta tak ada porn. Mesti ada juga sesat satu dua page yang describe sexual arousal pasangan bercinta itu. Sekarang banyak pula novel cinta suami isteri, gila tak ada babak lucah? Yang baca ini bukan semua isteri orang, kekasih orang atau si bujang pun baca. Budak sekolah? Hmm…

Mak ayah sila selongkar bahan bacaan santai anak-anak anda terutamanya anak perempuan. Kalau anak lelaki bahan porn mereka lebih kepada video. Anak perempuan lebih kepada bahan bacaan bertopengkan novel remaja innocent.

3. DRAMA TV

Mak ayah, please. Please restrict cerita apa yang anak boleh tonton. Drama TV sekarang ada yang tak tapis betul-betul. Saya terkejut sangat bila tv tayang cerita indo terang-terang tunjuk bab rogol beramai-ramai. Kenapa terkejut? Sebab ada budak dok ternganga dengan khusyuknya tengok apa brader ramai-ramai dok buat pada kakak yang pengsan itu.

Tak payah kata cerita indo, drama Melayu pun sama. Filem adaptasi novel yang femes itu pun ada saja. Oleh sebab masyarakat sudah terbiasa baca part lucah dalam novel itu, maka bila dah jadi filem, sudah tentu mereka expect babak itu ada, kan. Benda salah yang dah jadi normal dalam masyarakat kita. Siapa lagi nak bising kalau bukan kita yang ada anak kecil ini?

4. PARENTS SENDIRI

Anak selain baby masih tidur dengan parents? Hati-hatilah bila nak bersama. Anak dapat porn dari parents yang tak tahu anak berpura-pura tidur sepanjang ‘game’ sedang berlangsung. Allahuakbar. Yang ini paling sadis sekali. Ada hikmahnya Islam ajar pisahkan tempat tidur anak dengan ibu bapa dan pisahkan antara anak lelaki dan perempuan pula. Kalau mampu, tak perlu tunggu umur-umur tertentu nak pisahkan. Pisahkan seawal usia 3-4 tahun pun tak apa.

Isu ini berat, berat sangat untuk saya. Bayangkan saya dah tapis segala-galanya untuk anak-anak saya, tetapi anak saya masih tak selamat sebab anak orang lain tak diawasi oleh mak ayah mereka.

Anak saya scarred for life dan saya masih salahkan diri sendiri walaupun bukan kuasa saya nak control everything.

Saya menyeru dan mengajak sepenuh hati supaya semua ibu bapa ambil tahu dan ambil bahagian dalam menangani isu pornografi ini. Walau anak kita tak bergajet sekalipun, pornografi itu ada di mana-mana dalam pelbagai bentuk.

Kredit : Iman Plymouth

 

 

Via: Amazingnara



Sumber “Itulah pornografi yang bertopengkan ilmu rumah tangga!” – Walau tak diberi gajet anak tetap terdedah dengan pornografi

--- Article Removed ---

$
0
0
***
***
*** RSSing Note: Article removed by member request. ***
***

“2 kali diceraikan dalam setahun, dia rasa bangga dapat caras suami saya yang belajar hingga Tingkatan 4 itu”

$
0
0

Salam Admin. tolong hide fb sy eh… Tq.

16 Mac 2017…Sy skg di Pjbt Agama. Menunggu suami sy, Mamat..yg beria2 nk failkan cerai. Dia paksa sy utk setuju. Dh pujuk. Dh nasihat. X jalan. Jadi sy ikutkan je.

"2 kali diceraikan dalam setahun, dia rasa bangga dapat caras suami saya yang belajar hingga Tingkatan 4 itu"

“2 kali diceraikan dalam setahun, dia rasa bangga dapat caras suami saya yang belajar hingga Tingkatan 4 itu”

Kami nikah awal 2016. Inai masih merah di jari tp x smp 2 bln nikah, dia kenal dgn seorg pompuan bernama Siti dr JB… Dia kata dia syg Siti lepas seminggu berkenalan. Cinta pndg pertama.

Sy jmp Siti depan2. Dia cakap benda yg sama…dia syg Mamat, xbole nk lupa. Sy senyum je. Sebenarnya dia Xnak mengalah tp xnk berkongsi. Dia mula main drama airmata depan Mamat. Ala2 citer pukul 7 di TV3.

Sejak dari itu, mereka selalu dating. Amik pic sweet sama2. Masing2 letak pic berdua kt fb, wechat, telegram & wassap. Bersepah gambar2 mereka berdua. Bangganya Siti dpt caras laki org. Mamat plk bangga dpt bakal isteri baru yg cantik.. Erkkkk… Cantik??? Hihi….

Dr gambar2 tu, keluarga Mamat dpt tau. Semua mengamuk. Mereka mmg sgt baik dgn sy terutama MIL. Perang besar Mamat dgn keluarganya tp sy x masuk campur. Mamat rasa tercabar lalu ceraikan sy bulan Jun 2016…slps 4 bulan jd suami isteri.

Lps jatuh talak 1, sy trus blok Mamat & Siti dr semua sudut. Sy teruskan hidup dgn muhasabah diri sendiri. Alhamdulillah. Sy hidup selesa walau sendirian.

X smp sebulan, Mamat cari sy. Nk rujuk. MIL pujuk. Sy bg peluang. Akhirnya kami rujuk lps sebulan bercerai.
Mamat mntk rahsiakan dr Siti sb xnk Siti mengamuk. Sy ikutkan je. Malas nk bising.

Dia mntk izin utk kawen dgn Siti. Sy izinkan. Tp sy kata, jgn kejar yg sunnah smp abaikan yg wajib.
Sy akui, Mamat mmg baik. Xpnh pukul sy, xpnh maki sy, x pnh angkat suara. Kdg2 dia belikan mkanan utk kami berdua bila balik rmh, xnk susahkan sy memasak.

Owh.. Lupa. Kami duduk asing tp di daerah yg sama. Mamat takut, xnk kantoi dgn Siti. Jd dia sewa rmh lain. Dia balik 3,4 ari seminggu. Walapn sy ada kat sblh dia, Mamat ttp buat mcm biasa bila Siti call. Bersyg2, muahh2 bagai. Sy biarkan je. Nasihat jgk la cikit2 utk jaga batasan.

Kami truskan perkahwinan kami mcm biasa. Sy tetap tutup mulut dr semua pihak. Keluarga sy, kwn2 sy, tiada yg tahu. Sy masih nk jaga aib suami tercinta. Nk keluar rmh pn msh mntk izin dia [ wlpn cuma ke pasar mlm. Kihkihkih..]

Sjk kawen, sy tetap menanggung perbelanjaan Mamat dlm semua hal, sb masa tu dia xde keje tetap. Sy siswazah dgn gaji 4 angka. Alhamdulillah, cukup utk kami berdua. Sy doakan setiap hari spy Mamat dpt kerja. Susah sikit sb dia bljr smp Tingkatan 4 je. Sy x kisah, sy halalkn sb kami dh janji dulu utk susah senang bersama.

Akhir tahun 2016, Mamat dpt keje tetap dgn gaji agak selesa. Tp xdpt buat loan sb blm ada payslip 3 bulan. 1 ari dia mintak sy belikan barang2 utk hantaran. Sy menolak smbil gelak2. Kmdian, dia nk pnjam 10K dr sy utk kawen dgn Siti yg semakin mendesak nk kawen cepat2. Sy x bagi. Dia stress, marah2, pastu ajak sy ke pjbt agama utk cerai. Tp last2 dia cakap x jadi. Sy ikutkan je.

Skg gaji Mamat dh semakin tinggi. Dia dh x mntk dgn sy mcm dulu. Dia dh start bg sy duit cikit2. Alhamdulillah. Loan bank pn dh dpt. Katanya nk kawen hjg bln Mac 2017. Sy biarkan je. Lgsg sy x bersuara. Sy buat hal sendiri je. Tenang & bahagia seadanya.

Ingatkan semua ok. Tp tb2 1 ari, dia marah2 cakap nk cerai. Sy confuse… Cuba berbincang, cuba pujuk, cuba tolak ansur tp dia tetap nk cerai. Mungkin mcm dulu gak kot, Siti xnk bermadu…
Pening sy… Smp migrain… Hahaha… Tp last2, sy ikutkan je.

Saya bkn org baik2. Sy akui. Tp saya x la jahat sgt. Kalau sy jahat, sy dah bole huru harakan hidup Mamat dan Siti.
Sy tau Siti keje kt mana. Sy tau keluarga dia ddk kat mana. Sy tau no tefon dia. Sy ada fb dia. Sy bole je bagi pd keluarga Mamat utk tindakan lanjut atau bertindak sendiri kasi panas line.. Hehe…

Sy bole je nk call sumpah seranah maki hamun Mamat & Siti. Sy bole bgtau Siti yg Mamat ada girl lain skg selain dia. [Siti selalu check enpon Mamat, siap delete semua nombor tepon sy dlm enset tu, tp Mamat kata Siti xtau dia ada 3 enpon. Bkn 1. Hahaha.. ]

Tp sy xbuat semua tu. Sy jmp Siti aritu pn sy slowtalk baik2. Sy x balas apa yg Mamat & Siti buat pd sy. Sb ape? Sb sy sedar sy cuma hamba. Yg berhak menghukum cuma Allah sb Dia Yang Maha Adil.
Lgpun… Sorry to say… Mamat & Siti…they are not my level. Bkn style sy nk serang2 org ni… X berbaloi.

Sy dh penat berjuang. Dh setahun. Cuba pertahankan rmhtangga sy sb sy tau itu jihad. Sy ubah apa yg Mamat x suka. Sy buang ego sy, sy kawal marah sy, sy xde jealous2 dh, sy senyum je bila dia balik. Sy layan dia baik2. Kalau dia x balik, sy xpnh pertikaikan. Sy bg Mamat peluang tp semua usaha sy x berjaya. Skg sy dh give up. Siti bangga dia dh menang. 2X runtuhkn rmhtangga sy dlm masa setahun. Tp Xpe la. Allah tahu apa yg terbaik. Akan ada hikmahNya.

Lelaki ke perempuan ke, kita semua buat salah tp tolong la perbetulkan. Bkn salahkan sebelah pihak je. Bkn terus dibuang. Bg peluang pd psgn msg2. Tp kalau x berubah jgk, cari la jln terbaik. Jgn terus nk cerai.

Sumber: KRT

 

 



Sumber “2 kali diceraikan dalam setahun, dia rasa bangga dapat caras suami saya yang belajar hingga Tingkatan 4 itu”

“Yang, Nak Pahala Tak?”, Tanya Suami Dengan Kuat Depan Semua Tetamu Sampai Frust Muka Si Isteri

$
0
0

 

Apa perasaan anda bila lihat seorang suami atau bapa leka dengan telefon sedangkan si isteri sedang “berkungfu” dengan anak-anak ketika makan di sebuah restoran?

 

 

“Yang, Nak Pahala Tak?”, Tanya Suami Dengan Kuat Depan Semua Tetamu Sampai Frust Muka Si Isteri

“Yang, Nak Pahala Tak?”, Tanya Suami Dengan Kuat Depan Semua Tetamu Sampai Frust Muka Si Isteri

Anak 3 orang, semuanya sedang membesar dan lasak. Ada yang masih makan bersuap dan ada yang masih belum boleh duduk dan harus dipangku atau diriba si ibu.

Dengan sepasang tangan itulah, hendak dikawal dan diberi makan 3 orang anak serentak. Ada yang menangis, ada yang merengek. Ada yang minta disuap, ada yang tumpahkan air. Si abang mengusik si adik sampai menangis, dan bayi kecil turut menangis melihat aksi abang dan kakaknya.

Wajah si ibu mula berubah. Tiada girang hanyalah duka.

Keseronokan makan di luar yang diharapkan namun keletihan dan kekecewaan mula melanda.

Si ibu bangun ke kaunter mengambil tisu sambil menggendong si kecil. Kembali ke meja dilap segala tumpahan. Nafas dihela dalam-dalam dan sambung kembali menyuap makanan untuk anak-anaknya.

Si ayah masih terpaku sambil telefon di tangan menguasai diri.

*********************

Di sebuah kompleks membeli belah, kelihatan seorang ibu mendukung anak kecil yang masih belum setahun usianya. Di tangan yang sebelah lagi pula menjinjing barangan yang baru dibeli.

Sambil berjalan menuju ke parkir si ibu sekejap berhenti menunggu anak yang seorang lagi agar berjalan segera melintasi laluan yang sibuk dengan kereta.

Si ayah jauh di hadapan sedang asyik dengan asap yang berkepul keluar dari mulut dan hidungnya. Mata pula tidak terlepas melihat kandungan yang terpancar di skrin telefon bimbitnya. Tiada seri dan senyum di wajah si ibu. Keletihan pastinya.

Si suami pula tersenyum-senyum seorang diri. Mungkin sedang membaca mesej yang mencuit hati.

Banyak lagi cerita sebegini yang boleh kita lihat setiap hari.

Adakah tanggungjawab menjaga anak adalah terletak di bahu ibu semata-mata? Mana perginya sifat tolong-menolong? mana perginya sifat kasih-sayang?

Adakah lelaki sebagai ketua keluarga harus bersikap seperti raja?

Ketika hendak berkahwin bukan main berjanji hendak susah senang bersama. Namun bila bab bersusah membesarkan anak-anak, si isteri seorang sahaja yang menanggungnya.

Tidak hairan banyak kes gila meroyan di kalangan masyarakat kita.

Orang lelaki dididik agar menjadi raja. Mengurus rumahtangga terutamanya yang ada anak kecil bukanlah satu tugas yang mudah. Sikap bantu-membantu adalah sangat-sangat diperlukan.

Usahlah acah-acah raja sangat, sampai semua benda isteri sahaja yang kena buat.

Saya pernah melihat dan mendengar seorang lelaki berkata kepada isterinya di dalam sebuah majlis.

“Yang, nak pahala tak?” tanya suaminya dengan kuat di mana semua tetamu di dalam majlis tersebut dapat mendengarnya dengan jelas.

“Err…nak” jawab isterinya serba salah.

Lalu si suami dengan suara yang kuat mengarahkan isterinya untuk mengambil kopi untuk beliau, sambil menerangkan kepada kami semua yang seorang isteri amatlah mudah untuk mendapatkan pahala dengan hanya memberi minum kepada suami.

Kelihatan wajahnya agak “frust” namun dibawakan juga kopi untuk suaminya. Si isteri adalah seorang pegawai besar di kalangan tetamu di dalam majlis tersebut.

Tindakan suami tidaklah salah.

Namun di majlis yang formal di mana isterinya adalah seorang yang dihormati,tidak perlulah si suami menunjukkan autoritinya. Boleh sahaja pergi kepada isteri atau panggil isteri dengan lembut dan bisik perlahan dan mintalah kopi atau apa sahaja yang diingini.

Suami isteri dapat pahala dan air muka isteri dapat dijaga, ye tak?

Kisah lain, ada seorang kakak dan suaminya pernah bermalam di rumah saya. Saya tidak mengenali mereka namun dengan niat untuk membantu saya mempelawa mereka bermalam.

Usai makan malam, kakak tadi berkata kepada saya. “Untunglah, awak nak juga masuk dapur, nak juga cuci pinggan sendiri. Suami akak tu memang tak pernah masuk dapur” ceritanya kepada saya.

“Kalau akak demam atau sakit teruk pun, pinggan mangkuk, kain baju segalanya akak perlu buat juga.” Tambahnya lagi.

Si suami tidak sesekali akan melakukannya. Usai makan pun, pinggan ditinggalkan di atas meja sahaja, walaupun di rumah orang. Si isteri akan uruskan segalanya. Suaminya adalah raja.

Baguslah, isterinya dapat banyak pahala. Tetapi takkanlah si suami tidak boleh membantu langsung? Takkanlah ketika isteri sakit pun, masih tidak mahu masuk ceruk dapur? Kalau ada bibik tu lain ceritalah.

Buat kaum lelaki semua, bantulah isteri anda sehabis upaya. Kita berkongsi hidup, berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi bahagia dan derita. Tidak salah untuk berkongsi tugas mengurus rumahtangga.

Jangan kata yang anda penat bekerja maka sudah kurang upaya untuk turut membantu. Isteri di rumah 5 kali lebih penat dari anda mengurus segalanya.

Tidak jatuh taraf anda sebagai seorang suami kerana anda mencuci pinggan di dapur atau melipat kain baju di ruang tamu atau memandi dan menukar lampin anak sendiri.

Itulah tanda suami hebat yang isterinya sayang ketat-ketat.

Kredit : Khairul Abdullah

Via: Amazingnara

 



Sumber “Yang, Nak Pahala Tak?”, Tanya Suami Dengan Kuat Depan Semua Tetamu Sampai Frust Muka Si Isteri

Video: Jumpa Daging & Beri Pada Bangkai Ibunya, Anak Kucing Ini Cuma Makan Ranting

$
0
0

 

Video: Jumpa Daging & Beri Pada Bangkai Ibunya, Anak Kucing Ini Cuma Makan Ranting

Video: Jumpa Daging & Beri Pada Bangkai Ibunya, Anak Kucing Ini Cuma Makan Ranting

Sebuah video merakamkan betapa kasihnya seekor anak kucing kepada ibunya biarpun ibunya itu sudah mati. Dalam video yang dikongsi oleh laman Facebook SBS TV itu, kucing berkenaan dilihat berada di dalam satu sudut bangunan, menemani bangkai ibunya.

 

Seorang lelaki dikawasan kejiranan itu berkata dia selalu melihat anak kucing tersebut bersama ibunya di kawasan sekitar sebelum ini.

“Anak kucing itu bersama ibunya sebelum ini. Tapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, mereka tidak muncul. Jadi kami sedikit risau.” kata lelaki tersebut.

Menerusi video dirakam itu, kelihatan anak kucing terbabit menjilat bangkai ibunya itu. Di sebelah malam, barulah anak kucing itu akan keluar untuk mengisi perutnya. Satu detik dari video turut merakamkan kucing tersebut meratah ranting kerana lapar.

Turut terakam anak kucing tersebut menjumpai secebis daging di tong sampah berdekatan. Tapi ia tidak memakan daging itu. Sebaliknya ia membawa daging tersebut pulang untuk diberi kepada bangkai ibunya. Mungkin risau ibunya itu ‘kelaparan’.

Seorang veterinar berkata, anak kucing itu tidak tahu mengenai kematian dan mahu terus bersama ibunya.

“Kerana bangkai itu sudah rosak, ia mungkin akan dijangkiti jika berterusan begitu.

Dalam satu operasi menyelamat yang dilakukan oleh orang ramai, anak kucing itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh mereka yang menunggu di luar.

Anak kucing itu kemudian diberi rawatan.

Hasil imbasan mendapati batu kecil memenuhi perut anak kucing terbabit yang dipercayai dimakan ketika ia kelaparan.

Ketika diberi peluang untuk bersama bangkai ibunya buat kali terakhir, anak kucing itu duduk berdekatan dan enggan melepaskan ibunya pergi.

Namun ia ditarik pergi oleh seorang doktor yang merawatnya.

Tonton video sedih itu dibawah:

Kredit : SBS TV

 

Via:Amazingnara

 



Sumber Video: Jumpa Daging & Beri Pada Bangkai Ibunya, Anak Kucing Ini Cuma Makan Ranting

Ini Punca Sebenar Retaknya Sebuah Rumahtangga

$
0
0

Sudah hampir 6 tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.

Ini Punca Sebenar Retaknya Sebuah Rumahtangga

Ini Punca Sebenar Retaknya Sebuah Rumahtangga

Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.

Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.

Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.

BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.

Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih2)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.

Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.

JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC

Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.

Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja. Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.

WHATSAPP GROUP

Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.

Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.

Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.

MATA SEORANG LELAKI

Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…”

Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan nafsu sangat.

Nafsu ni memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-sama lah jinakkan hawa nafsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.

ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN

Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.

KESIMPULAN

Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah.

Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berzina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah.

Sumber: The Man With The Golden Gun

 

 



Sumber Ini Punca Sebenar Retaknya Sebuah Rumahtangga

“Pakej eksklusif RM25,000 tapi yang dapat ayam busuk” – Wanita ini luah geram ditipu butik pengantin

$
0
0

Musim cuti sekolah ni pasti ramai yang bakal berkahwin kan? Urusan paling penting sebelum majlis berlangsung mestilah mencari wedding planner yang mengikut bajet korang. Yelah zaman moden ni semua sibuk bekerja tiada masa untuk menguruskan segalanya sendiri. Betul tak?

"Pakej eksklusif RM25,000 tapi yang dapat ayam busuk" - Wanita ini luah geram ditipu butik pengantin

“Pakej eksklusif RM25,000 tapi yang dapat ayam busuk” – Wanita ini luah geram ditipu butik pengantin

Namun dalam pemilihan wedding planner tu korang haruslah berhati hati. Kalau tak, haa jadilah kisah kakak ni. Bayangkan pakej 25k tetapi sama macam 2.5k je. Memang sedih habis. Kalau tengok dari page gambar memang esklusif dan bersesuaian dengan harga pakej.

Dapat lauk ayam busuk

Ceritanya malam tadi komenlah dekat page *******. Dalam hati kata mesti admin tu tidur sebab tu comment tak padam. cecepat lah ss komen tu. Last last pagi tadi memang dah padam dan di block pun.

Bila share pun post kitorg kena block. Haihhhhh manusia manusia ?Yaa aku bukan jenis suka nak viral viralkan benda macamni. Kesian. Tapi bila dah betul betul jadi depan mata nak duduk diam je ke?

Pakej exclusive RM25k yang dapat cuma lauk ayam yg busuk, makanan pukul 2 lebih dah habis licin, pelamin 16′, makanan pengantin tak sedap langsung ikan pun dah busuk ? Indah khabar dari rupa. Pilihan letak di tangan anda ? terpulanglah nakkkkkk
#********
#FeedbackCust
#MahligaiMusnah

Pakej macam 2.5k

SumberFiyt Adenan

Via: Oh Bulan

 

 



Sumber “Pakej eksklusif RM25,000 tapi yang dapat ayam busuk” – Wanita ini luah geram ditipu butik pengantin

Pakcik Ini Sanggup Naik Bas Lebih 30km & Apa Yang Dilakukannya Ini Pasti Buat Hati Anda Sebak

$
0
0

Pakcik ini sering kelihatan di terminal bas dan teksi Melaka Sentral. Niatnya hanya satu, iaitu untuk berjumpa kanak-kanak dan menghulurkan wang sedekah. Ini sudah menjadi rutin buat Mohd Ramli Hassan sejak 23 tahun lalu.

Pakcik Ini Sanggup Naik Bas Lebih 30km & Apa Yang Dilakukannya Ini Pasti Buat Hati Anda Sebak

Pakcik Ini Sanggup Naik Bas Lebih 30km & Apa Yang Dilakukannya Ini Pasti Buat Hati Anda Sebak

Pak Cik Ramli yang berusia 60 tahun sanggup menaiki bas dari rumahnya di Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah sejauh 31.3km untuk ke Melaka Sentral setiap hari. Semata-mata untuk menunaikan hasrat murninya. 

Hilang rasa sunyi pakcik. 

Walaupun Pak Cik Ramli tidak mempunyai pendapatan tetap, itu bukan penghalang baginya untuk menghulurkan sedekah buat kanak-kanak yang ditemui bersama ibubapa mereka di terminal terbabit. Biarlah sedikit, asalkan ikhlas.

Saya lakukan semua ini kerana sunyi sebab tak ada anak. Saya pernah berkahwin selama 12 tahun namun berpisah pada 1999 tanpa dikurniakan anak.

Sebab itulah sejak 1994 lagi, hampir setiap hari saya akan mencari ibu bapa membawa kanak-kanak dan sedekahkan sedikit wang untuk hilangkan rasa sunyi.

Tersentuh hati admin dengan kisah Pak Cik Ramli. Moga jadi inspirasi untuk kita.

Kredit : Harian Metro

 

Via: Oh Bulan



Sumber Pakcik Ini Sanggup Naik Bas Lebih 30km & Apa Yang Dilakukannya Ini Pasti Buat Hati Anda Sebak
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>