Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Zarina Anjoulie buat laporan polis diugut kerana ambil barang niaga dari pembekal lain

$
0
0

Pelakon Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal pada 23 Mac lalu selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.

Zarina Anjoulie buat laporan polis

Zarina Anjoulie buat laporan polis

Zarina ketika dihubungi berkata, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.

“Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.

“Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik,” katanya.

Menurut Zarina, sejak itu wanita terbabit mula melemparkan pelbagai tohmahan terhadapnya.

“Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.

“Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada jam 7.39 petang.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Zarina Anjoulie buat laporan polis diugut kerana ambil barang niaga dari pembekal lain

Nasir Bilal Khan, Dian P. Ramlee, Jasmin Hamid – Otai Mana Paling Menyengat?

Anwar Ibrahim dibenar lawat Wan Azizah di hospital

$
0
0

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi kebenaran khas untuk melawat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang dirawat di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru pada petang Isnin.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang dan Presiden PKR dimasukkan ke hospital tersebut pada Isnin untuk mendapatkan rawatan.

Dalam satu rakaman video yang dikongsi kartunis Zunar atau nama sebenar Zulkiflee SM Anwar Ulhaque menerusi laman Twitternya menunjukkan bekas ketua pembangkang itu dikawal ketat oleh anggota pengawal penjara.

Anwar turut melambai ke arah jurugambar yang hadir membuat liputan kehadiran beliau ke hospital tersebut.

Setiausaha politiknya, Rodziah Ismail pada Isnin bagaimanapun berkata keadaan Wan Azizah setakat ini tidak membimbangkan.

“Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital, untuk mendapatkan rawatan.

“Sehubungan itu beliau tidak dapat menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat dan juga sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini (Isnin) serta beberapa acara lain,” katanya dalam satu kenyataan, malam Isnin.

Rodziah berkata setakat ini, atas nasihat doktor kehadiran pelawat hanya dihadkan kepada keluarga terdekat.

Anwar kini sedang menjalani hukuman lima tahun penjara, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya pada Februari 2015.
Sumber: Mstar



Sumber Anwar Ibrahim dibenar lawat Wan Azizah di hospital

“Saya biarkan saja” – Ada skandal dengan Rita Rudaini hingga isteri mengamuk di IG, Aqasha tak ambil serius komen netizen

$
0
0

Media sosial kini menjadi mulut, mata dan telinga untuk masyarakat bersuara dan mengekspresikan pendapat.

"Saya biarkan saja" - Ada skandal dengan Rita Rudaini hingga isteri mengamuk di IG, Aqasha tak ambil serius komen netizen

“Saya biarkan saja” – Ada skandal dengan Rita Rudaini hingga isteri mengamuk di IG, Aqasha tak ambil serius komen netizen

Bagi pelakon dan penyanyi Aqasha, media sosial bukanlah perkara penting memandangkan dia lebih fokus pada kerjaya dan kehidupannya.

“Saya bukanlah manusia yang terlalu taasub dengan media sosial dan sejujurnya tidak terlalu memikirkan jumlah pengikut dan sebagainya.

“Saya gunakannya sebagai medium perantara dan satu kemudahan. Dalam kata lain, saya buka akaun media sosial agar tidak ketinggalan memandangkan semua orang memilikinya,” kata Aqasha.

Kata pelakon berusia 35 tahun itu lagi, dia juga tidak ambil serius apabila dikaitkan dengan pelakon jelita Rita Rudaini berikutan komen beberapa pengikut di media sosial, baru-baru ini.

Sumber: Metro



Sumber “Saya biarkan saja” – Ada skandal dengan Rita Rudaini hingga isteri mengamuk di IG, Aqasha tak ambil serius komen netizen

9 jet pejuang Korea, Black Eagles serang Kuala Lumpur hari ini

$
0
0

Sembilan pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik Tentera Udara Republik Korea akan ‘menggegarkan’ ruang udara Kuala Lumpur pada Rabu.

9 jet pejuang Korea, Black Eagles serang Kuala Lumpur hari ini

9 jet pejuang Korea, Black Eagles serang Kuala Lumpur hari ini

Pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari republik itu mendapat perhatian ramai ketika pertunjukan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2017 (LIMA’17) yang melabuhkan tirainya Sabtu lepas.

Menurut kenyataan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini, pasukan Black Eagles akan melakukan terbang lintas selama 15 minit di ruang udara ibu negara.

“Terbang lintas itu bermula pada 10.30 pagi dan dijangka berakhir sekitar 10.45 pagi. Pasukan terbabit akan turut melintasi Menara Berkembar Petronas di ibu kota,” tambah kenyataan tersebut.

 

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung situasi berkenaan.

“Dengan terbang lintas ini, orang ramai berpeluang menyaksikan kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles yang telah membuat pertunjukan udara di LIMA’17 baru-baru ini,” kata kenyataan itu.

Black Eagles yang pertama kali tampil di LIMA adalah antara pasukan aerobatik yang mencuri tumpuan ketika pertunjukan udara LIMA’17 pada 20 hingga 25 Mac lalu, selain Russian Knights dari Tentera Udara Rusia (RAF) dan Jupiter dari Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU). – BERNAMA

Sumber:Mstar



Sumber 9 jet pejuang Korea, Black Eagles serang Kuala Lumpur hari ini

Video ngeri 3 pelajar sekolah digilis lori dalam perjalanan pulang dari sekolah

$
0
0

Tiga pelajar maut dan dua lagi cedera selepas dirempuh sebuah lori, ketika sedang melintas sebatang jalan dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Video ngeri 3 pelajar sekolah digilis lori dalam perjalanan pulang dari sekolah

Video ngeri 3 pelajar sekolah digilis lori dalam perjalanan pulang dari sekolah

Dalam kejadian sekitar jam 3.57 petang, 24 Mac lalu di bandar Guangxi Guiping, tiga pelajar maut, manakala dua lagi cedera dan cebisan daging dan darah mangsa kelihatan di lokasi kejadian.

Lapor CGTN, sebelum rempuhan itu berlaku, dua guru sekolah telah meletakkan dua kon di tengah-tengah laluan pejalan kaki agar kenderaan yang melalui jalan itu berhenti dan memberi laluan kepada para pelajar sekolah untuk melintas.

Namun sebuah lori yang datang dipercayai mempunyai masalah brek, gagal berhenti lalu merempuh sekumpulan pelajar yang sedang melintas. Beberapa pelajar dirempuh, diheret dan digilis tayar lori sehingga maut dan cedera parah.

Video: Ngeri... Tiga Pelajar Sekolah Digilis Lori

Video: Ngeri... Tiga Pelajar Sekolah Digilis Lori

Video: Ngeri... Tiga Pelajar Sekolah Digilis Lori

Video: Ngeri... Tiga Pelajar Sekolah Digilis Lori

Pemandu lori itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi menyiasat punca kejadian.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Video ngeri 3 pelajar sekolah digilis lori dalam perjalanan pulang dari sekolah

Naib ketua Umno Bahagian Johor bergelar Datuk kantoi ambil syabu

$
0
0

Seorang pemimpin politik di Johor bergelar Datuk, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi, atas tuduhan menggunakan dadah jenis syabu Ogos tahun lalu.

Naib ketua Umno Bahagian Johor bergelar Datuk kantoi ambil syabu

Naib ketua Umno Bahagian Johor bergelar Datuk kantoi ambil syabu

Tertuduh Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian di Johor itu, didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine pada jam 6 petang, 1 Ogos 2016 di cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama.

 

Sabit kesalahan boleh di hukum penjara hingga dua tahun, atau denda hingga RM5,000 atau kedua-dua sekali dan perintah pengawasan hingga tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazreen Nadia Saaban, mencadangkan jaminan RM4,000.

Bagaimanapun Peguam Bela Salmi Hamdan Sabran yang mewakili tertuduh merayu jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh memberikan kerjasama sepanjang siasatan.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber:Metro



Sumber Naib ketua Umno Bahagian Johor bergelar Datuk kantoi ambil syabu

Mayat Jong-nam kembali ke HKL?

$
0
0

Kakitangan HKL mengeluarkan sebuah keranda dipercayai mengandungi mayat Kim Jong-nam malam ini. Mayat dipercayai dibawa pulang ke HKL selepas dibawa keluar tengah hari semalam. — Foto Bernama Kakitangan HKL mengeluarkan sebuah keranda dipercayai mengandungi mayat Kim Jong-nam malam ini. Mayat dipercayai dibawa pulang ke HKL selepas dibawa keluar tengah hari semalam. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 27 Mac — Wartawan tempatan dan asing yang 'berkampung' di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), tempat mayat Kim Jong-nam diletakkan, bingung dengan keadaan kes itu kebelakangan ini. 

Kira-kira 4.00 petang tadi, kakitangan HKL mengangkut semula segala kemudahan disediakan sebelum ini kepada media yang membuat liputan kes Jong-nam.

Pada 24 Februari lepas, HKL mendirikan khemah dan menyediakan kerusi serta meja kepada wartawan.

Ketika wartawan bertanyakan pekerja HKL mengapa mereka menarik balik semua kemudahan tersebut, pekerja itu meminta media merujuk perkara berkenaan kepada penyelia mereka.   

"Saya diarahkan oleh pegawai atasan untuk mengambil kembali semua kemudahan ini," kata kakitangan terbabit. 

Namun, pada 5.00 petang, kakitangan itu kembali mendirikan semula khemah yang sebelum itu diturunkan. 

Bingung dengan keadaan itu, wartawan menyoal pekerja terbabit. 

"Pengarah menghubungi kami supaya mendirikan semula khemah untuk media," kata sumber HKL kepada Bernama. 

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas oleh dua wanita warga asing menggunakan agen saraf VX. 

Jong-nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu, dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya, namun meninggal dunia dalam perjalanan. 

Beliau dilaporkan memasuki Malaysia pada 6 Feb, menggunakan nama Kim Chol pada pasport. — Bernama



Sumber Mayat Jong-nam kembali ke HKL?

Khairy: TN50 pastikan beban kos sara hidup tidak diwarisi

$
0
0

Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan pada majlis TN50 peringkat negeri Melaka, malam tadi. — Foto BernamaKhairy Jamaluddin menyampaikan ucapan pada majlis TN50 peringkat negeri Melaka, malam tadi. — Foto BernamaMELAKA, 28 Mac — Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan memastikan generasi akan datang tidak “mewarisi” beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.   

Beliau berkata perkara itu mampu direalisasikan dengan pelaksanaan pelbagai aspirasi disuarakan generasi muda untuk TN50 antaranya dalam soal pengangkutan, perumahan dan kemudahan kesihatan mampu milik serta pekerjaan lebih baik.               

“Isu kos sara hidup akan dapat ditangani jika aspirasi ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan.

“Contohnya antara penyumbang terbesar kos sara hidup tinggi ialah perumahan iaitu sewa dan harga rumah yang tinggi.

“Begitu juga kos pengangkutan awam yang tinggi, kita guna kenderaan sendiri...petrol meningkat dan sebagainya.         

“Tetapi apabila kita dapat melabur dengan menjadikan kawasan bandar dan luar bandar lebih sesuai didiami dengan rumah mampu milik, pengangkutan awam lebih murah.

“Ini dengan sendirinya menyelesaikan masalah kos sara hidup,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.  

Terdahulu, beliau menghadiri Siri Dialog TN50 Melaka di Ayer Keroh di sini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan kira-kira 1,500 peserta.

Khairy berkata apa yang penting sekarang adalah memastikan TN50 mampu mengadakan penyelesaian jangka panjang bagi memastikan pelan itu dapat mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup.     

“Kita ada penyelesaian secara ad hoc seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya tetapi penyelesaian secara struktur melalui TN50 mestilah datang daripada sumber aspirasi yang saya katakan tadi,” katanya.           

Beliau berkata inisiatif penyelesaian kos sara hidup yang dikemukakannya melalui Pergerakan Pemuda Umno hanyalah berbentuk reaktif dan bukan secara struktur jangka panjang.

“Seperti penangguhan kenaikan harga tol itu hanya penangguhan, tetapi nanti kena naikkan juga tol.

“Kita mahu penyelesaian secara struktur seperti rumah mampu milik dan pekerjaan lebih baik barulah dapat atasi masalah kenaikan kos sara hidup,” katanya. — Bernama



Sumber Khairy: TN50 pastikan beban kos sara hidup tidak diwarisi

Hasrat peluk Islam tercapai, remaja mengucap sebelum maut

$
0
0

KUALA NERANG, 28 Mac — Hasrat seorang remaja untuk memeluk Islam tercapai walaupun hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa minit sebelum meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan di sini, pagi semalam.

Mangsa, Azyet Jopilin, 17, dari etnik Rungus yang berasal dari Kampung Teringai Darat, Kota Marudu, Sabah sepatutnya pergi ke pejabat agama di sini untuk urusan menukar agama pada pukul 2 petang, namun menemui ajalnya lebih awal.                

Bapanya, Abdul Aziz Abdullah yang telah memeluk Islam selama lapan tahun dan menetap di Kampung Dalam, Mukim Kurung Hitam dekat sini berkata, sebelum kejadian dia dan dua anak lelakinya termasuk allahyarham pergi menoreh getah di sebuah kebun milik majikannya.

“Bagaimanapun, setelah selesai menoreh di kebun pertama, dia tidak mahu mengikut kami ke kebun kedua kerana mahu balik ke rumah. Malangnya dia tidak membawa kunci rumah dan berpatah balik ke kebun.          

“Sewaktu dalam perjalanan dia terbabas lalu terlanggar pokok...orang kampung yang pertama tiba di lokasi mengajarnya mengucap kerana memang sudah maklum akan niatnya memeluk Islam, sebelum dia meninggal dunia,” katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz memberitahu allahyarham yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik baru empat bulan berada di Kedah kerana sebelum ini tinggal bersama neneknya di Kota Marudu.

“Memang dia sudah lama berniat mahu memeluk Islam dan turut belajar perkara asas dalam Islam seperti sembahyang dan mengucap dua kalimah syahadah.

“Dia ada berkata pada saya mahu bekerja kilang selepas ini dan kumpul duit untuk membeli motosikal,” katanya dan menyifatkan allahyarham seorang yang periang dan suka menyakat adik-adiknya.

Walaupun sedih, Abdul Aziz berkata beliau amat bersyukur kerana allahyarham meninggal dalam keadaan sudah memeluk Islam malah jenazahnya turut diuruskan mengikut cara Islam. — Bernama



Sumber Hasrat peluk Islam tercapai, remaja mengucap sebelum maut

Kutip dua mata, Zainal percaya Pulau Pinang mampu menyinar

$
0
0

Ketua Jurulatih Pulau Pinang Zainal Abidin Hassan memberi semangat kepada pemain semasa mengadakan sesi latihan semalam. — Foto BernamaKetua Jurulatih Pulau Pinang Zainal Abidin Hassan memberi semangat kepada pemain semasa mengadakan sesi latihan semalam. — Foto BernamaGEORGE TOWN, 28 Mac — Jurulatih baharu pasukan Pulau Pinang mahu pemainnya melupakan aksi hambar pada awal musim Liga Super ini, sebaliknya fokus dalam mencari kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Zainal Abidin Hassan percaya skuad Harimau Kumbang mempunyai ruang dan harapan untuk memperbaiki prestasi mereka, sekali gus keluar daripada kedudukan tercorot dalam Liga Super ketika ini.

“Yang paling penting ialah pemain melupakan aksi lalu dan menumpukan kepada misi mendatang,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pertamanya bersama skuad itu.

Zainal Abidin memulakan latihan pertamanya bersama pasukan Harimau Kumbang di Kelab Sukan Pulau Pinang, di sini selepas mengambil alih tugas daripada Ashley Westwood yang ditamatkan kontraknya Ahad lepas.        

Bekas penyerang kebangsaan itu berkata pemain pasukan tersebut mempunyai kelebihan masing-masing dan akan menggunakannya untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.

“Saya sudah melihat dan mengenali pemain. Melihat kepada kesungguhan dan keyakinan yang ditunjukkan mereka, saya yakin masih ada ruang buat pasukan ini melayakkan diri beraksi dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.

Zainal Abidin mengakui tiga perlawanan yang akan datang sangat penting untuk memastikan Pulau Pinang kekal dalam buruan tiket Piala Malaysia memandangkan pasukan itu hanya memungut dua mata selepas lapan perlawanan.               

Beliau turut meminta penyokong pasukan itu untuk terus memberi sokongan bagi menaikkan semangat pemain.           

Pulau Pinang akan menentang Felda United pada 9 April diikuti Kelantan (15 April) dan Johor Darul Ta'zim (26 April). — Bernama



Sumber Kutip dua mata, Zainal percaya Pulau Pinang mampu menyinar

Dari ‘ustaz’ ke tukang masak, Amin Landak pilih jadi kartunis

$
0
0

Amin berkata menjadi kartunis bukanlah semudah yang disangka kerana memerlukan pembacaan luas bagi memahami isu. — Foto-foto oleh Saw Siow FengAmin berkata menjadi kartunis bukanlah semudah yang disangka kerana memerlukan pembacaan luas bagi memahami isu. — Foto-foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 28 Mac ― Mendapat pendidikan hampir tujuh tahun di pusat tahfiz Kelantan, Amin Landak memilih untuk menjadi kartunis dan bukannya ustaz.

Minat mendalam dalam lukisan, Ahmad Noor Amin Ideris tidak perlu bergelar ustaz untuk berdakwah kerana usaha berkenaan boleh dibuat melalui lukisan.

“Saya belajar tahfiz sewaktu berusia 12 tahun. Dari tahun 2000 sampai 2007. Saya memang minat melukis dari kecil.

“Saya rasa saya bukan dilahirkan sebagai ustaz. Saya pun tidak pasti kerana sepanjang masa saya melukis [di tahfiz].

“Mungkin orang menganggap untuk berdakwah mesti jadi ustaz, saya rasa ia salah. Kalau hendak berdakwah tidak semestinya jadi ustaz,” kata Amin kepada ProjekMMO di pameran solonya di sini.

Seorang pengunjung cuba menghayati mesej tersirat di sebalik lukisan Amin Landak yang sedang dipamer di Publika, Kuala Lumpur.Seorang pengunjung cuba menghayati mesej tersirat di sebalik lukisan Amin Landak yang sedang dipamer di Publika, Kuala Lumpur.Mula serius sebagai kartunis pada 2012, bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Ikhlas, Bachok, Kelantan mengadakan pameran solo pertama di The Circle Publika Kuala Lumpur.

Pameran yang berlangsung dari 24 Mac sehingga 16 April memaparkan karyanya daripada komik lereng dan zine Yak Bok Te dikongsikan secara persendirian melalui media sosial.

Karyanya dihimpun dan dibukukan dalam Yak Bok Te 1 dan Yak Bok Te 2 memfokuskan isu sosio politik dan isu-isu semasa.

“Pada saya melukis benda dakwah, bukan sekadar lukisan itu ada ayat al-Quran semata-mata atau ada karakter lelaki berjubah dan berlatarkan masjid.

“Bagi saya mengajak orang berbuat baik itu adalah satu bentuk dakwah,” kata kartunis muda yang menyumbang karya di majalah Gila-Gila dan portal berita Malaysiakini.

Pameran yang berlangsung dari 24 Mac sehingga 16 April memaparkan karya Amin daripada komik lereng dan zine Yak Bok Te.Pameran yang berlangsung dari 24 Mac sehingga 16 April memaparkan karya Amin daripada komik lereng dan zine Yak Bok Te.Karyanya dihimpun dan dibukukan dalam Yak Bok Te 1 dan Yak Bok Te 2 memfokuskan isu sosio politik dan isu-isu semasa. 

Graduan Institut Seni Malaysia (MIA) ini juga mendedahkan mempunyai pengalaman bekerja di sebuah hotel terkemuka.

Namun, ia dilakukan separuh jalan kerana merasakan dirinya tidak serasi selain mahu mencapai cita-citanya sebagai seorang pelukis.

“Sebenarnya emak saya ada kedai kek, jadi mak saya nak suruh saya sambung perniagaan dia, sebab itu dia cadang masukkan saya belajar masak.

“Pada 2009 saya bekerja di Hotel JW Marriot di Bukit Bintang tetapi sekejap sahaja dalam tiga bulan selepas itu saya balik kampung,” kata bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bachok selama setahun.

Kini, meskipun impian anak kelahiran Kota Baru Kelantan ini tercapai, bidang kartunis bukanlah semudah yang disangka.

“Dahulu saya ingat kalau jadi pelukis tidak perlu membaca. Tidak perlu buat benda lain tetapi tidak sebenarnya, kena membaca untuk tahu isu.

“Masa kecil, saya ada masalah lambat membaca, jadi ibu belikan saya komik untuk galakkan saya membaca.

“Antara majalah terawal saya baca ialah Gila-Gila dan Ujang. Ia memberikan saya semangat untuk melukis.”



Sumber Dari ‘ustaz’ ke tukang masak, Amin Landak pilih jadi kartunis

Netizen teruja saksikan fenomena belalai air di sebelah Jambatan Pulau Pinang

$
0
0

Netizen pada Selasa berkongsi keterujaan menyaksikan fenomena belalai air atau pusaran angin yang muncul bersebelahan Jambatan Pulau Pinang di sini.

Netizen teruja saksikan fenomena belalai air di sebelah Jambatan Pulau Pinang

Netizen teruja saksikan fenomena belalai air di sebelah Jambatan Pulau Pinang

Kebanyakan netizen memuat naik gambar dan video fenomena itu yang berlaku kira-kira pukul 6 petang Selasa di laman media sosial.

Terdapat rakaman berdurasi 16 saat yang disebarkan menerusi laman Facebook dengan seorang netizen menyifatkan fenomena itu sebagai puting beliung.

Belalai air ialah fenomena puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai.

 

Fenomena itu bukanlah puting beliung kerana ia terjadi dalam skala yang sangat kecil dan berlaku dalam masa singkat lebih kurang seminit sahaja.

Ia biasa berlaku di kawasan persisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.

Belalai air tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut.

Sumber:Mstar



Sumber Netizen teruja saksikan fenomena belalai air di sebelah Jambatan Pulau Pinang

"Saya tak pernah jumpa lagi pelakon yang kurang ajar macam dia.." - Pendedahan Pengarah

$
0
0

 "Saya tak pernah jumpa lagi pelakon yang kurang ajar macam dia.." - Pendedahan Pengarah Drama




Seorang pengarah drama telah meluahkan rasa kecewa dengan seorang pelakon baru.

Pengarah Razaisyam Rashid kecewa dengan tindakan pelakon Raja Afiq meninggalkan lokasi penggambaran drama Ketupat Rendang Brownies Coklat tanpa sebarang penjelasan.

Razaisyam berkata, dia terkejut dengan tindakan pelakon baru itu yang dilabel olehnya sebagai kurang ajar.

Menurut pengarah ini, masalah timbul apabila Raja Afiq tidak mahu berlakon dua babak dalam drama itu seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Ini komennya: (HMetro)

"Sepanjang 10 tahun menjadi pengarah, ini kali pertama saya berdepan situasi sebegini. Sebelum ini saya pernah mengarah pelakon hebat yang memenangi anugerah, tapi mereka okey saja. Tidak ada pula yang buat perangai dan mendatangkan masalah di lokasi.

"Dia sebagai orang baru dalam industri pula sudah berani menunjukkan sikap begitu. Bukan sahaja dengan saya tetapi juga di depan kru dan pelakon senior lain. Dia sepatutnya berasa malu dengan tindakan itu,”

"Dia mempersoalkan kenapa perlu melakonkan dua babak kerana mengikut pengetahuannya hanya satu babak. Bagi saya itu tak masuk akal kerana pihak produksi sudah memaklumkan perkara ini lebih awal.

"Kalau memang dia tak mahu terbabit dalam drama ini, kenapa dari awal bersetuju? Seperkara lagi, kalau betul setakat satu babak lebih baik saya menggunakan khidmat pelakon lain,”


Razaisyam juga mendakwa pelakon baru itu mula menunjukkan sikap kurang ajar sejak mula sampai di lokasi penggambaran lagi.

..................................

Director's comment regarding the issue:

"During 10 years as a director, it's the first time I faced such situation. Before this, I lead a great actress who won award, but they were just okay. No one throw a tantrum and cause problems at the site.

"He was a novice and very new in the industry but dare to cause problem. Not only to me but also in front of the crews and other senior actors. He should be ashamed of such actions,"

"He questioned why the need to act out two rounds because according to him, only one round. For me it does not make sense because the production has  informed inform.

"If he did not want to get involved in this drama, why he agreed from the beginning? Better I use the services of other actors,"




Sumber "Saya tak pernah jumpa lagi pelakon yang kurang ajar macam dia.." - Pendedahan Pengarah

Membisu Tentang Rumah Tangga Aqasha, Rita Rudaini Hentam Aidil Zafuan

$
0
0

Membisu Tentang Rumah Tangga Aqasha, Rita Rudaini Hentam Aidil Zafuan 



Memang banyak kisah kontroversi tentang pelakon Rita Rudaini dan juga pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan.

Pelbagai versi cerita yang kita sering baca tentang mereka berdua ini dan ada kisah terbaru dari Rota tentang Aidil.

Ini berkaitan dengan hubungan Aidil Zafuan dan anak-anaknya bersama Rita Rudaini.

Melalui interview bersama majalah InTrend, Rita Rudaini dikatakan akui bahawa bekas suaminya itu langsung tidak mempedulikan tentang anak anaknya.

Ini kenyataan Rita Rudaini:

“Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anak pun tidak pernah diberi atau ditanya”

“Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak. Bagaimanapun, jika pada masa depan, anak-anak tidak boleh menerima ayah mereka, waktu itu, jangan tuding jari kepada orang lain”

“Salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha mengambil tahu hal darah daging sendiri. Saya pun tiada masa nak rosakkan emosi anak-anak dengan nak tolong ‘cover’ ayah mereka. Itu bukan tanggungjawab saya,” 


Itulah pendedahan terbaru Rita Rudaini.

Walaubagaimanapun, Rita masih membisu tidak mahu memebri komen tentang isu beliau dikaitkan dengan Aqasha sehingga perkahwinnya mengalami masalah.

Malah abang ipar Aqasha ada memetik nama Rita dalam satu pendedahan.

Baca kenyataan abang ipar Aqasha itu (DISINI)



Sumber Membisu Tentang Rumah Tangga Aqasha, Rita Rudaini Hentam Aidil Zafuan

TAKZIAH! Dugaan Buat Azharina, Anak Keduanya Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi

$
0
0

TAKZIAH! Dugaan Buat Azharina, Anak Keduanya Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi


Penyanyi Azharina menerima berita duka apabila anak angkat keduanya telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Anaknya bernama Rizqie Azharin Azhar telahpun meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi.

Ini komennya:

Dari DIA Kita Datang PAda DIA Kita pulang... 

Jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong Selangor selepas Asar ini . 

Al Fatehah semoga Allah mencucuri Rahmat Atas Rohnya 

Anak syurga, itulah yang boleh dikatakan kepada Azharina tentang pemergian anaknya itu.

Semalam, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas anaknya menghidap pendarahan otak dan mempunyai masalah paru-paru.

Di laman sosial, Azharina menerima banyak ucapan tahniah dan ada yang memberi komen agar Azharina dikuatkan semangat tentang berita sedih ini.

Takziah sekali lagi.





Sumber TAKZIAH! Dugaan Buat Azharina, Anak Keduanya Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi

"Kalau Salah Tangkap" - Akhirnya Johan As'ari Dedah Apa Yang Berlaku Sebenarnya

$
0
0

"Kalau Salah Tangkap" - Akhirnya Johan As'ari Dedah Apa Yang Berlaku Sebenarnya




Semalam satu berita mengejutkan tentang pelakon Johan Asa’ari datang ke bilik  seorang penyanyi  Aishah Bujang pada pukul 3 pagi.

Aishah ada mengesahkan perkara berkenaan tetapi berkata mereka tidak berdua tetapi ditemani oleh beberapa rakan lain.

Lagipun menurut Aishah, Johan cuma mahu berbual dan mengenalinya dengan lebih rapat selepas mereka mempunyai acara hiburan di Singapura, sekitar bulan Februari lalu.

Ini kenyataan penuh Aishah tenag hal ini (BACA SINI)

Hari ini, Johan As'ari telah tempil memberi komen.

Johan telah mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya:

Jom baca:

"Cerita sebenarnya, Johan dan pengurus Johan keluar malam di Singapura. Balik pagi tu nampak Aishah dan kawan-kawan di lobby hotel.

"Selepas berborak, Aishah rupanya duduk sama aras dengan Johan. Jadi kami naik lift sama-sama, lepas tu sambung borak sekejap sebab flight Johan awal pagi tak sama flight dengan Aishah.

"Selepas pulang Johan langsung tidak berhubung dengan Aishah. Bagi Johan pertemuan itu tidak dirancang dan Johan bersangka baik, niat baik," 

“Negara kita ada undang-undang, kalau salah tangkap jer. Gosip-gosip ni biasalah asam garam dunia hiburan.

“Gosip itu khabar angin, fitnah itu cerita yang tidak berasas,”

Itulah penjelasan dari mulut Johan sendiri kepada wartawan hiburan Media Hiburan.

Sumber "Kalau Salah Tangkap" - Akhirnya Johan As'ari Dedah Apa Yang Berlaku Sebenarnya

"Pelawak Baru Banyak Menyusahkan..." - Tauke Raja Lawak Kini Tertekan

$
0
0

"Pelawak Baru Banyak Menyusahkan..." - Tauke Raja Lawak



Pentas paling berprestij untuk para pelawak masa kini sudah tentu pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) di Astro.

Sejak diperkenalkan, rancangan ini sudah pasti menjadi rancangan paling dinantikan oleh para penonton.

Salah seorang peserta paling berpengalaman di pentas MLM ialah Tauke yang amat hebat beraksi ketika berama arwah Yusry dalam kumpulan Jambu.

Tauke kini bersaing bersama Ropie dan Acong menubuhkan kumpulan baru dikenali sebagai 'Nice'.

Kini kumpulan Nice sering terjerumus ke bottom 3 sejak kebelakangan ini.

Melalui laporan dari portal hiburan Astro Gempak, Tauke sendiri akui tertekan dengan kehadiran pelawak baru dalam industri lawak di Malaysia.

Tauke akui  pelawak baru telah memberi persaingan hebat melalui idea-idea mereka yang kreatif dan segar untuk setiap persembahan.

Ini kenyataan Tauke: (sumber: AstroGempak)

"Kehadiran pelawak baru ini banyak menyusahkan kami sebagai pelawak-pelawak yang berpengalaman dalam industri.

"Kemunculan mereka telah menyebabkan kami harus berkerja keras mencari idea yang lebih segar dan berkualiti untuk bersaing di pentas MLM 2017.

"Mereka telah memberi saingan hebat kepada pelawak-pelawak lama dan kami harus untuk melakukan sesuatu yang lebih bagus daripada mereka.

"Jadi dengan kehadiran mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu persembahan para peserta melalui idea yang kreatif untuk menentukan siapa yang terbaik,"


Semoga Tauke dan kumpulan Nice berjaya mengharungi pertandingan MLM2017 dengan jayanya.

Sumber "Pelawak Baru Banyak Menyusahkan..." - Tauke Raja Lawak Kini Tertekan

Ngeri! Akibat merokok paru-paru lelaki 28 tahun ini bocor, doktor sarankan buang!

$
0
0

Paru-parunya bocor dan bahagian yang bocor itu terpaksa dibuang. Memang mengerikan, namun itu yang harus diterima Muhammad Aidelhan Surjonoh, 28, akibat merokok.

Ngeri! Akibat merokok paru-paru lelaki 28 tahun ini bocor, doktor sarankan buang!

Ngeri! Akibat merokok paru-paru lelaki 28 tahun ini bocor, doktor sarankan buang!

Pemuda yang tinggal di Kluang itu berkata, semuanya bermula dengan sesak nafas pada 24 Februari lalu.

“Mula-mula saya sesak nafas. Pergi ke klinik di Kluang, dan doktor kata mungkin gastrik atau otot tegang, tetapi selepas beberapa hari, keadaan saya masih belum pulih.

“Kemudian saya ke Hospital Pantai Batu Pahat dan sempat jalani pembedahan untuk keluarkan angin dalam paru-paru, tetapi masih tidak pulih. Apabila buat imbasan CT, doktor dapati paru-paru saya bocor.

 

“Hospital itu minta saya rujuk ke Hospital Mahkota, Melaka. Di situ, saya jalani pembedahan untuk menampal paru-paru yang bocor. Malangnya kaedah itu tidak berjaya dan doktor sarankan bahagian bocor sebesar lima sentimeter dibuang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selepas hampir sebulan menjalani pembedahan terbabit, Aidelhan yang sebelum ini aktif bersukan berkata, dia masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh menarik nafas dalam.

“Keadaan saya semakin baik, tetapi belum pulih sepenuhnya. Saya belum boleh menarik nafas dalam. Menurut doktor, ia mungkin ambil masa tiga bulan hingga setahun untuk pulih.

“Dulu saya aktif bersukan seperti bermain futsal, takraw atau badminton, tetapi sekarang doktor hanya galakkan saya berjalan,” katanya yang mula merokok sejak berusia 17 tahun.

Tambah Aidelhan, dia mula sedar bahawa merokok bukan sekadar membahayakan kesihatan malah ia juga satu pembaziran.

“Sebelum ini saya memang ada niat nak berhenti merokok. Tapi ia sekadar niat, justeru saya anggap apa yang berlaku ada hikmah kerana jika tidak sakit, mungkin saya tak berhenti merokok.

“Sekarang apabila dah tinggalkan rokok, baru saya sedar hampir RM400 saya bazirkan setiap bulan untuk beli rokok. Kalau jumlah itu diberi kepada ibu bapa kan lebih baik,” katanya.

Aidelhan turut dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa paru-parunya boleh hancur sekiranya dia tidak berhenti merokok.

“Sudah sebulan saya berhenti merokok. Saya faham memang susah nak berhenti kerana saya sendiri mengalami pening-pening dan lemah badan pada minggu pertama.

“Masuk minggu kedua dan ketiga, saya mula biasakan diri tanpa rokok. Mula-mula memang susah. Kalau tak boleh berhenti terus, mulakan dengan kurangkan merokok,” katanya.

Sumber:Metro



Sumber Ngeri! Akibat merokok paru-paru lelaki 28 tahun ini bocor, doktor sarankan buang!

“Niat nak sedekah” – 100 bungkus nasi lemak pondan disedekah ke masjid setiap hari Jumaat

$
0
0

SELEPAS gerai nasi lemak pondan menjadi tular baru-baru ini, pengusahanya, Jojie Kamaruddin berkata, dia akan mengagih-agihkan sebanyak 100 bungkus nasi lemak air tangannya ke masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hari Jumaat.

"Niat nak sedekah" - 100 bungkus nasi lemak pondan disedekah ke masjid setiap hari Jumaat

“Niat nak sedekah” – 100 bungkus nasi lemak pondan disedekah ke masjid setiap hari Jumaat

Niatnya untuk bersedekah kepada masjid itu dibuat selepas dia berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM2,000 sehari hasil jualan nasi lemaknya.

Memetik Malaysiakini, Jojie berkata, “Saya pasang niat untuk sedekahkan 100 bungkus setiap Jumaat di masjid sekitar Kuala Lumpur dan adik-adik saya akan bertanggungjawab untuk hantar nasi lemak tersebut.”

Bercerita mengenai bagaimana dia boleh terlibat dalam perniagaan nasi lemak, Jojie yang sebelum ini merupakan seorang pereka fesyen dan perunding majlis perkahwinan berkata, dia memulakan jualan nasi lemak selepas butik miliknya tutup baru-baru ini.

Namun, dia sama sekali tidak menyangka gerai kecilnya itu akan menerima sambutan hangat daripada penduduk sekitar Bandar Sri Permaisuri, Cheras di ibu negara.

Jojie menjual nasi lemak pada harga RM1.80 (biasa) dan nasi lemak berlauk seperti lauk sambal sotong, ayam masak merah, sambal paru dan ayam goreng dijual RM4.80 sebungkus.

Ditanya mengenai pelbagai cemuhan yang diterimanya susulan nama gerai kontroversinya itu, Jojie menjelaskan dia bersedia menerima apa sahaja kritikan daripada masyarakat luar.

“Apatah lagi selepas perniagaan saya ini dapat publisiti, sudah tentu ada yang tidak puas hati. Bukan saya sahaja, sesiapa sahaja yang berniaga perlu bersedia dengan risiko itu,” katanya yang kini sedang dalam proses membuat permohonan untuk mendapatkan lesen penjaja daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber “Niat nak sedekah” – 100 bungkus nasi lemak pondan disedekah ke masjid setiap hari Jumaat
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>