Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Gempar! Lelaki warga asing berbogel cuba terjun dari tingkat 14 kondo di Jalan P Ramlee

$
0
0

Orang ramai yang berada di kawasan persiaran Park View, Jalan P Ramlee, di sini, semalam digemparkan dengan tindakan seorang lelaki dipercayai cuba membunuh diri dari tingkat 14 sebuah kondominium dalam keadaan bogel.

Gempar! Lelaki warga asing berbogel cuba terjun dari tingkat 14 kondo di Jalan P Ramlee

Gempar! Lelaki warga asing berbogel cuba terjun dari tingkat 14 kondo di Jalan P Ramlee

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki warga asing dipercayai mempunyai masalah mental itu

bertindak keluar dari tingkap unit berkenaan sebelum mundar-mandir di belebas tingkap.

Ketua Pengurusan Operasi dan Menyelamat Balai Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian berkenaan pada jam 3.08 petang.

 

Menurutnya, sebuah jentera bersama 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba cuba memujuk lelaki terbabit dan taktik itu berjaya apabila mangsa diselamatkan kira-kira 30 minit kemudiannya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dipercayai mempunyai masalah mental dan bomba sudah menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu rakaman video memaparkan lelaki terbabit mundar-mandir di belebas kondominium berkenaan tular di laman sosial.

Video berdurasi 34 saat itu dirakam oleh orang awam yang kebetulan berada berhampiran kawasan berkenaan.

Sumber:Metro



Sumber Gempar! Lelaki warga asing berbogel cuba terjun dari tingkat 14 kondo di Jalan P Ramlee

Video pasangan hampir ditelan eskalator bila tangga di mesin itu tiba-tiba terbuka

$
0
0
Video pasangan hampir ditelan eskalator bila tangga di mesin itu tiba-tiba terbuka

Video pasangan hampir ditelan eskalator bila tangga di mesin itu tiba-tiba terbuka

Semenjak dua menjak ini, kes-kes melibatkan eskalator dilihat kembali mengganas semula.

Jika sebelum ini kes eskalator tiba-tiba membuat ‘reverse’ di sebuah pasaraya di Hong Kong, kini muncul pula kes dimana sebuah eskalator hampir ‘memakan’ satu pasangan di sebuah stesen keretapi di Suzhou, China.

Memetik video yang dimuat naik, satu pasangan dilihat hampir ditelan oleh eskalator terbabit apabila memijak di atasnya.

Video pendek itu merakamkan detik cemas pasangan berkenaan. Tonton video tersebut dibawah:

 

 

Sumber: SK

 

 



Sumber Video pasangan hampir ditelan eskalator bila tangga di mesin itu tiba-tiba terbuka

“Tak perlu terima semula pemain tolak wakili negara” – Khalid Ali

$
0
0

Pemain yang menolak panggilan mewakili skuad bola sepak kebangsaan tidak perlu lagi diberi peluang atau diterima semula dalam pasukan itu.

Bekas pemain negara era-1970an dan 1980an, Khalid Ali berkata mereka yang menolak panggilan itu, perlu berasa kesal kerana tidak bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk mewakili negara sebelum ini.

“Saya masih kecewa dengan tindakan pemain yang enggan beraksi di saat negara memerlukan khidmat mereka pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016…mereka seolah-olah mempermainkan maruah negara,” katanya.

Beliau mengulas hasrat empat tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mahu menyarung kembali jersi kebangsaan selepas berlakunya perubahan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kini diterajui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Khalid berkata kualiti empat pemain itu – Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan, bukanlah yang terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.

Media tempatan melaporkan empat pemain itu yang sebelum ini mengumumkan persaraan pada Julai 2016, kini bersedia membuat ‘pusingan U’.

Mereka dilaporkan mahu menyertai semula skuad negara selepas Tunku Ismail mengumumkan pelantikan bekas pengendali JDT, Mario Gomez sebagai ketua jurulatih skuad negara. – BERNAMA
Sumber: Mstar



Sumber “Tak perlu terima semula pemain tolak wakili negara” – Khalid Ali

Syarikat proses sarang burung bagai ‘neraka dunia’

$
0
0

Sebuah syarikat pemprosesan dan pemasaran sarang burung walit di bandar ini beroperasi bagai ‘neraka’.

Syarikat proses sarang burung bagai ‘neraka dunia’

Operasi khas yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dengan kerjasama Atipsom Bukit Aman, Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Jabatan Imigresen Putrajaya dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah membongkar aktiviti terbabit.

Dalam serbuan bermula kira-kira jam 11 pagi itu, seramai 172 pekerja rata-ratanya warga Indonesia berusia 18 hingga 40 tahun sedang bekerja di premis berkenaan termasuk berada di asrama berdekatan.

Seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Tyas berkata, dia dimaklumkan tentang kerja kosong di premis terbabit melalui kenalannya di Indonesia.

“Dia beritahu saya akan dapat gaji RM900 gaji pokok. Kalau saya bekerja lebih masa dua jam sehari, saya akan diberikan tambahan gaji sebanyak RM338.

“Selepas sampai sini, ia bertukar sebaliknya dan kerja-kerja yang saya lakukan terpaksa dibuat dengan tempoh masa yang lebih panjang dari kebiasaan,” katanya.

Ketua Pasukan Khas MAPO, Deputi Superintendan Hadzwan Zulkifli berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat dan risikan pihaknya selama tiga minggu mengenai kegiatan menyalahi peraturan ditetapkan berkaitan kebajikan pekerja di premis lima tingkat yang telah beroperasi sejak tahun 2014 itu.

“Berdasarkan siasatan awal, kesalahan itu antaranya disyaki memaksa pekerjanya bekerja lebih masa sehingga 16 jam sehari dan membuat potongan upah atau gaji tanpa kebenaran sekiranya melakukan kesalahan seperti sarang burung rosak dan menggunakan penghawa dingin di asrama mereka.

“Pekerja yang ditemui itu membabitkan 152 wanita Indonesia, tiga wanita Myanmar dan 17 warga tempatan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini.

Menurut Hadzwan, pemilik premis bergelar Datuk berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Atipsom 2007, Seksyen 39B Akta Imigresen 1957 dan Akta Pekerja.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali yang ditemui berkata, kita telah kenal pasti pemilik premis serta mangsa terbabit berusia 18 hingga 40-an dan siasatan sedang dijalankan untuk tindakan selanjutnya.

“Kita lihat ada unsur-unsur eksploitasi dalam siasatan ini termasuklah gaji tidak dibayar dan lain-lain. Ini adalah satu tindakan bertentangan dengan undang-undang.

“Selain itu, premis ini akan disemak dan disiasat untuk mengenal pasti statusnya dalam menjalankan perusahaan terbabit, ” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Syarikat proses sarang burung bagai ‘neraka dunia’

Ke hadapan Adinda Nik Abduh…

$
0
0

SEMOGA adinda dan keluarga besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berada dalam pemeliharaan ALLAH. Keluarga kami sihat belaka menjalani kehidupan fana ini yang pasti berakhir.

Adinda,

  Ke hadapan Adinda Nik Abduh...

Kita berkongsi satu fakta, iaitu ayah kita adalah pemimpin parti Islam yang disegani kawan dan lawan. Ayah saya Tuan Haji Yusof Rawa pernah menjadi Presiden Pas dan Murshidul Am pertama. Beliau tak mahu dipanggil Tuan Guru dan lebih senang dengan panggilan Tuan Haji sahaja.

Ayah kita menjadi bahan kritikan dan cemuhan, ada juga pujian dan pujaan. Sepanjang hidup kami, kami lalui dengan pesanan ayah “biarkan, itu perkara biasa..” Ayah mengajar doa kepada saya apabila dipuji agar berkata: “Ya ALLAH jadikanlah pujian mereka satu kebaikan bagi ku, dan ampunilah aku atas segala sesuatu keaiban aku yang mereka tidak ketahui (tentang aku)”

Kritikan pedas kepada ayah ketika memimpin era kepimpinan ulama oleh musuh politiknya seperti tuduhan terikut pengaruh Syiah dan kritikan dari dalam Pas sendiri ketika ayah bersetuju dengan penubuhan sayap CCC (Chinese Consultative Council) semua diterima sebagai asam garam politik.

Malah ayahanda pernah berhasrat letak jawatan Presiden kerana menganggap undi tidak percaya kepadanya hanya kerana ada di kalangan AJK Pas waktu itu tidak menyokong keputusan yang sebelumnya dibuat bersama.

Walaupun Allahyarham Tan Sri Asri Muda dan rakan-rakannya menubuhkan Hamim, ayahanda saya tetap menziarahi mereka sebagai kawan. Ayahanda mengajar saya bahawa Islam mengatasi kepartian dan kekelompokan. Beliau dikenali tidak bersetuju dengan budaya takfiri ketika itu dan menyatakan pendirian Pas secara rasmi.

Di Pantai Timur, ayahanda dianggap ‘tidak keras’ malah ketika belasungkawa kematian beliau, Utusan Malaysia menyebut ” Haji Yusof Rawa, Pemimpin Sederhana dalam Pas meninggal dunia”

Adinda,

Saya cuba meneruskan prinsip dan ajarannya kerana beliau adalah murabbi saya yang pertama. Berbeza dengan adinda, saya memilih untuk bersama Amanah atas pilihan prinsip.

Orang menuduh kekanda dengan label berbagai antaranya “Iman tidak boleh diwarisi”, “Ayah hebat, anak pengkhianat” dan lain-lain yang cuba kaitkan saya dan ayah saya. Kekanda diamkan sahaja dan anggapnya sebagai asam garam perjuangan.

Adinda,

Apa yang mereka tidak tahu, beberapa hal diajar oleh ayah kekanda ialah kepartian atau istilah Jemaah bukan soal aqidah iman dan kufur, kedua, pandangan politik bukan kesalahan, ketiga, bersikap terbuka dalam semua hal adalah jalan terbaik.

Kita ditinggalkan dengan berbagai tanggapan terhadap kepimpinan ayah kita. Para ahli akademik berminat membuat kajian tentang ketokohan mereka dalam suasana politik yang mereka terpaksa harungi.

Begitu juga pihak lain termasuk parti politik, badan kerajaan dan bukan kerajaan. Ruang penulisan, seminar dan kajian ilmiah akan memberi peluang ketokohan ayahanda kita dikenali generasi kemudian.

Adinda,

Semua tokoh sama ada ulama atau politik sepanjang sejarah dibuat penulisan dan kajian antara kritikan dan kredit. Ibnu Taimiyah, Imam al Ghazali, Imam al Syatibi, semuanya dimuatkan sejarah mereka dalam bentuk kritikan dan kredit.

Apapun, ia tidak mengurangkan kehebatan ide, ilmu tokoh besar ini. Kekanda tidak dapat membayangkan jika ada pihak pada zaman pasca kematian mereka, menyekat atau menghalang kritikan dan kredit ditulis untuk mereka, nescaya hari ini tiada siapa yang mengenal tokoh besar Islam ini.

Biarlah ayahanda kita dikaji, diseminarkan kerana generasi akan datang dapat menghargai jasa besar mereka untuk politik Malaysia dan perkembangan politik Islam antarabangsa.

Ada sudut pandang ayah kita dari kasih sayang seorang bapa, kesetiaan seorang kawan dan penghayatan akhlak berkeluarga perlu juga diketengahkan berbanding dengan aspek keseriusan politik dan kepartian semata-mata. Bagaimana semua ini hendak ditonjolkan kalau kita sebagai anak menghalang sesuatu pihak mengadakan seminar tentang pemikiran dan ketokohan ayah-ayah kita?

Adinda,

Jikalau alasannya kerana parti Amanah (bukan PAN ya) yang menganjurkannya, kaedahnya tetap sama, iaitu ” kita tidak boleh menyekat mana-mana pihak membuat kajian tentang ayah kita” Dengan menyekat, apatah lagi melalui laporan polis, kita telah meletakkan kes awalan yang tidak baik seolah menjadi kesalahan sesuatu pihak mengkaji pemikiran ayah-ayah kita.

Lagipun seminar yang bakal dianjurkan belum pun lagi berlangsung, apakah adinda ada ‘kashaf’ keburukan akan berlaku?

Jika Amanah adalah masalahnya, carilah jalan lain untuk membuat laporan ke atas Amanah, contohnya buatlah laporan polis tentang kenyataan bahawa Pas menerima 90 juta dari Umno melalui laporan Sarawak Post.

Atau dakwaan Kerajaan Kelantan tidak memelihara alam sekitar, atau dakwaan Pas dah berbaik dengan Umno dan lain-lain dakwaan politik terhadap Pas. Adapun menggunakan nama ayah kita sebagai laporan polis kerana Amanah bercadang akan buat seminar pemikiran TGNA adalah di luar jangkaan kekanda terhadap adinda.

Adindaku,

Kekanda telah menyatakan bahawa, siapa sahaja yang berminat untuk mengkaji tentang ayah kami atau membuat seminar, kami tidak akan halang.

Ayahanda kami juga adalah antara penerbit dan pencetak Melayu yang awal di Pulau Pinang, antara pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang( zaman BN) dan anak Melayu Pulau Pinang terawal dalam jawatan kabinet ketika Pas bersama BN.

Kekanda yakin, sebagai anak kepada seorang tokoh besar, ada perkara yang adinda belum mengetahui tentang TGNA kerana kekanda sendiri senantiasa mendapat maklumat baru tentang ayah kekanda THYR, yang kami sendiri tidak pernah mengetahuinya.

Melalui seminar kita sebagai anak akan terus mempelajari tentang ayah kita. Melainkan adinda telah mengetahui segalanya tentang ayahanda adinda, itu kekanda tidak tahu.

Adinda,

Demikianlah warkah kekanda untuk ditatapi umum, biarlah mereka membaca celoteh kekanda. Mereka tidak memahami bagaimana menjadi anak kepada tokoh, ya kekanda pernah kecil hati pada kritikan kepada ayah tetapi kekanda belajar membesar dengan realiti ini.

Ya kekanda memilih untuk bersama Amanah, kekanda rela menerima kritikan. Adinda juga mungkin merasai perasaan yang sama dikritik hebat gaya ‘politik berhemah’ adinda.

Walaupun demikian, ketahuilah kekanda tidak akan menyekat mana-mana pihak mengkaji atau membuat seminar tentang ayah kekanda malah kekanda dengan berbesar hati mengajak adinda untuk menjadi pembentang dalam seminar anjuran Amanah untuk membetuli apa yang adinda rasa dieksploitasi oleh parti Amanah. Jika adinda bersetuju, kekanda akan meminta penganjur menjemput adinda mewakili keluarga TGNA.

Semoga ALLAH memelihara kita semua dalam kehidupan berbaki menuju alam abadi. Salam kasih pada bonda dan semua keluarga TGNA dari keluarga besar THYR. Semoga adinda menerima jemputan kekanda dengan dada yang lapang dan semoga tiada laporan polis dibuat kerana warkah ini.

MUJAHID YUSOF RAWA

28 March 2017

Sumber: Sinar Harian



Sumber Ke hadapan Adinda Nik Abduh…

Gambar dan video: Lelaki 25 tahun hilang ketika pergi kebun sawit, akhirnya ditemui dalam perut ular sawa

$
0
0

Detik ngeri yang memaparkan satu mayat lelaki dibawa keluar dari perut seekor ular sawa tujuh meter tersebar di internet.

Kejadian itu berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menurut Tribun, mangsa, Akhbar Salubiro, 25, hilang pada malam Ahad apabila pergi ke kebun untuk memungut kelapa sawit di sebuah kampung pendalaman di barat Sulewesi, Indonesia.

Penduduk kampung memulakan pencarian dan menemui seekor ular sawa gergasi yang kelihatan seperti keletihan pada keesokan harinya.

 

Image may contain: outdoor

Gambar dan video: Lelaki 25 tahun hilang ketika pergi kebun sawit, akhirnya ditemui dalam perut ular sawa

Gambar dan video: Lelaki 25 tahun hilang ketika pergi kebun sawit, akhirnya ditemui dalam perut ular sawa

 

 

Perut ular terbabit kemudian dibelah menggunakan pisau sepanjang 18 inci dan mayat Akhbar ditemui di dalamnya.

“Awalnya, Akbar berangkat dari rumahnya sekitar pukul 07.00, menuju kebun sawitnya membawa alatan,” kata Setiausaha Desa, Junaedi kepada TribunSulbar.com.

“Penduduk di sini dengar ada orang menjerit sekitar pukul 13.00, tapi dianggap orang memburu babi. Jadi, suara minta tolong tidak dihiraukan,” ujarnya.

Akbar mula disyaki hilang oleh keluarga kerana tidak pulang seharian. Kebiasaannya, Akhbar akan pulang pada waktu siang.

Video kejadian itu tidak dimasukkan ke artikel ini kerana mempunyai elemen ngeri. Tetapi, bagi yang berani, boleh melihat video berdurasi 5 minit itu di laman Tribun.

 

 

Sumber: SK



Sumber Gambar dan video: Lelaki 25 tahun hilang ketika pergi kebun sawit, akhirnya ditemui dalam perut ular sawa

Video aksi minah terkejut ini cuit hati netizen, anda tercuit tak?

$
0
0

BIASANYA apabila dikejutkan oleh sesuatu misalnya rangsangan yang tidak dijangka, kita akan memberikan respons terkejut seperti tersentak atau mengeluarkan suara secara spontan.

Video aksi minah terkejut ini cuit hati netizen, anda tercuit tak?

Video aksi minah terkejut ini cuit hati netizen, anda tercuit tak?

Reaksi begini sebenarnya bukanlah dibuat-buat, sebaliknya merupakan tindak balas di luar kawalan, sehingga kadang-kadang menggeluarkan perkataan yang tidak sesuai.

 

 

Begitulah reaksi spontan yang dihadapi oleh seorang pengguna Twitter, @thejieha apabila rakaman kompilasi dirinya pernah melatah menjadi tular sehingga menerima lebih 3,400 perkongsian di laman sosial.

 

Menerusi beberapa rakaman yang dipaparkan, dia diusik oleh suaminya beberapa kali ketika berada di dalam kereta, mahupun ketika sedang makan.

Ia sekali gus membuatkan wanita tersebut hanya mampu ‘reda’ dan bersabar sahajalah dengan usikan suaminya itu.

Rata-rata netizen merasakan aksinya yang bersahaja lagi mudah terkejut itu merupakan sesuatu yang lucu lagi comel, serta tidak jemu untuk ditonton.

“Dia punya ‘heyyyy’ tu berapa harakat,” tulis Harith Zaid.

Diyana Hussin pula berkata: “Suami saya pun sering usik macam ni, saya tak suka dan terpaksa melatah teruk.”

Sementara Maer pula menambah: “Bikin stress je kalau dapat pasangan macam ni. Okay lah tu tak sampai melatah. Ada member kuat gak terkejut, dia punya layan MasyaAllah😂,”

Apa-apa pun reaksi wanita itu harus dipuji kerana biarpun diusik dan disakat beberapa kali, dia tetap tidak mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kedengaran.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Video aksi minah terkejut ini cuit hati netizen, anda tercuit tak?

“Itu hak kami sebagai ibu bapa” – Disaman kerana tak benar letak nama anak ‘Allah’

$
0
0

Sebuah kumpulan hak asasi awam menyaman Georgia kerana keengganan negeri itu membenarkan sepasang suami isteri menamakan anak mereka berusia 22 bulan, ‘Allah.’

"Itu hak kami sebagai ibu bapa" - Disaman kerana tak benar letak nama anak 'Allah'

“Itu hak kami sebagai ibu bapa” – Disaman kerana tak benar letak nama anak ‘Allah’

Kesatuan Hak Asasi Awam Amerika Georgia (ACLU) memfailkan saman itu baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Daerah Fulton bagi pihak pasangan, Elizabeth Handy dan Bilal Walk. Yang dipertaruhkan ketika ini adalah nama terakhir kanak-kanak perempuan itu, Allah.

Peguam Jabatan Kesihatan Awam Georgia memaklumkan akhbar The Atlanta Journal-Constitution, undang-undang negeri mensyaratkan nama keluarga bayi itu sama ada bapa atau ibu untuk rekod kelahiran awal.

Pihak berkuasa negeri berkata, nama akhir kanak-kanak itu, ZalyKha Graceful Lorraina Allah, sepatutnya Handy, Walk atau gabungan keduanya.

 

Pasangan itu memaklumkan akhbar, mereka memberi nama anaknya ‘Allah’ kerana nama itu suci.

“Kami memahami dari segi peribadi kaitan nama itu.

“Ia bukan sesuatu yang kami mahu jelaskan secara terperinci. Apa yang penting ialah hak kami sebagai ibu bapa,” kata Walk.

ACLU Georgia memfailkan saman bagi pihak pasangan itu, yang berkata mereka gagal mendapatkan nombor Keselamatan Sosial anak perempuan mereka kerana ketiadaan sijil lahir selain menjangka berdepan kesukaran capaian penjagaan kesihatan, sekolah dan perjalanan. – AP/BH ONLINE

Via:Mynewshub



Sumber “Itu hak kami sebagai ibu bapa” – Disaman kerana tak benar letak nama anak ‘Allah’

“Kalau nak makeup pengantin, jurumekap memang kena halau semua orang keluar dari bilik ek?” – Ini jawapan MUA untuk netizen yang bertanya

$
0
0
Oleh Azlin Sharima (MUA Melaka & Johor Bahru)
Untuk bakal pengantin, sebab-sebab Make-up Artist (MUA) ‘halau’ untuk info:
"Kalau nak makeup pengantin, jurumekap memang kena halau semua orang keluar dari bilik ek?" - Ini jawapan MUA untuk netizen yang bertanya

“Kalau nak makeup pengantin, jurumekap memang kena halau semua orang keluar dari bilik ek?” – Ini jawapan MUA untuk netizen yang bertanya

1. GUNA BARANG MAKE-UP MUA TANPA IZIN
Ramai makcik-makcik dan sepupu pengantin ini suka duduk dalam bilik pengantin. Duduk diam tak apa, ini ada yang jenis dia pun sibuk bersiap, sambil-sambil jeling barang-barang make-up kita. Kemudian, mulalah adegan “Eh kak, pinjam bedak”, “Pakai foundation apa ni? Flawlessnya. Nak sikit?”. Criitttt! Criitttt! dia pam tanpa sempat kita nak memberi kebenaran. Itu antara drama makcik-makcik korang yang sukar dikawal. 
2. BAWA BUDAK KECIL DALAM BILIK PENGANTIN
Ada jenis yang suka tengok dan bawa budak-budak kecil atau anak sekali dalam bilik pengantin. Kemudian budak-budak pun main barang-barang make-up dan yes, ada adegan lipstick patah, eye shadow hancur berkecai. Like I said, ada parents memang tak tegur.
Barang-barang bukan murah, siapa nak ganti? Sila jawab. 
3. MAKCIK-MAKCIK KOMPLEN MAKE UP PENGANTIN MACAM ‘HANTU’
Makcik-makcik bawang, tak habis make-up lagi dah cakap macam hantu. Eh, tak payahlah berada dalam bilik pengantin. Tengok saja live video MUA, ramai saja yang komen ‘macam hantu’, padahal orang itu baru saja tepek foundation tak siap pun lagi. Ayat-ayat seperti itu sebenarnya akan membuatkan pengantin tak keruan dan asyik-asyik tengok cermin. Takut muka nampak macam hantu bila dah habis make-up. 
Kemudian ada adegan pengantin nak warna lipstick nude. Makcik-makcik pula nak warna pink terang. Harus diingatkan ada makcik-makcik yang betul membantu, ada makcik-makcik yang iri hati tengok awak cantik. Jadi, sebagai MUA, kita lebih ikutkan mata pengantin. Kalau pengantin kata warna yang dipilih itu okay, kita proceed. Kalau dia nak merah menyala, hak pengantin sebab dia yang bayar kami. Makcik is being makcik, always complaining. Ada saja makcik yang baik dan sekepala, tidak dinafikan. 
Itu saja sedikit drama dalam bilik pengantin untuk awak-awak semua faham. Mostly yang kena condemn ini normally mak andam biasa-biasa. Kalau make-up artist, jarang mereka nak condemn hasil kerja mereka sebab nama pun make-up artist. Kalau muka awak sendu dimake-up oleh make-up artist, cakaplah macam mana pun korang tetap rasa muka korang lawa ala-ala Nora Danish. 
Bertabahlah sisturr, ini pendapat saya sahaja. 
Via: TR


Sumber “Kalau nak makeup pengantin, jurumekap memang kena halau semua orang keluar dari bilik ek?” – Ini jawapan MUA untuk netizen yang bertanya

“Boleh dapat anugerah pelakon penipu” – Ibu Zarina Zainuddin bongkar rahsia Zarina Anjoulie

$
0
0

Baru-baru ini menerusi portal akhbar tempatan pelakon Zarina Anjoulie yang lebih dikenali sebagai Anju telah membuat laporan polis terhadap seorang ibu kepada pelakon Zarina Zainuddin berhubung dengan isu ugutan yang diterima olehnya.

"Boleh dapat anugerah pelakon penipu" - Ibu Zarina Zainuddin bongkar rahsia Zarina Anjoulie

“Boleh dapat anugerah pelakon penipu” – Ibu Zarina Zainuddin bongkar rahsia Zarina Anjoulie

Apa yang difahamkan, kerenggangan hubungan antara Anju dan ibu Zarina yang mesra disapa dengan panggilan ‘Mama’ itu bermula selepas isu yang kononnya Anju telah meniru dan menipu pelanggan tentang produk perniagaannya.

maxresdefault

Mereka berdua menjalankan perniagaan yang sama iaitu dengan menjual sabun sirih dan Mama juga mendakwa bahawa Anju telah menipu pelanggan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa semua sabun yang dijualnya itu adalah hasil tangan Anju sendiri walhal ia telah diambil dari kilang.

zarina-1_1

Mari kita baca antara kenyataan dari Mama sendiri menerusi akaun Instagram miliknya selepas Anju membuat laporan polis terhadapnya:

“MA BUKAN NK GADUH TAPI DH PRINSIP MA X SUKA ORG TIPU KT IG NYA DIA KATA DIA BUAT SENDIRI NI KT HARIAN METRO DIA KATA DIA BELI DARI PEMBEKAL KAIN..YAA ALLAH BELUM APA2 DIA SENDIRI DH TERCAKAP MA RASA DIA NI X BETUL MA MALAS LA NK GADUH NGAN ORG STIM NI CAKAP LINTANG PUNGKANG LEPAS TU SALAH KAN MA KATA MA JUAL AGAK MAHAL BAYANGKAN MA JUAL NGAN DIA RM13. MA DAPAT RM2 SEKEPING ..TAPI PASAL KESIAN MA BAGI GAK NI BELI KILANG MEMANG LA MURAH DH BUAT BANYAK2 TAPI KENAPA PERLU BERLAKUN TUANG SABUN BAGUS SANGAT LAKUNAN YANG SUAM2 KUKU TU ..MA MALAS NK BISING TAPI BILA DIA AIB KAN KENCING BERAK ATAS KEPALA MA X BOLEH DIAM MA BUKAN DUNGGU MCM BRLUKANG TUUU..👹👹👹👹👹

“MEMANG MANTUPPPP LAKUNAN NYA BOLEH DAPAT ANUGRAH PELAKUN PENIPU”

“TOLONG LA BELUKANG KLU KAU DH BIASA DUDUK DALAM LONGKANG DI MANDI KAN AIR MAWAR PUN BAU BELUKANG TETAP ADA..HAAAAH KAN DH GERAM NI SAKIT HATI ASIK FITNAH KAN MA JE MANA MA NK LETAK MUKA.. ALLAH TU ADA BERKAT ZIKIRULLAH MA TIAP2 SUBUH TERBONGKAR JUGAK BUKAN MA YANG BONGKAR SENJATA MAKAN TUAN KENA TULAH KETURUNAN SHIKH DAN SAID HAMIK KAU”

Mungkin kepada anda yang sudah mencuba sabun sirih keluaran Mama dan Anju boleh menilai tentang keberkesanan sabun sirih mereka berdua.

Kami  berharap agar Mama dan Anju dapat menyelesaikan isu ini dengan baik tanpa sebarang tindakan undang-undang.

Sumber:Suria FM

 



Sumber “Boleh dapat anugerah pelakon penipu” – Ibu Zarina Zainuddin bongkar rahsia Zarina Anjoulie

“Hormat kerja orang, wartawan bukan diperlukan ketika promosi produk semata-mata” – Tengku Khalidah tegur Adi Putra isu siarkan no telefon wartawan pada umum

$
0
0

Minggu lepas, pengakuan Adi Putra di Instagram yang sudah menceraikan kedua-dua isterinya mengejutkan ramai pihak.  Ada yang mengatakan Adi tidak tahan dengan konflik berterusan antara kedua-dua isterinya itu. Malah, pelbagai spekulasi lain turut timbul.

Segala usaha beberapa wartawan untuk mendapatkan komen Adi berhubung kes penceraiannya itu gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

Namun, seorang wartawan Kosmo!, Nurul Fadila Awaludin  cuba untuk bertanyakan hal berkenaan melalui aplikasi WhatsApp, malang sekali Adi menjawab pertanyaan itu dengan sinis dan turut mendedahkan perbualan itu berserta nombor telefon wartawan terbabit di akaun Instagramnya.

"Hormat kerja orang, wartawan bukan diperlukan ketika promosi produk semata-mata" - Tengku Khalidah tegur Adi Putra isu siarkan no telefon wartawan pada umum

“Hormat kerja orang, wartawan bukan diperlukan ketika promosi produk semata-mata” – Tengku Khalidah tegur Adi Putra isu siarkan no telefon wartawan pada umum

Sejak daripada hari itu, Nurul menerima pelbagai mesej berbaur kecaman akibat daripada perbuatan Adi yang tidak mengaburkan nombor telefon miliknya. Nurul meyifatkan Adi seolah-olah mahu membuliinya.

Isu ini turut mendapat perhatian wartawan lain juga yang menyelar tindakan Adi kerana tidak menghormati tugas mereka.

Berikut antara teguran wartawan Tengku Khalidah Tengku Bidin mengenai isu ini : –

Walaubagaimanapun seseorang artis itu sedang menghadapi masalah ataupun terganggu dengan hal peribadi, mereka seharusnya menghormati juga kerja orang lain. Selama ini, wartawan juga yang  membantu menaikkan nama Adi Putra sehingga beliau dikenali.

 

Sumber Berita : Tengku Khalidah

 

Via: Beautifulnara

 



Sumber “Hormat kerja orang, wartawan bukan diperlukan ketika promosi produk semata-mata” – Tengku Khalidah tegur Adi Putra isu siarkan no telefon wartawan pada umum

Co-pilot wanita solat dalam kokpit ketika dalam penerbangan dipuji netizen

$
0
0

Solat adalah tiang agama, maka ianya tidak perlulah dilengah-lengahkan jika tiada keperluan, seorang juruterbang pesawat Garuda Indonesia telah memuatnaik sekeping gambar di laman sosialnya di mana ianya telah mendapat pujian oleh netizen negara berkenaan, lapor Tribunnews.com.

Co-pilot wanita solat dalam kokpit ketika dalam penerbangan dipuji netizen

Co-pilot wanita solat dalam kokpit ketika dalam penerbangan dipuji netizen

Kapten Jaka Pituana telah memuatnaik gambar pembantu juruterbang Sarah Widayanti Kusuma yang sedang bersolat ketika pesawat sedang bergerak menuju ke destinasinya di dalam kokpit.

Gambar berkenaan telah menjadi tular di laman media sosial dengan kapsyen  “terima kasih ya doanya…pantas aje cuaca clear sepanjang penerbangan…#sarahwidiyanti, #crewlife#airbus330#pilot.

Beliau turut menyatakan pembantunya itu merupakan seorang muslimat yang taat kepada agama di aman dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam kerja di mana pesawat yang dipandu mereka selalunya adalah laluan jarak jauh di mana ketika itu pesawat menuju ke Zhen Zhou, Tiongkok, China selepas berlepas dari Bali yang memakan masa selama enam jam.

Sumber: SK



Sumber Co-pilot wanita solat dalam kokpit ketika dalam penerbangan dipuji netizen

Buih misteri sebesar kereta berbau busuk bergolek atas jalan hantui penduduk Bandar Kinrara

$
0
0

Penduduk Bandar Kinrara Seksyen 3 gempar apabila terdapat beberapa ‘ketulan’ buih bersaiz seperti sebuah kereta bergolek atas jalan berhampiran kawasan komersil di Jalan BK3/2 di sini.

Buih misteri sebesar kereta berbau busuk bergolek atas jalan hantui penduduk Bandar Kinrara

Buih misteri sebesar kereta berbau busuk bergolek atas jalan hantui penduduk Bandar Kinrara

Difahamkan, insiden itu berlaku sejak Isnin lalu dan penduduk mendakwa buih yang datang dari parit monsoon berhampiran menjadi semakin besar dari hari ke hari.

Penduduk, May Hon, 61, berkata, yang merisaukan bau buih berkenaan busuk dan menusuk hidung seakan-akan seperti pencuci mengandungi bahan kimia.

Lebih mengusarkan kulit akan terasa gatal sekiranya terkena buih dan baunya boleh menyebabkan sakit kepala serta mual.

“Saya sering berjoging di taman rekreasi dekat sini, semalam (kelmarin) saya terkejut bila nampak ketulan buih dalam parit monsoon di sini seakan-akan seperti bentuk gunung.

“Ia kemudian terbang ditiup angin hingga ke kawasan parkir kenderaan,”katanya. May Hon berkata dia bimbang jika buih tersebut berisi kandungan kimia atau bahan tercemar yang boleh mengundang masalah kesihatan.

“Kulit terasa gatal jika menyentuhnya..malah saya rasa macam nak pitam jika lama sangat terhidu,” katanya lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 14 Dun Kinrara, Lawrence Chiew berkata, dia menerima aduan daripada penduduk kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurutnya, dia yang bergegas ke lokasi terkejut melihat banyak buih besar di dalam parit monsoon dan sebahagiaanya sudah berada di atas jalan.

“Penduduk beritahu pada mulanya ia hanya seperti buih basuh baju jumlahnya tidak banyak tapi semalam buih itu makin mengembang dan naik sampai ke atas tebing hingga menakutkan mereka.

“Bila hujan dan cuaca berangin buih itu melayang ke atas jalan dan dikatakan melekat di sebuah teksi,” katanya.

Beliau berkata, penduduk rasa bimbang dan tidak selesa kerana buih itu berbau busuk serta menyebabkan ramai antara mereka sakit kepala.

“Sekarang ini kami tak tahu dari mana buih ini datang, harap pihak berkuasa buat siasatan dan cari apa puncanya, jika disebabkan sisa buangan kilang kena ambil tindakan segera kerana bimbang ia menyebabkan pencemaran di sini,” katanya.

Sumber:Sinar



Sumber Buih misteri sebesar kereta berbau busuk bergolek atas jalan hantui penduduk Bandar Kinrara

“Dia tetap isteri sempurna” – Digelar ‘lelaki teragung’ kerana terima ibu tunggal 3 anak, 25 tahun lebih tua darinya dan tidak mempunyai rahim sebagai isteri

$
0
0

Ketulusan hati lelaki muda ini memilih wanita 25 tahun lebih berusia daripadanya selain berstatus ibu tunggal kepada tiga anak dan tidak mempunyai rahim sebagai isterinya begitu dikagumi serta menyentuh hati.

"Dia tetap isteri sempurna" - Digelar 'lelaki teragung' kerana terima ibu tunggal 3 anak, 25 tahun lebih tua darinya dan tidak mempunyai rahim sebagai isteri

“Dia tetap isteri sempurna” – Digelar ‘lelaki teragung’ kerana terima ibu tunggal 3 anak, 25 tahun lebih tua darinya dan tidak mempunyai rahim sebagai isteri

Walaupun perbezaan usia yang jauh dan juga ada ‘kekurangan’ pada isterinya, tidak pernah menjadi penghalang kepadanya untuk mencipta kebahagiaan bersama wanita pilihannya.

Tidak salah rasanya menganggap Mohd Azwin Kamarulzaman, 30, sebagai ‘lelaki teragung’ apabila menikahi Noriha Nordin, 55, lima tahun lalu kerana belum tentu ada lelaki lain yang sanggup berbuat sepertinya disamping melayani isterinya seperti permaisuri.

Pasangan ini langsung tidak menampakkan celanya sebaliknya dilihat begitu serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain.

 

Kematangan Mohd Azwin sebagai ketua keluarga menjadi ‘perencah’ kepada kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga selain menghangatkan lagi percintaan luar biasa mereka yang turut mendapat pujian rakan-rakan.

Mohd Azwin berkata, dia tidak kisah isterinya tidak boleh hamil dan melahirkan anak.

Baginya zuriat bukanlah pengukur kepada kebahagiaan kerana dia sudah pun menjadi bapa segera kepada tiga anak tiri yang dianggap seperti anak kandungnya.

“Saya ikhlas menyayangi isteri dan mahu menjaga serta melindunginya sehingga ke akhir hayat saya, jadi tidak timbul isu anak.

“Di mata saya, isteri tetap wanita sempurna dan dia (isteri) adalah satu anugerah terindah dalam hidup dan tidak akan mensia-siakannya.

“Sejak mengahwininya banyak perubahan positif berlaku ke atas saya dan rezeki juga lebih murah. Banyak perkara baru dipelajari daripadanya terutamanya dalam perniagaan dan kami bersama-sama membuka pusat latihan renang di Pusat Akuatik Hang Jebat, Kerubong, di sini, sejak dua tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi percintaan dengan isterinya Mohd Azwin berkata, kali pertama melihat isteri kira-kira enam tahun lalu ketika isteri bersama anak-anaknya mengikuti kelas renang diajar ibunya yang juga jurulatih di Kompleks Renang Melaka Bandaraya Bersejarah.

“Hati saya berasa tenang setiap kali menatap wajahnya dan dalam diam saya jatuh cinta terhadapnya.

“Kegigihan isteri mengusahakan ternakan ikan air tawar demi membesarkan anak-anaknya yang ketika itu mengalami krisis rumah tangga selama 25 tahun dengan bekas suaminya menguatkan lagi keinginan untuk mengenalinya lebih mendalam,” katanya.

Katanya, di sebalik kelembutannya, sebenarnya isteri adalah seorang yang tegas dan kuat semangat.

Selain itu menurutnya, isteri adalah rakan rapat kepada ibunya Sabariah Tompang, 57, dan sebelum berkahwin memanggil isterinya umi (ibu) kerana menghormati disebabkan usianya hampir sama dengan ibu.

“Kini, saya tidak menyangka panggilan itu (umi) bertukar kepada sayang walaupun pada awalnya agak kekok menyebutnya.

“Kehadirannya melengkapkan hidup saya dan tidak sanggup kehilangannya,”katanya.

Sementara itu Noriha berkata, suaminya mempunyai sifat kematangan yang tinggi meskipun usianya jauh lebih muda daripadanya dan itu membuatkan mereka serasi sebagai suami isteri.

Katanya, tidak dinafikan pada peringkat awal dia agak keberatan untuk menerima pinangan ibu mertua kerana serik dengan kegagalan perkahwinan pertama dengan bekas suami selain berpendapat Mohd Azwin boleh mendapat calon isteri lebih baik daripadanya.

“Tetapi kesungguhan dan keikhlasan suami serta sokongan anak-anak membuka pintu hati untuk berkahwin kali kedua dengannya (suami).

“Ternyata ini adalah pilihan terbaik dan menganggap ia adalah rahmat daripada Allah dan kebahagiaan diberikan menggantikan penderitaan yang saya lalui dengan perkahwinan sebelum ini,” katanya.

Noriha berkata, dia sendiri berasa kagum terhadap suaminya kerana pada usia 25 tahun ketika mereka bernikah, suami dapat memikul tanggungjawab dengan baik kepadanya dan anak-anak tiri.

“Suami saya seorang sangat penyayang dan penyabar melayan kerenah saya serta sering mengalah dalam apa juga keadaan.

“Sikap baiknya itu membuatkan dia (suami) disayangi seluruh ahli keluarga saya termasuk anak-anak yang memanggilnya ayah.

“Paling menyentuh hati, dia langsung tidak peduli dengan kekurangan diri saya tanpa rahim yang dibuang pada 2007,” katanya.

Katanya lagi, tidak kurang juga ada rakan-rakan menggelarkan mereka ‘belangkas’ kerana sentiasa dilihat bersama di mana-mana.

Noriha berkata, seperti juga pasangan suami isteri lain, dia turut mengharapkan agar rumah tangga yang dibina itu berkekalan dan bahagia.

Sumber:Metro



Sumber “Dia tetap isteri sempurna” – Digelar ‘lelaki teragung’ kerana terima ibu tunggal 3 anak, 25 tahun lebih tua darinya dan tidak mempunyai rahim sebagai isteri

Jalani pembedahan cantikkan payudara, punggung dan sedut lemak dalam satu masa, wanita 29 tahun ini akhirnya maut!

$
0
0

Seorang ahli perniagaan wanita berusia 29 tahun mati selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik pada satu sesi, Ahad lalu.

 

Jalani pembedahan cantikkan payudara, punggung dan sedut lemak dalam satu masa, wanita 29 tahun ini akhirnya maut!

Jalani pembedahan cantikkan payudara, punggung dan sedut lemak dalam satu masa, wanita 29 tahun ini akhirnya maut!

 

 

Menurut laporan Philippine Star, wanita jelita itu, Shiryl Saturnino, menjalani pembedahan buah dada, punggung dan proses menyedut lemak di sebuah klinik di Mandaluyong City, timur Manila.

Selepas pembedahan itu bermula pada 5 petang sehingga 2.40 pagi itu, doktor mendapati jantung Saturnino berhenti dan selepas beberapa percubaan memulihkan denyutan jantungnya gagal, wanita itu dihantar ke Pusat Perubatan Makati, namun sudah terlewat dan Saturnino diisytihar meninggal dunia pada 3.21 pagi.

Pihak berkuasa kini menunggu hasil bedah siasat bagi melengkapkan siasatan, termasuk kemungkinan kecuaian doktor atau sebab lain.

Menurut kenyataan Icon Clinic kepada Inquirer.net, Saturnino ialah pelanggan tetap yang menjadi keutamaan klinik itu sejak beberapa tahun lalu.

Sumber:Metro



Sumber Jalani pembedahan cantikkan payudara, punggung dan sedut lemak dalam satu masa, wanita 29 tahun ini akhirnya maut!

Tapak kasut Bata disahkan bukan kalimah Allah

$
0
0

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran mengesahkan tulisan pada tapak kasut jenama Bata yang menjadi tular sejak akhir-akhir ini jelas tidak menyerupai kalimah ALLAH.

Tapak kasut Bata

Tapak kasut Bata

Pengerusinya, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, keputusan itu diambil selepas Ahli Lajnah Tasheh al-Quran membuat semakan dan penelitian terhadap kasut berkenaan.

“Selepas diteliti, ia bukan kalimah ALLAH seperti yang didakwa.

“Jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada pihaknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, heboh di laman-laman sosial berkaitan tulisan pada kasut jenama Bata yang dikatakan menyerupai kalimah ALLAH.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Tapak kasut Bata disahkan bukan kalimah Allah

“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur” – Azmin Ali

Harga minyak RON95 turun 17 sen, RON97 turun 19 sen manakala diesel 9 sen

Pemandu Uber dan Grabcar tak terkecuali isytihar pendapatan

$
0
0

Kalangan pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar yang bekerja separuh masa tidak terkecuali daripada mengisytiharkan pendapatan masing-masing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah menegaskan, ini kerana  mereka tertakluk untuk dicukai jika memperoleh pendapatan daripada perkhidmatan itu selain sumber pendapatan tetap yang melebihi minimum RM30,000 setahun.

“Pendapatan (Uber dan GrabCar) itu wajib diisytiharkan sebagai pendapatan tambahan dalam Borang B,” katanya pada sidang media bersempena sesi minum petang bersama media di sini, Rabu.

Mengulas selanjutnya, Sabin berkata pelaksanaan aplikasi tempahan Uber dan GrabCar itu secara berkomputer sepenuhnya juga membolehkan agensi cukai itu mendapatkan senarai pemandu serta jumlah pendapatan mereka.

Malah, LHDN juga dapat memperoleh maklumat pendapatan individu itu menerusi pihak bank apabila mereka membuat pembelian hartanah ataupun kenderaan.

Selain itu, Sabin berkata LHDN akan mempertingkatkan usahanya untuk menjalankan siasatan audit dan cukai terhadap syarikat multinasional berikutan ada syarikat berkenaan terbabit dalam perbuatan mengelak cukai.

Atas alasan itu, katanya, LHDN telah menubuhkan Bahagian Perancangan Cukai Agresif yang berkemungkinan membawa kepada kutipan (cukai) kira-kira RM400 juta dari syarikat multinasional.

Menurutnya, pada 2016, LHDN dapat mengutip cukai langsung sebanyak RM114.015 bilion biarpun dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

“Daripada jumlah itu, komponen cukai individu adalah kira-kira 26.45 peratus, cukai korporat (57.75 peratus), cukai petroleum (7.39 peratus) dan selebihnya daripada lain-lain komponen,” katanya.

LHDN telah menetapkan sasaran kutipan cukai langsung sebanyak RM127.73 bilion dan akan menumpukan sektor yang memberi sumbangan signifikan kepada keluaran dalam negara kasar seperti sektor pembuatan dan perkhidmatan.– Bernama
Sumber: Mstar



Sumber Pemandu Uber dan Grabcar tak terkecuali isytihar pendapatan

Bakal cikgu didakwa liwat murid tahun 6 tanpa kerelaan

$
0
0

Seorang bakal guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini atas dakwaan meliwat seorang murid tahun 6, tahun lalu.

Guru didakwa meliwat murid tahun 6

Tertuduh, Mohamad Harman Faiz Hassin, 26, dari Kota Bharu, Kelantan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa berusia 12 tahun tanpa kerelaannya di sebuah bilik asrama di sebuah Institusi Pendidikan Guru (IPG) di negeri ini, kira-kira jam 1 petang, pada 17 September 2016.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan jenayah mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Adila Mat Zaidan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 29 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum kejadian, kira-kira jam 10.15 pagi, tertuduh datang ke rumah mangsa yang juga merupakan bekas muridnya sepanjang tempoh latihan amali dan meminta izin daripada kedua-dua ibu bapa mangsa untuk menemaninya ke pekan Jerteh bagi membayar bil.

Selepas selesai menjelaskan urusan pembayaran bil, tertuduh didakwa membawa mangsa ke bilik asramanya dan setibanya di bilik berkenaan, tertuduh didakwa ada menyuruh mangsa bermain permainan komputer miliknya.

Semasa sedang asyik bermain, tertuduh dipercayai menghampiri mangsa sebelum meliwatnya tanpa kerelaan.

Mangsa yang menangis kerana ketakutan memaksa tertuduh menghantarnya pulang ke rumah sebelum mengambil keputusan menceritakan kejadian kepada kedua ibu bapanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan di bahagian duburnya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Bakal cikgu didakwa liwat murid tahun 6 tanpa kerelaan
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>