Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya tujuh tahun lalu. Akhirnya Tamat. Pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya Tersenyum Menunggu Hukuman Gantung
Ketiga-tiga tertuduh masih mampu tersenyum sebelum dibawa anggota Jabatan Penjara keluar dari Mahkamah Persekutuan selepas hukuman dibacakan.
Kes pembunuhan jutawan kosmetik itu antara kes berprofil tinggi yang misteri dan mengambil tempoh panjang untuk diselesaikan.
Kredit: Utusan Malaysia
Berita kehilangan jutawan kosmetik itu mula tersebar di laman sosial Twitter beberapa hari sebelum menyambut Hari Kemerdekaan dan pertengahan bulan Ramadhan 2010.
Pada 12 Sep 2010, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Datuk Sosilawati dan tiga orang yang mengiringinya ke Banting, Selangor untuk satu urusan pembelian tanah telah mati dibunuh.
Selepas beberapa kali prosiding mahkamah, pada 16 Mac, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas ketiga-tiga lelaki itu kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noohisham Mohamed, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44 dikekalkan.
Kami mengimbau kembali kronologi kes pembunuhan yang menyayat hati, Datuk Sosilawati Lawiya, Noohisham Mohamed, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Kamaruddin Shamsuddin. Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.
30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin dilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli tanah.
6 Sept 2010: Kereta BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 yang digunakan Sosilawati pada hari beliau dilaporkan hilang ditemui di tempat letak keretaflat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya manakala kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di depan kawasan perumahan teres dua tingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.
9 Sept 2010: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.
11 Sept 2010: Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorang peguam, turut ditahan bagi membantu siasatan.
12 Sept 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri MohdBakri Zinin mengesahkan keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan kejam sebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalam sungai berhampiran.
13 Okt 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayandihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuhSosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.
15 Okt 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap U. Suresh dan K. Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskanbahan bukti dalam pembunuhan itu.
21 Feb 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun penjara kepada 20 tahun ke atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan itu.
4 Julai 2011: Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
3 Nov 2011: Pakar perunding forensik Dr. Nurliza Abdullah dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan mengesahkan bahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di sebuah sungai dan ladang di Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat individu berkenaan, berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia.
Dr. Nurliza juga berkata semua tulang itu menunjukkan kesan pembakaran atau pendedahan pada suhu haba amat tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 800 darjah selcius ke atas.
10 Nov 2011: Dr. Norhayati Jaffar, yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik HKL memberi keterangan mengesahkan tujuh daripada 10 sampel gigi yang ditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, adalah gigi manusia.
31 Jan 2012: Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon memberi keterangan mengesahkan profil DNA Noorhisham diperoleh daripada kesan darah pada kayu kriket.
Beliau juga mengesahkan profil DNA Kamaruddin dan Ahmad Kamil diperoleh daripada kesan darah pada kepingan zink yang dijumpai di ladang kelapa sawit Sungai Arak, Banting.
30 April 2012: Hakim Akhtar memerintahkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matandan Kathavarayan membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham,Ahmad Kamil dan Kamaruddin selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes primafacie.
23 Mei 2013: Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.
16 Mac 2017: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Bernama, Sinar Harian, Astro Awani, Utusan Malaysia
Sumber
Akhirnya Tamat. Pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya Tersenyum Menunggu Hukuman Gantung