Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Pelaburan forex: 23,259 pelabur putih mata, kerugian cecah RM80 juta

$
0
0

Seramai 23,259 pelabur menjadi mangsa kes skim pelaburan forex dengan anggaran kerugian mencecah hampir RM80 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Kes jenayah

Beliau berkata, perkara itu didedahkan selepas pihaknya menerima sejumlah 408 laporan polis berhubung kes berkenaan yang dikendalikan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai VenusFX.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kami mendapati syarikat ini memperdaya mangsa untuk membuat pelaburan minimum bernilai RM2,000 hingga RM40,000 dan pembayaran keuntungan akan dibuat secara harian.

“Pelaburan forex ini dibuat secara pelaburan manakala keuntungan dijanjikan tidak dibayar. Susulan itu, kami melancarkan operasi nuri untuk membanteras kegiatan ini di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan lima suspek lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur lingkungan 28 hingga 38 tahun.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan reman selama 21 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 Pindaan 2014 (Akta 297).

“Selain itu, kami merampas satu unit komputer riba, 10 telefon bimbit pelbagai jenama, 10 keping kad ATM dan lima kenderaan pelbagai jenis dianggarkan berjumlah RM750,000 dalam serbuan yang dijalankan.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa kegiatan penipuan pelaburan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata jika ditawarkan sebarang bentuk pelaburan dijanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat, segera membuat semakan dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan.

“Ini untuk memastikan kesahihan pelaburan itu sekaligus mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan ini,” katanya. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Pelaburan forex: 23,259 pelabur putih mata, kerugian cecah RM80 juta

“Celiklah dan buka mata sikit, kita ada kerajaan yang bagus” – Ku Nan

$
0
0

Datuk Seri Adnan Tengku Mansor meluahkan rasa kesalnya kerana masih ramai penduduk negara ini yang bagaikan tidak sedar pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk keselesaan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, masih ada rakyat yang belum ‘celik’ bahawa kemajuan dan kemudahan infrastruktur yang dinikmati hari ini tidak dapat dilihat tanpa adanya kerajaan yang merancang sejak dahulu.

“Terutamanya golongan muda, apa yang anda lihat di Kuala Lumpur hari ni bukan ‘magic’ tapi perancangan kerajaan dan nenek moyang kita dan toleransi masyarakat.

“Jangan bazirkan apa yang ada dan jangan dengar cakap orang-orang yang suka melihat ia musnah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dan sesi cabutan undi Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip), Residensi Seri Wahyu di sini, Rabu.

Menurut Tengku Adnan, setiap rakyat Malaysia perlu mengakui bahawa mereka kini sedang menikmati keselesaan hasil usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Saya saran celiklah dan buka mata sikit, kita ada kerajaan yang bagus jadi jangan perjudikan masa depan anda hanya sebab anda rasa anda tak dapat apa-apa manfaat.

“Kita semua dapat menikmati program kerajaan, jangan nafikannya, anda menipu diri sendiri dan itulah yang saya bimbang kerana ia akhirnya akan musnahkan diri anda sendiri,” katanya.

Tengku Adnan berkata, beliau tidak menganggap kerajaan Malaysia sebagai yang terbaik di dunia, tetapi rakyat perlu berbangga kerana mempunyai pemimpin seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup mendengar kehendak rakyat.

“Kita semua buat salah malah kerajaan Malaysia pun buat salah tapi kerajaan masa kini dengan kepimpinan Datuk Seri Najib, beliau sanggup mendengar dan membetulkan kesalahan untuk pastikan negara terus ke hadapan,” katanya.

Jelasnya, ini berbeza dengan pemimpin dan wakil-wakil pembangkang yang hanya banyak bercakap tanpa melakukan sebarang perubahan untuk rakyat.

Projek Rumawip Taman Wahyu yang bertaraf kondominium ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 1.6 ekar dan menawarkan satu blok kediaman berketinggian 35 tingkat.

Sejumlah 660 unit kediaman Rumawip akan dibangunkan dengan keluasan unit 805 kaki persegi yang dilengkapo tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu parkir berbumbung pada harga RM300,000.
Sumber: MStar



Sumber “Celiklah dan buka mata sikit, kita ada kerajaan yang bagus” – Ku Nan

Polis minta jangan pukul penjenayah, kalau pukul tindakan akan diambil

Wakil rakyat BN marah DAP guna perkataan ‘Tok Lebai’

$
0
0

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan “tok lebai” yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan “tok lebai” yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam.

“Dalam agama Islam, tok lebai merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam,” katanya.

Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu.

Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.

Istilah “tok lebai” popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitternya baru-baru ini merujuk seorang invidu sebagai tok lebai yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” kata Mohamed Azmin.

Bernama

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber Wakil rakyat BN marah DAP guna perkataan ‘Tok Lebai’

Ibu gaduh dengan Zarina Anjoulie, Zarina Zainuddin mohon maaf bagi pihak ibu

$
0
0

Pelakon Zarina Zainuddin tidak mahu menyalahkan atau menyebelahi sesiapa berikutan pertelingkahan membabitkan ibunya dengan pelakon Zarina Anjoulie yang juga sahabat karibnya yang tular di Internet.

Difahamkan, ia berpunca apabila ibu Zarina menuduh Zarina Anjoulie mencedok rahsia produk kecantikannya dan mengeluarkan produknya sendiri.

Baca artikel sebelum: “Boleh dapat anugerah pelakon penipu” – Ibu Zarina Zainuddin bongkar rahsia Zarina Anjoulie

Menurut Zarina, produk itu dikatakan sama dengan produk milik ibunya.

“Dulu hubungan ibu saya dengan Zarina Anjoulie sangat rapat. Dia seperti anak angkat ibu saya dan saya juga menganggapnya seperti adik sendiri.

“Ibu saya yang mengeluarkan produk kecantikan itu dulu dan dia juga yang tunjukkan kepada Zarina Anjoulie tempat dia mengambil barang-barang itu. Sekarang Zarina Anjoulie pula menjual produk itu sehingga menimbulkan kemarahan ibu dan kecil hati atas perbuatannya,” katanya.

Zarina berkata, dalam perkara ini dia tak mahu berpihak kepada sesiapa.

“Memang saya marah apabila ada orang yang mengata, mencerca dan menghina ibu kerana siapa pun dia, dia tetap ibu saya dan saya tidak boleh menderhaka dengannya.

“Zarina Anjoulie ada menghubungi saya mengadu mengenai perkara itu dan saya hanya mampu mendengar saja. Saya tak mahu campur tangan atau jadi ‘batu api’ kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Apa yang saya kesalkan, apabila perkara itu dimuatnaik di lnstagram, ramai pula yang memberi pelbagai komen dan menjadikan cerita itu makin ‘panas’,” katanya.

Menurut Zarina, apa yang berlaku sekarang kedua-dua belah pihak cuba ‘menegakkan’ benang yang basah.

“Apapun saya mahu mereka berdamai. Takkan Zarina Anjoulie tidak terkenang langsung hubungannya yang amat rapat dengan ibu saya dulu. Sebagai anak pula, jika ibu saya yang bersalah, maafkanlah dia. Jangan dipanjangkan lagi isu itu. Ia adalah rezeki masing-masing dan tidak perlulah kita bergaduh kerananya,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Ibu gaduh dengan Zarina Anjoulie, Zarina Zainuddin mohon maaf bagi pihak ibu

“Melambak kes sakit kelamin dikalangan remaja baru habis sekolah, umur 18 dapat HIV” – Akibat seks bebas dengan beberapa wanita tak pakai kondom, seks ketika haid remaja derita kemaluan bernanah dan mandul

$
0
0

Memang diakui kini, budaya hidup masyarakat kita terutamanya segelintir golongan muda telah terlalu jauh terpesong daripada ajarang agama dengan meniru kehidupan budaya barat.

 

 

"Melambak kes sakit kelamin dikalangan remaja baru habis sekolah, umur 18 dapat HIV" - Akibat seks bebas dengan beberapa wanita tak pakai kondom, seks ketika haid remaja derita kemaluan bernanah dan mandul

“Melambak kes sakit kelamin dikalangan remaja baru habis sekolah, umur 18 dapat HIV” – Akibat seks bebas dengan beberapa wanita tak pakai kondom, seks ketika haid remaja derita kemaluan bernanah dan mandul

Ada yang mengamalkan sesuatu yang dilaknat dalam agam seperti mabuk dan mengamalakan seks bebas tanpa berkahwin.

Perlu diketahui seks bebas amat merbahaya kerana seseorang itu akan terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin kerana sering bertukar-tukar pasangan yang juga sepertinya.

Bahaya sangatkah penyakit kelamin ini? jom kita baca penerangan yang ditulis oleh Bel Nawhen, seorang jururawat terlatih berpengalaman dalam perkara ini.

Masalah sosial di kalangan remaja masa kini semakin tenat. Mereka mahu bebas melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi oleh mereka termasuk mengamalkan sex bebas dengan multiple partner.

Nikmat beberapa minit ternyata mampu memberi kesan jangka panjang jika pasangan yang ditiduri oleh mereka mempunyai penyakit kelamin.

Baca sahajalah perbualan saya dengan rakan saya. Remaja kita semakin tenat moralnya. Saya yakin, didikan disekolah sudah lengkap dengan moral serta pendidikan keagamaan. Tapi mereka ini, dengan sikap mahu mencuba maka apa yang dipelajari tidak dibuat endah.

 

Antara penyakit kelamin yang terkenal di kalangan mereka yang mengamalkan seks bebas adalahgonorrhea.

** Penyakit Gonorrhea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria Gonorrhoea. Bakteria ini boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur, atau oral. Ia juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.

Bagi kes jangkitan kepada remaja perempuan, kebiasaannya mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mungkin mengalami gejala ringan sehingga menjadi lebih teruk. Mereka juga mungkin;

  • Merasa sakit ketika membuang air kecil
  • Mengeluarkan cecair berwarna kuning kehijauan dari vagina.
  • Mengalami perdarahan antara kitaran haid.

Rebakan jangkitan pula boleh mengakibatkan Pelvic Inflammatory Disease atau radang pelvik.
Jangkitan pada remaja lelaki pula ditunjukkan dengan tanda-tanda seperti ;

  • Lelehan nanah dari penis.
  • Mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan seperti nanah dari salur kencing.
  • Rebakan ini boleh pergi ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak.
  • Gelaja biasanya timbul antara 2-7hari selepas pendedahan kepada jangkitan. Berbeza dengan gejala pada remaja perempuan yang sedikit lewat

 

!!! Gonorrhea boleh menyebabkan kemandulan kerana parut dari jangkitan yang terhasil di saluran pembiakan.

Jika anda merasakan diri anda atau anak remaja anda mengadu tentang gejala diatas, segeralah berjumpa dengan doktor.

Kebiasaannya rawatan diberikan bersama pasangan.

Doktor akan mengambil cairan dari kemaluan untuk di analisis, kemudian antibiotik akan diberikan.
Harus diingat, pengambilan antibiotik adalah untuk menyembuhkan anda tetapi bukan sebagai jaminan bahawa jangkitan Gonorrhea tidak akan berlaku lagi.

Maka disini, mencegah lebih baik dari merawat. Elakkan dari melakukan sex bebas dan bertukar-tukar pasangan. Amalkan seks yang selamat dan gunakan kondom.

Bagi yang sudah berkahwin, setialah dengan satu pasangan sahaja. Jauhi alkohol dan dadah yang mampu menjejaskan pertimbangan anda.

Seks bebas bukan sahaja menyebabkan anda mengidap Gonorrhea tetapi juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.

Adik-adik remaja kat luar sana. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuhnya ketanah juga kadangkala. Sepandai-pandai anda melakukan hubungan sex tidak kira masa (terjah juga masa haid), dah dapat sakit, semua tak guna dah.

Beringatlah. Tak payah terpengaruh dengan hebatnya cerita rakan-rakan anda di atas ranjang. Mereka lebih kepada bernasib baik.

Notakaki;

Penyakit kelamin boleh dicegah. Samaada kita mahu atau tidak.

Bel Nawhen
Jururawat Terlatih

Pernah menjadi remaja. Alahai, terasa pula dah berusia.

Sumber: Siakapkeli.my

 

 

 



Sumber “Melambak kes sakit kelamin dikalangan remaja baru habis sekolah, umur 18 dapat HIV” – Akibat seks bebas dengan beberapa wanita tak pakai kondom, seks ketika haid remaja derita kemaluan bernanah dan mandul

Bayi tak nak menyusu badan lepas diberi susu botol? Ini sebabnya

$
0
0

 

Saya: Anak sudah tidak dapat susu badan ya? (Anak berumur 3 bulan)

 

Bayi tak nak menyusu badan lepas diberi susu botol? Ini sebabnya

Bayi tak nak menyusu badan lepas diberi susu botol? Ini sebabnya

 

Ibu pesakit: Ya doktor. Semasa lahir dulu anak saya masuk wad dan saya perah susu badan dan diberikan pada anak dengan botol susu. Lepas keluar wad dia sudah tidak mahu direct feed jadi saya masih kena perah susu untuk berikan, lama kelamaan susu saya kering.

Ini cerita yang saya dengar terlalu kerap. Kenapa anak tidak mahu hisap dari nipple ibu setelah dapat nipple silikon terlebih awal?

Anak yang baru lahir belajar dari pengalaman. Nipple silikon mudah hisap, tidak perlu usaha lebih untuk dapatkan susunya. Nipple ibu kena buat kerja lebih keras.

Hisap kena kuat baru susu mengalir maka bila bayi dapat pilihan dan sudah diberikan yang lebih mudah dia akan pilih yang lebih mudah.

Maka bila diberi nipple ibu dan dia menangis saja ibu berikan semula nipple silikon anak pelajari sesuatu: Anak pelajari bahawa kalau saya menangis saya akan dapat yang lebih mudah hisap!

Tekadkan hati beri susu badan

Saya sendiri mengalami perkara yang sama dengan anak saya yang dilahirkan di hospital pada zaman di mana susu badan tidak dipentingkan.

Macam mana saya boleh tekad nak susukan anak juga saya pun tak ingat tetapi selepas lahir nurse terus berikan susu formula.

Malahan semasa anak keempat saya sengaja tidak bawa botol susu dan nurse marah saya. “Dah tu bila dia menangis lapar nak bagi apa ?” Saya jawab bawa kepada saya. Muka marah dia masih saya ingat lagi.

Tidak berikan ‘nipple silikon’

Itu dulu. Sekarang ini jika ibu bersalin di hospital mesra susu ibu, anak tidak akan diberi nipple silicon. Jika diberi susu ibu yang telah di perah pun diberikan dengan sudu dan bukan dengan nipple silikon.

Cuba berkali-kali dan sabar

Pengalaman saya pula dengan anak saya yang baru lahir yang telah tolak menghisap dari saya adalah saya tidak memberikan dia pilihan lain.

Saya terus cuba berkali-kali dan sabar dengan anak yang menangis bengis. Saya ibu, saya yang tahu apa yang baik untuknya. Saya tidak boleh ikut kehendaknya dan lama kelamaan, sebab dia lapar dan tidak ada pilihan, dia hisap juga dari saya.

Kelebihan menyusu ibu

Kenapa Allah swt jadikan bayi yang hisap susu ibu kena guna tenaga hisap yang kuat? Itulah senaman paling awal bayi kita untuk dapatkan otot mulut yang kuat dan untuk bina bentuk muka yang baik.

Anak yang hisap susu ibu, otot mukanya sempurna, otot mulutnya sempurna dan pertuturannya lebih jelas dari yang hisap susu botol. Fahamlah bahawa saya bercakap umum dan ada saja pengecualian dari apa yang saya sebut ini.

Terlalu banyak khasiat susu ibu, berusahalah walaupun susah. Ingat bahawa bayi kecil itu ada kehendak dan kemahuannya dan ibunya juga yang lebih tahu apa yang baik untuknya (ibu yang berilmu..ada juga ibu yang jahil).

Kredit : Dr Suriyakathun

 

Via: Amazingnara



Sumber Bayi tak nak menyusu badan lepas diberi susu botol? Ini sebabnya

Aksi ‘Beauty And The Beast’ Nur Sajat di Laman Instagram undang kecaman netizen

$
0
0

Tindakan lelaki yang mendakwa sebagai teman lelaki kepada pengusaha produk kecantikan, Nur Sajat memuat naik gambar bercium di media sosial menerima kritikan dari netizen. Rata-rata menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak senonoh sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

Aksi ‘Beauty And The Beast’ Nur Sajat di Laman Instagram undang kecaman netizen

Aksi ‘Beauty And The Beast’ Nur Sajat di Laman Instagram undang kecaman netizen

Terdahulu lelaki yang mengunakan nama sebagai Lanluraza itu memuatnaik gambar sedang mencium Nursajat di akaun Instagramnya.

“HAPPY BIRTHDAY MAMA @nursajat02. Semoga panjang umur murah rezeki.. Enjoy your big day.. Papa sayang mama May god bless you.. Ameen #JanganMengata Fuhhh #23february” – tulisnya melalui status tersebut.

Paling menarik, selain Nur Sajat dan pasangannya itu, mereka yang menyokong tindakan tersebut turut dikecam kerana dikatakan mahu menghalalkan hubungan terlarang tersebut.

“Babi la… ni lebih teruk dari filem beuty and the best yg ada adegan GAY boy tu.. abis.. yang ni.. apehal plak boleh lulus plak kat malaysia.. lahnat betul kaum macam ni.. siap ada macai dia plak tu,” ujar Faizal Nawi.

“Mak ayah dia yg bagitau dia lahir lelaki tapi masa umur 14 xsilap dia start ambil pil hormon..mak ayah xhalang pun. Kalau sapa baru ikuti cite dia baru2 neh, banyak yg dh di twist..dia bukan khunsa atau perempuan. Dia je ngaku khunsa dan baru2 neh ngaku perempuan pulak, dgn surat doc yg fake. So dari situ pun kita boleh agak dh. Harap2 dia berubah la..belum terlambat. Termasuk jantan berbulu yg kiss tu tu..haha, ,” kata Wn Izz Maryam Jamilah.

“Xpyh la puji2 cantik n sokong buat dia rs ape yg dia buat xsalah. Naluri dia lbh kpd pmpuan itu kita xleh nk kate ape urusan dia ngan Allah Taala. Tapi klu showoff hubungan terlarang camni dh kenapa korang dok sokong2 lagi? Pelik la aku dh la yg dok puji n sokong tu pmpuan je yg byk….xphm!,” tegas Hartini Hassan pula.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Sajjad Fairiz sebelum ini mendakwa dirinya mempunyai dua kemaluan kerana dilahirkan sebagai seorang khunsa.

Pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Bhd yang dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak itu berkata kelahirannya itu telah memberi kejutan kepada kedua-dua ibu bapanya serta kakitangan hospital.

Difahamkan, Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih gemar melakukan kerja-kerja seorang perempuan.

Nur Sajat menjelaskan situasi menjadi buruk apabila beliau mula takut untuk pergi ke sekolah dan rasa malu untuk masuk ke tandas kerana tidak mahu orang lain tahu akan dirinya itu.

Bagaimanapun, Nur Sajat berkata beliau bersyukur diberi rezeki yang halal dan dikurniakan dua anak angkat, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Menurut Nur Sajat, walaupun mereka bukan anak kandungnya, namun beliau tidak terlepas mencurahkan kasih sayang kepada mereka. – omm

Via:Utara News



Sumber Aksi ‘Beauty And The Beast’ Nur Sajat di Laman Instagram undang kecaman netizen

Lepas 3 tahun scammer ini rayu supaya tarik balik laporan polis, ini tindakan si mangsa

Lepas ni muncul Nasi Lemak Firaun dan Nasi Lemak Pedofilia pula, bagaimanakah nasib umat Islam di masa akan datang?

$
0
0

Semakin lama, perkara-perkara yang dibenci oleh Allah semakin boleh diterima oleh masyarakat. Umat Islam dah boleh terima dan anggap LGBT sebagai sesuatu yang biasa dan bukannya perkara yang dilaknat oleh Allah, sehingga langsung tidak rasa apa-apa apabila dijadikan sebagai bahan promosi atau intipati dalam sesuatu produk.

Lepas ni muncul Nasi Lemak Firaun dan Nasi Lemak Pedofilia pula, bagaimanakah nasib umat Islam di masa akan datang?

Lepas ni muncul Nasi Lemak Firaun dan Nasi Lemak Pedofilia pula, bagaimanakah nasib umat Islam di masa akan datang?

Normalisasi maksiat dan kemungkaran ni sebenarnya dah lama berlaku. Ia bermula dengan sekecil-kecil perkara, seperti babak bercumbu dan pergaulan bebas dalam komik, filem dan animasi, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, seperti menggubal undang-undang agar menghalalkan ia di dalam negara.

Lihatlah Jepun sebagai contohnya. Sebuah negara yang kita semua tahu amat konservatif dan mementingkan tradisi dan adab kebudayaan mereka. Namun lihatlah generasi baharu mereka hari ini yang semakin terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan tradisi dan adab kesopanan mereka. Mereka kini menjadi antara pengeluar filem dan animasi lucah terbesar di dunia. Dan kesannya merecik hingga ke Malaysia.

Sub-contohnya, animasi-animasi mereka mula menormalisasikan hubungan sumbang mahram, LGBT dan pedofilia. Bayangkan anak-anak muda yang membesar dengan animasi sebegini. Lama-kelamaan, mereka mula anggap elemen incest, lolicon, harem, ecchi, yuri, shonen-ai sebagai genre yang boleh diterima. Jangan nafikan perkara ini, kerana ia benar-benar berlaku dalam generasi muda.

Itu baru satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang memangkin normalisasi kemungkaran di Malaysia. Kebanyakannya bersembunyi di sebalik nama hak kebebasan bersuara. Dan trend terkini pula, menerapkan istilah-istilah kotor ini dalam produk masing-masing, sebagai bahan penarik dan pengviral. Seolah-olah tidak ada lagi rasa bersalah dalam hati apabila membiasakan umat Islam untuk menerima perkara-perkara kotor sebegini.

Berniaga tak salah. Yang salahnya apabila gunakan perkara yang dibenci Allah sebagai bahan pelaris jualan. Jangan sampai kita dianggap sebagai pelopor aktiviti menunggang maksiat seperti ini. Dan jangan sampai selepas ini, maksiat-maksiat yang lebih teruk turut sama dinormalisasikan dalam masyarakat.

Renung-renungkanlah wahai umat Islam. Cukuplah kita menerima serangan pemikiran daripada musuh-musuh Islam. Kalau kita sendiri selaku umat Islam pergi serang pula daripada dalam, bagaimanakah nasib umat kita pada masa hadapan kelak?

Sumber: Abeben’s Network



Sumber Lepas ni muncul Nasi Lemak Firaun dan Nasi Lemak Pedofilia pula, bagaimanakah nasib umat Islam di masa akan datang?

‘Hantaran saya dulu RM13,188, tapi sekarang janda, dapat suami baran, kaki pukul dan curang’ – Wanita Kelantan ini nasihat tak guna letak hantaran mahal

$
0
0

MASIH ingat kepada ‘anak mami’ bernama Farah Elmo, gadis yang tular di laman sosial gara-gara memberi amaran kepada golongan lelaki bujang supaya lebih bersikap bertanggungjawab sebelum berhasrat mahu mengorat mana-mana perempuan?

‘Hantaran saya dulu RM13,188, tapi sekarang janda, dapat suami baran, kaki pukul dan curang’ – Wanita Kelantan ini nasihat tak guna letak hantaran mahal

‘Hantaran saya dulu RM13,188, tapi sekarang janda, dapat suami baran, kaki pukul dan curang’ – Wanita Kelantan ini nasihat tak guna letak hantaran mahal

Tidak cukup dengan video amaran itu yang mendapat reaksi pelbagai terutamanya dalam kalangan lelaki, Farah Elmo tampil pula dengan video kedua, mengutuk sikap segelintir bangsa Melayu yang cepat melatah apabila golongan wanita meletakkan hantaran tinggi sehingga mencecah RM20,000.

Susulan isu hantaran kahwin mahal yang disuarakan Farah Elmo, kini muncul pula video seorang wanita dari Kelantan, memberi pandangan dan nasihat terhadap golongan perempuan supaya tidak meletakkan hantaran yang terlalu tinggi.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, ‘cek mek molek’ itu yang dikenali sebagai Nurul Adeline Daud berkongsi pengalamannya yang pernah mendirikan rumah tangga, namun hubungan dia dan bekas suaminya tidak bertahan lama.

Berdasarkan video yang kini mendapat tontonan leboh 1 juta pengguna Facebook, Nurul Adeline mengatakan tiada guna jika seseorang wanita itu meletakkan hantaran yang tinggi sehingga menyebabkan bakal suami terbeban dengan hutang atau mempunyai suami yang panas baran.

“Hantaran mahal tak guna kalau dapat suami yang panas baran, pukul isteri dan curang. RM20K, RM30K tak guna dik (adik) kalau sepanjang hidup merana.

“Satu lagi, kalaulah lelaki itu sungguh-sungguh mahukan awak, (si lelaki) buat pinjaman (bank) (kerana hantaran mahal). Lepas nikah, kena bayar pula pinjaman, bukan terus tinggal (pinjaman). Lepas tu tak cukup duit, bergaduh suami isteri. Hantaran mahal-mahal tiada guna, kalau akhirnya pasangan suami isteri bergaduh,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik dientrinya, semalam.

Video tersebut kini mendapat perkongsian lebih 28,000 pengguna laman sosial.

 

 

Nurul Adeline memaklumkan ketika dia mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya sebelum ini, hantaran yang diminta adalah sebanyak RM13,188 sebagai simbolik kepada tarikh lahirnya.

Namun katanya, hantaran mahal yang diperolehinya itu tidak menjamin kebahagian hidupnya apabila dia menjadi mangsa pukul bekas suami, sehinggalah pada suatu hari dia diceraikan dan pulang ke kampung dengan hanya sehelai sepinggang.

“Tengok contoh seperti kak, akak ni seorang janda, tiada anak. Kak nikah (hantaran) RM13,188 sebab sempena dengan tarikh lahir akak (13.1.1988). Tapi kesudahannya, kak boleh suami yang panas baran, curang dan kaki pukul,” katanya.

“Hantaran mahal itu kalau awak (berperangai) molek, tak selfie, tak gila publisiti murahan di Facebook, atau molek-moleklah (sifat baik lain)… rasanya ada orang (lelaki) yang sanggup bayar (hantaran) RM20K, tapi cermin diri dululah sebelum nak minta orang (bayar hantaran) mahal-mahal.

“Bagi kak lah, kalau awak suka dekat lelaki itu, (dan) lelaki itu juga suka dekat awak, (masing-masing saling) cinta, nikahlah, buat yang wajib sahaja (iaitu) mas kahwin dan akad nikah. Lepas nikah, hidup tak pening dengan hutang dan duit yang ada boleh digunakan untuk beli barang (keperluan) rumah,” ujar janda muda itu dalam dialek Kelantan.

Nurul Adeline turut menasihati golongan wanita supaya memikirkan masa depan dan bukannya hanya melihat kepada jangka masa pendek dengan meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga akhirnya membebankan kedua-dua pasangan.

“Kalau bagi akak, biar (majlis perkahwinan) tidak ‘grand’, tetapi rumah yang bakal kita duduk dengan suami nanti penuh dengan barang keperluan. Ini tidak, sampaikan televisyen pun tak mampu nak beli,” nasihatnya.

Nurul Adeline berkata, sekiranya ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi, dia hanya mahukan seorang suami yang ikhlas menerima dirinya dan tidak akan meletakkan sebarang hantaran.

Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Nurul Adeline, selain ada yang memuji kecantikannya.

 

– mD

 

 

Sumber: Malaysian Digest



Sumber ‘Hantaran saya dulu RM13,188, tapi sekarang janda, dapat suami baran, kaki pukul dan curang’ – Wanita Kelantan ini nasihat tak guna letak hantaran mahal

Nak tahu telco mana paling laju di kawasan anda? Aplikasi Youtube Video Checkup ini akan beritahu anda!

$
0
0

Menonton video di YouTube yang tersekat-sekat dan buffering memang tak best. Tambah-tambah lagi, sewaktu kita betul-betul enjoy menonton video tersebut.

Nak tahu telco mana paling laju di kawasan anda? Aplikasi Youtube Video Checkup ini akan beritahu anda!

Nak tahu telco mana paling laju di kawasan anda? Aplikasi Youtube Video Checkup ini akan beritahu anda!

80c7

Tengah tergelak-gelak tetiba video terhenti. Memang potong stim betul! Sebenarnya masalah ini terjadi mungkin disebabkan kuota anda dah nak habis tak pun line telco yang anda gunakan tidak beberapa bagus.

Masalah ini dapat anda atasi sekiranya anda tahu apa telco yang terbaik untuk anda gunakan di kawasan anda melalui toolsYouTube Video Checkup.

Melalui tools ini, hanya ada 4 jenis telco yang datanya diambil oleh Google iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile.

Ce3e

Data tersebut menunjukkan tabiat pengguna keempat-empat telco berkenaan mengakses video SD dan HD menggunakan aplikasi YouTube.

Melalui data yang kami terima, Celcom dan Maxis tercatat sebagai rangkain telco yang terbaik untuk digunakan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Data yang diterima menunjukkan Celcom dan Maxis mencatatkan sebanyak 4/5 bintang. Kemudiannya ia diikuti dengan Digi yang mencatatkan 3.5 bintang dan U-mobile dengan 3 bintang.

Cara untuk menggunakannya senang saja. Klik link INI, serterusnya masukkan nama kawasan yang anda tinggal dan Google akan menyenaraikan telco yang terbaik di sekitar kawasan tersebut.

Selain Lembah Klang, kami juga cuba mendapatkan data di beberapa kawasan lain seperti di Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh.

F6b5

Fe71

Data menunjukkan Celcom dan Maxis juga mendahului telco yang lain.

Bagaimanapun, ini tidak meliputi caj, pakej internet dan sebagainya sebaliknya hanya memfokuskan kepada rangkaian yang terbaik di sesebuah tempat semata-mata.

Disclaimer: Artikel ini tidak dibayar oleh mana-mana telco ya. Harap maklum.

Sumber:Says



Sumber Nak tahu telco mana paling laju di kawasan anda? Aplikasi Youtube Video Checkup ini akan beritahu anda!

“Pakai singlet nampak t*t*k korang taknak kecam ke? Korang ini semua ahli syurga ke? Fak”

$
0
0

Sebuah video yang memaparkan aksi dua orang gadis Melayu jadi tular di Facebook sejak semalam.

"Pakai singlet nampak t*t*k korang taknak kecam ke? Korang ini semua ahli syurga ke? Fak"

“Pakai singlet nampak t*t*k korang taknak kecam ke? Korang ini semua ahli syurga ke? Fak”

Video yang dimuatnaik oleh Ive Zengz II ke laman Facebook beliau ini memaparkan aksi dua orang gadis yang nampaknya tidak berpuas hati dengan beberapa individu yang sering mengecam mereka di laman media sosial.

“Hey, rambut perang ni korang taknak kecam ke?” kata gadis pertama berambut perang yang memakai baju berwarna ungu.

“Pakai singlet ini, nampak tetek ni, korang taknak kecam gak ke? Korang ini korang ini semua ahli syurga ke” tambah gadis kedua berbaju hitam dari belakang.

“Fakk,” kata kedua-dua orang kata ini serentak pada akhir video tersebut.

Video ini kemudiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya berasa malu dengan perbuatan gadis-gadis ini.

Antara komen-komen lain yang ditinggalkan oleh netizen:

“Ni, ni, ni, dia tidak tahu ke Facebook akan kongsikan memori yang 4 tahun lepas punya cerita? Tak esok, lusa kau kahwin lepas itu Facebook pun keluar balik cerita kau yang ini ini taknak kecam pakai singlet nampak tetek,” komen Fatehah Mokhtar.

Sumber: Oh my media



Sumber “Pakai singlet nampak t*t*k korang taknak kecam ke? Korang ini semua ahli syurga ke? Fak”

Hiburkan Isteri Dengan Usikan Manja, Perbualan Nakal Johan & Ozlynn Curi Hati Netizen

$
0
0

Siapa ikut Instagram pasangan Johan & Ozlynn? Mesti semua tahu pasangan ini sememangnya romantik bersama walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Memang suka tengok family dorang ni. Lebih lebih anak bongsu mereka, Chantiq yang memang keletah dan comel.

Hiburkan Isteri Dengan Usikan Manja, Perbualan Nakal Johan & Ozlynn Curi Hati Netizen

Hiburkan Isteri Dengan Usikan Manja, Perbualan Nakal Johan & Ozlynn Curi Hati Netizen

Menerusi laman Instagram milik mereka, Ozlynn berkongsi perbualan bersama Johan. Memang nakal betul. Ozlynn ada beri nasihat buat kaum adam. Haa nasihat apa ni? Hehe

Jangan putuskan gaya bercinta

Memula text nak belikan nasik lemak jek.. pastu melalut ke lain org tua nih… gaduh?? Uishhh ada.. dh nama laki bini.. sedangkan lidah sendiri boleh tergigit apatah lagi lidah asing2.. Tapi shuben aku ada cara dia nak memujuk.. gaduh x lama.. ktorg panggil “satu waktu” ja..

Pastu baik balik.. weh isteri mane x seronok kalau laki tetibe dok msg nyakat2 romantik.. betul.. Buat kaum adam jgn penah putuskan gaya masa bercinta tuh walaupon bini ko dh beranak pinak.. baru la isteri ko rasa semangat.. semangat nak masak memcm utk ko..

Hiburkan isteri dengan usikan manja

Berdandan untuk ko.. ah apa saja la utk ko yg bernama “suami” .. sebab isteri terasa yg suami masih bernafsu kt dia.. cer korg buat derk jek.. balik pon tak bg salam.. masok umah pon trus campak brg.. masok bilik n main fon..

Isteri ko pon makin runsing n makin serabai sb terasa diri terabai.. cer bg semangat sikit kt isteri.. penat ye jd surirumah, samada bekerja atau sepenuh masa kt umah.. jgn pandang remeh.. jd sesekali hiburkan lah isteri korg dgn usikan manja utk kembalikan semangat mcm zaman bercinta dulu ok.. dh mama nak bersiap.. papa ko dh nak balik tuh ?

Sumber : jozlynnhanania

 

 

Via: Oh Bulan



Sumber Hiburkan Isteri Dengan Usikan Manja, Perbualan Nakal Johan & Ozlynn Curi Hati Netizen

Cikgu bengang mohon pindah sejak 2014 nak jaga ayah, sampai lah ayah meninggal tak dapat pindah jugak. Netizen suruh berhenti cari kerja lain

$
0
0
Viral di media sosial luahan ‘keras’ seorang penjawat awam dipercayai guru yang terkilan permohonannya untuk berpindah ke tempat asal tidak diendahkan sehingga ayahnya meninggal dunia. 
Gambar yang dimuat naik laman Metafora Anafora itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial. 
Cikgu bengang mohon pindah sejak 2014 nak jaga ayah, sampai lah ayah meninggal tak dapat pindah jugak. Netizen suruh berhenti cari kerja lain

Cikgu bengang mohon pindah sejak 2014 nak jaga ayah, sampai lah ayah meninggal tak dapat pindah jugak. Netizen suruh berhenti cari kerja lain

Berdasarkan gambar tersebut, penjawat awam berkenaan telah memohon berpindah ke tempat asalnya sejak 2014 untuk menjaga ayahnya yang sakit. Tetapi permohonannya itu tidak mendapat sebarang jawapan, sehinggalah ayahnya meninggal dunia pada tahun 2015. 
Bimbang dengan ibunya yang tinggal keseorangan, pengadu memohon untuk berpindah sekali lagi pada tahun 2016, tetapi masih menerima jawapan yang sama. 
Sehinggalah tahun terkini, pengadu berang lalu ‘meluahkan’ rasa kecewanya dalam bentuk kronologi di ruangan ulasan permohonan pindah. 
“2017, (mohon pindah) nak jaga mak seorang je di rumah ini, faham? Siapa lagi nak jaga mak kalau bukan anak. KErja jauh dari mak hanya dapat jumpa sekali-sekala. Harga tiket flight semakin mahal. Takkan alasan ada isteri/suami sahaja baru boleh pindah?” tulis pengadu berkenaan. 
Di media sosial, netizen berpendapat bahawa pengadu mungkin perlukan bantuan dari orang dalam agar dapat berpindah ke tempat asalnya. 
Namun bagi Allani Huslan pula berkata, “berjuta orang minta kerja kerajaan. Dah kerja kerajaan, bersyukurlah. Orang lain kerja swasta pun duduk berjauhan dengan keluarga bertahun-tahun. Nepal, Bangla bagai duduk jauh dari keluarga mereka, lebih jauh dari kita. 
“Ada yang mak, ayah, anak mereka mati tapi tak dapat balik juga,” katanya. 
Fahmi Al Fatih pula menyarankan pengadu berhenti kerja dan mencari pekerjaan lain di negeri asalnya agar dapat menjaga ibunya.


Sumber Cikgu bengang mohon pindah sejak 2014 nak jaga ayah, sampai lah ayah meninggal tak dapat pindah jugak. Netizen suruh berhenti cari kerja lain

“Maid itu bukan dirasuk hantu tapi nak sampaikan mesej dia tak mahu lagi bekerja dengan awak!”

$
0
0
Netizen di Singapura digemparkan dengan video viral seorang pembantu rumah yang didakwa telah dirasuk dan berkelakuan pelik di rumah majikannya. 
"Maid itu bukan dirasuk hantu tapi nak sampaikan mesej dia tak mahu lagi bekerja dengan awak!"

“Maid itu bukan dirasuk hantu tapi nak sampaikan mesej dia tak mahu lagi bekerja dengan awak!”

Dalam kejadian jam 10.41 pagi, Rabu, Nurul Baker berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia dan keluarganya tiada di rumah. 
“Pembantu rumah saya dirasuk hantu di rumah saya selepas dia keluar dari bilik mandi. Nasib baik ibu dan anak-anak saya tiada di rumah pada ketika itu,” katanya. 
Berdasarkan video yang dimuat naik, pembantu rumah berkenaan terbongkok-bongkok seperti sedang bercakap dengan ‘seseorang’ di ruang tamu. Namun tiada sesiapa yang kelihatan di rumah itu. 
Setelah beberapa saat ketika, wanita itu kemudian berpaling ke belakang dan video dimajukan ke depan menunjukkan dia duduk sebelum terbaring di atas lantai. 
Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen berpandangan bahawa pembantu rumah berkenaan cuba menyampaikan mesej kepada majikannya yang dia tidak suka bekerja dengan keluarga itu. 
“Perasan tak dia lakukan perbuatan itu di depan kamera litar tertutup (CCTV)? Dia bukannya melakukan perbuatan itu di tempat yang agak tersorok sedikit. Malah dia tahu di mana hala tuju kamera CCTV dan jelas sekali dia mahu awak melihat apa yang dia lakukan. 

“Dia seperti cuba menyampaikan yang dia tidak mahu bekerja dengan awak lagi. Lebih baik awak lepaskan dia. Saya pasti awak tak nak dia racun makanan dan minuman awak di kemudian hari,” kata Justin Chen.
Video yang dimuat naik laman All Singapore Stuff itu telah ditonton 375,000 kali dan dikongsi lebih 6,000 pengguna Facebook.  
Sumber: The Reporter


Sumber “Maid itu bukan dirasuk hantu tapi nak sampaikan mesej dia tak mahu lagi bekerja dengan awak!”

Inul Daratista disiasat polis kerana tulis komen hina ulama dalam IG

$
0
0

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista kini berdepan siasatan polis selepas menulis komen yang didakwa menghina ulama di laman Instagram miliknya.

Inul Daratista disiasat polis kerana tulis komen hina ulama dalam IG

Inul Daratista disiasat polis kerana tulis komen hina ulama dalam IG

Advokat Pembela Ulama membuat laporan polis terhadap Inul Isnin lalu dengan mendakwa komen yang ditulis penyanyi itu melanggar undang-undang menghina agama.

Sebelum menulis komen berkenaan, Inul terlebih dahulu memuat naik gambarnya bersama Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok di Instagram.

Bagaimanapun, beberapa pengguna media mengkritik Inul kerana menyokong Ahok yang masih dibicarakan di mahkamah kerana didakwa menghina Islam.

Inul yang berang dengan kritikan itu kemudian menulis komen menyatakan ada individu yang memakai serban tetapi masih melakukan video seks melalui aplikasi Skype.

 

Komen yang ditulis Inul mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang menuduh penyanyi itu menghina ulama.

Selepas dikecam hebat, Inul yang terkenal dengan tarian goyang gerudi bertindak memadamkan gambar dan komen berkenaan.

Jurucakap Advokat Pembela Ulama, Dahlia Zein berkata, komen Inul itu adalah satu bentuk fitnah dan penghinaan terhadap golongan ulama.

“Apa yang didakwa oleh penyanyi itu di dalam komennya di media sosial adalah satu bentuk fitnah dan ia juga satu bentuk penghinaan.

“Kami membuat laporan polis kerana mahu masyarakat berhati-hati ketika menggunakan media sosial,” katanya.

Sumber:Metro



Sumber Inul Daratista disiasat polis kerana tulis komen hina ulama dalam IG

Isteri didera suami, dikurung, diikat dengan tali dan tidak diberi makan minum selama 3 hari kerana buka akaun Facebook

$
0
0

Seorang lelaki mendera dan mengurung isterinya selepas mengetahui wanita itu membuka akaun Facebook.

Isteri didera suami, dikurung, diikat dengan tali dan tidak diberi makan minum selama 3 hari kerana buka akaun Facebook

Isteri didera suami, dikurung, diikat dengan tali dan tidak diberi makan minum selama 3 hari kerana buka akaun Facebook

Menurut laporan, lelaki berkenaan sebelum ini tidak membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial itu.

Polis berkata, Asmaa Samir didera suaminya, Mustafa Raafat yang mengikatnya dengan tali dan mengurungnya di rumah mereka selama tiga hari tanpa memberi mangsa makan atau minum.

Tidak cukup dengan itu, Mustafa juga menyiksa isterinya menggunakan benda tajam.

Ketika disoal siasat, lelaki itu berkata, isterinya membuka tiga akaun Faceboook dengan menggunakan nama palsu kerana ingin tahu sama ada dia bersikap curang terhadapnya.

 

Mustafa mengaku dia memukul isterinya tetapi menafikan dakwaan tidak memberinya makan.

Sehubungan itu, kebanyakan pertubuhan hak asasi wanita Mesir menggesa lelaki itu didakwa di mahkamah selepas laporan perubatan mengesahkan isterinya cedera teruk akibat didera.

Beberapa peguam pula berkata, mereka bersedia untuk mewakili mangsa secara percuma sementara ramai pengguna media sosial mengecam tindakan Mustafa sambil menggesa pihak berkuasa memenjarakannya.

Sumber:Metro



Sumber Isteri didera suami, dikurung, diikat dengan tali dan tidak diberi makan minum selama 3 hari kerana buka akaun Facebook

Kad jemputan kahwin Faye Kusairi dan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta?

$
0
0

Pelakon Faye Kusairi menafikan akan berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dalam masa terdekat ini selepas dikatakan memuat naik gambar kad jemputan perkahwinan di akaun Instagram peribadinya hari ini.

Kad jemputan kahwin Faye Kusairi dan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta?

Kad jemputan kahwin Faye Kusairi dan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta?

Faye ketika dihubungi berkata, kad jemputan terbabit tiada kena-mengena dengan dirinya sebaliknya ia adalah jemputan ulang tahun kelahiran anak saudaranya.

Terdahulu, Faye memuat naik gambar ibu dan bapanya sedang menyusun kad jemputan yang dianggap netizen sebagai kad jemputan perkahwinan Faye.

“Kad jemputan itu adalah undangan sambutan hari lahir anak saudara saya yang bakal diadakan pada 7 April ini. Saya belum lagi nak berkahwin.

 

“Lagipun belum ada sebarang tarikh ditetapkan. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini,” katanya.

Menurut Faye, dia tidak akan merahsiakan perkahwinanya itu kerana mahu perkara yang baik dikongsi kepada umum.

“Insya-Allah, seandainya sudah ada tarikh yang sesuai untuk diijabkabul, saya akan umumkan kepada rakan-rakan media dan peminat.

“Biarpun sebelum ini saya jarang berkongsi hal peribadi, tetapi selepas apa yang berlaku saya fikir lebih baik saya kongsikannya,” katanya.

Sumber:Metro



Sumber Kad jemputan kahwin Faye Kusairi dan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta?

“Saya tak pernah jamin semua doa yang dibacakan akan termakbul, cuma jamin doa yang dikirim dibaca depan Kaabah” – Pengasas Valet Doa

$
0
0

Pengasas Valet Doa, Hasrin Harin, 40, menerima dengan hati terbuka mengenai arahan pemberhentian operasi Laman Facebook (FB) Valet Doa.

"Saya tak pernah jamin semua doa yang dibacakan akan termakbul, cuma jamin doa yang dikirim dibaca depan Kaabah" - Pengasas Valet Doa

“Saya tak pernah jamin semua doa yang dibacakan akan termakbul, cuma jamin doa yang dikirim dibaca depan Kaabah” – Pengasas Valet Doa

 

Namun, beliau masih menunggu hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas operasi perkhidmatannya yang dilakukan sejak awal bulan ini.

“Sebelum itu, JAIS bertemu dengan saya untuk melakukan siasatan berhubung aduan awam mengenai perkhidmatan Valet Doa.

“Sehingga kini, saya masih belum menerima sebarang keputusan hasil siasatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

Menurut Hasrin, dia berharap JAIS dan pihak berkaitan memberikan penjelasan terperinci mengenai arahan penutupan laman FB berkenaan.

“Bukan hendak membantah, sebaliknya saya akur sekiranya ia benar-benar salah, tapi biar ada penjelasan mengenainya.

“Setakat ini, selain JAIS, hanya ada satu pihak (mufti) dari negeri di pantai timur menghubunginya bagi meminta penjelasan mengenai perkhidmatan ditawarkan.

“Selebihnya, hanya memberi komen dan pandangan berdasarkan fakta salah tanpa merujuk atau menghubungi saya terlebih dahulu,” katanya.

Hasrin berkata, pihaknya tidak pernah memberi jaminan semua doa yang dibacakannya termakbul.

“Sebaliknya, saya memberi jaminan semua doa dikirim dibacakan di hadapan Kaabah.

“Selain itu, saya hanya menyiarkan mengenai cara atau masa doa dimakbulkan Allah berdasarkan apa disebut Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya,” katanya.

Menurutnya, fakta itu disalah tafsir orang ramai termasuk beberapa mufti sehingga menimbulkan tanggapan salah mengenai perkhidmatan Valet Doa.

Akhir bulan lalu, Hasrin menegaskan akan meneruskan perkhidmatan Valet Doa di samping melakukan beberapa perubahan termasuk berkaitan iklan bagi mengelakkan salah faham.

“Beberapa hari kemudian JAIS menghubungi saya dan melakukan siasatan awal bulan ini selepas menerima aduan awam mengenainya.

“Bagi menghormati siasatan berkenaan, saya mengambil keputusan tidak mengambil sebarang tempahan sehingga hasil siasatan dikeluarkan kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan JAIS dan Jabatan Mufti Selangor mengarahkan operasi laman Facebook Valet Doa dihentikan ketika menjawab pertanyaan soalan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang), di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau akaun FB pengasas Valet Doa dalam membasmi aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian umat Islam selain menimbulkan kesan negatif, salah faham dan boleh merosakkan akidah.

Sumber: Metro



Sumber “Saya tak pernah jamin semua doa yang dibacakan akan termakbul, cuma jamin doa yang dikirim dibaca depan Kaabah” – Pengasas Valet Doa
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>