Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Engku Emran nikah Laudya Cynthia Bella bulan depan

0
0

Personaliti media tanah air, Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal menikahi pelakon ternama dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.

LAUDYA CYHTHIA BELLA

Pasangan yang selama ini meninggalkan tanda tanya dalam kalangan media dan peminat mengenai hubungan mereka, difahamkan akan disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah secara tertutup di sebuah tempat yang dirahsiakan di ibu negara.

 

Menurut sumber UTUSAN ONLINE, Engku Emran, 42, dan Bella, 29, memilih untuk berkahwin secara sederhana di Kuala Lumpur dan bukannya di Jakarta, Indonesia.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang pertengahan September, mereka akan bernikah di Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis hanya kecil-kecilan sahaja,” kata sumber itu kepada UTUSAN ONLINE yang enggan namanya didedahkan.

Antara gambaran keakraban mereka adalah sekeping gambar di laman Instagram Bella dengan kapsyen: “Im blessed and thank u Allah for Every day, Everything, and E (saya bersyukur dan terima kasih Allah untuk setiap hari, segala-galanya dan E (merujuk pada Engku Emran),” tulis Bella dan menambahkan emoji love di akhir tulisannya.

Difahamkan selepas serius untuk menyunting Bella sebagai isteri, Engku Emran berlepas ke Jakarta untuk bertemu ibu dan ayah wanita berdarah Sunda yang mempunyai jumlah pengikut seramai 17.2 juta orang di laman sosial Instagram itu.

Engku Emran dan Bella diperkenalkan antara satu sama lain oleh pasangan selebriti Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned sekitar Mac lalu.

Selepas lebih lima bulan menjalin hubungan jarak jauh, Engku Emran dan Bella memilih untuk disatukan sebagai suami isteri selepas mengenali hati budi dan karakter masing-masing.

“Apa yang sangat disenangi Emran mengenai Bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek,” ujar sumber itu sambil memberitahu Engku Emran dan Bella juga tidak mengikat tali pertunangan seperti yang lazim dilakukan oleh kebanyakan pasangan.

Bella merupakan artis wanita yang sangat masyhur di Indonesia dan sudah membintangi banyak filem popular termasuk Syurga Yang Tak Dirindukan 2 yang ditayangkan di Malaysia baru-baru ini.

UTUSAN ONLINE turut difahamkan, Engku Emran juga sudah memperkenalkan bakal isterinya itu kepada anak perempuannya, Engku Aleesya, 8.

“Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra,” ujar sumber itu lagi.

Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan pertamanya dengan artis ternama, Erra Fazira

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Engku Emran nikah Laudya Cynthia Bella bulan depan

“Saya akui kesilapan saya benarkan Aliff pegang tangan saya, saya minta maaf” – Afifah Nasir

0
0

Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan isu hangat melibatkan pelakon Aliff Aziz dan Afifah Nasir yang dikatakan keluar berdua ke pusat karaoke, tambah mengeruhkan keadaan apabila Aliff Aziz bertindak mengasari isterinya Bella yang masih di dalam pantang.

Setelah dua minggu mendiamkan diri, Afifah Nasir dalam satu sidang media hari ini menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Beliau juga mengakui kesilapan dan meminta maaf.

Akui kesilapan benarkan si dia pegang tangan

Afifah Nasir memohon maaf di atas apa yang berlaku dan tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi kerana beliau dan Aliff Aziz masih mempunyai shooting yang perlu diteruskan. Beliau juga mendakwa mempunyai hak untuk menjelaskan keadaan.

Apabila ditanya sama ada beliau memaafkan Bella Istillah, Afifah Nasir berkata beliau faham dengan keadaan isteri Aliff  yang masih di dalam pantang dan tidak bersalah dalam soal ini.

Saya ingin meminta maaf

Tetapi apabila ditanya sama ada beliau sedia memaafkan Aliff Aziz, Afifah Nasir enggan memberikan sebarang komen.

Saya ada banyak bukti bukti termasuklah bukti perbualan tetapi sejujurnya saya tidak mahu keluarkan bukti bukti tersebut kerana tidak mahu keruhkan keadaan selain membuka aib sesiapa,

Saya akui kesilapan saya membenarkan si dia (Aliff Aziz) memegang tangan saya, dengan itu saya ingin meminta maaf

Kami difahamkan rakaman perbualan yang didakwa Afifah Nasir hanya ditunjukkan kepada wartawan yang hadir ke sidang media tersebut.

sumber : Oh Bulan



Sumber “Saya akui kesilapan saya benarkan Aliff pegang tangan saya, saya minta maaf” – Afifah Nasir

Afifah Nasir Akhirnya Dedah Kisah Sebenar Apa Yang Berlaku Antara Dia Dengan Aliff Aziz

0
0
Afifah Nasir Akhirnya Dedah Kisah Sebenar Apa Yang Berlaku Antara Dia Dengan Aliff Aziz

KUALA LUMPUR: Selepas dua minggu berlalunya episod duka dituduh mengganggu rumah tangga Aliff Aziz, pelakon Afifah Nasir pada Isnin tampil menjelaskan situasi itu  menjejaskan dirinya dan keluarga. 

Afifah atau nama sebenarnya, Nur Afifah Nasir, 24, berkata, dia menjadi mangsa pihak produksi yang ingin Aliff hadir ke lokasi penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

"Apa yang berlaku sebenarnya hanya lakonan sahaja, pihak produksi yang meminta saya menjaga hubungan dengan Aliff agar dia datang ke lokasi penggambaran.  

"Mereka memujuk dan menggunakan saya supaya Aliff datang lokasi dan memberi kerjasama berikutan penggambaran sepatutnya mengambil masa sebulan kini sudah lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff," ujarnya kepada mStar Online.  

Afifah ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat peguam Ruben & Co, di Solaris, Dutamas di sini, pada Isnin.


Penjelasan Afifah Nasir Isu Skandal Dengan Aliff Aziz
Afifah Nasir (tengah) menjawab soalan wartawan berhubung isu dia mengganggu rumah tangga Aliff Aziz.

Ia pertemuan pertama Afifah dengan wartawan selepas dilanda kontroversi berkenaan.  

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, 27 Julai lalu Bella, 23, bersama ibunya mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita bernama Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras. 

Aliff ditahan polis pada 2.30 pagi Jumaat dan dibebaskan sehari kemudian.  

Sementara itu, Afifah mengakui kesal kerana mengikut perancangan pihak produksi yang akhirnya memakan dirinya.  

"Saya kesal kerana apa yang berlaku adalah rancangan bersama untuk memastikan penggambaran berjalan lancar. Tapi bila jadi perkara begini tiada seorang daripada mereka (produksi) yang bercakap menyebelahi saya," ujarnya.  

Turut menemani Afidah ialah peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya Mia Nasir, kekasihnya Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Alana Amir.

Penjelasan Afifah Nasir Isu Skandal Dengan Aliff Aziz
Afifah masih setia bersama kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar.  

Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah telah membuat sidang media apa sebenarnya berlaku.

Dalam sidang media itu, Afifah turut memperdengarkan rakaman antara kakaknya Anzalna dan seorang kru produksi tentang perkara berkenaan yang mendedahkan niat pihak produksi mempergunakan adiknya untuk melancarkan penggambaran. 

Antara isi dalam rakaman tersebut juga memberitahu, semua yang berlaku adalah tuntutan pihak produksi dan penyanyi lagu Sayang-Sayang itu hanya mendengar kata-kata Afifah sahaja untuk hadir ke lokasi penggambaran.  

Bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan untuk menyiarkan rakaman perbualan itu kepada umum. 

Dalam pada itu, ditanya tentang perasaan sebenarnya terhadap lelaki tersebut, Afifah berkata, apa yang disaksikan itu hanya lakonan semata-mata.  

"Saya tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap dia. Apa yang berlaku semuanya adalah atas sebab kerja sahaja.

Penjelasan Afifah Nasir Isu Skandal Dengan Aliff Aziz
Afifah, cantik orangnya.  

"Setiap malam saya menangis bukan sebab dikecam netizen tatapi kerana memikirkan kenapa saya begitu bodoh mengikut rancangan pihak produksi," ujarnya.  

Dalam kesempatan tersebut juga, Afifah turut meminta maaf terhadap isteri Aliff kerana membenarkan suaminya itu memegang tangannya.  

"Saya tidak salahkan Bella dalam hal ini kerana sebagai wanita sudah tentu dia marah. Saya minta maaf dan bersetuju untuk tidak mendekati keluarganya," ujar Afifah.  

Aliff yang berasal dari Singapura dan Bella berkahwin pada September tahun lalu dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean, pada 8 Julai lalu. 



Sumber Afifah Nasir Akhirnya Dedah Kisah Sebenar Apa Yang Berlaku Antara Dia Dengan Aliff Aziz

Erwin Dawson akhirnya dedah siapa pinjam duitnya tak nak bayar, rupanya Ady Hafize, pelakon Gerak Khas

0
0
SUDAH pinjam duit, pandai-pandailah bayar balik!
Bengang dengan sikap seorang pelakon baharu, bintang filem televisyen Bisik Pada Langit, Erwin Dawson baru-baru ini bertindak mendedahkan siapa lelaki berkenaan yang terbabit dalam drama bersiri popular terbitan Skop Production, Gerak Khas.

Turut membuat laporan polis, Erwin mendedahkan pelakon yang dikenali sebagai Mohd. Ady Hafize Hanaffiah itu telah meminjam sejumlah wang daripadanya namun setelah beberapa bulan, Ady didapati tidak mengotakan janjinya untuk membayar semula wang tersebut.

Menganggap wujudnya unsur penipuan di situ, Erwin yang pada asalnya mahu menyelesaikan perkara tersebut secara baik bagaimanapun terpaksa mendedahkan hal ini kepada umum yang kemudiannya membawa kepada episod di mana rupa-rupanya dia tidak berseorangan.

Dalam satu pertemuan baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan Erwin mengenai isu penipuan ini.

Sudahlah kena tipu, duit pula sampai ke hari ini tak dipulangkan. Apa cerita ni?

Kata pihak di sebelah sana, ini bukan kes tipu, tapi kes tak ada duit nak bayar balik. Itu kata dialah. Sedangkan saya dah bagi pinjam dan dia pun berjanji nak bayar semula secara separuh-separuh pada tarikh yang ditetapkan, tapi macam-macam alasan diberikan. Mulanya dia kata tersalah masukkan cek dan saya pun tak nak buruk sangka, berikan masa lagi untuk dia. Lepas seminggu dia kata sedang berada di luar kawasan, okey lagi. Lepas tu bila saya tanya lagi pada masa berikutnya, dia kata tersalah masukkan cek lagi. Logiklah, tak akan asyik tersalah masukkan cek bukan? Berturut-turut pula tu. Jadi saya minta pula nombor telefon produksi yang dia terbabit berlakon tu, nak tanya sama ada betul ke tersalah, dia tak berikan dengan alasan hal ini antara kami dan tak perlu nak babitkan orang lain. Di situ saya mula tak percayakan dia dan memang itulah yang saya cakap dengan dia.

 

Ada cuba cari dia lagi?

Ada, Selepas itu saya ada menghubungi dan menghantar teks di telefon dan katakan nak buat laporan polis mengenai hal ini. Sebab tak akanlah tak cukup duit lagi sedangkan dia kata tunggu cek nak masuk sahaja, Sepatutnya dia beri sajalah duit tu, lama-lama saya rasa tertipu. Rupa-rupanya bila saya dedahkan di media sosial, ramai yang tampil buat pengakuan pernah terkena juga dengan dia. Rupanya dia memang penipu! Saya ada menghubungi dia, tak nak gaduh atau apa, cuma mahukan duit saya semula selepas laporan polis dibuat. Dia katakan tak kisah dan terpulang pada saya nak buat apa pun atas alasan, dia memang tak ada duit. Padanya, dia memang dah tak ada duit, apa boleh saya buat walau dipaksa-paksa?

Jadi apa tindakan Erwin selepas itu?

Saya cakap, apa nak jadi, jadilah! Yang pastinya saya dah buat laporan polis. Kemudian, dia beritahu saya kononnya dia ni dulu boleh dikatakan samseng besar jugalah tapi sejak dia dah berkahwin, dia dah berubah. Lebih kurang begitulah ayat yang dia keluarkan. Dia fikir saya takut bila dia cakap macam tu?

Erwin tak bimbang ke dengan ugutan tu? Mana tahu sebab ini dah masuk soal keselamatan. Komen?

Tak takut pun sebab bagi saya dia salah orang nak cakap macam tu, Saya ni jenis kalau tahu diri tak bersalah, saya tak takut pun nak berdepan. Cuba fikir apa perkara buruk pun yang boleh berlaku? Dia nak pukul saya? Dia nak kelar saya? Silakan. Jangan fikir dia punya emosi saja. Saya pun ada emosi yang membolehkan saya juga tak berkelakuan rasional. Saya pun dah lama tak buat benda bodoh dek terdorong perasaan marah. Tolonglah, kalau betul dia ada hubungan dengan mana-mana pihak sekali pun, saya tak takut. Saya di pihak yang benar, buat apa nak takut? Kalau samseng sekali pun, entah-entah tak ada pun yang nak layan dia. Dia ada cakap, kalau saya selesaikan cara baik, dia pun akan selesaikan cara baik. Pada dia sekarang ni, saya punya cara tak elok sebab buat laporan polis. Saya ada simpan semua mesej dia.

Sebenarnya macam mana boleh lembut hati nak pinjamkan duit pada dia?

Saya tak suka nak lekas menghukum orang dan tengok dia pun baik pada awalnya. Sebab itu saya tak kisah nak bantu selagi saya boleh bantu. Rupanya jadi lain pula dan ya, pandai ya dia jalankan modus operandi. Rupanya cara yang sama dia gunakan pada orang, menipu dan katakan duit itu dipinjam untuk bayar sewa rumah. Saya cuma hairan, kenapa sebelum ini, ramai yang terkena tu tak buat pendedahan? Saya faham kalau setakat RM100 atau RM200, orang pun tak nak banyak bunyi. Tapi ada yang cecah ribu tu bagaimana? Si penipu pula kata tak ada duit, tapi bila tengok di Instagram, ke sana ke mari bercuti dan sebagainya. Bagi saya dia keterlaluan. Betul duit boleh dicari, tapi macam mana dengan kepercayaan orang?

Serik nak hulurkan bantuan selepas ini?

Tak adalah, Cuma lepas ni saya akan lebih bijak sikit sebab kejadian begini buat saya terlupa bahawa tak semua orang adalah sama. Pinjam reti bayar balik. Jangan sampai orang tu yang mengemis duitnya semula sedangkan dia yang memberi pinjam. Dalam isu ini, saya pun tak cari dia walaupun memerlukan duit itu semula. Macam kawan-kawan katalah, mati hidup semula pun tak akan dapat balik duit tu. Biarlah dia jawab sendiri nanti di kemudian hari.

Sumber: Utusan Online



Sumber Erwin Dawson akhirnya dedah siapa pinjam duitnya tak nak bayar, rupanya Ady Hafize, pelakon Gerak Khas

Tabung Haji, bertindaklah ke atas peniaga tamak, Nescafe tarik RM3 secawan

0
0

SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU ini saya sekeluarga berpeluang menghantar ibu mentua ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, Kuala Lumpur. Pada kesempatan itu saya dapat melihat sendiri kegigihan para petugas Tabung Haji yang bekerja tanpa mengira masa dalam membantu memudahkan urusan jemaah untuk ke Tanah Suci.

KEHADIRAN orang ramai menghantar jemaah haji ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, Kuala Lumpur me

Pengalaman ibu mentua menerima beberapa panggilan pada waktu malam daripada petugas terbabit untuk mengingatkan beberapa maklumat termasuk tarikh berangkat dan waktu mendaftar masuk membuktikan kesungguhan mereka dalam menyampaikan informasi.

 

Pujian juga harus diberikan kepada pegawai bernama Mohd. Faiz-al Mokhtar kerana sabar melayani pertanyaan berkaitan maklumat pemergian pakcik dan makcik saya ke Tanah Suci. Beliau yang dihubungi menerusi talian khas Tabung Haji sebelum ini sangat membantu, bersikap ramah dan terasa keikhlasannya dalam menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. Di sini terserlah sikap bertanggungjawab dan prihatin semua petugas termasuk di pusat panggilan Tabung Haji yang banyak membantu jemaah khususnya golongan warga emas. Bantuan dan peringatan diberikan amat memudahkan keluarga jemaah sebenarnya.

Segala perkhidmatan diberi sangat memuaskan cuma apa yang dikesali ialah sikap beberapa peniaga tamak yang berniaga di tapak khas di depan Kompleks Tabung Haji. Misalnya mereka mengenakan harga sesuka hati termasuk Nescafe tarik yang dijual pada harga RM3 secawan.

Advertisement

Dalam tinjauan saya di ruang kedai dalam kawasan Tabung Haji (bersebelahan tempat membungkus beg dan mesin ATM) pula, peniaganya menjual air tebu pada harga RM4 sebotol (berat 500 gram) yang mana harga di luar dengan isipadu sama hanya RM2.

Terdapat juga peniaga berlegar-legar di luar pagar kompleks itu yang menjual belon berkarakter kartun pada harga RM10 setiap satu sedangkan boleh dibeli pada harga RM3 sahaja di pasar malam!

Saya amat berharap pihak Tabung Haji dapat meneliti perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas peniaga-peniaga terbabit dalam masa terdekat.
 Sekali lagi, syabas buat petugas-petugas Tabung Haji dan semoga kebaikan anda diberi keberkatan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

 

ISMAWI ISHAK
Kuala Lumpur

 

Sumber: Utusan Online



Sumber Tabung Haji, bertindaklah ke atas peniaga tamak, Nescafe tarik RM3 secawan

(VIDEO) Michael Ang Buat Video "Panas" Setelah Afifah Nasir Beri Penjelasan

0
0

(VIDEO) Michael Ang Buat Video "Panas" Setelah Afifah Nasir Beri Penjelasan



Pengarah popular Michael Ang menjadi tumpuan apabila memuatnaik satu video parodi sebaik sahaja Afifah Nasir memberi kenyataan tentang isu berkaitan Aliff Aziz.

Video Michael Ang itu adalah parodi yang menunjukkan kononnya Michael menyuruh Sharifah Sakinah melayan hero drama yang tidak mahu datang set kerana tidak dilayan.

Memang padu video dari Michael Ang ini.  

Ini caption dari Michael Ang:

Kisah benar! Macam macam set drama Malaysia ni! Nasib baik anak ayam aku ikut cakap! 

Kalau tidak tergantung shooting aku! Love Sharifah Sakinah kerana sanggup jadi kambing hitam walaupun akan di kecam oleh netizen kalau cerita ni keluar! 

Sabar la nak untuk sesuap nasi! Pada orang Singapore dan Sabah jangan lupa sokong drama kami!

Ini video nya:


Pagi tadi, pelakon Afifah Nasir telah membuat kenyataan tentang isu yang melanda dirinya dan juga Alifff Aziz.

Baca kenyataan dari Afifah Nasir (DI SINI)

Basikal boleh dibawa masuk naik LRT mulai ahad ini

0
0

Bermula Ahad, pada setiap Ahad minggu pertama dan ketiga, orang ramai dibenarkan membawa bersama basikal bersaiz penuh ke dalam tren semasa menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman berkata orang ramai dibenarkan membawa basikal itu bermula 6 pagi hingga 10 pagi sebagai menyokong program ‘KL Car Free Morning’.

Sebelum ini, orang ramai hanya dibenarkan membawa basikal lipat ke dalam tren-tren LRT, monorel, dan MRT di luar waktu puncak, pada hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti am.

“Langkah ini akan memudahkan peserta ‘KL Car Free Morning’. Sekarang mereka tidak perlu membawa  kereta ke dalam bandar bagi memelihara alam sekitar dan mengurangkan penghasilan karbon di udara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran ‘Bike and Ride’ di sini Ahad.

Beliau berkata kajian yang dibuat melalui laman Twitter MyRapidKL menunjukkan 80 peratus maklum balas bersetuju dan menyokong langkah membenarkan basikal berukuran penuh itu menaiki LRT manakala 20 peratus lagi berkecuali.

“Sekiranya peringkat percubaan ini berjaya dan pengguna mematuhi segala syarat yang ditetapkan, kami akan mempertimbangkan untuk panjangkan program ini kepada hari lain dan tempoh waktu yang panjang sebelum ia turut dilaksanakan dalam perkhidmatan lain,” katanya.

Zohari berkata beberapa siri ‘riding simulation’ dengan kerjasama Prasarana Cycling Club dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah diadakan bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi tren adalah terjamin.

“Mereka perlu memastikan langkah membawa basikal itu tidak memberikan sebarang risiko bahaya atau ketidakselesaan kepada para penumpang lain, pastikan basikal bersih dan ia dibawa dengan selamat tanpa merosakkan aset Rapid KL,” katanya.

Zohari berkata inisiatif itu dilihat mampu meluaskan segmen sasaran dengan menarik golongan penggiat basikal, sekali gus meningkatkan bilangan penumpang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 40 peratus rakyat menggunakan perkhidmatan awam menjelang 2030. – BERNAMA

Sumber: Mstar



Sumber Basikal boleh dibawa masuk naik LRT mulai ahad ini

“Siapa nak berikan bayi kepada saya nak jaga… tak kisah anak dari mana. Anak luar nikah ke, apa ke… jangan nak buang saya nak jaga” – Aliff Syukri

0
0

JUTAWAN kosmetik Datuk Aliff Syukri mengumumkan hasrat untuk mencari sepasang anak angkat.

Aliff berkata, dia tidak kisah latar belakang bayi tersebut dan meminta orang ramai menghubunginya menerusi talian yang tertera bagi tujuan itu.

“Siapa yang nak berikan bayi kepada saya nak jaga… tak kisah anak itu dari mana. Anak luar nikah ke, apa ke… jangan nak buang saya nak jaga.

“Sila whatsapp segera ke 012-3545766. Hantar gambar baby tau saya nak sepasang. Dan detail semua untuk anak angkat saya,” tulis Aliff dalam Instagram miliknya.

Hebahan Datuk Aliff Syukri mencari sepasang anak angkat di laman Instagramnya mendapat perhatian netizan.

Antara komen yang diterima rata-ratanya memuji hasrat murni pengasas produk D’Herbs ini selain turut mendoakan dia sekeluarga terus dimurahkan rezeki.

Tak kurang ada yang secara berseloroh menawarkan diri untuk menjadi anak angkat Aliff.

Apa-apa pun semoga hasrat murni ini dipermudahkan.

Sumber: MStar



Sumber “Siapa nak berikan bayi kepada saya nak jaga… tak kisah anak dari mana. Anak luar nikah ke, apa ke… jangan nak buang saya nak jaga” – Aliff Syukri

Yuna dedah 7 sebab pilih Adam Sinclair

Demi Menyelamatkan Tuannya, Anjing Ini Sanggup Menggadai Nyawanya

0
0
Demi Menyelamatkan Tuannya, Anjing Ini Sanggup Menggadai Nyawanya

Anjing sememangnya memiliki sifat kesetiaan dan penyayang terhadap tuannya. Sesetengah anjing sanggup menggadaikan nyawa dalam melindungi tuannya.

Achy Wijaya yang tinggal di Merauke, Indonesia telah terkejut setelah melihat satu peristiwa menyayat hati pada satu pagi. Malam sebelum kejadian, dia memaklumkan ada mendengar anjing peliharaannya menyalak tidak henti-henti.

Pada pagi keesokan harinya, dia telah menemui anjingnya terbaring dipercayai diracun.

Setia Ke Hujung Nyawa. Demi Menyelamatkan Tuannya, Dia Rela Berkorban Hingga Tergadai Nyawa.

“Mereka gagal untuk merompak rumah saya kerana anjing kami terus menyalak. Kami hanya mengetahuinya pada keesokan hari. Anjing kami telah diberi racun oleh pencuri tersebut,” kata Achy.

“Malam itu kami semua sudah tidur dan tidak mempedulikan nyalakan anjing kami. Kami menyangkakan ia menyalak kerana melihat kucing tetapi tiba-tiba, bunyi nyalakannya terhenti”.

“Keesokan harinya, saya bangun dari tidur dan melihat anjing saya terbaring kaku dengan badannya dipenuhi muntah, mulutnya berbuih”.

Setia Ke Hujung Nyawa. Demi Menyelamatkan Tuannya, Dia Rela Berkorban Hingga Tergadai Nyawa.

Tambah Achy lagi, “Kami ingin membawanya ke klinik haiwan tetapi hari itu adalah hari Ahad jadi, klinik ditutup”.

“Kami telah cuba menghilangkan kesan racun itu dengan memaksanya meminum susu. Kami juga cuba membuatkannya minum minyak dan air kelapa tetapi tidak berhasil”.


Sumber Demi Menyelamatkan Tuannya, Anjing Ini Sanggup Menggadai Nyawanya

Siti Sarah Cerita Awal Perkenalannya Dengan Shuib

0
0
Siti Sarah Cerita Awal Perkenalannya Dengan Shuib

Julai lalu, viral di laman sosial penulisan seorang individu yang memuji hubungan perkahwinan dua selebriti ini yang boleh dijadikan contoh kepada pasangan yang lain. 

Shuib yang tiada apa-apa, berusaha untuk berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Siti Sarah Raissuddin dalam majlis yang sederhana. Dipendekkan cerita, memang ramai yang kagum dan teruja. Tidak kurang juga yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia buat selama-lamanya. 

Siti Sarah Dedah Kisah Bagaimana Shuib Memikat Hatinya

Semalam, Siti Sarah melalui Instagramnya memuat naik gambar di awal perkenalannya dengan Shuib. Kapsyen yang ditulis oleh Siti Sarah juga membuatkan ramai followersnya sebak dan terharu.

KITA KENAL TAK LAMA, sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki. 

Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, 

"Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??" 

Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna. Hahaha! 

Siti Sarah Dedah Kisah Bagaimana Shuib Memikat Hatinya

Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, insyaAllah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai curi tulang, tak suka burukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan cari tau, berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut).

Semoga perkahwinan kita ini diberkati, dirahmati dan dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan. Tapi saya sayang bersyukur, terlalu ramai yang mendaoakan kami. 

Syukur, syukur, syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua. 

Semoga Shuib, isteri dan anak-anaknya bahagia dan dipermudahkan segala urusan. 


Sumber Siti Sarah Cerita Awal Perkenalannya Dengan Shuib

Pelajar 20 tahun buat RM28,000 sebulan dengan hanya ternak lipas dari rumah!

0
0
Pelajar 20 tahun buat RM28,000 sebulan dengan hanya ternak lipas dari rumah!

Pelajar 20 tahun buat RM28,000 sebulan dengan hanya ternak lipas dari rumah!

Seorang pelajar dari Taiwan meraih pendapatan bulanan 200,000 New Taiwan Dollars (RM28,300) sebulan hasil dari mentertak dan menjual lipas.

Ya, lipas.

Menurut laporan China Press, Tong yang baru berusia 20 tahun mula menternak lipas selepas dia mendapati sukar mendapat bekalan serangga itu bagi memberi makan haiwan peliharaannya.

Jadi, dia mula menternak sendiri lipas dan menyedari bahawa serangga itu membiak dengan pantas. Dalam masa enam bulan, dia sudah mempunyai 30,000 ke 40,000 lipas di apartmentnya.

Tong berjaya menemui seorang pembeli, Tse, yang mahu mengambil semua lipas darinya. Sehingga kini, mereka terus bekerjasama untuk jual beli lipas.

Tong kini mempunyai 2.7 juta lipas dari pelbagai spesis di ladangnya. Dia menjual lipas-lipas itu secara borang kepada Tse yang kemudiannya menjual serangga itu secara runcit sebagai makanan haiwan.

 
Sumber: SK


Sumber Pelajar 20 tahun buat RM28,000 sebulan dengan hanya ternak lipas dari rumah!

Lelaki tertembak alat sulit kekasih ketika berfantasi dipenjara 10 tahun

0
0

SEORANG lelaki telah dihukum penjara 10 tahun selepas dia tertembak alat sulit teman wanitanya ketika mereka sedang berfantasi seks dalam kes yang disifatkan hakim sebagai fantasi seksual dengan akibat yang mengerikan.

 

Lelaki tertembak alat sulit kekasih ketika berfantasi dipenjara 10 tahun

Lelaki tertembak alat sulit kekasih ketika berfantasi dipenjara 10 tahun

 

 

Lelaki itu, David Jeffers, yang berasal dari Manchester, telah mengaku salah atas tuduhan memiliki senjata api dengan niat membahayakan nyawa.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang berusia 46 tahun, telah memaklumkan kepada David mengenai keinginan seksnya itu.

Pada masa sama, David mendakwa menemui pistol antik berkenaan di dalam tandas di sebuah pub.

 

Sebelum terlibat dalam seks itu, pasangan itu telah menyewa sebuah bilik hotel dan mereka turut menghisap dadah.

Ketika sedang berfantasi seks itu, David kemudiannya memasukkan senjata itu ke dalam alat sulit wanita terbabit.

Ketika itu mereka bersetuju bahawa tangan David hanya berada pada picu senjata itu sahaja, bukan menekannya.

Namun ketika mangsa sedang terbaring dalam keadaan bogel atas katil. David secara tidak sengaja telah tertekan picu pistol itu..

Selepas kejadian tersebut, David melarikan diri manakala mangsa terbaring di atas katil hotel. Dia dikejar ke hospital dan berjaya diselamatkan.

Di hospital, wanita itu memaklumkan kepada doktor dan menyifatkan David sebagai lelaki jahat. Laporan polis telah dibuat dan David akhirnya ditangkap.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Lelaki tertembak alat sulit kekasih ketika berfantasi dipenjara 10 tahun

Anak patung puaka mengganas lagi! Menghantui pemiliknya lepas baru dibeli dari eBay

0
0

ANAK patung `puaka’ yang menghantui pemiliknya sebelum ini, kini kembali `menyerang’. Anak patung itu dikatakan menghantui pemilik barunya selepas ia dibeli dari eBay.

 

 

Anak patung puaka mengganas lagi! Menghantui pemiliknya lepas baru dibeli dari eBay

Anak patung puaka mengganas lagi! Menghantui pemiliknya lepas baru dibeli dari eBay

 

Patung puaka itu dikatakan menyebabkan alat penggera api berbunyi manakala rantai di lehernya beralih dengan sendiri. Pemilik lamanya, Debbie Merrick turut mengalami calar di tangan.

Pemiliknya barunya, Lee Steer, dari Rotherham, South Yorkshire, berjaya memiliki anak patung puaka itu pada harga RM4,800 selepas membidanya di eBay.

 

Namun selepas dua hari anak patung itu sampai di rumah yang didiami bersama ibu bapanya, Paul dan Amy Steer, ia kembali mengganas.

Tangan bapanya bercalar iaitu keadaan sama yang berlaku kepada pemilik anak patung puaka itu sebelum ini.

“Bapa saya berada di tingkat bawah pada pagi itu dan seperti biasa anak patung itu masih dalam bungkusan. Dia kemudiannya mendengar bunyi bising dalam hutan, iaitu bunyi yang luar biasa.

“Kemudian kita dia sedang melihat semula siaran ulangan live streams antara anak patung itu dengan saya, tangan ayah saya tiba-tiba sakit.

“Bila dia selak lengan baju, terdapat enam cakaran di tangannya,” katanya.

Menurut Lee, susulan kejadian itu, bapanya tidak suka anak patung berkenaan berada di dalam rumah mereka.

Lee sendiri turut mengalami kejadian aneh seperti gambar yang digantung di dinding terjatuh dengan sendiri dan apabila lampu dibuka, imej dalam gambar itu tiba-tiba hilang.

“Ketika saya melakukan live streaming bersama anak patung itu, kira-kira 35,000 orang menyaksikannya dan saya dimaklumkan oleh beberapa orang yang menghubungi saya memberitahu mereka melihat matanya bergerak,” katanya.

Sementara itu, Debbie, 50, berkata, dia tidak terkejut apabila mendengar cerita aneh berkenaan.

“Sejujurnya saya gembila patung itu keluar dari rumah saya. Mengejutkan apabila Lee memaklumkan kepada saya mengenai apa yang menimpa bapanya,” katanya.

 

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Anak patung puaka mengganas lagi! Menghantui pemiliknya lepas baru dibeli dari eBay

Ibu simpan mayat bayi sendiri dalam peti sejuk beku, polis tak tolak kemungkinan suspek ada hubungan dengan lelaki lain

0
0
Ibu simpan mayat bayi sendiri dalam peti sejuk beku, polis tak tolak kemungkinan suspek ada hubungan dengan lelaki lain

Ibu simpan mayat bayi sendiri dalam peti sejuk beku, polis tak tolak kemungkinan suspek ada hubungan dengan lelaki lain

Seorang wanita di Tarakan sanggup membunuh anaknya yang baru lahir dan menyimpan bayi itu di dalam peti beku.

Tindakan wanita yang hanya dikenali sebagai SA, 24, ini dikatakan kerana bimbang bayi yang dilahirkannya tidak akan memperoleh surat beranak.

Menurut Ketua polis Tarakan, Dearystone Michael Hence Royke Supit, SA adalah isteri keempat seorang pemilik kedai basuh kereta.

“Dia tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama dengan anak pertamanya, tidak mempunyai sijil kelahiran,” ujar Dearystone.

Jelas Dearystone, pada Mei lalu, SA melahirkan bayi perempuannya itu seorang diri di bilik mandi rumahnya di Kota Tarakan di Kalimantan Utara.

“Selepas melahirkan, anaknya itu meninggal dunia. Dia membungkus bayi itu menggunakan plastik hitam dan menyimpan mayatnya di peti beku di rumahnya,” kata Dearystone.

Ketika disoal siasat, SA mengaku memindahkan mayat bayi itu ke peti sejuk tempat cuci kereta suaminya dua hari setelah mayat berkenaan sudah beku.

Lebih mengejutkan, bungkusan berisi mayat itu ditemui pekerja suaminya pada minggu lalu setelah tiga bulan tersimpan di peti sejuk dan bercampur dengan makanan lain.

Fakta disebalik kes.

1. Mangsa adalah merupakan bayi perempuan dan sudah mati ketika suspek menyimpannya dalam peti ais.

2. Suspek mengaku panik ketika melihat bayi tidak bernyawa selepas di lahirkan, dan membuat keputusan menyimpan bayi itu dalam peti ais di rumahnya.

3. Takut di ketahui suami, suspek kemudian memindahkan bayi  ke peti ais kedai cuci kereta milik suaminya.

4. Suami tak tahu suspek mengandung: Dari keterangan pihak suami,dia tidak mengetahui bahwa isterinya itu mengandung dan melahirkan kerana isteri nampak biasa sahaja.

5. Pihak polis tidak menafikan bahwa disebalik kes berkenan suspek memiliki hubungan gelap dengan lelaki lain hingga menyorokkan kelahiran bayi tersebut.

6. Bedah siasat ke atas bayi menunjukkan bayi dilahirkan bulan mei lalu, dan hal itu di akui oleh suspek sendiri

7. Bayi sudah 3 bulan di simpan dalam peti ais

Sumber: SK



Sumber Ibu simpan mayat bayi sendiri dalam peti sejuk beku, polis tak tolak kemungkinan suspek ada hubungan dengan lelaki lain

Video: Dah tak boleh parking nak parking jugak, lepas dah buat salah, dia serang pula pak guard yang tak bersalah!

0
0

TULAR di media sosial apabila satu video yang berdurasi 2 minit 44 saat yang memaparkan pergaduhan akibat salah faham mengenai parkir.

 

Video: Dah tak boleh parking nak parking jugak, lepas dah buat salah, dia serang pula pak guard yang tak bersalah!

Video: Dah tak boleh parking nak parking jugak, lepas dah buat salah, dia serang pula pak guard yang tak bersalah!

 

 

Video ini telah mendapat lebih daripada 50 ribu views di laman YouTube semalam.

Video berkenaan menunjukkan seorang lelaki sedang membuka clamp tayar motornya gara-gara tidak mahu membayar denda.

Dikatakan lelaki itu telah melakukan kesalahan dengan meletakkan motosikalnya di kawasan koridor yang mempunyai tanda “NO MOTORCYCLE PARKING ALLOW”(DILARANG MELETAKKAN MOTOSIKAL DI SINI).

 

Apabila ditegur oleh pengawal keselamatan yang berada di situ, lelaki tersebut mula marah dan cuba untuk menyerang pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas pada waktu itu.

Lelaki itu juga memberikan amaran kepada pengawal keselamatan yang merakam videonya.

“Lu lagi tangkap, gua pukul lu susah. Lu sudah ada gambar tak mahu settlelagi,” gertak lelaki tersebut.

Lelaki itu turut berang apabila mendapati ada yang merakamkan kejadian tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Bayan Lepas, Pulau Pinang dua hari lalu.

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC 

 



Sumber Video: Dah tak boleh parking nak parking jugak, lepas dah buat salah, dia serang pula pak guard yang tak bersalah!

1MDB gagal bayar hutang lagi

0
0

SESIAPA saja yang mengikuti perkembangan ekonomi negara tentu sudah tahu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah gagal bayar balik hutang AS$602.73 juta (kira-kira RM2.56 bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) Isnin lalu.

 

1MDB gagal bayar hutang lagi

 

 

1MDB adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan manakala IPIC yang diniagakan di bursa saham Inggeris di London adalah milik kerajaan Abu Dhabi.

1MDB bagi alasan duit untuk bayar balik hutang itu sedang dikumpulkan melalui proses rasionalisasinya dan memohon agar IPIC bagi sedikit masa.

Inilah masalah 1MDB. Berniaga dengan berhutang besar tapi tidak jana hasil yang cukup untuk bayar balik. Dalam itu pula berlaku penyelewengan yang luar biasa di dalam dan luar negara.

 

Macam kata Tan Sri Abdul Wahid Omar masa jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perniagaan 1MDB tak lestari. Dia kata, dengan modal yang rendah dan hutang yang tinggi, perniagaan 1MDB tidak lestari dari awal-awal lagi.

Kita semua sudah tahu yang hutang 1MDB, macam dibagi tahu oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), telah naik melebihi RM50 bilion pada awal  2016.

Kita pun sudah dengar macam mana 1MDB telah jual atau gadai harta yang didapatinya dengan harga murah daripada kerajaan macam tanah Tun Razak Exchange (TRX) di Jalan Tun Razak dan bekas Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) di Sungai Besi.

Tapi duit yang ia dapat tak cukup juga untuk bayar balik hutang hingga kerajaan, melalui Kementerian Kewangan, terpaksa ambil alih atau bagi jaminan.

Dalam kenyataannya, 1MDB kata duit untuk bayar balik hutang IPIC itu patutnya masuk bulan lepas tapi tak masuk sebab ada kelulusan yang perlu diperoleh. Ia merayu kepada IPIC agar diberi tempoh hingga penghujung bulan ini.

Tapi IPIC kata, 1MDB hanya ada tempoh lanjutan lima hari kerja seperti termaktub dalam perjanjian. Selepas tempoh itu, IPIC kata denda dan tindakan-tindakan lain akan dikenakan.

Kita tidak tahu macam mana dan dari mana sebenarnya 1MDB akan dapat duit untuk bayar balik hutang yang begitu banyak. Macam mana kita nak tahu kalau semua perkara berkaitan 1MDB adalah rahsia sehingga di Parlimen pun tak boleh bahas.

Cuma, seperti saya katakan berulang kali, kita harap duit negara dan rakyat jelata tidak lagi diambil secara sah atau haram untuk kambus hutang 1MDB. Secara kebetulan pula, Bank Negara baru saja menjual bon 20 tahun bernilai RM2.5 bilion iaitu hampir bersamaan dengan hutang 1MDB itu.

Tawaran bon itu ditutup 4 Ogos.

Bayaran balik RM2.56 bilion itu hanya separuh daripada hutang yang 1MDB kena bayar balik kepada IPIC tahun ini. Separuh lagi kena dilangsaikan hujung tahun ini.

Kesan kegagalan 1MDB bayar balik hutang IPIC adalah sangat besar dan berbahaya. 1MDB mungkin diseret sekali lagi ke mahkamah timbang tara antarabangsa sekali lagi dan penarafan mata wang, pelaburan dan pinjaman kita mungkin akan diturunkan.

Ambil contoh amaran bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada bulan Jun 2015. Dia kata, kalau masalah 1MDB tidak diselesaikan, kadar tukaran ringgit mungkin jatuh ke tahap tahun 1988 waktu Krisis Kewangan Asia.

Lebih kurang dua bulan kemudian, pada 12 Ogos ringgit jatuh ke bawah paras RM4 buat kali pertama sejak 1998 dan kekal sampai hari ini.

Satu perkara lagi.

Adalah tidak mustahil permohonan akan dibuat agar 1MDB diisytiharkan muflis supaya hartanya boleh dirampas oleh pihak-pihak yang memberi hutang kepadanya.

Dalam perkembangan berasingan tetapi hampir serupa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, bagi tahu Parlimen yang Felda mengalami kerugian dalam buku sebanyak RM2.06 bilion kerana pelaburan langsung dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Dia maklumkan Parlimen pada 31 Julai bahawa kerugian itu adalah pada kadar harga 30 Jun lalu. Kerugian modal ini adalah sangat besar berbanding dividen sebanyak RM328.33 bilion yang dibayar oleh FGV. Felda memegang 21.25 peratus saham FGV.

Kita sudah tahu bahawa FGV adalah mainan pasaran atau dalam bahasa Inggeris disebut market play yang berkait rapat dengan pilihan raya umum (PRU) 2013. Peneroka dan kakitangan Felda dijanjikan durian runtuh hasil penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

Malangnya, bukan sahaja ia tidak menjadi durian runtuh kepada peneroka dan kakitangan Felda, sebaliknya mereka menanggung kerugian jangka panjang yang sangat teruk. Wallahuaklam.

Sumber: Sinar



Sumber 1MDB gagal bayar hutang lagi

Dipanggil dayus, ini jawapan kekasih Afifah Nasir, bakal temankan ke lokasi penggambaran bersama bodyguard supaya Afifah tidak diganggu

0
0

KEKASIH Afifah Nasir iaitu Wan Ariff menyangkal dakwaan netizen bahawa dia seorang lelaki dayus kerana masih mempertahankan tindakan aktres berkenaan dalam isu rumah tangga Aliff Aziz.

 

 

Dipanggil dayus, ini jawapan kekasih Afifah Nasir, bakal temankan ke lokasi penggambaran bersama bodyguard supaya Afifah tidak diganggu

Dipanggil dayus, ini jawapan kekasih Afifah Nasir, bakal temankan ke lokasi penggambaran bersama bodyguard supaya Afifah tidak diganggu

 

Wan Ariff, 24, berkata, dia sudah dimaklumkan oleh Afifah situasi sebenar yang berlaku sejak mula penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

“Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya.

“Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Ariff ditemui ketika menemani Afifah pada sidang media yang diadakan di pejabat peguam Ruben & Co, di Solaris, Dutamas di sini, pada Isnin.

Afifah ketika sidang media yang diadakan pada Isnin.

Dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Sementara itu, Wan Ariff memohon agar masyarakat tidak terus mengecam teman wanitanya itu, sebaliknya memahai situasi yang terpaksa dilalui aktres tersebut.

“Saya tidak boleh paksa semua orang memaafkan dia, tapi saya cuma berharap agar orang ramai memahami apa yang dia lalui sekarang.

“Dia memang buat saya tapi dia jadi mangsa keadaan,” ujarnya.

Aliff Aziz dan Bella Astilah mengadakan sidang media pada Isnin minggu lalu.

Sementara itu, Wan Ariff berkata, dia akan terus menyokong kerjaya wanita berkenaan sebagai pelakon, namun meminta dia lebih berhati-hati di lokasi penggambaran.

“Itu sudah kerja dia dan dia seorang yang profesional. Saya sokong dia untuk terus berlakon cuma saya minta dia lebih berhati-hati agar tidak diperkotak-katikkan pihak lain atas kepentingan sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Ariff berkata, dia akan ke lokasi penggambaran bagi menemani kekasihnya itu menamatkan beberapa hari terakhir drama berkenaan.

“Drama tersebut berbaki tiga hari, esok Afifah akan ke lokasi bersama bodyguard bagi memastikan keselamatannya dan lusa mungkin saya juga turut menemaninya,” ujar Ariff.

Sumber: Mstar



Sumber Dipanggil dayus, ini jawapan kekasih Afifah Nasir, bakal temankan ke lokasi penggambaran bersama bodyguard supaya Afifah tidak diganggu

“Ini semua produksi punya angkara, saya jadi mangsa rancangan mereka supaya Aliff yang ada masalah disiplin datang ke lokasi penggambaran” – Afifah Nasir

0
0

Selepas dua minggu berlalunya episod duka dituduh mengganggu rumah tangga Aliff Aziz, pelakon Afifah Nasir pada Isnin tampil menjelaskan situasi itu  menjejaskan dirinya dan keluarga. 

 

"Ini semua produksi punya angkara, saya jadi mangsa rancangan mereka supaya Aliff yang ada masalah disiplin datang ke lokasi penggambaran" - Afifah Nasir

“Ini semua produksi punya angkara, saya jadi mangsa rancangan mereka supaya Aliff yang ada masalah disiplin datang ke lokasi penggambaran” – Afifah Nasir

 

 

Afifah atau nama sebenarnya, Nur Afifah Nasir, 24, berkata, dia menjadi mangsa pihak produksi iaitu Mahligai Serimas yang ingin Aliff hadir ke lokasi penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

“Apa yang berlaku sebenarnya hanya lakonan sahaja, pihak produksi yang meminta saya menjaga hubungan dengan Aliff agar dia datang ke lokasi penggambaran.  

“Mereka memujuk dan menggunakan saya supaya Aliff datang lokasi dan memberi kerjasama berikutan penggambaran sepatutnya mengambil masa sebulan kini sudah lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff,” ujarnya kepada mStar Online.  

 

Afifah ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat peguam Ruben & Co, di Solaris, Dutamas di sini, pada Isnin.

Aliff Minta Maaf Curang, Afifah Jangan Dolak-Dalik!

Afifah masih setia bersama kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar.  

Ia pertemuan pertama Afifah dengan wartawan selepas dilanda kontroversi berkenaan.  

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, 27 Julai lalu Bella, 23, bersama ibunya mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita bernama Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras. 

Aliff ditahan polis pada 2.30 pagi Jumaat dan dibebaskan sehari kemudian.  

Sementara itu, Afifah mengakui kesal kerana mengikut perancangan pihak produksi yang akhirnya memakan dirinya.  

“Saya kesal kerana apa yang berlaku adalah rancangan bersama untuk memastikan penggambaran berjalan lancar. Tapi bila jadi perkara begini tiada seorang daripada mereka (produksi) yang bercakap menyebelahi saya,” ujarnya.  

Turut menemani Afifah ialah peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya Mia Nasir, kekasihnya Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Allana Amir.

Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah telah membuat sidang media apa sebenarnya berlaku. 

Dalam sidang media itu, Afifah turut memperdengarkan rakaman antara kakaknya Anzalna dan seorang kru produksi tentang perkara berkenaan yang mendedahkan niat pihak produksi mempergunakan adiknya untuk melancarkan penggambaran. 

Antara isi dalam rakaman tersebut juga memberitahu, semua yang berlaku adalah tuntutan pihak produksi dan penyanyi lagu Sayang-Sayang itu hanya mendengar kata-kata Afifah sahaja untuk hadir ke lokasi penggambaran.  

Bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan untuk menyairkan rakaman perbualan itu kepada umum. 

Dalam pada itu, ditanya tentang perasaan sebenarnya terhadap lelaki tersebut, Afifah berkata, apa yang disaksikan itu hanya lakonan semata-mata.  

“Saya tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap dia. Apa yang berlaku semuanya adalah atas sebab kerja sahaja.

Afifah, cantik orangnya.  

“Setiap malam saya menangis bukan sebab dikecam netizen tatapi kerana memikirkan kenapa saya begitu bodoh mengikut rancangan pihak produksi,” ujarnya.  

Dalam kesempatan tersebut juga, Afifah turut meminta maaf terhadap isteri Aliff kerana membenarkan suaminya itu memegang tangannya.  

“Saya tidak salahkan Bella dalam hal ini kerana sebagai wanita sudah tentu dia marah. Saya minta maaf dan bersetuju untuk tidak mendekati keluarganya,” ujar Afifah.  

Aliff yang berasal dari Singapura dan Bella berkahwin pada September tahun lalu dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean, pada 8 Julai lalu. 

 

 

 

Sumber: Mstar



Sumber “Ini semua produksi punya angkara, saya jadi mangsa rancangan mereka supaya Aliff yang ada masalah disiplin datang ke lokasi penggambaran” – Afifah Nasir

“Dua kereta ni, Range Rover dan Audi TT saya nak bagi free je” – Tauke balak cun

0
0

Selepas kisah kejayaannya tular di media sosial, seorang jutawan muda dan jelita telah membuat satu pengumuman mengujakan dengan menawarkan dua buah kereta mewah untuk diberikan secara percuma.

 

"Dua kereta ni, Range Rover dan Audi TT saya nak bagi free je" - Tauke balak cun

“Dua kereta ni, Range Rover dan Audi TT saya nak bagi free je” – Tauke balak cun

 

 

Tauke balak dan pengasas produk kecantikan, Nur Syamimi Shamsudin (gambar), 25, awal pagi Isnin telah memuat naik posting di Facebooknya dengan menawarkan hadiah sebuah kereta Range Rover dan Audi TT kepada stokis dan pemborong produknya.

“Siapakah yang akan dapat hadiah si merah belakang Mimi tu dan Audi TT secara percuma.

“Tunggu hujung tahun ni tau Mimi nak bagi free je untuk stokis-stokis dan pemborong-pemborong. Usaha Lebih sikit yaa nanti saya bagi terus kereta untuk ‘u ols’ dengan geran-geran kereta Mimi bagi tau,” tulisnya di Facebook.

 

Postingnya ini telah mendapat sambutan postif daripada netizen yang rata-rata memuji sikap beliau yang tidak kedekut walaupun sudah berjaya dan bergelar jutawan.

Bagaimanapun, Nur Syamimi tetap tidak terlepas daripada usikan netizen nakal, khususnya lelaki, walaupun beliau sudah berumahtangga.

Apa yang ditawarkan Nur Syamimi ini dilihat sebagai satu strategi untuk memajukan lagi perniagaannya dalam bidang kecantikan kerana ia dapat menarik lebih ramai individu untuk menjadi stokis atau pemborong produknya.

Terdahulu, Nur Syamimi yang bergelar jutawan pada usia 19 tahun telah memuat naik satu posting menjelaskan tentang susah payah yang perlu dihadapinya sebelum mengecapi kekayaan yang dapat dilihat hari ini.

Beliau menulis posting tersebut apabila ramai netizen yang mempertikaikan kejayaannya pada usia muda, malah ada yang meninggalkan komen bahasa kesat dan sindiran selepas kisah mengenai dirinya tular di media sosial.

Nur Syamimi berkata keluarganya sebelum ini hidup dalam serba kekurangan dan apa yang dikecapi hari ini bermula dengan perniagaan sambilan secara online ketika beliau masih belajar dalam jurusan perniagaan.

“Dalam jangka masa satu tahun lebih saya berjaya mengembangkan perniagaan kosmetik dan berjaya membina empayar perniagaan kosmetik saya sendiri, saya memiliki ratusan down line juga cawangan sehingga ke Jakarta, Indonesia, sehingga kini saya mempunyai rakan kongsi di Indonesia dan memiliki Ibu pejabat di Indonesia serta rangkaian stokis.

“Kehidupan saya berubah, dari memiliki sebuah kereta murah Satria yang dibeli hasil dari terkumpulnya duit perniagaan akhirnya saya mampu membeli sebuah kereta mewah Porshe secara tunai, membina sebuah bangunan pejabat sendiri, membeli sebuah rumah secara tunai dengan harga setengah juta, mengambil pekerja-pekerja yang dibayar gaji bulanan, membeli lagi kereta kereta mewah sebagai aset seperti Range Rover Evox, Skyline GTR, Mini Cooper Country Man, Audi TT, Vellfire dan berbagai lagi, semua ini dibeli secara tunai kerana usia saya masih muda untuk membuat pinjaman,” katanya.

“Dari modal dan pengalaman perniagaan inilah saya kini mengembangkan lagi dan melebarkan rangkaian perniagaan sehingga kini saya menceburi bidang perniagaan kayu balak, kini saya memiliki kilang memotong kayu balak sendiri dan kini juga saya mengeksport papan-papan yang di proses di kilang saya ke Thailand dan rantau Asia,” tulisnya.

Anak jati Kelantan ini berkata perkongsiannya itu bukanlah bertujuan untuk bermegah-megah dengan kekayaannya sebaliknya untuk memberi inpirasi kepada msyarakat dan menjawab tohmahan yang dianggap tidak adil buat dirinya.

Sumber: Mstar



Sumber “Dua kereta ni, Range Rover dan Audi TT saya nak bagi free je” – Tauke balak cun
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live