Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Tarian 'Terlampau' Ummi Nazeera Dikritik Netizen (Video)

$
0
0
Tarian 'Terlampau' Ummi Nazeera Dikritik Netizen

Pada bulan lalu pelakon Ummi Nazeera selamat diijabkabulkan dengan pasangan Mohd Izzar dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada sabtu lalu.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah satu persembahan tarian semasa majlis tersebut berlangsung. Kenapa tak best ke? Atau terlalu keterlaluan?


Video tarian Ummi Nazeera & pasangan



Memetik laporan OHBULAN, video yang dikongsi di Facebook dan Twitter itu menyaksikan Ummi Nazeera dan pasangan menari sambil diiringi penari lain.

Ramai yang menganggap ianya sebagai satu persembahan yang kurang elok dan tidak sopan untuk majlis perkahwinan.

Selain itu pemilihan lagu semasa persembahan itu juga turut dipertikai kerana liriknya yang mengandungi perkataan yang sering digunakan dalam acara keagamaan.

Netizen terkejut

Tarian Ummi Nazeera Dan Pasangan Dikecam Netizen Dan Disifatkan 'Terlampau'

Tarian Ummi Nazeera Dan Pasangan Dikecam Netizen Dan Disifatkan 'Terlampau'

Tarian Ummi Nazeera Dan Pasangan Dikecam Netizen Dan Disifatkan 'Terlampau'

Tarian Ummi Nazeera Dan Pasangan Dikecam Netizen Dan Disifatkan 'Terlampau'


Sumber Tarian 'Terlampau' Ummi Nazeera Dikritik Netizen (Video)

“Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan!” – Pengurus artis hampir jadi mangsa skodeng lelaki gay dalam jamban

$
0
0

ADUHH… rasanya nak kat mana-mana pun dah tak selamat sekarang.”

 

 

"Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan!" - Pengurus artis hampir jadi mangsa skodeng lelaki gay dalam jamban

“Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan!” – Pengurus artis hampir jadi mangsa skodeng lelaki gay dalam jamban

 

Itu antara yang dikongsi seorang pengurus artis apabila dia nyaris menjadi mangsa ‘skodeng’ kaum sejenis di tandas awam dalam sebuah pusat beli-belah di Serdang, Selangor, Jumaat lalu.

Mazrul Hisham, 44, berkongsi detik cemas tersebut ketika dia singgah ke tandas berkenaan sebelum bersiap untuk ke surau menunaikan solat asar.

“Saya ke mall tersebut dengan hajat nak pergi menonton wayang dan singgah sebentar ke tandas sebelum ke surau untuk menunaikan solat asar.

 

“Selesai solat, saya dengar berlaku kekecohan di tandas tersebut di mana seorang remaja lelaki telah ditangkap kerana disyaki merakam aksi pengguna tandas menggunakan telefon bimbit,” ujarnya kepada mStar Online.

Hati-Hati Pengguna Tandas Lelaki!

Inilah remaja yang bertindak merakam aksi lelaki di tandas tersebut.

Kata Mazrul, mangsa yang menangkap remaja terbabit ialah salah seorang kakitangan pusat kecergasan Celebrity Fitness di situ.

“Menurut mangsa, dia ternampak seseorang sedang merakamnya di dalam tandas menggunakan telefon bimbit dari atas sebelum merentap telefon tersebut dan menahan individu berkenaan,” katanya.

Risau dirinya turut menjadi mangsa rakaman, telefon tersebut diperiksa dan agak mengejutkan dia mempunyai lebih 30 koleksi video tidak senonoh pernah dirakam di dalam tandas lelaki.

“Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan dan saya bernasib baik kerana kelibat saya tiada dalam video tersebut.

“Difahamkan individu tersebut merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah di universiti berdekatan dan sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” ujar pemilik Mazrul Hisham Production ini kesal.

Nynaa Harizal antara artis yang diuruskan oleh Mazrul Hisham Production.

Mazrul sebelum ini pernah bergelar pengurus kepada pelakon filem Legenda Budak Setan, Shiqin Kamal.

Kini, dia menguruskan lima pendatang baru termasuk pelakon cantik Nynaa Harizal yang bakal tampil menerusi filem Mak arahan pengarah baru Jeanny Amir.

Filem Mak bakal menemui penonton pada Febuari tahun depan di mana selain Nynaa Harizal, turut menjayakan filem terbitan MM2 Entertainment ini ialah Remy Ishak, Mawar Rashid dan Nadia Brian.

Sumber: Mstar



Sumber “Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan!” – Pengurus artis hampir jadi mangsa skodeng lelaki gay dalam jamban

Video: “Mak apa tahu?” – Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang

$
0
0

Selepas kisah seorang pondan yang bertaubat tular di laman sosial sejak Khamis lalu, kini lelaki itu mendedahkan detik hitam yang menjerumuskan dirinya ke dalam dunia songsang itu.

 

Video: "Mak apa tahu?" - Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang

Video: “Mak apa tahu?” – Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang

 

Kenangan pahit yang disimpan kemas dalam lipatan memori tanpa pengetahuan sesiapa kecuali arwah ibunya itu disingkap demi mengingatkan agar ibu bapa sentiasa berwaspada dengan keselamatan anak mereka.

Air mata yang ditahan akhirnya tumpah saat lelaki yang selesa disapa Cikgu Jefferi itu menceritakan bagaimana dia mengalami penderaan seksual seawal usia lima tahun.

“Mak apa tau? Mak apa tau?”, itulah ayat yang dilontarkan kepada ibunya sewaktu si ibu menyuruh Jefferi mengulangkaji pelajaran selepas mendapati pelajarannya merosot.

 

Detik hitam yang menimpa dirinya hanya diceritakan kepada ibu tercinta pada hari-hari terakhir hayat wanita itu.

Kata Jefferi, ibunya hanya mampu menangis dan tidak dapat berkata apa-apa kerana tidak mengetahui penderitaan yang ditanggung anak lelakinya selama ini.

Arwah ibu kepada bekas guru itu meninggal dunia akibat gastrik pecah pada September 2009.

Pengakuan itu dibuat melalui penstriman langsung selama hampir 30 minit di Facebook pada pagi Isnin.

Usahawan kecantikan itu menyimpan rahsia tersebut kerana tidak ingin ia diketahui oleh sesiapa sehingga sering mengasingkan diri daripada orang di sekelilingnya.

Penderaan seksual ke atasnya berlanjutan sehingga masuk ke alam persekolahan dan remaja, malah dia masih dicabul ketika meneruskan pengajian di maktab perguruan dan kejadian terkini berlaku pada awal bulan ini.

“Bila saya dah taubat, masih lagi ada lelaki-lelaki yang cuba untuk melakukan hubungan seksual terhadap saya.

“Benda ini perlu dihentikan. Anda semua sayang anak-anak. Betul tak? Kenapa mesti orang lain hancurkan anak kita? Perilaku songsang orang dewasa yang dilakukan ke atas kanak-kanak tidak sepatutnya berlaku,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Bapa kepada tiga orang anak angkat itu berkata bahawa ibu bapanya tidak pernah rela membiarkan dia bergelar seorang pondan tetapi imaginasi seksual yang telah diubah sejak kecil oleh pelaku-pelaku jenayah seksual membuatkan dirinya mengalami kecelaruan.

Sumber: Mstar



Sumber Video: “Mak apa tahu?” – Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang

Video: “Aliff Aziz manja suka pegang tangan” – Lepas 2 minggu diam, Afifah Nasir tampil pertahankan diri

$
0
0

SETELAH lebih seminggu mendiamkan diri mengenai kontroversi membabitkan dirinya dengan penyanyi Aliff Aziz, pelakon Nur Afifah Nasir akhirnya tampil memberikan penjelasan. Ayuh dengarkan temubual bersama mStar Online.

Video: "Aliff Aziz manja suka pegang tangan" - Lepas 2 minggu diam, Afifah Nasir tampil pertahankan diri

Video: “Aliff Aziz manja suka pegang tangan” – Lepas 2 minggu diam, Afifah Nasir tampil pertahankan diri

 

Sumber: Mstar



Sumber Video: “Aliff Aziz manja suka pegang tangan” – Lepas 2 minggu diam, Afifah Nasir tampil pertahankan diri

‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

$
0
0

Walaupun lebih empat bulan pemergian suami, namun perasaan rindu terus mencengkam jiwa wanita ini.

 

 

‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

 

Benar jodoh, ajal dan maut itu semuanya di tangan Tuhan, tetapi kerinduan yang terus menebal membuatkan wanita ini tidak pernah jemu menziarahi kubur arwah suaminya. 

“Puas hati aku hari ni dua kali aku dating kat kubur. Punya panas cuaca hari ni, tapi aku tak peduli. Kalau boleh, aku bentang tikar pacak khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup. 

“Dulu aku ada jasad yang aku boleh peluk cium, ada jasad yang aku boleh tenung setiap hari. Sekarang aku cuma mampu tenung gambar dan tanah kubur kau je abang,” demikian luahan Fatin Nur Affira Yusof di laman sosial Facebook pada awal pagi Isnin sambil memuat naik gambar dan video semasa menziarah kubur suami, Allahyarham Kapten Sazali Sakiran.

 

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, Fatin menyampaikan mesej kepada teman-temannya dalam keadaan bergenang air mata.

Walaupun cuba mengukir senyuman dan berbicara dalam keadaan ceria, namun rasa kesedihan masih tidak dapat disembunyikan wanita ini.

Bagi Fatin, berpeluang mencium batu nisan di kubur arwah suaminya sudah cukup membahagiakan dan memberi ketenangan kepada dirinya.

“Dapat peluk cium batu nisan kau pun aku dah cukup seronok bahagia tau. Haih lah abang. Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau tujuh kaki kat bawah dah,” katanya.

Gambar kenangan Fatin bersama arwah suami.

Dalam kesempatan itu, Fatin turut bergambar swafoto di kubur di samping memberi penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Siapa kata suami dah tak ada aku tak boleh ajak selfie (swafoto)? Kau ada laki pun kadang laki kau tak nak selfie dengan kau. Lagi untung jadi aku, laki aku tak refused (tolak) aku ajak selfie. Hahahaha!”.

Rata-rata netizen turut berkongsi rasa sayu di samping memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut supaya terus tabah dan mendoakan arwah suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Siapa kita sebagai manusia mahu melawan takdir, tetapi bukan bermakna sebagai isteri, Fatin perlu mematikan perasaannya selepas pemergian insan tercinta.

“Kepada sang suami, aku sayang kau. Tak pernah berkurang walau seinci. Rindu ni tak pernah berkurang walau sesaat. Jenguk-jenguklah bini kau ni dalam mimpi ye,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber ‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

Video: Kompang 5 beradik viral, dari kenduri kahwin ke Pavilion!

$
0
0

Pusat membeli-belah terkemuka, Pavilion di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu digegarkan dengan kehadiran lima jejaka sehingga mencuri perhatian ramai termasuk pelancong asing.

 

Video: Kompang 5 beradik viral, dari kenduri kahwin ke Pavilion!

Video: Kompang 5 beradik viral, dari kenduri kahwin ke Pavilion!

 

 

Mereka bukan kumpulan muzik lelaki atau ‘boyband’ dari luar negara sama ada Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) mahupun K-Pop dari Korea Selatan.

Namun persembahan nyanyian anak muda tempatan sambil bermain kompang dengan gaya tarian dan lenggok badan memukau khalayak.

Mereka sebenarnya merupakan kumpulan Kompang Lima Beradik yang semakin dikenali ramai selepas persembahan di kenduri kahwin tular di media sosial, terdiri daripada lima beradik iaitu Muhammad Khalid Lasim, 24, Ezzat Syafie, 21, Fahmi Azarul, 20, dan pasangan kembarnya, Fauzi Azizul dan Syamsul Arif, 17.

 

Menerusi video berdurasi kira-kira 20 minit itu, kelima-lima mereka yang berpakaian seragam warna hijau membuat persembahan nyanyian lagu-lagu Melayu sambil bermain kompang dan diiringi alat muzik moden, ‘bass drum’ di hadapan Pavilion. 

Fahmi berkata, persembahan tersebut sempena upacara pembukaan sebuah restoran di pusat membeli-belah di Bukit Bintang itu.

Walaupun kumpulan itu ditubuhkan sejak Mei tahun lalu dengan lebih 100 persembahan, tetapi Fahmi menyifatkan kemunculan mereka di Pavilion amat berbeza.

Ini kerana katanya, kumpulan kompang yang berasal dari Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek di Sepang, Selangor ini mengadakan persembahan di kenduri kahwin. 

“Kebiasaannya persembahan kami untuk majlis kahwin, bila acara yang berlainan, kita perlu ‘perah otak’ untuk pemilihan lagu dan gaya tarian yang bersesuaian.

“Penonton di Pavilion bukan orang Melayu sahaja, tetapi semua termasuk pelancong asing kerana ia merupakan lokasi tumpuan orang ramai,” katanya kepada mStar Online

Fahmi berkata, kumpulan Kompang Lima Beradik ini akan menyanyi lagu-lagu cinta yang antaranya akan diubah suai liriknya mengikut keadaan sambil menari dan bermain kompang dan ‘bass drum’.

Kebiasaannya kumpulan Kompang Lima Beradik membuat persembahan kompang di kenduri-kenduri kahwin.

Mengenai persembahan pada Sabtu lalu, Fahmi memberitahu pada awalnya ia dirancang di hadapan restoran di dalam Pavilion dan kemudian lokasi diubah ke luar pusat membeli-belah itu.

“Walaupun dimaklumkan lebih awal mengenai perubahan itu, tapi kami benar-benar tak sangka akan membuat persembahan di luar yang mempunyai lebih ramai penonton. Memang rasa berdebar sampai dah tak rasa peluh,” katanya secara berseloroh.

Namun anak kelima daripada 10 beradik ini memberitahu, ia merupakan peluang dan sumber rezeki yang cukup berharga serta menyuntik semangat kepada mereka untuk melakukan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Bagi kami, ia menunjukkan persembahan kompang yang selama ini lebih ditontoni orang Melayu, di majlis kahwin dan kampung-kampung semakin diterima semua.

“Kami bukan sahaja dapat menonjolkan bakat kami, malah memperkenalkan alat muzik tradisional kepada semua terutama orang asing,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Video: Kompang 5 beradik viral, dari kenduri kahwin ke Pavilion!

Padang teruk: “Sathianathan kena faham, kita tak ada pilihan kerana itu satu-satunya padang yang ada” – KAFA

$
0
0

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor mengakui kualiti padang di Stadium Sultan Muhammad IV berada dalam keadaan teruk.

 

Padang teruk: "Sathianathan kena faham, kita tak ada pilihan kerana itu satu-satunya padang yang ada" - KAFA

Padang teruk: “Sathianathan kena faham, kita tak ada pilihan kerana itu satu-satunya padang yang ada” – KAFA

 

 

Jelas beliau, situasi itu disebabkan ia terlalu lasak digunakan untuk semua perlawanan Liga Malaysia.

“Semua perlawanan Liga Super, Piala Malaysia, Piala Presiden, Piala Belia dan Liga FAM semuanya berlangsung di situ. Kita tak ada pilihan kerana itu satu-satunya padang yang kita ada.

“Kebetulan sebelum perlawanan menentang Felda United, padang itu penuh dengan jadual sepanjang minggu. Memang betul padang bermasalah tapi dia (B. Sathianathan) kena faham, itulah kemampuan yang kita ada,” katanya kepada mStar Online.

 

Menurut Ismail, Kafa sudah memaklumkan mengenai keadaan padang itu kepada Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) untuk tindakan susulan.

“Ya kita sudah sampaikan masalah padang itu seperti diulas pesuruhjaya perlawanan. Kita harap ia dapat dibaik pulih dalam tempoh rehat perlawanan Liga Malaysia,” katanya.

Malah, beliau berkata, Kafa turut sedia memberi nasihat kepada pihak perbadanan stadium memandangkan mereka ada kepakaran dalam memulihkan kerosakan padang.

“Sebenarnya soal pengurusan padang di luar bidang kuasa Kafa. Kita hanya sewa padang tersebut dan ia diuruskan sepenuhnya pihak perbadanan stadium. Tapi kita sedia beri kerjasama dan nasihat dalam soal baik pulih padang,” katanya.

Pemain Kelantan, Mohd Khairul Izuan diasak Dino Djulbic dari Felda United semasa pertembungan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu lalu. fotoBERNAMA.

Baru-baru ini, Ketua jurulatih Felda United, B Sathianathan mengkiritik kualiti padang di Stadium Sultan Muhammad IV yang disifatkan terlalu teruk sehingga menjadi punca anak buahnya gagal menundukkan Kelantan dalam aksi Liga Super, malam Sabtu lalu.

Katanya, kualiti padang di stadium tersebut perlu segera dipulihkan kerana ia menjejaskan permainan sesebuah pasukan yang menerapkan corak hantaran berpasukan.

“Dulu, Kelantan memang satu tempat yang susah untuk menang tetapi sekarang keadaan mereka menjadi tidak selesa jika bermain di tempat sendiri.

“Antara punca adalah padang… tolonglah baiki padang itu dulu kerana ia tidak sesuai dengan permainan pasukan Kelantan dan mana-mana pasukan yang mengamalkan permainan corak hantaran berpasukan.

“Dulu semasa saya bimbing Kelantan, saya ingat padang mereka antara yang terbaik dalam Malaysia tetapi sekarang ini, saya ingat kalau bawa lembu pun tak nak dengan padang macam ini,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Padang teruk: “Sathianathan kena faham, kita tak ada pilihan kerana itu satu-satunya padang yang ada” – KAFA

Timbalan menteri mengaku belasah wanita


Lima mati kerana cuaca panas melampau digelar Lucifer

Anak Melayu bangga digelar bekas muslim di perhimpunan atheist: “Apa salah kami dilayan begini, adakah kami cederakan orang?” – Pengasas Atheist Republic

$
0
0
Anak Melayu bangga digelar bekas muslim di perhimpunan atheist: "Apa salah kami dilayan begini, adakah kami cederakan orang?" - Pengasas Atheist Republic

Anak Melayu bangga digelar bekas muslim di perhimpunan atheist: “Apa salah kami dilayan begini, adakah kami cederakan orang?” – Pengasas Atheist Republic

Pengasas Atheist Republic hari ini melahirkan rasa pelik dengan sikap kerajaan yang dilaporkan bercadang untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu di mana mereka telah mengadakan pertemuan baru-baru ini, lapor Malay Mail Online.

Menurut pengasasnya, Armin Navabi, mereka yang datang mengadakan pertemuan baru-baru ini hanyalah sekadar bertukar-tukar fikiran.

“Tiada kerajaan yang menangkap anggota kami semata-mata kerana mereka bertukar-tukar fikiran,” katanya.

Beliau menyatakan kumpulan itu kini mempunyai cawangan di setiap negara di dunia tetapi tiada lagi negara yang cuba menghukum mereka.

Apa yang mereka buat pada orang lain? Apakah mereka mencederakan orang lain,” kata lelaki kelahiran Iran itu.

Beliau juga pelik dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mengecam perjumpaan mereka di Kuala Lumpur sehingga ada yang mengugut untuk pancung mereka.

Sejak beberapa hari lalu iaitu 3 April, tular di laman sosial sebuah perjumpaan ahli Ateis di Kuala Lumpur di mana perjumpaan yang dianjurkan oleh Atheist Republic, yang berpangkalan di Vancouver, Kanada, telah dihadiri oleh mereka yang asalnya dari pelbagai latar belakang agama termasuk Melayu Islam.

Susualan tularnya isu ini, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam dilaporkan akan bertindak kepada umat Islam yang terlibat dengan kumpulan itu.

Video dari page Atheist Republic


“Kerajaan akan memantau dakwaan ini kerana ia satu perkara serius dan membabitkan akidah seseorang umat Islam itu,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Atheist Republic mempunyai lebih dari satu juta pengikut dan penyokong di media sosial, dengan beratus-ratus “konsulat” di seluruh dunia termasuk di negara jiran Indonesia dan Filipina.

Sumber: SK



Sumber Anak Melayu bangga digelar bekas muslim di perhimpunan atheist: “Apa salah kami dilayan begini, adakah kami cederakan orang?” – Pengasas Atheist Republic

(Video) Kaki Remaja Berdarah Teruk Dipercayai Dimakan Makhluk Kecil Misteri Ketika Mandi di Pantai

$
0
0
(Video) Kaki Remaja Berdarah Teruk Dipercayai Dimakan Makhluk Kecil Misteri Ketika Mandi di Pantai

(Video) Kaki Remaja Berdarah Teruk Dipercayai Dimakan Makhluk Kecil Misteri Ketika Mandi di Pantai

Seorang remaja terkejut apabila mendapati kakinya tiba-tiba berdarah teruk selepas sesi berenang di sebuah pantai di Melbourne.

 

Selepas dihantar ke hospital, doktor tidak dapat menjelaskan apa punca berlaku pendarahan di kaki remaja berusia 16 tahun itu seterusnya menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Tidak berpuas hati, bapa kepada remaja berkenaan kemudiannya pergi ke pantai Dendy Street Beach di Brighton untuk menyiasat.

Bersenjatakan jaring dan sekeping daging segar, dia kembali ke pantai itu dan berjaya menangkap beratus-ratus makhluk yang dia percaya bertanggungjawab ke atas kejadian terbabit.

 

“Saya letakkan daging di dalam pukat itu dan mereka menggeruminya ibarat seperti tiada hari esok,” kata bapa tersebut.

“Saya bawa mereka balik ke rumah dan mereka asyik dengan daging ini. Mereka makan semuanya termasuk darah.” kata beliau.

Difahamkan, makluk itu juga sudah dibawa ke hospital untuk ditentukan spesisnya.

Dalam pada itu, pakar laut, Michael Brown turut tidak dapat menjawab makhluk apakah itu namun mencadangkan ia mungkin ‘larva obor-obor’.

“Saya sudah berada dalam bidang ini selama 20 tahun dan tidak pernah nampak sesuatu seperti ini.” katanya kepada Channel Seven Sunrise.

Sumber: DM

Via: SK



Sumber (Video) Kaki Remaja Berdarah Teruk Dipercayai Dimakan Makhluk Kecil Misteri Ketika Mandi di Pantai

(Video) Burung Camar ‘Gergasi’ Photobomb Siaran Langsung Ramalan Cuaca Dua Kali

$
0
0
(Video) Burung Camar 'Gergasi' Photobomb Siaran Langsung Ramalan Cuaca Dua Kali

(Video) Burung Camar ‘Gergasi’ Photobomb Siaran Langsung Ramalan Cuaca Dua Kali

Seekor burung menjadi popular selepas ia melakukan photobomb sebanyak dua kali ketika siaran langsung ramalan cuaca di stesen TV Kanada.

Pengacara Canadian morning show, Tara Jean Stevens tidak dapat mengabaikan burung tersebut apabila ia menjengahkan kepala betul-betul di hadapan kamera ketika lintas langsung.

Disebabkan jaraknya yang terlalu dekat dengan kamera, burung tersebut kelihatan seperti haiwan gergasi seterusnya menyekat pemandangan di belakang.

“Saya tidak akan benarkan ia mengganggu saya,” kata Stevens. Namun ternyata dia tidak mampu mengabaikan burung tersebut dan dilihat ketawa beberapa kali.

 

Stevens berkata burung itu secara tidak langsung menyebabkan segmen itu menjadi popular dan menyifatkannya sebagai ‘salah satu detik paling berharga dalam dunia pengacaraannya’.

Bagaimanapun, burung camar itu tidak berhenti setakat itu sahaja.

Pada Jumaat, ia sekali lagi datang ke arah kamera namun kali ini untuk menunjukkan keputihan bulunya pula.

“Burung camar ini datang lagi kali ni.” kata Stevens.

 
Sumber: SK


Sumber (Video) Burung Camar ‘Gergasi’ Photobomb Siaran Langsung Ramalan Cuaca Dua Kali

‘Dah macam ikat menate (binatang)’ – Ibu terkilan masih ada masyarakat yang kritik penggunaan Safety Harness

$
0
0
'Dah macam ikat menate (binatang)' - Ibu terkilan masih ada masyarakat yang kritik penggunaan Safety Harness

‘Dah macam ikat menate (binatang)’ – Ibu terkilan masih ada masyarakat yang kritik penggunaan Safety Harness

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dinasihatkan menggunakan safety harness bagi mengelakkan anak hilang, atau diculik penjenayah dan bagai. Malangnya masih ada masyarakat kita yang memandang serong terhadap ibu bapa yang menggunakan hand harness seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. 
Nazza Hamat, luah rasa terkilan terhadap tindakan segelintir individu yang mentertawa dan mencemuh mereka dengan pelbagai dakwaan. 
SEMALAM saya pergi shopping mall, pakaikan anak saya safety harness ini. Saya tahu jenis anak saya yang mana dia tidak suka orang pimpin tangan dia. Dia lebih suka jalan sendiri. Kalau kami lepas tangan dia, tak sampai dua saat dah lari seperti lipas kudung. 
Semua orang tengok semalam, tetapi tengok dengan pandangan yang pelik. Tak tahu kenapa, mungkin mereka fikir kami agak melampau dengan mengikat anak seperti ini. Ramai juga yang gelakkan saya semalam. 
Yang tak boleh ‘blah’ bila ada seorang lelaki bukan main kuat dia gelak. Terdengar dia kata “Dah macam ikat menate (binatang) dah.’. Saya rasa nak cilikan saja mulut dia yang kurang ajar itu. Dah tua pun, tetapi mulutnya  bukan main jahat. 
Saya beritahu pada suami dan dia kata, “Ikut dia la, kalau anak kita hilang, bukan dia nak tolong cari pun. Kita yang menanggung sengsara,” kata suami. 
Cukuplah anak saya dah pernah hilang dua kali. Tak sanggup dah nak melalui kejadian yang sama. Boleh jadi gila dibuatnya. 
Tak tahulah masyarakat kita ini payah sangat nak ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Sudah ramai yang kongsi pengalaman anak mereka hilang tetapi bila kita amalkan keselamatan begini dianggap mengamalkan pemikiran kuno sangat.  Cubalah berfikiran terbuka sikit. 
Di negara barat, benda seperti ini boleh dikatakan wajib bagi mereka. Kita di Malaysia sahaja yang akan dipandang jelik jika buat begini. Mereka pandang kita seperti kita ibu bapa yang jahat dan mementingkan diri. 
Kalau anak saya hilang, awak (yang jenis suka mengkritik) nak tolong carikan ke? Lebih baik saya buat begini dari saya menyesal di kemudian hari. 
Yang gelakkan saya semalam, suatu masa nanti bila anda dah ada anak, jagalah anak baik-baik. Jangan sampai anak dah hilang, menyesal sepanjang hayat. Menangis air mata berdarah sekalipun tak guna dah. 
Cuba berfikiran terbuka sedikit. Kita di Malaysia sudah bermacam-macam kes yang berlaku, yang melibatkan kanak-kanak. Ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Contoh seperti Sarah dan Shuib yang kehilangan anak selama tiga minit, rasa macam nak mati, tahu? 
P/S: Anak saya kalau pergi mall, dia fikir dia pergi ke taman gula-gula. Habis dia berlari sana sini. Bila diikat begitu, rasa aman sedikit. 
Sumber: Nazza Hamat
Via: TR


Sumber ‘Dah macam ikat menate (binatang)’ – Ibu terkilan masih ada masyarakat yang kritik penggunaan Safety Harness

‘Suami sanggup tak gunakan duit jual Vespa sebab nak bantu perniagaan saya’

$
0
0
'Suami sanggup tak gunakan duit jual Vespa sebab nak bantu perniagaan saya'

‘Suami sanggup tak gunakan duit jual Vespa sebab nak bantu perniagaan saya’

Kadang-kadang suami membuat pengorbanan untuk keluarganya tanpa pengetahuan isteri. Ada suami yang sanggup menjual barang-barang kesayangannya demi membantu isteri. 
Seperti lelaki bernama Amir ini, biarpun perniagaannya merosot, beliau sanggup menjual Vespa kesayangannya dan langsung tidak menggunakan hasil jualan itu. Sebaliknya diberikan kepada isterinya yang perniagaannya juga sedang mengalami masalah. 
Nampak? Sudah dua pengorbanan yang dilakukan oleh suami di situ semata-mata mahu tidak mahu melihat isterinya berada dalam kesusahan. 
BARU-BARU ini ada viral tentang si isteri sanggup belikan motosikal Yamaha RXZ untuk suaminya, sebab sebelum kahwin dulu si suami sanggup jual motosikal kesayangannya itu bagi menanggung kos perbelanjaan perkahwinan mereka. 
Tetapi cerita saya lain sikit. Ya, sikit saja. Hihihi! Mungkin coretan ini agak panjang sikit. Ceritanya begini, secara jujurnya saya mengenali suami kerana kami mempunyai minat dan hobi yang sama iaitu minat pada motosikal klasik, Vespa. 
Ya, Vespa. Kalau orang tanya saya, kenapa Vespa? Kenapa bukan motosikal lain? Jawapan saya mudah saja, sebab bunyi Vespa membuatkan saya jatuh cinta. Lain orang, lainlah minatnya, betul tak? Jadi saya memang minat sangat pada Vespa. 
Saya mula berkawan dengan budak-budak Vespa sejak saya berada di sekolah menengah. Bukan nak riak tetapi saya pernah tunggang PX150 walaupun bukan 200, kan? Nak beli tak mampu. 
Dijadikan cerita, saya pun dijodohkan dengan suami yang memang sehati sejiwa dan kebetulan dia ada Vespa Super 150 yang saya namakan sebagai ‘Cik Puteh’. Masa itu suami ada tiga buah motosikal iaitu Modenas Kriss, Skuter Vs 150 dan Vespa Super. 
Kereta? Yilekk! (tak ada). Habis tu macam mana dating? Guna kereta abang kepada suamilah. Hahaha!
Hari berganti hari, bulan berganti ublan dan tahun berganti tahun, kami ambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 21 Disember 2014. Masa itu kami janji untuk bertunang selama setahun saja. Genap setahun, kami diijabkabulkan pada 7 Februari 2016 dengan sekali lafaz. Lega rasanya sebab dia kata susah nak sebut nama saya. 
24 Julai 2017, usia perkahwinan kami sudah mencecah setahun lima bulan. Bohonglah kalau tak ada masalah yang timbul selepas kahwin. 
Alhamdulillah enam bulan pertama memang bahagia. Masuk enam bulan kedua, Allah dah mula buat kerja Dia. Dia menguji saya dengan Amir sedikit demi sedikit. Tapi Amir cuba untuk menepis. Tapi esoknya masalah yang lain pula datang, ditepis lagi dan begitulah pada hari-hari seterusnya. 
 
 
Sehinggalah satu hari, perniagaan Amir tidak begitu menjadi, Amir jatuh, bukan terduduk tetapi tersungkur. Alhamdulillah pada waktu itu saya ada buat perniagaan jual barangan kosmetik untuk cover sales harian Amir dan Alhamdulillah ada, walaupun tak banyak. 
Semakin hari pelanggan Amir semakin berkurangan. Jika ada pun, setakat RM50 sahaja. Tolak gaji pekerja, tinggal baki berapa saja? Kesudahannya, hari-hari makan modal dan untung pun tak ada. Kasihan Amir. 
Dari situ saya kena berusaha lebih untuk cover balik sales-sales Amir. Orang tengok kami hari-hari senyum, happy sana sini tetapi tiada sesiapa yang tahu betapa sengsaranya kami, lebih-lebih lagi Amir. 
Bulan Mac atau April yang lalu, ada orang bertanya pada Amir sama ada dia mahu menjual Vespa miliknya itu. Saya memang menentang habis-habisan dan memang tidak setuju. Gila nak jual? Benda rare tu, dahlah geran complete!
Tetapi jauh di sudut hati Amir, saya tahu dia memang perlukan duit untuk menanggung saya dan hari-hari yang mendatang. Saya sedih sangat pada masa itu, memang sedih. Isteri mana yang sanggup tengok suaminya sendiri berada di dalam kesusahan? 
“Kalau itu yang terbaik, juallah. Ada rezeki, kita cari lain ya?” saya kata pada suami yang hanya membisu. 
Akhirnya ‘Cik Puteh’ selamat menjadi milik orang lain tetapi nasib baik yang beli itu pun kawan-kawan kami juga. Lega rasa hati ini. 
Bulan ramadan yang lalu, awal puasa sales saya memang sangat perlahan. Bukan nak tipu, tak tahulah awal-awal puasa selalunya aura itu belum datang. Barang di kedai habis, nak restock, modal pula tak banyak. Saya ceritakan pada Amir tentang apa yang berlaku. Teka Amir kata apa?
“Dalam akaun bank ada baki RM1,500. Sayang gunalah RM1,000 buat restock barang,” katanya. 
“Mana datang duit ini?” soal saya namun Amir tidak memberikan respon. 
Keesokkan harinya saya tanya lagi tetapi dia masih juga tidak menjawab persoalan saya. Akhirnya pagi sebelum saya bertolak ke Kuala Lumpur (masa ini rasa ralat sikit sebab pergi Kuala Lumpur tanpa Amir) dia beri kad bank dia dan bila saya tanya tentang duit itu, dia kata, 
“Itu duit Amir jual Vespa la sayang,” katanya. 
Allah! Berkaca mata saya pada pagi itu. Dia sanggup tak gunakan duit itu, tak topup barang niaga dia sebab nak bagi saya guna untuk restock barang saya. Ya tuhan, terima kasih hadirkan insan bernama Khairul Amiramri ini dalam hidup saya walaupun saya tahu saya banyak yang tidak sempurna tetapi dia tidak pernah mengalah untuk terus membimbing dan mendidik saya untuk menjadi seorang isteri yang solehah. 
Semoga Allah merahmatimu selalu wahai suamiku Amir Bear. Dia sanggup korbankan apa yang dia ada dan hanya untuk melihat saya bahagia. 
P/S: Untuk isteri-isteri di luar sana, hargailah suamimu. Kamu takkan pernah tahu betapa susahnya dia untuk mencari nafkah agar kita (isteri) dan anak-anak dapat menyuapkan nasi dan untuk meneruskan kehidupan di hari-hari yang mendatang. 
Ini semua gambar kenangan saya bersama ‘Cik Puteh’ dan semoga gambar-gambar ini dapat saya tunjukkan kepada anak-anak, cucu-cucu dan cicit saya kelak. 
Via: TR


Sumber ‘Suami sanggup tak gunakan duit jual Vespa sebab nak bantu perniagaan saya’

Kenapa Israel Takut Dengan Penghafal Al-Quran?

$
0
0
Kenapa Israel Takut Dengan Penghafal Al-Quran?

“Barangsiapa membaca satu huruf dari Al -Qur’an maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat.” (HR. Tirmidzi )

Seperti yang telah kita ketahui bersama bahawa perang antara Israel- Palestin ( HAMAS ) tidak akan ada hentinya. Israel terus melakukan pembunuhan demi pembunuhan terhadap warga Palestin.

Perlu diketahui bahawa dari ribuan jiwa yang terkorban mangsa keganasan perang Israel, 75 % diantara mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Pelbagai alasan yang diberikan oelh pihak yahudi mengenai korban tersebut. Sebahagian besar alasannya sangat tidak masuk akal sama sekali dan mengada-ada. Lebih mengecewakan lagi apabila negara-negara dunia seakan tidak mampu menghentikan ini semua, termasuk negara-negara arab sendiri.

Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa tentera yahudi membunuh kanak-kanak Palestin? Ada yang berkata memang tabiat tentera yahudi yang kejam dan biadab. Ada juga yang berkata tentera yahudi takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin kerana kanak-kanak yang terlahir adalah generasi masa depan Islam yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga.

Berikut adalah sebab mengapa tentera yahudi laknatullah menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kumpulan HAMAS yang kami kongsikan menerusi Islampos.

Semasa serangan tentera yahudi terhadap Palestin pada Disember 2008 yang berlaku ketika bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS Ismail Haniyah melantik sekitar 3500 kanak-kanak Palestin yang telah hafal Al-Quran. Kanak-kanak tersebut sudah menghafal 30 juz Al-Quran. Ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa? ” Demikian pemikiran yang berkembang di dalam fikiran orang-orang Yahudi.

Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang dikepung dari segala arah oleh tentera yahudi laknatullah menjadikan masa mereka terus berinteraksi dengan Al -Qur’an. Tidak ada yang bermain Play Station atau ‘game’ bagi mereka.

Keadaan tersebut memangkin mereka untuk menjadi para penghafal Al-Quran ketika masih begitu muda. Ketakutan Zionis Yahudi laknatullah terhadap keadaan ini menyebabkan kira-kira 500 kanak-kanak penghafal Quran itu telah syahid.

Itulah sebahagian sebab mengapa HAMAS mengenakan syarat- syarat yang amat berat untuk menjadi anggota mereka antaranya hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah terutama solat subuh.

Teringat zaman emas tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Rahsia besar yang perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan Al-Quran, tidak pernah melepaskan hadis Rasulullah saw menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadis Rasulullah Saw pernah bersabda .

“Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, maka kalian tidak akan pernah sesat , iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi- Nya “( HR. Malik).

Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis , nyawa mereka diancam setiap saat, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak melunturkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh tentang Agama Islam.

Israel memang unggul dalam segi jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.


Sumber Kenapa Israel Takut Dengan Penghafal Al-Quran?

Gadis Terjatuh Ke Dalam Gaung, Bukan Ditolong Malah Diperkosa

$
0
0
Gadis Terjatuh Ke Dalam Gaung, Bukan Ditolong Malah Diperkosa

Seorang gadis cantik bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Vietnam, dikenali sebagai Hannah Gavios, 23, dari New York, Amerika Syarikat sedang bercuti di Krabi, Thailand.

Hannah pada malam hari itu meluangkan masa di pantai sehingga waktu malam, dan ketika hendak pulang dia tersesat dan terlupa jalan hendak tempat penginapannya lapor Dailymail.

Wanita Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Dalam usaha untuk kembali pulang, Hannah terjumpa sebuah kedai lalu bertanyakan kepada seseorang yang berada di situ untuk memandunya pulang ke tempat penginapan.

Waktu itu telah pun jam 11 malam, walaupun ragu-ragu dengan pelawaan dari salah seorang lelaki pekerja di tempat itu namun Hannah terpaksa mengikut sahaja kerana terlalu keletihan dan ingin sekali berehat.

Ketika perjalanan menuju ke tempat penginapan, ternyata laluan yang ditunjukkan oleh lelaki itu adalah satu tempat kawasan gelap dan tidak semena-mena lelaki itu cuba untuk memperkosa Hannah. 

Meronta dan cuba melepaskan diri, Hannah sempat menggigit telinga si pemerkosa lalu memberikannya sedikit peluang untuk menjarakkan diri

Wanita Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Ketakutan dan ingin menyelamatkan diri, Hannah berlari sekuat hati di kawasan gelap itu dan tanpa diduga Hannah telah terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih kurang 45 meter.

Walaupun tersangkut dan tersadai serta beberapa hantukan menimpa Hannah, akhirnya dia terbaring di semak samun dengan kaki patah dan kecederaan pada pinggang.

Ruangwong lelaki nafsu binatang yang cuba memperkosa Hannah lantas turun ke bawah gaung itu untuk mencari Hannah yang kini tidak boleh bergerak.

Wanita Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Melayan nafsu binatangnya Ruangwong bukan datang untuk menyelamatkan Hannah tetapi memperkosa Hannah sehingga kepuasan sebelum beredar pulang.

Wanita Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Setelah terdampar beberapa jam di hutan dalam keadaan tidak sedarkan diri, akhirnya Ruangwong datang semula ke tempat Hannah dengan membawa ambulans untuk misi menyelamat.

Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Setelah mendengar khabar dari Thailand, kedua ibu bapa Hannah bergegas terbang ke Thailand untuk menjaga Hannah yang kemungkinan lumpuh dan sedang dirawat di sebuah hospital di Thailand.

Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Setelah didapati bersalah, Ruangwong dikenakan hukuman hanya 5 tahun penjara dan keputusan itu dirasakan oleh Gwen (ibu kepada Hannah) adalah sungguh tidak adil kerana Hannah harus berhadapan dengan situasinya sepanjang hayatnya serta keluarganya akan membelanjakan USD200,000 untuk rawatan fisioterapi.

Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol


Sumber Gadis Terjatuh Ke Dalam Gaung, Bukan Ditolong Malah Diperkosa

"Penjelasan Tak Masuk Akal" - Aliff Aziz Tampil Balas Kenyataan "Mengarut" Afifah Nasir

$
0
0

"Penjelasan Tak Masuk Akal" - Aliff Aziz Tampil Balas Kenyataan "Mengarut" Afifah Nasir



Semalam Afifah Nasir tampil memberi penjelasan tentang isu yang melanda antaranya dengan Aliff Aziz. (BACA SINI)

Aliff Aziz telah tampil membalas kenyataan Afifah Nasir dan mendakwa ianya 'mengarut' ketika memberi penjelasan pada sidang akhbarnya semalam.

Bagi Aliff Aziz, kenyataan Afifah Nasir itu ada yang tidak masuk akal.

Penyanyi dan pelakon Singapura ini kemudia mempersoalkan beberaap poin dari kenyataan Afifah Nasir.

Aliff Aziz juga menafikan kenyataan Afifah Nasir bahawa dia tidak datang ke set hanya kerana teman gandingan menimbulkan masalah.

Ini komen Aliff:


Kalau Betul, Kenapa Tak Tolak Permintaan Produksi

"Afifah ada menyebut dirinya menjadi mangsa keadaan apabila pihak produksi menyuruhnya melayan kerenah dan bermanja dengan saya. Dia cakap ini dapat beri mood dan saya akan datang ke lokasi penggambaran untuk melunaskan baki penggambaran.

"Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera.

"Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun... Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya?"

"Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya," 


Tak Masuk Akal

"Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan.

"Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya tegaskan sebelum ini.

"Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah,"

Kalau Tak Datang Set, Pihak Produksi Boleh Saman

"Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui,"


Biarkan Tangannya Dipegang Aliff


"Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya.

"Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit.

"Saya terima hukuman 'cash' kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak dalik hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu,"

Persoal Bukti

"Saya fikir siapa saja boleh 'berlakon' menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi.

"Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.

"Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan dan dia ada bukti yang kukuh jika apa-apa terjadi. Saya juga boleh berbuat demikian kerana sudah berunding soal itu,"

Persoal Kenapa Allana Turut Ada, Nak Popular?

"Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini," 


Itulah penjelasan balas dari Aliff Aziz tentang hal ini.

Sumber: BH

“Memang saya nak keluar bila Bella minta, tapi Aliff halang saya” – Afifah Nasir

$
0
0

Aktres Nur Afifah Nasir menjelaskan dakwaan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah bahawa dia enggan keluar dari kelab karaoke tersebut kerana ditahan oleh Aliff.

Afifah, 24, berkata, ketika kejadian, dia mencari jalan untuk keluar berikutan tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu.

“Ketika kejadian dalam bilik karaoke itu memang Bella datang dan dia minta saya keluar. Saya memang ingin keluar kerana tidak mahu campur urusan mereka.

“Tapi Aliff halang saya keluar, ketika itu saya memang buntu dan terpaksa berdiam sahaja di situ. Namun saya menafikan ada menyentuh Bella atau merampas telefon bimbitnya dengan tujuan memadam gambar.

“Berlaku pergelutan antara Bella dan Aliff. Kalau betul saya padam macam mana video (pegang tangan Aliff) itu tersebar,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Afiffah mengulas tentang dakwaan Bella bahawa dia enggan keluar dari bilik karaoke sehingga tercetus keadaan yang tidak terkawal.

Dia ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat peguam Ruben & Co di Solaris Dutamas, di sini, pada Isnin.

Dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menjadi tular apabila kelihatan individu seperti Aliff Aziz dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita dalam kelab karaoke berkenaan.

Sementara itu, Afifah berkata, kelab karaoke yang berhampiran dengan lokasi penggambaran drama itu merupakan lokasi kegemaran keluarga Aliff.

“Kalau saya nak sorok hubungan itu, kenapa kami ke karaoke tempat kegemaran dia dan keluarganya? Sudah tentu mencari nahas.

“Pasal pegang tangan itu, dia yang tarik tangan saya secara tiba-tiba. Lagi pula kami sepatutnya beramai-ramai bukan berdua sahaja, kawan saya dalam perjalanan ke sana juga,” ujarnya.

Afifah berkata, pergi ke kelab karaoke itu merupakan idea Aliff yang mahu meraikan hari-hari terakhir mereka di lokasi penggambaran.

Cadangan itu juga sudah dipersetujui oleh semua kru produksi.

 

Sementara itu, ditanya tentang tindakannya menghapuskan foto-foto jenama terkenal di Instagram peribadinya, Afifah berkata, ia mengelakkan kontroversi tersebut memberi kesan kepada pihak lain.

“Saya tidak ada komitmen dengan mana-mana jenama produk. Saya padam semua gambar dengan produk kerana tidak mahu mereka juga terkesan.

“Saya sudah beritahu mereka akan memuat naik semula jika keadaan sudah reda,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, dia bersyukur kontroversi yang dihadapi ini tidak menjejaskan rezekinya dalam lakonan.

Dia masih menerima beberapa tawaran drama biarpun penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu masih belum tamat.

Sumber: MStar



Sumber “Memang saya nak keluar bila Bella minta, tapi Aliff halang saya” – Afifah Nasir

Penjelasan Afifah Nasir Mengarut! - Aliff Aziz

$
0
0
Penjelasan Afifah Nasir Mengarut! - Aliff Aziz

KUALA LUMPUR: Kontroversi dua pelakon drama Izinkan Aku Mencintaimu yang masih dalam pembikinan terus hangat apabila Aliff Aziz mendakwa teman gandingannya, Afifah Nasir 'mengarut' ketika memberi penjelasan pada sidang akhbarnya, semalam.

Aliff mempersoalkan tindakan Afifah membabitkan syarikat produksi dalam kontroversi itu terutama dakwaan kononnya Afifah diminta 'bermanja' dengannya bagi membangkitkan mood ketika penggambaran, selain melayan kerenah Aliff yang lambat serta tidak datang ke set bagi melunaskan baki kerja lakonan.

"Afifah ada menyebut dirinya menjadi mangsa keadaan apabila pihak produksi menyuruhnya melayan kerenah dan bermanja dengan saya. Dia cakap ini dapat beri mood dan saya akan datang ke lokasi penggambaran untuk melunaskan baki penggambaran.

"Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera.

"Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun... Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya?" katanya kepada BH Online.

Aliff menambah, Afifah boleh menolak jika tidak mahu melakukan apa yang disuruh pihak produksi.

"Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya," katanya.

Aliff berkata, secara logik, jika dirinya bermasalah, mengapa pihak produksi tidak mengambil sebarang tindakan.

"Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan.

"Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya tegaskan sebelum ini.

"Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah," katanya.

Tambah Aliff, sejak mula berlakon, dia tidak pernah berdepan isu besar misalnya, tidak datang ke set hanya kerana teman gandingan menimbulkan masalah.

"Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui," katanya.

Mengenai permohonan maaf Afifah kepada isterinya, Bella Astillah kerana membiarkan tangannya dipegang ketika mereka berada di pusat karaoke, Aliff mempersoalkan motif Afifah.

"Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya.

"Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit.

"Saya terima hukuman 'cash' kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak dalik hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu," katanya.

Aliff turut mempersoalkan bukti rakaman perbualan kakak Afifah iaitu Anzalna dengan individu yang didakwa bekerja dengan syarikat produksi drama berkenaan.

"Saya fikir siapa saja boleh 'berlakon' menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi.

"Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.

"Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan dan dia ada bukti yang kukuh jika apa-apa terjadi. Saya juga boleh berbuat demikian kerana sudah berunding soal itu," katanya.

Aliff turut mempersoalkan bagaimana Allana sebagai pelakon yang baru dikenali Afifah, boleh tampil memberi penjelasan pada sidang akhbar semalam.

"Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini," katanya.



Sumber Penjelasan Afifah Nasir Mengarut! - Aliff Aziz

Fasha Sandha Dan Mukhlis Rosdi Sedang Hangat Bercinta?

$
0
0
Fasha Sandha Dan Mukhlis Rosdi Sedang Hangat Bercinta?

Pelakon Fasha Sandha nampaknya kembali terbuka berbicara soal hatinya kepada umum selepas setahun bergelar sebagai ibu tunggal. 

Sebelum ini, pelakon tersebut pernah menyatakan hasratnya untuk kembali berumah tangga selepas perkahwinan sebelum ini gagal sehingga mencetus banyak kontroversi. 

Baru-baru ini, Fasha dilihat telah mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka dari pantai timur. Fasha memuat naik dua foto dirinya bersama jejaka tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan pelakon Ummi Nazeera. 

Fasha Sandha Dan Mukhlis Rosdi Kini Bercinta?

Memetik laporan Media Hiburan, Fasha belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelak berkenaan yang kini hadir dalam hidupnya. 

Netizen turut tumpang gembira apabila rata-rata mereka memuji pasangan tersebut yang sama cantik. 

Malah netizen juga menemui jejaka tersebut yang dikenali sebagai Mukhlis Rosdi. Di dalam IG milik jejaka tersebut ada beberapa foto lelaki tersebut bersama anak-anak Fasha. 

Sama-samalah kita doakan agar Fasha Sandha menemui kebahagiaan yang dicari bersama jejaka yang berjaya mencuri hati pelakon tersebut.

Berikut kami kongsikan gambar-gambar antara Mukhlis dan Fasha. 

Fasha Sandha Dan Mukhlis Rosdi Kini Bercinta?

Fasha Sandha Dan Mukhlis Rosdi Kini Bercinta?

Fasha Sandha Dan Mukhlis Rosdi Kini Bercinta?


Sumber Fasha Sandha Dan Mukhlis Rosdi Sedang Hangat Bercinta?
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live