Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter

$
0
0
Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter

Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter

Seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Bagan Serai dilaporkan cuba terjun dari sebuah tangki air di sebuah sekolah selepas dipercayai diserang histeria, lapor Sinar Harian.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 pagi tadi telah disedari oleh warga sekolah selepas terlihat pelajar tingkatan empat itu berada di tangki air yang berketinggian lebih 18 meter.

Pelajar tersebut dilihat cuba sedang meniti bahagian penghadang jalan di keliling tangki air itu menyebabkan warga sekolah cemas melihat aksinya.

Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai yang dihubungai telah bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 10.55 pagi cuba untuk memujuk mangsa untuk turun, namun gagal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, ketika anggota tiba di lokasi, mangsa dilihat berada dalam keadaan histeria dan meniti di bahagian pengadang jalan tangki air terbabit.

 

 


“Apabila mangsa cuba untuk turun pada tangki air itu, anggota terus menerpa menangkap mangsa.


“Mangsa kemudiannya terus dibawa turun dan diserahkan pada pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berdasarkan sumber yang diperolehi, masalah histeria di sekolah ini sering berulang-ulang, mangsa telah pun diserang histeria semalam tetapi masalah itu berulang pada hari ini.

Ada netizen yang berasal dari sekolah ini mengaitkan sebuah banglo lama digelar ‘banglo Marina’ yang berada di sebelah sebagai punca kejadian histeria selalu terjadi di sekolah berkenaan.

Via: SK



Sumber Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter

Video Rani Kulup berang: “Kata merdeka, satu bendera pun ayah tak nampak kat KL”

$
0
0
Video Rani Kulup berang: "Kata merdeka, satu bendera pun ayah tak nampak kat KL"

Video Rani Kulup berang: “Kata merdeka, satu bendera pun ayah tak nampak kat KL”

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup berang apabila melihat keadaan di Kuala Lumpur pada bulan kemerdekaan kerana tidak ada satu pun jalur gemilang dikibarkan, lapor KiniTV.

Beliua dalam pada itu mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan arahan pemasangan bendera di setiap kawasan masing-masing.

“Di dalam negara bulan kemerdekaan, satu bendera pun ayah tak nampak. Semua tak ada bendera. Macam seolah-olah Malaysia ini tidak menyambut kemerdekaan. Mana ada bendera? Bendera bukan mahal, tujuh kupang satu. Kau belilah. Pasang bendera. 


“Jangan campur adukkan politik dengan kemerdekaan. Hormat pejuang-pejuang yang terdahulu yang bersusah payah memerdekakan negara. Bukan masalah politik. 


“Ayah gesa penguat kuasa tempatan seperti DBKL, majlis bandaran, keluarkan arahan tangkap dan saman dan seluruh warga asing dalam negara ini pasang dan kibarkan Jalur Gemilang. Jangan nak harapkan kerajaan nak bagi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin DAP atas isu filem Malay Regiment di IPD Dang Wangi hari ini. 

 

 

Sumber: SK



Sumber Video Rani Kulup berang: “Kata merdeka, satu bendera pun ayah tak nampak kat KL”

"Lelaki Boleh Terangsang Dengan Hanya Tengok Baby Bump?"

$
0
0
"Lelaki Boleh Terangsang Dengan Hanya Tengok Baby Bump?"

Walaupun mengandung, adalah wajib seorang wanita muslim menjaga atau menutup auratnya kerana semasa mengandung, semua bahagian badan naik seperti punggung, perut, lengan, dada. Sebab itu kena pakai pakaian yang betul-betul longgar dan tudung yang menutupi dada. 

Tambahan pula, wujudnya golongan lelaki yang mudah ghairah melihat susuk badan wanita hamil. Mungkin perkara ini bagi sesetengah wanita, 'remeh' sahaja. Namun, Puan Nurul Azni Md Yusof ada penjelasannya. 

"SEMUDAH itu ke lelaki boleh terangsang? Hanya tengok baby bump pun?" seorang rakan telah menghubungi saya melalui WhatsApp dan bertanyakan soalan ini. 

Beliau juga mengirimkan keretan dari laman web UZAR daripada kiriman pembaca lelaki yang berbunyi:

"Orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila-bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja. So, korang kena jaga betul-betul bila berurusan dengan orang lelaki."

Honestly and truely the answer is yes.

"Kena tegas? Tak boleh senyum?" rakan tadi bertanya. 

Tidak perlu sampai begitu. Kita sebagai perempuan berurusan sahaja seperti biasa. Tanpa perlu melunakkan suara apatah lagi bahasa badan yang menggoda. Dalam biasa itu juga kita perlu berjaga-jaga, mungkin ada masa kita tidak perasan dengan pergerakan kita. Bagaimana kita duduk, membongkok, berjalan, mencapai barang di tempat tinggi dan macam-macam lagi. Boleh saja suka dilihat oleh lelaki. 

Barangkali ada yang berbunyi, "Macam itu pun boleh suka?". 

Hati orang bukan boleh diteropong dan diintai. Sebagaimana kita sukar menjelaskan kenapa kita suka dan tertarik dengan seseorang itu, begitulah juga. INi kerana kita ini perempuan memang sentiasa indah di mata lelaki. Walaupun kita rasa kita ini tidak seindah mana. 

Semasa berada di universiti dulu, ada terbaca pengakuan seorang lelaki bujang di satu laman web tentang betapa seksanya dia menahan nafsu dengan cara pemakaian perempuan. Sehingga satu tahap, memang sakit kepala kerana tidak boleh dilepaskan. Maka lelaki berkenaan memohon agar kaum perempuan menjaga pakai, jaga kelakuan dan lain-lain. 

Semasa ber-LDK dalam TOT untuk satu program universiti, seorang kawan perempuan bertanya kepada kawan lelaki dalam kumpulan kami tentang apa yang pertama kali lelaki suka tengok pada perempuan. Dengan jujur dan segan-segan (sebab kena paksa), dia memberitahu kami semua. Bila berhadapan, yang mula-mula menjadi tarikan adalah buah dada dan sekiranya di belakang, adalah punggung.

Ketika itu walaupun tudung yang saya pakai memang melepasi paras yang sepatutnya, masih terasa nak tarik-tarik ke bawah lagi. 

Sekiranya perempuan nampak apa yang lelaki nampak, pasti setiap perempuan akan keluar dalam keadaan berselimut. Suami secara jujurnya mengatakan ketika kami berbincang tentang hal ini. Betapa indahnya Islam dalam melindungi kita sebagai wanita. Semuanya kerana Allah sangat menyayangi kita. Perintah menutup aurat sama sekali bukan untuk menyusahkan, bukan tentang baby bump sahaja.

Ya Allah, ampuni kami yang sering culas menjaga amanah ini. Ya Ghaffur, ampunkan wali kami (ayah, abang, adik lelaki) dan suami kami sekiranya mereka terlupa menegur kami. Mungkin saja kerana kedegilan kami sendiri.

Ya Rahim, bantu kami menjadi khairunnisa (sebaik-baik wanita) yang dilengkapi dengan khairatun hisan (sebaik-baik akhlak) dan menjadi qurratun a'yun (penyejuk mata) keluarga kami. Biarlah tangan yang menghayun buaian ini bisa menggegarkan dunia dengan perkara-perkara yang Engkau cinta bukan sekadar yang kami suka.

Peringatan untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat. Mohon maaf. Salam dhuha 11111438.

Isteri Tuan Anas
Bukan siapa-siapa.


Sumber "Lelaki Boleh Terangsang Dengan Hanya Tengok Baby Bump?"

Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali

$
0
0

SHAH ALAM – Seorang bapa akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak membabitkan sekurang-kurangnya 600 dakwaan meliwat dan rogol anak perempuannya.

 

 

Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali

Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali

 

Lelaki terbabit yang berusia 37 tahun, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak dua tahun lalu, selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas ditahan polis sejak 26 Julai lalu.

 

Dia ditahan polis selepas mangsa mendedahkan nasib malang menimpanya kepada ibu kandung, sejurus mengetahui bapanya itu berhasrat mengambil dua adiknya berusia sembilan dan 11 tahun untuk tinggal bersama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata suspek akan berhadapan 632 pertuduhan membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Akta Kanak-kanak 2016.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

“Dia juga berdepan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016,” katanya di sini.

Bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan rogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan. -BHOnline

Sumber: Mynewshub



Sumber Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali

Shaheizy Sam tak tahu dapat notis bankrap? Apa cerita ni?

$
0
0

SHAHEIZY Sam bankrap? Apa cerita pula ni?

Satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadap Sam melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang, telah mencetuskan tanda tanya sejak semalam yang menamakan aktor tersebut sebagai yang berkenaan.

 

 

Shaheizy Sam tak tahu dapat notis bankrap? Apa cerita ni?

Shaheizy Sam tak tahu dapat notis bankrap? Apa cerita ni?

 

 

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah pelakon Polis Evo itu sendiri tidak tahu menahu mengenai notis tersebut!

“I’m not aware of this. No one from LHDN came to me and no notice from them and my tax agent. (Saya tidak tahu tentang perkara ini. Tiada siapa daripada LHDN yang datang dan tiada notis daripada mereka atau agen percukaian saya),” katanya berhubung notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadapnya 26 Mei lalu.

 

Namun kata Sam, dia akan mendapatkan penjelasan dari agen cukainya untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Ini kerana menurut Sam, dia tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak LHDN.

Even my tax agent naik turun LHDN these past few months (Malah agen cukai saya naik turun LHDN beberapa bulan kebelakangan ini),” katanya.

Yes. In fact the person from LHDN came to my house last two weeks and hand me over a CP 500 letter and still takde mention all this (Ya. Bahkan orang daripada LHDN telah datang ke rumah saya dua minggu lepas dan memberi saya notis anggaran bayaran tahunan dan masih tidak menyebut tentang hal ini),” katanya lagi, menurut laporan Astro Awani.


Kata Sam lagi, dia sedang menghubungi pihak LHDN untuk mendapatkan penjelasan tentang hal ini.

Perintah Mahkamah tersebut disampaikan secara penyampaian ganti dengan salinan Notis Kebankrapan beserta dengan salinan Perintah Mahkamah tersebut di Papan Notis Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor di alamat terakhir penghutang penghakiman iaitu M-11 Mahogany Villas, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Sebuah iklan di sebuah akhbar berbahasa Malaysia jelas menterterakan nama penuh Sam iaitu Shaheizy Sam Bin Abd Samad beserta tempoh tindakan yang perlu dipatuhi olehnya.

Notis itu turut menyebut hebahan itu boleh diperiksa oleh Sam dengan permohonan yang dibuat kepada pihak Mahkamah Tinggi.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Shaheizy Sam tak tahu dapat notis bankrap? Apa cerita ni?

Video: “Rumah Aliff Syukri lambat siap, sebab mahligai itu istimewa”

$
0
0

SEBUT sahaja nama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, siapa sahaja yang tidak kenal dengan fenomena tag line ‘ terlajak laris’.

Pengasas produk kosmetik D’Herbs itu, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan video terbaharu mengenai rumahnya yang masih lagi dalam peringkat pembinaan.

Video: "Rumah Aliff Syukri lambat siap, sebab mahligai itu istimewa"

Video: “Rumah Aliff Syukri lambat siap, sebab mahligai itu istimewa”

Menerusi video berdurasi kurang daripada tiga minit itu memaparkan Aliff yang memakai kemeja putih sedang memperkenalkan individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pembinaan mahligainya itu.

 

Individu yang dikenali sebagai Jaafar itu merupakan pengurus dalam projek tersebut.

“Jaafar ini antara pengurus pembinaan terbaik setakat ini. Dia menjaga 60 pekerja di sini. Sebelum ini, saya dah banyak kali tukar kontraktor sebab ada sahaja masalahnya,” katanya dipetik sebuah portal online.

Menurut Jaafar kelewatan rumah tersebut untuk disiapkan adalah berikutan barang yang digunakan dalam projek tersebut adalah ditempah khas. Dalam erti kata lain ‘istimewa’.

“Ini bukan seperti rumah biasa, ia direka khas. Semua yang digunakan termasuk untuk membuat kolam (renang) adalah yang ditempah khas,” ujar Jaafar.

Tambahnya lagi, sekiranya semuanya berjalan dengan lancar rumah itu bakal siap dalam masa dua bulan lagi dan Aliff dijangka berpindah ke sana pada Oktober depan.

Dalam masa itu, Aliff turut meminta jaminan sama ada adakah benar rumah itu bakal siap seperti yang dikatakan oleh Jaafar memandangkan perkara yang sama itu turut dikatakan sebelum ini.

Sekali lagi, Jaafar menerangkan kelewatan ini disebabkan oleh bilik tidur yang masih belum siap sepenuhnya. Aliff mengimpikan sebuah kamar tidur persis istana.

Keadaan itu menyebabkan projek tersebut berhadapan dengan sedikit kelewatan.

“Ini kerana idea dekorasi bilik Datuk mahu buat seperti sebuah istana. Kerana itu, agak lewat sikit, tapi kalau semuanya ok, dalam masa dua bulan dah siap,” terang pengurus tersebut.

Haaa… kamar tidur seperti istana? Kalau dah bilik tidur pun macam itu, bagaimana pula dengan ruangan lain?

Fuhhh… Datuk ni… terbaiklah!

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

 



Sumber Video: “Rumah Aliff Syukri lambat siap, sebab mahligai itu istimewa”

Pinangan Ditolak, Lelaki Rogol Teman Wanita

$
0
0

AJAL, maut, jodoh dah pertemuan semuanya kerja Allah S.W.T. Siapalah kita sebagai manusia nak menolak takdir yang dah ditentukan.

 

 

Pinangan Ditolak, Lelaki Rogol Teman Wanita

Pinangan Ditolak, Lelaki Rogol Teman Wanita

 

Kelmarin, seorang gadis telah dirogol oleh teman lelakinya gara-gara mangsa menolak lamaran lelaki itu untuk berkahwin dan berjumpa dengan kedua ibubapanya.

Mangsa dan suspek merupakan pelajar di sebuah kolej swasta. Suspek yang berusia 30-an itu telah merogol kekasihnya yang berusia 29 tahun itu dekat sebuah hotel murah di Kepong.

Mangsa telah meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tapi di pertengahan jalan, mangsa telah diberi air yang telah diletakkan ubat tidur supaya ‘operasi membalas dendam’ itu berjaya dilakukan.

 

Dah kena ubat tidur, apa lagi… habis tubuh si gadis diratah oleh si manusia durjana. Dah dirogolnya, disuruh pula untuk minum gam. Apalah motif nak diminum gam tu? Nak bagi dia tutup mulut ke macam mana?

Lelaki tersebut telah mengamuk dan mengurung mangsa di dalam hotel bajet itu kerana bengang wanita itu tak mahu minum gam tersebut.

Dalam keadaan separa sedar, mangsa telah menghubungi kaunter pertanyaan hotel tersebut dan kakitangan hotel telah menghubungi pihak polis bagi menyelamatkan mangsa.

Sebab tu lah kadang kalau orang dah tak sudi, untuk apa kita nak paksa. Ikutkan nafsu, habis masa depan meringkuk dalam penjaralah nanti.

 

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

 



Sumber Pinangan Ditolak, Lelaki Rogol Teman Wanita

Bila Bella bergurau dengan Aliff Aziz, perlian makan dalam…

$
0
0

INI bukan kisah tentang kes curang atau kantoi karaoke. Tapi ni storyperli kelakar si isteri untuk suaminya.

 

Bila Bella bergurau dengan Aliff Aziz, perlian makan dalam…

Bila Bella bergurau dengan Aliff Aziz, perlian makan dalam…

 

 

Kali ni kita tinggalkan kejap tentang isu curang atau kantoi karaoke tu. Ramai yang tahu Bella Astillah, isteri pada Aliff Aziz tetap tenang menghadapi dugaan rumah tangganya.

Walaupun ramai yang mengecam dengan perbuatan suaminya itu, namun Bella tetap terbuka hati untuk terus menerima jejaka tinggi lampai itu dan memberikan peluang kedua padanya.

Semalam, Bella ada up satu Insta story yang memang jelas dia memerli suaminya sendiri dengan Afifah Nasir, gadis ‘antagonis’ yang sedang hangat diperkatakan.

 

Amboi Bella... Cool betul awak siap boleh gurau lagi. Mungkin inilah caranya bagi Bella untuk menutup segala kesedihan yang dirasainya sejak kejadian tersebut. Yang lucunya, Bella siap tulis “Izinkan aku memgang tanganmu” lagi tu. Aliff kena lah redha ya apa yang Bella buat ni, sebab memang silap awak sendiri sebelum ni.

Semalam pun baru berlangsung photoshoot si kecil Mohamad Ayden Adrean, anak kepada pasangan ini. Bertuah si comel ni, kecil-kecil dah merasa jadi model ya.

Bella pun ada memuat naik satu gambar si kecil tu dengan kapsyen tentang pengalaman dia melahirkan anak sulungnya itu bulan lalu.

Syukur semuanya dah pun kembali kepada asal. Semoga semua dapat mengambil iktibar tentang apa yang terjadi ni.

Jangan pernah ulangi kesilapan besar yang dah terjadi sampai merosakkan kepercayaan orang yang kita sayang dan semoga pasangan ini tabah menghadapi apa jua dugaan yang mendatang.

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

 



Sumber Bila Bella bergurau dengan Aliff Aziz, perlian makan dalam…

Alahai Comelnya Ayden, Anak Aliff Aziz Dan Bella

$
0
0
Alahai Comelnya Ayden, Anak Aliff Aziz Dan Bella

Pelakon Aliff Aziz akhirnya mendedahkan wajah anak kesayangannya, Mohamad Ayden Adrean buat pertama kali.

Foto bayi tersebut dikongsi sendiri oleh Aliff dan isterinya menerusi akaun Instagram (IG) mereka semalam lapor Astro Gempak.

"Ia kurang daripada satu jam sebelum tarikh itu berubah menjadi 8 Ogos. Tepat pada tarikh ini bulan lalu bayi kami telah dilahirkan. Dan selama satu bulan kami tidak memperkenalkan wajah anak kami kepada orang ramai. 

"Bismillahirrahmanirrahim, ini merupakan anak kepada saya dan isteri tercinta, Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai, pada pukul 3.46 petang dengan berat 2.96kg semasa dilahirkan.

"Sekarang dia berusia sebulan serta membesar dengan baik dan sihat Alhamdulillah. Semua keletihan dan stres akan hilang apabila meilhat wajahnya. Daddy dan Mummy sayangkan awak," tulisnya.

Rata-rata pengikut IG juga turut memuji kecomelan anak lelaki mereka.

Peminat Jatuh Hati Lihat Anak Aliff Aziz Dan Bella, Ayden

Antara komen yang diterima ialah:

@najirul_81: "Comel sangat, campuran Aliff Aziz dan Bella.

@erianiadnan: "Masya Allah comelnya. Jagalah amanah ini sebaiknya okeyh Aliff.

@ain_nur123: "COmelnya mulut dengan hidung dia macam nak picit ja, handsome macam daddy dia bah, comel Ayden.

@tikahmatzin: "Alahaiii cutenya. Lepas ini janganlah buat perangai lagi ye, tengok tu Allah bagi wife cantik anak comel. So nikmat Tuhan yang manakah yang kamu ingin dustakan lagi?? Hargailahhh wahai Aliff Aziz.

Dalam pada itu, sama seperti selebriti lain, pasangan ini juga memilih untuk membuka satu akaun IG buat Ayden.

Setakat ini IG @aydenadrean17 baru saja mempunyai dua foto dengan hampir 32,400 pengikut.


Sumber Alahai Comelnya Ayden, Anak Aliff Aziz Dan Bella

Sebak, Bapa Hadir Ambil Skrol Anak Yang Telah Meninggal Dunia Di Majlis Konvokesyen ILKBS

$
0
0
Bapa Hadir Ambil Skrol Anak Yang Telah Meninggal Dunia Di Majlis Konvokesyen ILKBS
Fauzi menerima sijil daripada Khairy mewakili anaknya yang sudah tiada.

PUTRAJAYA: Ia satu pengalaman bercampur baur bagi Fauzi Nazir, 56, ketika berjalan naik ke atas pentas untuk mengambil skrol anak lelakinya pada majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) lapor mStar.

Ahli perniagaan itu beratur bersama-sama dengan graduan muda yang lain tetapi dia melakukannya untuk anak lelakinya, Mohd Amirul Izuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Jun lalu.

"Saya amat berbangga tetapi pada masa sama sedih. Anak lelaki saya seorang yang rajin berusaha dan dia berjaya memperolehi CGPA 3.75.

"Malangnya, dia tiada di sini hari ini untuk menerima sijil tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik.

"Namun saya hadir untuk mengambil skrol itu dengan rasa bangga," kata Fauzi.

Mohd Amirul, 21, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhari raya di rumah rakannya.

Insiden itu berlaku di Sungai Besar, Selangor.

Dia merupakan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

"Anak saya mahu mengikuti pengajian peringkat diploma selepas ini. Sementara menunggu untuk melanjutkan pengajiannya, dia bekerja sambilan di syarikat pembuatan pintu kayu tempat saya bekerja di Johor," kata Fauzi.

Fauzi berkata dia menggalakkan anaknya untuk mengambil kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kerana merasakan ia menyediakan prospek pekerjaan yang lebih baik.

"Seorang lagi anak lelaki saya turut belajar di IKBN dan mengikuti pengajian kejuruteraan automotif. Bagi saya, bukan sahaja prospek pekerjaan yang bagus, belajar di IKBN juga berpatutan kerana tiada yuran dan elaun turut disediakan," katanya.

Majlis konvokesyen selama dua hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Sumber Sebak, Bapa Hadir Ambil Skrol Anak Yang Telah Meninggal Dunia Di Majlis Konvokesyen ILKBS

Kekasih Afifah Nasir, Wan Ariff Ajak Aliff Aziz Berdepan

$
0
0
Kekasih Afifah Nasir, Wan Ariff Ajak Aliff Aziz Berdepan

KUALA LUMPUR - Respon Aliff Aziz mengenai kenyataan sidang media Afifah yang mendakwa dia menjadi mangsa rancangan syarikat produksi itu mengundang rasa bengang teman lelaki Afifah, lapor mStar Online

Wan atau nama sebenar, Wan Ariff Azhar, 24, menegaskan teman wanitanya itu bercakap benar dan berani bersumpah bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Aliff. 

"Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff. Apa yang dilakukan adalah lakonan untuk hiburkan sikap keanak-anakan kamu (Aliff). 

"Ya, dia buat kesalahan kerana benarkan kamu memegang tangannya tetapi dia sudah meminta maaf kepada isteri kamu. Kami ingin selesaikan isu ini dengan baik tetapi kamu pula mempersoalkannya," katanya mengulas kenyataan terbaru Aliff mendakwa Afifah mengarut dan tidak masuk akal. 

Susulan kenyataan itu, Wan Ariff mencabar Aliff berdepan dengannya pada Khamis ini di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu. 

"Kalau tidak puas hati dengan kenyataan yang diberi, mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki. Saya akan berada di set penggambaran pada Khamis ini bagi menemani Afifah," katanya. 



Sumber Kekasih Afifah Nasir, Wan Ariff Ajak Aliff Aziz Berdepan

TMJ dedah Tan Cheng Hoe sendiri tawar diri sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan

$
0
0

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan punca sebenar Tan Cheng Hoe dilantik menjadi penolong ketua jurulatih Harimau Malaya.

Menurut Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas pengendali skuad hijau kuning itu sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi membantu ketua jurulatih kebangsaan Nelo Vingada.

“Selepas pelantikan baharu presiden, kami ingin membawa semangat baharu dengan melantik jurulatih luar. Namun pada masa sama kita perlukan anak tempatan untuk membantu jurulatih asing untuk tahu budaya, mentaliti dan sebagainya.

“Kami mempunyai beberapa nama dan dalam masa sama membuka tawaran kepada yang berminat supaya menghubungi kami.

“Orang pertama yang datang adalah Tan Cheng Hoe. Saya suka Cheng Hoe dan memanggilnya datang ke rumah.

“Kami bercakap apa yang terjadi dan berbincang semua perkara, termasuk gaji,” ujarnya ketika menjawab soalan mengenai Kedah tidak lagi ‘bernafsu’ selepas Tan Cheng Hoe diambil FAM dalam program ‘Face Off’ Tunku Mahkota Johor dan Shebby Singh secara langsung di Facebook Johor Southern Tigers, Selasa malam.

 

Jelas Tunku Ismail, ramai penyokong menunding jari kepadanya seperti ada konspirasi untuk menjatuhkan Kedah apabila mengambil Cheng Hoe.

“Seolah-olah saya menggunakan FAM untuk menjatuh prestasi Kedah. Jika saya tawarkan RM100 ribu kepada Cheng Hoe, itu boleh dikatakan saya ingin jatuhkan Kedah kerana menggunakan duit untuk motivasinya.

“Cheng Hoe menerima tawaran yang sama (seperti sebelum ini) untuk menjadi pembantu jurulatih kebangsaan. Tetapi dia kata, Kedah FA membayar cukai untuknya.

“Saya cakap kalau datang untuk pasukan negara dia perlu bayar sendiri. Itu bermakna berada di Kedah lebih baik daripada di sini (FAM).

“Namun Cheng Hoe menerima tawaran kerana dia memang nak kerja dengan pasukan kebangsaan sebab dia tidak nampak (rancangan) Kedah untuk jangka panjang. Kerana apabila esok tukar  bendahari atau menteri besar semua benda akan jadi lain,” jelasnya panjang lebar.

Tambah Tunku Ismail lagi, perkara tersebut berlaku kerana masalah dalaman.

“Secara asasnya masalah tidak konsisten dalam kelab dan persatuan masing-masing. Salah siapa kalau pemain atau jurulatih nak berpindah…salahkan diri sendiri, siapa tak suruh jaga mereka?,” jelasnya.

Program Face Off tersebut merupakan perbincangan mengenai bola sepak negara dan negeri dalam pelbagai sudut. Turut hadir sebagai panel termasuk Kevin Ramalingam (Ketua Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad), Hairuddin Omar (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia), Keeshaanan (Fourth Official) dan Remi (Tefo Arena).

Sumber: MStar



Sumber TMJ dedah Tan Cheng Hoe sendiri tawar diri sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan

Penganalisa politik kantoi pakai seluar pendek ketika diwawancara Al-Jazeera

$
0
0

JIKA sebelum ini profesor British, Profesor Robert Kelly diganggu anaknya ketika sedang ditemuramah live bersama British Broadcasting Corporation (BBC), kali ini seorang penganalisa politik pula kantoi berseluar pendek.

Tapi kesnya tak havoc macam kes Profesor Robert kerana dia memang lengkap berpakaian ketika ditemuramah menerusi Skype, namun yang lawaknya, anak lelakinya telah ‘mendajalkan’ bapanya sendiri apabila berkongsikan gambar di laman sosialnya menunjukkan aksi bapanya hanya berseluar pendek ketika melakukan sesi wawancara itu.

Penganalis politik warga Jordan itu, Majid Asfour diwawancara Al-Jazeera menerusi aplikasi Skype bagi membincangkan insiden tembak-menembak di Amman, Jordan. Sesi itu dilakukan di rumah Majid sambil dia duduk meletakkan laptopnya di bahagian peha.

Bahagian atas badannya digayakan dengan penuh sempurna seumpama mahu pergi bekerja, tapi bila dilihat di bahagian bawah badannya, hanya berseluar pendek.

Adegan-adegan di balik tabir ternyata memang menarik untuk ditonton. Jika di depan tabir kelihatannya sudah tampil sempurna, tapi kalau di belakang tabir, memang hilang glamor tu dah! Haha..

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Penganalisa politik kantoi pakai seluar pendek ketika diwawancara Al-Jazeera

Poster dikecam kerana ketinggalan zaman, ini jawapan balas Ahmad Idham

$
0
0

SELEPAS 20 tahun, adakah filem Pencuri Hati Mr Cinderella bakal menyaingi fenomena drama bersiri Cinderella dulu? Selepas beberapa hari pra-tontonan filem tersebut, sudah ada desas-desus dan cakap-cakap belakang dari peminat filem tanah air tentang posternya.

Pengarahnya, Ahmad Idham, 45, tampil membuat kenyataan dengan mengganggap netizen yang mengkritik poster berkenaan tidak faham dengan idea yang cuba disampaikan.

“Saya tidak salahkan mereka yang cuba memberi pandangan pada poster itu kerana segelintir anak muda mungkin tidak faham akan fenomena dramaCinderella pada tahun 1998 dahulu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, idea poster itu turut diberi sentuhan ‘old school’ hasil dari lakonannya di dalam drama yang pernah popular 20 tahun lalu.

“Maklumlah saya pula berlakon dan judul Cinderella ini memang sinonim dengan watak Salman lakonan saya 20 tahun lalu,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Filem yang bakal ditanyangkan pada 10 Ogos ini menampilkan barisan pelakon seperti Atikah Suhaime sebagai teraju utama di samping Ahmad Idham sendiri, Haliza Misbun, Datuk Eizlan Yusof, Faye Kusyairi, Hairul Azreen, Cat Farish dan Kuza.

Mengulas mengenai poster itu lagi, Idham dikhabarkan gembira dengan respon yang diberikan terhadap filem adaptasi daripada drama Cinderella (1998) dan filem Impak Maksima (2007) ini sehinggakan wujud pertikaian poster dalam kalangan masyarakat.

Dia juga tidak menafikan terdapat banyak pihak yang menyuruh pihaknya menambah baik poster tersebut supaya kelihatan lebih menarik dan terkini.

Jika kita taip saja #PencuriHatiMrCinderella di laman Twitter, sudah pasti antara top tweet yang dipaparkan di skrin menunjukkan tweet yang mengecam poster filem ini.

“Poster filem Pencuri Hati Mr Cinderella dikecam sejak minggu lalu dan ramai berpendapat ia ketinggalan zaman dan dihasilkan pereka grafik tidak berpengalaman.

“Bagi saya poster hanyalah poster tetapi lebih penting pengisian cerita dalam filem membuktikan aura fenomena kisah cinta akan berlaku melalui respon diterima ketika tayangan perdana tempoh hari,” tambahnya lagi.

Jika diimbau kembali, poster filem Minah Moto arahan Ahmad Idham juga pernah mendapat kritikan daripada netizen.

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim



Sumber Poster dikecam kerana ketinggalan zaman, ini jawapan balas Ahmad Idham

Kedai nasi ayam di Melaka dicemuh lempang pekerja depan pelanggan, ini jawapan balas majikan

$
0
0

SEBUAH kedai nasi ayam popular di Melaka, Ee Ji Ban Chicken Rice Ball menerima cemuhan daripada netizen selepas majikannya dipercayai melempang pekerja di hadapan pelanggan yang sedang menjamu selera di kedai itu, baru-baru ini.

Insiden itu dikongsikan seorang netizen di laman Twitternya, @timlspbo mendakwa dia melihat sendiri kejadian itu yang berlaku di hadapan matanya sendiri.

“Dia menangis la b*** sambil kemas meja! Depan meja aku pulak tu. Tau la dia Indon! Pastu mcm slow sikit! Tk payah amik advantage (kesempatan) mcm tu k**!” tulisnya.

Pengguna Twitter itu turut memuat naik gambar majikan tersebut selain mendakwa pekerja itu ditampar kerana baldi yang dibawa terkena pelanggan sekali gus menimbulkan kemarahan majikannya.

Susulan insiden itu, netizen mencemuh tindakan biadap majikan itu selain ada yang mahu memboikot kedai tersebut yang turut menjadi antara restoran wajib dilawati jika berkunjung ke Melaka.

Dalam setiap cerita, kita perlu mendengar daripada kedua-dua belah pihak, jadi susulan itu, pemilik kedai nasi ayam tersebut, Lawrence Sio Chih Chien tampil menafikan dakwaan dia memukul pekerjanya.

“Saya hanya menegur pekerja itu dengan melambaikan tangan di hadapan mukanya dan mengarahkannya untuk fokus bekerja.

“Saya memang tegas dengan pekerja tetapi tidak sampai mahu melempang atau mencederakan pekerja,” katanya memetik laporan portal Malaysia Outlook.

Lawrence juga turut menambah, stafnya itu bukanlah warga Indonesia seperti mana ditulis pengguna Twitter tersebut, sebaliknya pekerjanya itu adalah rakyat Malaysia yang sudah dijaga oleh Lawrence sejak pekerja itu berusia 15 tahun.

Berikutan tularnya status Twitter tersebut, Lawrence menyatakan perasaan kesalnya dengan tindakan individu tersebut yang menjadikan perkara itu tular sebelum mendapatkan penjelasan sebenar daripadanya.

“Ini adalah sesuatu yang baru untuk saya dan memberi pengajaran untuk lebih berhati-hati dengan perkembangan semasa seperti trend di laman sosial ini.

“Saya percaya ini akan memberi kesan kepada perniagaan namun yakin dengan kualiti makanan yang disediakan, perniagaan ini akan terus bertahan,” ujarnya lagi yang tidak berhasarat untuk mengambil tindakan poils susulan isu viral itu.

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball merupakan antara lokasi kedai makan yang wajib dikunjungi sekiranya anda bercuti di Melaka.

Ia mendapat perhatian berikutan cara penyediaan nasinya yang dikepal menyerupai bebola sehingga menarik perhatian kebanyakan pencinta makanan untuk mencubanya sehingga ia menjadi viral sejak beberapa tahun lalu.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Kedai nasi ayam di Melaka dicemuh lempang pekerja depan pelanggan, ini jawapan balas majikan

Bapa rogol dan liwat anak perempuan 600 kali, mahkamah tak cukup masa baca 599 pertuduhan, perbicaraan ditangguhkan

$
0
0

Seorang ejen unit amanah mengaku tidak bersalah di atas 150 tuduhan meliwat anak perempuannya dan Mahkamah Sesyen terpaksa menangguhkan kes itu kepada Khamis kerana suspek memiliki sejumlah 599 salah laku seksual terhadap mangsa sejak dia berusia 13 tahun.

gambar hiasan

Selain tuduhan meliwat, duda yang berusia 36 tahun itu juga didakwa merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun itu dan 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan.

Agen unit amanah tersebut juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut selepas dibacakan kepadanya pada Rabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali yang merupakan hakim di mahkamah khusus untuk perbicaraan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, terpaksa menangguhkan perbicaraan itu kerana masa tidak mencukupi untuk membaca baki tuduhan meliwat kepada suspek.

Sebanyak 150 pertuduhan liwat itu yang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan didakwa dilakukan sebanyak tiga kali sehari dalam bilik utama sebuah pangsapuri di Sungai Way, Petaling Jaya dari Januari hingga Mac tahun ini.

Suspek yang juga mempunyai dua lagi anak perempuan turut mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan merogol yang disiasat di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Manakala bagi 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan itu pula disiasat di bawah Seksyen 14 Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Suspek yang tidak diwakili peguam tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dan dibawa masuk pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, semua pertuduhan dibaca dihadapan suspek pada pukul 2.50 petang.

Sumber: Mstar



Sumber Bapa rogol dan liwat anak perempuan 600 kali, mahkamah tak cukup masa baca 599 pertuduhan, perbicaraan ditangguhkan

Harga minyak naik lagi! RON95 naik 5 sen manakala RON97 naik 7 sen

$
0
0

Harga bahan api naik untuk minggu kedua bulan Ogos dengan kenaikan sebanyak lima dan tujuh sen bagi petrol, manakala diesel pula satu sen.

Harga baharu RON95 akan naik kepada RM2.12 seliter daripada RM2.07 seliter sebelum ini manakala RON97 akan meningkat kepada RM2.39 seliter daripada RM2.32 seliter.

Diesel pula akan naik satu sen kepada RM2.06 seliter daripada RM2.05 seliter sebelum ini.

Harga baharu ini berkuatkuasa pada Khamis (10 Ogos) sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.

Sumber: Mstar



Sumber Harga minyak naik lagi! RON95 naik 5 sen manakala RON97 naik 7 sen

Budak Nyaris Maut Lepas Jatuh Kereta

$
0
0

Seorang kanak-kanak jatuh dari sebuah kereta warna putih dan nyaris dilanggar oleh kereta tersebut.

 

Budak itu terselamat tanpa mengalami kecederaan yang serius. Insiden yang berlaku pada tengah hari Isnin di Minburi itu berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka pemandu lain.

Melalui rakaman tersebut, kereta putih tersebut kelihatan berada dalam kesesakan jalan raya tetapi kanak-kanak perempuan itu terjatuh dari tempat duduk penumpang bahagian depan ketika kereta berkenaan mula bergerak.

Bagaimanapun, kereta itu tetap bergerak dan tayar belakangnya hanya beberapa inci daripada kaki kanak-kanak tersebut.

 

Beberapa saat kemudian, seorang wanita dilihat lekas mengambil kanak-kanak berkenaan dan meletakkannya semula ke dalam kereta sebelum meneruskan pemanduan.

Video itu dikongsikan di laman Facebook oleh Pornpilin Aeamsaad yang menjelaskan bahawa dia tidak membuat penetapan kamera dengan betul dan telah mempamerkan tarik yang salah.

Keadaan kanak-kanak itu masih belum diketahui. – The Nation/Asia News Network

Sumber: Mstar



Sumber Budak Nyaris Maut Lepas Jatuh Kereta

Aksi ‘superman’ budak basikal dikecam netizen

Anak Awal & Scha Dah Besar! – Gadis Ini Viral Kerana Wajah Persis Lara Alana

$
0
0

Anak Awal & Scha Dah Besar! - Gadis Ini Viral Kerana Wajah Persis Lara Alana

Seorang pengguna laman Twitter, Syahir Azman (@syhrazmn) berkongsi foto seorang gadis yang mempunyai rupa paras persis anak selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana.

Tweet yang dimuat naik oleh Syahir mendapat perhatian pengguna laman sosial dan menjadi viral di laman Twitter.

Mendapat hampir 12,000 ‘re-tweet’ dan hampir 6,000 ‘likes’, Syahir turut menyertakan gambar gadis yang dikenali dengan nama Nadiah Nasir (@nadiahnasirr).

“Lara Alana bila dah besar be like…,” tulis Syahir.

Pengguna Twitter lain turut bersetuju dengan pendapat Syahir dan mengakui wajah Nadiah mempunyai persamaan dengan wajah Lara.

 

Sumber: Astro Gempak



Sumber Anak Awal & Scha Dah Besar! – Gadis Ini Viral Kerana Wajah Persis Lara Alana
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>