Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Elizabeth Tan mengaku hampir bunuh diri kerana tekanan jiwa


“Tula isap botol susu je. Kan dah kena jumpa doktor gigi, doktor bagi saranan cabut semua gigi Attar sebab rosak terus. Abis lah. Lepas ni tak ada gigi dah”

“Saya pergi kelab bukan nak jadi GRO” – Atikah Suhaime

$
0
0

PELAKON Atikah Suhaime mengakui pernah ke pusat hiburan yang menyediakan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) untuk menyelami dunia wanita-wanita tersebut.

Wanita berusia 26 tahun ini berkata, tujuan dia ke lokasi tersebut bukan untuk bersuka-ria atau mencuba jadi seperti itu.

Namun, ia sekadar mahu menjiwai watak sebagai Ameera menerusi filem lakonan terbaharunya, Pencuri Hati Mr. Cinderella. 

“Memang saya ada ke pusat hiburan yang menyediakan layanan GRO. Tapi bukan pergi suka-suka atau nak berseronok seperti yang disangkakan.

“Tujuan saya ke sana hanya untuk menyelami dunia mereka dan bagaimana mereka membawa diri dengan pekerjaan tersebut.

“Apabila saya dapat lihat dan rasai sendiri, barulah boleh menjiwai watak Ameera yang merupakan seorang GRO dalam filem terbaru saya,” kata Atikah kepada mStar Online. 

 

Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Singapura ini memberitahu tidak semua wanita yang memilih pekerjaan tersebut disebabkan mempunyai sejarah hitam.

Namun, kebanyakan daripada mereka ini sememangnya memilih jalan kehidupan seperti itu disebabkan faktor kewangan.

“Bukan semua wanita yang bekerja sebagai GRO ini disebabkan pernah melalui sejarah hitam atau mempunyai latar belakang keluarga yang tidak baik.

“Tapi bila saya kenali mereka ini, ada yang memang pilih jalan pekerjaan ini disebabkan dapat perolehi duit yang banyak.

“Mereka bukan buat perkara yang melebihi seperti tidur bersama atau mengadakan hubungan intim tapi hanya melayan karenah pelanggan dan menerima duit atas layanan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Atikah memberitahu sejak membuat kenyataan tidak ada tawaran berlakon dan kini bekerja di Singapura, dia banyak menerima panggilan untuk kembali berlakon.

“Secara tiba-tiba ramai pula yang menghubungi untuk menawarkan saya berlakon semula selepas saya sudah bekerja di Singapura.

“Namun, saya masih memikirkan semula kerana tidak mahu membuat keputusan terburu-buru,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya pergi kelab bukan nak jadi GRO” – Atikah Suhaime

Ustaz Rock berkereta mewah bercinta dengan Fasha Sandha?

$
0
0

SEJAK akhir-akhir ini heboh mengatakan pelakon Fasha Sandha sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pemuda bernama Mukhlis atau turut dikenali sebagai ‘Ustaz Rock’.

Tidak sahaja saling memuatnaik gambar di laman Instagram masing-masing, Fasha, 33, menerusi sekeping gambar turut meletakkan hashtag #mrimissesu (I miss you) yang sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan ini sedang hangat bercinta.

Enggan membiarkan peminat terus tertanya-tanya, Fasha tidak terus berdiam diri dan tampil memberi kenyataan.

“Terima kasih kerana mendoakan yang terbaik untuk saya dan Ustaz Rock. Cuma buat masa ini apa yang boleh saya katakan, saya dan dia tiada hubungan istimewa, hanya berkawan.

“Terus-terang saya katakan saya belum mahu buka pintu hati untuk ke fasa bercinta kerana saya enjoy dengan kehidupan sekarang. Kesian lelaki kalau terima cinta saya sebab saya terlalu sibuk dan tak lama lagi akan berlakon menerusi drama 70 episod,” katanya.

Fasha berkongsi kenyataan tersebut menerusi video Instagram Live pada Selasa sambil membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan apa sahaja soalan kepadanya.

Seperti dijangka, peluang tersebut tidak dilepaskan peminat untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai hubungannya bersama ‘Ustaz Rock’ atau nama sebenarnya Ahmad Mukhlis Mohd Rosdi.

Antara yang ditanya peminat, kenapa Fasha terbuka berkongsi kata rindu menerusi sekeping gambar yang dimuatnaiknya di Instagram bersama Mukhlis?

Jelas Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, perkataan rindu tersebut hanyalah ungkapan untuk seorang sahabat.

Namun di pihak Mukhlis yang turut menulis hastag yang sama #mrimissesu, Fasha berkata dia tidak tahu sejauhmana maksud pemuda itu.

“Bukan dia seorang yang saya cakap rindu, mana-mana kawan dan sahabat saya ungkap benda sama. Jadi ia tak perlu jadi isu.

“Soal dia turut menulis hashtag yang sama, itu saya tak pastilah maksudnya. Cuma di pihak saya, saya terima ucapan itu datang dari seorang kawan, tidak lebih dari itu,” katanya.

Fasha juga turut menjelaskan kenapa dia membawa Mukhlis ke majlis resepsi persandingan pelakon Ummi Nazeera pada Sabtu lalu.

“Selalunya saya bersama sahabat yang juga pengurus saya Murshid, tetapi untuk majlis tersebut dia tak dapat ikut. Jadi saya ajaklah Mukhlis teman. Tak sangka pula ramai yang beri perhatian,” katanya.

Tambah Fasha, dia memberi peluang peminat untuk bertanya menerusi live video tersebut kerana tidak mahu orang ramai tersalah anggap.

Katanya, hubungan sebagai kawan dan sahabat akan lebih kekal selain mengambil kata-kata nasihat daripada peminat-peminatnya agar memberi masa untuk diri dia bersama anak-anak dan insan-insan yang menyokong kerjaya seninya selama ini.

“Peminat pun larang saya berkahwin dalam waktu terdekat ini kerana kata mereka, kalau saya kahwin masa saya bersama mereka akan lebih terhad apatah lagi pada 21 Ogos depan, saya dan peminat akan ke Bali untuk bercuti bersama,” akhiri Fasha.

mStar Online cuba menghubungi Mukhlis bagi mengulas mengenai hal ini, namun sehingga kini masih belum menerima jawapan daripada pihaknya.

Mukhlis digelar Ustaz Rock kerana aktif mengajak orang ramai mengaji secara langsung di Instagram dan beliau juga merupakan duta kepada mengaji.com dan pengasas sebuah produk pemakanan dan kencantikan.

Mukhlis berasal dari Kota Bharu, Kelantan, berusia 26 tahun dan merupakan pelajar lulusan Ijazah dalam Pengurusan Pembinaan dari Universiti Limkokwing.

Terbaharu, foto Mukhlis bersama beberapa kereta mewah menjadi tular dan netizen mula mengaitkan jutawan muda ini berkemungkinan kekasih Fasha Sandha.

Sumber: Mstar



Sumber Ustaz Rock berkereta mewah bercinta dengan Fasha Sandha?

“Daler Yusof ada ke permit kerja?” – Ini jawapan tuan punya badan

$
0
0

SEJAK kontroversi pelakon dari Singapura Aliff Aziz menjadi perhatian, pelbagai isu mula dibangkitkan termasuklah permit pekerjaan bagi selebriti yang bukan dari Malaysia dipersoalkan. 

 

 

 

 

Selain Aliff, pelakon baru iaitu Daler Yusuf juga antara selebriti luar negara mula menjadi perhatian.

Namun, pemilik nama Daler Yusuf Muhammad, 23, berkata dia sudah pun mendaftar permit bekerja dan juga mempunyai kad ahli persatuan Seniman Malaysia sebelum dia mula berlakon lagi. 

“Saya sudah mempunyai visa atau permit bekerja sejak awal tahun lalu sebelum saya berlakon lagi. Sebaik sahaja visa belajar saya tamat dan terus mohon untuk kerja pula. 

 

“Malah, pada masa yang sama saya juga telah mendaftar kad keahlian persatuan Seniman. Jadi, tidak ada timbul masalah yang berkaitan dengan permit,” kata Daler ketika dihubungi mStar Online, Selasa. 

"Daler Yusof ada ke permit kerja?" - Ini jawapan tuan punya badan

“Daler Yusof ada ke permit kerja?” – Ini jawapan tuan punya badan

Daler (kanan) dan Sherzod semakin dikenali di dalam industri tanah air. 

Dalam pada itu, jejaka yang berasal dari Uzbekistan ini memberitahu adiknya iaitu Sherzod Yusuf juga mempunyai visa untuk menetap di sini. 

“Adik saya masih belajar dan dia hanya ambil visa sebagai pelajar sahaja. Tapi dalam visa tersebut disediakan masa untuk dia bekerja.

“Cuma diberikan masa 20 jam dalam seminggu untuk bekerja separuh masa. Sebab itu, dia hanya ambil tawaran menjadi model,” ujarnya. 

Bercerita mengenai karier lakonan pula, Daler mengakui drama Encik Suami Mat Salleh Celup telah membantu menaikkan namanya dalam industri seni. 

Sejak lakonannya mendapat perhatian, dia banyak menerima tawaran berlakon dan tidak mahu melepaskan sebarang peluang yang datang. 

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan penerimaan penonton dengan drama kedua saya yang baru sahaja tamat pada Jumaat lalu. 

“Sejak itu, ada banyak tawaran berlakon yang saya dapat dan boleh katakan saya tidak mahu melepaskan peluang yang ada ini mengikut kesesuaian jadual,” kata Daler. 

Daler kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama untuk slot Akasia bertajuk Titian Cinta bersama pelakon Zul Ariffin.

Sumber: Mstar



Sumber “Daler Yusof ada ke permit kerja?” – Ini jawapan tuan punya badan

“Ramai-ramai beranilah!” – Dua pelajar 16 tahun, salah seorangnya atlet boling Terengganu dibelasah 20 senior

Respon Balas Anzalna Terhadap Video Panas Michael Ang

$
0
0

Respon Balas Anzalna Terhadap Video Panas Michael Ang


Sebelum ini pengarah popular Michael Ang memuatnaik satu video parodi tentang Afifah Nasir dan juga Aliff Aziz.

Video parodi itu menampilkan Michael Ang kononnya menyuruh pelakon Sharifah Sakinah untuk melayan pelakon lelaki lain.

Tonton video Michael Ang itu (DI SINI)

Video ini dibuat setelah Afifah Nasir membuat pendedahan bahawa pihak produksi menyuruhnya melayan Aliff Aziz agar penggambaran berlangsung dengan baik.

Antara yang menonton video ini ialah kakak kepada Afifah Nasir iaitu Anzalna.

Setelah menonton video parodi Michael Ang itu, Anzalna telah memberi komen.

Ini komen Anzalna:

Nampaknya Anzalna seperti bersetuju dengan video Michael Ang itu. Kata Anzalna itu adalah perkara sebenar yang berlaku.




Wanita Dedah Jadi Mangsa Dera Suami Sebaik Kahwin

$
0
0
Wanita Dedah Jadi Mangsa Dera Suami Sebaik Kahwin

Dalam kehidupan berumahtangga, suami memainkan peranan paling utama dalam memastikan keluarga sentiasa bahagia dan harmoni. Kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan sangat penting untuk menjaga perhubungan.

Jangan pula mengambil kesempatan atas kebaikan sehingga sanggup mendera fizikal dan mental isteri. Seperti yang diluahkan wanita ini, beliau dipukul dan dicurangi suami sebaik saja berkahwin.

Kisah ini diceritakan oleh Siti Fatima Founder di akaun Facebook miliknya.


Layanan semakin teruk hari demi hari

Tak Sampai Setahun Kahwin, Dah Jadi Mangsa Dera Suami

Sebulan ditinggal tanpa berita

Tak Sampai Setahun Kahwin, Dah Jadi Mangsa Dera Suami

Tak Sampai Setahun Kahwin, Dah Jadi Mangsa Dera Suami

Tak tahan dan bersuara

Tak Sampai Setahun Kahwin, Dah Jadi Mangsa Dera Suami


Sumber Wanita Dedah Jadi Mangsa Dera Suami Sebaik Kahwin

Pengalaman Seram Gadis Selalu Nampak Makcik Tijah Yang Sudah Mati 2 Tahun Lalu (Video)

$
0
0
Pengalaman Seram Gadis Selalu Nampak Makcik Tijah Yang Sudah Mati 2 Tahun Lalu

Alam ghaib yang diciptakan oleh Allah merupakan ujian bagi manusia selama kita hidup di dunia. Segala perkara ghaib adalah dalam lingkungan ilmu Allah SWT dan Dia lebih mengetahui. Kita sebagai umat Islam harus mempercayai wujudnya alam ghaib seperti Jin dan Malaikat.

Perkongsian dari gadis ini, shewasokay mengenai seorang Makcik Tijah buat kami rasa meremang. Bayangkan Makcik Tijah yang selama ini ditegur itu rupanya sudah meninggal dunia. Nauzubillah.

Dah meninggal 2 tahun

Pengalaman Seram Selalu Nampak Makcik Tijah, Bila Tanya Ibu Rupanya..


Suapan aku terhenti

Kisah Seram Makcik Tijah

Aku sorang je nampak rupanya

Kisah Seram Makcik Tijah

Selalu pergi umah dia

Kisah Seram Makcik Tijah

Dia pakai baju kurung kedah

Kisah Seram Makcik Tijah

Perasaan aku lain

Kisah Seram Makcik Tijah

Siapa dia?

Kisah Seram Makcik Tijah

Adakah makcik tijah akan tunggu?

Kisah Seram Makcik Tijah


Sumber Pengalaman Seram Gadis Selalu Nampak Makcik Tijah Yang Sudah Mati 2 Tahun Lalu (Video)

Belasah atlet boling Terengganu, 15 pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu ditahan

Harga cecah RM90 sekilo, ada yang sanggup bayar RM1200 untuk durian Musang King

Muatnaik video bantu gelandangan Syria di Paris, netizen tersentuh hati dengan kemuliaan hati Eina Azman

$
0
0

TERSENTUH hati menonton video yang dimuat naik oleh pelakon Datin Eina Azman yang bersungguh-sungguh membantu golongan gelandangan ketika bercuti bersama keluarga di Paris.

 

 

 

Mana tidaknya, dalam sibuk bercuti, Eina dan suami, Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden sempat meluangkan masa untuk membantu golongan tidak bernasib baik itu yang dipercayai pelarian Syria dengan menghulurkan bantuan makanan kepada mereka.

Eina menerusi perkongsian di Instagram berkata, dia sendiri sebagai seorang ibu cukup terusik apabila melihat kanak-kanak dan wanita duduk di kaki lima dalam keadaan sejuk dan lapar.

“Kegembiraan bercuti bersama keluarga menjadi sedih juga kerana melihat anak-anak kecil tidur di tepi jalan dalam keadaan lapar bersama keluarga.

 

“Setiap hari saya akan lalu kawasan Lafayetter dan Champ Elysees, saya akan nampak mereka (gelandangan) yang kebanyakannya orang Syria.

Muatnaik video bantu gelandangan Syria di Paris, netizen tersentuh hati dengan kemuliaan hati Eina Azman

Muatnaik video bantu gelandangan Syria di Paris, netizen tersentuh hati dengan kemuliaan hati Eina Azman

Perkongsian Eina mengenai bantuan gelandangan di Paris mendapat perhatian pengikutnya.

“Bayangkan kalau kita di tempat mereka? Bayangkan kalau anak-anak kita yang tidur di tepi kaki lima dalam keadaan sejuk.

Menerusi video tersebut, Eina dan Kaiser membeli 50 bungkusan makanan daripada sebuah restoran sebelum mengedarkan kepada gelandangan yang terdapat di kawasan sekitar.

Terpancar keceriaan di wajah golongan itu apabila Eina dan suami mendekati mereka untuk menyumbangkan makanan.

Tindakan mulia pasangan suami-isteri itu turut mendapat pujian daripada pengikut Instagram Eina yang menyifatkan mereka berhati mulia dalam membantu golongan tidak bernasib baik.

Eina bersama suami dan anak kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Sementara itu, Eina berkata, gelandangan yang ditemui juga tidak bersikap meminta-minta wang tetapi mahukan makanan kerana lapar.

Jelas Eina, menerusi kejadian itu juga membuatkan dia berasa insaf dan bersyukur dengan apa yang dimiliki kerana masih ada ramai orang yang tidak bernasib baik.

“Mereka tidak minta wang tetapi cuma hendak makan. Ya Allah… Saya muat naik kisah ini sebab saya rasa sangat-sangat sebab saya pun ada anak kecil.

“Kalau kita tidak boleh beri wang, kita boleh tolong dari segi macam mana yang kita mampu, yang penting ikhlas!

“Ya Allah kalau kita rasa diri kita susah, ramai lagi yang hidup susah, bersyukurlah apa yang kita ada, jangan pernah ada rasa tidak bersyukur!,” tulisnya.

Sumber: Mstar



Sumber Muatnaik video bantu gelandangan Syria di Paris, netizen tersentuh hati dengan kemuliaan hati Eina Azman

“Susu Saya Dah Popular” – Wanita tiba-tiba jadi popular di media sosial kerana susu

$
0
0

Seorang wanita tiba-tiba menjadi perhatian di media sosial gara-gara ‘susu’nya!

 

“Susu Saya Dah Popular” - Wanita tiba-tiba jadi popular di media sosial kerana susu

“Susu Saya Dah Popular” – Wanita tiba-tiba jadi popular di media sosial kerana susu

 

 

Juliawati Mohamad Rosdi, 39, berkata, dia tidak menyangka resipi susu pekat manis buatan sendiri yang dikongsi olehnya di media sosial tidak lama dulu, kini tular di media sosial.

“Resipi susu pekat tu sebenarnya saya tengok di internet, tak silap saya tahun lepas.

“Saya cuba buat sendiri di rumah, Alhamdulillah jadi dan saya pun berkongsi dengan rakan-rakan di Facebook, tak sangka resipi susu tu jadi popular sekarang,” katanya kepada mStar Online.

 

Juliawati atau lebih seang disapa Aleen berkata sejak susu pekat hasil air tangannya menjadi, dia sudah jarang-jarang membeli susu pekat yang dijual di kedai.

Katanya, berdasarkan resipi yang dikongsi di media sosial, dia mampu memperolehi sehingga tiga botol susu pekat untuk disimpan sebagai stok di rumahnya.

“Cuma ia tak boleh disimpan lamalah macam yang dibeli di kedai sebab tak ada bahan pengawet,” katanya.

Mengenai perbezaan rasa susu pekat buatan sendiri dengan susu pekat di pasaraya, Aleen yang bekerja sebagai kerani pentadbiran  di Damansara ini mengakui ia tidak seratus peratus sama.

“Ada sikit perbezaan, taklah sama ‘sebiji’ tapi yang pastinya kita boleh mengubah rasanya mengikut cita rasa masing-masing.

“Kalau nak sedap lagi boleh gantikan susu cair kepada susu tepung, itulah yang saya selalu buat, begitu juga tahap kepekatannya…saya biasanya buat cair sedikit,” katanya.

Menurut Aleen, sebab utama dia memilih untuk membuat susu pekat sendiri adalah kerana kadar gula yang boleh dikurangkan.

“Ia salah satu satu cara untuk saya dan keluarga mengurangkan kadar pengambilan gula,” katanya.

Aleen berkata dia sering menggunakan susu pekat yang dibuatnya untuk memasak dan membancuh minuman.

“Anak-anak saya suka cicah dengan roti, sebab itu saya kerap juga membuatnya,” katanya sambil menambah dia akan membuat tiga hingga empat kali susu pekat dalam sebulan.

Katanya, membuat susu pekat sendiri juga membantu ibu-ibu berjimat kerana mengikut resipi yang dikongsinya, bahan-bahan yang diperlukan tidak akan digunakan sampai habis.

Berikut resipi susu pekat yang dikongsi oleh Aleen:

Sumber: Mstar

 



Sumber “Susu Saya Dah Popular” – Wanita tiba-tiba jadi popular di media sosial kerana susu

Video: Abang teksi mengamuk, periuk nasi kena sailang dengan pemandu Uber

$
0
0

IBARAT marahkan nyamuk, kelambu dibakar…

 
Video: Abang teksi mengamuk, periuk nasi kena sailang dengan pemandu Uber

Video: Abang teksi mengamuk, periuk nasi kena sailang dengan pemandu Uber

Gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan e-hailing, sekali lagi pemandu uber diserang sekumpulan pemandu teksi ketika sedang menunggu untuk mengambil penumpang.

Sumber: Mstar



Sumber Video: Abang teksi mengamuk, periuk nasi kena sailang dengan pemandu Uber

Video: Pick up line rahsia Mat Kelantan ni pikat gadis Korea sampai jadi isteri!

$
0
0

BENARLAH kata orang, tak kenal maka tak cinta.

 
Video: Pick up line rahsia Mat Kelantan ni pikat gadis Korea sampai jadi isteri!

Video: Pick up line rahsia Mat Kelantan ni pikat gadis Korea sampai jadi isteri!

Selepas muncul dalam sebuah rancangan televisyen di Korea, nama Muhamad Khalid Ismail semakin dikenali ramai.

Setiap perkembangan jejaka Kelantan itu pasti menjadi perhatian lebih-lebih lagi selepas berkahwin dengan wanita dari negara Winter Sonata itu.

Nak tahu pick up line yang digunakan Khalid untuk memikat isterinya itu? Saksikan temubual ini!

 

 

 

Sumber: Mstar



Sumber Video: Pick up line rahsia Mat Kelantan ni pikat gadis Korea sampai jadi isteri!

Video: Polis kaki paw masuk lokap

Akhirnya Syamsul Yusof Buka Mulut, ‘Sound’ Redza Minhat

$
0
0
Akhirnya Syamsul Yusof Buka Mulut, ‘Sound’ Redza Minhat

Minggu lalu berlaku sedikit salah faham antara Syamsul Yusof dan Redza Minhat di Twitter. Menerusi laporan Berita Harian, Syamsul mendakwa tindakannya memuat naik nota yang mengaitkan Redza Minhat bertujuan mahu menyedarkan pelakon itu supaya tidak lagi memandang rendah kejayaan orang lain.

Berikut penjelasan Syamsul.

Tak Tahan Dikritik, Syamsul Yusof ‘Sound’ Redza Minhat

Minta hormat karya orang lain

Ia bukan soal lupa diri, tetapi lebih kepada (pesanan) jangan ingat kita lebih bagus daripada orang lain. Jangan pernah rasa kita lebih hebat dan orang lain semuanya gagal.

Prinsip saya mudah saja, kalau sesebuah filem itu berjaya, kita kena hormat. Cara yang saya lakukan itu hanyalah untuk menyedarkan dirinya. Saya harap dia faham.

Cuba contohi pengarah hebat lain seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba. Walaupun beliau menghasilkan filem seni, tetapi tak pernah menghakimi karya orang lain.

Tambah Syamsul, Redza sebelum ini banyak mempertikaikan kejayaan filem arahannya di laman sosial.

Jaga perasaan

Syamsul Yusof ‘Sound’ Redza Minhat

Saya nak tanya, berapa filem dia sudah hasilkan? Tak tahulah kalau dia berada pada kedudukan saya sekarang, bagaimana agaknya dia menilai hasil kerja orang lain?

Kalau dia rasa apa yang dilakukannya itu atas dasar hak kebebasan bersuara atau sekadar mengkritik, apa perasaannya jika saya buat perkara sama terhadap karyanya?



Sumber Akhirnya Syamsul Yusof Buka Mulut, ‘Sound’ Redza Minhat

Jejaka Melayu Hampir Buat Elizabeth Tan Bunuh Diri

$
0
0
Jejaka Melayu Hampir Buat Elizabeth Tan Bunuh Diri

Kecewa akibat cintanya dengan seorang jejaka Melayu putus di tengah jalan, Elizabeth Tan pernah terfikir untuk mengambil jalan pintas menamatkan riwayat hidupnya sendiri. 

Sambil menahan sebak menceritakan detik hitam berkenaan, penyanyi lagu Tabah itu mengakui pernah mengalami kemurungan selama tiga tahun dan ia menjadi bertambah buruk selepas cintanya tidak kesampaian.

Namun, menurut Elizabeth yang lebih mesra dengan panggilan Lizzy, dia berasa bertuah kerana dikelilingi ramai insan yang masih menyayanginya.

Merekalah yang banyak memberikan dorongan dan nasihat agar dia tidak bertindak mengikut perasaan semata-semata lapor Malaysia Kini.

“Banyak nasihat diberikan terutama daripada kalangan rakan industri yang juga Muslim agar meneruskan kehidupan walau apa jua masalah dihadapi.

“Lizzy menerima nasihat daripada mereka yang meminta mengisi kekosongan jiwa dengan percaya kepada Tuhan. Semua masalah berpunca kerana Lizzy yakin pada ketika itu tidak mempunyai tujuan hidup,” katanya.

Justeru Lizzy atau nama asalnya Elizabeth Tan Su Mei, 23, berazam tidak lagi mahu melakukan tindakan bodoh walau seburuk mana fasa kemurungan dialaminya.

“Lizzy tidak akan buat perkara bodoh lagi. Fasa buruk dialami mengajar Lizzy untuk mengutamakan mana yang lebih penting iaitu utamakan nilai diri sebagai seorang wanita.

"Lizzy terbuka untuk berbicara hal ini kerana tahu begitu ramai di luar sana turut mengalami isu sebegini tetapi tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa,” katanya.

Lizzy juga bersyukur kerana dikurniakan ibu yang begitu memahami serta memberi sokongan tidak putus-putus walaupun sebelum ini pernah dilaporkan membelakangkan keluarganya demi mengejar cinta lelaki itu.

Pengakuan Elizabeth Tan Hampir Bunuh Diri Kerana Jejaka Melayu

Gembira kembangkan bakat

Lizzy ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Darling di Kota Damansara, Kuala Lumpur semalam. Single itu digunakan untuk runut bunyi My Darling Inspektor Daniel, drama 20 episod yang dibintangi Elizabeth.

Bercakap mengenai perjalanannya sebagai anak seni, Lizzy berkata, dia ingin memperlahankan kariernya dalam bidang nyanyian kerana ingin memberi fokus terhadap lakonan.

Katanya, sejak kecil memang impiannya untuk bergelar sebagai pelakon berkaliber, manakala bidang nyanyian pula hanya sebagai batu loncatan untuknya menapak dalam industri.

“Lizzy tidak begitu gemar mendengar suara sendiri, dan rasanya tidak mahu menyanyi lagi, tengok dulu macam mana.

“Kebetulan pula Lizzy banyak dapat tawaran berlakon tahun ini dan gembira dapat mengembangkan bakat dalam bidang yang sudah lama diimpikan,” katanya.


Sumber Jejaka Melayu Hampir Buat Elizabeth Tan Bunuh Diri

RAPID Rail Dedah Kisah Sebenar Penampakan Pocong Di MRT

$
0
0
RAPID Rail Dedah Kisah Sebenar Penampakan Pocong Di MRT

Syarikat pengusaha pengangkutan awam, RAPID Rail mengesahkan dakwaan kelibat pocong yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) baru-baru ini adalah palsu.

Menurut jurucakap RAPID Rail, Lim Jin Aun berharap orang ramai tidak tertipu dengan imej tersebut.

“Imej itu telah direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menakutkan penumpang.

“Saya harap isu ini tidak diperkatakan lagi untuk mengelakkan orang ramai keliru dengan cerita-cerita yang tidak benar,” ujarnya seperti yang dilapor oleh The Star.

Kelibat Pocong Di MRT, RAPID Rail Tampil Cerita Kisah Sebenar

Terdahulu, sekeping gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan kelibat objek yang didakwa pocong dilihat berselindung di sebalik tiang tempat pelanggan menunggu MRT, Cheras menjadi tular.

Perkara itu hanya disedari oleh pegawai bertugas selepas rakannya menunjukkan foto tersebut.

Pada mulanya dia agak terkejut namun menyedari foto kelibat pocong itu adalah palsu selepas melihat dengan lebih dekat.



Sumber RAPID Rail Dedah Kisah Sebenar Penampakan Pocong Di MRT

Pengumuman: Engku Emran Nikahi Pelakon Popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella Bulan Depan

$
0
0

Pengumuman: Engku Emran Nikahi Pelakon Popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella Bulan Depan



Engku Emran dijangka bakal menikahi pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.

Pasangan sama cantik sama padan ini dikhabarkan akan disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah secara tertutup di Malaysia.

Engku Emran kini berumur 42 tahun manakala bakal isterinya, Laudya Cynthia Bella kini berumur 29 tahun.

Dari sumber itu, Engku Emran telah berlepas ke Jakarta untuk bertemu ibu bapa Laudya Cynthia Bella yang mempunyai berdarah Sunda.

Engku Emran juga sudahpun memperkenalkan Laudya Cynthia Bella kepada anak perempuannya bersama Erra Fazira iaitu Engku Aleesya.

Ini pendedahan dari satu sumber kepada Utusan Online:

“Insya-Allah jika tiada aral melintang pertengahan September, mereka akan bernikah di Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis hanya kecil-kecilan sahaja,”

“Apa yang sangat disenangi Emran mengenai Bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek,”

“Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra,”


Dikatakan Engku Emran dan Bella tidak mengikat tali pertunangan.


Engku Emran dan Bella diperkenalkan Nora Danish sekitar Mac lalu.

Laudya Cynthia Bella memang amat popular di Indonesia dan mempunyai jumlah pengikut seramai 17 juta orang di laman sosial Instagram.
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live