Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Tan Sri Khalid sudah sedia jadi orang awam, ambil kelas memasak

$
0
0

Tan Sri Khalid Abu Bakar akan bersara secara rasminya daripada jawatan Ketua Polis Negara pada esok hari, 4 September 2017.

Suatu majlis persaraan dan penyerahan tugas akan diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Mengulas persaraannya, Khalid bersyukur kerana dapat berkhidmat dalam pasukan polis, begitu yang ditulis ruangan mingguan beliau di Harian Metro hari ini.

“Saya diberi peluang untuk berjihad ke jalan Allah SWT melalui tanggungjawab hisbah ke atas saya sebagai khalifah di muka bumi ini, untuk menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

“Semakin saya mendekati garisan penamat, saya sedar itulah keputusan terbaik yang pernah saya buat seumur hidup saya,” catat beliau.

Khalid, anak jati Seremban memulakan kerjaya dalam pasukan polis ketika berusia 19 tahun pada 1976. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai ketua polis Negeri Sembilan pada 2005.

“Saya sudah mendedikasikan 75 peratus atau dua pertiga dari umur saya untuk pasukan dengan berpegang kepada satu istiqamah iaitu kesetiaan.

“Saya mampu berdiri tegak dan merasa bangga untuk menyatakan bahawa apabila meninggalkan pasukan kelak, saya tidak ada apa-apa lagi yang tertunggak atau unfinished business,” tulis Khalid.

Khalid turut menasihatkan anggota polis untuk menggalas amanah yang diberi dengan baik kerana ‘masyarakat juga lebih mudah menghukum daripada memuji’.

“Maka, segala kejayaan yang kita tempa di perbatasan tidak akan kekal disanjung, jika kita gagal menjaga imej pasukan di mata masyarakat.

“Kita harus akui disebabkan nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga. Disebabkan seekor kerbau yang membawa lumpur, maka habis semuanya terpalit dan tercemar,” tulis beliau lagi.

Khalid akan mengubah haluan daripada bidang keselamatan apabila dilaporkan sebuah portal berita akan menceburi bidang masakan.

“Saya sudah bersedia (memulakan kehidupan sebagai orang awam). Saya akan mengikuti kelas memasak dengan Institut Bakeri Malaysia (MIB) di Petaling Jaya,” katanya kepada portal FMT hari ini.

Pada 2010 beliau mengetuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, sebelum dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua polis negara pada 2011, menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.

Pada 17 Mei 2013, beliau mula menerajui pasukan polis negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.

Sumber: MK



Sumber Tan Sri Khalid sudah sedia jadi orang awam, ambil kelas memasak

Penjelasan Gadis Berhijab, Dikecam Kerana Gambar Terkangkang

$
0
0
Penjelasan Gadis Berhijab, Dikecam Kerana Gambar Terkangkang

Tindakan seorang gadis memuat naik beberapa keping gambar ‘pose’ berhijab sambil mengangkang di laman sosial mengundang kemarahan netizen.

Lebih parah lagi apabila salah satu gambar tersebut disertakan dengan keterangan ‘berani mati’, “Nasi kangkang nak?” membuatkan pengguna media sosial tidak teragak-agak untuk mengecam dirinya.

‘Nasi kangkang’ merupakan sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh wanita untuk menundukkan suami atau lelaki tertentu, yang hukumnya haram di sisi agama Islam.

Bagaimanapun, keterangan gambar tersebut telah dipadam dan ditukarkan dengan emoji, malah ruangan komen pada gambar tersebut di Instagram telah ditutup.

Gadis Dikecam Gara-Gara Gambar Kangkang, Ini Penjelasannya

Gadis Berhijab Terkangkang

Gadis Berhijab Terkangkang

Gadis itu atau lebih dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan dia tidak menyangka dirinya akan diserang netizen kerana apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk tujuan ‘suka-suka’.

Duta produk kecantikan berusia 19 tahun itu bagaimanapun mengakui gambar-gambar dengan aksi mengangkang itu dianggap tidak sesuai dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM (mesej langsung) menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?

“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran netizen,” katanya kepada mStar Online.

Yaya yang berasal dari Kuala Terengganu ini berkata, akibat gambar kurang sopan itu, dia turut dimarahi keluarganya.

Gadis Berhijab Terkangkang

Bagaimanapun anak kedua dari tiga beradik ini mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakan tersebut dan terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.

Mengenai keterangan gambar yang telah dipadam, Yaya berkata, ia dibuat selepas ditegur majikannya selain tidak mahu kekecohan terus berlaku di media sosial.

“Ini pertama kali saya dikecam hebat oleh netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan-usahawan yang berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, model sepenuh masa ini turut mempertimbangkan untuk memadam semua gambar ‘kangkang’ tersebut bila tiba masanya.

“Saya okay saja apa orang nak kata tapi terkilan sebab rakan-rakan saya sendiri yang turut mengecam,” katanya yang menjadikan jutawan komestik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan.


Sumber Penjelasan Gadis Berhijab, Dikecam Kerana Gambar Terkangkang

Warkah Anwar suntik semangat teruskan rundingan PKR-PAS

$
0
0

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin memilih untuk senada dengan pendirian mutakhir ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan hubungan dengan PAS dan biro politik parti itu.

“Saya juga anggota majlis pimpinan pusat, jadi saya akan bangkitkan perkara ini jika tiada orang yang melakukannya.

“Tapi kami akan membawakan ke peringkat parti terlebih dahulu. Jika pada peringkat biro politik mereka kata akan bawakan untuk berbincang dengan Pakatan Harapan jadi kami akan bawa.Tapi jika mereka kata tidak, ia hanya pada peringkat parti sahaja, kemudian kami akan ikut,” beliau memberitahu Malaysiakini.

Zuraida berkata demikian sebagai memberi maklum balas soalan sama ada beliau atau pemimpin parti lain akan merayu kepada HARAPAN untuk benarkan mereka berunding dengan PAS.

Hal ini selepas Anwar mengakui bahawa beliau telah mengingatkan pemimpin PKR agar tidak memutuskan hubungan dengan PAS selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.

Zuraida berkata keputusan HARAPAN pada Isnin minggu lalu untuk tidak bekerjasama dengan PAS dibuat sebelum kenyataan Anwar diterbitkan.

“Mungkin dengan warkah ini, kami akan sekali lagi cuba membawakan perkara ini kepada HARAPAN. Atas pandangan dengan adanya warkah ini mereka mungkin akan memperhitungkan untuk membincangkannya kembali.

“Tetapi jika mereka tidak mahu berbincang dan keputusan itu adalah muktamad maka kami akan menerimanya sebagai muktamad,” kata beliau.

Patuhi disiplin organisasi

Mendesak semua pihak dalam parti untuk berbincang secara dalaman, Zuraida berkata ia perlu dilakukan begitu dan tidak pergi menghebahkan kepada media sebelum sebarang keputusan dibuat berkenaan kenyataan Anwar.

“Sekurang-kurangnya mereka perlu membawakannya ke mesyuarat biro politik untuk berbincang dan cari penyelesaian, bukan heboh di media serta tidak datang mesyuarat.

“Jadilah manusia yang beradab, datanglah ke mesyuarat dan berbincang sekali ini, itu sahaja,” kata beliau.

Ditanya sama ada kenyataan ini ditujukan kepada seseorang, anggota parlimen Ampang itu enggan mengulasnya secara jelas.

“Saya tidak tahu. Saya juga punya perbezaan dengan keputusan-keputusan dalam biro politik tetapi menjadi tugas saya untuk hadir ke mesyuarat dan berbincang.

“Jika mesyuarat memutuskan begitu misalnya, saya perlu menurutinya walaupun saya secara peribadi tidak sukakannya. Kita perlu ada disiplin organisasi,” kata beliau.

Walaupun Zuraida tidak menyebutkan nama, namun dipercayai beliau merujuk kepada naib presiden PKR Rafizi Ramli yang mengaku tidak hadir dalam mesyuarat biro politik.

Bincang untuk menang PRU

Manakala itu, seorang lagi naib presiden PKR Tian Chua memberitahu pandangan beliau terhadap kenyataan Anwar berkata PKR selaku anggota HARAPAN akan terus memperkukuh pakatan itu bagi memastikan untuk menang seberapa banyak kerusi yang mungkin.

“Ia tidak berlawanan dengan apa yang Anwar sampaikan.

“Pada masa yang sama, jika PAS sedia untuk berunding dan bekerjasama dengan kami, kami akan menyambutnya dan meneruskan kerjasama itu bagi mengurangkan risiko pertembungan berbagai penjuru.”

Tidak timbul soal merayu kepada HARAPAN agar PKR diberikan peluang berunding dengan PAS, kata beliau.

“Jika ada kejujuran dalam PAS, kita akan dapat lihat hasilnya. Bila ada hasil, kami akan laporkan kepada HARAPAN dan katakanlah PAS sedia untuk menyerahkan beberapa agihan kerusinya.

“Tetapi setakat ini, kami tidak dapat melaporkan apa-apa

lagi,” kata beliau memetik keputusan PAS untuk putus dengan PKR.

Membincangkan kerjasama dengan PAS, ahli parlimen Batu itu menjelaskan tidak memerlukan parti Islam itu untuk bersama dalam gabungan rasmi HARAPAN.

“Selagi kita ada suatu bentuk aturan pembahagian kerusi, itu sudah cukup. Kita telah putuskan kita akan adakan sebarang kerjasama dengan PAS, itu jelas.

“Tetapi itu tidak bermakna kami perlu saling mengorbankan antara satu sama lain dan memastikan PAS kalah di Kelantan, Terengganu manakala PAS pula pastikan kami kalah di Selangor. Untuk kelebihan siapa kita lakukan semua ini?”

PAS bukan musuh

Sementara itu, walaupun jelas HARAPAN tidak mahu bekerjasama dengan PAS, timbalan ketua pemuda PKR Dr Afif Bahardin menjelaskan bagaimana PKR masih lagi suatu entiti parti yang tersendiri meski menjadi anggota HARAPAN.

“Jika PKR boleh menyatukan semua pihak terutamanya PAS, saya fikir tidak ada masalah PKR bercakap dengan PAS,” kata beliau.

Perbincangan bagaimanapun akan berterusan dan ia terhad dalam struktur politik parti ini, kata Afif memetik majlis pimpinan pusat PKR dan biro politiknya.

Memetik pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berbincang dengan Persatuan Hindraf Malaysia, Afif menunjukkan perkara itu juga tidak mewakili HARAPAN.

“PKR ni orang kata banyak bersabar,” kata beliau.

Afif menegaskan PAS bukanlah musuh parti itu. Afif juga tidak nampak mudarat untuk cuba berbincang dengan PAS.

Beliau berkata tarikh pilihan raya tidak akan diketahui.

“Perdana menteri boleh umumkan next week, esok, next year, next month. Soalan ini macam tanya bila nak menemui ajal,” katanya.

Afif merasakan PKR patut menggunakan masa yang ada untuk berbincang dengan PAS.

“PKR bersedia untuk bekerja dengan sesiapa saja, sama ada dengan PAS atau parti-parti politik lainnya selagi mereka menyokong agenda reformasi. Tidak perkara seperti pro-HARAPAN atau sebagainya, kami semua pro reformasi,” kata beliau.

Isnin lalu, HARAPAN menyatakan tidak akan menjalin kerjasama dengan PAS, manakala biro politik PKR memperakui komitmen parti itu terhadap gabungan tersebut.

Timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, tokoh utama yang mendokong rundingan dengan PAS, tidak hadir dalam mesyuarat HARAPAN itu.

Keputusan HARAPAN mengejutkan kerana beberapa jam sebelum itu, para pemimpin PKR masih lagi berbincang sama ada parti itu patut meneruskan rundingan dengan PAS.

 

Sumber: MK



Sumber Warkah Anwar suntik semangat teruskan rundingan PKR-PAS

“Alhamdulillah…saya tidak lagi bertongkat”: BERKAT tidak jemu berdoa dan bermunajat di depan Kaabah

Syukur dapat juga ‘aiskrim bom-bom’

(FOTO) Aksi Manja, Gambar Seksa Nora Danish Bercuti Bersama Nedim Jadi Viral

$
0
0

(FOTO) Gambar Seksa Nora Danish Bercuti Bersama Nedim Jadi Viral


Pelakon popular Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri kini sedang bercuti ketika ini.

Jika dilihat di laman media sosial, pasangan popular ini bercuti di atas bot mewah dan berlayar di laut dari langkawi ke Koh Lipe Thailand.


Seperti biasa, memang menjadi kebiasaan, Nora dan Nedim untuk berkongsi perkembangan terkini mereka di Instagram.


Mereka berdua berkongsi gambar percutian kenang-kenangan di laman media sosial.

Memang seronok bercuti atas bot ni. Nampak Kegembiraan terserlah di wajah Nora Danish dan juga Nedim Nazri.


Namun ada pihak terutama para haters yang mengambil peluang menghentam pasangan ini di ruangan komen.


Banyak komen negatif diberikan sehingga membuatkan Nora Danish terpaksa menutup ruang komen tersebut.

Ramai mengatakan pakaian Nora Danish agak terdedah dan seksa melihatnya, itu yang haters cakaplah.

Ini foto percutian pasangan ini:









"Hari tu Nedim kata nak bimbing ke syurga? Syurga belah mana" Ini Komen Panas Kepada Nora Danish Dan Nedim

$
0
0

"Hari tu Nedim kata nak bimbing ke syurga? Syurga belah mana" Ini Komen Panas Kepada Nora Danish Dan Nedim


Nora Danish menjadi tumpuan di hari raya korban ini. Ini kerana gambar percutiannya dikatakan agak terdedah.

Nora Danish dan Nedim Nazri mengambil peluang di musim operayaan ini bercuti di Langkawi dan Koh Lipe menaiki bot pelayaran.

~Lihat gambar percutian itu (DI SINI)

Namun seperi biasa ramai yang mengecam foto foto Nora Danish ketika bercuti.

Sehinggakan pelakon popular ini membuat keputusan menutup ruang komen setelah banyak memberi kata kata negatif.

Antaranya ialah ada yang mempertikai kata kata dari Nedim satu masa dulu untuk membimbing Nora Danish ke syurga.

Selain itu ada juga yang mempersoalkan pekerjaan Nedim sehingga mampu bawa Nora bercuti atas bot pelayaran.

Ini antara komen yang diberikan:

"Nampak dah usaha nedim bimbing nora ke syurga..alhamdulillah..

"Nak tanya, hari tu nedim kata nak bimbing ke syurga? Syurga belah mana tu ye diaorg nak pergi

"Bimbing nora danish ke syurga ka neraka.. Yg nmpk ke neraka ja 

"Banyak duit jantan tu... keje ape..? Ke xde keje...? Pakai duit rakyat naik kapal layar..? Ke camne..? Cer explain sket...

"Best la x payah krja penat2,tpi dpat prgi brcuti ke tmpat yg best..kami rakyat Malaysia jgk la meleleh air liur tnggok org mcm ko ni...







"Diganggu Sejak Julai.." - Tak Dapat Nak Tahan Lagi, Akhirnya Nonny AF Dedah Perangai, Permainan Gila Datuk Red

$
0
0

Tak Dapat Nak Tahan Lagi, Akhirnya Nonny AF Dedah Perangai Datuk Red



Sebelum ini Dato Red dikaitkan dengan seorang artis baru yang digelarnay sebagai "N".

Nama bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Nonny akhirnya menajdi sebutan ramai.

Kini Nonny tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Nonny akui telah diganggu oleh Datuk Red sejak bulan Julai.

Ini pendedahan Nonny:

“BENAR sejak hujung Julai lalu, lelaki itu sudah cuba untuk mengganggu hidup saya. Namun saya tidak pernah ambil kisah. Sehinggalah cerita kami konon-kononnya bercinta digembar-gembur baru-baru ini oleh dia sendiri, permainan gila apakah ini?”

“Paling marah, saya dikata meminta duit daripada lelaki itu walhal hakikatnya kenapa perlu saya berbuat sebegitu. Siapa dia dalam hidup saya hingga sewenang-wenangnya boleh bertindak cara itu?

“Sumpah! Kami tidak pernah ada hubungan istimewa. Nak bercinta berbulan-bulan macam mana? Saya tak pernah memberikan nombor telefon pada dia,”


“Saya tidak akan layan ‘permainan’ dia. Lagipun sudah ada ‘sejarah’ cerita yang lebih kurang sama terjadi pada seorang artis membabitkan dia sebelum ini. Dah boleh dijadikan sebagai pengajaran pun,” 

“Tak pasal-pasal juga, saya dan teman lelaki bermasam muka gara-gara gosip ini. Hah, kan dah tak seronok. Hubungan cinta kami ini dah sampai peringkat yang serius. Dah fikir tentang perkahwinan dah. Apa pula kata bakal keluarga mentua apabila dapat tahu tentang cerita sebegini. Jenuh pula saya kena terangkan kepada mereka semula tentang cerita sebenar,”

Bagi menghormati perasaan keluarga yang turut terkena tempias, penjelasan ini diharap dapat jelaskan segalanya.

Nonny juga hargai persahabatan dengan Adira dan tidak mahu kenyataan yang dibuat itu juga bakal menggugat keharmonian rumah tangga Adira dengan suaminya itu.
Nama Nonny menjadi hangat apabila dikaitkan sebagai kekasih baru kepada suami Adira itu.

Kenyataan itu diberikan oleh Datuk Red sendiri (BACA SINI).

Sememangnya Dato Red akui sedang serius mencari isteri ketiga (BACA SINI).


Sumber: Utusan

"Ada Tak Sesuai Masuk AF.." - Komen Panas Dato Ramli MS Kepada Peserta Akademi Fantasia Megastar

$
0
0

Komen Panas Dato Ramli MS Kepada Peserta Akademi Fantasia Megastar


Kini pertandingan nyanyian Akademi Fantasia Megastar telah bermula.

Banyak bekas juara dan bekas peserta yang menyertai pertandingan ini semula.

Namun, kebanyakan peserta yang beraksi di minggu pertama belum menunjukkan kehebatan suara walaupun mereka berpengalaman.

Juri Datuk Ramli MS berkata walaupun ada kurang menyerlah namun tidak dinafikan ada juga peserta yang membuat persembahan dengan baik.

Ini komen dari Dato Ramli MS:

ADA TAK SESUAI SERTAI

"Persembahan malam ini ada yang okay dan ada juga yang tidak menunjukkan bakat mereka yang sebenarnya, mungkin memilih lagu yang kurang sesuai dengan suara mereka.


"Saya tidak mahu menyebut siapa peserta yang kurang menyerlah pada malam ini, namun secara peribadi ada peserta yang saya rasakan kurang sesuai untuk berada di pentas ini," 


ADA YANG BAIK

"Secara peribadi, saya mengambil contoh nyanyian Amir Jahari, dia menunjukkan bakat sebenar sebagai anak seni.

"Apabila dia naik pentas, dia seolah-olah membuka satu jalan dalam menunjukkan bakatnya dan dalam hal ini saya tidak mengambil kira tentang nilai komersial yang ada pada dirinya.


"Bob pula menyanyikan lagu yang mudah baginya tapi saya berasakan dia boleh menyampaikan lagu yang lebih mencabar vokalnya selepas ini,"

GUNA PELUANG TUNJUK BAKAT

"Secara jujurnya, saya mahu peserta yang terpilih menyertai program ini menggunakan platform ini sebagai ruang untuk menonjolkan diri dan bukan untuk mengejar  populariti.

"Kita memberi ruang kepada mereka untuk menyerlahkan semula bakat nyanyian dan gunakanlah peluang ini sebaiknya,"


Ramli ditemui pada sidang media selepas konset berkenaan di sini pada Ahad.

Selain Ramli MS, turut menjadi juri ialah Ziana Zain dan Syafinaz Selamat.

Dalam konsert AF Megastar Homecoming minggu pertama ini menyaksikan 12 penyanyi berentap iaitu:

-Bob (Bukan Cinta Biasa)
- Ewal (Sampai Syurga)
-Mila (Putus Terpaksa)
-Adam (All I Have To Give)
-Ara (Terus Mencintai)
-Firman (Impian).
-Zahid (Pamit)
-Sufi (Wanita Terakhir)
-Idayu (Hurt)
-Amir Jahari (Manusia Biasa)
-Azhar (Sampai Mati)
-Marsha (Untuk Kali Terakhir).

Minggu depan pula akan menyaksikan 12 lagi penyanyi berentap iaitu:

-Amylea
-Shahir
-Aril
-Rosma
-Anding
-Adira
-Faizal
-Indah
-Syamel
-Amir
-Faizul
Nubhan.

Kesemua 24 peserta dipilih menyertai pertandingan ini.

Keputusan 12 peserta yang akan terpilih ke konsert AF Megastar bakal diumumkan pada konsert minggu depan.

Sumber: mStar

“Jangan terlalu taksub cari salah orang lain, cermin diri” – Nedim Nazri

$
0
0

UMUM mengetahui pelakon Nora Danish bersama suaminya, Nedim Nazri atau dikenali sebagai Bossned terbuka dalam berkongsi kehidupan peribadi mereka untuk tatapan peminat di Instagram.

Malah pasangan ini sering memuat naik foto romantis bersama selain berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga.

Terbaharu, Nedim memuat naik foto mesra mereka yang sedang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah dan nampaknya netizen kurang senang dengan pasangan itu dan mula menulis komen negatif kepada mereka.

Enggan berdiam diri, Nedim bertindak membalas komen yang ditinggalkan pemilik akaun bernama @titystella dan @4arifputh_ yang cuba mengajarnya bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama keluarganya.

Malah, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini menasihati mereka agar membuang sifat dengki dalam diri sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan.

“@titystella, budak ini cuba untuk beritahu saya bagaimana saya perlu jalani kehidupan sementara dia seperti belum cukup umur.

“@4rifputh_ nak senang dan berjaya jangan benci atau dengki dengan kehidupan orang lain, kalau saya jadi adik, saya ambil ilham untuk jadi lebih baik daripada saya.

“Dunia ini ibarat roda, jangan terlalu taksub cari salah orang lain, cermin diri, jadi lebih baik daripada anda hari ini,” tulis Nedim.

Nedim juga memberi cadangan agar mereka pergi ke pusat kecantikan untuk memiliki kulit licin sepertinya dan meminta mereka menyebut namanya untuk mendapatkan potongan harga.

“Saya punya muka licin pasal pergi ke MyClinic dekat Damansara, cuba la mungkin bila awak dah hilang jerawat boleh lihat muka sendiri di cermin dengan selesa.

“Cakap nama saya, awak akan dapat diskaun Insya-Allah,” ujarnya.

Rata-rata pengikutnya turut memuji pasangan ini dan mengelarkan mereka seperti Romeo dan Juliet dan meminta orang luar agar membiarkan mereka bercuti dengan aman.

Nedim dan Nora berkahwin pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glasshouse at Seputeh, Petaling Jaya.

Sumber: Mstar



Sumber “Jangan terlalu taksub cari salah orang lain, cermin diri” – Nedim Nazri

Video 2 pemandu kereta Singapura kurang ajar, pandu lorong kecemasan dan himpit motor

$
0
0

TINDAKAN sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan nombor plat kenderaan Singapura memandu di lorong kecemasan mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Lebih membahayakan apabila kenderaan berkenaan dilihat menghimpit sebuah motosikal yang dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) antara Machap di Melaka ke Kulai, Johor.

Sumber: MStar



Sumber Video 2 pemandu kereta Singapura kurang ajar, pandu lorong kecemasan dan himpit motor

Pelantikan Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara baharu mengejutkan ramai pihak

$
0
0
Mohamad Fuzi Harun

Mohamad Fuzi Harun

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (gambar) dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang baharu.

Beliau menggalas jawatan itu daripada Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib pada Isnin.

Pelantikan yang dibuat ke atas Pengarah Cawangan Khas itu dan bukannya Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah memberikan kejutan kepada ramai pihak.

Sebelum menjadi Pengarah Cawangan Khas, Mohamad Fuzi sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Pengurusan Bukit Aman dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis penyerahan jawatan itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

Sumber: Mstar



Sumber Pelantikan Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara baharu mengejutkan ramai pihak

"Do something about that ugly pimple on you face" - Komen Balas Nedim Nazri Yang Padu, Hentam Remaja

$
0
0

"Do something about that ugly pimple on you face" - Komen Balas Nedim Nazri Yang Padu, Hentam Remaja  


Beberapa hari yang lalu, Nora Danish dan Nedim mencuri perhatian ramai apabila bercuti di atas bot.

Lihat foto percutain yang viral itu ( DI SINI )

Memang teruk pasanagn ini dikecam oleh para haters kerana foto foto yang dikonsgi oleh Nora dan juga Nedim.

baca komen dari haters ( DI SINI )

Setelah dikecam teruk, suami Nora Danish iaitu Nedim tidak berdiam diri.

Jejaka yang juga anak menteri pelancongan ini telah membalas komen yang ditinggalkan pemilik akaun bernama "Tity Stella" dan "4arif Puth".

Oleh kerana mereka yang memberi komen itu masih remaja, Nedim bertindak 'sekolahkan' kedua dua individu ini.

Nedim menasihati mereka agar membuang sifat dengki dalam diri sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan.

Malah Nedim juga menyindir remaja terbabit termasuk mukanya yang berjerawat.

Ini komen Nedim:

@titystella this little fart trying to tell me how I should live my life while he look barely legal to own one !

"@titystella, budak ini cuba untuk beritahu saya bagaimana saya perlu jalani kehidupan sementara dia seperti belum cukup umur.

Nedim juga memberi cadangan agar mereka pergi ke pusat kecantikan untuk memiliki kulit licin sepertinya dan meminta mereka menyebut namanya untuk mendapatkan potongan harga.

"@4rifputh_ nak senang dan berjaya jangan benci atau dengki dengan kehidupan orang lain, kalau saya jadi adik, saya ambil ilham untuk jadi lebih baik daripada saya.

"Dunia ini ibarat roda, jangan terlalu taksub cari salah orang lain, cermin diri, jadi lebih baik daripada anda hari ini," 


@4rifputh._ when you are legal talk to me , now do something about that ugly pimple on you face .

"Saya punya muka licin pasal pergi ke MyClinic dekat Damansara, cuba la mungkin bila awak dah hilang jerawat boleh lihat muka sendiri di cermin dengan selesa.

"Cakap nama saya, awak akan dapat diskaun Insya-Allah," 


Nedim dan Nora telah bercuti manaiki bot pelayaran dari Langkawi ke Koh Lipe.

Pasangan secocok ini berkahwin pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glasshouse at Seputeh, Petaling Jaya.

Sumber: IG

Budak Diculik Hantu Dari Bawah Katil (Video)

$
0
0
Budak Diculik Hantu Dari Bawah Katil

Seorang budak perempuan yang sedang asyik bermain sendiri dikatakan telah diculik dan ditarik oleh makhluk misteri masuk ke bawah katil.

Apa yang menyeramkan, kejadian tersebut berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV rumah keluarganya.

Hantu Culik Budak, Tarik Masuk Bawah Katil

Sekiranya anda lihat, kejadian tersebut seperti benar-benar berlaku kerana sebelum ini dikatakan ada juga kes sedemikian rupa yang berlaku.

Video ini masih menjadi pendebatan ramai di mana ada yang percaya ianya benar berlaku, dan ada juga yang menyangkal kejadian ini.

Hantu Culik Budak, Tarik Masuk Bawah Katil

Hantu Culik Budak, Tarik Masuk Bawah Katil

Anda saksikan video Budak Diculik Hantu Dari Bawah Katil di bawah ini sendiri dan nilaikan sendiri.



Sumber Budak Diculik Hantu Dari Bawah Katil (Video)

7 Jenayah Akibat Ketagihan Permainan Video

$
0
0
7 Jenayah Akibat Ketagihan Permainan Video

Bagi kanak-kanak, bermain permainan video adalah aktiviti biasa yang dilakukan untuk mengisi masa lapang dan mengurangkan stres. Sekiranya ibu bapa proaktif dalam memantau kegiatan ini, ianya mungkin tidak akan mengganggu pelajaran anak-anak disekolah.

Malangnya, akibat terlalu lama bermain permainan video, ia bertukar menjadi satu ketagihan. Memetik iluminasi.com, berikut adalah beberapa contoh kesan buruk kes ketagihan permainan video kepada manusia yang pernah direkodkan di seluruh dunia.

1. Bunuh Diri

7 Kes Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Pada tahun 2004, seorang remaja bernama Xioyi telah membunuh diri dengan terjun daripada apartment rumahnya setelah bermain permainan World of Warcrafts selama 36 jam tanpa henti. Sebelum terjun, beliau sempat meninggalkan sekeping nota dengan mesej “Saya ingin menjadi sebahagian daripada karakter dalam permainan ini”. Ibu bapa remaja berumur 13 tahun itu kemudiannya telah menyaman pengedar permainan tersebut yang menjualnya kepada anak mereka.

2. Kanak-Kanak Diabaikan Sehingga Mati

Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Di Korea Utara, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun mati setelah diabaikan oleh kedua ibu bapanya. Difahamkan, kedua ibu bapanya lebih menghabiskan banyak masa menjaga karakter alam maya (virtual girl) dalam permainan Prius Online berbanding membesarkan anak kandung mereka sendiri. Sebelum kejadian, pasangan tersebut telah menghabiskan masa selama 12 jam di pusat computer bermain permainan tersebut di pusat komputer dan meninggalkan anak mereka di rumah tanpa jagaan. Setibanya mereka di rumah, didapati anak mereka telah mati.

3. Ditikam Sampai Mati Akibat Dendam

Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Bunuh rakan kerana permainan video? Itulah yang berlaku di China apabila seorang remaja bernama Qiu Chengwei menikam rakannya, Zhu Caoyuan apabila Qiu mendapati rakannya itu menjual senjatanya dalam permainan Legend of Mir 3. Zhu telah menawarkan wang hasil jualannya kepada Qiu tetapi Qiu enggan menerimanya. Qiu bengang lalu menikam Zhu ketika beliau sedang tidur. Qiu dihukum gantung sampai mati kerana kesalahannya itu.

4. Membunuh Kerana Terdesak Perlukan Wang

Di Vietnam, seorang kanak-kanak berumur 13 tahun telah ditangkap setelah didapati membunuh seorang wanita tua berumur 81 tahun. Selepas penangkapannya, beliau mengaku telah membunuh wanita tersebut kerana terdesak perlukan duit untuk bermain permainan video secara dalam talian. Kanak-kanak itu telah mengikat wanita tersebut, mencuri duitnya kemudian menanam wanita itu di hadapan rumahnya.

5. Mati Kerana Terlalu Lama Bermain Permainan Video

Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Seorang lelaki di Korea Selatan mati setelah bermain permainan video Starcraft selama 50 jam tanpa henti. Kematian lelaki itu dikatakan berpunca daripada masalah kegagalan jantung akibat terlalu lama dan penat bermainan video. Beliau hanya berhenti sebentar untuk ke tandas. Selain itu, di China kes kematian akibat bermain permainan video dalam tempoh lama banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini. Malah, dalam sesetengah kes yang ekstrim, terdapat juga yang bermain selama 3 hingga 10 hari tanpa henti.

6. Bunuh Ibu Bapa Kerana Tidak Dibenarkan Bermain Permainan Video

Seorang remaja berumur 17 tahun, Daniel Petric telah membunuh kedua ibu bapanya kerana tidak dibenarkan bermain permainan Halo 3. Pada hari kejadian, beliau telah memasuki ke bilik kedua ibu bapanya dan meminta mereka menutup kedua mata dengan alasan untuk memberi mereka sedikit kejutan. Beliau kemudiannya menembak mereka di kepala.

7. Ponteng Sekolah

Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Ponteng sekolah untuk bermain permainan video adalah masalah biasa yang dilaporkan oleh pihak sekolah, terutamanya bagi sekolah yang terletak berdekatan dengan pusat komputer. Seorang remaja di Perth, Austalia pula telah ponteng sekolah selama 3 minggu dengan memberi alasan beliau terpaksa menjalani pembedahan. Kegiatannya itu terbongkar apabila pihak sekolah sendiri telah menelefon ibu bapanya untuk bertanya khabarnya.

Kes-kes yang disebutkan diatas hanyalah beberapa contoh kesan ketagihan permainan video kepada kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia. Ketagihan terhadap permainan video adalah sesuatu yang menakutkan dan mesti dielakkan. Ibu bapa seharusnya lebih peka tentang jenis permainan video yang dimainkan oleh anak-anak mereka, selain memantau isi kandungannya agar tiada unsur-unsur keganasan padanya.


Sumber 7 Jenayah Akibat Ketagihan Permainan Video

Isnin cuti, Tun M bawa isteri tersayang naik MRT

$
0
0

Kesempatan untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Aidiladha bersama keluarga tercinta tidak disia-siakan oleh warga kota setelah kerajaan mengumumkan tambahan cuti sehari pada Isnin sempena kecemerlangan kontinjen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Namun, kebanyakan lebuh raya utama negara kembali sesak sejak Ahad ekoran orang ramai sudah mula pulang ke ibu negara untuk memulakan tugas pada Selasa.

Cuti hujung minggu yang panjang itu turut menyebabkan pengangkutan awam ‘berehat’ seketika daripada kesesakan trafik, termasuklah Transit Aliran Massa (MRT) menjadi lengang.

Peluang yang hanya berlaku pada musim perayaan itu ternyata tidak dilepaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk mencuba kemudahan awam terbaru yang menjadi kebanggaan negara itu.

 

“Bersama isteri tersayang naik MRT Sg Buloh-Kajang hari ini,” tulis Dr Mahathir di laman Twitter, Isnin.

Beliau yang segak berkemeja biru turut berkongsi beberapa keping gambar ketika sedang menaiki kenderaan awam tersebut dengan para pengikutnya.

Malah, Dr Mahathir sendiri dilihat merakamkan gambar sepanjang perjalanannya.

Setakat ini, posting tersebut sudang diulang kicau sebanyak 3,493 kali dan menerima 4,729 ‘like’.

Pengguna Twitter, ‘Keaqilahan’ berkata: “Nak jumpa. Untung orang KL dapat jumpa Dr Mahathir dalam pengangkutan awam.”

Seorang lagi pengguna, ‘Iamshazzybiebs’ pula berkata: “Saya akan menjerit kalau terjumpa Dr Mahathir dalam MRT yang saya naiki.”

Sumber: MStar



Sumber Isnin cuti, Tun M bawa isteri tersayang naik MRT

Aksi Romantik "Romeo & Juliet" Nedim Dan Nora Danish Dikecam, Jawapan Nedim Buat Haters Sentap

$
0
0
Aksi Romantik "Romeo & Juliet" Nedim Dan Nora Danish Dikecam, Jawapan Nedim Buat Haters Sentap

Sudah menjadi trend agaknya budak-budak yang baru mengenal IG ni mengecam semua benda yang diorang nampak di Instagram.

Jawapan Sentap Nedim Buat Haters Yang Mengecam Gambar Romantik "Romeo & Juliet" Dia Dan Nora Danish

Terbaharu, gambar-gambar percutian Nedim dan Nora dikecam kerana terlalu romantik? Apa masalah dengan otak kita sekarang? Semua perkara nak kecam?

Malangnya komen daripada adik yang Nedim gelarkan sebagai budak ‘pimple’ ni telah dibuang. Kenapa Nedim gelarkan budak pimple? ‘Better’ korang usha sendiri…hehehe

Aksi Romantik "Romeo & Juliet" Nedim Dan Nora Danish

Bila bermulanya komen oleh mereka-mereka yang dipanggil ‘haters’ dan ‘fans’ ini, Nedim pulak komen dengan begitu kejam sekali.

@4rifputh._ when you are legal talk to me , now do something about that ugly pimple on you face .

Aksi Romantik "Romeo & Juliet" Nedim Dan Nora Danish

Kesian, Nedim siap offer untuk buat rawatan muka di @myclinic. Boleh sebut nama Nedim untuk dapatkan rawatan dengan harga diskaun lagi…hehehe

@my__clinic hook this pimple plantation kid out pls ! I’ll pay for it 😊 ! #imserious

Aksi Romantik "Romeo & Juliet" Nedim Dan Nora Danish

Tidak cukup dengan itu, Nedim juga memberikan sedikit kata-kata nasihat untuk adik ‘pimple’

@titystella 😂😂😂 this little fart trying to tell me how I should live my life while he look barely legal to own one ! 🤦‍♂️ , @4rifputh._ nak senang dan berjaya jangan benci atau dengki dengan kehidupan orang lain , kalau saya jadi Adik , saya ambil ilham utk jadi Lebih baik dari saya , Dunia ni ibarat roda , jangan terlalu taksub cari salah orang lain , cermin diri, jadi lebih baik dari anda hari ni , btw saya punya muka licin pasal pergi ke MyClinic dekat damansara , try it out maybe when you lose that big ass pimple you would be able to comfortably look at yourself in the mirror 😬cakap nama saya you will get discount InsyaAllah .

Aksi Romantik "Romeo & Juliet" Nedim Dan Nora Danish

Mesti tak selesa kan berbulan madu ada jer org tangkap gambar. Tapi Malaysia tak seteruk hollywood lagi.. keep calm and love nora danish! Selamat bercuti.


Sumber Aksi Romantik "Romeo & Juliet" Nedim Dan Nora Danish Dikecam, Jawapan Nedim Buat Haters Sentap

Siapa Sebenarnya Pak Cik Tioman Ni? Beberapa netizen tampil dedah pernah jumpa di beberapa tempat

$
0
0
Pak Cik Tioman

Pak Cik Tioman

Identiti seorang warga emas menjadi tanda tanya selepas seorang pemuda memuat naik posting meminta bantuan orang ramai menjejaki waris atau kenalan lelaki itu di laman sosial pada Ahad.

Pemuda yang bernama Ashraf Wajdi itu turut memuat naik dua keping gambar warga emas tersebut bagi memudahkan orang ramai mengecamnya.

Simpati dengan nasib yang menimpa warga emas yang namanya tidak didedahkan itu, Ashraf Wajdi meminta sesiapa yang mengenali lelaki berkenaan agar datang mengambilnya di kawasan berhampiran feri ke Pulau Tioman, Pahang.

“Pak cik ni seorang diri jalan kaki sambil pegang jantungnya. Kata pak cik ni sakit jantung.

“Dapat kerja di Bahau (Negeri Sembilan), sampai Bahau je tempat kerja tu tiada. Tiada duit langsung nak ke Pulau Tioman,” kata Ashraf Wajdi menerusi posting tersebut.

Pemuda tersebut dan rakan-rakannya menyumbangkan wang kepada warga emas itu untuk membeli tiket bas dan feri.

Posting tersebut yang tular sejak tengah hari Ahad mendapat 1,044 perkongsian dan lebih 1,200 ‘like’ serta mengundang pelbagai reaksi netizen.

Seorang pengguna Facebook, Mazuan Mazlan berkata: “Rasa macam tidak pernah tengok pun dekat Tioman pak cik ni. Betul ke dia orang Tioman?”

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Tengku Putera Syahz berkata: “Dia ni pernah turun dekat Sungai Buloh, saya nak tumpangkan dia, dia cakap takpe dia tengah cari kawan dia.”

“Dia cakap dekat saya dia dari Pahang. Bukan nak burukkan dia ni tapi susah nak cakap. Bila minta untuk dia kerjasama, dia halau saya,” katanya yang hanya berniat untuk membantu warga emas itu mencari rumah rakannya.

Manakala Syafiq Apit pula berkata: “Dulu pernah aku jumpa pak cik ni dekat Mentakab, Pahang kabo (beritahu) dari Thailand datang nak kerja tukang masak kedai makan. Ni lepas ke Tioman pula dah.”

Bagi Najwa Nafiza Abd Rahman pula, dia berkata: “Saya pernah jumpa dekat kawasan rumah saya sebelum puasa hari tu. Kami duduk dekat Juru, Pulau Pinang.

“Ada orang taman kami nak bawa dia pergi duduk dekat surau dulu buat sementara sebab kasihan dia pegang jantung. Tapi dia tak mahu. Nak bagi duit dia tak mahu.”

“Macam-macam la tanya pak cik ni sebab nak tolong. Kita kasihan pada dia. Akhirnya dia marah pula.”

Sumber: MStar



Sumber Siapa Sebenarnya Pak Cik Tioman Ni? Beberapa netizen tampil dedah pernah jumpa di beberapa tempat

Zara Zya kecewa dilabel wanita jahat gara-gara warnakan rambut

Kareena Kapoor Luah Rasa Bangga Dapat Taimur Ali Khan, Anak Paling Tampan Di Dunia

$
0
0
Kareena Kapoor Luah Rasa Bangga Dapat Taimur Ali Khan, Anak Paling Tampan Di Dunia

Ibu mana yang tidak gembira kalau anaknya menjadi kegemaran orang ramai.

Begitulah beruntung badan Kareena Kapoor kerana memiliki anak lelaki Taimur Ali Khan Pataudi yang sememangnya sangat comel dan lebih jelas lagi mempunyai ketampanan yang terserlah walaupun masih lagi bayi.

Dapat Anak Paling Tampan Di Dunia, Kareena Kapoor Bangga Dengan Taimur Ali Khan

Walaupun sering menjadi buruan para peminat untuk melihat Taimur, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan tidak lokek berkongsi gambar anak mereka di sosial media lapor MYNEWSHUB.

Setiap kali gambar Taimur dimuatnaik pasti mendapat like paling tertinggi berbanding gambar-gambar yang lain. Dalam satu temu bual Kareena sendiri mengaku bangga dengan anaknya.

Dapat Anak Paling Tampan Di Dunia, Kareena Kapoor Bangga Dengan Taimur Ali Khan

“Saya bangga dengan Taimur bukan kerana dia anak saya tetapi dia memang anak yang sangat tampan. Dia mewarisi keturunan sebelah bapanya,”.

Setiap kali bercakap mengenai anakyna, Kareena mesti memuji ‘ketampanan’ Taimur dan dia menggelar si kecil itu sebagai anak paling cantik ciptaan Tuhan. 

Boleh dikatakan inilah keluarga Bollywood paling cantik dari mak cik (Karisma Kapoor), ibu (Kareena Kapoor) dan bapa (Saif Ali Khan) sehinggalah kepada si kecil Taimur Ali Khan Pataudi.

Gambar Anak Kareena Kapoor, Taimur Ali Khan

Gambar Anak Kareena Kapoor, Taimur Ali Khan

Gambar Anak Kareena Kapoor, Taimur Ali Khan

Gambar Anak Kareena Kapoor, Taimur Ali Khan

Gambar Taimur Ali Khan, Anak Kareena Kapoor

Gambar Taimur Ali Khan, Anak Kareena Kapoor

Gambar Taimur Ali Khan, Anak Kareena Kapoor

Gambar Taimur Ali Khan, Anak Kareena Kapoor


Sumber Kareena Kapoor Luah Rasa Bangga Dapat Taimur Ali Khan, Anak Paling Tampan Di Dunia
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>