Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

“Tak semestinya saya komen tak bagus bermakna markah mereka rendah. Jangan ingat suara tinggi tapi mereka fikir nyanyian sudah bagus” – Ramli MS


“Ko tu dilaknat Allah.. ko gay kan. ko gay sebab ko gay sendu” – Komen balas Nur Sajat bila ditarbiah seorang follower

$
0
0

Baru-baru ini di akaun Instagram jutawan kosmetik yang jelita, Nur Sajat berkongsi gambar di mana dia di sebuah pusat pameran kereta mewah. Menerusi video pendek tersebut, Nur Sajat kelihatan mencuba sebuah kereta Lamborghini yang bakal menjadi miliknya.

Sudah menjadi lumrah, akaun Instagram kepunyaan selebriti pasti akan dihujani dengan komen-komen daripada netizen. Ada yang bangga dengan kejayaan dan usaha yang dikecapi oleh Nur Sajat dan ada juga yang iri hati sehinggakan melemparkan kata-kata kesat.

Terdapat satu komen yang dtinggalkan oleh netizen telah mendapat perhatian oleh Nur Sajat sehingga dia membalas komen netizen tersebut.

Netizen tersebut telah meninggalkan komen dengan menegur Nur Sajat supaya tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk kemewahan dan sempat mengugut Nur Sajat jika dia tidak berpuas hati dengan tegurab tersebut.

Rentetan daripada komen tersebut, ramai juga netizen membalas kata-kata negatif itu dengan mengatakan, haters tersebut jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja. Kalau tak suka jangan habiskan masa menegur panjang berjela di Instagramnya.

Biasalah, kalau dah jadi selebriti ni memang apa sahaja yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian daripada netizen. Ada yang suka dan memuji dan ada juga yang mengecam dan menghina. Semoga Nur Sajat tidak pedulikan semua haters yang iri hati ini.

 

Sumber: Hangat.com



Sumber “Ko tu dilaknat Allah.. ko gay kan. ko gay sebab ko gay sendu” – Komen balas Nur Sajat bila ditarbiah seorang follower

Ayat Laudya Cynthia Bella untuk anak Erra Fazira yang bakal jadi anak tirinya

$
0
0

Menghitung hari! Laudya Cynthia Bella menunjukkan keakrabannya dengan Engku Emran. Lagi-lagi apabila khabar bila dan waktu pernikahannya bocor, Bella mulai terbuka pada umum.

Tidak hanya posting mengenai Emran, Bella juga mula menunjukkan kemesraannya dengan anak perempuan calon suaminya itu. Emran merupakan duda anak satu, selepas bercerai dengan bekas isterinya Erra Fazira. Mereka dikurniakan seorang puteri yang kini berusia 8 tahun bernama Aleesya.

Dalam postingnya, Bella menuliskan kalimat manis ‘BAE Forever’. Status ini disukai oleh Emran yang cukup aktif di Instagram dengan akaun @iamkumbre.

Nak tahu apa maksudnya yang ditulis Bella? Ia adalah singkatan dari Bella – Aleesya – Emran.

Netizen pun menyedari maksud BAE yang dituliskan oleh Bella. Khabarnya pernikahan Bella dengan Emran akan berlangsung di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan September ini.

Sumber: Hangat.com



Sumber Ayat Laudya Cynthia Bella untuk anak Erra Fazira yang bakal jadi anak tirinya

Cerita Vokal ‘Pancit’, Gaya Tak ‘Move On’ AF Megastar

Elektrik terputus,126,171 pengguna terjejas bekalan air

$
0
0

Sebanyak 126,171 akaun pengguna di daerah ini dan Kulai terjejas ekoran Loji Rawatan Air (LRA) Semangar, Kota Tinggi berhenti operasi bermula semalam berikutan bekalan tenaga elektrik Tenaga Nasional berhad (TNB) terputus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, LRA Semangar berhenti operasi sejak pukul 4.20 petang dan hingga kini bekalan elektrik masih belum pulih.

 

Menurutnya, kawasan di daerah ini yang mengalami gangguan bekalan air termasuk Kempas, Tampoi, sebahagian Skudai dan kawasan Iskandar Puteri, Gelang Patah, manakala Kulai termasuk Senai.

“Pihak TNB Kota Tinggi memaklumkan berlaku kerosakan serius pada bekalan elektrik untuk kawasan Semangar termasuk ke LRA Semangar dan bekalan ke Kampung Semangar Dalam, namun tidak dimaklumkan terperinci kerosakannya.

“Bagi menangani masalah itu. buat masa ini, pihak TNB akan menghantar dua unit set generator, masing-masing sebuah untuk kawasan Semangar dan  Kampung Semangar Dalam, kuarters dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Usaha membaik pulih tenaga elektrik itu sedang giat dijalankan oleh pihak terlibat, sekali gus diharap dapat dilakukan dengan segera supaya bekalan air dapat disalurkan semula kepada pengguna yang terjejas, katanya sambil meminta orang ramai yang terjejas menghubungi talian mesra SAJ Info Centre di 1800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ditalian 019-7727474.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

 



Sumber Elektrik terputus,126,171 pengguna terjejas bekalan air

Khai tak sangka kejutan hadiahkan isteri Audi TT jadi viral

$
0
0

Bintang Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Khai tidak menyangka kejutan menghadiahkan kereta mewah, Audi TT untuk isterinya, Rosma yang dikongsi di laman sosial, menjadi viral.

Khai atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Mohamad, 38, memberitahu, status itu dimuat naik secara spontan kerana teruja dapat menunaikan impian Rosma sejak tujuh tahun lalu.

“Rosma sudah lama mengidam memiliki kereta Audi TT. Setiap kali terserempak di jalan raya, pasti dia tegur. Saya rasa bertanggungjawab untuk menunaikan hasratnya itu.

“Namun, tidak sangka pula perkongsian itu menjadi viral sekelip mata. Rosma menitiskan air mata kerana tidak menyangka menerima hadiah kereta idamannya,” katanya kepada BH Online.

Khai bagaimanapun berharap peminat tidak salah faham atau menyangka dirinya menunjuk-nunjuk.

“Elemen riak atau menunjuk-nunjuk tak wujud. Saya bersyukur kerana selepas tujuh tahun, saya berjaya membelikan hadiah itu,” katanya.

Ditemui pada konsert homecoming AF Megastar di Royal Theater, di sini, malam tadi, Khai mengulas mengenai keputusannya enggan menyertai program itu.

“Dari awal lagi saya tidak mahu turut serta. Biarlah rakan seangkatan yang mempunyai vokal hebat namun tidak diberi ruang untuk membuktikan kebolehan mereka menyertainya,” katanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber Khai tak sangka kejutan hadiahkan isteri Audi TT jadi viral

Kecewa kemahuan diranjang tak dipenuhi, isteri sapu balm pada kemaluan suami sebagai balas dendam

$
0
0

Isteri Tak Puas Di Ranjang, Kemaluan Suami Disapu Balm

SELALU kita dengar suami yang pukul isteri kalau kemahuannya di ranjang tidak dipenuhi. Kali ini, si isteri pula yang bertindak demikian.

Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital apabila kemaluannya disapu dengan Balm oleh isterinya. Kejadian dilaporkan berlaku di Medan, Indonesia.

Lelaki yang dikenali sebagai Daud itu menyatakan isterinya yang tidak pernah puas di ranjang menyebabkan dirinya diperlakukan sebegitu.

Pasangan yang baru berkahwin selama setahun ini mengalami masalah apabila Daud disahkan mati pucuk. Hal ini menyebabkan isterinya itu kecewa.

Akibat berang, si isteri telah menyapukan Balm pada bahagian sulit suaminya ketika Daud sedang tidur. Itu sebagai untuk membalas dendam kerana kepuasannya tidak dipenuhi.

Menurut lelaki berusia 35 tahun ini, dia sudah berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang dialaminya sejak lima bulan lalu tetapi menemui jalan buntu.

Si isteri pula mahu mengugut cerai kerana kepuasannya tidak dipenuhi. Lebih mengejutkan lagi dia sanggup menyapu Balm pada kemaluan suaminya apabila keluhan dan ugutan cerai itu tidak dilayan.

Bukan itu sahaja, khabarnya si isteri ada memukul mangsa dengan batang penyapu dan menyebabkan kepala Daud cedera.

Walau bagaimanapun, suspek sudah ditahan reman oleh pihak polis Medan Tembung. Menurut suspek, perkahwinan mereka dirancang oleh kedua-dua orang tuanya.

“Saya minta cerai tapi suami tak mahu, sayang katanya.. buat apa sayang kalau tak pandai puaskan isteri.

“Saya ada niat mencari skandal, tapi saya tak sampai hati menipu suami,”katanya.

Pelik-pelik orang zaman sekarang ni. Bukan ke lagi bagus kalau hal rumah tangga dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Kecewa kemahuan diranjang tak dipenuhi, isteri sapu balm pada kemaluan suami sebagai balas dendam

Aiman Tino korban dua ekor lembu

$
0
0

Aiman Tino melapah daging korban untuk diagihkan kepada penduduk

Penyanyi popular, Aiman Tino menyumbangkan dua ekor lembu kepada penduduk sekitar Kuala Kubu Bharu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut Jumaat lalu.

Jelas Aiman, ini kali pertama dia menyumbangkan daging korban bagi diedarkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan rumahnya.

“Alhamdulillah, rezeki harus dikongsi bersama dan saya teruja kerana ini  kali pertama saya menyumbangkan lembu untuk ibadah korban.

“Pengagihan itu membolehkan orang ramai khususnya penduduk di sini merasai daging korban terutama mereka yang memerlukan,” katanya yang turut sama membantu proses korban tersebut.

Dalam pada itu, Aiman juga berterima kasih kepada peminat kerana menyokong video muzik single ketiganya, Ku Hanya Sayang Padamu yang sudah mencatatkan lebih satu juta tontonan di laman Youtube.

“Saya tidak sangka belum sampai seminggu sudah lebih satu juta tontonan. Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya,” katanya.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Aiman Tino korban dua ekor lembu

DBKL sita lembu dipelihara di kaki lima di Selayang

$
0
0

PENGUATKUASA DBKL melakukan tindakan sita terhadap lembu-lembu

Tindakan memualkan pemilik premis di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Selayang di sini memelihara lembu di kaki lima mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan orang ramai.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui kenyataan di media sosial Facebooknya berkata, tindakan sita telah diambil terhadap lembu-lembu yang ditempatkan berhampiran RHB Bank.

Katanya, tindakan sita yang digerakkan oleh beberapa jabatan berikutan aduan dan laporan seperti yang didedahkan akhbar dan media sosial.

“Pemilik diarahkan berhenti memelihara lembu di kawasan tersebut dan mereka juga dikehendaki membersihkan kawasan persekitaran,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber DBKL sita lembu dipelihara di kaki lima di Selayang

Tindakan Aliff Syukri heboh ambil lesen pistol dipertikai netizen

$
0
0

Netizen pertikai Alif Syukri heboh ambil lesen pistol

PENGASAS kosmetik DHerbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen selepas memuat naik satu status berkaitan permohonan menggunakan senjata api.

Aliff Syukri meminta agar pengikut di laman sosial Instagramnya dapat mendoakan permohonannya itu diluluskan.

“Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan…

“Supaya saya lebih selamat, no more bodyguards I’m stronger,” tulisnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mula mepersoalkan tindakan Aliff Syukri memuat naik status berkenaan yang dilihat boleh mengundang bahaya terhadapnya.

“Maaf Datuk, sebaik-baiknya benda yang macam ni, tak payahlah, nak diheboh-hebohkan. Lagi bahaya orang tahu daripada orang tak tahu.

“Senjata api ini ibarat nyawa kita sendiri. Fikir-fikirkanlah…. Datuk, Maaf yea….,” tulis saifulaznanshafi.

Pendapat sama turut ditulis kamarulzamanbinsaad yang bergarap perkara sebegini harus dirahsiakan.

“Please la Dato. Ada benda memang elok untuk di share and ada benda is to keep for yourself and your family. Saya harap next time dato bijak utk buat keputusan,” tulisnya.

Namun, bagi datinseri_yayaabdu menyokong segala tindakan Aliff Syukri dan berharap perkara itu tidak diendahkan.

“Just ignore what peoples are taking about you dato. As long as you know what you are doing and what the best for you and your family.

“Hidup kat dunia ni kite tak boleh tutup mulut orang. Asalkan ALLAH merahmati you dah cukup,” katanya.

Bagi syiramaria pula berharap Aliff Syukri akan terus menggunakan khidmat pengawal peribadi biarpun sudah memiliki senjata api.

“Dato, lesen senjata pun elok ada untuk Dato dan family dan bodyguard pun kena ada juga dan biarlah extra safety dan satu lagi jangan putus berdoa dan sentiasa amalkan baca ayatul kursi pagi petang siang malam ia baik untuk segala-galanya untuk kehidupan seharian kita,” katanya.

Dalam masa sejam, hampir 8,000 netizen meninggalkan komen di ruangan komen.

Sumber: Sinar Harian


Sumber Tindakan Aliff Syukri heboh ambil lesen pistol dipertikai netizen

Kenapa anak sulung Sidek tidak ikut jejak bapa? Ini jawapan Rusitah!

$
0
0

Kenapa anak sulung Sidek tidak ikut jejak bapa?

KEMUNCULAN Sidek Bersaudara sekitar tahun 1980-an pastinya menggamit pelbagai memori yang pastinya tidak akan dilupakan oleh peminat tegar sukan badminton.

Merangkul pelbagai kejayaan dalam Piala Thomas, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Seluruh England hingga Kejohanan Dunia.

Pastinya sentuhan Datuk Sidek Abdullah Kamar terhadap pembangunan badminton tanah air akan terus dikenang dalam mendidik Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Seri Jalani, Rahman dan Rashid sebagai pemain yang berjaya ‘menggegar’ dunia.

Sikap garang dan tegas itulah yang menjadikan lima beradik itu mewarnai dunia badminton dunia.

Kejayaan demi kejayaan yang dirangkul cukup untuk membuktikan wawasan besar Sidek, anak jati Banting, Selangor sejak 1960-an.

Namun, kepada peminat sukan badminton pastinya tahu pasangan Sidek dan Rukinah Sulaiman mempunyai seorang anak perempuan.

Rusitah, 59, merupakan anak sulung kepada pasangan tersebut dan pasti ada yang tertanya mengapa dia tidak terlibat dalam arena sukan badminton seperti lima adik lelakinya?

Mengimbas kembali memori semasa kecilnya itu, Rusitah berkata, dulu arwah mak (Rukinah) seorang sahaja yang menjaga lima adik lelaki dan tiada siapa yang bantu.

“Arwah abah (Sidek) pun tidak galakkan saya untuk menceburkan diri dalam sukan badminton kerana dia suruh saya untuk bantu ibu dalam menguruskan adik-beradik yang lain,” kata Rusitah ketika ditemui di rumahnya, Kanchong Darat, Banting.

Menurutnya, bila adik-adik semua sekolah, dia perlu membantu ibu basuh baju, kasut, memasak, mengemas dan menggosok baju.

“Mungkin sebab itu saya tidak terlibat dalam sukan badminton,” katanya sambil tersenyum manis ketika mengimbau kenangannya sewaktu ketika dahulu.

“Pernah curi-curi main”

Ketika ditanya pernah atau tidak cuba mencuri-curi untuk bermain badminton, Rusitah yang merupakan pesara Pembantu Tadbir di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memberitahu, dia pernah untuk curi-curi main ketika itu.

“Badminton memang sukan yang saya suka. Waktu itu memang teringin nak main untuk keluar peluh.

“Bila dia (arwah abah) nampak saya curi-curi main, kena marah itu mesti ada,” katanya sambil menyelak album gambar-gambar lama keluarganya itu.

Menceritakan lagi, dahulu kalau adik-beradik main sahaja pasti ada taruh duit sebagai hadiah kemenangan mereka.

“Saya suka tengok mereka main ketika itu. Jumlah duit ‘betting’ tak banyak pun, dalam RM2 ke RM3 sahaja. Tapi dulu, nilai tu sangat besar dan mereka akan main betul-betul.

“Siapa menang akan dapat duit itu…biasanya yang menang adalah Bun (Misbun) sebab dia yang paling besar masa tu. Masa itu saya cuma sekadar tengok sahaja dengan gelagat mereka bermain dan rasa teringin nak main tu tetap ada,” katanya.

Rusitah yang turut ditanya sama ada dia pernah terlibat dalam perlawanan badminton sepanjang berkhidmat di MDKL, dia akui perkara itu.

Katanya, dia mula berkhidmat di MDKL sejak 1980-an dan saat itu dia mula menceburkan diri dalam sukan badminton.

“Di sana ada sukan-sukan dan kita boleh turut serta. Saya mula aktif main badminton mewakili Majlis (MDKL) di peringkat daerah.

“Ada juga saya bermain sukan lain macam ping pong dan bola jaring, tapi macam mana pun, badminton tetap pilihan saya…memang itu jiwa saya walaupun saya bukanlah pemain profesional, tapi saya bangga menjadi antara individu yang melihat didikan ayah saya kepada adik-beradik lain. Banyak memori yang tidak dapat saya lupakan,” katanya.

Tambahnya, dia berasa kagum dengan kejayaan lima adiknya itu sejak dahulu hingga kini.

“Makcik gembira dan seronok melihat mereka berada di tahap mereka sekarang dengan mengharumkan nama negara dan keluarga,” katanya.

“Arwah abah memang tegas”

“Dalam ketegasan arwah abah dulu ada garangnya sampaikan anak-anak nak minta duit belanja sekolah pun takut. Kami kadang-kadang sampai nak minta duit belanja kena melalui mak. Mak yang tolong mintakkan,” katanya.

Tambah Rusitah lagi, satu lagi pantang yang memang arwah abah tidak boleh lihat adalah ‘main-main’ semasa latihan.

“Memang betul-betul dia tidak suka kalau lihat anak dia berlatih lepas itu tidak serius. Dia (arwah abah) akan marah dan suruh keluar, bagi kepada orang lain yang nak main.

“Kalau langgar peraturan, ketuk ketampi itu benda biasa yang kena,” katanya.

Kini, jasa dan sumbangan Sidek akan terus dikenang sebagai pemangkin kehebatan sukan badminton tanah air dalam mendidik lima orang anaknya.

Sebuah tugu berbentuk raket dan bulu tangkis kini masih berdiri megah di Kampung Kanchong Darat, Banting sebagai simbolik keluarga badminton itu.

Biodata :

Rusitah Sidek

Kelahiran : 3 November 1958

Warganegara : Malaysia

Pekerjaan : Pesara Pembantu Tadbir di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 1980 hingga 2013.

Pasangan : Najjamuddin Sukarno

Anak : Norfhara Idayu Najjamuddin

Normala Fahsya Najjamuddin

Norlida Alina Najjamuddin

Norhaslinawati Najjamuddin

Muhammad Rafiq Najjamuddin

Muhammad Ridhwan Najjamuddin

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Kenapa anak sulung Sidek tidak ikut jejak bapa? Ini jawapan Rusitah!

Wanita sanggup akhiri nyawa sendiri gara-gara suami pelawa rakan-rakan tonton perlawanan tinju di rumah

$
0
0

untuk menonton perlawanan tinju. Felicity Hyde

Seorang wanita sanggup mengakhiri nyawanya sendiri hanya kerana suaminya mempelawa rakan-rakan untuk menonton perlawanan tinju.

Felicity Hyde, 38, yang juga ibu kepada tiga orang anak dikatakan bertengkar dengan suaminya, Chris, 46 selepas Hyde turun daripada tingkat atas dan memarahi dia dan rakan-rakan yang sedang menonton perlawanan terbabit.

Menurut Chris, Hyde berang dan merasakan rakan-rakannya tidak menghormati kediaman yang dihuni oleh mereka.

“Ia adalah kali pertama saya menjemput rakan-rakan ke rumah. Dia (Hyde) pun pada mulanya bersetuju dengan pelawaan saya.

“Kemudian, dia tiba-tiba berubah sikap dan mula memarahi rakan-rakan saya,” katanya seperti yang dipetik menerusi Metro.co.uk, semalam.

Menurut Chris lagi, pertengkaran mereka berterusan hingga keesokan harinya; di mana Hyde akhirnya menyebut bercerai.

“Kami tidak berbincang tentang penceraian, tetapi dia ada menyebut yang dia menyangka kami pasangan yang bahagia.

“Dia tidak menyuarakan keinginan bunuh diri, namun ini yang berlaku akhirnya,” katanya lagi.

Menurut Chris lagi. Hyde ditemui tergantung di ruang garaj rumah mereka dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Wanita sanggup akhiri nyawa sendiri gara-gara suami pelawa rakan-rakan tonton perlawanan tinju di rumah

Gara-gara pecahkan belon dan tarik kain rentang gerai, eksekutif dipukul sampai mati oleh urusetia program

$
0
0

gambar hiasan

Angkara memecahkan belon dan menarik kain rentang gerai pameran sebuah hotel dekat Stulang Laut di sini, seorang eksekutif pemasaran dipukul sehingga mati oleh urusetia program berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang dipukul dilaporkan mengalami kecederaan parah pada muka sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan pada jam 5 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis I Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Rupeah Abdul Wahid, berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian memukul hingga menyebabkan kecederaan parah pada mangsa pada jam 10 pagi semalam.

Katanya, kejadian berlaku di sebuah hotel di Stulang Laut di sini membabitkan lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran.

“Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam, apabila mangsa dan rakannya yang selesai minum di sebuah pub di kawasan Stulang, beredar ke tempat letak kenderaan di tingkat lima hotel berkenaan.

“Ketika melalui kaki lima hadapan bilik pameran yang disewa bagi tujuan program promosi pelancongan, mangsa bertindak memecahkan beberapa belon yang digantung pada tepi pintu bilik, selain menarik kain rentang yang dipasang bagi acara itu.

“Perbuatan itu disedari suspek yang kebetulan sedang minum di lokasi berdekatan, sebelum menjerit kepada mangsa hingga tercetus pertengkaran. Suspek kemudian menumbuk muka mangsa beberapa kali hingga menyebabkan kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rupeah berkata, suspek berusia 40 tahun itu didapati seorang daripada urusetia yang terbabit dalam program yang dianjurkan hotel berkenaan.

Beliau berkata, susulan kematian mangsa, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

 

Sumber: BH Online



Sumber Gara-gara pecahkan belon dan tarik kain rentang gerai, eksekutif dipukul sampai mati oleh urusetia program

Ewal hilang peminat gara-gara sibuk bercinta dan sombong

Isteri Rooney mengamuk, bawa anak tinggalkan rumah

$
0
0

COLEEN Rooney dilaporkan meninggalkan rumah bernilai £4 juta yang dikongsi bersama Wayne Rooney.

The Sun melaporkan Coleen membawa bersama tiga anak lelaki mereka, Kai, tujuh, Klay, empat, dan Kit yang berusia satu tahun dan menghabiskan hujung minggu bersama ibu bapanya susulan penahanan Wayne yang memandu ketika mabuk beberapa hari lalu.

Dia dikatakan memandu kereta gadis seorang gadis kelab, Laura Simpson selepas timbul khabar angin bahawa mereka saling bercium dan berpelukan pada malam yang sama.

Coleen, 31, dikatakan telah meninggalkan rumah keluarganya pada petang Sabtu dan tiba di kediaman ibu bapanya, Tony dan Colette McLoughlin sejam kemudian.

Dia dilaporkan sedang berfikir tentang langkah seterusnya yang perlu diambil tetapi dalam masa sama turut bimbang tentang perkahwinannya yang tidak dapat diselamatkan.

Sumber memberitahu The Sun: “Dia menghabiskan masa bersama ibu bapanya untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan tetapi pada peringkat ini dia merasakan segalanya telah berakhir.

“Situasi mungkin berubah beberapa hari akan datang tetapi setakat ini dia menganggapnya telah berakhir. Ini adalah jalan terakhir dan dia berasa malu. Dia merancang untuk berundur.”

Sementara itu salah seorang sahabat Wayne dipetik sebagai berkata: “Wayne sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan dirinya.”

“Dia terpaksa meminta maaf kepada Coleen untuk banyak perkara pada masa lalu, tetapi ini nampaknya saat yang paling sukar. Dia benar-benar mengamuk.”

Coleen, yang sedang hamil anak keempatnya dengan Wayne, tidak mengulas tentang status perkahwinannya, tetapi baru-baru ini menulis di Twitter bahawa dia sedang diekori oleh paparazzi ketika bersama dengan anak-anaknya.

Ketika berita mengenai drama terbaru Wayne tersebar, Coleen dilaporkan menamatkan percutiannya di Mallorca, Sepanyol, untuk terbang pulang dan bersemuka dengan Wayne atas tindakannya.

Sumber: MStar



Sumber Isteri Rooney mengamuk, bawa anak tinggalkan rumah

Flat letak syarat tak boleh dapat daging korban jika ada astro dan kereta

$
0
0

Aidiladha sudah berlalu tetapi topik atau kisah berkaitan pengorbanan dan daging korban masih menjadi bualan hangat di media sosial.

Netizen menggunakan platform ini untuk berkongsi resipi masakan berasaskan daging, memberikan tips untuk mengurangkan lemak daging dalam masakan, malah ramai juga yang berkongsi gambar lembu dan proses penyembelihan.

Namun, di sebalik kemeriahan sambutan ini, timbul juga isu penduduk yang tidak berpuas hati dengan cara pembahagian daging korban di tempat mereka.

Dalam satu posting yang tular di media sosial, penduduk di sebuah flat di Pulau Pinang dilihat tidak berpuas hati dengan satu memo yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan di tempat mereka yang meminta ‘keluarga miskin’ datang mengambil sendiri daging korban pada tengah hari Sabtu.

Memo tular tersebut dipercayai dilekatkan oleh pihak pengurusan di bahagian tangga dan peti pos di Flat Taman Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Selain mendakwa perkataan ‘keluarga miskin’ membuatkan penduduk teragak-agak untuk mendapatkan daging korban kerana rata-rata penduduk di situ berstatus sederhana, mereka juga berpandangan bahawa bahagian daging korban untuk keluarga miskin sepatutnya diagihkan sendiri oleh pihak bertanggungjawab di rumah keluarga berkenaan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila terdapat netizen mendakwa memo yang dilekatkan di kawasan tersebut menetapkan syarat mana-mana yang penduduk yang melanggan Astro dan memiliki kereta tidak layak mendapat bantuan.

Seorang penduduk yang menetap di flat berkenaan ketika dihubungi mStar Online berkata isu pembahagian bantuan atau daging korban untuk penduduk miskin di tempatnya bukan isu baharu.

“Saya tengok kertas memo tu ayatnya sama saja dah bertahun-tahun cuma baru sekarang ia viral.

“Saya yang dah 10 tahun tinggal di sini pun tak pernah dapat daging korban sebab memo tu tulis untuk ‘keluarga miskin’, saya pun tak tahu bagaimana mereka ukur tahap kemiskinan seseorang,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Ana.

Menurut Ana, suaminya yang bekerja sebagai nelayan dengan purata pendapatan bulan sebanyak RM900 pun tidak diberikan daging walaupun menghulurkan bantuan di masjid.

“Tak dapat tak apalah, mungkin daging tak cukup atau ada yang lebih memerlukan,” katanya.

Ana turut mengakui kewujudan memo di tempatnya yang meletakkan syarat si penerima tidak layak menerima bantuan jika mempunyai Astro dan kenderaan, tetapi tidak pasti ia turut menjadi salah satu syarat untuk melayakkan seseorang mendapat daging korban.

Mengulas lanjut dia berkata istilah ‘keluarga miskin’ itu bukan sahaja membuatkan keluarganya keliru, sebaliknya ia juga telah lama menjadi perbincangan sesama penduduk di flat tersebut.

“Macam mana kalau ada yang malu atau tak anggap diri mereka miskin kerana fikir ada keluarga miskin lain yang lebih layak dapat daging korban tu.

“Bagaimana pula kalau satu flat pergi ambil daging kerana anggap keluarga mereka miskin,” katanya.

Sementara itu terdapat juga netizen, dipercayai penduduk di flat tersebut tampil membuat penjelasan mengenai memo tersebut di ruangan komen.

 

Sumber: MStar



Sumber Flat letak syarat tak boleh dapat daging korban jika ada astro dan kereta

Isu anak derhaka: Akhirnya Sufi Rashid dan ibu sudah berbaik semula

$
0
0

PERTELINGKAHAN keluarga membabitkan penyanyi Singapura, Sufi Rashid berakhir dengan cara baik apabila ibunya, Irma Suriana Mahamud hadir di konsert Akademi Fantasia Megastar Homecoming pada Ahad.

Lebih manis apabila ibunya juga memuat naik satu gambar di Facebook yang menunjukkan mereka memakai baju dengan warna sedondon.

Sumber: Mstar



Sumber Isu anak derhaka: Akhirnya Sufi Rashid dan ibu sudah berbaik semula

Video: Merajuk punya pasal lepas bergaduh, isteri tak mahu turun dari bonet kereta yang dipandu suami

Dikatakan aneh, sukar guna barang asas, golongan tangan kidal luah perasaan

$
0
0

BAIK-BAIK kupas buah tu. Orang kupas buah ke depan, awak ke belakang,” itu antara ayat yang biasa diterima si kidal setiap kali menggunakan pisau pengupas kulit buah.

Dikatakan aneh, sukar guna barang asas, golongan tangan kidal luah perasaan

Dikatakan aneh, sukar guna barang asas, golongan tangan kidal luah perasaan

 

 

Mana tidaknya, orang melihat si kidal memegang pisau, seolah-olah sedang membahayakan dirinya.

Kidal adalah panggilan untuk mereka yang banyak menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan.  

 

Si kidal ini juga dilihat begitu ‘aneh’ di mata mereka yang menggunakan tangan kanan sepenuhnya.

Orang kidal banyak mengalami kesukaran dalam membuat pekerjaan seharian. Ini kerana kebanyakan barang-barang harian adalah dibuat untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.

Gunting, pisau pemotong, buku nota, telefon pintar antara barang-barang yang dibuat khusus untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.

Bagi si kidal, biarpun sukar, ia tetap digunakan. Adakala tangan sakit dan luka kerana penggunaan barang-barang ini tidak sesuai dengan mereka.

Telefon pintar misalnya, skrin sesentuh dan gaya penggunaannya lebih terarah kepada mereka yang menggunakan tangan kanan. Kerana itu, jika digunakan secara sebelah tangan sahaja, kebanyakan si kidal akan menjatuhkan telefon pintar ini tanpa sengaja ketika sedang menaip mesej.

Kerana inilah, si kidal ini begitu unik sekali. Tidak kisah menggunakan pelbagai barangan yang tidak ‘ngam’ dengannya.

Menurut Aqma Mustaza, pengalamannya sebagai orang kidal agak sukar lebih-lebih lagi ketika pengajian di kolej beberapa tahun lalu.

“Kami duduk di kerusi yang ada tempat tulis di bahagian kanan. Setiap kali dalam kelas, saya akan duduk secara menyenget ke kanan hanya untuk menulis nota. Tidak seperti kawan-kawan yang memang guna tangan kanan, mereka dapat menulis sambil bersandar.

“Saya akan rasa sakit bahagian belakang dan pinggang kerana terpaksa duduk begitu setiap kali di kelas. Belum pernah lagi saya jumpa kerusi yang tempat notanya ada untuk si kidal macam saya,” katanya kepada Sinar Online.

Katanya lagi, tidak hanya itu, malah ketika tulis juga tulisan di buku jadi comot kerana tangan akan tertindih dengan nota yang siap ditulis.

“Kalau tangan kanan, tangan mereka bersih kerana jari gerak baru tulisan, kami ni tulis dulu, baru jari gerak. Tu yang kotor bahagian tepi jari kiri ni,” ceritanya.

Lisa Kamal turut berkongsi kepayahan ketika menulis sesuatu di buku nota lebih-lebih lagi buku yang mempunyai spring di bahagian tepi buku tersebut.

“Sukar saya nak mulakan perkataan pertama kerana ruang yang agak sempit di situ. Lagipun, tangan saya akan bertindih di spring berkenaan ketika menulis.

“Kalau nota sikit, tak apalah, kalau berhelai-helai muka surat, memang sakitlah,” ujarnya.

Katanya lagi, selain menulis, tangannya kerap sakit apabila mengunting sesuatu.

“Gunting yang ada sekarang memang khusus untuk orang tangan kanan. Kami akan masukkan ibu jari kami dalam lubang besar dan dua jari kami di lubang kecil.

“Biasanya bahagian ibu jari akan sakit dan kadang-kadang boleh melecet,” katanya.

Bagi Yna Aizat, kesukaran berlaku setiap kali dia ingin memakai tudung.

“Nak pakai tudung tak ada masalah. Cuma, bila nak mengenakan brooch.

“Selalu terbalik. Kalau beli bentuk rama-rama, sesungut tu akan ke bawah sebab pin brooch tu bukan di tengah tetapi di bahagian atas sikit, agak sukar nak pakai,” ceritanya.

Nazrol Jamaludin berkata, ketika makan menggunakan sudu antara kesukaran yang sering dialaminya.

“Biasa susah bila pakai pisau dan garpu. Tangan kiri nak potong, kemudian nak masuk ke mulut tu susah sikit.

“Kena main tukar-tukar tangan la. Ada yang boleh guna tangan kanan untuk menyuap, ada yang susah dan terbiasa dengan tangan kiri, jadi agak payahlah,” ceritanya.

Keunikan orang kidal ini juga ketika menulis di mana kebanyakan akan menyengetkan bahagian buku itu lebih daripada yang kanan.   

Jangan tidak tahu, setiap tahun pada tarikh 13 Ogos adalah Hari Kidal Sedunia. Kidal bukan bererti aneh jauh sekali cacat.

Ramai sudah memperkatakan mengenai kelebihan mereka yang kidal ini. Antaranya kidal adalah mereka yang lebih menggunakan otak kanan.

Sebagai contoh, Albert Einstein, Charles Darwin, Benjamin Franklin dan Isaac Newton adalah orang-orang kidal di mana lebih banyak menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian.

Terdapat juga kajian menunjukkan orang kidal lebih artistik dan lebih cenderung kepada bidang seni.

Sinar Harian Online senaraikan beberapa orang ternama yang menggunakan tangan kidal.

Pemimpin dunia kidal: Barack Obama, Bill Clinton, George H.W. Bush dan Gerarld Ford.

Selebriti: Justin Bieber, Adam Levine,Tom Cruise, Whoopi Goldberg, Paul McCartney, Oprah Winfrey, Celine Dion, Jennifer Lawrence, Brad Pitt dan Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Kurt Cobain, dan Jimi Hendrix.

Sumber: Sinar



Sumber Dikatakan aneh, sukar guna barang asas, golongan tangan kidal luah perasaan

Setiap kali raja haji tiba, pasti ada golongan macam ni, tolong jangan ikut perangai lelaki ini!

$
0
0

Setiap kali menjelangnya hari raya korban, tidak dapat dinafikan pasti ada segelintir golongan manusia yang seakan mengambil kesempatan untuk menyemarakkan api kebencian dan juga perkauman. Baru-baru ini di laman Twitter, seorang pengguna laman tersebut telah memuatnaik status yang boleh mencetus api kemarahan.

 

Setiap kali raja haji tiba, pasti ada golongan macam ni, tolong jangan ikut perangai lelaki ini!

Setiap kali raja haji tiba, pasti ada golongan macam ni, tolong jangan ikut perangai lelaki ini!

 

Ternyata melalui kenyataan yang telah pun dipadam tersebut membuatkan ramai warga laman sosial kurang senang. Ini bukan jenaka yang boleh dibuat main, ini sensitiviti agama yang patutnya dipandang serius. Orang yang berakal adalah orang yang tahu menilai baik buruk sesuatu perkara.

Melalui tweet oleh @risimaran itu juga ada yang berpendapat bahawa lelaki berkenaan sepatunya dikenakan hukuman yang setimpal bagi memberi pengajaran di masa hadapan.

Jika dilihat kembali, isu sebegini pasti akan berbangkit menjelang perayaan hari raya korban yang diraikan oleh Muslim di Malaysia. Malah dengan perkembangan laman sosial juga, gambar-gambar penyembelihan turut dikongsikan di laman sosial – sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Apa yang pasti, biarlah amalan dan apa yang dilakukan kita menjadi rahsia dengan Pencipta. Apa pandangan anda pula tentang perkara sebegini?

Sumber: Vitdaily

 



Sumber Setiap kali raja haji tiba, pasti ada golongan macam ni, tolong jangan ikut perangai lelaki ini!
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>