Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Bekas isteri kahwin vip senyap-senyap, Eizlan Yusuf cari pengganti


Abang tiri Pemimpin Korea Utara dibunuh di KLIA

$
0
0

ABANG tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, sumber kerajaan Korea Selatan di Seoul berkata, Kim Jong Nam dipercayai dibunuh semalam tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

Sementara itu, stesen televisyen Korea Selatan, Chosum berkata, mangsa berusia 45 tahun itu dibunuh dua ejen wanita yang tidak dikenali menggunakan jarum beracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur.

Menurut beberapa sumber kerajaan Korea Selatan, dua wanita terbabit melarikan diri menaiki teksi selepas itu, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan lelaki Korea berusia 40-an ditemui sakit di lapangan terbang, semalam sebelum dihantar ke hospita tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki Korea ini. Kami belum mengesahkan identitinya,” katanya.

Kedua-dua Jong Nam dan Jong Un adalah anak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Kong Il yang meninggal dunia pada 2011, tetapi mempunyai ibu berlainan.

Jong Nam pernah dianggap pewaris pemimpin Korea Utara tetapi tidak direstui

bapanya, Jong Il berikutan percubaan memasuki Jepun menggunakan pasport palsu untuk melawat Disneyland pada 2001.

Sejak itu, dia tinggal dalam buangan terutamanya di Macau.

Jong Un mengambil alih sebagai pemimpin Korea Utara apabila bapanya, Jong Il meninggal dunia pada Disember 2011.

Jong Nam dikenali sebagai peguam bela pembaharuan di Korea Utara, pernah memberitahu akhbar Jepun yang beliau menentang pemindahan kuasa dinasti di negaranya.

Jika disahkan, kes Kim akan menjadi kes kematian paling menonjol di bawah rejim Jong Un sejak pelaksanaan hukuman mati ke atas bapa saudaranya, Jang Song Thaek pada Disember 2013.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Abang tiri Pemimpin Korea Utara dibunuh di KLIA

Lahir bayi dalam kereta bongkar sumbang mahram abang dan adik di Betong

$
0
0

PENEMUAN bayi bongkar hubungan sumbang mahram dua beradik. Gara-gara melahirkan anak dalam kereta, kisah abang rogol adik di Betong terbongkar semalam.

Penemuan Bayi Bongkar Sumbang Mahram 2 Beradik

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontingen Sarawak, SAC Dato’ Dev Kumar, kes ini diketahui umum apabila seorang remaja berumur 17 tahun mendapatkan rawatan selepas bersalin di hospital Sri Aman pagi semalam.

Hasil temuduga dengan mangsa mendapati, beliau telah dirogol oleh abang kandungnya sendiri sejak bulan april tahun lepas di sebuah sekolah dekat Pusa, Betong.

SAC Dato’ Dev yang dihubungi pemberita RTM mengesahkan kes berkenaan di Kuching.

Malah beliau turut menyembunyikan kandungan terbabit dari pihak hospital sehingga melahirkan anak lelaki di dalam kereta semalam.

Hasil laporan ini telah membawa kepada penangkapan abang kandung mangsa yang berumur 35 tahun di sebuah rumah dekat Debak pada pukul 6.40 petang semalam.

Kes disiasat dibawah seksyen 376, B kanun keseksaan, bagi sumbang mahram.

 

Sumber: Mynewshub



Sumber Lahir bayi dalam kereta bongkar sumbang mahram abang dan adik di Betong

Setelah Buku Dikecam, Sharnaaz Mengamuk, Akhirnya Neelofa Beri Respon Kepada Fattah Amin

$
0
0

Setelah Buku Dikecam, Sharnaaz Pula Mengamuk, Akhirnya Neelofa Beri Respon Kepada Fattah Amin


Nampaknya kisah Fattah Amin masih belum berakhir.

Setelah dikecam hebat oleh orang ramai tentang pengeluaran bukunya dan dimarahi oleh Sharnaaz, kini pelakon popular Neelofa tampil memberi respon yang dikatakan ditujukan kepada Fattah Amin.

Respon itu ditulis di laman sosial Twitter baru baru ini dan ramai peminat 'Lofattah' membuat andaian tweet itu ditujukan kepada Fattah Amin.

Ini tulisnya:

"Saya kenal awak dan faham apa yang cuba anda sampaikan melalui kata kata itu. Tidak kira apa yang mereka katakan, saya tetap hormat kejujuran awak dalam berkata" 

Diihat para peminat berharap Neelofa tidak give up kepada Fattah Amin.

Ini komen dari peminat Lofattah:



.............................................

The story of Lofattah does not end yet. After Fattah Amin being attacked and criticized from the public over his book, finally Neelofa tweet a statement about it.

This is the tweet from Neelofa:

"I know you,and i know what you're trying to say to us with your quotes. Regardless of what they say,I have so much respect for your honesty."

Sumber Setelah Buku Dikecam, Sharnaaz Mengamuk, Akhirnya Neelofa Beri Respon Kepada Fattah Amin

Kucing bunting keguguran dirogol manusia!!

$
0
0

INI mungkin kes pencabulan yang paling ‘gila’ pernah dilaporkan apabila seekor kucing betina sedang bunting yang diberikan nama Putih menjadi mangsa rogol dipercayai dilakukan manusia.

Nafsu Binatang! Manusia Dipercayai Rogol Kucing Hamil

Kejadian yang berlaku di Riau, Indonesia itu menjadi tular di Indonesia apabila gambar dan video seekor kucing berwarna putih dalam keadaan tidak bermaya dan bahagian punggungnya berdarah.

Menerusi laporan media tempatan Indonesia, pemilik kucing tersebut adalah seorang guru di SMP Negeri Tembilahan yang dikenali sebagai Drs Syafril terkejut apabila dihubungi anaknya memaklumkan mengenai keadaan Putih yang cedera dan tidak bermaya.

Menurutnya, keadaan Putih ketika itu lemah dan darah tidak berhenti keluar dari kemaluannya apabila ditemui di rumah mereka pada Isnin lalu.

Si Putih dibawa ke sebuah klinik haiwan di Desa Tembilahan dan pemeriksaan mendapati haiwan kesayangannya itu menjadi mangsa serangan seksual dipercayai dilakukan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Syafril berkata, akibat kejadian itu, kucing betinanya yang sedang bunting itu gugur disebabkan ada sesuatu benda tumpul masuk bahagian kemaluan kucing berkenaan sehingga berlaku pendarahan yang teruk.

Dia turut mendakwa terdapat beberapa kanak-kanak di sekitar kawasan rumahnya melihat seorang lelaki yang dipercayai suspek mencium dan memegang Putih sebelum dibawa ke bahagian belakang rumah.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut turut melihat suspek menghantar Putih semula ke kawasan rumahnya dalam keadaan tidak bermaya.

Difahamkan, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, Putih kini dilaporkan semakin pulih namun masih memerlukan penjagaan teliti.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Kucing bunting keguguran dirogol manusia!!

Giliran Neelofa bersuara isu buku Fattah Amin

$
0
0

fattahneelofa

Baru baru ini menjadi viral buku Fattah Amin apabila rata rata netizen mengecam keluaran buku itu. Ramai menganggap Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin tidak sepatutnya dikeluarkan. Bertambah viral apabila seorang artis iaitu Sharnaaz Ahmad turut menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap buku ini.

 

Terbaru, Neelofa telah memuat naik turun status menerusi laman Twitter miliknya. Rata rata peminat menganggap kata kata itu buat Fattah. Betul ke buat Fattah?

Saya kenal awak..

neelopak1

Saya kenal awak dan faham apa yang cuba anda sampaikan melalui kata kata itu. Tidak kira apa yang mereka katakan, saya tetap hormat kejujuran awak dalam berkata

Melalui tweet Neelofa ramai peminat menggangap ianya ditujukan buat Fattah Amin sebagai kata kata semangat. Selama ini Neelofa cuma berdiam apabila isu buku Fattah Amin yang di viral kan sejak 2 3 hari ini. Mungkin betul tweet ini dituju buat Fattah?

Sumber: Oh Bulan



Sumber Giliran Neelofa bersuara isu buku Fattah Amin

Isu buku Fattah Amin: Tweet Neelofa ini untuk Sharnaaz Ahmad?

$
0
0

Lepas Fattah Amin beri respon semalam, giliran Neelofa pula berikan pendapatnya tentang isu buku Fattah yang dilancarkan baru-baru ni. Menerusi akaun Twitter Neelofa, dia mempertahankan tindakan Fattah untuk menjual buku tersebut dan tambahnya lagi, dia respect dengan kejujuran Fattah itu.

Beberapa jam lepas tu, Neelofa post sesuatu di Twitter. Gaya Tweet tu macam ditujukan khas untuk seseorang.. Hmm

‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’

Screen Shot 2017-02-15 at 4.45.24 AM

‘Nasihat abang ipar jaga adab’

Screen Shot 2017-02-15 at 4.59.37 AM

Screen Shot 2017-02-15 at 4.46.10 AM

Screen Shot 2017-02-15 at 4.46.50 AM

Screen Shot 2017-02-15 at 4.46.24 AM

Screen Shot 2017-02-15 at 4.59.07 AM

 

Sumber: Oh Bulan



Sumber Isu buku Fattah Amin: Tweet Neelofa ini untuk Sharnaaz Ahmad?

Syed Saddiq bekap Fattah Amin, tegur rakyat Malaysia double standard

$
0
0

Nampaknya buku keluaran Fattah Amin menjadi perbualan hangat dan menimbulkan kontroversi apabila ramai yang mencemuh isi kandungan buku yang dikatakan tidak berkualiti.

Disebalik segala cemuhan yang dilemparkan netizen kepada Fattah Amin, Syed Saddiq tampil memberi komen terhadap isu ini…

Bila artis Malaysia nak cari rezeki, buat business, tak boleh?

Screen Shot 2017-02-14 at 10.03.52 PM

Why double standards?

Screen Shot 2017-02-14 at 10.04.53 PM

 

Sumber: Oh Bulan



Sumber Syed Saddiq bekap Fattah Amin, tegur rakyat Malaysia double standard

“Buku saya ada ‘1001 rahsia’, makna mendalam” – Fattah Amin

$
0
0

Buku himpunan ungkapan perangsang semangat Fattah Amin mempunyai “1001 rahsia, makna mendalam dan maksud tersirat”.

Pelakon, penyanyi dan penulis Fattah Amin melancar buku ‘99 Kata-Kata #QalifModen’ di NU Sentral, 11 Februari 2017. — Foto ihsan Instagram/Fattah Amin

Mempertahankan diri daripada cercaan terhadap 99 Kata-Kata #QalifModen, pelakon itu berkata terpulang kepada pembaca memikirkannya.

Ungkapan yang merangsang motivasi itu termasuklah: “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC, nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa… kelakar, kan?”

“Petikan di atas, apa yang ingin diketengahkan oleh penulis, tiada yang mustahil di dalam dunia ini.

“Letaklah setinggi mana anganmu, hamparkan usaha, nescaya pasti akan tercapai apa yang diimpikan,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

“Setiap kata-kata mempunyai maksud yang tersirat dan membolehkan sesiapa yang membaca boleh berfikir mengikut imaginasi masing-masing tanpa paksaan.”

99 Kata-Kata #QalifModen bertujuan membangkit inspirasi peminatnya tetapi ada juga mereka yang menjadikan buku tersebut sasaran kutukan mereka.

Bagi Fattah, buku itu “istimewa” kerana mengandungi ungkapan pembakar semangatnya apabila dikritik sebagai pelakon “kayu”, lapor mStar Online semalam.

Namun, blog hiburan popular Oh Bulan! melaporkan cercaan terhadap karya pelakon kacak drama Suri Hati Mr Pilot itu, yang sebelumnya digosipkan dengan Neelofa.

Buku Fattah, 27, yang berharga RM50 senaskhah dituduh hanya “dipenuhi foto selfie dan ayat entah apa-apa”, lapor blog itu.

“Kalau pokok tahu ia ditebang untuk buat buku Fattah Amin, ia menangis,” kata Usop Ibrahim di Twitter.

Beliau juga dituduh terlalu berlebih-lebih untuk menceburi banyak bidang seni tetapi tanpa kualiti dan mengharapkan populariti sahaja.

“Suara tidak sedap pun (tetapi lirik lagu itu A), buku pula macam haprak sahaja. Inilah [contoh] tiada kualiti tetapi harapkan populariti,” tweet Matt Ali pula.

Dilancarkan di NU Sentral di sini kelmarin, edisi kulit keras 99 Kata-Kata #QalifModen disertakan single lagu Wanita Terakhir dan foto-foto eksklusif.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber “Buku saya ada ‘1001 rahsia’, makna mendalam” – Fattah Amin

Bikin Panas: Penyanyi Rap Popular Suruh Peminat Tanggal Tudung

$
0
0

Bikin Panas: Penyanyi Rap Popular Suruh Peminat Tanggal Tudung


Popular rapper, Drake from Canada has responded to rumors that he forced a Muslim female fan to remove her hijab.

Drake denies asking Muslim fan to remove her hijab at one of his concerts, calling it a 'fake' media story.

The post that has been deleted stated that Drake was caught on camera during a concert at London's O2 last week telling someone, "You got on that hot ass scarf right there, you might wanna take this off. You gotta turn this up. You gotta come out of that shit."

He called the allegations 'devastating, saying 'I would never make a disrespectful comment like that in my life towards someone who is wearing hijab.'

Twitter responded at the time by condemning Drake for what was believed to be an attack on Muslim culture.

This is an official statement by Drake regarding the issue:

I make a point every night to end my shows on tones of unity and love so, to find out that I am being utilized in a fake media story about me disrespecting Muslims is devastating to me. 

At my show in the 02 in London I was talking to 4 women one of whom was wearing a jacket and a winter scarf, I made a comment about taking off the scarf because I enjoy friendly banter with the fans. 

I am well aware of what a hijab is and I would never make a disrespectful comment like that in my life towards someone who is wearing one. 

I am proud that my closest friends and fans come from all different religions and races, perhaps whoever made up this story should spend more time learning about other cultures and less time trying to divide us.



Sumber Bikin Panas: Penyanyi Rap Popular Suruh Peminat Tanggal Tudung

(3 Foto) Inilah Gambar Terlajak Panas "Comolot" Nabil Dan Isteri Yang Dikecam Orang Ramai

$
0
0

Inilah Gambar Terlajak Panas Nabil Dan Isteri Yang Dikecam Orang Ramai 


Nabil dan isterinya Zira telah ke eropah baru baru ini.

Pasangan ini dikatakan ke beberapa tempat romantik di Italy untuk menjalani penggambaran rancangan tv yang turut di sertai oleh Jihan dan suaminya.

Jurugambar Nabil dan isteri ada berkongsi beberapa gambar ketika pasangan ini berada di sana.

Salah satu gambar itu menunjukkan mereka berdua sedang 'bermesra comolot' di atas bot kecil.

Gambar itu sekaligus mencetuskan kecaman dari orang ramai.

Ini kerana mereka bermesra di khalayak ramai dan ianya sesuatu yang dilarang.

Sehinggakan ada yang mempertikaikan perangai Nabil walaupun sudah bergelar 'haji'.

Ini gambar kontroversinya itu:


Ini pula beberapa keping gambar ketika mereka berdua di Italy.





Sumber (3 Foto) Inilah Gambar Terlajak Panas "Comolot" Nabil Dan Isteri Yang Dikecam Orang Ramai

Mangsa rempuhan haji diculik pekerja Makkah dan dipaksa kahwin dan madukan suami sehingga lahir 3 anak

$
0
0

Selepas hampir 27 tahun hilang disangka meninggal dunia dalam tragedi rempuhan jemaah haji yang mengorbankan kira-kira 1,400 orang ketika melontar pada 1990, seorang wanita Turki didapati diculik dan dipaksa menjadi isteri seorang pekerja perbandaran Makkah.

Menurut portal berita Turki ILKHA, Fahire Kara dari Yontukyaz di daerah Beşiri, dekat sini, yang mempunyai 12 anak, menunaikan haji bersama suaminya, Abdurrahman Kara, ketika berusia 47 tahun.

Anak perempuannya, Oner, 42, berkata ibu dan bapanya cedera dalam tragedi rempuhan itu dan bapanya dibawa ke hospital tanpa mengetahui nasib ibunya.

Menurut Euro News, ketika tragedi rempuhan itu, pihak berkuasa Arab Saudi memanggil semua pekerja perbandaran untuk membantu kerja menyelamat dan seorang pemungut sampah dari Yaman dipercayai membawa Fahire pulang ke rumahnya selepas mendakwa dia mahu membawanya ke hospital.

Sebaliknya, Fahire dibawa ke sebuah rumah di Madinah dan dikurung sepanjang masa. Dia hanya dibenar keluar dari rumah ketika melahirkan tiga anak dengan ‘suami’ barunya itu.

Selepas keluar dari hospital, bapanya berusaha mencari ibunya selama beberapa hari namun gagal dengan pihak berkuasa Makkah menyatakan kemungkinan wanita itu terbunuh. Abdurrahman pulang ke Turki dan selepas sekian lama tiada berita mengenai isterinya, dia berkahwin lain.

Menurut Oner, selepas 26 tahun, kenalan keluarga itu yang menunaikan umrah mendakwa berjumpa dengan ibunya yang memberitahu dia mahu pulang ke Turki namun tidak boleh kerana ketiadaan pasport dan dokumen perjalanan lain.

“Kenalan kami memberitahu ibu menyatakan dia diculik pekerja perbandaran di Makkah.

“Ibu diseksa dan dikurung dalam rumah selama 10 tahun. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu, mungkin sebagai isteri kedua atau ketiga hingga melahirkan tiga anak,” katanya.

Menurut Oner, kenalan itu memberitahu terserempak dengan ibunya tiga atau empat bulan lalu, yang berniaga barangan cendera mata di sekitar Makkah dan Madinah dengan harapan dapat berjumpa sesiapa dari Turki yang mengenalinya.

“Kami merayu kepada Presiden (Recep Tayyip Erdogan) dan Perdana Menteri (Binali Yildrim) supaya membantu mencari ibu. Tolonglah bantu kami,” katanya.

Menurutnya, ibunya memberitahu sudah beberapa kali memohon kepada konsulat untuk pulang ke Turki namun gagal kerana kisahnya yang dianggap mengelirukan.

Kini, wanita itu terperangkap dengan undang-udang Arab Saudi kerana jika dia mahu meninggalkan Arab Saudi Fahire akan menghadapi dua situasi iaitu memfailkan dakwaan terhadap ‘suami’ barunya yang bermakna bapa kepada tiga anaknya itu akan dihukum bunuh manakala dia sendiri akan dihukum rejam dengan batu kerana berzina.

Menurut Euro News, usaha sedang dilakukan oleh pegawai kerajaan Turki untuk mencari penyelesaian yang membolehkan wanita itu pulang ke Turki tanpa memusnahkan keluarga barunya di Arab Saudi atau menjalani hukuman.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Mangsa rempuhan haji diculik pekerja Makkah dan dipaksa kahwin dan madukan suami sehingga lahir 3 anak

Ikan kembung bakal cecah RM25 sekilo

$
0
0

Harga ikan temenung atau kembung segar yang dijual di Kuala Muda, Sungai Petani sejak minggu lalu mencecah RM20 sekilogram (kg) berikutan kekurangan bekalan.

Difahamkan, harga ikan itu dijangka terus meningkat sehingga RM25 sekilogram berikutan monsun timur laut yang sedang melanda kini akan berlarutan sehingga April ini sekali gus menyebabkan ramai nelayan bimbang ke laut untuk menangkap ikan berikutan angin kencang dan ribut.

Beberapa nelayan yang ditemui berkata, angin kuat dan ribut yang melanda sejak kebelakangan ini menjadi punca mereka tidak berani turun keluar selain ikan temenung yang kurang akibat aktiviti pukat jerut lampu dan tunda.

Saedon Salleh,45, berkata, sudah dua minggu keadaan begitu berikutan angin cuaca tidak mengizinkan menyebabkan ramai nelayan terutama bot pukat temenung tidak berani turun ke laut.

“Jika keluar pun hanya separuh jalan saja, belum sempat labuh pukat dipukul angin kuat terpaksa tarik naik pukat dan segera balik ke jeti kerana takut bot terbalik.

“Hari ini, jam 9 pagi sudah kena angin kuat belum sempat labuh pukat. Musim monsun timur laut memang begini dan ia berlarutan sehingga April depan. Ketika inilah nelayan terpaksa bergolok gadai untuk belanja kerana ikan temenung tidak ada,” katanya ditemui hari ini.

Menurut Saedon, nelayan tidak ada pilihan, ditambah lagi dengan kos minyak menyebabkan harga jualan ikan temenung meningkat mendadak.

“Sebelum ini sekilogram ikan temenung segar dijual secara bisik antara RM8 sehingga RM10 kepada peraih dan peniaga.

“Tapi sejak lebih dua minggu ini harga naik antara RM12 sehingga RM18 sekilogram, jadi harga RM20 sekilogram di pasaran wajar kerana tiada bekalan ikan temenung,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Ikan kembung bakal cecah RM25 sekilo

Tak bayar kos pengebumian, pekerja pecah keranda dan rampas mayat

$
0
0

Pekerja sebuah rumah mayat merempuh majlis pengebumian untuk merampas mayat yang hendak dikebumikan kerana keluarga si mati masih belum menjelaskan bayaran pengurusan mayat.

Media melaporkan keluarga terbabit sepatutnya membayar 40 cedi (RM40) untuk perkhidmatannya.

Kerana berang masih belum menerima bayaran itu, pekerja berkenaan dan rakannya merempuh tanah perkuburan ketika mayat hampir dikebumikan.

Mereka kemudian merampas dan memecahkan kerandanya serta mengeluarkan mayat berkenaan.

Dalam klip video yang tular di Internet, dua lelaki itu dilihat membawa mayat itu keluar dari kawasan perkuburan berkenaan.

Bagaimanapun, mayat itu berjaya dikebumikan selepas persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak dengan bantuan rakan dan orang tua kampung itu.
– Agensi

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Tak bayar kos pengebumian, pekerja pecah keranda dan rampas mayat

"Saya Kahwin Nedim Tahun Ini Tetapi Selepas Kahwin Saya Akan...." - Pengakuan Mengejut Nora Danish

$
0
0

"Saya Kahwin Nedim Tahun Ini Tetapi Selepas Kahwin Saya Akan...." - Pengakuan Mengejut Nora Danish


Pasangan sama cantik dan secocok, Nora Danish dan Nedim Nazri sudah bertahun bersama.

Kisah mereka berdua sering menjadi bahan bualan ramai.

Akhirnya perkara yang dinantikan para peminat Nora Danish muncul juga apabila Nora akhirnya mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Nedim pada tahun ini.

Pelakon jelita in bagaimanapun masih belum lagi bersedia berkongsi butiran majlis berkenaan termasuk tarikh sebenar yang masih dirahsiakan.

Selain akui dia akan berkahwin dengan Nedim, Nora memberitahu selepas kahwin dia akan fokus kepada perniagaan.

Ini komen Nora Danish:

“Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.

“Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini,”

“Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang.

“Cuma kalau boleh tahun ini saya nak berlakon sebuah drama bersiri. Bagi saya ia perlu bagi mengekalkan nama dalam industri.

“Tambahan pula saya memiliki perniagaan, jadi saya tak boleh berhenti terus,”


Memang ramai yang tak sabar dengan berita ini. Sememangnya wedding yang dinanti ramai.


For your infomation, Nedim is the son of Tourism and Culture Minister, Datuk Seri Nazri Aziz.

The famous couple have been dating on and off for a few years.

Nora has announced her plans to marry her boyfriend this year.

However, the couple haven't decided on a date yet. But as planned, they will definitely get married this year.

Sumber "Saya Kahwin Nedim Tahun Ini Tetapi Selepas Kahwin Saya Akan...." - Pengakuan Mengejut Nora Danish

“Tidak tepati syariat dan memanipulasi Islam” – Mufti Wilayah Persekutuan mahu perkhidmatan Valet Doa dihentikan

$
0
0

“Batalkan Valet Doa.” Demikian saranan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai perkhidmatan kiriman doa di Masjidil Haram Makkah yang tular di Facebook (FB).

"Tidak tepati syariat dan memanipulasi Islam" - Mufti Wilayah Persekutuan mahu perkhidmatan Valet Doa dihentikan

“Tidak tepati syariat dan memanipulasi Islam” – Mufti Wilayah Persekutuan mahu perkhidmatan Valet Doa dihentikan

“Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah dan eksploitasi ibadah.

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Zulkifli berkata, Valet Doa sama sekali tidak menepati Islam yang sebenar dan tidak mengikut syariat kerana tiada dalam sejarah dan juga adab dalam kalangan salafussoleh iaitu ulama soleh terdahulu yang berbuat demikian.

 

“Penamaan pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, antara perkara yang menimbulkan keraguan termasuk jaminan 100 peratus pemakbulan doa.

“Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak.

“Ianya bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan,” katanya.

Menurut catatan di laman FB Valet_Doa itu, ia mempromosikan servis untuk hajat-hajat dibacakan terus di Masjidil Haram Makkah.

Pengendali yang memperkenal dirinya sebagai Nasrin Harin, 40, atau Haji Arin dan tinggal di Shah Alam, Selangor mendakwa, perniagaan ini adalah pertama di dunia, cepat dan menjimatkan kos.

Dia menawarkan tujuh pakej yang berharga antara RM500 hingga RM7000 tetapi kononnya memberikan tawaran istimewa bagi 333 individu terawal.

Sumber:Metro



Sumber “Tidak tepati syariat dan memanipulasi Islam” – Mufti Wilayah Persekutuan mahu perkhidmatan Valet Doa dihentikan

“Kalau betul dia jodoh saya, saya aminkan saja” – Jep Sepahtu sedia terima Sari Yanti sebagai isteri

$
0
0

Pelawak, Jep, 32, bersedia menerima Sari Yanti sebagai teman hidup andai wanita itulah yang ditakdirkan sebagai jodohnya.

"Kalau betul dia jodoh saya, saya aminkan saja" - Jep Sepahtu sedia terima Sari Yanti sebagai isteri

“Kalau betul dia jodoh saya, saya aminkan saja” – Jep Sepahtu sedia terima Sari Yanti sebagai isteri

Begitupun, kata anggota kumpulan Sepahtu itu, beliau dan aktres berkenaan buat waktu ini lebih selesa meletakkan hubungan mesra antara mereka sebagai teman baik.

“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

“Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.

“Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di Hulu Klang, baru-baru ini.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin turut berkata, beliau tidak mempunyai masalah andai jodoh dirinya sampai cepat atau lambat.

“Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata.

“Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada,” katanya.

Bercerita soal kerjaya, Jep kini dapat disaksikan menerusi program bual bicara Meja Bulat selepas rancangan lawak, Sepahtu Reunion Live, berakhir Jumaat lalu.

Beliau dan teman sekumpulannya juga kini dalam perancangan menerbitkan filem komedi mereka sendiri.

Sumber:Bharian



Sumber “Kalau betul dia jodoh saya, saya aminkan saja” – Jep Sepahtu sedia terima Sari Yanti sebagai isteri

‘Saya tetap teruskan Valet Doa walau dikecam’ – Pengasas Valet Doa

$
0
0

Pengasas Valet Doa, Hasrin Harin, 40, tetap akan menjalankan perkhidmatan itu meskipun dikecam orang ramai.

'Saya tetap teruskan Valet Doa walau dikecam' - Pengasas Valet Doa

‘Saya tetap teruskan Valet Doa walau dikecam’ – Pengasas Valet Doa

Menurutnya, perkhidmatan membacakan doa di hadapan Kaabah diperkenalkannya itu bertujuan memudahkan individu mempunyai masalah tidak dapat pergi menunaikan umrah dalam masa terdekat.

“Ini termasuk individu yang tidak berkemampuan untuk pergi kerana halangan seperti sakit atau terbabit dalam kemalangan. Saya yakin perkhidmatan dengan dijalankan ini, saya bukan membawa orang ramai melakukan maksiat,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, hari ini.

Katanya, usaha dilakukan itu bukannya perkara main-main kerana jika dia berniat tidak baik sudah pasti akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.

 

“Saya ajak orang berdoa ingat pada Allah. Perkhidmatan seumpama ini sebenarnya sudah lama dibuat namun tiada pihak melakukannya secara terurus atau mengiklankan perkhidmatan mereka. Bab doa termakbul yang saya nyatakan turut dirujuk daripada hadis sahih.

“Memang ada hadis menyatakan tempat tertentu apabila kita berdoa pasti dimakbulkan Allah SWT, terutamanya ketika berada di Makkah,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan khidmat Valet Doa itu.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, doa adalah permohonan seorang hamba kepada Allah SWT.

“Sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menyarankan umat Islam memberikan maklumat kepada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam.

Semalam, ramai pengguna di laman sosial melahirkan rasa kesal selepas menyaksikan kewujudan akaun Facebook menggunakan nama ‘Valet Doa’ diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah.

Ia menjadi tular dan mendapat kecaman netizen berikutan pemilik akaun Facebook menyediakan perkhidmatan dengan tawaran harga antara RM250 sehingga RM5,000 kepada orang ramai melalui pakej tertentu seperti VVIP serta pakej King Salman.

Sumber:Metro



Sumber ‘Saya tetap teruskan Valet Doa walau dikecam’ – Pengasas Valet Doa

“Kelas mengaji Al-Quran Sharifah Khasif bidaah” – Mufti Perak

$
0
0

SEJAK semalam, isu kelas mengaji Al-Quran dalam jet mewah yang kendalikan oleh johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Isu ini menarik perhatian ramai memandangkan netizen terkejut dengan caj yang dikenakan hampir mencecah AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi sejam penerbangan, manakala RM2,000 untuk mengaji di dalam jet tanpa diterbangkan ke mana-mana.

Baca artikel sebelum: Kelas mengaji Al-Quran Sharifah Khasif berharga RM33,400 sejam dalam jet mewah

Susulan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan perkhidmatan itu diadakan dan tidak kurang juga menyelar dengan menyifatkan satu perbuatan mengaut keuntungan dengan menggunakan agama yang melampau.

“Patut la masjid surau kosong lanie… pakat dok ngaji atas kapal terbang,” tulis KedahLanie.

“Ayat ringkas saya boleh cakapkan GILA,” tulis Jamil Zain.

“Nak mengaji ke nak terbang. Sempat ke??? Nak belajar mengaji biar belajar proper. Baru fokus,” tulis Nur ‘Adilah.

“Selain dari bangsa dan kuda menjadi Tunggangan.. Agama juga sekarang menjadi tunggangan bagi pihak yang terlalu mengejar dunia.. Nak buat Buku Maybe…. Kelakar kan,” tulis Faez Mahmod.

Difahamkan, kebanyakan pelanggan yang menempah perkhidmatan mengaji di awan ini terdiri daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja susulan caj yang dikenakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Pelanggan juga boleh memilih pakej di dalam atau luar negara termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan servis yang dilakukan syarikat yang menguruskan jet peribadi, Elite Jets Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn. Bhd ini adalah ‘bidaah’.

“Ini bidaah (pembaharuan yang bercanggah dengan agama Islam).

“Dia berilmu tetapi bukan bermakna boleh dengan meniagakan Al-Quran.

“Ini semua mengarut. Banyak lagi cara untuk kita belajar baca Al-Quran. Adakah Al-Quran diniagakan hingga nak jadi jutawan?” ujarnya kepada dihubungi Mynewshub di sini hari ini .

Harussani bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut perihal isu ini memandangkan kesihatannya tidak mengizinkan.

Difahamkan, pesawat yang bakal digunakan untuk kelas mengaji ini adalah jenis Falcon 2000 yang bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta)

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber “Kelas mengaji Al-Quran Sharifah Khasif bidaah” – Mufti Perak

Pelawak Shah Tapaw beri nama anak ‘Muhammad Putra Naruto’, ini penjelasannya

Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>