Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

“Siapa kita untuk komen rumah tangga orang lain sedangkan kita pun tak pasti Allah meredhai rumah tangga kita atau tak” – Teguran buat peminat page KRT

$
0
0
"Siapa kita untuk komen rumah tangga orang lain sedangkan kita pun tak pasti Allah meredhai rumah tangga kita atau tak" - Teguran buat peminat page KRT

“Siapa kita untuk komen rumah tangga orang lain sedangkan kita pun tak pasti Allah meredhai rumah tangga kita atau tak” – Teguran buat peminat page KRT

Di media sosial terdapat pelbagai laman-laman yang memberi pengetahuan dan tips untuk panduan bersama. Contohnya seperti laman dekorasi, masakan, tips kekeluargaan dan sebagainya. Senang cerita macam-macam info lah kita dapat dekat FB ni.

Pernah menjadi follower tegar laman KRT, wanita ini memberi teguran kepada semua agar tidak terlalu obses dengan apa yang dibaca. Sampai satu tahap ada perasaan ragu dengan suami sendiri. Kalau sampai bergaduh tu tak baik juga kan?

 

Pernah jadi follower tegar KRT, ditegur suami

Jaga apa yang kita baca, jangan sangka buruk

sumber : Intan Dzulkefli

Sumber: Oh Bulan



Sumber “Siapa kita untuk komen rumah tangga orang lain sedangkan kita pun tak pasti Allah meredhai rumah tangga kita atau tak” – Teguran buat peminat page KRT

“Saya akan minta Gabby untuk jelaskan kepada media dalam masa terdekat” – Dakwaan putus tunang, ini jawapan Hans Isaac

$
0
0

Produser filem dan pelakon Datuk Hans Isaac menolak khabar angin pertunangannya dengan model Gabrielle Robinson sudah berakhir.

 

"Saya akan minta Gabby untuk jelaskan kepada media dalam masa terdekat" - Dakwaan putus tunang, ini jawapan Hans Isaac

“Saya akan minta Gabby untuk jelaskan kepada media dalam masa terdekat” – Dakwaan putus tunang, ini jawapan Hans Isaac

 

 

Hans, 46, berkata, dia terkejut dengan perkara itu selepas menerima mesej daripada pihak media yang ingin mengetahui perkembangan status pertunangannya.

“Saya terkejut dengan mesej WhatsApp dan missed call daripada media hari ini yang bertanyakan tentang perkara ini.

“Kami masih bersama, saya sudah minta Gabby (Gabrielle) untuk beri kenyataan kepada media dalam masa terdekat, maaf saya sibuk dengan mesyuarat,” ujarnya dalam satu kiriman mesej kepada mStar Online.

 

Hans diminta mengulas khabar angin dia dan tunangnya sudah berpisah selepas kedua-dua mereka menghapuskan gambar-gambar bersama di Instagram sejak beberapa hari lalu.

Gabrielle dan Hans mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu.

Sementara itu, Gabrielle menerusi aplikasi WhatsApp menjelaskan bahawa akaun Instagram tersebut adalah atas urusan kerja semata-mata.

Tambahnya, dia telah membuka sebuah akaun peribadi baharu untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Saya ambil keputusan untuk bukan akaun peribadi baharu untuk keluarga dan rakan-rakan. Akaun lama hanya untuk tujuan kerja sahaja.

“Saya perlu mengasingkan urusan kerja dengan peribadi,” ujarnya.

Pasangan itu  bertunang pada 29 Januari lalu di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.

Mereka yang sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lepas menunda kepada satu tarikh lain atas alasan tidak dinyatakan.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya akan minta Gabby untuk jelaskan kepada media dalam masa terdekat” – Dakwaan putus tunang, ini jawapan Hans Isaac

‘Mangsa’ yang ajak: Rakaman CCTV bebaskan pelajar dari tuduhan rogol

Pengacara digantung tugas kerana hantar mesej lucah dan gambar alat sulit kepada rakan sepejabat

$
0
0

PENGACARA Fox News, Eric Bolling digantung tugas kerana didakwa menghantar mesej dan foto alat sulitnya kepada rakan sepejabat.

 

Pengacara digantung tugas kerana hantar mesej lucah dan gambar alat sulit kepada rakan sepejabat

Pengacara digantung tugas kerana hantar mesej lucah dan gambar alat sulit kepada rakan sepejabat

 

 

Laporan CNN mengatakan insiden melibatkan pengacara program ‘Cashin’ In’ berkenaan didedahkan oleh Huffington Post, Jumaat lalu.

Peguam Eric, Michael Bowe menafikan sebarang dakwaan terhadap kliennya.

 
 

“Tuduhan tersebut tidak benar dan tidak adil,” kata Michael kepada CNN Money.

Michael mengesahkan beliau dan Eric memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes tersebut.

Julai tahun lepas, bekas CEO Fox News, Roger Ailes disaman oleh pengacara Gretchen Carlson.

Gretchen mendakwa Roger meminta rasuah seks.

Sumber: Sinar



Sumber Pengacara digantung tugas kerana hantar mesej lucah dan gambar alat sulit kepada rakan sepejabat

Diperli rakan artis isu suami orang dan karaoke, Afifah Nasir tak kisah

“Dia patung ke hingga biarkan tangannya dipegang saya? Berapa umur dia hingga tak boleh tentukan apa yang salah dan betul?” – Aliff Aziz

$
0
0
"Dia patung ke hingga biarkan tangannya dipegang saya? Berapa umur dia hingga tak boleh tentukan apa yang salah dan betul?" - Aliff Aziz

“Dia patung ke hingga biarkan tangannya dipegang saya? Berapa umur dia hingga tak boleh tentukan apa yang salah dan betul?” – Aliff Aziz

Selepas beberapa minggu mendiamkan diri, akhirnya pelakon kontroversi Afifah Nasir buka mulut tentang insiden di pusat karaoke bersama Aliff Aziz dan Bella. Menurutnya dia tak buat seperti apa yang diperkatakan oleh Bella dan tambahnya lagi, dia juga ada bahan bukti.

Afifah turut berkata dia terpaksa melayan karena Aliff atas dasar produksi. Ini komen balas Aliff Aziz.

 

‘Berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul & salah..’

Kredit foto: Berita Harian Online

Menurut laporan Berita Harian Online, Aliff Aziz mendakwa bahawa penjelasan Afifah kepada sidang akhbar adalah mengarut dan tak masuk akal. Aliff juga mempersoalkan tindakan Afifah kerana melibatkan pihak produksi dalam isu ini, terutama sekali kononnya Afifah diminta untuk ‘layan’ perangai Aliff untuk membangkitkan mood penggambaran.

Mereka kini masih dalam pembikinan drama Izinkan Aku Mencintaimu dan kalau ikutkan jadual, lagi beberapa hari je lagi untuk penggambaran drama itu habis.

Afifah ada menyebut dirinya menjadi mangsa keadaan apabila pihak produksi menyuruhnya melayan kerenah dan bermanja dengan saya. Dia cakap ini dapat beri mood dan saya akan datang ke lokasi penggambaran untuk melunaskan baki penggambaran.

Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera.

Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun… Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya?

‘Saya & dia tahu perkara sebenar..’

Tambah Aliff, Afifah boleh sahaja menolak jika tidak mahu tunaikan permintaan daripada pihak produksi dan jika betul Aliff sangat bermasalah, kenapa pihak produksi tak ambil sebarang tindakan.

Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya.

Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan.

Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya tegaskan sebelum ini.

Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah.

‘Mereka boleh saman & bertindak jika saya tak melunaskan komitmen..’

Aliff berkata sejak mula berlakon dia tak pernah berdepan isu besar seperti tidak datang ke set hanya sebab teman gandingan timbulkan masalah.

Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui.

Berhubung permohonan maaf Afifah kepada Bella kerana membiarkan tangannya dipegang, Aliff mempersoalkan motif Afifah.

Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya.

Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit.

Saya terima hukuman ‘cash’ kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak dalik hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu.

‘Kalau rasa betul kenapa tak dedahkan sahaja..’

Kredit foto: Berita Harian Online

Selain itu, Aliff turut mempersoalkan bukti rakaman perbualan Anzalna Nasir dengan individu yang didakwa bekerja dengan syarikat produksi drama tersebut.

Saya fikir siapa saja boleh ‘berlakon’ menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi.

Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.

Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan dan dia ada bukti yang kukuh jika apa-apa terjadi. Saya juga boleh berbuat demikian kerana sudah berunding soal itu.

Aliff turut mempersoalkan kelibat pelakon baru yang dikenali Afifah, iaitu Allana di sidang akhbar semalam.

Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini.

Via: Oh Bulan



Sumber “Dia patung ke hingga biarkan tangannya dipegang saya? Berapa umur dia hingga tak boleh tentukan apa yang salah dan betul?” – Aliff Aziz

“Berapa filem dia dah hasilkan?” – Syamsul Yusof sound Redza Minhat

$
0
0
"Berapa filem dia dah hasilkan?" - Syamsul Yusof sound Redza Minhat

“Berapa filem dia dah hasilkan?” – Syamsul Yusof sound Redza Minhat

Minggu lalu berlaku sedikit salah faham antara Syamsul Yusof dan Redza Minhat di Twitter. Menerusi laporan Berita Harian,  Syamsul mendakwa tindakannya memuat naik nota yang mengaitkan Redza Minhat bertujuan mahu menyedarkan pelakon itu supaya tidak lagi memandang rendah kejayaan orang lain.

 

Berikut penjelasan Syamsul.

Minta hormat karya orang lain

Ia bukan soal lupa diri, tetapi lebih kepada (pesanan) jangan ingat kita lebih bagus daripada orang lain. Jangan pernah rasa kita lebih hebat dan orang lain semuanya gagal.

Prinsip saya mudah saja, kalau sesebuah filem itu berjaya, kita kena hormat. Cara yang saya lakukan itu hanyalah untuk menyedarkan dirinya. Saya harap dia faham.

Cuba contohi pengarah hebat lain seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba. Walaupun beliau menghasilkan filem seni, tetapi tak pernah menghakimi karya orang lain.

Tambah Syamsul, Redza sebelum ini banyak mempertikaikan kejayaan filem arahannya di laman sosial.

Jaga perasaan

Saya nak tanya, berapa filem dia sudah hasilkan? Tak tahulah kalau dia berada pada kedudukan saya sekarang, bagaimana agaknya dia menilai hasil kerja orang lain?

Kalau dia rasa apa yang dilakukannya itu atas dasar hak kebebasan bersuara atau sekadar mengkritik, apa perasaannya jika saya buat perkara sama terhadap karyanya?

Via: Oh Bulan



Sumber “Berapa filem dia dah hasilkan?” – Syamsul Yusof sound Redza Minhat

Selepas 10 Tahun, Ashraf Sinclair Minta Bunga Citra Lestari Cakap Bahasa Melayu


“Ingatkan dia ni jenis lemah-lembut” – Ummi Nazeera teruk dikecam kerana menari di majlis perkahwinannya

$
0
0
"Ingatkan dia ni jenis lemah-lembut" - Ummi Nazeera teruk dikecam kerana menari di majlis perkahwinannya

“Ingatkan dia ni jenis lemah-lembut” – Ummi Nazeera teruk dikecam kerana menari di majlis perkahwinannya

Pada bulan lalu pelakon Ummi Nazeera selamat diijabkabulkan dengan pasangan Mohd Izzar dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada sabtu lalu.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah satu persembahan tarian semasa majlis tersebut berlangsung. Kenapa tak best ke? Atau terlalu keterlaluan?

 

Tarian Ummi Nazeera & pasangan

“5 Ogos 2017 | Berlangsungnya majlis resepsi pelakon cantik Ummi Nazeera & Dr Izzar. Sporting & cool habis kan ? Jom tengok laporan penuh dalam @meloditv3 jam 12.30 tengahari ini di TV3!

Posted by TV3 Malaysia on 5hb Ogos 2017

Video yang dikongsi di Facebook dan Twitter itu menyaksikan Ummi Nazeera dan pasangan menari sambil diiringi penari lain. Ramai yang menganggap ianya sebagai satu persembahan yang kurang elok dan tidak sopan untuk majlis perkahwinan.

Selain itu pemilihan lagu semasa persembahan itu juga turut dipertikai kerana liriknya yang mengandungi perkataan yang sering digunakan dalam acara keagamaan.

Netizen terkejut

Sumber :  TV3, WanMohdNazri

Via: Oh  Bulan



Sumber “Ingatkan dia ni jenis lemah-lembut” – Ummi Nazeera teruk dikecam kerana menari di majlis perkahwinannya

Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau

$
0
0
Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau

Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau

Seorang lelaki berusia 55 tahun terpaksa menerima lebih 15 jahitan selepas dia ditetak oleh isterinya apabila menyuarakan keinginan untuk berkahwin lagi satu.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manek Urai Lama pada Khamis itu, mangsa ditetak dibahagian kepala, dahi kanan dan juga lengan kanan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain, isteri mangsa menetak lelaki terbabit selepas menyarakan hasratnya mahu berpoligami.

Ketika kejadian mangsa sedang baring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suami.

Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri dengan keluar rumah,” katanya sebagaimana lapor Berita Harian.

Mangsa telah dihantar ke Klinik Manek Urai dan menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi.

Bagaimanapun, kedua-dua pasangan itu telah pun berbaik dan tiada laporan polis dibuat.

Gambar kejadian ini menjadi tular di laman sosial Facebook hari ini yang mendapat pelbagai reaksi netizen.

Via: SK



Sumber Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau

“Mengapa Ayah Dibakar Seperti Ayam Bu,” Tanya Si Kecil Ini Bila Tahu Ayahnya Dibakar Hidup-Hidup Akibat Salah Sangka Dituduh Mencuri

$
0
0
"Mengapa Ayah Dibakar Seperti Ayam Bu," Tanya Si Kecil Ini Bila Tahu Ayahnya Dibakar Hidup-Hidup Akibat Salah Sangka Dituduh Mencuri

“Mengapa Ayah Dibakar Seperti Ayam Bu,” Tanya Si Kecil Ini Bila Tahu Ayahnya Dibakar Hidup-Hidup Akibat Salah Sangka Dituduh Mencuri

Saat azan Maghrib berkumandang, si anak kecil Alif Saputra berumur empat tahun masih terrunggu-tunggu akan kepulangan ayahnya, sedangkan beliau sebenarnya tidak tahu ayahnya telah pergi menghadap yang Maha Esa.

Selepas penantiannya itu berakhir dengan kekecewaan kelibat ayahnya tidak muncul dia terus bertanyakan kepada ibunya Siti Zubaidah yang sedang mengandung enam bulan.

“Ibu, ayah di mana? Tak pulang-pulang.”

“Pertanyaan itu buat saya tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya, mindanya masih suci,”katanya yang begitu sedih dengan berita suaminya Muhammad Al-Zahra telah menjadi mangsa kerakusan nafsu amarah manusia.

Biar pun dirahsiakan, berita tentang kematian ayahnya dibunuh kejam akhirnya sampai juga ke pengetahuannya.

Beliau yang masih kecil itu pun dilihat tidak dapat menerima selepas mengetahui ayahnya itu telah dipukul dengan kejam sebelum dibakar hidup-hidup selepas dituduh mencuri tiga amplifier Masjid Desa Muara Bakti di Suka Tenang, Bekasi, Jawa barat.

“Mengapa ayah dibakar seperti ayam? Adakah ayah ini ayam, bu?” tanya anak kecil itu meratapi pemergian ayahnya itu.

Hati mana yang tidak luluh apabila mendengar kata-kata sebegitu daripada seorang anak kecil yang baru berumur empat tahun, kata Siti Zubaidah.

“Kenapa suami saya tidak diserahkan kepada polis kalau suami saya memang benar mencuri, tanpa harus dianiaya seperti itu.

“Suami saya manusia, bukan haiwan,” kata Siti Zubaidah kepada BBC Indonesia.

Pada 1 Ogos lalu, Indonesia digemparkan dengan kisah seorang juruteknik membaiki sistem pembesar suara, Muhammad Al-Zahra, 30, atau juga dikenali sebagai Zoya telah meninggal dunia selepas dipukul dan dibakar hidup-hidup hanya kerana disyaki mencuri tiga amplifier dari masjid berkenaan.

Sebelum kejadian dia dikatakan telah pergi menemui seseorang untuk membeli beberapa unit amplifier terpakai yang sudah rosak.

Ketika dalam perjalanan pulang dia telah singgah ke Masjid berkenaan untuk menunaikan solat Asar, namun bimbang amplifier baru dibelinya itu hilang jika ditinggalkan atas motosikal, dia telah mengusungnya masuk ke dalam dewan solat Masjid.

Namun tindakannya itu telah menimbulkan syak di kalangan jemaah yang menuduh beliau cuba mencuri amplifier milik Masjid, walaupun dia menafikan mencuri.

Beliau kemudiannya telah dikejar oleh penduduk kampung sebelum terjatuh rebah kira-kira dua kilometer sebelum dipukul tanpa belas kasian.

Ketika terkulai lemah cedera dipukul beliau merayu dengan berkata “Aku nggak maling” iaitu ”aku tak mencuri” berkali-kali namun tidak dipedulikan sebelum tubuhnya disimbah petrol dan dibakar hidup-hidup.

Menurut laporan media arus perdana Indonesia, kes sedang disiasat dan beberapa suspek telah ditahan.

 

 

 

 

 

Sumber: SK



Sumber “Mengapa Ayah Dibakar Seperti Ayam Bu,” Tanya Si Kecil Ini Bila Tahu Ayahnya Dibakar Hidup-Hidup Akibat Salah Sangka Dituduh Mencuri

Minuman Paling Teruk Dalam Dunia- Kerana Tak Suka Air Cincau, Mat Salleh Ini ‘Diserang’ Netizen

$
0
0
Minuman Paling Teruk Dalam Dunia- Kerana Tak Suka Air Cincau, Mat Salleh Ini ‘Diserang’ Netizen

Minuman Paling Teruk Dalam Dunia- Kerana Tak Suka Air Cincau, Mat Salleh Ini ‘Diserang’ Netizen

Setiap orang ada cita rasa masing-masing. Baik makanan, ciri-ciri lelaki/wanita idaman dan macam-macam lagi. Baru-baru ni trending di Twitter apabila seorang Mat Salleh memuat naik foto air tin cincau di Twitter dan berkata bahawa air tu merupakan air paling tak sedap dalam dunia.

Komen Mat Salleh tersebut telah mendapat kecaman dari pengguna Twitter terutama sekali rakyat Malaysia. Mungkin orang bengang dengan cara lelaki tu Tweet kot. Eh ye ke? Eh entah laa..

 

Cincau minuman paling teruk

Lelaki yang menggunakan nama Drift0r di Twitter telah menaikkan kemarahan sesetengah pihak kerana foto dan deskripsi di atas. Drift0r juga merupakan YouTuber dan mempunyai seramai 259k pengikut di Twitter. Apa pendapat anda? Salah ke cara lelaki ni? Komen sikit..

Kalau anda lihat sendiri di thread Twitter lelaki tu, memang ramai yang marah dengan apa yang dikatakan oleh lelaki ni.

Masing-masing ada citarasa sendiri

Sumber: Twitter @Drift0r

Via: Oh Bulan



Sumber Minuman Paling Teruk Dalam Dunia- Kerana Tak Suka Air Cincau, Mat Salleh Ini ‘Diserang’ Netizen

Suami Dan Vivy Yusof Dah Dapat Gelaran Dato’ Dan Datin

$
0
0
Suami Dan Vivy Yusof Dah Dapat Gelaran Dato’ Dan Datin

Suami Dan Vivy Yusof Dah Dapat Gelaran Dato’ Dan Datin

Seperti umum mengetahui Fadza Anuar dan Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia keusawahanan dan boleh di anggap sebagai ikon Fashion Malaysia. Kedua – dua mereka telah memberi pelbagai inspirasi khususnya kepada anak – anak muda Malaysia melalui kisah perjuangan mereka dan kejayaan mereka membangunkan hab fesyen tempatan nombor 1 di Malaysia iaitu FashionValet bahkan jenama Fashion Valet menerjah pasaran Asia tenggara.

Fall in Love

Kisahnya Bermula dari sahabat karib yang begitu akrab dan akhirnya menjadi pasangan suami isteri yang bahagia, kisah kedua – dua usahawan ini cukup menarik perhatian rakyat Malaysia. Pada awalnya hanya berbekalkan perbelanjaan sendiri dengan nilai hampir 100 ribu, mereka meneruskan tekad untuk mengembangkan perniagaan FashionValet sehingga di kenali oleh semua lapisan, pada asasnya laman web mereka yang dahulunya bermula hanya dengan 10 jenama tempatan kini mempunyai ribuan jenama. Yang menarik perhatian bukan itu sahaja, Vivy Yusof seorang wanita Malaysia yang pernah mengharumkan negara apabila terpilih menjadi satu-satunya wanita berhijab yang terpilih untuk mengenakan jenama mewah terkenal dunia, iaitu jenama mewah Louis Vuitton.

Kisah Fashion Valet 

Namun kini seperti yang di ketahui umum, jenama Fashion Valet telah berdiri megah dengan jenama – jenama terkenal antarabangsa yang lain. Bukan sahaja mempunyai butik fizikal kepunyaan sendiri di pusat membeli belah terkenal ibu negara, Pavilion yang kos sewanya yang amat tinggi. Malah, Fadza Anuar dan Vivy Yusof turut mengeluarkan jenama scarf mereka sendiri yang menjadi kegilaan anak-anak gadis, Duckscarves menerusi dUCK Group yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang begitu besar dan mampu membuat pengaruh.

Dato’ Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof 

Kisah yang mengagumkan mengenai ibubapa kepada dua cahaya mata ini tidak terhenti disitu sahaja. Menerusi Tatler Malaysia, Fadza Anuar dan Vivy Yusof tersenarai sebagai 300 individu yang berpengaruh di Malaysia yang dilihat menggunakan ‘title’ penuh; Dato’Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof. 

Menurut sumber, sebenarnya mereka berdua sudah lama mendapat ‘title’ ini, cuma mereka mengambil langkah untuk terus merendahkan diri.

Ucapan Tahniah dari Kaki Share buat Dato’Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof! Semoga kisah mereka akan terus menjadi inspirasi buat anak – anak tempatan.

Sumber Malaysia Tatler, Hangat.com

Gambar Instagram Fadza Anuar Vivy Yusof 

Via: Kaki share



Sumber Suami Dan Vivy Yusof Dah Dapat Gelaran Dato’ Dan Datin

Video: “Burung tu jangan suka terbang sana sini hinggap sesuka hati” – Michael Ang sindir pelakon suka timbulkan kontroversi

Gambar seksi Lisa Surihani di pantai tersebar di laman sosial, peminat luah rasa kecewa

$
0
0
Gambar seksi Lisa Surihani di pantai tersebar di laman sosial, peminat luah rasa kecewa

Gambar seksi Lisa Surihani di pantai tersebar di laman sosial, peminat luah rasa kecewa

 

Nama Lisa Surihani satu ketika dulu sering disebut-sebut oleh peminat tanah air. Malah, amat jarang sekali Lisa Surihani terpalit dengan kontroversi yang panas. 
Terbaru, seorang netizen telah terjumpa foto gambar dirinya yang dianggap netizen sebagai seksi yang melampau. Dalam gambar terbabit, Lisa dilihat bersama sedang memeluk erat seoarng lelaki dan suaminya juga turut berada disebelah. 
Menurut satu laman web tempatan, Forum Cari, lelaki berkenaan merupakan teman baik mereka namun tidak dapat dipastikan identiti individu terbabit.
Rata-rata netizen turut meluahkan perasaan kecewa kerana Lisa sebelum ini amat menjaga pemakaiannya. Netizen juga turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak menyangkan Lisa akan mengenakan pakaian seperti itu. 
Namun ada juga netizen menganggap pakaian yang dikenakan sesuai dengan keadaan ketika itu yang berada di tepi pantai. Ada juga beberapa gambar lain yang sama tapi kali ini dilihat memakai seluar panjang berwarna biru. 
Apa pun, mungkin ini hanya perkara biasa buat mereka yang bergelas artis. 


Sumber Gambar seksi Lisa Surihani di pantai tersebar di laman sosial, peminat luah rasa kecewa

“Layan apa tu best sangat?” – Netizen tertanya Uqasha Senrose tengah mengantuk ke dalam video ni?

$
0
0
"Layan apa tu best sangat?" - Netizen tertanya Uqasha Senrose tengah mengantuk ke dalam video ni?

“Layan apa tu best sangat?” – Netizen tertanya Uqasha Senrose tengah mengantuk ke dalam video ni?

Alamak, apa dah jadi ni Uqasha? Dalam satu video IG story yang dimuat naik oleh pelakon tersebut telah menjadi viral di media sosial. Netizen pantas menyoal mengapa Uqasha seperti tengah ‘lalok’? 
Malah dalam video IG story itu tersebut Uqasha dilihat sedang berbaring sebelah seorang lelaki. Namun tidak dapat dipastikan siapakah lelaki tersebut. 
Menerusi komen dalam sebuah laman web yang memuat naik video berkenaan ianya mungkin selepas seharian penat menjalani pengambaran. 
Ianya adalah perkara biasa kerana setelah penat bekerja masing-masing ingin melepaskan tekanan sewaktu menjalani pengambaran drama. 
Malah mata Uqasha juga kelihatan ‘lebam’ mungkin kerana tidak cukup tidur. Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Uqasha sendiri dalam IG Storynya. Kita nantikan penjelasan dari Uqasha. 

buat ape tu…

Posted by Bro Cuba on 7hb Ogos 2017

Sumber: Kaki Share


Sumber “Layan apa tu best sangat?” – Netizen tertanya Uqasha Senrose tengah mengantuk ke dalam video ni?

Rogol Dan Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali, Bapa Bakal Dipenjara 3,000 Tahun

$
0
0
Rogol Dan Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali, Bapa Bakal Dipenjara 3,000 Tahun

Seorang bapa dijangka didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak membabitkan sekurang-kurangnya 600 dakwaan meliwat dan rogol anak perempuannya.

Lelaki terbabit yang berusia 37 tahun, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak dua tahun lalu, selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas ditahan polis sejak 26 Julai lalu.

Dia ditahan polis selepas mangsa mendedahkan nasib malang menimpanya kepada ibu kandung, sejurus mengetahui bapanya itu berhasrat mengambil dua adiknya berusia sembilan dan 11 tahun untuk tinggal bersama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata suspek akan berhadapan 632 pertuduhan membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Akta Kanak-kanak 2016.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

“Dia juga berdepan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016,” katanya di sini.

Bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan rogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.


Sumber Rogol Dan Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali, Bapa Bakal Dipenjara 3,000 Tahun

Gigi Anak Wawa Zainal, Attar Terpaksa Dicabut Semua

$
0
0
Gigi Anak Wawa Zainal, Attar Terpaksa Dicabut Semua

Pelakon Wawa Zainal memberitahu doktor menasihatkan supaya gigi anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar, 3, perlu dicabut kesemuanya kerana rosak teruk.

Memetik laporan Astro Gempak, perkara itu didedahkan oleh Wawa menerusi entri terbarunya semalam beserta kapsyen ringkas,

“Tula isap botol susu je. Kan dah kena jumpa doktor gigi, doktor bagi saranan cabut semua gigi Attar sebab rosak terus. Abis lah. Lepas ni tak ada gigi dah,” tulisnya.

Entri tersebut telah menerima pelbagai komen peminat yang rata-ratanya berkongsi tentang pengalaman yang sama seperti dialami Wawa.

Tidak kurang juga ada yang memberi nasihat dan juga komen mengusik kepada anak kesayangan pasangan selebriti Wawa dan Aeril Zafrel itu.

@sis_diah: Kena masuk wad masa anak saya buat dulu. Kena cabut semua gigi dan jahit.. @w4w4_zainal tak pe nanti tumbuh gigi baru. Lepas tu kena jaga ya. Botol susu minum habis cabut basuh terus. Jangan bagi dia kemam.

@norzilahahmad6: Nanti mama dan papa boleh buatkan Attar gigi palsu. Sebab semuanya dicabut. Hehe

@noorzahanizahari: Anak saya pun macam tu la. Sebab utama botol dekat mulut je. Dah cabut dua batang. Lepas cabut okay je. Taka da pula kena jahit. Tunggu gigi kekal tumbuh je. Sebab tu budak-budak kena cek gigi enam bulan sekali. Nanti doktor letak vitamin gigi. Bagi tak cepat rosak.


Sumber Gigi Anak Wawa Zainal, Attar Terpaksa Dicabut Semua

Elizabeth Tan Menangis, Akui Nyaris Bunuh Diri, Alami Tekanan Jiwa

$
0
0

Elizabeth Tan Menangis, Akui Nyaris Bunuh Diri, Alami Tekanan Jiwa



Elizabeth Tan telah menangis ketika meluahkan perasaan apa yang berlaku kepada dirinya sejak akhir-akhir ini.

Penyanyi jelita ini akui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu.

Ternyata terlalu tertekan dan tidak dapat berfikir panjang juga menyebabkan dia seperti hilang akal dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.


Ini pendedahan dari Elizabeth Tan:

"Ia kisah yang sangat panjang untuk saya ceritakan, tapi apa yang boleh saya beritahu, ketika itu saya mengalami tekanan dalam hidup saya.

"Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama.

"Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup.

"Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya.

"Saya minta maaf kerana menangis kerana sedikit emosi ketika ini,"

"Mujur saya ada keluarga terutama ibu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan serta menerima saya dengan baik, walaupun saya pernah melakukan kesalahan besar.

"Sepanjang tempoh menstabilkan emosi, Ibu yang banyak membantu dan memberi nasihat serta menjaga saya selama dua minggu.

"Saya juga bertuah kerana ada rakan yang menasihati supaya saya tidak melakukan perkara yang sia-sia.

"Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar," 


Elizabeth Tan membuat pendedahan ini ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Darling di pejabat Warner Music, Malaysia.

Elizabeth Tan sebelum ini mengakui hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan terputus disebabkan orang ketiga.

Sumber; AstroGempak

(5 FOTO) Inilah Gambar Lisa Surihani Pakai Seluar Pendek Tayang Peha Yang Buat Ramai Terkejut

$
0
0

(5 FOTO) Inilah Gambar Lisa Surihani Tayang Peha Yang Buat Ramai Terkejut


Pelakon popular Lisa Surihani telah menajdi topik bualan hangat sejak semalam.

Ini gara-gara fotonya yang memakai seluar pendek di muatnaik di laman IG milik rakannya.

Turut ada di dalam gambar itu ialah suaminya iaitu Yusry KRU.

Dikatakan pasangan popular ini hadir ke satu majlis sambutan hari jadi rakan mereka di pantai.

Pada mulanya dilihat Lisa Surihani ada memakai seluar panjang namun kemudian ada gambarnya memakai seluar pendek yang menampakkan pehanya.

Ada juga gambar menunjukkan posing nakal dari Lisa Surihani dan juga Yusry KRU di tepi pantai.

Gambar tersebut ternyata mengejutkan orang ramai.

Gambar gambar ini tidak dimuatnaik di laman IG milik Lisa Surihani atau Yusry KRU tetapi dimuatnaik di laman IG rakannya itu.

Ini gambarnya:






Viewing all 42763 articles
Browse latest View live